Pendidikan suatu usaha Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan
berterusan ilmu, kemahiran dan nilai murni,
Cintakan negara.
Elemen-elemen FPG Analisis
Bepekerti mulia Sahsiah guru yang baik- berbudi bahasa,
bersopan, berdisiplin, bermoral dan
sebagainya.
Berpandangan progresif dan saintifik Berkembang mengikut peredaran zaman yang
kini memberipenekanan kepada sains dan
teknologi,
1. Guru menjadi seorang yg kreatif dan inovatif semasa melaksanakan proses P&P
Jadi seorang yg kreatif
Manfaatkan ilmu @ kemahiran yg diperolehi dengan mengaplikasikan dlm pengajaran
Lakukan anjakan paradigma & tidak berada dalam takuk lama dalam mendidik pelajar.
Guna pendekatan pengajaran berpusatkan murid dan sumber iaitu penggunaan ABM dan
ICT.
2. Memperkembangkan potensi dan bakat dalam diri pelajar
Pastikan bakat yang ada dlm diri pelajar dapat dikembangkan & dicungkil secara
menyeluruh
Melalui aktiviti kokurikulum diperingkat sekolah pada permulaan
3. Melengkapkan diri dgn pengetahuan am & pengetahuan dlm matapelajaran
Guru mempunyai kemahiran melangkaui pelajar
Sentiasa kemaskini ilmu-ilmunya mengikut perkembangan semasa
Mendidik adalah kecekapan utama bg seorang guru
4. Mengurus, menyelenggarakan dan memastikan prasarana yang diperlukan di dalam bilik
darjah mencukupi
Suasana yang kondusif akan mempengaruhi suasana pembelajaran yang menarik
memudahkan pelajar memahami apa yang diajarkan oleh guru mereka
kemudahan alat menulis papan putih, LCD, kerusi dan meja perlu ada di dlm kelas
5. mengamalkan P&P selaras dgn hasrat FPG
unsur-unsur kenegaraab telah tersisip dlm semua m/p sama ada di bwh rancangan
KSSR/KSSM
peranan guru tonjolkan sikap kenegaraan
guru bina budaya yang berteraskan perpaduan
IMPLIKASI
-Mengamal p&p selaras dengan FPG : mengembamg potensi individu & memelihara suatu masy
yang bersatu padu.
-Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar.
-Bertanggungjawab & memiliki perasaan akauntabiliti.
Sukatan pelajaran
yang digubal Penekanan baru Program pendidikan
memberi penekanan diberikan kepada disusun agar dapat
terhadap aspek penerapan nilai- melahirkan insan yang
kesepaduan dan nilai murni seimbang dan harmonis
keseimbangan
Program pendidikan
Penekanan Penekanan juga
yang
diberikan kepada diberikan kepada
menitikberatkan
pendidikan Teknik bahasa merentasi
pendidikan umum
Dan Vokasional kurikulum
diperkenalkan
2. Kehendak Masyarakat
KBSR digubal utk membolehkan murid:
Menguasai kemahiran berbahasa seperti bertutur, membaca & menulis
Menguasai BI
Menguasai kemahiran mengira
Membina dan pupuk akhlak yg mulia
Menguasai BM dgn memuaskan
3. Faktor Politik
Setiap kali pucuk pimpinan ssbuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah
kurikulum pendidikan akan dikaji semula.
Kurikulum pendidikan jadi saluran penting bg setiap badan pemerintahan
menguatkan pengaruh mereka.
Contoh: 1. Semasa pnjajahan British, dasar pelajaran hanya bertujuan jadikan
anak melayu petani dan nelayan yg lebih baik drpd ibubapa mereka & tidak
titikberatkan perpaduan rakyat.
2.selepas merdeka, Dasar Pelajaran Kebangsaan yg termaktub dlm Akta
Pelajaran 1961 titikberatkan aspek yg berkaitan dgn perpaduan negara &
penghasilan tenaga kerja.
3. PELAKSANA
Sebelum mengajar perlulah membuat beberapa persediaan.
Persediaan perlu supaya guru dapat mempersembahkan idea & pengetahuan secara
tersusun, menarik serta memudahkan pemahaman murid.
(a) Perancangan Persediaan Mengajar untuk Pelaksanaan Kurikulum
(b) Komponen-komponen Persediaan Mengajar (persediaan, penyampaian dan penutup)
(c) Komponen Persediaan
(d) Pemilihan dan Pemeringkatan Isi Pelajaran
(e) Penentuan langkah-langkah pengajaran dan peruntukan masa
(f) Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran
(g) Pemilihan dan Penggunaan Sumber PdP
(h) Kaedah mengubah suai dan menilai
Barat
i. Ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat
ii. Bersifat praktikal dan pragmatik
iii. Menumpukan perkara-perkara asas sahaja.
Timur
i. Pendidikan membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan
struktur kekeluarg aan.
ii. Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan mengajar caracara hidup yang baik dan
betul
Islam
i. Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah
AlQuran yang menjadi teras pendidikan
ii. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi
fizikal, intelek dan rohani manusia.
PERBEZAAN MATLAMAT
Barat
v Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja.
v Mengasaskan corak budaya baru.
v Menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.
Timur
v Menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupan
seharian.
v Menghasilkan individu menyeluruh dengan interaksi & integrasi.
Islam
v Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang
berilmu,beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri
serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.yang bertakwa.
v Melahirkan insan yang taat kepada AllahS.W.T., hidup dalam masyarakat dengan
harmoni, aman dan damai.
Barat
v Boleh dibahagikan kepada dua jenis : Tradisional, Moden
v Sumber : Bersumberkan akal, pengalaman
Timur
v Konfusianisme dan toisme (China)
v Hinduisme dan buddhisme, nasionalisme dan internationalism
v Sumber : Buku e (india), Pemikiran confuciusme
Islam
v Boleh dilihat dari dua sudutFalsafah TeoriFalsafah Amalan
v Sumber : Ilmu wahyu, Ilmu akhirat
2.0 Implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat Terhadap Perkembangan
Pendidikan di Malaysia
a) Institusi pendidikan
Sifat menyeluruh dan terperinci dalam pendidikan Islam membuatkan para ilmuan
di Tanah Melayu dahulu menerima baik pendidikan Islam dan menyebar luas pendidikan
ini. Sejak zaman sebelum penjajahan British lagi Tanah Melayu sudah menerima
pendidikan berteraskan agama Islam selepas berkembangnya agama Islam di Melaka.
Menurut Hikayat Abdullah dalam Choong Lean Keow (2008), pendidikan Islam pada
mulanya diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan
madrasah dan akhirnya berpusatkan di sekolah pondok. Hal ini menunjukkan
perkembangan pendidikan Islam dalam kalangan penduduk Muslim tempatan pada
ketika itu. Kurikulum pengajaran pula berdasarkan pada kurikulum Masjidil Haram di
Mekah. Terdapat banyak matapelajaran yang disampaikan antaranya ialah ilmu Tauhid,
Al-Quran, Fiqh, Nahu, Hadith, Sufi, Tasawuf dan Akhlaq, Bahasa arab dan Tulisan Jawi.
Selepas tamat pembelajaran bersama tok guru tersebut, para murid berkhidmat
kepada penduduk di kampong sebagai guru ataupun melanjutkan pelajaran ke universiti
di Timur Tengah seperti Universiti Al-Azhar. Hal ini menunjukkan pendidikan Islam
berkembang meluas memandangkan pendidikan individu bukan sahaja terhad sehingga
ke peringkat sekolah pondok malah sehingga ke peringkat universiti.
Setelah Tanah Melayu merdeka dan membentuk negara Malaysia, terdapat akta
yang menekankan mengenai pendidikan Islam iaitu Akta Pelajaran 1961. Akta ini
menjadikan pendidikan Islam kewajipan bagi Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, seorang
murid Islam mesti diberikan pendidikan Islam sepanjang ia berada di sekolah rendah
dan menengah. Implikasi daripada akta pelajaran 1961 ialah wujudnya Pengetahuan
Agama Islam dalam kurikulum pendidikan sekolah. Secara tidak langsung, perkara ini
menunjukkan perkembangan pendidikan Islam itu sendiri di mana hasilnya dapat dilihat
kini iaitu rakyat yang terdidik dengan penghayatan agama Islam lebih ramai. Akta ini
dikuatkuasakan selama 25 tahun dalam kurikulum di sekolah rendah dan menengah.
