Anda di halaman 1dari 13

Terapi Mendidik Hati – Hayati Al Quran

Kalau kita sakit seperti demam, batuk dan sebagainya kita akan mencari ubat di
farmasi, klinik, homeopati, dukun atau hospital. Tapi kalau hati kita sakit, apa pula
rawatannya. Pernahkah kita rasa hati kita sakit? Kalau hati sakit, apa akan jadi? Kata
Imam al Ghazali, hati adalah raja. Hatilah penentu kecerdasan iman dan takwa kita.

Allah SWT amat memberikan perhatian kepada hati. Al Quran menggunakan istilah
qalb (hati) sebanyak 132 kali, makna dasar kata itu ialah membalik, kembali, berubah
atau naik-turun. Sesuai dengan latar belakangnya hati mempunyai sifat yang selalu
berubah, sebab hati adalah nukleus dari kebaikan dan kejahatan, kebenaran dan
kesalahan.

Hati kita unik, boleh jadi kuat, dinamik, juga boleh sakit dan menjadi buta. Firman Allah
SWT.

“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya –
dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang
ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang
dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun
tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang
buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada” (al-Hajj:46)

Inilah yang menjadi masalah kepada hati manusia tatkala hatinya sudah menjadi buta.
Tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Maka amat penting bagi kita wahai anak
muda untuk sentiasa menjaga dan merawat hati kita agar jangan sampai buta. Buta!?
Ala..hati yang buta bukan mata? Masih dapat melihat lagi. Ya ke? Cuba anda pejamkan
sebentar mata anda. Apa yang anda nampak? Gelapkan? Sekarang cuba berjalan ke
hadapan. Apa perasaan anda? Takut tersungkur atau terlanggar sesuatu? Susah bukan
apabila mata buta. Selama ini boleh melihat dan memandang, tapi bila gelap kita akan
rasa tidak selesa. Sekarang bayangkan kalau hati kita pula yang buta? Tidak mendapat
petunjuk, hidayah dan kasih sayang Allah. Agaknya jika terus berjalan dalam keadaan
hati buta, sudah banyak mana peraturan dan perintah Allah telah kita langgar? Makin
parah walaupun hatinya sudah buta dan tersungkur di pintu neraka, dia masih tidak
dapat merasai apa-apa pun. Bahkan dia terus berjalan dengan kesombongan dan
keegoan menghimpun dosa-dosanya. Agaknya bagaimana pula keadaan kita apabila
hati kita bukan sahaja buta, tetapi sudah mati?

“Sesungguhnya telah Kami sediakan untuk penghuni neraka dari golongan jin
dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak menggunakannya untuk
memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan
untuk melihat, mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk
mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak , bahkan lebih sesat lagi. Mereka
adalah orang-orang yang alpa (tidak berzikir) ” (Al-A’raf:17 )

Firman Allah SWT lagi:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih –


bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya
hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan
terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Asy Syam: 9-10)

Meyakini Al Quran Terapi Bagi Segala Permasalahan

Disepanjang saya berprogram bersama dengan generasi muda, mana-mana


mahasiswa, pelajar, remaja dan belia yang bermasalah samada dari segi sikap, akhlak,
tingkah laku, attitude, berfikir, bertindak, ibadah hatta study, majoriti golongan ini jauh
dari Al Quran.

Seorang pegawai agama dari sebuah majlis agama Islam negeri berkongsikan kepada
saya pengalamannya dalam berhadapan dengan kes-kes keruntuhan rumahtangga di
negerinya, ternyata puncanya jiwa-jiwa mereka jauh dari Al Quran.

Kenapa Al Quran? Apa hubungkaitnya dengan hati dan kehidupan kita? Kita tahu
bahawa Al Quran yang sama di baca oleh para pemuda pemudi Islam di zaman
Rasulullah SAW lantas para pemuda ini bangkit menjadi luarbiasa hati dan jiwa mereka.
Hati mereka solid, kukuh dan padu dengan Al Quran.

Hakikatnya Al Quran diturunkan ke dalam hati Rasulullah SAW untuk digunakan bagi
membangun umat Islam yang wibawa dan berkualiti, bagi membangun peradaban
manusia berpaksikan Al Quran serta merawat hati nurani, akhlak dan akal manusia.

Maka sudah tentulah terapi pertama dan utama dalam mendidik hati kita adalah Al
Quran. Inilah solusi kepada permasalahan umat hari ini. Kita harus yakin dengan Al
Quran, bukan sekadar yakin membaca Al Quran beroleh pahala, tetapi yakin bahawa Al
Quran lebih daripada itu. Allah SWT berfirman, maksudnya,
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan
penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57)

Firman Allah SWT lagi,maksudnya,


“Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-
orang yang zalim selain kerugian.” (al-Isra: 82)

Al Quran bukan sekadar sebuah syair atau puisi yang sedap dilagu-lagukan semata,
tetapi ianya sebuah petunjuk bagaimana kita harus beraksi dan berprestasi di dunia
berpaksikan wahyu dan terselamat dari azab. Firman-Nya:

“(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair


kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami
wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci
yang memberi penerangan; Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang
sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap
orang-orang yang kufur ingkar.” (Yaasin:69-70)

Melalui ayat di atas, Allah SWT menjelaskan bahawa barangsiapa yang sentiasa
memandang positif dan yakin dengan semua peringatan yang disampaikan Al-Quran
dan menjadi Al Quran sebagai cara hidupnya, maka ia akan mampu memiliki hati yang
selalu hidup dan memiliki daya kesedaran yang tinggi. Dia akan berfikir, bertindak,
berinteraksi, belajar, bekerja, berakhlak, berkahwin, berkerjaya dan hidup
keseluruhannya berpaksikan Al-Quran, di bawah payungan hidayah Allah SWT dan
akan sentiasa berada di bawah bimbingan-Nya.

Ibnu Kathir berkata dalam menjelaskan ayat di atas, kita harus faham bahawa
menetapkan keimanan dalam hati akan selalu mendorong kita siap siaga beramal dan
hidup menurut kehendak Allah. Sedangkan kekufuran yang ada dalam hati hanya akan
mematikan aktiviti hati itu sendiri dan membuatnya mati.

Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat hati yang hidup, yakni hati yang dapat
menerima ajaran Islam dan tenang bersamanya. Hati yang sebeginilah yang membuat
pemiliknya selalu berada dalam tuntunan dan bimbingan-Nya. Dan di lain kesempatan,
Al-Quran juga memberikan gambaran tentang hakikat hati yang mati dengan segala
kegersangan dan kegelapan. Firman Allah SWT:

“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk
menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari
Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput
kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu
hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang
demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. Allah telah
menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi
kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya),
yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana
mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada
Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta
tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.” (Az-Zumar:22-
23)

Tafsir Ibn Kathir dan Fizilal Quran menjelaskan ayat di atas bahawa hati bagi kaum
muslimin adalah kehidupannya yang sarat dengan iman dan ajaran-ajaran-Nya
sebagaimana tergarap dalam Al-Quran. Dengan kehidupan sebeginilah maka
seseorang akan selalu bertaqwa kepada-Nya, yang kemudian berimplikasi pada
kewaspadaannya dalam melakukan perbuatan yang dilarang oleh-Nya serta selalu
menaruh harapan agar Allah SWT selalu mengampuni semua kesalahan yang pernah
dibuatnya. Juga akan berimplikasi pada semangatnya yang tinggi untuk menerima
ajaran Al-Quran.

Rumusan akhir dari tulisan kali ini, jika kita ingin memperbaiki hati kita hendaklah kita
sedar dan mengetahui bahawa berubat dengan Al-Quran itu tidak cukup hanya dengan
membaca al-Quran sahaja, tetapi harus memahami, mengambil pelajaran dan
mematuhi hukum-hukum yang terkandung di dalamnya. Punca kepada ketidakpatuhan
dan ketidakmahuan untuk ikut dan komited dengan Al-Quran adalah kerana hatinya
yang bermasalah, dikuasai nafsu syahwat dan syubhat.

Ibnu Qayyim berkata, “Inti penyakit hati itu adalah syubhat dan nafsu syahwat.
Sedangkan Al-Quran adalah penawar bagi kedua penyakit itu,kerana di dalamnya
terdapat penjelasan-penjelasan dan panduan yang tepat, yang membezakan
antara yang haq dengan yang batil, sehingga penyakit syubhat hilang.
Penyembuhan Al-Quran terhadap penyakit nafsu syahwat, kerana di dalam al-
Qur’an terdapat hikmah, nasihat yang baik, mengajak zuhud di dunia dan lebih
mengutamakan kehidupan akhirat.”

Marilah kita berdoa, Ya Allah, jadikanlah Al-Quran itu sebagai perawat, peneman,
penawar hati, penguat dan penghilang kegundahan dan kegelisahan hati-hati kita.
Amin.

-----------------------------------------

Nikmat khusyuk solat tanda amalan ibadat lain diterima


TUGAS utama Nabi Muhammad SAW dan rasul adalah untuk membina diri manusia
supaya berakhlak mulia serta beramal salih. Pembangunan diri manusia, pembangunan
insan adalah menjadi tonggak segala pembangunan lain.

Bagaimana manusia boleh membangunkan akhlak mulia boleh difahami dan dipelajari
dalam peristiwa Isra’ Mikraj, yang mana Nabi Muhammad SAW dibawa melihat setiap
kelakuan manusia, nyata atau ghaib.

Berdasarkan gagasan Isra’ Mikraj, solat fardu lima waktu menjadi perintah utama
kerana ia ibu segala amal ibadah, wajib dilaksanakan sama ada ketika sihat atau sakit,
menjadi tonggak kekuatan agama, menggugurkan segala dosa dan menyelamatkan
azab kubur.

Maka kecelakaan besar bagi orang yang sembahyang. (Iaitu) mereka yang
berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. – Surah An-Najm,
Ayat 5

Selain itu kualiti solat juga akan menentukan kualiti pelaksanaan ibadah lain. Wujud
perkaitan kuat jika seseorang itu lemah melaksanakan solat, maka ibadah lain
mempunyai tahap yang sama. Berdasarkan perkaitan ini, amalan solat adalah amalan
yang dapat mencegah kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada


perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Jika solat itu dibuat secara lalai maka ia boleh mendatangkan musibah dan memberi
kesan buruk terhadap kelakuan seseorang.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaan besar bagi orang yang
sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan
sembahyangnya.” (Surah al-Maa’un, ayat 5)
Maksud lalai ialah mereka yang melakukan solat tidak menyedari bilangan rakaatnya,
malas melakukan solat sehingga bertangguh-tangguh kerana mengutamakan pekerjaan
lain, terburu-buru melakukan solat dan tidak merasai nikmat melakukan solat pada awal
waktu.

Memandangkan solat adalah perintah Allah SWT, maka pelaksanaan solat hendaklah
dilaksanakan secara khusyuk mengikut peraturan tertentu. Solat yang hakiki dilakukan
secara khusyuk akan melindungi seseorang daripada melakukan perbuatan berdosa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perbezaan antara manusia dan perbezaan
antara syirik dan kufur ialah meninggalkan solat.” (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun tidak dapat bertemu Allah SWT seperti dialami Nabi Muhammad SAW
berdasarkan gagasan Isra’ Mikraj, kita dapat berhadapan dengan Allah SWT dalam
solat dengan syarat, hati kita sepenuhnya mengingati Allah dengan menghindari
penyakit syahwat atau bisikan duniawi.

Kedua, hati kita sentiasa mengagungkan Allah SWT dan merasa Allah sentiasa melihat
diri kita dan ketiga, hati kita sentiasa meresapi makna ayat al-Quran yang di baca
dalam solat.

Menurut Imam Ghazali, antara amalan membentuk solat yang khusyuk ialah
memastikan sumber rezeki adalah halal, mendirikan solat seolah-olah akan
menghadapi kematian pada esok hari, mendirikan solat pada awal waktu.

Memahami pengertian bacaan dalam solat, mengambil wuduk dengan sempurna dan
pakaian bersih, memiliki sifat malu kepada Allah SWT jika pelaksanaan solat itu tidak
sempurna.

Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral dideritai segolongan umat Islam kini
berpunca daripada solatnya tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan
perbuatan keji dan maksiat. Mereka ini melakukan solat tetapi masih juga melakukan
perbuatan berdosa.

Gagasan dan kebenaran dalam Isra’ Mikraj ini hendaklah kita teladani, pelajari serta
dihayati sebaik mungkin, untuk mengelakkan diri daripada melakukan pelbagai
kejahatan, kemungkaran serta terjerumus gaya hidup berdosa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang munafik itu melakukan
tipu daya terhadap Allah, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka.
Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas.
Mereka riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan
sedikit sekali.” (Surah an-Nisaa’, ayat 142)
Kehebatan amalan zikrullah
APA yang diperintahkan Allah pasti mempunyai fadilat, hikmah dan ganjaran pahala
yang besar di sisi-Nya. Hal itu termasuklah dalam amalan berzikir.

Ia perbuatan ringan, namun mempunyai ganjaran besar kepada pengamalnya. Ringan


di lidah tetapi berat di ‘Mizan’, begitu kedudukan status amalan zikir dan amat tidak
wajar seandainya kita mengabaikannya.
Sahabat Rasulullah s.a.w, Muaz bin Jabal pernah memberitahu, “Tidak ada sesuatu
pun yang dapat menyelamatkan seorang hamba daripada azab Allah, melebihi zikir
kepada-Nya.”

Jangan kita sangsi apa yang disuarakan Muaz kerana ketika perjalanan sirahnya
bersama Rasulullah s.a.w, beliau antara sahabat yang menjadi kesayangan Rasulullah
hinggakan pernah satu hari Baginda memberitahu sahabat lain, “Umatku yang paling
tahu akan yang halal dan haram ialah Mu’az bin Jabal.”
Ia penghormatan tertinggi buat Mu’az daripada golongan Ansar yang turut terbabit
dalam Perjanjian Aqabah kedua.

Sementara itu, seorang ulama tabiin tersohor, Aun bin Abdullah ada menyampaikan
satu cerita, “Pada suatu ketika ketika kami mendatangi Ummu al-Darda’ kami pun
berzikir dengannya.

Namun, pada suatu hari yang lain, Ummu al-Darda merasa gelisah sehingga
membuatkan sahabat yang bersama berzikir bersamanya berasa hairan.

Mereka berkata, “Adakah kami membuatkanmu berasa bosan, wahai Ummu al-Darda?”
Sambil membetulkan kedudukannya di lantai, Ummu al-Darda’ menjawab, “Apakah
kalian fikir kalian membuatkanku berasa bosan? Tidak sama sekali wahai sahabat
sekalian. Selama hidupku, aku selalu mengharapkan zikir, maka bagiku tiada sesuatu
hal pun yang dapat melapangkan dadaku melebihi zikirnya ahli zikir.”

Begitulah pengakuan jujur seorang insan mulia. Siapa yang tidak mengetahui
keunggulan Ummu al-Darda’ atau Abu Darda’ ini. Siapakah yang berani menafikan
ketokohannya?

Abu Darda’ pernah menceritakan berkenaan riwayat hidupnya. Ceritanya, “Aku


mengislamkan diriku kepada Rasulullah s.a.w sewaktu aku menjadi saudagar yang
mewah dengan harta kekayaan.
“Keinginanku adalah untuk menjadikan beribadah dan berniaga dapat dihimpunkan
pada diriku jadi satu. Tetapi sayang seribu kali sayang, hajat itu tidak kesampaian.

“Lalu, aku mengambil keputusan mengasingkan urusan perniagaan dan menghadapkan


diri kepada ibadah. Aku tidak akan berasa gembira sedikitpun jika sekarang aku berjual
beli dan mendapat hasil setiap hari 300 dinar, sekalipun kedaiku terletak di muka pintu
masjid.”

Sambungnya lagi, “Aku tidak mengatakan kepada kamu Allah mengharamkan jual beli.
Hanya aku secara peribadi lebih menyukai supaya aku termasuk dalam golongan yang
berniaga dan jual belinya tidak sekali-kali melalaikannya daripada berzikir kepada
Allah.”

Dari situ menggambarkan Ummu al-Darda’ seorang yang memiliki keimanan yang kuat
sehingga gusar jika urusan perniagaannya menjerumuskan dirinya ke lembah golongan
lalai berzikir.

