Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Gerakan pemisah wilayah adalah satu gerakan yang cuba mendapatkan hak dan

kemerdekaan dari pihak yang mendapat secara haram untuk mewujudkan sebuah negara
1
ke arah pemerintahan sendiri. Ia terjadi kesan daripada dasar penjajahan yang

menyebabkan wilayah-wilayah autonomi Islam kehilangan kuasa. Golongan Muslim

cuba mendapatkan kembali hak autonomi mereka yang telah didiskriminasikan agama

oleh pihak kerajaan. Terdapat pertubuhan radikal yang ditubuhkan di negara yang

melakukan gerakan pemisahan wilayah. Lazimnya, golongan ini akan mengambil

langkah perundingan dan cara kekerasan untuk memperjuangkan hak autonomi mereka.

Gerakan pemisah wilayah berlaku di beberapa kawasan Asia Tenggara seperti Selatan

Filipina, Selatan Thailand dan Acheh. Faktor, perkembangan dan kesan gerakan

pemisahan wilayah di tiga kawasan tersebut turut dibincangkan dalam tugasan ini.

2.0 GERAKAN PEMISAHAN WILAYAH DI FILIPINA

2.1 FAKTOR

Penjajahan Sepanyol ke atas Filipina adalah dari tahun 1565 hingga 1898. Hampir

semua penduduk peribumi wilayah utara telah dikristiankan. Pada tahun 1898, Sepanyol

telah menjual Filipina kepada AS melalui perjanjian Paris. Pengawalan penduduk Moro

dikendalikan oleh Kristian Filipina sendiri pada tahun 1920. Peralihan kuasa tersebut

tidak menyenangkan bangsa Moro sehingga satu petisyen telah dihantar ke Amerika

Syarikat yang menyatakan hasrat bangsa Moro untuk terpisah dari Filipina.

1
Thomas M McKenna. 1998. Muslim Rulers and Rebels: Everyday Politics and Armed Separatism in The
Southern Philippines. Berkeley: University of California. Hlm. 14.

1
Faktor Agama

Pada tahun 1913, Jabatan Wilayah Moro diperbaharui menjadi Jabatan Minandao

dan Sulu (1914-1920). Mindanao dan Sulu digabungkan dengan Luzon dan Visayan.

Tujuan penyatuan ini adalah menghilangkan pengaruh dominan Islam terhadap wilayah

Mindanao dan Sulu serta mewajibkan pelajar-pelajar Islam masuk sekolah umum dan

para pelajar Pensionados (mereka yang mendapat biasiswa pemerintah) diberi peluang

menikmati pendidikan yang lebih tinggi di Manila ataupun ke Amerika Syarikat.

Pimpinan dan umat Islam Moro agak berat untuk menerima dasar tersebut namun mereka

tidak mempunyai kemampuan untuk menolaknya.2 Pada Febuari 1920, Jabatan Minandao

dan Sulu akhirnya diganti dengan Akta 2878 Undang-undang Filipina, dan akta ini

mengakhiri penjajahan Amerika Syarikat atas Filipina. Seterusnya, berlaku pengawalan

penduduk Moro dilakukan oleh Biro Suku-suku Bon-Kristian (Bureau of Non-Christian

Tribes) yang dikendalikan oleh Kristian Filipina sendiri.3

Nasib umat Islam bertambah buruk pada masa pemerintahan Marcos. Pada tahun

1966, terbongkarnya kes pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam yang disebut

sebagai ‘Peristiwa Jabidah’ yang melibatkan 180 orang pemuda Islam. Pada waktu yang

sama, muncul pasukan semi-tentera Kristian yang disebut Illaga, yang telah dilatih secara

ketenteraan yang diketuai oleh Kolonel Carlos Cajela dan Kapten Manual Tranco. 4

Organisasi Illaga ini ditugaskan untuk menghancurkan umat Islam dengan merompak

harta benda dan membunuh umat Islam. Pada Jun 1971, sejumlah 200 orang umat Islam

2
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara.
Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd. Hlm. 106.
3
Ibid.
4
Ibid.

2
telah dibunuh oleh Illaga. Menurut pengakuan Illaga sendiri, mereka berjaya membunuh

sebanyak 50,000 orang umat Islam, membakar lebih dari 500 masjid, 200 madrasah,

20,000 buah rumah. Malah, keganasan ini menjadi isu antarabangsa.5

Menurut catatan pada Desember 1971, berlakunya pembunuhan 111 orang di

Bual, Tuluhan dan Catabota. Pada 22 Desember 1971, seramai 36 orang terbunuh di

Tacub, Kauswaga dan Lano del Norte. Semenjak peristiwa pertama pada Mac 1968

hingga 1972, dianggarkan 95,000 orang telah terbunuh, 300,000 orang kehilangan tempat

tinggal dan kemusnahan ladang pertanian.6

Faktor Tanah

Pada tahun 1960, ramai Muslim di Selatan Filipina kehilangan tanah pusaka

mereka kerana dirampas oleh golongan imigran. 7 Di samping itu, pihak kerajaan juga

menyerahkan tanah kepada pihak komunis yang menyerahkan diri di kawasan Selatan

Filipina.8 Orang Muslim Moro juga menghadapi masalah kemiskinan dan pengangguran

di kawasan tersebut. Faktor-faktor ini telah membangkitkan ketidakpuashatian dalam

kalangan Moro. Mereka telah menentang penganut Katolik secara bersenjata.9

5
Ibid. Hlm. 106-107.
6
Ibid. hlm. 108.
7
Kumar. Ramakrima, See Sang Tan. 2003. “The Moro Rebellion: Antecedentd and MNLF’s Emergence”
dlm After Bali: The Threat of Terrorism In Southeast Asia. Singapore: Institute of Defence and Strategic
Studies. Hlm. 98.
8
Ibid.
9
Ibid.

3
2.2 PERKEMBANGAN

Konsep penubuhan negara Muslim di Filipina dikenali sebagai “Bangsamoro.”

Penyokong konsep ini mengelar diri mereka sebagai “Moro.”10 Gerakan pemisah wilayah

moden digerakkan oleh segelintir golongan pelajar dan interlektual pada tahun 1960-an.

Kebangkitan ini menjadi semakin popular pada tahun 1970 di Catabato. Penentangan

yang kuat dalam tempoh 1970 mencetuskan kerisauan terhadap kerajaan Filipina.

Akhirnya Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos telah mengistiharkan darurat pada

tahun 1972.11

Sebagai reaksi dan pembelaan diri, orang Islam telah menubuhkan Muslim

Independence Movement (MIM) pada tahun 1969 di Mindanao, Sulu dan Palawan.

Kemudian pertubuhan ini bertukar namanya menjadi Minandao Independence Movement.

Organisasi yang paling radikal adalah Union of Islamic Forces and Organization dan

Ansar al-Islam.12

Moro National Liberation Front (MNLF)

Mulai tahun 1972, perjuangan kemerdekaan dikendalikan oleh Moro National

Liberation Front (MNLF) yang diketuai oleh Nur Misuari di mana ia mendapat sokongan

daripada Organisation of the Islamic Conference (OIC), Islamic Conferences of Foreign

Ministers (ICFM) dan Presiden Libya, Muammar Gaddafi.13 MNLF melalui bangsa Moro

10
Thomas M McKenna. 1998. Muslim Rulers and Rebels: Everyday Politics and Armed Separatism in The
Southern Philippines. Hlm. 4.
11
Ibid. hlm. 3.
12
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara. Hlm.
108.
13
Ibid.

4
Army (BMA) telah bertempur dengan tentera Filipina dengan menggunakan taktik

perang gerila yang cukup banyak sehingga mengakibatkan kerugian pada pihak tentera.14

Pada tahun 1976, MNLF dan pemerintah Filipina bertemu di Tripoli (Libya)

untuk berunding mengenai penyelesaian masalah tuntutan autonomi di wilayah selatan

Filipina yang diketengahkan oleh OIC. Perundingan tersebut berakhir dengan perjanjian

damai Tripoli yang ditandatangani oleh Imelda Marcos (mewakili pemerintah Filipina)

dan Nur Misuari (mewakili Moro). 15 Namun, sayang sekali perjanjian ini akhirnya

kurang mendapat respon kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1977, berlakunya

perpecahan dalam kalangan MNLF apabila Hashim Selamat keluar daripada MNLF dan

menubuhkan organisasi perjuangan sendiri Moro Islamic Liberation Front (MILF),

kemudian Nur Misuari mendapat tentangan dari sahabatnya Abdul Khayr Alonta yang

menyeberang ke pihak pemerintah dan kemudian dilantik sebagai Ketua Daerah

Minandao-Sulu dan sekitarnya.16

Oleh kerana terjadinya perpecahan dalam kalangan MNLF, dan semakin

banyaknya umat Islam yang memihak usaha peperangan secara fizikal, maka perhatian

dan sokongan pihak luar terhadap perjuangan umat Islam Filipina juga semakin

berkurang. Jika sebelum ini banyak pemerintahan atau negara Islam yang memberikan

perhatian penuh dengan melakukan tekanan diplomatik pada pemerintahan Filipina tetapi

kemudian tekanan diplomatik pada pemerintah Filipina tetapi kemudian tekanan tersebut

semakin berkurang. Tambahan pula, perjuangan umat Islam yang panjang dan

memerlukan bantuan kewangan terus-menerus yang tidak mungkin ditanggung oleh

14
Ibid.
15
Ibid.
16
Ibid. Hlm. 108-109.

5
kerajaan luar. 17 Bahkan OIC dan Libya yang dikenal paling kuat dalam memberikan

bantuannya juga mula berkurang perhatiannya. Tun Mustafa bin Harun, pemimpin kaya

dari Sabah (Malaysia) tidak lagi menghulurkan bantuan apabila beliau kalah dalam

pilihan raya Sabah, manakala Libya kurang memberikan bantuan kerana kesal dengan

beberapa konflik dalaman MNLF.18

Pada tahun 1977, Moro telah menggunakan 30 ribu orang untuk mememaksa

pihak kerajaan Filipina supaya berunding dengannya. Orang Muslim menyokong gerakan

ini dan mereka diseksa dengan kejam oleh pihak kerajaan Filipina.19 Walaupun perjanjian

“Wilayah Outonomi Muslim” ditubuhkan tetapi ia tidak dilaksanakan secara sistematik di

selatan Filipina. 20 Golongan penentang, Moro tidak bekerjasama dan sokongan ini

semakin lemah pada tahun 1977. Pada 1980-an, gerakan pemisahan ini dipimpin oleh

ulama. Selepas kejatuhan kuasa Marcos pada tahun 1985, pemimpin gerakan ini ingin

menjadikannya sebagai melaksanakan wilayah otonomi dengan benar.21

Moro Islamic Liberation Front (MILF)

MILF diasaskan oleh Naib Pengerusi MNLF iaitu Hashim Salamat yang

merupakan seorang pelajar Universiti Al Azhar pada tahun 1980.22 MILF bermaklamat

menubuhkan sebuah negara Islam yang dikenali sebagai Republik Islam Mindanao yang

terpisah dari Filipina melalui jihad. MILF mempunyai hubungan rapat dengan AL-Qaeda.

Hubungan antara didua organisasi ini dapat dikesan semasa Perang Afghanistan pada

17
Ibid. Hlm. 109.
18
Ibid.
19
Thomas M McKenna. 1998. Muslim Rulers and Rebels: Everyday Politics and Armed Separatism in the
Southern Philippines. Hlm. 3.
20
Ibid.
21
Ibid.
22
Ibid. Hlm. 203.

