Anda di halaman 1dari 7

ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP DAN TEORI PEMBELAJARAN SERTA KEPENTINGAN

SENI DALAM PENDIDIKAN

PENDAHULUAN

DEFINISI SDP

KONSEP

Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak
melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk
melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang
terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh (OUM)

1.1.1 Matlamat Seni dalam Pendidikam (SDP)

Matlamat Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estelika yang tinggi, imaginatif, kritis,
kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan
otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintegrasian inllah perkembangan menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Objektif Seni dalam Pendidikan (SDP)

Seni dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:

1. Menghargai keindahan ciptaan Tuhan.


2. Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan
3. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mengekspresikan hasil kerja.
5. Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang
dibuat.
6. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran Iain.

TEORI

Teori konstruktivisme - Vygotsky


1. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan
secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif
dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana
pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau
bahan. Oleh itu Seni dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk
membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif (Zulkifli Yaacob &
Mohd Jamel Ismail, 2010)

Teori pembelajaran konstruktivisme memberi lebih penekanan kepada aktiviti pelajar. Fokus utama teori
ini adalah kepada aktiviti mental para pelajar, bukan kepada tingkah laku. Pembelajaran dari perspektif
konstruktivisme dilihat sebagai satu proses dimana pengalaman yang dilaluinya dan bersangkutan dengan
pengetahuan. Semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P), setiap individu membina pengetahuan
mereka secara aktif, dan bukan menerima pengetahuan tersebut secara pasif daripada orang lain
(McBrien dan Brandt, 1997).

McBrien, J. L., and Brandt, R. S. 1997. The language of learning: A guide to education terms. Alexandria,
VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Secara amnya, pendekatan konstruktivisme telah memberi impak terhadap proses P&P. Ini kerana dalam
mengaplikasikan pendekatan ini, pelajar didedahkan dengan aktiviti kompleks seperti membuat
perhubungan, merefleksi, bertanya dan menjawab soalan, menghuraikan isi pelajaran, berbincang,
berinkuiri, menyelesaikan masalah mengkonstruk idea, menganalisis, dan mensintesis idea (Martha,
2006).

Martha C. 2006. Implementing Constructivist Web-Based Learning and Determining its Effectiveness on a
Teacher Preparation Course. Journal of Educators Online. 3(2). Diperolehi dari:
http://www.thejeo.com/Volume3Number2/CasasFinal.pdf. (Diakses 15 September 2008)

Berbanding pendekatan objektivisme, pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai


pelbagai kelebihan. Antara kebaikannya ialah pelajar akan lebih yakin, lebih berfikir, lebih ingat, lebih
faham, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006).

Sushkin (1999) menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan diberi lebih kepada pelajar
berbanding kepada para guru. Situasi ini dikaitkan dengan penglibatan pelajar yang akan berinteraksi
dengan bahan dan peristiwa bagi membina sendiri sesuatu konsep dan seterusnya memberi peluang
kepada pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pembelajaran yang berasaskan kepada teori konstruktivisme adalah pendekatan pengajaran yang
memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif, dalam hal ini pelajar boleh membina
pengetahuan baru,mencari maklumat yang diperlukan, berbincang dengan rakan-rakan, mengolah idea
yang ada agar dapatan itu lebih bermakna dan dapat dikongsi dengan rakan-rakan sekelas
(Mohaidin,1999).

Teori Pembelajaran Konstruktif yang menjelaskan bahawa para pelajar lebih bersemangat untuk menimba
ilmu pengetahuan sekiranya ada kreativiti dalam kalangan guru-guru dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran (Zakaria Omar, 2014).

Zakaria bin Omar. (2014). PENDEKATAN KONSTRUKTIF DALAM INOVASI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI KOLEJ VOKASIONAL.

Jonassem (1994) menjelaskan bahawa pembelajaran konstruktivisme menyokong pembelajaran secara


aktif,menyokong pembinaan pengetahuan dan menyokong kaedah pembelajaran melalui pengetahuan.

Menurut Subadrah (2005), yang menyatakan bahawa penggunaan inovasi yang berasaskan pendekatan
konstruktivisme dalam pengajaran membolehkan seseorang pelajar itu 23 dapat membina konsep dan
struktur kognitifnya dengan pengetahuan sedia ada dan proses ini dikenali sebagai ‘accretion’ yang dapat
meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.
Teori kecerdasan pelbagai - Gardner

2. Teori kecerdasan pelbagai (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat
sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan dalam kalangan
murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Teori kecerdasan pelbagai
ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam mata pelajaran Seni
dalam Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan
minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan
pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan (Zulkifli Yaacob
& Mohd Jamel Ismail, 2010)

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan
dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Hal ini
disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang
berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif (Zulkifli Yaacob & Mohd Jamel Ismail, 2010)

Zulkifli Yaacob & Mohd Jamel Ismail. (2010). HBEF1403 Seni dalam Pendidikan. Selangor: Meteor Doc.
Sdn. Bhd.

TEORI HOKA HOKI


Hoka mempunyai kaitan dengan kemahiran imaginasi yang membawa kepada Pemikiran
Kreatif manakala Hoki pula berkaitan dengan kemahiran logik yang berkaitan dengan Pemikiran
Kritis (Som Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2002:10-11).
3. KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Ekspresi

Emosi

Imaginasi

a) Peranan ekspresi

Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi,
idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid
membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan persepsi, meningkatkan kreativiti
dan meningkatkan nilai estetik.

b) Peranan emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang
mempengaruhi ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i) Seronok dan tenang


ii) Kurang seronok dan cemas

Emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan perubahan proses
fisiologi, diri dan psikologi (Mohmood Nazar Mohamad, 1991).

Jika seseorang itu memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi, orang tersebut akan lebih
mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat sebarang
masalah baru.

i) Kecerdasan emosi
Konsep IQ dan EQ
Intelligence – Dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti
membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet dan Theodore
Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sehingga sekarang. IQ
dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya
dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak (neurologi) mendapati
bahawa emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ).

Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang.
Menurut Coleman (pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya
menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala 80% lagi dipengaruhi faktor-faktor
lain.
c) Peranan imaginasi

Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan:

i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.


ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.
iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaanya secara lahiriah.

Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran
dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur, dan irama (Russel, 1968).

Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya


menggunakan lagu untuk memperkenalkan konsep “lebah”. Semasa kanak-kanak menyanyi
lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah yang sedang terbang. Seterusnya,
kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Hal ini membantu pembelajaran tentang konsep
tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan
rakan sebaya dan masyarakat umum.

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta
sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam
memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.

Anda mungkin juga menyukai