Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : SINGA YANG SOMBONG

Selamat pagi kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan


menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Singa yang Sombong”.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan
kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah
menjadi mangsanya. Pada suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan
satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang
ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-
kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai
kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-
sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. “ Ya, kami sedia membantu”
jawab haiwan yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil. Semua
terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba
menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan
Tebuan. “Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan
mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada
haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang
Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang
gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan


pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak
Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. “ Hai
Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata
Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil
ketawa. “ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat,
aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh
semangat. “ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan
pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih.
Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang
hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang
hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak
berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan
itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat.
Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan
itu.

Ingat kawan-kawan, 1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang
yang kecil tidak semestinya lemah. 2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah
3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan....
kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan
semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal. Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-
arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula
tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam
hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin
sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-
kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada
sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya
sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
“Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti
aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh
gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab
berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti
banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong
periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir
panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu.
Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu.
Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin .
Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang
anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke
dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.
“Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang ayah?” tanya isteri
penebang kayu.
“Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-
sisa hidupnya,” kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar
bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul
yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan
bapanya ke dalam bakul tersebut.
“Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.
“Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa
sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga
dengan baik,” kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu
berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul
ayahnya berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak
penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”
“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.
“Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila ayah tua kelak,
saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil
berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. “Marilah kita
pulang ke rumah.”
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai