Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Pengenalan

Setiap ibu bapa mengidamkan anak yang cergas dan pintar dalam pelajaran. Namun

begitu, perkara ini tidaklah berlaku kepada semua kanak-kanak yang dilahirkan di dunia

ini. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi dan tahap pencapaian masing-masing

mengikut kemampuan mereka. Penguasaan 3M, iaitu kemahiran menulis, membaca dan

mengira merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak yang diajar oleh guru boleh menguasai

kemahiran 3M dengan sempurna. Sebaliknya, 3M merupakan komplikasi yang sangat

besar kepada kanak-kanak yang menghadapi disleksia. Apa itu disleksia? Disleksia

menurut Word Federation of Neurology (1968) dalam Vijayaletchumy (2008) adalah

“Keracunan bahasa yang berlaku dalam kalangan individu yang pernah mendapat

pembelajaran bahasa dalam kelas tetapi gagal memperoleh kemahiran membaca, menulis

atau mengeja separa dengan daya kebolehan inteleknya” (ms. 116).

Kebiasaannya, pada peringkat awal persekolahan, kanak-kanak yang kurang

menguasai kemahiran 3M ini, dianggap ‘biasa’ oleh guru dan ibu bapa mereka namun

setelah menginjak ke alam persekolahan, kelemahan mereka ini mula disedari oleh guru

apabila mereka dikesan agak lambat untuk menguasai sesuatu pembelajaran berbanding

kawan-kawan seusia mereka yang lain. Namun, kurangnya pengetahuan dan pendedahan

tentang masalah disleksia dalam kalangan masyarakat hari ini telah menimbulkan

persepsi buruk bahawa kanak-kanak ini ‘lembab’. Ada juga yang melabelkan mereka ini

sebagai golongan yang malas dan tidak berminat untuk belajar dan akhirnya mereka ini

terus tercicir dan ketinggalan dalam pelajaran. Oleh sebab itu, masyarakat seharusnya

membuka mata dengan lebih luas dan memikirkan perkara ini sebagai salah satu

kemungkinan bahawa kanak-kanak tersebut menghadapi masalah kesukaran

pembelajaran spesifik, iaitu disleksia.


Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan

untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-

kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang

menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Dasar mengenai

pendidikan khas di Malaysia ada dinyatakan dalam Akta Murid-murid 1961, iaitu:

“Sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk

murid-murid yang kurang upaya”. Antara pendekatan pendidikan khas yang disediakan

bagi murid disleksia adalah menyediakan program pendidikan khas integrasi untuk

murid-murid bermasalah pembelajaran dan bagi mereka yang bermasalah penglihatan

dan pendengaran. Hal ini kerana, murid disleksia ini boleh dikategorikan sama ada

sebagai disleksia visual ataupun disleksia auditori. Cara pembelajaran murid disleksia

visual didapati berlainan dengan murid disleksia auditori. Murid disleksia visual tidak

dapat belajar melalui gambaran kerana mereka sukar mengekalkan imej sesuatu perkataan

yang lengkap. Manakala, murid disleksia auditori pula mengalami masalah mengamati

pendengaran. Mereka ini lemah dari segi tanggapan dan ingatan. Mereka tidak dapat

menguasai kemahiran untuk mendiskriminasi bunyi huruf dalam perkataan yang sama

seperti sebutan huruf ‘b’ dan ‘d’.

Natijahnya, jelaslah bahawa masalah disleksia ini seharusnya dititikberatkan oleh

setiap pihak supaya kanak-kanak disleksia ini diberikan hak pendidikan dan perhatian

yang sewajarnya. Individu yang mengalami disleksia adalah unik, setiap individu tersebut

mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Kebanyakan penghidap

disleksia adalah kreatif dan mempunyai bakat luar biasa. Kanak-kanak ini selalunya

menunjukkan bakat istimewa mereka di dalam bidang yang memerlukan visual dan

ruang. Oleh sebab itu, penulisan ini mebincangkan masalah disleksia dari segi ciri-ciri

untuk mengenal pasti kanak-kanak disleksia, punca-punca disleksia, cara membantu


kanak kanak disleksia dan tidak ketinggalan juga, perbezaan disleksia visual dan disleksia

auditori.

2.0 Pendidikan Pemulihan: Disleksia

2.1 Ciri-ciri untuk mengenalpasti kanak-kanak disleksia

Kehadiran murid disleksia biasanya tidak dapat disedari oleh guru sekiranya guru

tidak mengetahui pengetahuan mengenai ciri-ciri disleksia. Bahkan, ibu bapa dan

masyarakat pada hari ini juga kurang pendidikan tentang disleksia walaupun dunia

teknologi yang semakin pesat pada hari ini telah membuatkan informasi mudah diperolehi

kerana semuanya di hujung jari sahaja. Namun, anak-anak mereka selalu menjadi mangsa

apabila anak-anak ini gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran seperti

pelajar-pelajar lain. Jadi, untuk mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak disleksia,

pemerhatian boleh dilakukan melalui perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial

mereka. Melalui fizikal kanak-kanak disleksia ini, mereka mempunyai perkembangan

fizikal yang sempurna sama sahaja seperti kanak-kanak seusia mereka. Merujuk Zainal

Kassan dan Suhaila Abdullah (2010) yang menjelaskan bahawa,

Dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia tidak mengalami sebarang kecacatan

lain kecuali masalah mata. Mata kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbas

huruf, kata, dan ayat yang berlainan dan ini mengakibatkan banyak yang

tertinggal atau dilangkau. Keadaan ini menyebabkan tumpuan dan pemahaman

kanak-kanak ini lemah dalam aspek bacaan yang seterusnya menjadikan mereka

tidak memahami apa yang sedang dibaca (ms. 80).

Di dalam bilik darjah, guru-guru biasanya tidak dapat mengesan bahawa pelajarnya

mempunyai masalah disleksia melalui tubuh badan mereka. Namun begitu, mereka

kebiasannya dapat mengesannya melalui tulisan mereka yang berselerak dan tidak kemas.
Kanak-kanak ini tidak mempunyai cara penulisan yang konsisten dan lemah kemahiran

menulis, mengeja sama ada bertulis mahupun lisan. Huruf besar dan kecil kadangkala

bercampur-aduk dan tidak mengikut peraturan penulisan yang sebenar. Farell (2006)

menyebut bahawa kanak-kanak disleksia ini selalu keliru mengenal huruf yang

mempunyai bentuk atau maksud yang sama. Sebagai contoh, bentuk huruf ‘u’ dan huruf

‘n’ serta perkataan ‘bas’ dan ‘bus’ yang masing-masing mempunyai maksud yang sama

dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana, bagi mereka yang mempunyai

disleksia visual, mereka mengalami masalah pengamatan visual di mana mereka melalui

pembalikan lambang, huruf dan penggunaan huruf. Manakala, bagi mereka yang

mengalami disleksia auditori, pengamatan auditorinya tidak memuaskan kerana

perkataan yang didengari mereka tidak dapat diulang semula dengan sebutan yang tepat

terutamanya huruf-huruf vowel. Bagi kanak-kanak disleksia auditori, mereka selalunya

keliru sebutan bunyi huruf yang sama bunyinya. Antaranya adalah sebutan huruf ‘f’ dan

‘s’ serta ‘t’ dan ‘c’ kerana mereka mempunyai pengamatan auditori yang kurang. Selain

daripada itu, mereka juga mempunyai lemah perbendaharaan kata di mana mereka akan

memendekkan sebutan perkataan seperti perkataan ‘pelupa’ disebut sebagai ‘lupa’.

Mereka juga cenderung untuk menambahkan bunyi sebutan seperti perkataan ‘salam’

ditambah menjadi ‘semalam’.

Dari segi kognitif, mereka mempunyai perkembangan kognitif yang agak

terbantut berbanding dengan kawan-kawan seusia mereka. Kanak-kanak ini sukar untuk

memberikan tumpuan, perhatian dan pemikiran semasa belajar. Drake (2013)

menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri. Antaranya adalah

kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan intelektual, tidak lancar membaca

sesuatu bahan bercetak dan kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku dan

mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan kerana tumpuan yang
terhad. Mereka ini akan sering kali terlupa nama-nama benda apatah lagi pelajaran yang

dipelajari. Menurut Zainal Kassan (2010), mereka selalu keliru dengan kanan dan kiri dan

tulisan mereka adalah terbalik dan dicerminkan.

Dari segi sosial, kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran ini

lazimnya tidak mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan kanak-kanak biasa

yang lain dan sering rasa diketepikan. Kanak-kanak disleksia kebiasannya tidak berupaya

untuk mengetahui cara mengekalkan sesuatu perhubungan. Menurut Selikowitz (1993)

dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010),

Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak disleksia menghadapi masalah sosial dan

emosi kerana tidak dapat mengikuti perlajaran akademik dengan baik. Bagi

kanak-kanak normal, pembelajaran tingkah laku sosial diperoleh melalui

pemerhatian atas orang sekeliling mereka. Berbeza dengan kanak-kanak

disleksia, mereka tidak menyedari tingkah laku dan tutur kata mereka tidak

senormal kanak-kanak sebaya mereka. Akibatnya, timbul situasi yang kurang

menyenangkan kerana mereka tidak apat mengesan bahawa sebenarnya

seseorang sedang marah atau tersinggung terhadap tingkah laku dan tutur kata

mereka (ms. 82).

Disebabkan oleh masalah itu, kanak-kanak ini selalunya bersifat terlalu rendah diri yang

seterusnya menyebabkan mereka bertingkah laku negatif serta menyakitkan orang lain.

Dari segi emosi, majoriti kanak-kanak disleksia masih lagi ceria dan dapat

menyesuaikan keadaan. Namun begitu, masalah emosi hanya mula wujud apabila arahan-

arahan membaca guru tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka. Mereka juga akan

berasa kecewa dan sedih apabila mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran seperti

kawan-kawan mereka yang lain. Mereka akan menganggap diri mereka itu lemah dan
jauh tertinggal di belakang lalu mengasingkan diri mereka daripada kawan-kawannya.

Lebih meruntun jiwa lagi, apabila ibu bapa mereka sendiri tidak memahami kekurangan

dan kelemahan mereka padahal mereaka ini merupakan insan-insan unik. Menurut

Samuel Orton (1998) dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), ibu bapa

lazimnya gagal mengesan disleksia dalam diri anak-anaknya lalu mendesak anak-

anaknya untuk berusaha lebih gigih demi memenuhi hasrat mereka. Natijahnya, apabila

apabila kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini sudah capai tahap maksima potensi

mereka, mereka akhirnya akan hilang keyakinan diri dan sedar mereka tidak ada

keupayaan sama sekali kerana sering dimarahi dan terlalu banyak harapan yang perlu

digalas oleh mereka yang melebihi daya kemampuan mereka. Jika perkara ini berterusan

sehingga ke alam persekolahan, tekanan emosi yang mereka alami akan menyebabkan

mereka kecewa terhadap diri sendiri dan tidak peliklah jika ianya membawa kepada

masalah disiplin pelajar.

2.2 Faktor-faktor penyumbang kepada disleksia

Persoalan dan isu seperti faktor-faktor yang menyebabkan murid disleksia

ketinggalan dalam pelajaran seringkali menjadi buah mulut masyarakat dan sering

dibincangkan dalam seminar, forum dan media massa. Sebelum kita merealisasikan

impian pelbagai pihak untuk membantu mereka yang bermasalah pembelajaran, kita

perlulah terlebih dahulu mengenal pasti faktor yang membawa kepada masalah tersebut.

Setiap masalah mempunyai faktor penyumbang mereka tersendiri, begitu juga dengan

masalah pembelajaran disleksia. Pelbagai faktor yang berkaitan dengan disleksia seperti

keturunan, pemakanan, bawaan, perkembangan dan lain-lain lagi. Salah satu faktor yang

menyebabkan berlakunya disleksia ialah keturunan. Telah menjadi kebiasaan untuk

keturunan itu menjadi faktor bagi setiap penyakit, begitu juga dengan masalah disleksia
ini. Hal ini dapat dibuktikan menurut Hallgren (1970) dalam Zainal Kassan dan Suhaila

Abdullah (2010) yang menjelaskan bahawa,

Melalui kajian beliau ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati

kesemua 12 kes keluarga tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan

semasa zaman kanak-kanak. Hallgren mendapati bahawa masalah disleksia

banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan

dengan nisbah 2:1 dan beliau berpendapat, keadaan sedemikian berlaku

disebabkan oleh orang lelaki lebih banyak memikul tanggungjawab berbanding

dengan orang perempuan (ms.22).

Selain daripada itu, simptom disleksia juga lebih cenderung terjadi kepada

keluarga yang menggunakan tangan kidal berbanding dengan keluarga yang lebih

dominan terhadap tangan kanan. Walaupun faktor ini jarang menjadi penyumbang kepada

kebanyakan penyakit, namun demikian untuk masalah disleksia ini, faktor ini sedikit

sebanyak memberi kesan kepada anak-anak yang mewarisi penggunaan sebelah kiri

sebagai dominan mereka. Perkara ini adalah berteraskan pendapat John Bradford (1999)

dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010) yang menyatakan bahawa,

Orang tua yang disleksia tidak secara automatik menurunkan gangguan ini kepada

anak-anaknya atau anak kidal yang dikenalpasti disleksia tetapi menjadi antara

punca masalah disleksia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan di Amerika, 80

peratus daripada seluruh subjek yang diteliti mempunyai sejarah atau latar

belakang anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60

peratus daripadanya adalah kidal (ms.22).

