Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM MENJULANG SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR 2019

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 PENGENALAN PROGRAM 2

3.0 OBJEKTIF 2

4.0 KUMPULAN SASARAN 3

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA 3

6.0 PROGRAM-PROGRAM YANG DIRANCANG 4

PROGRAM-PROGRAM YANG DIRANCANG 5

7.0 KEWANGAN 6

9.0 HARAPAN 7

UNIT KURIKULUM SKTA/SU Page 1


PROGRAM MENJULANG SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR 2019
1.0 PENDAHULUAN

Program Kecemerlangan UPSR ini adalah satu program yang dirangka untuk
meningkatkan kecemerlangan murid-murid Tahun 6 dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini
adalah amat penting untuk memastikan pencapaian murid sentiasa cemerlang.
Murid yang sentiasa berfikiran positif, sedar dan tahu bahawa kecemerlangan
bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Asalkan ada usaha dan keyakinan
serta kepercayaan kepada Tuhan, kejayaan pasti akan dapat direalisasikan.

2.0 PENGENALAN PROGRAM

Program ini dijalankan sepanjang tahun sebelum peperiksaan sebenar UPSR.


Adalah diharapkan agar apabila tamat program ini murid-murid akan dapat
mengaplikasikan segala kaedah belajar yang diberikan kepada mereka sepanjang
program ini berlangsung supaya mereka berjaya memaksimumkan pencapaian
mereka.

3.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, murid-murid akan dapat :


3.1.1 Peluang menikmati program-program yang telah di rancang untuk
meningkatkan pemahaman dan penguasaan dalam pelajaran ;
3.1.2 Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjadi murid yang
soleh serta solehah dan usaha untuk mencapai kejayaan ;
3.1.3 Menyedari pentingnya pengurusan masa semasa peperiksaan ;
3.1.4 Mengetahui, memahami serta menguasai teknik menjawab soalan
yang betul semasa peperiksaan ;
3.1.5 Menyedari pentingnya akademik untuk merealisasikan wawasan
2020
3.1.6 Bekerjasama dan memupuk semangat setiakawan dalam semua
aktiviti yang dijalankan ;
3.1.7 Memupuk nilai murni dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

UNIT KURIKULUM SKTA/SU Page 2


PROGRAM MENJULANG SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR 2019
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah :


4.1 Murid Tahun 6, 2019

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : CIKGU KAMAROL ZAMAN B MOHD ZEN


Guru Besar, SK TELAGA AIR.
Tim. Pengerusi : CIKGU AMAT YUSUP B TOKIJAN
GPK l , SK. TELAGA AIR.
Naib Pengerusi : l. CIKGU SARBINI B HJ ADAT
GPK HEM
ll. CIKGU NOORDIN B JOHARI
GPK Kokurikulum
Penyelaras/Setiausaha : CIKGU MADLANE ASSING
Pen.Penyelaras : CIKGU JULIATI
Bendahari : CIKGU SEPRI B ISMAIL
AJK : Guru Tahun 6
Guru-guru SK TELAGA AIR.

UNIT KURIKULUM SKTA/SU Page 3


PROGRAM MENJULANG SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR 2019
6.0 PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

6.1 Program motivasi Kesedaran - MEI


~ Ilmu Menjana Generasi Gemilang ~
Program motivasi yang dirancang untuk meningkatkan kesedaran murid-
murid tentang pentingnya ilmu serta pengurusan masa yang sesuai untuk
menjadi pelajar cemerlang. Kesedaran belajar tanpa dipaksa adalah amat
penting demi memastikan murid-murid menikmati hasil pembelajaran
yang lebih bermakna tanpa paksaan. Kejayaan yang bakal dikecapi lebih
indah dan membawa erti peribadi yang lebih berkualiti.

6.2 Program Anak Angkat


Program ini dilaksanakan agar setiap guru boleh membantu dan
memantau anak-anak angkatnya secara terus dan telus. Anak-anak angkat
yang telah dipilih akan dibimbing dan diberi galakan serta dorongan yang
boleh membantu mereka bersemangat untuk terus mencapai kejayaan.

6.3 Program Julang dan Harlus


Julang untuk pelajar yang cemerlang dan Harlus untuk pelajar yang ada
harapan lulus. Program ini juga selaras dengan program anjuran PPD dan
juga MGB daerah PADAWAN.

6.4 Kelas Tambahan Dan Kelas Intensif


Kelas Tambahan bermula Februari setiap hari pukul 2.00 ptg – 4.00 ptg,
manakala kelas Intensif bermula pada
Julai – September.
Sepanjang kelas tambahan berlangsung, banyak latih tubi berpandu
diberikan bagi memastikan murid-murid ini sentiasa berada di landasan
yang betul.