6
tahun 1980-an.23 Kumpulan ini dilatih oleh pejuang-pejuang yang pernah menganggotai

pergerakan Mujahiddin di Afganistan dalam pengeboman, serangan berani mati dan

sabotaj. Hashim Salamat menegaskan bahawa mereka perlu mendapatkan kemerdekaan

melalui pemberontakan bersenjata. MILF pernah mengadakan rundingan pendamaian

dengan kerajaan Filipina tetapi gagal apabila kerajaan Filipina menolak tututan MILF

agar tentara kerajaan berundur dari Mindanao.

Terdapat dua kekuatan yang saling berbeza pendapat dalam mengatasi kemelut

politik dan konflik di Filipina, iaitu pihak pemerintah di satu pihak dan warga Muslim di

pihak lainnya. Dalam kalangan Muslim sendiri juga terdapat dua pembahagian iaitu pihak

yang didedikasi sebagai kelompok radikal yang cuba mengatasi masalah penderitaan

umat Islam dengan berjuang memisahkan diri dari Filipina dan pihak yang didedikasi

sebagai kelompok moderat yang merupakan majoriti penduduk Muslim yang berjuang

membela nasib umat Islam dengan cara-cara yang betul mengikut perlembagaan dan

terlibat dalam kerangka kesatuan Filipina.

2.3 KESAN

Dalam usaha mententeramkan umat Islam, pemerintah Fiipina menubuhkan

Commision on National Integration pada 22 Jun 1957 yang termuat dalam Akta Republik

1888. Kemudian disempurnakan dengan Commisioner on National Integration (CNI)

yang dipertanggungjawabkan proses pengintegrasian semua penduduk dan golongan

minoriti menjadi bangsa Filipina. Oleh kerana usaha CNI gagal, ia kemudian mediganti

23
Andrew F. H. Tan. 2007. A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southern Asia. Edward Elgar
Publishing Limited. Hlm. 203.

7
dengan Presidental Assitence on National Minorities (PANAMIN) yang ternyata juga

gagal dalam melakukan usaha intergrasi nasional.24

Pemerintahan Filipina sendiri melakukan dua sikap sekali gus iaitu pertama,

perdamaian iaitu pelbagai usaha damai, dialog-dialog terbuka kepada semua kelompok

yang terlibat dalam pemberontakan dan membahas semua persoalan untuk sampai pada
25
penyelesaian yang dapat diterima. Kedua, pembangunan wilayah, melakukan

pembangunan yang melibatkan semua sumber-sumber kerajaan pusat bagi penyediaan

berbagai-bagai fasiliti ekonomi, sosial dan budaya serta memperluaskan penglibatan

penduduk dalam pembangunan tersebut. Ia tidak boleh dibantah dan boleh menggunakan

kekerasan dan tekanan pada waktu dan tempat tertentu. Antara implementasi daripada

dua sikap pemerintah adalah menubuhkan pemerintah wilayah yang mempunyai

autonomi.26

Dasar Pemerintah Filipina yang dijalankan untuk pendamaian dengan umat Islam

ialah pembentukan pemerintahan wilayah yang autonomi, pembentukan Kementerian

Urusan Agama Islam, pembentukan Badan Pengelola Perjalanan Haji Filipina,

mendirikan Institut Pengajian Isalam di Universiti Manila, mendirikan King Faisal Centre

for Islamic and Arabic Studies, Mindanao State University, mendirikan pusat pendamaian

Filipina Selatan dan melancarkan Philippines Amanah Bank dan dana pembangunan

24
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara. Hlm.
106.
25
Ibid. Hlm. 113.
26
Ibid.

8
Muslim.27 Badan-badan yang ditubuhkan oleh pemerintah Filipina untuk menguruskan

hal-ehwal umat Islam dan membangunkan Selatan Filipina.