Seterusnya, faktor yang menyebabkan berlakunya disleksia ialah pemakanan.

Dunia hari ini, tidak asing lagi jika makanan menjadi punca utama bagi sesuatu penyakit.
Hal ini kerana, seiring dengan teknologi pemprosesan makanan yang semakin maju, lebih

banyak makanan yang kurang berkhasiat dan berzat dipasarkan dan dijual. Makanan ini

sering menjadi pilihan ramai pengguna kerana harganya yang murah dan makanannya

mudah didapati di pasar raya dan kedai runcit berbanding dengan makanan yang

berkhasiat. Gaya hidup masyarakat yang sibuk pada hari ini menyebabkan mereka tiada

pilihan lain dan menuntut mereka untuk memilih makanan yang mudah disediakan seperti

makanan segera walaupun mereka sedar akan kekurangan khasiat pada makanan tersebut.

Sebagai contoh, kandungan monosodium glutamate (MSG) yang tinggi dalam mi segera

dan makanan ringan seperti keropok yang lebih digemari oleh kanak-kanak. Pernyataan

ini disokong oleh Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), yang menyatakan bahawa,

Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian dan penemuan terdapat beberapa

unsur penyedap makanan yang boleh mempengaruhi atau mengganggu fungsi

otak dan seterusnya menyebabkan masalah pembelajaran kerana bahan penyedap

makanan tersebut terdapat pencemar atau racun. Antaranya ialah salicylates yang

boleh ditemui dalam buah-buahan, sayuran, kacang, teh, kopi, bir, anggur serta

ubat-ubatan. Bahan lain seperti amines yang digunakan untuk memproses

pemecahan protein juga merupakan antara bahan pencemar dan ia ditemui

terkandung dalam keju, coklat, anggur, bir, tempe dan lain-lain lagi. Seterusnya,

benzoates yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, kopi dan lain-lain

lagi. Selain itu, monosodium glutamate (MSG) yang kini banyak terkandung

dalam makanan segera seperti perencah, kicap, maggi, keropok serta banyak lagi

makanan segera. Laktose yang sering terdapat di dalam susu lembu serta

glutamate yang banyak terdapat pada tomato, keju, cendawan, sos dan estrak

daging (ms. 22).


Selain itu, komplikasi otak juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan

berlakunya disleksia. Kebanyakan kanak-kanak disleksia dikenal pasti cenderung

mengalami gangguan saraf orak atau kecederaan otak. Otak manusia terdiri daripada dua

bahagian, iaitu hemisfera kiri dan kanan. Bagi kebanyakan orang yang normal, hemisfera

kiri mereka adalah lebih dominan berbanding hemisfera kanan. Pada sesetengah kes,

disleksia berlaku akibat terdapatnya gangguan atau kekurangan cerebral atau dominasi

hemisfera kanan otak. Oleh hal yang demikian, sebahagian hemisfera otak kanak-kanak

disleksia gagal mendominasi fungsi-fungsi bahasa. Menurut Learner (1997) dalam Zainal

Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), “Membaca memerlukan kesempurnaan dari dua

segi iaitu dari segi fungsi otak dan sistem saraf pusat. Sistem saraf otak yang bermasalah

boleh mengakibatkan proses pembelajaran bahasa terganggu manakala sistem saraf otak

yang bercelaru boleh menyebabkan masalah disleksia” (ms.34).

Di samping itu, punca terjadinya masalah disleksia juga disebabkan oleh

pengalaman pahit atau pengalaman yang dahsyat yang dialami ketika kecil. Pada usia

yang masih muda, setiap peristiwa yang berlaku kepada kita sememangnya banyak

memberikan impak kepada perkembangan kognitif, emosi dan sosial kita apabila kita

menginjak ke usia yang lebih matang dan dewasa. Terbentuknya siapa diri kita pada hari

ini juga adalah hasil daripada apa yang kita lalui ketika kecil. Sebagai contoh, seseorang

yang mempunyai kemahiran komunikasi yang kurang baik ketika dewasa kebanyakannya

adalah mereka yang mempunyai kurang keyakinan diri untuk bergaul dan lebih gemar

bersendirian ketika kecil. Pada usia yang muda, kanak-kanak semestinya tidak

mempunyai banyak pengalaman hidup dan pandangan terhadap dunia. Sememangnya,

fitrah kanak-kanak itu sendiri mudah mempercayai apa-apa yang berlaku di sekitar

mereka dan mereka ini mudah dipengaruhi. Oleh itu, ibu bapa seharusnya

betanggungjawab memastikan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak


mereka agar mereka tidak akan mengahadapi peristiwa buruk yang menyebabkan mereka

tauma yang seterusnya boleh menyumbang kepada masalah disleksia. Hal ini dibuktikan

oleh pernyataan yang dibuat oleh Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010) yang

menyatakan,

Pengalaman pahit atau pengalaman yang dasyat ketika kecil akan memberikan

impak kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun perningkat umur.

Pengalaman tersebut selalunya akan meninggalkan impak yang negatif contohnya

seperti trauma. Gangguan masa silam atau pengalaman pahit boleh menyebabkan

gangguan dan kecelaruan fikiran yang memungkinkan berlakunya masalah

disleksia (ms.28).

Akhir sekali, faktor yang menyebabkan berlakunya disleksia adalah disebabkan

jangkitan kuman ketika sedang hamil. Sememangnya, disleksia lebih cenderung untuk

terjadi pada kanak-kanak. Jadi, masalah disleksia ini boleh terjadi seawal dalam

kandungan bergantung kepada ibunya. Oleh sebab itu, ibu-ibu mengandung haruslah

mendapat penjagaan yang rapi dan menjaga kesihatan. Pernyataan ini telah dibuktikan

oleh Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010) yang menyatakan bahawa,

Ibu hamil yang dijangkiti kuman berbahaya adalah sangat berisiko tinggi

terhadap kelahiran tidak normal atau melahirkan anak yang tidak cukup sifat.

Contohnya adalah seperti jangkitan rubella, sifilis dan tuberkulosis yang boleh

mengakibatkan janin mengalami kecederaan atau kecacatan otak. Sekiranya hal

ini berlaku, bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami simptom kesukaran

belajar termasuk kesukaran membaca ketika mencapai umur yang berkenaan

(ms.29).

2.4 Cara untuk membantu kanak-kanak disleksia


Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran yang boleh dicegah dan dibantu,

namun ia bukanlah satu penyakit yang perlu diubati. Oleh itu, pelbagai langkah boleh

dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu masalah disleksia dalam kanak-kanak.

Pelbagai peringkat masyarakat boleh membantu kanak-kanak ini untuk keluar daripada

kepompong masalah pembelajaran yang boleh menyebabkan mereka kadang kala

terasing dari dunia kanak-kanak yang lain. Ibu bapa, guru-guru, pakar-pakar dan rakan-

rakan mempunyai peranan masing-masing dalam membantu kanak-kanak ini. Antara cara

untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi penyakit disleksia ini adalah dengan

menjalani terapi seawal yang mungkin. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa

selaku yang paling dekat dengan anak-anak disleksia ini seharusnya menjadi insan yang

bertanggungjawab untuk mengambil langkah pertama dalam membantu mereka ini.

Tipikal ibu bapa di Malaysia kurang memahami anak-anak mereka apabila mereka gagal

bersaing dengan baik berbanding kawan-kawan lain dan seterusnya mengabaikan mereka.

Pertama sekali, mereka ini seharusnya diberikan kasih sayang yang secukupnya daripada

ibu bapa agar mereka tidak mudah berputus asa dalam pelajaran. Mereka sendiri tidak

tahu akan masalah disleksia yang dihadapi oleh mereka. Jadi ibu bapalah yang seharusnya

mendapatkan maklumat secukupnya bagi membantu mereka seperti menghantar mereka

menjalani terapi. Pernyataan ini dibuktikan melalui Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah

(2010) yang menyatakan bahawa,

Bagi ibu bapa yang menyedari anak mereka yang mengalami gangguan disleksia

seharusnya menghantar anak mereka menjalani terapi seawal yang mungkin,

seperti terapi mengulang dengan penuh kesabaran dan ketekunan untuk

membantu si anak mengatasi masalah pembelajarannya. Pada umumnya, kanak-

kanak disleksia sering dilabel sebagai pemalas, bebal, bodoh, dan sebagainya.

Padahal mereka adalah kanak-kanak pintar jika diberi peluang dan mendapat
bimbingan yang betul. Kebiasaannya, anak-anak yang mengalami disleksia sering

merasakan tidak dapat melakukan atau menghsilkan yang terbaik seperti yang

mereka inginkan. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh diberikan ‘porsi’ atau

tugasan yang sama dengan kanak-kanak yang lain (ms.33).

Sesetengah kanak-kanak disleksia sukar mengingati sesuatu perkara, sebaliknya

ada pula yang ingatannya sangat baik. Ada yang mempunyai kemampuan Matematik

yang baik, sebaliknya pula ada yang lemah. Mereka ini memerlukan bantuan untuk

mengatasi masalah yang dihadapi. Maka, kaedah multisensori juga merupakan salah satu

cara untuk membantu kanak-kanak disleksia. Kaedah multisensori boleh digunakan oleh

semua lapisan masyarakat bagi memastikan kanak-kanak disleksia dapat dibantu.

Multisensori menurut Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010) adalah,

Dengan kaedah yang terintegrasi atau disepadukan, kanak-kanak disleksia akan

diajar mengeja bukan sahaja berdasarkan apa yang didengarnya lalu diucapkan

kembali, tetapi juga memanfaatkan kemampuan memori visual (penglihatan) serta

sentuhan. Dalam praktiknya, mereka diminta menulis huruf-huruf di udara dan di

lantai, membentuk huruf dengan plastisin atau dengan menulis besar besar pada

kertas. Cara ini dilakukan untuk memungkinkan terjadinya asosiasi antara

pendengaran, penglihatan, dan sentuhan sehingga mempermudah otak bekerja

mengingat kembali huruf-huruf (ms. 31).

Apabila pihak ibu bapa mendapat pendidikan atau pendedahan tentang disleksia,

mereka akan dapat mengenal pasti anak mereka yang mengalami masalah disleksia. Jadi,

mereka perlulah memastikan anak mereka mendapatkan Pendidikan Khas sebagai

pencegahan awal atau intervensi awal. Dengan ini, mereka akan dapat pendidikan yang

sesuai dengan kemampuan dan daya keupayaan mereka. Jadi, mereka tidak perlu bersaing

dengan kanak-kanak normal yang lain sewaktu belajar memandangkan mereka


dikelaskan bersama kanak-kanak yang mempunyai tahap kemampuan yang sama dengan

mereka. Oleh itu, mereka tidak terasa tersisih dan ketinggalan. Pernyataan ini dapat

dibuktikan melalui pernyataan Harwell dan Jackson (2008) dalam Zainal Kassan dan

Abdullah (2010) yang menyatakan bahawa,

Perkhidmatan Pendidikan Khas diberikan kepada setiap yang layak sejak daripada

lahir lagi. Penaksiran daripada nurseri atau mana-mana pihak kesihatan

menekankan kepada pemerhatian, soal selidik kepada ibu bapa dan pendapat

daripada kumpulan multidisiplin yang selalunya melibatkan pakar psikologi atau

pakar kursus perkembangan. Selepas layak, Rancangan Pendidikan Individu

(RPI) akan dibentuk. Dokumen ini akan mengutamakan hal-hal berkaitan

keluarga atau sejarah keluarga. Pendekatan ini digunakan pelbagai variasi

persekitaran sama ada di rumah mahupun di pusat tersebut (ms. 37)

Akhir sekali, cara untuk membantu kanak-kanak disleksia juga adalah dengan

melakukan pemerhatian kepada tahap perkembangan kanak-kanak tersebut. Hal ini

kerana, dengan melakukan pemerhatian, ibu bapa atau orang yang terdekat dengan kanak-

kanak tersebut dapat memantau mereka dengan lebih terperinci keadaan kanak-kanak ini.

Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010) mengatakan,

Kanak-kanak normal tidak mempunyai masalah perkembangan seperti kanak-

kanak berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran disleksia ini. Contohnya,

pada umur 12 bulan, seorang bayi tersebut masih tidak boleh untuk mengambil

sesuatu menggunakan jari dan hujung jari telapak. Oleh itu, kanak-kanak atau bayi

tersebut mempunyai masalah perkembangan dari segi perkembangan motor halus

yang merupakan salah satu ciri kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia.

Untuk mencegah kanak-kanak tersebut daripada terlibat dengan masalah

pembelajaran disleksia, ibubapa atau penjaga perlu merujuk pada pengamal


perubatan yang berdaftar dan sah untuk pemeriksaan rapi. Kanak-kanak tersebut

akan melalui beberapa ujian yang tertentu. Tetapi sekiranya masih belum berlaku

perubahan selepas intervensi tertentu, kanak-kanak tersebut perlu dirujuk kepada

doktor pakar untuk pemeriksaan atau intervensi (ms.34).