UNIT KURIKULUM SKTA/SU Page 4


PROGRAM MENJULANG SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR 2019

6.5 Bengkel Teknik Menjawab Soalan Fasa 1 dan Fasa 2


Bengkel ini diadakan 2 kali setahun untuk 5 matapelajaran iaitu
Pemahaman, Penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Guru-guru
pakar dan guru cemerlang dijemput untuk membantu murid-murid
meningkatkan lagi penguasaan mereka.

6.6 Program Mini Asrama Fasa 1 dan Fasa 2


Program ini adalah satu program dimana murid didedahkan dengan cara
hidup di asrama. Hidup berdisiplin dan berjadual walaupun tanpa
pemantauan daripada ibubapa secara langsung. Guru bertugas akan
memantau perkembangan murid berkenaan di sekolah serta membimbing
mereka. Program ini adalah satu program yang mempunyai kos yang agak
tinggi tetapi kesan positif yang ditunjukkan oleh murid-murid
menyebabkan program ini masih dikekalkan. Pengorbanan guru-guru yang
menjadi warden asrama ini secara bergilir amat berbaloi dengan kejayaan
yang diperolehi oleh murid-murid.

6.7 Motivasi Kecemerlangan


Motivasi kecemerlangan untuk meningkatkan momentum pembelajaran
murid agar berada di tahap yang maksimum. Motivasi Kecemerlangan ini
biasanya dijalankan di luar premis sekolah untuk memberi ‘mood’
pembelajaran yang lebih berkesan kepada murid-murid.

6.8 Pecutan Sukses


Pecutan Sukses adalah satu program yang dirangka pada minggu yang
paling hampir dengan peperiksaan agar semangat murid-murid ini
sentiasa di tahap maksimum.

UNIT KURIKULUM SKTA/SU Page 5


PROGRAM MENJULANG SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR 2019
7.0 KEWANGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH ( RM )

 Program Motivasi Kesedaran


~ Ilmu Menjana Generasi Gemilang ~
RM 10 X 39 murid = RM 390.00 RM 390.00
2 orang Penceramah + Makan Murid

 Kelas Tambahan, Kelas Intensif


dan Pecutan Sukses RM 390.00
RM 10 X 39 murid = RM 390.00
Buku Kerja + Latihan + Bahan Cetak

 Bengkel Teknik Menjawab Soalan Fasa 1 dan


Fasa 2 RM 1600.00
RM 200 X 4 kali X 2 Fasa = RM 1600.00
( Penceramah + Makan Murid + Bahan Cetak )

 Program Mini Asrama Fasa 1 dan Fasa 2


( 10 Hari ) RM 780.00

RM 10 X 39 murid X 2 hari = RM 780.00


( Makan minum murid + Bahan + Fasilitator)

 Motivasi Kecemerlangan
RM 15 X 39 murid = RM 585.00 RM 585.00

( Makan minum + Penceramah+Sijil )

JUMLAH RM 4240.00

9.0 HARAPAN
UNIT KURIKULUM SKTA/SU Page 6
PROGRAM MENJULANG SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR 2019
Pihak sekolah amat berharap agar Program Kecemerlangan UPSR 2019
yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama
yang diberikan oleh semua pihak.
Kekangan kewangan yang menjadi masalah utama akan cuba diatasi. Pihak
sekolah berusaha untuk mendapatkan sumber-sumber kewangan daripada
pelbagai pihak selain daripada sumbangan daripada murid-murid, PIBG dan
pihak sekolah sendiri. Sumbangan daripada badan-badan korporat, tokoh-tokoh
politik dan individu-individu tertentu amat membantu dalam melaksanakan
Program Kecemerlangan ini setiap tahun kerana kebanyakkan murid-murid
adalah dari latar ekonomi yang rendah dan sederhana.
Murid-murid tidak mampu untuk mengikuti program seumpama ini yang
dianjurkan oleh pihak swasta kerana bayaran yang tinggi. Oleh yang demikian,
pihak sekolah akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan semua program
yang telah dirancang demi kecemerlangan dan masa depan murid-murid
SK TELAGA AIR.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan, kami dari warga SK TELAGA AIR
merakamkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Disemak oleh,

......................................................... ........ .........................................................


( MADLANE ASSING ) ( AMAT YUSUP B TOKIJAN)
SU KURIKULUM SK TELAGA AIR. GPK PENTADBIRAN, SK TELAGA AIR.

Disahkan oleh,

...........................................................................
(KAMAROL ZAMAN B MOHD ZEN)
GURU BESAR, SK TELAGA AIR.

UNIT KURIKULUM SKTA/SU Page 7