a) Kurikulum
Hasil penekanan terhadap pendidikan Islam dalam kurikulum menyaksikan pelbagai
perkembangan pendidikan Islam kini iaitu subjek pendidikan Islam yang diwajibkan
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula menjadi tempat penghayatan nilai Islam
bagi murid-murid Islam dan mereka didedahkan lebih banyak ilmu-ilmu berkaitan
agama Islam berbanding sekolah menengah lain. Sistem ini juga menampakkan
keberhasilannya dengan lahirnya ramai tokoh ulama di negara ini. Sehingga kini,
terdapat 57 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di seluruh Malaysia di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain itu, kursus Tamadun Islam ( kini Tamadun Islam Tamadun Asia) telah
diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan ( kini Institut
Pendidikan Guru ) sejak 1983 sehingga sekarang. Tujuan kursus ini didedahkan ialah
untuk memperkenalkan falsafah pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar. Dengan
wujudnya golongan muda yang mendalami agama, maka secara tidak langsung falsafah
pendidikan Islam yang mahu melahirkan insan berilmu dan beragama dapat dicapai.
b) Pendidik
Pendidikan Islam yang diperkenalkan kepada rakyat tempatan sebelum zaman
kolonialisme British diajar oleh guru-guru yang dikenali sebagai ulama’ di rumah-rumah
mereka. Apabila bilangan pelajar bertambah, para ulama’ mula mengajar di masjid,
surau dan madrasah. Kemudian, setelah institusi agama iaitu sekolah pondok
ditubuhkan, pengajar di institusi ini ialah Tok Guru. Kebanyakan tenaga pengajar bagi
subjek pendidikan Islam ini menimba ilmu dengan cara melanjutkan pelajaran ke timur
Tengah atau berguru dengan ustaz-ustaz.
2.2 Falsafah Pendidikan Timur
Ilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek yang dipandang tinggi oleh ahli falsafah
Timur kerana mereka sentiasa beranggapan bahawa ilmu akan membolehkan seseorang
mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-
undang serta mencapai kehendak ekonomi dan sosial. Demi kecintaan terhadap ilmu,
terdapat beberapa ahli alsafah yang tampil membuat ajaran untuk dijadikan panduan
untuk pengikut mereka. Sebagai contoh ialah Kung Fu Tze yang terkenal dengan
Confucius. Confucius membawa ajaran yang diikuti oleh penganutnya selama beribu
tahun lamanya. Malaysia tidak terkecuali daripada negara yang mencedok sedikit
sebanyak falsafah pendidikan Confucius.
a) Kurikulum
Falsafah pendidikan Confucius amat menekankan pengajaran pendidikan Moral. Banyak
nila-nilai yang ditekankan dalam aspek moral seperti :
1. Menghormati ibu bapa
2. Hormat orang yang lebih tua
3. Ketekunan
4. Kesetiaan
5. Jimat cermat
6. Tolak ansur
7. Kebijaksanaan
8. Keberanian
Nila-nilai ini amat penting dalam kehidupan seharian memandangkan seorang manusia
yang mampu mengamalkan nilai-nilai murni akan mendapat rasa dihormati dalam
kalangan penduduk setempat. Disebabkan itulah, kurikulum di Malaysia juga
menekankan aspek nilai-nilai murni diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajara. Seawal dari darjah satu lagi, murid-murid diperkenalkan dengan
pendidikan Moral bagi murid-murid bukan Islam dan pendidikan Agama Islam bagi
murid-murid beragama Islam. Hal ini amat jelas bahawa Kementerian Pelajaran
Malaysia bukan sekadar mahu melahirkan ilmuan yang bijak pandai sahaja, tetapi
mereka mahu melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa.
Sesuai dengan tunjang kemanusiaan yang ditekankan dalam KSSR, nilai murni
mengenai kemasyarakatan ditekankan supaya murid-murid mempunyai penghayatan
terhadap ilmu akademik dan ilmu kemasyarakatan. Tunjang keterampilan diri dalam
KSSR juga menekankan murid terdidik dan dibimbing untuk mempunyai daya
kempimpinan dan sahsiah yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum supaya
modal insan kelas pertama dapat dilahirkan.
b) Pendidik
Dalam falsafah pendidikan Confucius, guru bergerak sebagai fasilitator dan
menyampaikan ilmu dengan kemahiran yang mereka perolehi. Guru akan sentiasa
komited terhadap tanggungjawab serta mesti mengenali dan memahami setiap
muridnya supaya potensi para murid dapat digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Selari
dengan pendidikan di Malaysia juga dimana guru bertindak sebagai mentor di dalam
kelas dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Guru mestilah membimbing murid
dan menganalisis kebolehan murid.
2.3.1 Progresivisme
a) Kurikulum
Mazhab progresivisme menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana
pembelajaran tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa
memerlukan teori. Kurikulum mazhab ini memberi kebebasan kepada murid-murid
untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kurikulum KBSM (kini KSSM)
Malaysia melaksanakan perkara ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu di sekolah
menengah dengan memberi kebebasan memilih elektif pengkhususan dalam subjek
Kemahiran Hidup dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga, perdagangan,
pertanian dan kemahiran teknikal. Selain itu, perlaksanaan kurikulum ini juga
diterapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa
aliran seperti aliran sains tulen agama, sastera dan vokasional. Perkara sebegini
memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih bidang kemahiran sesuai
dengan minat mereka.
b) Pendidik
Dalam mazhab progresivisme, guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus
untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas. Guru
bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang selesa
serta merangsang pemikiran anak muridnya supaya pelbagai idea yang kreatif dapat
dicambah. Hal ini sudah pun dipraktikkan oleh guru-guru di sekolah yang
melaksanakan KSSR di mana guru-guru bertindak sebagai pencetus kreativiti di dalam
kelas untuk merangsang pemikiran murid dengan berbekalkan pendekatan didik hibur
dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru juga dibekalkan dengan buku
panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran.
c) Kaedah Mengajar
Disebabkan kaedah induktif digunakan dalam proses mengajar, jadi murid diberi
peluang untuk mencari keterangan bagi setiap soalan yag dicetuskan oleh guru untuk
meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Hal ini secara tidak
langsung melahirkan murid-murid yang aktif dalam kelas. Terdapat beberapa kaedah
mengajar yang disyorkan bagi mazhab progresivisme ini iaitu :
1. Menyelesaikan masalah berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan induktif
2. Melakukan eksperimen untuk meneroka alam sekeliling
3. Pengalaman langsung dengan penglibatan murid
Ketiga-tiga kaedah ini mampu mewujudkan budaya belajar yang kondusif dan
kompetetif kerana para pelajar akan bersaing untuk memberi respons terhadap soalan-
soalan guru. Aplikasi daripada mazhab progresivisme dapat dilihat dalam salah satu
tunjang KSSR yang menekankan mengenai Sains dan Teknologi dimana guru-guru perlu
mendedahkan murid terhadap asas disiplin ilmu Sains melalui pembelajaran dalam
kelas, makmal mahupun pembelajaran berdasarkan pengalaman langsung di luar kelas.
2.3.2 Rekonstruktivisme
a) Kurikulum
Mazhab rekonstruktivisme mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan
relatif bergantung kepada kepercayaan, masa dan tempat. Mazhab ini juga berpegang
bahawa pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai asas yang membentuk
pegangan kepada diri. Dengan ini, pendidikan kepada masyarakat haruslah memberi
penekanan terhadap pembentukan masyarakat itu sendiri. Kurikulum pendidikan dalam
mazhab ini mengasaskan corak budaya baharu dan menghapuskan gejala sosial.
Terdapat beberapa bidang dalam kurikulum mazhab rekonstruktivisme iaitu :
1. Sosial (Contoh : Kajian Sosial)
2. Isu-isu tempatan
3. Isu-isu antarabangsa
Dapat dilihat di sini bahawa terdapat persamaan antara kurikulum daripada mazhab ini
dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini jelas dilihat dalam perlaksanaan KSSR dimana
tunjang kurikulum Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai menekankan mengenai
pendidikan sosial untuk memantapkan sahsiah dan moral pelajar. Tunjang ini amat
penting dalam usaha melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dalam aspek
sosial.
b) Pendidik
Guru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu bersifat kreatif
dan inovatif. Hal ini disebabkan guru memainkan peranan penting untuk memberi satu
gambaran jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan isu
sosial, isu tempatan dan antarabangsa. Pengetahuan yang luas amat diperlukan oleh
guru seiring dengan matlamat yang mahu mengasaskan corak budaya baharu dan
pembentukan semula masyarakat. Dari aspek pendidikan di Malaysia, fungsi guru juga
mempunyai peranan sama seperti guru yang membawa mazhab rekonstruktivisme ini.