Ketika dalam bilik darjah, apabila guru-guru mendapati kanak-kanak ini sukar untuk

menguasai kemahiran 3M, mereka seharusnya memberikan waktu rehat selama 10 minit

dari setiap 20 minit belajar membaca, serta memberikan masa yang lebih dalam aktiviti

menulis dan menyalin daripada papan hitam. Apabila guru-guru memberikan masa rehat

kepada mereka, mereka tidak mudah rasa putus asa kerana masa lebih tersebut dapat

dimanfaatkan untuk mereka menangkap pembelajaran tersebut. Guru-guru juga harus

menulis dengan menggunakan tulisan yang jelas dan besar agar dapat menarik

penglihatan kanak-kanak disleksia visual mahupun auditori.

4.4 Disleksia visual dan disleksia auditiori

Manusia yang bermasalah disleksia ini sebenarnya adalah seorang yang unik. Hal

ini kerana, mereka mempunyai apa yang tidak dimiliki oleh orang lain. Disleksia

lazimnya diketegorikan kepada dua jenis iaitu disleksia visual dan disleksia auditori.

Walapun mereka mempunyai masalah yang sama iaitu masalah membaca, menulis dan

mengira (3M), namun cara untuk membantu mereka adalah sangat berbeza. Bagi disleksia

visual, mereka ini mempunyai penglihatan yang baik, sama sahaja seperti kanak-kanak

lain tetapi mereka tidak mampu untuk membezakan dan menginterprestasikan huruf dan

perkataan, serta kurang upaya untuk mengingat perkara yang dilihat. Disleksia visual

menurut Zainal Kassan dan Suhaia Abdulah (2010) dalam Lerner (2006) adalah

“Kepayahan khususnya dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan,

serta mengecam angka, nombor, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk

geometri dan gambar” (ms. 106). Tahap terjejasnya bacaan bergantung pada masalah
yang dihadapi oleh individu tersebut. Ada daripada mereka mengalami masalah

menyebut perkataan dengan suku kata yang banyak dan ada yang begitu teruk

sehinggakan tidak dapat membaca langsung. Bagi membantu kanak-kanak disleksia

visual, menurut Gillingham dan Stillman (1979) dalam Noor Aina dan Vijayaletchumy

(2004), adalah melalui “Teknik fonetik dengan memperkenalkan nama-nama huruf dan

bunyi, diikuti kemahiran pengadunan huruf dengan bunyi, menggunakan teknik

kepelbagaian deria seperti visual, auditori dan kinestatik dan pendekatan yang

menekankan langkah-langkah yang paling mudah kepada yang paling sukar” (ms. 699).

Mereka yang mengalami masalah disleksia auditori pula mengalami

ketidakupayaan untuk membahagikan perkataan kepada suku kata atau bunyi. Sebagai

contoh perkataan ‘pengukuhan’. Mereka tidak mampu untuk membahagikan perkataan

tersebut dalam suku katanya seperti ‘pe-ngu-ku-han’. Hal ini kerana, mereka mempunyai

skil mendengar yang sangat lemah dan tidak mampu mengingati perkataan tersebut dalam

otak. Kecelaruan pengamatan dan diskriminasi auditori menyebabkan mereka sukar

untuk belajar menggunakan kaedah fonetik. Kaedah fonetik ini bermaksud kaedah bahasa

terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Mereka lebih gemar pembelajaran yang

melibatkan visual. Di dalam bilik darjah, bagi membantu pelajar disleksia auditori, guru-

guru sangat dinasihati untuk menulis perkataan mengikut suku kata berbanding menyebut

perkataan tersebut dan menggunakan play card sebagai alat bantuan mengajar. Selain itu,

guru-guru juga boleh mengaitkan simbol-simbol tercetak dengan pengalaman seperti

menggunakan cerita yang berkaitan dengan pengalaman sebagai teras pembelajaran.

Kesimpulan.

Berdasarkan segala penulisan dan rujukan yang telah dibuat, dengan ini kita

mendapati bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia ini mempunyai

masalah untuk mengikuti pelajaran serta lemah dalam penguasaan kemahiran membaca,
mengira dan menulis (3M). Definisi disleksia perlu diperjelas dengan lebih meluas

kepada msayarakat umum kerana kebanyakan masyarakat Malaysia tidak mengetahui

tentang masalah disleksia lalu mereka sering menyamakan murid disleksia dengan pelajar

lembap, hiperaktif, atau teraencat akal. Kanak-kanak ini boleh berjaya sama sahaja seperti

kanak-kanak yang lain sekiranya diberikn bimbingan dan galakan yang betul. Malah,

mereka ini sebenarnya boleh berjaya lebih jauh lagi daripada kanak-kanak normal kerana

keunikan dan keistimewaan yang mereka ada ini tidak ada pada orang lain. Namun begitu,

pendekatan yang lebih menyeluruh kepada semua pihak tentang pendidikan disleksia ini

perlulah dilakukan agar mereka dapat diberi peluang untuk menyerlahkan lagi potensi

dan bakat mereka yang tersendiri. Hal ini bukan hanya sekadar cadangan mahupun

nasihat tetapi dapat dibuktikan melalui tokoh seperti Albert Einstein iaitu seorang tokoh

sains yang dikagumi dan Lee Kwan Yew yang merupakan seorang menteri Singapura.

Mereka juga dahulunya pernah mengalami masalah pembelajaran disleksia. Antara

contoh lain ialah Tom Cruise, seorang pelakon yang disegani. Tom Cruise didiagnos

mempunyai masalah pembelajaran disleksia seawal umur 7 tahun lagi namun beliau tidak

menjadikan disleksia itu sebagai penghalang untuk dirinya bercita-cita untuk menjadi

seorang pelakon. Sebagai seorang pelakon, beliau semestinya perlu membaca dan

menghafal skrip. Seperti yang kita semua ketahui, orang yang memiliki masalah disleksia

sukar untuk mengingati sesuatu perkara dan lemah dalam membaca. Beliau mempunyai

cara unik tersendiri untuk menghafal skripnya dan tidak akan menghafal skripnya terlalu

lama. Kini, beliau telahpun menjadi bintang Hollywood dan telah memenangi banyak

anugerah. Ini membuktikan bahawa walaupun mereka mempunyai masalah pembelajaran

disleksia, ianya bukan penghalang untuk mereka bercita-cita dan berjaya. Sekiranya

mereka boleh berjaya, kanak-kanak ini turut boleh berjaya. Dalam usaha membantu

mereka, pelbagai perkara telah dibincangkan dalam penulisan ini seperti menjalani terapi
seawal mungkin, menjalani kaedah multisensori ketika dalam proses pembelajaran dan

pengajaran, mendapatkan pendidkan khas dan juga mendapat pemerhatian daripada guru-

guru serta ibu bapa. Terlebih dahulu, kita semestinya perlu tahu tentang ciri-ciri murid

yang mengalami disleksia agar kita dapat mengenal pasti mereka lebih awal kerana

seperti yang telah dibincangkan, disleksia ini tidak boleh dikesan mealui tubuh fizikal

mereka. Banyak aspek yang perlu kita perhatikan seperti dari segi kognitif, sosial dan

emosi mereka. Dari penulisan ini, secara umum kita sedar terdapat dua jenis disleksia

iaitu disleksia auditori dan disleksia visual dan daripada situ kita sedar bahawa

pendekatan bagi dua jeni disleksia itu sangatlah berbeza dan tidak boleh diajar melalui

metode yang sama. Dengan terhasilnya penulisan ini, diharap ia boleh memberi

pendidikan kepada semua lapisan masyarakat agar kanak-kanak unik ini dapat diberi

peluang untuk mereka mengembangkan potensi mereka sendiri. Jalan mereka untuk

berjaya mungkin berbeza berbanding kanak-kanak lain tetapi kita seharusnya menerima

kekurangan yang mereka ada dan ibu bapa tidak perlu malu untuk mendedahkan anak-

anak mereka kepada dunia.


Rujukan

Fajar Kawuryan & Trubus Raharjo. (2012). Pengaruh stimulasi visual untuk

meningkatkan kemampuan membaca pada anak disleksia. Jurnal Psikologi

Pitutur, 1(1), 9-20.

Lee, Lay Wah, Manisah Mohd Ali & Noraini Salleh. (2008). Pembinaan dan

pengesahan ujian membaca perkataan dan ujian mengeja untuk tujuan mengenal

pasti disleksia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23(1), 151-162.

Noor Aina Dani & Vijayaletchumy Subramaniam. (2004). Disleksia dalam aspek

bacaan Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 4(4), 681-704.

Rohaty Mohd Majzub & Shafie Mohd Nor. (2005). Simptom disleksia kanak-kanak

prasekolah. Jurnal Pendidikan, 30(1) , 3-19.

Vijayaletchumy Subramaniam. (2008). Disleksia dalam konteks pembelajaran bahasa di

Malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 16(2), 115-139.

Zainal Kassan & Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan disleksia. Puchong, Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai