Anda di halaman 1dari 4

Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan.

Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga semerta yang
boleh diguna oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja.

b. Pembentukan Adenosina Trifosfat

Adenosina trifosfat (ATP) boleh dihasilkan melalui :


i. Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)
ii. Sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobic / sistem asid laktik)
iii. Sistem aerobik (sistem oksigen)

i. Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)


 Juga dikenali sebagai sistem fosfagen.
 Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi yang dilaksanakan
sehingga 10 saat.
 Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga dihasilkan apabila fosfat
terurai dan pada sebatian fosfat kreatin.
 Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi).
 Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan
ATP.
ii. Sistem anaerobik laktik (Anaerobik glikolisis)
 Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi
daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau
hepar.
 Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa.
 Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila
kandungannya dalam darah terlalu banyak.

Sistem anaerobik laktik

 ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah


 ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATPPC).
 ATP daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama
1-3 minit.

iii. Sistem aerobik (oksigen)


 Sistem ini memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga.
 Penghasilan ATP melibatkan 3 proses:
(A) Glikolisis
(B) Kitaran Krebs
(C) Sistem pengangkutan elektron
 Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP. Ini membolehkan aktiviti fizikal dalam
jangka masa yang panjang tetapi berintensiti rendah dan sederhana.

Anda mungkin juga menyukai