Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


1440H / 2019M

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI SINAR

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk
mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan
dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar
ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan
penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.
Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman
yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1440H dan bersempena minggu panitia
Pendidikan Islam ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuh alam
kedewasaan kelak. Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan
dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-
objektif yang di rancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan dan Minggu Panitia 1440H ini dijalankan adalah untuk:

2.1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
peserta.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.

3.2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa
mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap


mementingkan diri sendiri.

3.5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.

3.6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

1) Ihya’ Ramadhan

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan 1440H

Hari : Hari Isnin hingga Jumaat

Tempat : Mengikut kesesuaian aktiviti

2) Minggu Panitia Pendidikan Islam

Tarikh : 13-17 Mei 2019

Hari : Hari Isnin hingga Jumaat

Tempat : Mengikut kesesuaian aktiviti


5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5,6. Tidak ketinggalan guru dan
kakitangan sekolah.

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Di antara aktiviti yang akan diadakan ialah :

Bil Aktiviti Sasaran


6.1 Pelancaran Ihya’ Ramadhan
6.2 Tadarus Al-Quran Murid, Guru dan Staf
6.3 Tazkirah Ramadhan / Ceramah Nuzul al-Quran
Warga SKTSS
6.4 Risalah Ramadhan
6.5 Kutipan Derma / Galakan Bersedekah
6.6 Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat
6.7 Kuiz
Tahap 2
6.8 Pertandingan Menghafaz Juz Amma
6.9 Pertandingan Menghafaz Ayat Lazim
Tahap 1
6.10 Teka silangkata
6.11 Pertandingan Mewarna Tahap 1
6.12 Majlis Khatam Al Quran Warga SKTSS

7.0 KEWANGAN

7.1.Sumbangan peribadi atau luar

7.2 Anggaran Perbelanjaan

Lampiran 1

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Lampiran 2
9.0 PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam
menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna
dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seretusnya
untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

……………………………….. ……………………….
(ABU BAKAR BIN ABDULLAH) ( RABIAH BT MUDA)
Setiausaha Guru Besar
Panitia Pendidikan Islam SK Taman Sri Sinar
SK Taman Sri Sinar
Lampiran 1
ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN MINGGU PANITIA
SK TAMAN SRI SINAR

Bil Butiran Jumlah


1. Hadiah Kuiz Ramadhan RM 2.10 X 12 orang RM 25.20

2. Hadiah Pertandingan Menghafaz Juz Amma RM 2.10 X 18 orang RM 37.80

3. Hadiah Pertandingan Menghafaz Ayat Lazim RM 2.10 X 15 orang RM 31.50

4. Hadiah Teka silang kata RM 2.10 X 12 orang RM 25.20

5. Hadiah Pertandingan Mewarna RM 2.10 X 18 orang RM 37.80

6. Saguhati Peserta Majlis Khatam al-Quran RM 2.10 X 30 orang RM 63.00

JUMLAH BESAR RM 220.50


Lampiran 2

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK TAMAN SRI SINAR 2019

Pengerusi : Rabiah Bt Muda


Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Badruhisham B. Bahari
GPK Kurikulum
Naib Pengerusi I :Mohd Yusri B. Othman
GPK Hem
Naib Pengerusi II : Nasharehan bt Abdullah
GPK Kokurikulum
Setiausaha : Abu Bakar B. Abdullah
Bendahari : Khairil Adilah Bt Mokhtar

Pertandingan Hafazan : Zainuddin B. Abdullah


: Ahmad Syakir B. Azizan
Teka silangkata/Kuiz : Maihanie Bt Nazri
Anis Amani Bt Yusuf
Derma/Sumbangan : Siti Ngaripah Bt Othman
Wan Effah Bt Wan Mahmood
Risalah Ramadhan : Zainuddin B. Abdullah
Tadarus : Abu Bakar B. Abdullah
Tazkirah Ramadhan : Rosmaizu B. Muda

Mewarna : Pn. Khairil Adilah Bt Mokhtar

Anda mungkin juga menyukai