Bagi insan yang sentiasa sibuk mengejar keduniaan sehingga lupa mengingati Allah
malah sentiasa membiarkan hati dan jiwa terbelenggu dengan kekalutan urusan
duniawi, beliau dengan ikhlas pernah berpesan antara lain, “Sesiapa yang tidak pernah
puas terhadap dunia, maka tidak ada dunia baginya.”

Malah satu ketika beliau tidak dapat menahan sebak tatkala melihat ada sesetengah
insan tenggelam dalam hawa nafsu mengejar keduniaan.

Sambil merintih perlahan suara insan mulia itu melontarkan kata-kata, “Oh Tuhan, aku
berlindung kepada-Mu daripada hati yang bercabang-cabang.”

Rupanya luahan suara Abu Darda’ masih dapat didengari sahabatnya, lantas
sahabatnya bertanya, “Apakah yang kamu maksudkan dengan hati yang bercabang-
cabang itu, wahai Abu Darda’?” Dengan frasa kata yang ringkas Abu Darda’ menjawab,
“Memiliki harta benda di setiap lembah.”

Ada lagi peringatan bermanfaat yang disampaikan Abu Darda’, kata beliau, “Alangkah
hinanya makhluk di sisi Allah, apabila mereka meninggalkan kewajipannya terhadap
Allah.
Selagi mereka teguh sebagai umat perkasa, mereka berjaya mempunyai kekuatan,
kemudian apabila mereka tinggalkan amanah Allah, maka jadilah mereka orang yang
hina dan kecundang.”

Apa yang dikatakan Abu Darda’ memang benar dan kita sedang menyaksikan
fenomena masyarakat Islam masa kini banyak dilekakan dengan keduniaan sehingga
terpaksa mengejar masa demi memartabatkan diri sebagai manusia hebat dari segi
material.

Tetapi bagaimana dengan alunan jiwa untuk ukhrawi yang kekal abadi? Sudah tentu
salah satu amalan yang perlu dibudayakan ialah mengamalkan zikir.

Ia mampu membentuk jiwa yang kaya dengan iman, takwa dan jati diri insan yang
diredai Ilahi. Ulama’ berkata, “Barang siapa yang diberi makanan berupa zikir serta
bersih daripada penyakit duniawi kemudian diberi minuman berupa tafakur, dia akan
memperoleh pelbagai hikmah.”

Ada cerita lagi, ada seorang datang menemui Rasulullah lalu berkata kepada Baginda,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat (ajaran) Islam itu sudah terlalu banyak
bagiku, maka khabarkanlah untukku, sesuatu yang agar aku boleh berpegang teguh
padanya?”

Seperti biasa Rasulullah tidak pernah menghampakan sebarang pertanyaan daripada


sahabat mahupun sesiapa saja di kalangan umatnya. Lalu nasihat Baginda,
“Sentiasalah basahkan lidahmu dengan berzikir kepada Allah.” (Hadis riwayat Imam
Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Justeru, dalam kesibukan kita pujuklah rasa dan hati kita supaya tidak cuai dalam
mengamalkan zikir kepada Allah. Jadikanlah amalan zikir sebagai penawar jiwa dan
penyejuk hati.

-------------------
Kelebihan orang yang banyak berdoa

DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang


memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah,
masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada
neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada
neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah
yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.

Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan
syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka


adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa,
menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.

Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara


kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan
perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah
mengampuni mereka.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah


mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila
mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil
temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan
membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya,
sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku?
Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan
mengagungkan-Mu.

Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah
wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat
Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak
beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.

Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka
meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu?
Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah
melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat
menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi
terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.

Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka


berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu?
Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah
bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka
melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih
takut dengannya.

Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni
mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari
golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah
berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam
majlisnya.”

Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas
meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan
menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya,
kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata:
Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku,
engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”

Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga,
sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda:
“Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan
nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang
keremajaannya

-----------------------------------------------------
Petua Mencuci Hati
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa
cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji
Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh
berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan,
otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara
kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,


penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak
3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri
sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum,
pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak
jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang
disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya –
cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara


kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati
kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan
haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

------------

Anda mungkin juga menyukai