Anda di halaman 1dari 45

MODUL SIVIK

PRASEKOLAH
MODUL SIVIK PRASEKOLAH

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
@Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini
dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian PemBangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN

Kata Pengantar

Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan

UNIT 1: Pengenalan

UNIT 2: Panduan Pelaksanaan

UNIT 3: Huraian Nilai Teras Sivik Prasekolah

UNIT 4: Exemplar Perbualan Awal

UNIT 5: Exemplar Aktiviti Pembelajaran

FAQ

Lampiran

Glosari

Penghargaan

v
KATA PENGANTAR

Alhamdulillah dengan izinNya BPK berjaya menghasilkan modul yang menjadi panduan dan contoh dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sivik di prasekolah. Modul Sivik Prasekolah digubal berpandukan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017).

Modul Sivik Prasekolah dibina berasaskan empat nilai teras sivik iaitu kasih sayang, hormat-menghormati,
bertanggungjawab dan kegembiraan. Penerapan nilai teras sivik ini dilaksanakan dalam Pembelajaran Bersepadu iaitu
semasa Perbualan Awal dan Aktiviti Pembelajaran. Bagi mengukuhkan penerapan nilai teras sivik dalam kalangan
murid, guru dan warga sekolah perlu memainkan peranan sebagai suri teladan (role model). Selain itu, ibu bapa dan
anggota masyarakat perlu dilibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta program sekolah. Penerapan nilai
teras sivik ini diharap dapat menggalakkan pembudayaan nilai dalam kalangan murid dan memastikan kesinambungan amalan nilai dari
sekolah ke rumah dan sebaliknya. Proses penerapan nilai berterusan ini diharap dapat melahirkan warganegara yang mampu memainkan
peranan, mengetahui hak dan melaksanakan tanggungjawab bermula dari prasekolah.

Usaha penghasilan modul ini adalah atas dedikasi dan sumbangan idea serta kepakaran pelbagai pihak, khususnya Pegawai Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta guru prasekolah. Kepada semua pihak
yang terlibat, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian.

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2019

vi
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

viii
KURIKULUM KEBANGSAAN

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997


[PU(A)531/97]

ix
UNIT 1 PENGENALAN

Modul Sivik Prasekolah memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid yang dapat
memainkan peranan dan hak serta tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Modul Sivik Prasekolah juga memfokuskan
kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang diharap dapat mendidik murid untuk berfikir, berilmu, beretika tinggi serta hidup
dalam semangat perpaduan dan cintakan negara.

Literasi sivik membekalkan murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembentukan warganegara
yang bertanggungjawab. Amali sivik dihayati melalui amalan dalam kehidupan harian yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam
dan di luar bilik darjah. Kedua-dua aspek ini membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam
kehidupan harian serta memberi sumbangan terhadap masyarakat.

Sivik di prasekolah digubal berasaskan empat nilai teras sivik, iaitu:

1
Di peringkat prasekolah, nilai teras sivik ditekankan bagi memastikan kesinambungan amalan nilai dari prasekolah ke rumah dan
sebaliknya. Nilai teras sivik juga diberi penekanan untuk memastikan murid diberi bimbingan dari awal dan seterusnya
dibudayakan dalam kehidupan harian seperti dijelaskan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Pembudayaan Nilai Teras Sivik

Melalui nilai teras sivik, murid didedahkan dengan hak dan tanggungjawab yang merupakan fokus utama dalam modul sivik
prasekolah. Pendidikan berkaitan hak dan tanggungjawab bertujuan membentuk murid ke arah warganegara yang bersatu padu,
patriotik serta boleh menyumbang untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

2
Cuba fikirkan, apakah yang kita amalkan di prasekolah?

Kita perlu pastikan murid amalkan perkara berikut:


 Bersalam/mengucapkan selamat antara guru dan PPM dengan murid
 Menyusun kasut/beg di rak yang disediakan
 Menyanyikan Lagu Kebangsaan dan lagu negeri
 Membantu membersih dan mengemas kelas serta tempat makan
 Saling mengucapkan terima kasih atas bantuan/sumbangan yang diterima
 Meminta maaf apabila melakukan kesalahan/memaafkan orang lain
 Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan yang kotor

Jom… kita buat refleksi.


Apakah nilai teras sivik yang diterapkan dalam kalangan murid?

Amalan Nilai Teras Sivik


Bersalam/mengucapkan selamat antara guru dan PPM dengan murid Hormat-menghormati
Menyusun kasut/beg di rak yang disediakan Bertanggungjawab

Menyanyikan Lagu Kebangsaan dan lagu negeri Kasih sayang/Hormat-menghormati

Membantu membersih dan mengemas kelas serta tempat makan Bertanggungjawab/Kegembiraan

Saling mengucapkan terima kasih atas bantuan/sumbangan yang diterima Hormat-menghormati

Meminta maaf apabila melakukan kesalahan/memaafkan orang lain Hormat-menghormati/Kasih sayang

Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan yang kotor Bertanggungjawab/Kegembiraan


3
Kalau telah diamalkan, apa lagi yang perlu guru lakukan?

Guru perlu membekalkan murid dengan literasi sivik dan berperanan


sebagai suri teladan (role model) bagi membantu mereka menghayati
nilai.

Objektif
penerapan
nilai teras sivik Peranan guru sebagai
prasekolah suri teladan:
adalah untuk
membolehkan Menunjukkan contoh
murid: dengan mengamalkan
nilai melalui pertuturan
dan tingkah laku yang
sopan.

1 Merancang aktiviti PdP


Objektif
modul adalah
untuk 2 Melaksanakan PdP
membolehkan
guru
prasekolah:
3 Mengukuhkan amalan sivik dalam kalangan murid

4
UNIT 2 KANDUNGAN NILAI TERAS SIVIK PRASEKOLAH

Kandungan Modul Sivik Prasekolah digubal berdasarkan empat nilai teras sivik, iaitu kasih sayang, hormat-menghormati,
bertanggungjawab dan kegembiraan. Melalui nilai teras sivik murid didedahkan dengan maklumat dan idea yang diperlukan
sebagai asas bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Maklumat dan idea ini merangkumi aspek berikut:

01 Menghargai diri sendiri

02 Menjaga hubungan dengan anggota keluarga dan masyarakat

03 Menghargai budaya pelbagai kaum

04 Sayang kepada alam sekitar

05 Cinta akan negara

Pengisian dalam modul ini merupakan antara kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017), khususnya di bawah Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Kerohanian,
Sikap dan Nilai serta Tunjang Keterampilan Diri. Komponen ini dilaksanakan secara bersepadu dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Kandungan empat nilai teras sivik prasekolah diterangkan dalam Jadual 1.

5
Jadual 1: Kandungan Nilai Teras Sivik Prasekolah

Kandungan Nilai Teras Sivik

Menghargai Diri Sendiri

1. Tanggungjawab diri
Kasih sayang
2. Membezakan antara keperluan dengan kehendak yang diingini
Bertanggungjawab
3. Menjaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan diri
Kegembiraan
4. Melaksanakan aktiviti yang disukai
5. Membuat pilihan sendiri

Saya, Anggota Keluarga dan Orang Lain

1. Tanggungjawab sebagai anggota keluarga


2. Menghormati anggota keluarga, rakan, guru dan orang lain Kasih sayang
3. Empati kepada orang yang memerlukan Hormat-menghormati
4. Memberi peluang ahli kumpulan menyatakan pandangan/pendapat Bertanggungjawab
5. Menghormati keputusan/pilihan majoriti Kegembiraan
6. Menghormati hak orang lain
7. Menghormati perbezaan individu

Tanggunggjawab sebagai Murid

1. Mematuhi peraturan sekolah Kasih sayang


2. Sumbangan kepada sekolah Hormat-menghormati
Bertanggungjawab

Petunjuk:
Tulisan berwarna ungu mewakili exemplar bagi Perbualan Awal, manakala tulisan berwarna hijau mewakili exemplar bagi
Aktiviti Pembelajaran.

6
Kandungan Nilai Teras Sivik
Sayang kepada Alam Sekitar

1. Tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran Kasih sayang


2. Menyayangi flora dan fauna Bertanggungjawab
3. Memelihara dan memulihara alam sekitar Kegembiraan
4.Tanggungjawab menjaga kemudahan awam

Negara Kita Tanggungjawab Kita

1. Menyambut/meraikan perayaan di Malaysia Kasih sayang


2. Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Hormat-menghormati
3. Bangga dengan identiti negeri/negara Bertanggungjawab
4. Bangga dengan pemimpin negeri/negara Kegembiraan
5. Bangga dengan warisan budaya

Saya dan Dunia

1. Hormati warga antarabangsa Hormat-menghormati

Petunjuk:
Tulisan berwarna ungu mewakili exemplar bagi Perbualan Awal manakala tulisan berwarna hijau mewakili exemplar bagi
Aktiviti Pembelajaran.

7
UNIT 3 PANDUAN PELAKSANAAN

Sivik di prasekolah dilaksanakan dalam waktu Pembelajaran Bersepadu, iaitu semasa Perbualan Awal dan Aktiviti Pembelajaran.
Pelaksanaan ini bertujuan mendedahkan murid dengan aspek literasi sivik dan amali sivik bagi meningkatkan kesedaran dalam
kalangan murid tentang kepentingan amalan nilai dalam kehidupan harian. Hasrat ini didokong oleh warga sekolah yang
berperanan sebagai suri teladan (role model) dan program kerjasama dengan ibu bapa serta masyarakat. Selain itu,
kesinambungan penerapan nilai dari sekolah ke rumah juga penting bagi melahirkan murid yang mengamal dan menghayati nilai
teras sivik.

Sivik di prasekolah dilaksanakan dalam Perbualan Awal dengan peruntukan masa 10 minit seminggu dan 20 minit bagi
Aktiviti Pembelajaran. Guru perlu merancang dan memilih mana-mana kandungan nilai teras sivik prasekolah di Jadual 1
mengikut kesesuaian dan tahap perkembangan murid. Kandungan dan nilai teras sivik dinyatakan di ruangan catatan dalam
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Panduan pelaksanaan sivik di prasekolah
semasa sesi Perbualan Awal dan Aktiviti Pembelajaran dijelaskan seperti dalam Rajah 2.

8
Rajah 2: Panduan Pelaksanaan Sivik di Prasekolah Semasa Perbualan Awal dan Aktiviti Pembelajaran

Tempoh masa Tempoh masa


10 minit seminggu 20 minit seminggu

Perbualan Aktiviti
Awal Pembelajaran

Cadangan Pelaksanaan Cadangan Pelaksanaan

 Nyanyian Lagu Kebangsaan dan lagu negeri  DSKP KSPK (Semakan 2017)
 Bacaan doa  Kandungan nilai teras sivik
 Kandungan nilai teras sivik  Bahan sokongan PdP sedia ada/lain-
lain yang bersesuaian

Perbualan Awal

Penerapan nilai teras sivik dalam Perbualan Awal mendedahkan murid dengan aspek literasi sivik dan amali sivik
berpandukan senarai kandungan nilai teras sivik di prasekolah. Guru hendaklah membuat perancangan dengan memilih
kandungan nilai teras sivik yang selari dengan PdP pada hari tersebut. Masa yang diperuntukkan bagi sesi ini ialah 10 minit
seminggu. Exemplar bagi Perbualan Awal disediakan dalam modul ini untuk rujukan guru.

9
Aktiviti Pembelajaran

Penerapan nilai teras sivik dalam Aktiviti Pembelajaran diharap membolehkan murid memahami hak dan tanggungjawab sebagai
warganegara serta bagaimana mereka dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Guru hendaklah membuat
perancangan dengan memilih kandungan nilai teras sivik yang selari dengan PdP pada hari tersebut. Guru boleh melaksanakan
satu aktiviti atau lebih dalam tempoh 20 minit seminggu semasa Aktiviti Pembelajaran. Exemplar bagi Aktiviti Pembelajaran
disediakan dalam modul ini untuk rujukan guru. Dalam exemplar, maklumat berkaitan pengenalan, kandungan, nilai teras, masa,
objektif dan info sivik serta sumber yang sesuai disertakan. Hak murid/individu dinyatakan dalam ruangan “Hak”. Manakala
maklumat berkaitan tanggungjawab murid/individu digariskan dan ditebalkan, atau dinyatakan dalam aktiviti “Sumbangan kepada
Sekolah”, atau “Pembudayaan Nilai Sivik”.

Guru dicadang menggunakan bahan sokongan sedia ada bagi mengukuhkan PdP sivik prasekolah. Antara bahan sokongan
tersebut ialah buku besar (National Flag, Mimi and Anis at the Parade, Christmas with Mimi and Anis, Chinese New Year with
Mimi and Anis, Mimi and Anis in Jaya’s House dan Hari Raya with Mimi and Anis) dan Modul Pengurusan Sisa Pepejal dan
Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah. Guru juga boleh menggunakan bahan sokongan lain yang bersesuaian dan menarik
minat murid.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

10
Pentaksiran sivik di prasekolah dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan dalam KSPK (Semakan 2017). Guru perlu merujuk
Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi) dalam DSKP KSPK (Semakan 2017) untuk
merancang dan melaksanakan pentaksiran semasa PdP sivik di prasekolah.

Penerapan nilai teras sivik amat bergantung kepada kebijaksanaan dan kreativiti guru. Penerapan nilai yang berkesan perlu
dilaksanakan secara berterusan supaya menjadi amalan dan dibudayakan dalam kalangan murid. Guru juga bertanggungjawab
membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi murid untuk melaksanakan hak dan
tanggungjawab mereka. Guru boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan hak kanak-kanak melalui dokumen ‘Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak’.

Sumber: SUHAKAM

11
UNIT 4 EXEMPLAR PERBUALAN AWAL

12
13
14
15
16
UNIT 5 EXEMPLAR AKTIVITI PEMBELAJARAN

17
KANDUNGAN TAJUK Masa:
Saya, Anggota 20 minit
Keluarga dan
Orang Lain
Saya Sedia Membantu seminggu

 Empati kepada
orang yang
memerlukan PENGENALAN INFO SIVIK

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita perlu prihatin dengan Hak


Nilai Teras menghulurkan pelbagai bantuan kebendaan dan sokongan moral kepada anggota Memberi bantuan
mengikut
 Kasih sayang masyarakat yang memerlukan. Sikap prihatin ini penting bagi membantu
kemampuan
 Hormat-menghormati meringankan beban mereka.
 Bertanggungjawab Orang yang dalam
 Kegembiraan kesusahan berhak
diberi bantuan

Objektif Tanggungjawab
Membantu
Murid dapat: golongan yang
memerlukan
i) Mencadangkan bantuan yang diperlukan
rakan/murid lain/jiran
ii) Menyatakan akibat kepada rakan/murid
lain/jiran tidak dibantu
iii) Memberi bantuan kepada rakan/murid lain/
jiran yang memerlukan
iv) Menceritakan perasaan dan pengalaman
memberi bantuan kepada rakan/murid lain/
jiran

18
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2

1) Guru mempamerkan gambar dari keratan akhbar/majalah


1) Murid berkongsi maklumat dengan rakan di kelas
berkenaan individu yang memerlukan bantuan.
berkaitan rakan/murid lain/kawasan kejiranan yang
2) Murid diminta menceritakan kandungan gambar. memerlukan bantuan.

3) Murid diminta berbincang cara untuk memberi bantuan


kepada individu tersebut. 2) Guru membimbing murid berbincang bantuan yang
boleh diberikan kepada rakan/murid lain/kawasan
4) Murid diminta menyatakan perasaan jika: kejiranan yang memerlukan bantuan.
i) dapat memberi bantuan kepada individu tersebut
ii) menjadi individu yang menerima bantuan

Hak
Guru perlu menjelaskan individu yang berhasrat
memberi bantuan perlu mengikut kemampuan masing-
masing. Murid perlu tahu had/tahap kemampuan
mereka untuk membantu orang lain kerana ini adalah
hak mereka.

NOTA

5) Murid diminta mendapatkan maklumat Maklumat boleh


berkaitan rakan/murid lain/kawasan kejiranan diperoleh dengan
yang memerlukan bantuan. kerjasama ibu bapa.
19
AKTIVITI 3 AKTIVITI 4

1) Guru membimbing murid berbincang tentang: Guru membimbing murid mengumpul,


i) penerima bantuan mengasing dan membungkus bahan
ii) bentuk bantuan yang akan diberikan seperti: bantuan sebelum diagihkan kepada
a) kewangan golongan yang memerlukan mengikut
b) buku dan barang mainan kesesuaian.
c) peralatan
d) pakaian
e) makanan
iii) agihan tugas
iv) tarikh/tempoh masa bantuan diberikan
v) kerjasama dengan ibu bapa/komuniti

2) Guru membimbing murid menyediakan senarai semak bentuk bantuan


kepada rakan/murid lain/kawasan kejiranan yang memerlukan bantuan. AKTIVITI 5

NOTA Murid mengagihkan bantuan kepada murid


prasekolah/sekolah yang memerlukan.
Atau
Guru boleh meminta kerjasama Dengan kerjasama ibu bapa/komuniti, guru
ibu bapa untuk mendapatkan dan murid mengagihkan bantuan kepada
maklumat bantuan yang golongan yang memerlukan.
diperlukan oleh golongan yang
hendak dibantu.

20
AKTIVITI 6 PEMBUDAYAAN NILAI SIVIK

1) Murid diminta berbincang tentang bantuan yang 1) Menyediakan tabung atau sudut kutipan bantuan di kelas
telah dilaksanakan: untuk memberi peluang kepada murid memberi pelbagai
i) perasaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
ii) pengalaman
2) Murid diingatkan supaya sentiasa peka terhadap murid
2) Guru membimbing murid menyedia dan berkongsi lain di prasekolah/sekolah atau orang di persekitaran yang
laporan dalam pelbagai bentuk, seperti buku skrap, memerlukan bantuan dan memaklumkan kepada guru/ibu
jurnal dan slaid power point. bapa/penjaga agar bantuan dapat diberikan.

21
KANDUNGAN TAJUK Masa:
Tanggungjawab
Sebagai Murid
20 minit

 Mematuhi
Sekolah Saya Tanggungjawab Saya seminggu

peraturan
sekolah
 Sumbangan
RUJUKAN GURU
kepada sekolah PENGENALAN Nota Rujukan:
Peraturan sekolah bertujuan membentuk disiplin diri, sikap bertanggungjawab Senarai peraturan
Nilai Teras sebagai murid dan mendidik mereka dalam hubungan dengan rakan dan warga kelas.
sekolah. Semua pihak perlu memastikan murid mematuhi peraturan sekolah
 Kasih sayang yang ditetapkan bagi menjamin kesejahteraan dalam persekitaran sekolah.
 Hormat-menghormati INFO SIVIK
 Bertanggungjawab
Hak
i. Dapat belajar
Objektif
dalam suasana
Murid dapat: kondusif dan
selamat
i) Menyatakan kepentingan ii. Menggunakan
mematuhi peraturan dalam kemudahan di
kelas sekolah
ii) Menyenaraikan akibat jika
Tanggungjawab
tidak mematuhi peraturan
i. Mematuhi
dalam kelas peraturan sekolah
iii) Memberi sumbangan untuk ii. Menjaga
meningkatkan disiplin kemudahan di
sekolah
iv) Mematuhi peraturan kelas/
sekolah yang ditetapkan
22
AKTIVITI 1 AKTIVITI 3

1) Murid menonton tayangan video tentang


1) Murid diminta berbincang untuk menghasilkan label peraturan
pelanggaran disiplin berkaitan peraturan sekolah.
kelas, agihan tugas dan bahan/peralatan yang diperlukan.
2) Murid diminta berbincang tentang:
2) Murid menghasilkan dan menghias label peraturan kelas.
i) kandungan video
ii) peraturan sekolah yang tidak dipatuhi
iii) kepentingan mematuhi peraturan
iv) akibat jika tidak mematuhi peraturan NOTA

AKTIVITI 2
Buang sampah dalam tong sampah Label boleh dihasilkan
menggunakan pelbagai
media seperti lukisan,
1) Murid diminta berbincang peraturan sedia ada di cetakan komputer dan
kelas prasekolah. sebagainya.

2) Guru membimbing murid:


i) menyenarai dan mempamer peraturan kelas
dalam pelbagai bentuk Sumber: Dumielauxepices.net

ii) membincangkan peraturan yang dipamerkan


(termasuk kesan jika peraturan dipatuhi/tidak Cuci tangan dengan sabun
dipatuhi)

Susun kasut dengan kemas

Sumber: japan.happy-australia.com
Sumber: imagenesmi.com 23
AKTIVITI 4 AKTIVITI 6

1) Murid membincangkan kandungan label kepada rakan-rakan. Sumbangan kepada sekolah

2) Murid menampal label di tempat yang dikenal pasti di Murid menampal/mempamer poster peraturan
sekitar kelas prasekolah. sekolah di lokasi yang ditentukan.

AKTIVITI 5
PEMBUDAYAAN NILAI SIVIK

Sumbangan kepada sekolah


1) Guru membimbing murid menyediakan senarai
Secara berkumpulan, murid menghasilkan poster peraturan semak tentang peraturan kelas/sekolah yang
sekolah mengikut kreativiti masing-masing. perlu dipatuhi murid.

2) Murid diminta mengenal pasti rakan yang akan


diperhatikan.
NOTA
3) Murid diberi tempoh masa tertentu (dua hingga
empat minggu) untuk membuat pemerhatian
terhadap rakan menggunakan senarai semak
Guru dicadangkan
berbincang dengan peraturan kelas.
pentadbir sekolah
sebelum melaksanakan 4) Guru membimbing murid membuat perbincangan
aktiviti ini.
tentang pematuhan peraturan kelas berdasarkan
senarai semak.
24
CONTOH SENARAI SEMAK

Senarai Semak Amalan Nilai Mematuhi Peraturan Kelas

Nama kawan saya: _________________________


Sila tulis tarikh pemerhatian.
Tarikh
Peraturan Penilaian Kendiri Amalan Nilai Mematuhi Peraturan Kelas
pemerhatian
Susun kasut dengan Nama saya: ________________________________
26.2.19
kemas di rak. Sila tanda (√).
Peraturan √ √
Buang sampah dalam
bakul sampah. Saya mengemas bahan/peralatan
yang telah digunakan.
Cuci tangan dengan
sabun.
Saya membersihkan ruang makan
selepas digunakan.

Saya mengangkat tangan untuk


bertanya/menjawab soalan.

25
KANDUNGAN TAJUK Masa:
Sayang kepada 20 minit
Alam Sekitar
 Tanggungjawab
Jom Bersihkan Sekolah seminggu

menjaga
kebersihan RUJUKAN GURU
persekitaran
PENGENALAN Nota Rujukan:

Penjagaan kebersihan sekolah adalah tanggungjawab semua warganya. Modul Pengurusan


Nilai Teras Persekitaran sekolah yang bersih menyediakan suasana yang kondusif dan Sisa Pepejal dan
selamat untuk warga sekolah. Membersih dan menceriakan kawasan sekolah Amalan 3R Merentas
 Kasih sayang dapat memupuk nilai sayang kepada alam sekitar dan mementingkan kebersihan Kurikulum Prasekolah
 Bertanggungjawab
dalam kalangan murid.
 Kegembiraan

Objektif
Murid dapat:

i) Mengenal pasti kawasan bersih dan kotor


INFO SIVIK
ii) Menyenaraikan kesan kawasan bersih dan kotor
kepada kehidupan
Hak
iii) Menyatakan tanggungjawab untuk memastikan Menikmati
kawasan prasekolah/sekolah bersih persekitaran yang
bersih dan selamat
iv) Membersihkan kawasan prasekolah/sekolah
v) Menyatakan pengalaman membersihkan Tanggungjawab
kawasan prasekolah/sekolah Menjaga kebersihan
persekitaran
prasekolah/sekolah
26
AKTIVITI 1 AKTIVITI 3

1) Guru menayangkan video/gambar berkenaan 1) Murid melaksanakan gotong-royong:


kawasan persekitaran bersih dan kotor (Video boleh i) membersih dan mengemas kawasan prasekolah/
diakses melalui Kod QR yang sekolah yang telah dikenal pasti
disertakan). ii) membuang sampah dalam tong sampah
iii) mengumpul bahan yang boleh dikitar semula serta
2) Murid diminta berbincang tentang: mengasingkan dan memasukkan ke dalam tong kitar
i) kandungan video/gambar semula. (Sila rujuk Modul Pengurusan Sisa Pepejal
ii) punca kawasan kotor dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah)
iii) kesan kawasan bersih/kotor
2) Murid menyatakan pengalaman membersihkan kawasan
prasekolah/sekolah.
AKTIVITI 2

1) Murid dibawa ke persekitaran prasekolah/sekolah


dan diminta mengenal pasti kawasan yang perlu
dibersihkan.

2) Murid berbincang untuk membuat perancangan


gotong-royong membersihkan kawasan prasekolah/
sekolah:
i) agihan tugas
ii) menyediakan peralatan seperti plastik sampah,
kain buruk dan sarung tangan
27
CONTOH SENARAI SEMAK
AKTIVITI 4

Senarai Semak Amalan Nilai Menjaga Kebersihan


Sumbangan kepada sekolah
Nama: _______________________________________________
Murid menjalankan aktiviti membersih/mengemas
Dilengkapkan oleh ibu bapa. Sila tandakan (√).
kawasan yang dikenal pasti di sekitar prasekolah/
sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Bil Perkara Tandakan (√)

1 Mengemas katil

2 Menyimpan mainan

PEMBUDAYAAN NILAI SIVIK Meletak cawan/pinggan dalam sinki


3
selepas makan

Murid diminta menyerahkan senarai semak amalan Meletakkan baju kotor di dalam bekas
menjaga kebersihan untuk dilengkapkan oleh ibu 4
pakaian
bapa/penjaga.
Menyimpan peralatan sekolah di
5
tempat yang sesuai

Tandatangan ibu bapa/penjaga

...................................................

Tarikh: .........................

28
KANDUNGAN TAJUK Masa:
Negara Kita
Tanggungjawab 20 minit
Kita
Saya Anak Malaysia seminggu
 Menyambut/
meraikan perayaan
di Malaysia
 Bangga dengan RUJUKAN GURU
warisan budaya PENGENALAN
Buku besar – Mimi
Malaysia kaya dengan warisan budaya pelbagai kaum. Semua kaum berpeluang and Anis at Jaya’s
Nilai Teras mengamalkan budaya yang diwarisi, namun warisan budaya kaum lain perlu House, Christmas with
Kasih sayang dihormati. Persamaan dan perbezaan warisan budaya diraikan dalam keadaan
 Mimi and Anis,
 Hormat-menghormati
harmoni dan semangat muhibah. Menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia
Chinese New Year
memastikan suasana harmoni dan muhibah dikekalkan.
 Bertanggungjawab with Mimi and Anis
 Kegembiraan dan Hari Raya with
Mimi and Anis.
Objektif

Murid dapat:
INFO SIVIK
1) Mengenal pasti warisan
budaya pelbagai kaum seperti
makanan, pakaian dan Hak
perayaan di Malaysia Mengamalkan
budaya yang
2) Menceritakan warisan budaya diwarisi
pelbagai kaum di Malaysia
Tanggungjawab
3) Meraikan warisan budaya Menghormati
pelbagai kaum di Malaysia Sumber: tourism.gov.my warisan budaya
kaum lain
29
AKTIVITI 1

1) Murid diperkenalkan dengan warisan budaya pelbagai kaum di


AKTIVITI 3
Malaysia seperti makanan, pakaian dan perayaan.

NOTA Murid berbincang tentang pelaksanaan projek


warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
i) menentukan tugasan
Guru boleh menggunakan ii) menetapkan tarikh
bahan maujud, gambar atau iii) persediaan bahan/alatan/ kelengkapan dan lain-
tayangan video (Video boleh
lain
diakses melalui Kod QR
yang disertakan).

2) Murid diminta berbincang warisan budaya pelbagai kaum seperti


makanan, pakaian dan perayaan.

