Anda di halaman 1dari 4

Islam Tuntut Kawal Emosi

Ditulis oleh Khairul Azhar Bin Idris. Posted in Berita Harian

Allah telah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi ini berbanding
pelbagai makhluk atau spesis yang lain, dan ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah At
Tiin, ayat 95. Kejadian yang amat sempurna ini merangkumi keindahan dalam asepk fizikal, dan
tarbiyah Islam pula turut membantu dalam pembangunan kecemerlangan emosi dan intelek serta
kecantikan akhlak mereka. Setiap aspek itu saling berkait rapat, melengkapi dan mempengaruhi
antara satu sama lain, ini bermakna sekiranya buruk sesuatu aspek itu, maka akan menjadi kurang,
cacat dan tidaklah sempurna kejadian dalam diri seseorang individu itu. Akhirnya, keburukan akan
menjadi nyata, dan diluahkan dalam bentuk pemikiran yang terpesong, perangai dan akhlak yang
buruk, emosi yang tidak terkawal serta kehidupan yang tidak terpandu ke arah kebaikan. Bagi
mencapai kestabilan dalam kehidupan, Islam telah menuntut ummatnya agar sering memelihara
kesejahteraan dalam semua aspek tersebut iaitu kesejahteraan akal dan minda, pemikiran, emosi
serta akhlak dan perbuatan mereka.

Satu aspek yang sering tidak diberi perhatian yang sepenuhnya oleh umat Islam ialah dalam aspek
memelihara kestabilan emosi. Wujud bahawa sebahagian besar umat Islam yang tidak mampu
untuk mengawal emosi berdasarkan kepada beberapa fenomena yang berlaku di dalam kehidupan
mereka khususnya yang berkaitan dengan faktor emosi, lantas mengakibatkan beberapa kejadian
dan gejala yang tidak sewajarnya berlaku seperti tunjuk perasaan, kes amuk, pergaduhan,
perceraian, malah ada yang membawa kepada kejadian bunuh, yang sewajarnya tidak akan berlaku
jika mereka mampu untuk mengawal emosi mereka. Pengawalan atau pengurusan emosi
bermaksud seseorang individu itu mampu menyedari dan celik akal terhadap emosi atau perasaan
yang sedang ia alami. Ia juga mampu untuk mengenalpasti jenis-jenis emosi dan perasaan yang
sedang dialami serta memahami tahap atau darjah ketinggian emosi yang ditunjukkan itu. Pada
masa yang sama, mereka juga memahami bagaimana emosi dan perasaan mereka akan menjadi
tidak stabil, serta apakah tindakan yang sering atau biasa mereka lakukan apabila memiliki jenis-
jenis emosi yang tertentu, serta bagaimana untuk mengatasi kesukaran yang timbul akibat dari
memiliki tahap emosi tertentu itu yang secara keterlaluan.

Emosi pula adalah perasaan yang ada pada setiap diri manusia seperti perasaan gembira, sedih,
marah, suka, kecewa, takut, murung dan sebagainya. Terdapat dua jenis emosi, iaitu emosi negatif
dan juga emosi positif. Perasaan suka sering dilihat sebagai emosi yang positif, kerana ia sering
membawa keseronokan dan kegembiraan. Manakala perasaan benci dan marah pula sering dilihat
sebagai negatif, kerana ia membawa kepada kepayahan dan kesukaran. Namun sebenarnya, emosi
suka juga boleh menjadi negatif apabila ia ditunjukkan secara berlebihan dan tidak terkawal, dan
begitu juga emosi benci dan marah, ia juga berpotensi untuk menjadi positif dan membawa
kebaikan kepada kehidupan manusia jika dikawal dan dibimbing secara lebih rasional. Di dalam
kehidupan seseorang muslim, memahami jenis dan tahap emosi adalah perlu dan penting, kerana
Islam menuntut setiap umatnya untuk membawa kehidupan dan tingkahlaku mereka menuju
kepada kebaikan. Tahukah kita bahawa tahap pengurusan atau pengawalan emosi yang rendah,
lemah dan tidak berpengetahuan akan membawa kepada kehinaan, huru-hara dan persengketaan
serta mendatangkan pelbagai kesan buruk dalam kehidupan?
Kehidupan yang harmoni dan stabil dalam keluarga dan masyarakat amat memerlukan kepada
daya tahan dan kekuatan pengawalan emosi. Namun, jika kebijaksanaan dalam pengurusan emosi
tidak dapat dicapai, ia akan memberi kesan buruk dalam pelbagai aspek kehidupan. Emosi yang
negatif akan sering menjadi tidak stabil dan menyukarkan kehidupan individu untuk berhubung
dengan orang lain. Emosi yang negatif adalah bersifat toksik dan jika tidak dikawal, ia akan
memusnahkan perhubungan suami isteri, keluarga dan memutuskan silaturrahim serta
persahabatan, malah ia akan menjadikan masyarakat dan negara tidak stabil dan huru hara.

Terdapat pelbagai faktor mengapa emosi negatif boleh muncul dan seterusnya melumpuhkan
pemikiran yang rasional seseorang individu. Beberapa faktor luaran seperti perbezaan fikrah dan
fahaman politik atau keagamaan, atau kepercayaan seseorang terhadap kumpulan atau individu,
salah faham terhadap matlamat sesuatu kelompok masyarakat, dan kurang peka, tidak sensitif serta
tidak prihatin terhadap hak dan kepentingan orang lain, berasa hak mereka dinafikan dan
sebagainya. Manakala pengurusan emosi yang baik boleh dimiliki apabila individu itu mengenali
keupayaan emosi sendiri, memahami situasi, bila dan di mana emosi itu menjadi tidak terkawal,
serta mengkaji pelbagai faktor yang mendorong mereka terjebak kepada emosi yang negatif. Bagi
membina kehidupan yang baik dan soleh, kesemua aspek yang tersebut itu wajar dipelihara secara
baik dan terarah kepada kebaikan sebagaimana yang dipandukan oleh ajaran Islam. Contoh yang
paling jelas akan kepentingan pengurusan emosi ialah apabila Rasulullah SAW memberi panduan
kepada kita bagaimana untuk mengawal perasaan ketika sedang marah. Dan yang paling penting
ialah mengikuti panduan tersebut untuk emosi yang lebih sejahtera.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Tips memaafkan orang :


- Maafkan diri sendiri terlebih dahulu.
-ingat diir kita juga tidak lari dari kesalahan
-asingkan semua barang yang membawa kenangan
-mulakan hidup yang baru
-dekatkan diri kepada ALLAH
-rebut peluang di hari raya
-Gunakan orang tengah

Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf ?


- Tidak perlu menang setiap masa
-Pendapat dan citarasa manusia berbeza
- Memikirkan orang lain juga ada masalah
-Menyedari ALLAH mengangkat darjat orang yang suka minta maaf dan memafkan orang
- Berdoa supaya disabarkan hati
-Bersangka baik
-Memikirkan kebaikan yang dibuat dia
- Menyedari kita juga ada kurang dan silap, begitu juga dia

Rasulullah Saw bersabda : “Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam bergusti
tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.” (HR. Bukhari dan
Muslim)
rujukan : menahan marah

ADAB KETIKA MARAH


* Jangan marah kecuali kerana ALLAH . Jika ia melibatkan agama, dan sesuatu yang
keterlaluan, marah adalah dibenarkan.
* Ingat kekuasaan dan keagungan ALLAH ketika marah, jangan terlalu ikut perasaan .
* Menahan marah . Kerana sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan.
* Berlindung kepada ALLAH ketika marah . sebut Au'zubillah .
* Diam , langkah terbaik untuk meredekan keadaan.
* Mengubah posisi. Jika berdiri, hendaklah dia duduk .
* Berwuduk. marah itu api syaitan . Sejukkan marah dnegan berwuduk.
*Bersabar dan memaafkan. Semua orang buat silap , kita juga. Jadi bersabarlah . Cuba.
* Jangan berdendam . Sesungguhnya orang yang bersabar itu lebih baik di sisi ALLAH .

Merawat marah secara amali


1 . Baca ta'awwuz
2. Mengubah posisi
3. Mengambil wudu'
4. Diam
5. Banyakkan berzikir
- Istigfar ,selawat, zikir fatimah
6. Menyebut asmaul husna .
7. Melakukan amalan
solat taubat, buat baik, baca quran , puasa sunat , bayar zakat, sedekah
8. Minum air dan berdoa
9. Mengawal pernafasan
Kehadiran oksigen dapat kurangkan kemarahan . CUBA TARIK NAFAS selama kiraan 14,
dan lakukan sebanyak 10 kali
10. Menjaga diet pemakanan
- makan sayur-sayuran , kurangkan daging merah, banyakkan daging putih , banyakkan
makan buah sebelm benda lain, jangan makan makanan yang ada bahan pengawet
12. Kegiatan Fizikal
13. Ubah kepada aktiviti lain

Mari sama-sama berjuang untuk menjadi lebih baik, insyaallah :)


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/08/memaafkan-orang-cara-mengawal-
marah.html#ixzz3HJPagDDJ

Anda mungkin juga menyukai