Program dan Aktiviti yang dijalankan oleh pemerintah Filipina untuk

mengukuhkan pendamaian adalah menyelenggarkan Kongres pertama pendidikan Islam

pada 27-31 Oktorber 1980, menyelenggarakan Kongres Pertama madrasah seluruh

Filipina pada 24-26 Mei 1982, mengadakan pertandingan pembacaan al-Quran setiap

tahun, penyelenggaran Kilasan Kabuhayan al Kaunlaran (KKK), pelaksanna dialog

Nasional Muslim-Kristen pada 30 November-4 Desember 1981, menerbitkan berbagai-

bagai artikel yang berkaitan dengan pengistiharan, perintah presiden tentang agama Islam

dan umat Islam. 28 Tujuan pemerintah Filipina melakukan program dan aktiviti adalah

untuk mengukuhkan pendamaian dengan umat Islam.

3.0 GERAKAN KEMERDEKAAN SELATAN THAILAND

3.1 FAKTOR

Penindasan kumpulan minoriti

Penindasan kumpulan minoriti seperti Cina dan Melayu berlaku ketika pimpinan

Phibun Songkhram. Di Selatan Tahiland, hanya masyarakat Thai-Buddha yang dilantik

untuk memegang jawatan rasmi, manakala kaum Melayu yang meninginkan jawatan

perlu mengubah suai nama mereka menjadi nama Thai. 29 Teguran-teguran kepada

pemerintahan Thailand adalah dianggap membahayakan keselamatan negeri oleh

27
Ibid. Hlm. 113-119.
28
Ibid. Hlm. 119-123.
29
Mala Rajo Satthian. 2006. “Melayu Dan Militari Di Pattani: Analisis Krisis Politik Di Selatan Thailand”
dalam Hanizah Haji Idris. Asia Tenggara Kontemporari. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 56.

9
kerajaanThailand. Meraka yang menegur pemerintahan Thailand akan diseksa dan

dibunuh dengan kejam. 30 Oleh itu, orang-orang Melayu di Patani tidak mempunyai

kebebasan bersuara, tidak ada surat khabar, tidak mempunyai peti radio dan tiada badan

politik. Hanya masdjid digunakan oleh orang Melayu Patani untuk membincangkan isu

politik.

Pengancaman Terdadap Agama Islam dan Bahasa Melayu

Pemberontakan yang agak besar terjadi pada tahun 1923 di Belukar Semak

(Rakak), sebagai akibat pemaksaan Akta Pelajaran 1921 yang memaksa anak-anak

Melayu Patani memasuki pendidikan Kebangsaan Siam yang menggunakan bahasa

pengantar bahasa Siam.31

Pada era pucuk pimpinan Phibun Songkhram, dilancarkan program Rathaniyom

yang merupakan suatu program yang didasarkan pada ultra-nasionalisme Siam dengan

tujuan membentuk negara Siam sejati, berdasarkan satu agama, bangsa, bahasa dan

kebudayaan Siam.32 Polisi kerajaan baru telah mengakibatkan suatu implikasi yang serius

dalam harta warisan, upacara, perkahwinan, dan undang-undang syariah kaum Melayu

Islam. Phibun telah memansuhkan Pejabat Majistret yang mengadili kes keagamaan di

daerah-daerah Melayu dan telah memindahkan segala urusan kes berkenanan mayarakat

Islam dan hal-hal Islam ke mahkamah-mahkamah sivil Thai.33 Pada tahun 1944, jawatan

30
Ibrahim Syukri. 2005. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: UKM. Hlm. 102.
31
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara . Hlm. 87.
32
Ibid.
33
Mala Rajo Satthian. 2006. “Melayu dan Militari Di Pattani: Analisis Krisis Politik Di Selatan Thailand”
dalam Hanizah Haji Idris. Asia Tenggara Kontemporari. Hlm. 56.

10
kadi dihapuskan dan masalah berkaitan dengan perkahwinan serta harta pusaka diuruskan

berdasarkan undang-undang sivil tetapi bukan syariat.34

Selain itu, tindakan Thai juga memandang rendah terhadap Bahasa Melayu. Dua

perkara ini tidak mudah dipisahkan dan menegaskan identiti yang membezakan mereka

dari yang lain (merujuk kepada masyarakat Thai-Buddha di Thailand).35 Bagi masyarakat

Melayu Patani, program Rathaniyom merupakan malapetaka besar kerana tidak lagi

dibenarkan menggunakan nama Melayu, berpakaian Melayu, bercakap dan menulis

dalam bahasa Melayu bahkan belajar agama Islam.36

Pada tahun 1961, semua pondok yang berdaftar akan diberi bantuan kewangan

tetapi mestilah memasukkan mata pelajaran bahasa Siam dan sains sosial dalam

kurikulum sekolah pondok. Bagi mereka, kemasukkan kurikulum bercorak akademik

bertujuan melemahkan pencapaian Bahasa Melayu.37 Ini memberikan kesan yang buruk

sehingga 109 buah pondok terpaksa ditutup dan orang Melayu Patani melahirkan

perasaan tidak puas hati dengan mengadakan demostrasi. Bermula pada tahun 1965,

sekolah pondok moden yang berdaftar telah ditukar menjadi Sekolah Rakyat Agama

Islam yang turut mengajar pelajaran bahasa Siam, sains sosial dan yang lain. Bahasa

pengantarnya adalah bahasa Siam dan beberapa orang guru Siam mula kelihatan

memasuki pondok-pondok untuk menyemaikan bibit pengetahuan berbahasa penjajah.38

34
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara.
Hlm.87.
35
Mala Rajo Satthian. 2006. “Melayu Dan Militari Di Pattani: Analisis Krisis Politik Di Selatan Thailand”
dalam Hanizah Haji Idris. Asia Tenggara Kontemporari. Hlm. 58.
36
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara.
Hlm.87.
37
Nik Anuar Nik Mahmud, Mohd. Zamberi A. Malek. 2007. Tamadun Sosial dan Politik Melayu Patani.
Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Hlm. 162.
38
Ibid. Hlm. 163.

11
Oleh itu, penduduk Melayu Patani berasa pemerintah Thailand mengancam terdadap

agama Islam dan Bahasa Melayu

Mengabaikan Kebajikan Penduduk Selatan Thailand

Jarang sekali terdapat rancangan yang membangunkan sektor pertanian di daerah-

daerah Selatan Thailand. Taraf kesihatan semakin merosot. 39 Perkhidmatan dalam

perkara kesihatan, pelajaran dan kemakmuran tiada di Patani. Sekolah-sekolah Siam pada

masa itu hanya ditubuhkan di bandar untuk faedah anak-anak pegawai Siam dan anak

Melayu dikerah bekerja menjadi buruh untuk pembinaan jalan raya. 40 Selain itu,

kebanyakan daripada pegawai-pegawai tidak mengambil berat atas perkara faedah-faedah

dan kebajikan orang-orang Melayu.41 Kedatangan mereka ke Patani pada mulanya hanya

dengan membawa pangkat jawatan sahaja tetapi bila mereka bersara, golongan ini

mempunyai banyak tanah dan kebun di Patani. Selepas mereka bersara, mereka

membawa harta yang banyak pulang ke Bangkok. Mereka tidak mengambil berat untuk

memajukan jajahan ini.42

3.2 PERKEMBANGAN

Terdapat beberapa punca telah mencetus ketidakpuas hati dalam masyarakat

Melayu-Pattani. Menjelang tahun 1947, Haji Sulong, seorang pemimpin agama tempatan

dan ketua Majlis Islam di daerah Pattani telah menjadi seorang tokoh penting gerakan

pemisahan Pattani. Haji Sulong bin Abdul Kadir menubuhkan lembaga He’et al-Lahkanal

39
Mala Rajo Satthian. 2006. “Melayu Dan Militari Di Pattani: Analisis Krisis Politik Di Selatan Thailand”
dalam Hanizah Haji Idris. Asia Tenggara Kontemporari. Hlm. 58.
40
Ibrahim Syukri. 2005. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: UKM. Hlm. 103.
41
Ibid. Hlm. 101.
42
Ibid. Hlm. 103.

