Anda di halaman 1dari 28

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013 / 2014

BML 3043: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

PUSAT PEMBELAJARAN : UPSI 06 (A132 PJJ)

TAJUK TUGASAN
1. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan vocal dan konsonan bahasa Melayu.

2. Bincangkan hal mengenai pasangan minimal bahasa Melayu.

3. Bincangkan hal mengenai Sistem Ejaan Baharu bahasa Melayu serta contoh-
contoh perkataan dalam 18 jenis keselarasan vokal dalam ejaan baharu bahasa
Melayu tersebut.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

OH ENG LAY D20112052523

NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN DIANA BINTI JUMADI


TARIKH SERAH : 1 MEI 2014
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

ISI KANDUNGAN Halaman

1.0 PENGENALAN 2

2.0 VOKAL DAN KONSONAN 3 - 18

2.1 Fonem Vokal 3


2.1.1 Bunyi-bunyi Vokal 4-9

2.2 Fonem Konsonan 10


2.2.1 Konsonan Asli 10
2.2.2 Konsonan Pinjaman 11
2.2.3 Cara Membunyikan Konsonan 11 - 18

3.0 PASANGAN MINIMAL BAHASA MELAYU 19

4.0 SISTEM EJAAN BARU BAHASA MELAYU 20


4.1 Sistem keselarasan Vokal 21

5.0 KESIMPULAN 25

RUJUKAN 27

1
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

1.0 PENGENALAN

Dalam bahasa Melayu, bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vokal,
konsonan, dan diftong. Terdapat enam bunyi vokal dan 25 fonem konsonan yang
dilambangkan oleh 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu. Selain itu, ada tiga fonem
diftong yang dilambangkan oleh tiga pasang huruf vokal. Setiap bunyi vokal, konsonan dan
diftong dilambangkan oleh satu simbol atau lambang yang tertentu.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi.
Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa
(linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition
(1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group
of languages”.

Kamus Linguistik (1997:172) mendefinisikan pasangan minimal sebagai dua butir linguistik
yang hanya berbeza pada satu unit.

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) pasangan
minimal ialah pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan perkataan yang hampir sama dari
segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi wujud perbezaan
fonem yang membezakan makna antara perkataan tersebut.

Usaha untuk menyatukan sistem ejaan rumi bahasa Melayu antara Malaysia dengan
Indonesia telah dimulakan sejak tahun 1959. Persetujuan tentang sistem ini kemudiannya
ditandatangani pada tahun 1967. Perisytiharan tentang penyatuan tersebut telah dibuat
serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia, sistem ini dinamakan
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. Peraturan ejaan ini dibentuk agar pengguna
bahasa menggunakan ejaan yang seragam.

Salah satu peraturan yang ditetapkan ialah Pola Keselarasan Huruf Vokal. Dalam pola ini,
huruf vokal bagi suku pertama dalam perkataan perlu selaras dengan huruf vokal bagi suku
kata kedua. Misalnya perkataan ‘boleh’, vokal ‘o’ dengan ‘e’ adalah selaras. Jika perkataan
itu dieja ‘bolih’, ejaan tersebut adalah salah. Jika perkataan yang mempunyai tiga suku kata
atau lebih, vokal bagi suku kata kedua terakhir mesti selaras dengan vokal dalam suku kata
terakhir. Inilah yang dikatakan prinsip Pola Keselarasan Huruf Vokal.

2
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

2.0 VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU.

2.1 Fonem Vokal

Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan , udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal
mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan.

Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis utama, iaitu vokal
hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Terdapat enam vokal dalam bahasa Melayu
standard, iaitu /a/ , /e/ , /i/ , /o/ , /u/ , dan /ә/ . Penyebarannya adalah seperti yang berikut:

Penggunaan Fonem Vokal


Huruf Fonem
Awal Tengah Akhir
a /a/ /awa?/ /cakap/ /mana/
/aku/ /gagap/ /pula/
e /e/ /ena?/ /leher/ /tauge/
/ekor/ telen /ole-ole/
i /i/ /ikat/ /pilih/ /tuli/
/iman/ /gigih/ /tari/
o /o/ /oleh/ /bohoŋ/ //pidato/
/oraŋ/ /toloŋ/ /solo/
u /u/ /ubat/ /bulat/ /sudu/
/ular/ /pulut/ /palu/
e /ә/ /әmak/ /pәnat/ /nasionalismә/
/әmpat/ /tәpat/ /mekanismә/

Huruf ‘e’ digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu:

a) fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /ә /

b) fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/

Penutur bahasa Melayu lazimnya dapat membezakan dua sebutan tersebut dan dapat
menggunakannya dengan betul. Selain itu, /ә/ juga sering digunakan bagi menggantikan
bunyi vokal bagi perkataan yang berakhir dengan huruf /a/.

3
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah,
tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya depan lidah yang berperanan, maka bunyi vokal
yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan; sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan,
maka bunyi vokal yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah dan seterusnya jika bahagian
belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi vokal yang
dihasilkan pula ialah bunyi vokal belakang.

2.1.1 Bunyi-bunyi Vokal

Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal depan [i], [e], [a], vokal
tengah [ә] serta vokal belakang [u], dan [o],seperti dalam rajah berikut:

Kedudukan Vokal Bahasa Melayu

(a) Vokal depan sempit [i].


Cara membunyikannya:
* Keadaan bibir hampar.
* Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gusi.
* Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
* Pita suara dirapatkankan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.

►Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

4
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523
Awal Tengah Akhir
Ikan Bila Tali
Ibu Tiba Padi

(b) Vokal depan separuh sempit [e].


Cara membunyikannya:
*Keadaan bibir hampar.
* Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi.
* Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.
* Pita suara digerakkan

►Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan
berikut:

Awal Tengah Akhir


Enak Teleng Tauge
Elok Leher Tempe

(c) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε].


Cara membunyikannya:
* Keadaan bibir hampar.
* Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
* Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
* Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut.
* Pita suara digetarkan.

►Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada
perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Esa Belek Tauge
Enak Belok Tempe

5
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

(d) Vokal depan luas atau lapang [a].


Cara membunyikannya:
* Keadaan bibir hampar.
* Depan lidah diturunkan serendah mungkin
* Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
* Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut.
* Pita suara digetarkan.

►Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan
berikut:

Awal Tengah Akhir


Awan Kadar Siapa
Anak Beras Nama

(e) Vokal belakang sempit [u].


Cara membunyikannya:
* Keadaan bibir hampar.
* Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit lembut.
* Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
* Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut.
* Pita suara digetarkan.

►Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan
berikut:

Awal Tengah Akhir


Ubat Bulat Batu
Ular Sudu Palu

6
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

(f) Vokal belakang separuh sempit [o].


Cara membunyikannya:
* Keadaan bibir hampar.
* Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit lembut.
* Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
* Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut.
* Pita suara digetarkan.

►Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada
perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Orang Tolong Pidato
Otak Bohong Koko

(g) Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫]כ‬.


Cara membunyikannya:
* Keadaan bibir hampar.
* Belakang lidah dinaikkan separuh rendah.
* Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
* Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
* Pita suara digetarkan.

►Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [‫]כ‬
seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Orang Borong Soto
Oleh Bolot Teko

7
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

(h) Vokal tengah [ә].


Cara membunyikannya:
* Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
* Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
keras.
* Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
* Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
* Pita suara digetarkan.

►Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ә] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Emak Penat Sosialisme
Empat Tenat Behaviurisme

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi
konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak
bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis)
tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara
dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan
atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka
yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

8
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Rajah di bawah menunjukkan alat-alat artikulasi manusia:

Penghasilan bunyi-bunyi vokal ditentukan oleh beberapa ciri tertentu seperti berikut:
a) keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan,
b) bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah,
c) turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan,
d) keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui
rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi
tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga
hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan)
e) keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar.
Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

9
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

2.2 Fonem Konsonan


Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Bunyi konsonan dihasilkan
dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan.Konsonan terhasil
apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu.
Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan
bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu
menggetarkan pita suara contohnya [b], [d] dan [g]. Konsonan tidak bersuara pula adalah
konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara seperti [p],
[t] dan [k]. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu
i) konsonan asli dan
ii)konsonan pinjaman.

2.2.1 Konsonan Asli


Konsonan asli dalam bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh
penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Menurut Yunus
Maris, terdapat 19 jenis konsonan asli dalam bahasa melayu yang terdiri daripada :

i) 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p,b]


ii) 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t,d]
iii) 2 konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k,g].
iv) 1 konsonan hentian glotis. (?)
v) 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [č, ĵ]
vi) 2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran
glotis bersuara [h].
vii) 1 konsonan getaran bersuara [r].
viii) 1 konsonan sisian bersuara [I]
ix) 4 konsonan sengauan bersuara [m,n,ŋ ,Л]
x) 2 konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan 1
separuh vokal lelangit keras bersuara [j].

2.2.2 Konsonan Pinjaman


Terdapat lapan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Konsonan ini berasal daripada
bahasa Arab, bahasa Inggeris atau bahasa selain bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,
penggunaan konsonan pinjaman ini telah sebati dengan penutur bahasa Melayu sehingga
konsonan ini telah diiktiraf sebagai huruf konsonan Melayu juga. Berikut merupakan
konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.

10
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Huruf Fonem Contoh Penggunaan


f /f/ filem
v /v/ variasi
th /ө/ mithal (misal)
dh /ð/ dharab (darab)
z /z/ zaman
sy /š/ mesyuarat
kh /x/ khat
gh / ghaib

2.2.3 Cara Membunyikan Konsonan


Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan
mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan
Cara bibir Gigi-gusi Lelangit Lelangit Glottis
sebutan keras lembut
Letupan Pb Td - Kg -
Letusan - - Cj - -
Sengau M N (ny) (ng) ŋ -
Geseran - S - - H
Getaran - R - - -
Sisian - L - - -
Separuh W - Y - -
vokal

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan,
iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf
konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada
akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman .

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi
seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan

11
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami
cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara
[b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]


1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat Cara membunyikan sama seperti
sekatan penuh pada arus udara dari paru- membunyikan konsonan [p]. yang berbeza
paru ke rongga mulut. ialah:
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang
atau ke dinding rongga tekak untuk
1. Pita suara dirapatkan.
membuat sekatan udara dari paru-paru ke
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
rongga hidung. rongga mulut dengan mengetarkan pita
3. Pita suara direnggangkan. suara.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
mulut tanpa menggetarkan pita suara. bibir bersuara [b].
5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-
merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
bibir tidak bersuara [p].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir


Konsonan [p] Palu Lapik Atap
Konsonan [b] Batek Rabun Adab

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]


1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk Cara membunyikan konsonan sama
membuat sekatan penuh pada arus udara. seperti membunyikan konsonan [t]. yang
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke berbeza ialah:

12
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
menutup arus udara ke rongga hidung. 1. Pita suara dirapatkan.
3. Pita suara direnggangkan . 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita
rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi
gusi dilepaskan serta-merta. bersuara [d].
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi
tidak bersuara [t].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir


Konsonan [t] Takut Batas Padat
Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut
bersuara [g]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]


1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti
lembut untuk membuat sekatan penuh membunyikan konsonan [k]. yang berbeza
pada arus udara . ialah:
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan
1. Pita suara dirapatkan .
ke rongga tekak bagi menyekat arus udara
2. Arus udara dari paru-paru yang keluar
dari paru-paru ke rongga hidung. melalui rongga mulut mengetarkan pita
3. Pita suara di renggangkan. suara.
4. Arus udara keluar dari paru-paru melaui
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
rongga mulut tanpa menggetarkan pita lembut bersuara [g].
suara.
5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang
lidah dilepaskan serta merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
lembut tidak bersuara [k].

13
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [k] Kala Makan Tamak
Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:


(i) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak
untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(ii) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(iii) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
(iv) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara.

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Anak Saat Lemak
Ikan Rakyat Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras
bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]


1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk Cara membunyikan konsonan sama seperti
membuat sekatan pada arus udara. membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ialah:
ke belakang atau ke dinding rongga tekak
1. Pita suara dirapatkan.
untuk membuat sekatan terhadap arus
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
udara dari paru-paru ke rongga hidung. rongga mulut dengan menggetarkan pita
3. Pita suara direnggangkan. suara.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit
mulut tanpa menggetarkan pita suara. keras gusi bersuara [Ĵ]
5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di
lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit
keras gusi tidak bersuara [č].

14
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [č] Cara Laci Koc
Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej

(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:


(i) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Pita suara di renggangkan.
(iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(v) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi
konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Silap Lasak Pedas
Satu Lesu Lemas

(g) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:


(i) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat
sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Pita suara dirapatkan.
(iv) Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
(v) Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
Rapat Tiram Sabar
Rugi Seram Lebar

15
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

(h) Konsonan gusi bersuara [I]:


(i) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat
sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Pita suara dirapatkan
(iv) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara
(v) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang
berikut:

Awal Tengah Akhir


Lagu Tilam Tebal
Lipat Kelam Kekal

(i) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:


(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(d) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(e) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Macam Teman Ketam
Murah Lumba Badam

(j) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:


(i) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-
paru ke rongga hidung.
(iii) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(iv) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

16
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan
berikut:

Awal Tengah Akhir


Naga Tanah Taman
Nilam Panah Laman

(k) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]:


(i) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang
keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
(iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(v) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan perlahan-
pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Ngilu Bingka Lalang
Ngeri Rangkap Tulang

(l) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫] תּ‬. Cara membunyikannya:
(i) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang
terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
(iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(iv) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
(v) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (‫ )תּ‬seperti
perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Nyaris Banyak -
Nyala Senyap -

17
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

(m) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:


(i) Bibir di bundarkan.
(ii) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada
perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Waris Kawan Takraw
Wajar Lawan -

(n) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:


(i) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(ii) Bibir di hamparkan.
(iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-
paru ke rongga hidung.
(iv) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan
vokal [j].
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada
perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Yakin Tayang -
Yuran Payah -

18
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

3.0 PASANGAN MINIMAL BAHASA MELAYU

Pasangan minimal adalah satu cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan
perkataan-perkataan berpasangan minimal. Kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran kerap menghadapi masalah dalam menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu.
Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling
minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh,
misalnya “d” dalam perkataan ladang disebut sebagai “l” sehingga bertukar menjadi
perkataan “lalang”. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi
konsonan “d” dan “l” dan meminta murid menyebutnya berulang-ulag kali sehingga mahir.

Dengan menggunakan bahan pasangan minimal ini, kita dapat pelbagai kebaikan kepada
pelajar. Antaranya ialah dapat melibatkan murid secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran selain murid dapat membunyikan perkatan itu dengan bunyi fonem yang betul.
Ini dapat mengelakkan daripada salah faham dalam membunyikan sesuatu perkataan
terutamanya perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Selain itu,bahan ini mudah
alih selain dapat membantu pelajar dengan melihat gambar seterusnya menyebut nama
gambar tersebut. Tambahan pula, bahan pasangan minimal ini sesuai untuk kanak-kanak
pemulihan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Guru boleh membuat bahan dengan menyediakan beberapa perkataan yang hampir sama
bunyinya dan setiap perkataan itu disertakan dengan gambar. Kemudian,muri larid diminta
untuk menyebut perkataan tersebut sehingga mendapat bunyi fonem yang betul. Aktiviti ini
diulang sehingga murid dapat menyebut perkataan yang diberikan dengan bunyi yang betul
sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut..

Latih tubi pasangan minimal bertujuan melatih murid menyebut perkataan yang hampir
sama sebutan bunyinya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Pasangan kata ini
mempunyai perbezaan kata yang kecil sahaja kerana melibatkan dua fonem yang berbeza.
Biasanya perkataan ini mempunyai bilangan suku kata yang sama tetapi perbezaan fonem
ini boleh mengubah maksud perkataan tersebut.

Murid-murid yang dikenal pasti kurang mahir menyebut perbezaan fonem ini perlulah dilatih
untuk menyebut perkataan ini berkali-kali agar sebutannya fasih dan betul. Ini juga dapat
membantu murid-murid yang pendiam, malu atau tidak yakin untuk bertutur. Selain itu guru
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bersifat dua hala.

19
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Contoh aktiviti: Aktiviti 1


Pasangan minimal
1) Beberapa pasangan perkataan berbentuk pasangan minimal dituliskan pada kadmanila.
2) Kad tersebut diedarkan kepada setiap murid
3) Guru menyebut salah satu daripada perkataan berpasangan itu.
4) Murid diminta menunjuk dan menandakannya di atas kertas masing-masing.
5) Seterusnya guru memberi arahan kepada murid untuk membaca perkataant tersebut
dengan berulang-ulang sehingg murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.

Contoh 1:

tari

Contoh 2

karam garam

Contoh 3:

lari lali
Contoh 4:

dada lada
Contoh 5:

tadi tali

20
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

4.0 SISTEM EJAAN BARU BAHASA MELAYU

Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran
Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut
mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang dipersetujui oleh para ahli
daripada kedua-dua Negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Puncak
daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan
pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pada
16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama ( ERB) yang
diguna hingga hari ini.

Dalam sistem ejaan ini, berlaku keselarasan vokal pada praakhir bersuku kata
dua tertutup. Contoh keselarasan vokal adalah a-e(taling) bagi perkataan aleh
ě(pepet),bagi perkataan lěbeh dan u-e(taling)bagi perkataan usek
(Ensiklopedia Malaysia,1999:708). R.O W instedt dalam bukunya tel ah
menyatakan kekagumannnya terhadap jawatankuasa ejaan rumi
pimpinan W ilkinson dalam bukuya yang bertajuk Malay Grammar (hlm
43-50). Buku ini mengandungi ulasan tentang usaha -usaha terdahulu
untuk merumikan bahasa Melayu seperti W ilkinson, Marsden dan lai n-
lain.

4.1 SISTEM KESELARASAN VOKAL

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf yang membentuk dua suku kata pada
kata dasar,iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal
pada suku kata akhir tertutup.Prinsip keselarasan vokal ini berlaku dengan syarat-syarat
yang berikut:

A. Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.

B. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

C. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan sistem

keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

21
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu,18 pola keselarasan huruf vokal seperti

berikut:

Bil. Suku Kata Praakhir Suku kata Tertutup Contoh Perkataan

1 a -a asah,balak,halaman

2 a -i alih,balik,sumbangsih

3 a -u asuh,datuk,lembayung

4 e pepet -a emas,kelam,tembeling

5 e pepet -i lebih,betik,sembelih

6 e pepet -u telur,tempuh,temenggung

7 e taling -a elak,dewan,belerang

8 e taling -e taling leceh,gelek,selekeh

9 e taling -o esok,telor,selekoh

10 i -a ingat,kilang,selinap

11 i -i intip,sisih,belimbing

12 i -u riuh,tidur,tembeliung

13 O -a otak,boring,selekoh

14 O -e taling oleh,boleh,celoteh

15 O -o obor,borong,kelompok

16 U -a ubat,tumpang,ketupat

17 U -i usik,kuih,gerusih

18 U -u untuk,tunduk,tengkujuh

22
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Bagi memudahkan kita mengingat dan memahami kesemua 18 pola tersebut,maka rajah
berikut telah dirumuskan daripada jadual di atas.Berdasarkan Rajah 6.1,ada empat
perjelasan seperti yang berikut:

(i) Garisan segi tiga yang berhubungan manunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan
antara satu sama lain,maka terbentuklah pola:

a-i u-i
i-u i-a
u-a e-o
a-u o-e

(ii) Huruf yang berada di dalam bulatan dan separuh bulatan menunjukkan bahawa setiap
vokal tersebut boleh dipasankan dengan vokal itu sendiri,maka terbentuklah pola:

a-a
i-i
u-u
e-e
o-o

(iii) Huruf yang berada di dalam separuh bulatan menunjukkan vokal e taling dan o berada
bertentangan dan masing-masing mempunyai anak panah yang menghala ke atas,maka
terbentuklah pola:

e-a
o-a

(iv) Huruf vokal e pepet yang berada dalam segi empat mempunyai tiga anak panah yang
menghala ke huruf a,I dan u,maka terbentuklah pola:

e-i
e-u
e-a

23
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

Daripada 18 pola itu,ada lapan pola yang merupakan pola yang berubah daripada sistem
ejaan lama.Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vocal i atau
u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e
pepet,I atau u seperti yang berikut:

