Anda di halaman 1dari 1

Ruj. Kami : IPG KBM/HEP/13/708/051 Jld.

3 ( )
Tarikh : 27 September 2017
________________________________
________________________________
________________________________

Tuan,

PEMBERITAHUAN KEDATANGAN PESERTA PROGRAM BAKTI GURU 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu akan mengadakan
satu program iaitu Program Bakti Guru (PROBAG) pada 13 Oktober 2017 di Felda Sg Retang,
Jerantut, Pahang. Tujuan kami memaklumkan kedatangan kami ke sana pada pihak tuan adalah
untuk pengetahuan tuan akan kehadiran kami sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini tuan
sudah sedia maklum akan perkara ini. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 13 Oktober 2017


Tempoh : 8 Pagi – 12.30 Petang
Tempat : SK Sungai Retang, Jerantut, Pahang
Peserta : 55 Guru Pelatih ( L-27, P-28 )
Pensyarah Pengiring : 7 Pensyarah

3. Bersama surat ini kami lampirkan senarai nama peserta serta atur cara majlis dan aktiviti
sepanjang keberadaan kami di sana.

4. Akhir kata, ribuan terima kasih kami ucapkan di atas jasa baik pihak tuan yang sangat
ikhlas. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Saudara Muhammad Idzzuddin Bin
Mohd Norashid (013-4331602) atau Nurul Adiba Binti Ahmad Khir (013-4457570)

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(Dr. MARIDAH BINTI ALIAS A.N.S, P.M.C)


Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai