Anda di halaman 1dari 2

CIRI DISLEKSIA

Kebiasaannya disleksia dapat dikenalpasti pada peringkat awal persekolahan mereka. Ciri-
ciri kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pada peringkat prasekolah
dan peringkat sekolah rendah (6-12 tahun)
Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak mempunyai kemahiran bertutur yang lambat dan
sukar untuk memahami arahan. Mereka sangat suka mengganti perkataan semasa bercakap
dan tidak suka duduk diam. Kanak-kanak ini juga mempunyai kemahiran motor kasar dan
motor halus yang lemah. Mereka tidak boleh mengikat tali kasut dengan betul. Mereka sangat
sukar untuk mengimbangkan badan mereka dan kadang-kadang mereka mudah terjatuh
semasa menaiki tangga. Kanak-kanak disleksia juga sangat suka mengganti perkataan
dengan perkataan lain serta hiperaktif.
Kanak-kanak ini seringkali terlupa kepada nama-nama benda atau matapelajaran yang
dipelajari di sekolah. Oleh sebab yang demikian, murid disleksia dianggap “bodoh” oleh
sesetengah guru kerana mereka sukar mengingati benda-benda yang diajar oleh guru.
Kesukaran mengingat ini terjadi kerana kecelaruan sistem dan fungsi pada otak dan
menyebabkan murid disleksia seringkali ketinggalan dalam mata pelajaran. Namun begitu,
kanak-kanak disleksia mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan berminat terhadap
perkara-perkara baru. Mereka sangat suka bertanya banyak soalan kerana berminat untuk
mengetahui sesuatu perkara.
Kanak-kanak disleksia sekolah rendah pula terbahagi kepada dua peringkat iaitu murid yang
berumur 6 hingga 9 tahun dan peringkat kedua ialah berumur 9 tahun hingga 12 tahun.
i) 6 hingga 9 tahun

– Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan, huruf dan nombor
– Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
– Keliru dengan kiri dan kanan
– Tulisan cermin atau terbalik
ii) 9 hingga 12 tahun
– Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
– Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
– Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
– Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
– Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
– Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :
– Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
– Kesukaran menulis karangan
– Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
– Kesukaran mempelajari bahasa lain
– Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
– Jenis orang yang suka senyap
– Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
– Kurang kemahiran bersosial

Anda mungkin juga menyukai