Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENJANA ARUS TERUS

1.1 Pengenalan

Penjana A.T dan A.U juga motor a.t dan a.u kedua-duanya dikenali sebagai mesin elektrik.

1.2 Penjana

Penjana ialah mesin yang menukar tenaga mekanik kepada tenaga elektrik.

Mechanical energy
Electrical energy Keluar Masu (Input Power, Hp)
(Output Power, an kan from :
Watt): Lamp, Fan,
Tenag Tenag hydroelectric dams,
Motor, Hand wind, gas turbine
Tools and ect. a a and ect.
Elektri Meka
k nikal

Penjelasannya:
Penukaran tenaga dari mekanik kepada elektrik adalah melalui pemotongan fluks magnet dengan
pengalir dimana terhasilnya d.g.e. di dalam pengalir tersebut.
Ini dibuktikan melalui : Hukum Faraday, dimana faraday menyatakan bahawa apabila pengalir
memotong fluks d.g.e akan teraruh di dalam pengalir dan d.g.e ini berkadaran dengan pemotongan
fluks.

1.3 Binaan asas sebuah penjana A.T terdiri dari dua bahagian:

1. Bahagian bergerak – terdiri daripada teras angker serta gelung angker.


2. Bahagian pegun – terdiri daripada yok (rangka), teras kutub dan gelung medan.

1.4 Tiga faktor yang menentukan dge terjana di dalam angkir.

i. Kekuatan medan magnet


ii. Bilangan pengalir angkir
iii. Kadar pusingan angkir

1.5 Prinsip Asas Kendalian Sebuah Penjana

Slip ring commutator

Flaming Right Hand Rule

Gambarajah Asas Binaan Penjana A.T

izdiharAB_jke_polimas_mei29 1
Kendalian:
Penjana ini terdiri dari sepasang kutub dan satu gegelung tunggal yang disambung pada sepasang
komutator serta berus karbon. Jika gegelung diputarkan bererti pengalir gegelung memotong medan
magnet yang dihasilkan oleh kutub utama. Pemotongan ini akan menjana d.g.e dalam gegelung
pengalir. D.g.e yang dihasilkan ini akan melalui komutator dan berus karbon ke litar luar. Dimana
komutator bertindak sebagai penukar tertib iaitu dari a.u kepada a.t.

2.0 BENTUK GELOMBANG D.G.E DI DALAM GELUNG PENGALIR (ANGKER).

Rajah di bawah menunjukkan gelombang d.g.e yang terjana di dalam pengalir angker apabila diputarkan
sebanyak 3600 . Dapat diperhatikan pada rajah di bawah, apabila satu pengalir diputarkan dalam medan
magnet 2 kutub d.g.e akan teraruh pada separuh kitar pertama (kitar +ve) dan berlawanan arah pada
separuh kitar kedua (kitar –ve) D.g.e yang terhasil ini adalah berbentuk ulang alik (a.u). Sekiranya
gelung pengalir ini disambung dengan komutator dan berus karbon ke litar luar ia akan menghasilkan
bekalan a.t. ke litar berkenaan. Sekiranya gelung pengalir ini disambung dengan sepasang gelang gelincir
dan berus karbon ke litar luar ia akan menghasilkan bekalan a.u ke litar berkenaan.

3.0 BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA SEBUAH MESIN A.T (PENJANA/MOTOR) ELEKTRIK

izdiharAB_jke_polimas_mei29 2
Bil. Bahagian Fungsi Binaan
1 Angkir
i. Teras angker i. Untuk menempatkan pengalir i. Dibuat dari lapisan
ii. Berputar untuk memotong fluks besi berpenebat dan
magnet. dipasang pd. Aci.
ii. Mempunyai lubang
alur untuk belitan
pengalir.
ii. Belitan angker i. Untuk menghasilkan voltan bila i. Terdiri dari satu rangkaian
pengalirnya dipotong oleh fluks. pengalir yang disambung
siri dan di penghujung
pengalir angker dipasang
pada komutator.
2 Yok (rangka) i. Sebagai penutup mesin dan penyokong i. Dibuat dari besi tuangan.
kutub magnet. ii. Kutub diskru pada bahagain
ii. Sebagai laluan fluks yok.
magnet. iii. Kotak terminal dan tapak
dibina berasingan dan
dipasang pada rangka.

3 Penukar tertib i. Sebagai penukar A.U kpd. A.T. i. Terdiri dari ruas tembaga
ii. Sebagai perantara antara lilitan angker keras dan ditebat dgn.
dengan litar beban melalui berus lapisan mika.
karbon. ii. Setiap pengalir angker
disambung pada ruas
tembaga ini.
4 Kutub Medan
i. Teras kutub i. Untuk menghasilkan fluks magnet. i. Dibuat dari lapisan keluli
ii. Bertindak sebagai teras kepada lilitan dan diskru pada rangka.
medan.
ii. Belitan Medan i. Untuk mengelektromagnetkan teras i. Belitan medan siri – saiz
kutub dan menghasilkan fluks magnet, dawai kasar dan bilangan
dimana fluks ini akan dipotong oleh lilitan sedikit.
pengalir angker. ii. Belitan medan pirau – saiz
dawai halus dan bilangan
lilitan banyak.
5 Berus karbon i. Untuk membawa arus dari lilitan i. Dibuat daripada karbon
angker melalui komutator ke litar kerana ia dapat mengurangkan
beban. geseran pada permukaan
komutator.

4.0 JENIS PENJANA A.T

i. Penjana Ujaan Berasingan


ii. Penjana Ujaan Diri

4.1 Penjana Ujaan Berasingan

Gegelung medan magnetnya disambung kepada suatu sumber bekalan luar.


Kebaikannya boleh mengawal arus medan dengan lebih berkesan.
Digunakan pada sistem pengawalan automatik.
Medan Pirau

a) Sambungan
Pirau Bekalan Angker Beban
A.T

izdiharAB_jke_polimas_mei29 3
Medan Pirau
Medan Siri

b) Sambungan
Majmuk Bekalan
A.T
Angker Beban

4.2 Penjana Ujaan Diri

Gegelung medannya mendapat tenaga dari arus yang dihasilkan oleh penjana itu sendiri. Ini
disebabkan oleh kemagnetan baki iaitu sedikit uratdaya sentiasa terdapat dalam kutub sudah cukup
untuk membolehkan ia menjana d.g.e.

4.2.1 Tiga Jenis Penjana Ujaan Diri.

1. Penjana Siri
2. Penjana Pirau
3. Penjana Majmuk
i. Majmuk pirau pendek.
ii. Majmuk pirau panjang.

izdiharAB_jke_polimas_mei29 4
Ciri Gelung Siri - Saiz dawai gelung siri besar dan lilitannya sedikit, rintangannya
rendah dan boleh membawa arus yang besar.
Ciri Gelung Pirau - Saiz dawai gelung pirau kecil dan liltannya banyak, rintangannya tinggi
dan berupaya membawa arus yang sedikit.

5.0 CIRI-CIRI PENJANA A.T:

Siri Pirau Majmuk pendek Majmuk panjang


Gelung medan Gelung medan pirau Gelung medan siri Gelung medan siri
disambung siri disambung selari dengan dan pirau bergabung. dan pirau bergabung.
dengan pengalir pengalir angkir dan beban.
angkir

Voltan keluaran Voltan keluaran menurun Pelarasan voltan Pelarasan voltan lebih
meningkat bila bila voltan medan lebih baik. baik.
beban bertambah. berkurangan
Gelung medan Gelung medan banyak tapi
sedikit dan saiznya saiznya kecil. Berupaya
besar. Berupaya bawa arus sedikit.
bawa arus besar

izdiharAB_jke_polimas_mei29 5
6.0 DUA JENIS BELITAN ANGKER DALAM MESIN A.T.

i. Belitan Tindih (Lap Winding)

a=mP
a = Bilangan lorong selari
m = multipleks
P = kutub

ii. Belitan Gelombang (Wave Winding)

a=2m
a = Bilangan lorong selari
m = multipleks

7.0 DAYA GERAK ELEKTRIK YANG DIJANA DALAM LILITAN ANGKER

E = P  Z N ÷ 60 a

E = Dge terjana dalam angkir


P = Bilangan Kutub
 = Uratdaya per kutub
Z = Jumlah bilangan pengalir
N = Kelajuan angkir dalam p.s.m
a = Bilangan lorong selari.

Z = 2 C Nc atau Z = No. of slots x No. of conductors/slot

C = Bilangan gegelung
Nc = Bilangan belitan per gelung

Note: 1 revolution = 2π radians


1 minute = 60 s
so 1 revolution per minute = ( 2π radians)/(60 seconds)

Example Question:
1) A four-pole generator, having lap-wound armature winding has 51 slot, each slot containing 20
conductors. What will be the voltage generated in the machine when driven at 1500 r.p.m assuming
the flux per pole to be 7 mWb.
(Answ. Z = 1020 and Eg=178.5Volt)

2) A shunt generator delivers 450A at 230 V and the resistance of the shunt field and armature are 50 Ω
and 0.03 Ωrespectively. Calculate the generated e.m.f.
(Answ. Ish=4.6A, Ia=454.6A, Va=13.6Volt, Eg=243.6 Volt)

3) An 8-pole D.C shunt generator with 778 wave-connected armature conductors and running at 500 r.p.m .
supplies a load of 12.5Ω resistance at terminal voltage of 250 V. The armature resistance is 0.24Ω
and the field resistance is 250Ω. Find the armature current, the induced e.m.f and the flux per pole.
(Answ. IL=20A, Ish=1A, Ia=21A, Eg = 255.04Volt ,  = 9.823mWeber)

izdiharAB_jke_polimas_mei29 6
4) A 4-pole, long-shunt lap-wound compound generator delivers a load current of (50 A) at
(500 V). The armature resistance is (0.03 Ω), series field resistance is (0.04 Ω) and shunt field
resistance is (200 Ω). The brush drop may be taken as (1V). Determine the e.m.f. generated. Calculate
also the no. of conductors if the speed is (1200 r.p.m) and flux per poles (0.02 Wb). Neglect
armature reaction.
(Answ. Ish=2.5A, Ia=52.5A, Vs=2.1Volt, Va=1.575Volt, Vbrush=2Volt, Eg=505.67Volt, Z=1264)

8.0 TINDAK BALAS ANGKER

Ialah kesan tindak balas medan magnet yang dihasilkan oleh arus angker terhadap agihan uratdaya kutub
utama.

Rajah diatas menunjukkan gabungan uratdaya medan kutub utama dan uratdaya angker. Kesan tindak
balas uratdaya kutub utama dan uratdaya angker , menyebabkan medan magnet kutub utama merosot.
Jika dirujuk pada kedudukan berus karbon (paksi neutral) ia berubah kehadapan sedikit mengikut
putaran angker. Jika berus karbon (paksi neutral) tidak diubah pada kedudukan asal maka ia akan
menghasilkan percikan bunga api yang kuat. Keadaan ini boleh menyebabkan keluaran voltan penjana
terjejas.

8.1 Kesan Dari Tindak Balas Angker Akan Menyebabkan

i) Uratdaya kutub utama lemah.


ii) Voltan keluaran terjejas.
iii) Kedudukan paksi neutral berubah.

Cara Mengatasi Tindakbalas Angker Ialah:

i) Permukaan kutub dibuat lubang alur.,


ii) Penghujung kutub dibuat lubang alur.
iii) Membuat lilitan pemampas.
iv) Menambah kutub antara.

Kutub Antara - ialah kutub kecil yang terletak diantara kutub utama. Saiz dawainya besar dan lilitannya
sedikit.

9.0 KEHILANGAN DALAM PENJANA

1. Kehilangan Tembaga ada dua iaitu,

i. Kehilangan angker
Pa = Ia2 x Ra
ii. Kehilangan medan pirau dan medan siri
Psh = Ish2 x Rsh dan Ps = Is2 x

Jumlah Kehilangan Tembaga = (Ia2 x Ra) + (Ish2 x Rsh) + (Is2 x Rs)


izdiharAB_jke_polimas_mei29 7
iii.

2. Kehilangan Magnet ada dua iaitu,

i Kehilangan Histerisis – disebabkan oleh penyongsangan uratdaya berlaku di dalam teras


besi bila berpusing di bawah kutub utara dan selatan. Boleh dikurangkan dengan memilih
logam yang sesuai.

ii. Kehilangan Arus Pusar – disebabkan oleh d.g.e yang terhasil di dalam teras angker
semasa pemotongan uratdaya. D.g.e yang terhasil ini adalah kecil tetapi arusnya besar
sebab teras angker besar serta rintangannya rendah. Dapat dikurangkan dengan membuat
teras yang berlapis-lapis.

3. Kehilangan Mekanikal ada dua iaitu,

i) Geseran pada bearing dan komutator serta


ii) Rintangan angin ketika angker berputar.

10.0 KECEKAPAN

Peringkat kuasa dalam penjana A.T ada tiga peringkat iaitu

i. Peringkat Kuasa Masukan = Keluaran Penggerak Utama (Pin = 1hp x 746 watt)-->
Pinput
ii. Peringkat Kuasa Elektrik yang terhasil di dalam angker (Pg = Eg x Ia ) ------->
Pgenerator
iii. Peringkat Kuasa Elektrik Keluaran ke litar beban ( PL = VL x IL) --------> Poutput

Kecekapan Makenik = (E x Ia) / (1hp x 746 watt)


Kecekapan Elektrik = (VL x IL) / (E x Ia)
Kecekapan Keseluruhan = (VL x IL) / (1hp x 746 watt)
%Kecekapan, % = (Poutput / Pinput) x 100 ,
Pinput = Poutput / 

Daya Kilas Penggerak Utama (Tsh)


Tsh = [Jumlah Kuasa Masukan]  [ (2 π N) / 60]
= [Pinput]  [ (2 π N) / 60]

11.0 LENGKUK CIRI PENJANA SIRI

Voltan
Punca =VL
D.g.e terjana

Voltan Punca

Beban Penuh

IL = arus beban

izdiharAB_jke_polimas_mei29 8
Angker dan litar medan disambung sesiri. Jadi arus medan dan uratdaya berkadar terus dengan arus
beban. Apabila penjana siri dijalankan tanpa sambungan beban maka voltan terminal terdapat sedikit
d.g.e terjana. Apabila beban disambung voltan terminal akan meningkat, ini disebabkan litar siri
menjadi itar lengkap. Bila litar menjadi lengkap arus dapat mengalir dengan banyaknya lalu
menyebabkan ratdaya dan voltan terjana meningkat. Keadaan ini terjadi sehingga litar magnet
menjadi tepu.

12.0 LENGKUK CIRI PENJANA PIRAU

Beban
Penuh

Bila penjana diputarkan gelung angker akan memotong uratdaya magnet baki, maka d.g.e akan
terhasil di dalam gelung angker.
Diketahui bahawa gelung medan pirau disambung selari dengan gelung angker, maka arus akan
mengalir di dalam gelung medan pirau.
Arus yang mengalir dalam medan pirau akan semakin meningkat bertujuan untuk menguatkan
uratdaya medan magnet, disebabkan medan magnet semakin kuat maka d.g.e yang terjana juga
semakin meningkat .
Proses pertambahan voltan dalam penjana akan berterusan sehingga litar magnet menjadi tepu.
Apabila takat tepu sudah tercapai d.g.e yang terjana akan menurun semula begitu juga dengan arus
medan. Jadi arus medan akan menjana d.g.e sekadar mencukupi untuk mengekalkan pengaliran arus
medan sahaja.

13.0 LENGKUK CIRI PENJANA MAJMUK

Voltan
Punca = VL Majmuk Terlebih

Majmuk Rata

Majmuk Terkurang

Majmuk
Bezaan Beban Penuh

IL = Arus Beban

Apabila d.g.e yang terjana bertambah disebabkan beban bertambah maka ia diistilahkan sebagai
majmuk terlebih. (Motor jenis ini digunakan jika jarak antara penjana dengan beban jauh.
Penambahan d.g.e boleh menatasi voltan susut pada talian bekalan)
Apabila d.g.e. yang terjana hampir-hampir sama pada keadaan tanpa beban ataupun keadaan beban
penuh, ia diistilahkan sebagai majmuk rata. (Motor jenis ini digunakan pada tempat dimana lokasi
beban adalah berhampiran dengan penjana)

izdiharAB_jke_polimas_mei29 9
Apabila d.g.e yang terjana semasa beban penuh kurang daripada d.g.e ketika tanpa beban ia
diistilahkan sebagai majmuk terkurang. (Motor jenis ini digunakan dimana litar pintas mudah
berlaku).

Keratan rentas sebuah mesin arus terus

izdiharAB_jke_polimas_mei29 10

Anda mungkin juga menyukai