AKTIVITI 2

Murid diminta mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan


berkongsi dengan rakan dan guru berkaitan warisan budaya pelbagai Sumber: tourism.gov.my
kaum seperti resepi makanan tradisional, pakaian dan perhiasan
perayaan.
30
AKTIVITI 4
PEMBUDAYAAN NILAI SIVIK
Murid melaksanakan projek warisan budaya
pelbagai kaum di Malaysia.
1) Pelaksanaan aktiviti secara berterusan mengikut
perayaan kaum atau agama.
NOTA
2) Aktiviti warisan budaya yang lain boleh dilaksanakan
seperti:
i) tarian
Guru digalakkan menjemput ibu ii) lagu
bapa atau ahli komuniti untuk iii) permainan
membantu menyediakan iv) peralatan muzik
makanan tradisional dan hiasan v) kraftangan
mengikut kaum. vi) cerita rakyat

AKTIVITI 5

Murid berkongsi pengalaman melaksanakan projek


warisan budaya dengan rakan di kelas.
Sumber: tourism.gov.my
31
SOALAN LAZIM
1) Mengapakah PdP sivik perlu dilaksanakan di prasekolah?

PdP sivik dilaksanakan di prasekolah untuk memastikan murid diberi bimbingan amalan nilai teras sivik supaya dapat dibudayakan
dalam kehidupan harian sejak awal lagi.
2) Bagaimanakah penulisan RPT dan RPH bagi PdP sivik ?

PdP sivik ini ditulis di ruangan catatan dalam RPT dan RPH (kandungan dan nilai teras sivik).

3) Adakah exemplar mesti digunakan semasa PdP?

Exemplar boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan kepada guru untuk melaksanakan PdP sivik di prasekolah.

4) Adakah PdP sivik tertakluk kepada penggunaan bahasa instruksional?

PdP sivik tertakluk kepada penggunaan bahasa instruksional dalam jadual waktu.

5) Apakah bahan sumber yang boleh digunakan untuk PdP sivik?

Bahan sumber sedia ada boleh digunakan, antaranya ialah buku besar, Modul Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentas
Kurikulum Prasekolah (http://www.swcorp.gov.my/modul-3r/) serta bahan lain yang bersesuaian.
6) Bagaimanakah pentaksiran PdP sivik dilaksanakan?

Pentaksiran PdP sivik dilaksanakan berdasarkan perancangan dan pemerhatian secara berterusan berpandukan Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam KSPK (Semakan 2017).
7) Bagaimanakah bacaan doa dilaksanakan?

Bacaan doa boleh dilaksanakan untuk semua murid mengikut agama iaitu doa untuk murid Islam dan bukan Islam.

8) Adakah PdP sivik pada Perbualan Awal perlu dilaksanakan pada hari yang sama dengan PdP sivik bagi Aktiviti Pembelajaran?

PdP sivik di prasekolah bagi Perbualan Awal dan Aktiviti Pembelajaran boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian.
32
GLOSARI

Takzim amat hormat: sembah ~ sembah hormat. mentakzimkan memberi hormat; menghormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Global 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh
kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~; mengglobalkan menjadikan
bersifat global: kitalah yg perlu menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu diperlengkap utk
menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~ pemikiran mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

33
PANEL PENULIS

1. Norashikin binti Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum

2. Harlina binti Mohamad Bahagian Pembangunan Kurikulum

3. Regina Joseph Cyril Bahagian Pembangunan Kurikulum

4. Hor Lee Lan Bahagian Pembangunan Kurikulum

5. Tajul Effandy bin Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum

6. Mohd. Azahar bin Madar Bahagian Pembangunan Kurikulum

7. Norliyana binti Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum

8. Maria Ulfah binti Abdullah Saud Bahagian Pembangunan Kurikulum

9. Nor Amilia binti Amerudin Bahagian Pembangunan Kurikulum

10. Rusni binti Che Adnan Bahagian Pembangunan Kurikulum

11. Azilawati binti Abu Bakar Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

12. Nik Ashikin binti Nik Othman Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama

13. Dr. Chiam Heng Keng Datuk ECCE Council

14. Michelle Hiong ECCE Council

15. Azira binti Zulkiply SK Cyberjaya

34
PENGHARGAAN

Jabatan Alam Sekitar


Kementerian Tenaga, Teknologi Sains, Alam Sekitar & Perubahan Iklim

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE Council)

35