Anda di halaman 1dari 24

INTERVENSI

KRISIS

Oleh:
Dr. Nor Shafrin bt. Hj. Ahmad (KB, PA)
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia
sham@usm.my
Mei 2007
KENAPA INTERVENSI KRISIS PENTING?

 Berkesan membantu individu yang mengalami


krisis.
 Tindakan segera mengelak gangguan mental atau
perkembangan tingkah laku yang tidak sesuai.

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


DEFINISI KRISIS

Rohany Nasir (2004)

 Krisis adalah persepsi terhadap kejadian atau


pengalaman yang tidak mampu diatasi seseorang
dengan cara biasa serta mengganggu personaliti
dan mengancam diri.
 Krisis menyebabkan individu tidak dapat mengawal
perasaan (contoh: takut, terkejut, tekanan yang
melampau)

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


DEFINISI KRISIS

 Keadaan ketegangan, tidak tenteram, mengancam


yang tidak mampu ditangani oleh mekanisme
keupayaan individu.
 Krisis menyebabkan individu terganggu, bercelaru,
hilang kawalan dan pertimbangan diri.
 Individu krisis menunjukkan simptom seperti
gangguan tidur, gangguan makan dan menarik diri
daripada aktiviti seharian.

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


DISORIENTATION DISRUPTION

KRISIS

DISEQUILIBRIU
M

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


DEFINISI INTERVENSI KRISIS

 intervensi krisis merupakan usaha membantu


mangsa yang mengalami kecemasan psikologi
untuk kembali ke tahap fungsi penyesuaian dan
mencegah atau mengurangkan kesan negatif
trauma psikologi (Everly & Mitchell, 1999).

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


MATLAMAT
INTERVENSI KRISIS

 Menyelesaikan krisis dengan cara menukar persepsi


ancaman atau bahaya dan memulihkan fungsi sosial
mentee sebagaimana sedia kala.

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


KATEGORI KRISIS

1. Perkembangan (developmental) – tempoh transisi


yang membawa kepada gangguan emosi (contoh:
hari pertama di universiti, persaraan, berkahwin atau
menopause).
2. Kebetulan atau tidak disengajakan (accidental) -
bahaya yang berlaku tanpa diramal (contoh:
kecacatan fizikal akibat kemalangan, diberhentikan
kerja, gagal dalam pengajian dan penceraian).

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


PENDEKATAN INTERVENSI KRISIS

Tiga jenis pendekatan membantu:

1. mengarah (directive)
2. bukan mengarah (nondirective)
3. kerjasama (collaborative)

 Pemilihan pendekatan ditentukan oleh penilaian


mentor yang cepat, tepat serta objektif berdasarkan
pada intensiti krisis.
 Sesuatu jenis pendekatan boleh digunakan
sepanjang proses membantu atau mengikut
kesesuaian keadaan mentee (contoh: pendekatan
mengarah kepada pendekatan kerjasama).

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


PENDEKATAN MENGARAH

 Digunakan apabila mentee tidak berdaya mengurus


krisisnya.
 Penjelasan diberi kepada masalah, mencari pilihan,
membentuk rancangan yang lengkap dan mengarah,
memimpin atau membimbing mentee dalam
tindakan.
 Mentor banyak mengarah atau meminta mentee
melakukan sesuatu.
 Dikenali juga sebagai pendekatan “saya”.

10

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


Bersambung...

Mentee yang sesuai untuk pendekatan ini ialah


mentee yang:

 perlu dimasukkan ke hospital dengan segera kerana


keracunan dan lain-lain.
 mengalami kemurungan teruk.
 mengalami kejutan teruk.
 mempunyai kebimbangan yang melampau hingga
tidak dapat berfungsi.
 terkeluar dari dunia nyata atau realiti.
 membahayakan diri sendiri dan orang lain.

11

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


PENDEKATAN BUKAN MENGARAH

 Digunakan untuk mentee yang mampu mengambil


inisiatif dan langkah tindakan sendiri.
 Tahap mobiliti dan kemampuan mentee perlu dinilai
oleh mentor secara lisan dan bukan lisan.
 Dikenali sebagai pendekatan “awak” (you).
 Sesuai digunakan Pendekatan Pemusatan Klien
(CC) oleh Carl Rogers.

12

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


Bersambung...

 Dalam pendekatan CC, mentor akan mendengar


secara aktif, memberi galakan, membuat refleksi,
memberi peneguhan serta menggunakan respons
soalan-soalan terbuka.
 Fokus pendekatan adalah kepada perasaan,
keperluan, kemampuan, autonomi serta matlamat
mentee.
 Dengan bantuan mentor, mentee berupaya
membuat pilihan dan perancangan, menghadapi
masalah dan komited mencapai hasil yang
dikehendaki.

13

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


PENDEKATAN KERJASAMA

 Digunakan apabila mentee tidak mampu berfungsi


secara berkesan menggunakan pendekatan bukan
mengarah tetapi mempunyai cukup mobiliti sebagai
rakan kerjasama dalam proses intervensi.
 Dirujuk sebagai pendekatan “kami” (we).
 Mentee dianggap sebagai rakan kongsi dalam
melakukan beberapa perkara seperti mengenal pasti
masalah sebenar, membuat pilihan, membuat
perancangan dan komitmen untuk merealisasikan
matlamat.

14

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


Bersambung...

 Mobiliti mentee dalam pendekatan ini tidaklah


seperti dalam pendekatan bukan mengarah tetapi
mereka mempunyai cukup keupayaan dalam
proses membuat keputusan.
 Mentor bertindak sebagai penyokong, fasilitator
dan perunding kepada mentee.
 Mentor membantu mentee dalam menentukan
tindakan yang perlu diambil.
 Dalam keadaan equilibrium, mentee secara aktif
akan menyelesaikan masalahnya.

15

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


PERANAN MENTOR

1. Campur tangan segera.


2. Menilai keadaan mentee.
3. Mengenal pasti keadaan mentee dalam situasi
krisis.
4. Menjadi pendengar yang baik.
5. Penyokong.
6. Membantu mentee membuat perancangan.
7. Membuat rujukan.
8. Melakukan susulan.

16

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


KEMAHIRAN DAN CIRI-CIRI
MENTOR

 Mampu bertindak segera berdasarkan penilaian


dan maklumat ketika itu. Penilaian yang tepat
adalah amat penting.
 Cepat membentuk formulasi membantu mentee.
Penglibatan mentor adalah aktif.
 Menggunakan kemahiran asas kaunseling bagi
membantu mentee melahirkan perasaan
terpendam.

17

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


Bersambung...

 Mampu berhadapan dengan mentee yang beremosi


dan mengalami penderitaan menyakitkan.
 Bertanggung jawab terhadap tindakan yang akan
dilambil.
 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk
berhadapan dengan situasi mentee.

18

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


TAHAP-TAHAP DAN LANGKAH-LANGKAH
INTERVENSI KRISIS

TAHAP 1

 Langkah 1 : permulaan atau kemasukan


 Langkah 2 : mengenal pasti masalah
 Langkah 3 : penentuan struktur dan kontrak
perhubungan menolong
 Langkah 4 : penerokaan intensif reaksi mentee
terhadap situasi krisis
 Langkah 5 : penentuan matlamat dan objektif
serta batasan masa

19

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


Bersambung…

TAHAP 2

 Langkah 1: saling menerima matlamat dan


objektif intervensi krisis
 Langkah 2 : merancang strategi.
 Langkah 3 : mengaplikasikan strategi
 penstrukturan kognitif
 rujukan
 sokongan
 latihan asertif
 membuat keputusan
 Langkah 4: menilai strategi
 Langkah 5: penamatan
 Langkah 6 : susulan
20

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


AKTIVITI LATIHAN 1

 Mentee mengalami kemurungan teruk selepas


dirogol oleh abang kandung. Keadaan fizikal
mentee tidak terurus dengan rambut kusut masai,
sepanjang perjumpaan, mentee menangis tanpa
henti. Kadangkala mentee ketawa sambil
membeliakkan matanya kepada mentor.

SOALAN
 Kategori krisis?
 Pendekatan yang sesuai digunakan mentor?

21

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


AKTIVITI LATIHAN 2

 Suami mentee mempunyai hubungan sulit dengan


perempuan lain dan beliau telah menyatakan
hasrat untuk menceraikan mentee. Rasa sedih,
marah dan kecewa silih berganti dalam diri mentee.
Namun mentee masih berusaha untuk
menyelamatkan rumah tangga mereka. Mentee
ingin berterus terang dengan suami, berkongsi
perasaannya namun tidak tahu bagaimana untuk
memulakan perbincangan.

SOALAN
 Kategori krisis?
 Pendekatan yang sesuai digunakan mentor?
22

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


RUMUSAN

 Krisis merupakan keadaan tidak tenteram,


mengancam serta menyebabkan individu hilang
kawalan dan pertimbangan terhadap diri.
 Intervensi krisis merupakan usaha membantu
individu yang mengalami kecemasan psikologi
kembali ke tahap fungsi penyesuaian dan
mencegah atau mengurangkan kesan negatif
trauma psikologi.
 Terdapat tiga pendekatan intervensi krisis.
 Pemilihan pendekatan adalah mengikut penilaian
mentor berdasarkan kepada intensiti krisis.
 Terdapat beberapa tahap dan langkah membantu
mentee di samping mentor mengaplikasikan
peranan dan kemahiran yang sesuai.

23

©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad


Sekian,
Terima Kasih