Anda di halaman 1dari 1

3.

Nama Permainan : Dam Perkataan

Objektif : Murid boleh mengeja perkataan-perkataan yang


terdapat di dalam dam tersebut.

Bahan : Kad Manila, dadu, carta token

Cara Menjalankan Permainan:

1. Kad-kad warna diletakkan di dalam poket yang disediakan di


tengah-tengah tapak daripada kad manila.

2. Murid akan memilih satu kad berwarna.


3. Murid akan membaca ejaan pada kotak yang disediakan di
keliling kotak yang sama warna dengan kad yang dipilih tadi.
4. Pada kotak tersebut terdapat markah yang berlainan
5. Jika murid dapat mengeja perkataan tersebut murid itu akan
mencatatkan markah pada carta token yang disediakan.
6. Permainan akan diulang sehingga murid bermain dalam 4
pusingan.
7. Markah akan dikira selepas 4 pusingan itu tamat.

4. Nama Permainan : Roda Impianku

Objektif : Murid boleh mengeja perkataan-perkataan yang terdapat


di dalam “Roda Impianku” tersebut.

Bahan : Kad Manila, carta token

Cara menjalankan permainan:

1. Terdapat beberapa gambar pada “Roda Impianku”.


2. Di belakang gambar dituliskan markah.
3. Jika murid dapat mengeja perkataan berdasarkan gambar
tersebut murid itu akan diberi markah.
4. Murid bermain 4 pusingan.
5. Markah-markah yang diperolehi oleh murid itu akan dicatat
pada carta token.