Bil Ejaan Lama Ejaan Baru


Pola Contoh Pola Contoh
1 a-e taling aleh a-i Alih
2 a-o batok a-u Batuk
3 e pepet-e taling Lebeh e-i Lebih
4 e pepet-o tempoh e-u tempuh
5 i-e taling pileh i-i Pilih
6 i-o tidor i-u Tidur
7 u-e taling usek u-i usik
8 u-o untong u-u untung

Perkataan yang terlibat biasanya mengendungi huruf konsonan yang berakhir dengan h,k,ng
dan r.

Bagi pola yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama,maka digunakan huruf vokal e
taling atau o pada suku kata akhir tertutup jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal
e taling atau o juga.Contoh:

Bil Pola Contoh Perkataan


1 e taling-e taling leceh, gelek, teleng, selekeh
2 e taling-o tempoh, belok, telor, selekoh
3 o-e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh
4 o-o pokok,boron,kelompok,seloroh

24
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

5.0 KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ
tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap
satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi
bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi
manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur
tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Kedua-dua fonem vokal dan konsonan bahasa Melayu berperanan dalam membezakan
makna. Konsonan dan vokal menggambarkan huruf-huruf yang mempunyai bunyi yang
saling berkaitan. Ahli fonologi berminat dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta
simbol-simbol fonetik yang digunakan untuk menggambarkannya. Huruf-huruf vokal dan
konsonan digunakan bagi melambangkan bunyinya tetapi suatu simbol yang jelas
diwujudkan bagi menghilangkan kekaburan dan kekeliruan dalam penulisan dan percakapan.

Di samping itu,latih tubi pasangan minimal bertujuan melatih murid menyebut perkataan
yang hampir sama sebutan bunyinya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Pasangan
kata ini mempunyai perbezaan kata yang kecil sahaja kerana melibatkan dua fonem yang
berbeza. Biasanya perkataan ini mempunyai bilangan suku kata yang sama tetapi
perbezaan fonem ini boleh mengubah maksud perkataan tersebut.

Murid-murid yang dikenal pasti kurang mahir menyebut perbezaan fonem ini perlulah
dilatih untuk menyebut perkataan ini berkali-kali agar sebutannya fasih dan betul. Ini juga
dapat membantu murid-murid yang pendiam, malu atau tidak yakin untuk bertutur. Selain itu
guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bersifat dua hala.

Selain daripada itu, pelaksanan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia dapat menyatukan
bidang kebudayaan, sosial dan ekonomi antara negara-negara yang telibat. Ini bermakna
sistem ejaan baru merupakan alat percantuman kembali sendi kebudayaan Melayu yang
selama ini terpisah akibat penjajahan. Perubahan ke atas Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu Lama (1972) berlaku kerana ingin mewujudkan bahasa Melayu standard yang boleh
digunakan sebagai bahasa perantaraan bagi negara-negara yang mengamalkan bahasa
Melayu. Terdapat tiga faktor utama yang difikirkan menyumbang ke atas perubahan ini iaitu:

a. untuk menyesuaikan sistem ejaan sekarang dengan perkembangan semasa yang pesat
membangun.

25
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

b. sejajar dengan dasar negara yang merasakan pendidikan amat penting untuk kemajuan
negara, maka terdapat langkah untuk menyamakan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu
Malaysia dan Indonesia.

c.untuk memperbaiki sistem yang sedia ada, iaitu mengubah beberapa cara penggunaan
tanda baca dan ejaan supaya lebih mantap dan mudah.

26
BML 3043 OH ENG LAY
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU D20112052523

RUJUKAN

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.

Abdullah Bin Hassan (1982). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia: Fajar Bakti Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.( 2006 ).Fonetik dan Fonologi . KualaLumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Affluent
Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
http://www.scribd.com/doc/42449112/Nota-Fonetik-n-Fonologi
http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

27

Anda mungkin juga menyukai