Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI

ANN
7:30 pagi Mohon perhatian.
Giliran : Majlis akan bermula sebentar lagi.
( ) Mohon semua siswa guru mengambil tempat duduk di dalam dewan.

7:45 pagi Mohon perhatian sekali lagi.


Giliran : Mohon kerjasama hadirin sekalian
( ) Agar dapat mengambil tempat duduk di dalam dewan kerana majlis akan bermula sebentar lagi.

7:55 pagi Salam sejahtera.


Giliran : Di sini ada beberapa pengumuman:
( ) i. Mohon agar telefon bimbit ditutup atau berada dalam keadaan mod senyap.
ii. Mohon hadirin semua senyap sepanjang majlis ini berjalan
iii. Mohon hadirin berdiri semasa tetamu kehormat masuk dan keluar meninggalkan dewan
Sekian terima kasih.

8:00 pagi Mengumumkan ,


Giliran : Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
( ) Masuk ke dalam dewan,
Diiringi oleh
Ahli Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Bersama para tetamu yang diraikan.

8:05 pagi Marilah sama-sama kita nyanyikan


Giliran : Lagu Negaraku,
( ) Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan
8.15 pagi Seterusnya, bacaan Rukun Negara
Giliran : Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,
( ) Saudara, ...............................................
Dari Unit ...............................
Untuk memimpin bacaan Rukun Negara;
Majlis mempersilakan

8:20 pagi Hadirin dipersilakan duduk.


Giliran: (PAUSE)
( ) Majlis Mengucapkan terima kasih kepada
Sdr …………………………………………….
Atas kesudian memimpin bacaan Rukun Negara sebentar tadi.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira
Salam sejahtera, Salam Negaraku Malaysia
(Pause)

Yang Berbahagia Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi,


Pengarah Cemerlang Jusa C,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
(Pause)

Yang Berbahagia Dr. Yahya Bin Osman,


Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Ipoh,
(Pause)

Yang Berusaha ……………..………………………,


Ketua Jabatan …………………………………………,
IPG Kampus Ipoh
(Pause)
Yang Berusaha Encik Shadin B Sabri,
Ketua Unit Khidmat Pengurusan,
IPG Kampus Ipoh;
(Pause)

Yang Dihormati Saudara ………………………………………,


Yang Dipertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Ipoh;
(Pause)

Yang Dirai Pn Rosidah bt Meor Yahya & Dr Ooi Hean Beng,


Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua Unit,
Para Pensyarah Kanan dan Pensyarah cemerlang,
Para Pensyarah,
En …………………………………………………….,
Mentor Unit ……………………..,

Staf sokongan,
Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan dan Perayaan Khas;
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Siswa guru Unit S7,
Siswa-siswa guru dan
Hadirin yang dikasihi sekalian.
8:30 pagi Syukur kita panjatkan kepada Tuhan yang Maha Esa
Giliran : Kerana dengan keizinan-nya
( ) Kita dapat semua berkumpul di dalam Dewan Seri Tanjung
Bagi menjayakan Perhimpunan Bulan Februari 2019.
(Pause)

Untuk pengetahuan hadirin sekalian,


Perhimpunan Bulan Februari 2019,
IPG Kampus Ipoh,
Dikendalikan oleh
Unit S7,
IPG Kampus Ipoh,
Dengan Kerjasama,
Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan dan Perayaan Khas, IPG Kampus Ipoh
Saya bagi pihak Unit S7
Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan dan Perayaan Khas,
IPG Kampus Ipoh,
Atas kepercayaan dan penghormatan diberikan kepada Unit S7
Untuk memimpin pengendalian Perhimpunan Bulanan Bagi Tahun 2019

8.35 pagi Hadirin yang dikasihi sekalian,


Giliran : Bagi memberkati perhimpunan bulanan pada pagi ini,
( ) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Saudara .................................................
Dari Unit ................................
Untuk memimpin bacaan doa.
(Pause)

Majlis mempersilakan.
8:40 pagi Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Giliran : Saudara .......................................
( ) Atas bacaan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan Puan-puan


Warga dewan yang dihormati sekalian,
(Pause)

*Majlis diteruskan dengan pemberian sijil kepada ahli kaligrafi IPG Kampus Ipoh*

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya


Mempersilakan,
YBHG Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi,
Pengarah IPG Kampus Ipoh untuk memberikan sijil penghargaan kepada para ahli kaligrafi
(Pause)
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


YBHG Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan kepada para ahli kaligrafi
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kenaikkan pangkat kepada 6 orang pensyarah kita
(Pause)

Untuk itu, majlis dengan penuh hormat


Mempersilakan,
YBHG Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi,
Pengarah IPG Kampus Ipoh untuk memberikan sijil penganugerahan kenaikkan pangkat kepada para pensyarah kita.
(Pause)
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Tuan Pengarah atas kesudian menyampaikan sijil penganugerahan
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan Ucapan Saudara Mohamad Nazren Firdaus bin Mohd, Wakil Pelajar IPG Kampus Ipoh

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Saudara Mohamad Nazren Firdaus bin Mohd atas kesudian menyampaikan ucapan
Sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan Ucapan Ketua Jabatan Bahasa, IPG Kampus Ipoh, ...........................................
(Pause)

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


.............................., Ketua Jabatan Bahasa atas kesudian menyampaikan ucapan
Sebentar tadi.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan Ucapan Ketua Jabatan Sains, IPG Kampus Ipoh, .................................
(Pause)

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


............................., Ketua Jabatan Sains atas kesudian menyampaikan ucapan
Sebentar tadi.

8:50 pagi Tuan-tuan dan Puan-puan,


Giliran : Hadirin yang dihormati,
( ) (Pause)

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Kerajaan Malaysia kepada Yang Diraikan
(Pause)
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang berusaha .........................................................................................................
Menjemput dan mengiringi
YBHG Tuan Haji Kamarulizham B Hazizi
Pengarah, IPG Kampus Ipoh,
Untuk menyempurnakan majlis ini.
(Pause)

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih


Kepada Tuan Pengarah
Atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kerajaan Malaysia
Sebentar tadi

9:00 pagi Majlis diteruskan dengan Ucapan Pengarah, IPG Kampus Ipoh,
Giliran : (Pause)
( )
Untuk itu, majlis dengan penuh takzim
Mempersilakan,
YBHG Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi,
Pengarah IPG Kampus Ipoh untuk memberikan ucapan.
(Pause)

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Tuan Pengarah atas kesudian menyampaikan ucapan
Sebentar tadi.
9:05 pagi Hadirin yang dikasihi sekalian,
Giliran :
( ) Majlis diteruskan dengan persembahan/tayangan montaj Pn Hjh Rosidah bt Meor Yahya

9:10 pagi Sudah bisa kita dengari,


Giliran : Patah tumbuh hilang berganti,
( ) Namun tak sama dengan yang ini,
Tak mungkin ada galang ganti.
(Pause)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


(Pause)

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang dirai ........................................ untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

9:20 pagi Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang dirai ........................................ atas ucapan itu tadi.
Giliran : (Pause)
( )
Sesungguhnya, kami warga IPG Kampus Ipoh tidak pernah melupakan segala jasa budi dan kenangan terindah yang telah dicipta bersama.

9:25 pagi Tuan-tuan daan Puan-puan,


Giliran :
( ) Majlis diteruskan dengan persembahan sebuah lagi montaj (Dr Ooi Hean Beng)

9:30 pagi Warga dewan yang dihormati sekalian,


Giliran : (Pause)
( )
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang dirai ........................................ untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

9:40 pagi Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang dirai ........................................ atas ucapan itu tadi.
Giliran :
( )

9:45 pagi Hadirin yang dikasihi sekalian,


Giliran :
( ) Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata sebagai penghargaan kepada Yang Diraikan

Dengan ini, Majlis dengan segala hormatnya menjemput mengiringi Yang Diraikan untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan daripada .

Hadirin yang dihormati,

Sempurnalah sudah upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan buat Yang Diraikan .................................................

Terima Kasih diucapkan kepada atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

9:50 pagi Kalau ada sumur di ladang,


Giliran : Bolehlah saya menumpang mandi;
( ) Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Tuan-tuan dan Puan-puan


Hadirin yang dihormati,
Dengan majlis penyampaian cenderamata sebentar tadi,
Maka perhimpunan Bulan Februari 2019, IPG Kampus Ipoh
Berakhir di sini
(Pause)
Saya bagi pihak majlis ingin menyusun jari sepuluh
Memohon jutaan ampun dan maaf atas apa jua kesilapan dan keterlanjuran kata yang ada
Sepanjung kami mengendalikan perhimpunan ini.
(Pause)

Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan, Unit S7


Mengambil kesempatan di sini
Untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
Kepada semua pihak yang telah menjayakan perhimpunan ini,
Khususnya kepada YBHG Tuan Pengarah dan Ahli Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran serta
Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan dan Perayaan Khas,
IPG Kampus Ipoh.
(Pause)

Bagi mengakhiri perhimpunan ini


Marilah bersama kita nyanyikan
Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu Guru Malaysia.
(Pause)

Hadirin Dipersilakan Berdiri.

Hadirin diminta tunggu bagi sesi fotografi bersama para pensyarah yang diraikan.

10:00 pagi Mengumumkan,


Giliran : Tuan Pengarah dan Ahli Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran
( ) IPG Kampus Ipoh,
Meninggalkan dewan
(Pause)

Sekian, Terima Kasih.