Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A

(30 MARKAH)

1. Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian tulis ringkasan tentang cara-cara
meningkatkan minat membaca karya sastera. Panjanga ringkasan hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Dalam era globalisasi ini, masyarakat Malaysia kini kurang minat dalam pembacaan karya sastera.
Remaja-remaja hanya bermain permainan komputer, membaca komik, majalah, menonton rancangan
televisyen dan sebagainya. Kejadian ini telah menyebabkan minat pembaca yang membaca karya
sastera semakin kurang.
Karya sastera adalah bahan bacaan yang bermanfaat dan tidak mencemarkan fikiran remaja-
remaja. Permainan komputer, rancangan televisyen dan bahan majalah yang tidak baik akan
mencemarkan fikiran remaja serta akan berkemungkinan terlibat dalam kegiatan yang negatif dan
gejala sosial seperti vandalisme.
Jadi, apakah yang masyarakat harus bercadang untuk meningkatkan minat membaca karya
sastera? Pihak kerajaan haruslah sentiasa mengadakan kempen tentang kebaikan membaca karya
sastera dan mengadakan pameran dengan mempamerkan karya-karya sastera. Dengan ini, pembaca-
pembaca dapat mengetahui tentang karya-karya sastera dan akan lebih memahami tentang karya-
karya sastera.
Selain itu, pihak tertentu juga boleh sentiasa mengadakan pertandingan membaca karya
sastera, pertandingan perundingan pendapat karya sastera dan sebagainya. Pembaca-pembaca bukan
sahaja dapat memahami karya sastera dengan lebih banyak, bahkan juga boleh mengenali kawan yang
baru dan juga dapat memenangi hadiah dengan melalui pertandingan.
Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga boleh mengadakan mingguan pembacaan karya sastera,
projek pembacaan karya sastera dan sebagainya. Murid-murid akan menambahkan ilmu pengetahuan
setelah membaca karya sastera. Perpustakaan di sekolah juga harus membeli lebih banyak karya
sastera untuk murid-murid membaca. Program nilam tentang karya sastera juga boleh diadakan untuk
meningkatkan minat murid-murid dalam pembacaan karya sastera.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan anak-anak membaca
karya sastera. Pembacaan karya sastera harus dipupukkan oleh anak-anak sejak kecil lagi. Ada
pepatah " melentur buluh biarlah daripada rebungnya ". Jadi, amalan membaca karya sastera haruslah
dipupuk sejak kecil lagi. Ibu bapa juga harus memberitahu kepada anak-anak tentang kebaikan
membaca karya sastera supaya mereka akan memilih buku yang bermanfaat dan membawa kebaikan
serta menambah ilmu pengetahuan mereka.
Di samping itu, masyarakat juga harus mengamalkan amalan membaca karya sastera agar
menjadi teladan yang baik bagi remaja-remaja. Dengan melalui pembacaan karya sastera, remaja-
remaja akan menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat berfikir dengan jelas dan matang dengan
membaca karya sastera kerana boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang positif. Dengan
ini, remaja-remaja dapat mengelakkan dalam penglibatan aktiviti negatif dan gejala sosial. Hal ini
demikian juga akan meringankan beban ibu bapa dan masyarakat dan akan menjadi orang yang
berguna serta berbakti kepada negara.
Akhir kata, pembacaan karya sastera dapat mendatangkan banyak manfaat. Oleh itu,
masyarakat haruslah bekerjasama untuk meningkatkan minat pembaca untuk membaca karya sastera
dan bukan " bagai melepaskan batuk di tangga ".
SKEMA JAWAPAN

1. A
2. D
3. B
4. B
5. B
6. C
7. A
8. B
9. C
10. A
11. C
12. C
13. A
14. D
15. B
16. D
17. D

1. Pihak kerajaan haruslah sentiasa mengadakan kempen tentang kebaikan membaca


karya sastera
2. Pihak kerajaan haruslah sentiasa mengadakan pameran dengan mempamerkan karya-
karya sastera.
3. Pihak tertentu boleh mengadakan pertandingan membaca karya sastera, pertandingan
perundingan pendapat karya sastera dan sebagainya.
4. pihak sekolah juga boleh mengadakan mingguan pembacaan karya sastera, projek
pembacaan karya sastera dan sebagainya
5. Perpustakaan di sekolah juga harus membeli lebih banyak karya sastera untuk murid-
murid membaca.
6. Program nilam tentang karya sastera juga boleh diadakan untuk meningkatkan minat
murid-murid dalam pembacaan karya sastera.
7. Amalan membaca karya sastera haruslah dipupuk sejak kecil lagi.
8. Ibu bapa harus memberitahu kepada anak-anak tentang kebaikan membaca karya
sastera .
9. masyarakat harus mengamalkan amalan membaca karya sastera agar menjadi teladan
yang baik bagi remaja-remaja.

1 isi – 4 markah (Maksimum 4 isi) = 16 markah


Markah bahasa = 4 markah
Pengenalan = 5 markah
Penutup = 5 markah
Jumlah markah = 30 markah

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai