Anda di halaman 1dari 1

Guru Oh Guru

Dulu ,
Ku kata
Gurumu garang menakutkan
Dan kau sering merengek
Minta abah jangan menghantar ke sekolah
Kerana kau tak merasakan

Dulu ,
Kau kata
Mahu jadi doktor
Merawat insan
Mengubat penyakit
Berbaju putih di sanjung tinggi

Dulu ,kau sering mengadu pada ayah


Tidak mahu jadi guru
Sibuk memanjang
Sakit kepala melayan seribu karenah
Anak didik yang dimanja

Dulu ,
Kau kata pada ibu
Gurumu kasihan
Guruku kerani ,guruku ibuku
Guruku bapaku ,guruku pengasuhku
Guruku rakanku ,guruku musuhku
Guruku sering dicemuh
Anak didik cemerlang oh anakku bijak
Anak didik gagal oh gurumu malas

Hari ini
Kau menjadi guru
Tahniah!
Segala yang kau katakan dulu
Benar belaka.

MORI
29 Ogos 2006.

91