Anda di halaman 1dari 5

Amalan Pada Awal Malam Ramadhan

AMALAN PADA AWAL MALAM RAMADHAN


(1 RAMADHAN)
(1) Apabila mendengar pengumuman Awal Ramadhan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-
Raja Melayu, tidak mengapa1 untuk sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah
Ta’ala yang telah memberikan kesempatan dipanjangkan umur untuk terus bersama
dengan Ramadhan dan seterusnya mendapat kurniaan dan ganjaran yang besar di
dalamnya.

Cara Sujud Syukur:

(i) Duduklah mengadap kiblat dalam keadaan berwudhu’ dan menutup aurat.
(ii) Berniat di dalam hati contohnya: “Sahaja aku sujud tanda syukur kerana Allah
َ َ ّ ْ ُّ َ َ َ َ ُ ْ َ َ
Ta’ala”. Boleh juga dilafazkan contohnya: ‫الشك ِر ِلل ِه ت َعالى‬ ‫( نويت سجدة‬Sahaja
aku sujud syukur kerana Allah Ta’ala.)
(iii) Bertakbir: ‫ر‬
َ ْ َ ‫َالله‬
ُُ ‫أكب‬
(iv) Sujud. Dalam sujud, bacalah:

َ ‫ َو‬،‫َس َج َد َو ْجه َي ل َّلذي َخ َل َق ُه‬


َ ‫ َو َب‬،‫ َو َش َّق َس ْم َع ُه‬،‫ص َُّو َر ُه‬
،‫ص َر ُه‬ ِ ِ ِ
َ َ ْ ُ َ ْ َ ُ َ َ َ َ َ َّ ُ َ ْ َ
ُ .‫ فتبارك الله أحسن الخ ِال ِقين‬،‫ وقو ِت ِه‬،‫ِبحوِل ِه‬

“Sujudlah wajahku kepada (Allah) Yang telah menjadikannya, membentuk dan memberi
pendengaran dan penglihatan kepadanya, dengan daya dan kekuatan-Nya, maka Maha Suci
Allah, sebaik-baik Pencipta.”

Jika tidak hafal, bacalah 3 kali:

َ َ َ ‫َس ْب َح‬
.‫ان َرِّب َي األ ْعلى َو ِب َح ْم ِد ِه‬

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala pujian ke atas-Nya.”

1 walaupun tidak dituntut melakukannya

1|Page
Amalan Pada Awal Malam Ramadhan

(v) Memberi salam.

Setelah memberi salam, ucapkan syukur atas nikmat dipanjangkan umur dan dapat bersama
Ramadhan lagi serta berazamlah untuk melakukan yang terbaik dalam amalan puasa serta
Ubudiyyah lain sepanjang Ramadhan.

(2) Selepas itu, bacalah doa ini:

ُ ‫ َا‬.‫ص ُّل َع َلى َس ّيد َنا ُم َح َّمد َو َع َلى آل َس ّيد َنا ُم َح َّمد‬
‫لله‬ َ َّ
‫م‬ ُ
‫ه‬
َّ َ
‫لل‬ َّ ‫الر ْح َمن‬
‫ ا‬.‫الر ِح ِيم‬ َّ ‫الله‬ ْ
ٍ ِِ ِ ٍ ِِ ِ ِ ِ ‫ِبس ِم‬
ُ ُّ ‫ح‬
‫ب‬
ُ
ُ ِ ‫يق ِل َما ت‬ ‫ف‬ ‫و‬ َّ ‫ َو‬،‫الس َال َمة َو ْاإل ْس َالم‬
ْ ‫الت‬ َّ ‫و‬َ ،‫ َا َّلل ُه َّم َأ ّه ْل ُه َع َل ْي َنا ب ْال ُي ْمن َو ْاإل َيمان‬،‫َأ ْك َب ُر‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ ‫ َ ّبي َو َر ُّب َك‬،‫َو َت ْر َض ى‬
ُ .‫الله‬ ِ‫ر‬
“Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad dan ke atas
keluarga Baginda. Allah Maha Besar, Ya Allah, tampakkanlah ia (bulan Ramadhan) kepada
kami dengan membawa keberkatan dan iman, keselamatan dan Islam, serta petunjuk kepada
segala yang Engkau sukai dan ridhai, Tuhanku dan Tuhanmu (wahai bulan) adalah Allah.”

َ َ ُ َ ُ َ َ ْ ُ َّ َ
.‫ َون ُعوذ ِب َك ِمن ش ّ ِر ِه َوش ّ ِر َما َب ْع َد ُه‬،‫الل ُه َّم ْارزق َنا خ ْي َر ُه َو َب َرك َت ُه َونو َر ُه‬

“Ya Allah, rezekikanlah kepada kami kebaikan padanya (bulan Ramadhan), keberkatan dan
cahayanya, dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan sesudahnya.”

َ‫الر ْح َمن َوج َوا ًرا ّمن‬ َّ ْ ‫ َور‬،‫اج َع ْل ُه َش ْه َر َب َر َكة َو ُنو ًرا َو َأ ْج ًرا َو ُم َع َاف ًاة‬
َ‫ض َو ًانا ّمن‬ ْ ‫َا َّلل ُه َّم‬
ِ ِ ِ ِ ِ ٍ
َ َ َ ْ َ َ َ َ َّ َّ َّ َ َ ْ َّ
‫ فاق ِس ْم ل َنا ِم ْن خ ْي ِر َما ت ْق ِس ُُم َُب ْي َن‬،‫اس ٌم ِف ِيه َب ْي َن ِع َب ِاد َك خ ْي ًرا‬ ِ ‫ اللهم ِإنك‬،‫الشيط ِان‬
‫ق‬
ُ .‫الص ِال ِح َين‬
َّ ‫ِع َب ِاد َك‬

“Ya Allah, jadikanlah ia bulan keberkatan, cahaya, ganjaran dan perlindungan, keridhaan dari
Tuhan, Yang Maha Penyayang, dan penjagaan dari syaitan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau
memberi kebaikan di dalamnya kepada hamba-hamba-Mu. Maka berikanlah kepada kami
kebaikan yang Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”

2|Page
Amalan Pada Awal Malam Ramadhan

(3) Setelah selesai sembahyang fardhu Maghrib, sembahyanglah sunat Ba’diyyah (selepas)
Maghrib dua rakaat.

Cara melakukannya:

(i) Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Fath
(Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa…) , ayat 1 sehingga 15 (separuh pertama).
Kemudian rukuk dan lakukan sembahyang seperti biasa.
(ii) Pada rakaat kedua, setelah membaca Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Fath, ayat
16 sehingga selesai surah (ayat ke-29) (separuh kedua). Kemudian rukuk dan
lakukan sembahyang seperti biasa.

Keterangan:

 Syaikh Abu Bakar an-Naisaburi berkata, “Aku mendengar Muhammad bin Abdul Malik
berkata, “Aku mendengar Mas’udi berkata, “Telah sampai kepadaku bahawa sesiapa
yang membaca Surah Al-Fath pada malam pertama bulan Ramadhan di dalam
sembahyang sunat, dia akan mendapat penjagaan pada tahun itu.

Aku (Syaikh Abu Bakar an-Naisaburi berkata, “Perkara ini telah disebutkan oleh Imam
Khathib asy-Syarbini di dalam tafsirnya di akhir Surah Al-Fath daripada Ibnu Adil.”2

(4) Setelah salam, bacalah doa ini:

ْ ُ ُّ َ ُ َ َ َ ْ َ ُ َّ َ َ َ َ َ ْ َ ّ َ َ َّ َّ َْ
ُ ‫ ال ِذي أ ِنزلت ِف ِيه المال ِئكة والروح ال ِكر‬،‫ال َح ْم ِد ِلل ِه ال ِذي ش َّرف َنا ِب ِظ ِل شه ِر رمضان‬
ُ،‫ام‬ َ ْ
َ‫ َا َّلل ُه َّم إ َّنا َن ْس َأ ُلك‬،‫ص ْحبه ْالك َرام‬ َ ‫ َو َع َلى آله َو‬،‫الس َال ُم َع َلى َس ّيد َنا ُم َح َّم ٍد‬َّ ‫الص َُال ُة َو‬ َّ ‫َو‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ْ‫ َوا ْ َح ْم َنا َو َبا ك‬،‫ان‬ َ ‫ َو ُد ْم َنا َع َلى إ ْق َبال ص َيام َ َم‬،‫ان‬
َ ‫ض‬ َ ‫ض‬َ ‫ند إ ْق َبال َ َم‬َ ‫ان ع‬ َ ‫ص َم َة َو ْا َأل َم‬
ْ ‫ْالع‬
‫ِر‬ ‫ر‬ ‫ِ ِ ِ ِ ر‬ ‫ِ ِ ِ ر‬ ِ
َ،‫ضان‬ َ ‫صل ْح َجم َيع َأ ْح َوال َنا َو َأ ْخ َالق َنا َو َأ ْع َمال َنا في ص َيام َ َم‬ ْ ‫ َو َا‬،‫ان‬
َ ‫ض‬ َُ ‫ند ص َيام َ َم‬ َ ‫َل َنا ع‬
‫ِ ِ ِ ِ ر‬ ِ ِ ِ ِ ‫ر‬ ِ ِ ِ
2 Rujuk Kanz an-Naja wa as-Surur, karangan Al-Allamah Syaikh Abdul Hamid, terjemahan Ustaz
Ahmad Imron, Surabaya: Mutiara Ilmu Agency, tanpa tahun cetakan, ms. 114. Cara dan kelebihan
sembahyang ini juga disebutkan oleh Al-Allamah al-Arif billah, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin
Jamaluddin al-Linggi dalam kitabnya Tuhfah al-Authon wa al-Ikhwan, ms. 86. Di dalam kitab Al-
Kunuz al-Hashinah fi al-Ad’iyah ats-Tsaminah susunan Syaikhuna, Habib Muhammad Amin bin
Idrus al-Husaini, disebutkan: “Diriwayatkan: Barang siapa yang membacanya pada malam pertama
dalam bulan Ramadhan, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memberikan keamanan baginya dari
segala musibah dalam tahun tersebut.”

3|Page
Amalan Pada Awal Malam Ramadhan

‫اج َع ْل ِص َي َام َنا‬


ْ ‫ َو‬،‫ان‬ َ ‫ َو َح ّس ْن َأ ْخ َال َق َنا ب َجاه َ َم‬،‫ان‬
َ ‫ض‬ َ ‫ض‬ َ ‫َا َّلل ُه َّم َط ّو ْل َأ ْع َما َ َنا ب َب ْر َكة َ َم‬
‫ِ ِ ر‬ ِ ‫ر ِ ِ ر‬ ِ
َّ َ ُ َّ َ ٌ َّ َ ُ َ ُّ َ َ َ َّ ّ ‫َه َذا ُم َتاب َع ًة ِل َجميع‬
،‫الله َعل ْي ِه َو ِآل ِه َو َسل َم‬ ‫صلى‬ ‫الص َي ِام ال ِذي صام ِب ِه ن ِبينا محمد‬ ِ ِ ِ ِ
‫ص ْح ِب ِه‬ َ ‫الله َع َلى َس ّيد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آله َو‬ ُ ‫ص َّلى‬ َ ‫ َو‬،‫الراحم َين‬ َّ ‫م‬َ ‫ح‬َ ‫ب َر ْح َمت َك َيا َأ ْر‬
ِِ ِِ ِ ِ ِ ِ
َ ْ َّ ْ َ
ُ .‫ َوال َح ْم ُد ِلل ِه َر ِ ّب ال َعال ِم َين‬،‫أ ْج َم ِع َين‬

“Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang
turun padanya malaikat dan roh-roh yang mulia. Selawat dan salam atas junjungan kami Nabi
Muhammad dan atas keluarga dan sahabat Baginda yang mulia. Kami mohon kepada-Mu Ya
Allah, pemeliharaan dan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami
berpuasa bulan Ramadhan. Rahmatilah kami dan berilah keberkatan kepada kami dalam
berpuasa Ramadhan. Dan perbaikilah seluruh urusan, akhlak dan amalan kami dalam
berpuasa Ramadhan. Ya Allah, panjangkanlah umur kami dengan berkat Ramadhan, hiasilah
akhlak kami dengan kemuliaan Ramadhan, jadikanlah puasa kami mengikuti segala puasa
yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad, dengan rahmat-Mu, Ya Tuhan Yang Paling
Pengasih di antara segala yang pengasih. Semoga Allah merahmati Penghulu kami, Nabi
Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda semuanya dan segala puji bagi Allah Tuhan
sekelian alam.”

َ ْ ُ ََ َ ْ ََ َ ُ َّ َ َ َ َ
‫ َو َوقف ْت َس ِف َينة ال َم َس ِاك ِين َعلى‬،‫ َوالذ ال ُفق َر ُاء ِب َج َن ِاب َك‬،‫السا ِئلون ِب َب ِاب َك‬ ‫ وقف‬،‫ِال ِهي‬
َ
،‫الصا ِئ ُمون‬َّ ‫ َرب َح‬،‫ ِا َلهي‬.‫اح ِة َر ْح َم ِت َك َو ِن ْع َم ِت َك‬
َ ‫َساحل َب ْحر َك َرم َك َي ْر ُجو َن ْال َج َو َاز إ َلى َس‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ َ ْ ْ ُ َ ُ ْ ََ َ ُ ْ ُْ َ ََ َ ُ َْ َ َ َ
‫ َو ُج ْد‬،‫ فا ْر َح ْم َنا ِب َر ْح َم ِت َك‬،‫يد َك ال ُمذ ِن ُبون‬ ‫ ونحن ع ِب‬،‫ ُونجى المخ ِلصون‬،‫وفاز القا ِئمون‬
َ ْ ْ َ ْ َّ َ َ ْ َ ْ َ ْ ‫َع َل ْي َنا ب َف‬
‫فر ل َنا‬ ‫ واغ‬،‫ض ِل َك َو ِم َّن ِت َك َح َّتى ن ْم ِل َك ال ُق ْد َرة ِل َن ْي ِل ال َب َرك ِة ِفي َهذا الشه ِر‬ ِ
َ َّ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ
ُ .‫اح ِمين‬
ُ ِ ‫ ِبرحم ِتك يا أرحم الر‬،‫أجم ِعين‬

“Wahai Tuhanku, para pemohon telah berdiri di pintu rahmat-Mu, orang-orang faqir telah
berlindung kepada kehormatan-Mu, perahu orang-orang miskin telah berlabuh di pantai
kemuliaan-Mu, mereka semua mengharapkan kemurahan rahmat dan nikmat-Mu. Wahai
Tuhanku, orang-orang berpuasa telah meraih kemenangan. orang-orang yang mendirikan
sembahyang telah beruntung. orang-orang yang ikhlas telah terbebas dari kesalahan,
sedangkan kami adalah hamba-hamba-Mu yang berdosa. Maka kasihanilah kami dengan

4|Page
Amalan Pada Awal Malam Ramadhan

rahmat-Mu. Muliakanlah kami dengan anugerah dan kurniaan-Mu sehingga kami memiliki
kekuatan untuk menerima berkah di bulan Ramadhan ini. Ampunilah kami semua dengan
rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Paling Pengasih di antara segala yang pengasih..”

(5) Kemudian, bacalah 3 kali (ia juga sangat bagus dibaca pada setiap malam di bulan
Ramadhan):

ْ َ ‫ ُس ْب َح‬،‫يم‬ َ ْ ُ َ ْ ُ َّ َ َ
‫الس ْب ِع َو َر ِ ّب ُال َع ْر ِش‬
ُ َّ ‫ات‬
ِ ‫و‬َ َ
‫م‬ َّ
‫الس‬ ّ
‫ب‬ ‫ر‬َ
ِ ِ ُ
‫الله‬ ‫ان‬ ُ ُ ‫ر‬
ِ ‫ال ُِإله ُِإ ُال الله ا ُلح ِليم ُال‬
‫ك‬
ْ
ُ ِ ‫ُال َع ِظ‬
.‫يم‬

“Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Maha Lembut, Yang Maha Mulia,
Maha Suci Allah, Tuhan yang menguasai langit yang tujuh dan Dialah Tuham yang menguasai
arasy yang agung.”

(6) Lakukan sembahyang Isya’ berjemaah kerana fadhilatnya seperti membangun separuh
malam mengikut riwayat hadith.

(7) Lakukan sembahyang sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah kerana ganjarannya
sangat besar sekali.

(8) Mohonlah segala kebaikan, keampunan dan segala hajat.

(9) Hidupkanlah malam ini dengan segala amal soleh kerana malam ini penuh dengan
keberkatan.

ْ َ َ ُ ُ ‫َج َع َل َنا‬
.‫الله َوِإ َّياك ْم ِم َّمن ق َام ُه َو َج َعل َنا ِم َن ال َم ْق ُب ِول َين‬

Disusun oleh:
Al-Faqir ilallahil Qadir, Ustaz Muhadir bin Haji Joll
29 Sya’ban 1438H/ 26 Mei 2017H

5|Page

Anda mungkin juga menyukai