Perkara ini jelas dilihat dalam kelas di mana guru sebagai bertindak mengawal kelas
dalam suasana pembelajaran yang terancang dan muris-murid berusaha mencari
maklumat yang berkaitan isu semasa untuk kefahaman pengetahuan am.
Sebagai contoh, dalam kelas guru yang mengajar matapelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan akan menggalakkan para pelajar untuk mencari artikel berkenaan isu
semasa dan isu global di luar dan dalam negara. Dengan cara ini, pelajar akan belajar
menegnai perkembangan isu tempatan dan antarabangsa. Isu-isu yang berkaitan dengan
nasionaliti dan patriotisme pula akan mewujudkan semangat cinta akan negara dalam
kalangan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar akan mendapat kesedaran untuk
memberi sumbangan kepada negara dan menjadi golongan yang mewujudkan
masyarakat yang memaksimumkan potensi diri ke arah kebaikan. Hal ini sejajar
dengan kurikulum persekolahan KSSR yang memenuhi keperluan dan tuntutan semasa
bagi menyediakan generasi yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21.
c) Kaedah mengajar
Kaedah mengajar bagi mazhab ini ialah berpusatkan murid di mana murid-murid diberi
penekanan mengenai kemahiran menyelesaikan masalah melalui beberapa kaedah
sepeti :
1. Aktiviti
2. Sumbangsaran
3. Main peranan
4. Simulasi
Kaedah-kaedah ini mempunyai fungsi utamanya dengan murid sebagai penggerak
utama. Kaedah ini juga dapat dilihat dalam silibus kurikulum Malaysia yang mahukan
aktiviti kurikulum yang dijalankan dalam kelas bukan sahaja berpusatkan guru malah
mesti berpusatkan pelajar sekali kerana pelajar sebagai penerima ilmu tidak boleh
bersifat statik dalam mencerna ilmu malah perlu bersikap lebih terbuka untuk
memperluas skop sesuatu ilmu itu.
2.3.3 Eksistentialisme
a) Kurikulum
Mazhab ini lebih menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli-ahli
eksistentialisme bepegang bahawa realiti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif
serta hanya bergantung kepadaa individu-individu berkenaan untuk ditafsirkan. Tidak
ada kurikulum khusus bagi subjek ini kerana mereka percaya bahawa murid-murid
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pendidikan diri sendiri. Namun begitu, terdapat
beberapa matapelajaran yang dianggap relevan seperti pendidikan seni, kesusasteraan
dan drama. Di Malaysia, pelajar juga diberi peluang untuk memilih aliran yang mereka
minati di Tingkatan Empat namun, pilihan itu terhad memandangkan negara kita tidak
mampu melayan setiap kehendak pelajar yang berbeza antara satu sama lain.
b) Pendidik
Guru merupakan individu yang penting yang menjadi pemangkin pelajar untuk
menyediakan peluang pendidikan bagi para pelajar mereka mengekspresikan perasaan
dan emosi dalam pembelajaran. Hal ini kerana, pembelajaran yang diikuti dengan minat
daripada pelajar dan memenuhi kehendak pelajar akan memberikan mereka satu
kepuasan belajar. Dengan ini, para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan aktif,
sesuai dengan kecenderungan terhadap pilihan pembelajaran mereka.
c) Kaedah mengajar
Disebabkan tiada kurikulum khusus bagi para pelajar dalam mazhab ini, kaedah
mengajar yang digunakan ialah berpusatkan aktiviti dan pelajar . Menurut Choong Lean
Keow (2008) , main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-
murid meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara mendalam.
2. Bincangkan Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia seperti Laporan
- Laporan Pendidikan serta implikasinya terhadap sistem pendidikan di
Malaysia.
Laporan Pendidikan
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan
Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan
Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini
ialah :-
Etika ialah sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau
organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek2 moral yg baik dan yg buruk,
serta yg betul dan yg salah, dengan tujuan utk memberi garis panduan kepada
ahli2 yg berkenaaan.
Dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERIS dan boleh
memberi kemajuan kepada negara seiring dengan kemajuan teknologi
semasa yang semakin meningkat