12
Shariat untuk mempertahankan undang-undang syariat di Patani.43 Dalam bidang politik

beliau menubuhkan organisasi Gerakan Rakyat Patani (GRP).44 Pada bulan April 1947,

beliau mengemukakan tujuh permintaan kepada kerajaan Thai untuk menuntut hak

autonomi untuk memerintah pemerintahan daerah-daerah Melayu.45

Rentetan daripada rampasan kuasa oleh angkatan tentera Thai pada tahun 1947

dan jangkaan kemunculan semula pemerintahan kuku besi Phibun, Haji Sulong telah

menghasut Mahmud Mahyidden di Kelantan untuk menentang Thailand. Tindakan

mereka memohon kepada masyarakat antarabangsa bagi mendapatkan sokongan dan

tuntutan berterusan mereka untuk berpisah dari Thailand akhirnya mengakibatkan Haji

Sulong diberkas kerana kesalahan menghasut pada bulan Januari 1948.46

Pembekasan Haji Sulong telah mencetus kemarahan dalam kalangan masyarakat

Melayu. Oleh itu, suatu artikel mengenai penindasan ke atas masyarakat Malayu di

Selatan Thai ditulis oleh seorang wartawan Inggeris bernama Barbara Whittingham-Jones

mula hangat dibincang. Artikel ini telah mengakibatkan kemarahan kerajaan Siam dan

Bangkok. Seterusnya pihak ini telah mengambil tindakan keras ke atas beberapa

pemimpin Melayu untuk membendung gerakan pemisahan wilayah.47

43
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara.
Hlm.87.
44
Ibid.
45
Rung Kaewdang, War and Peace Souther Boarder. 2007. Deputy Minister of Education, King
Prajadhiipois Institute. Hlm. 115.
46
Mala Rajo Satthian. 2006. “Melayu Dan Militari Di Pattani: Analisis Krisis Politik Di Selatan Thailand”
dalam Hanizah Haji Idris. Asia Tenggara Kontemporari. Hlm. 60.
47
Ibid. Hlm. 61.

13
Dalam era Perang Dunia Kedua, penentangan segala aktiviti-aktiviti kumpulan

gerakan pemisah berkembang dengan pesat. Salah sebuah kumpulan tersebut merupakan

Gabungan Melayu Pattani Raya (GEMPAR) yang diasaskan oleh Tengku Mahmood

Mahyideen, 48 sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada tahun 1948 bagi tujuan

menyatukan kaum Melayu di Pattani, Yala, Narathiwat, dan Satun untuk menuntut

pemisahan dari Siam.49 Pada tahun 1959, Tengku Abdul Jalil bin Tengku Abdul Mutalib

menubuhkan Brisan Islam Pembebasan Patani (BIPP).

Pada tahun 1969, kegiatan pemisahan telah memuncak dengan penubuhan Barisan

Nasional Pembebasan Repubik Pattani (Nasional Liberation Front of the Pattani Republic,

NLF). NLF yang ditubuhkan oleh cucu bekas Raja Pattani, iaitu Tengku Abdul Kdir

bertujuan menubuhkan sebuah kerajaan Islam. Sebuah unit ketenteraan asing yang terikat

kepada NLF yang dipanggil Tentera Nasional Pembebsan Rakyat Pattani (Pattani

People’s National Libaration Army) juga ditubuhkan. Kerajaan Thai juga menggiatkan

usaha untuk membendung kegiatan gerakan pemisah Melayu sepanjang tahun 1970-an.50

Pada tahun 1960 Haji Karim bin Hasan menubuhkan Barisan Revolusi Nasional

(BRN) dan pada penghujung 1970 Nusa Jalil Abdul Rahman menubuhkan Barisan

Nasional Melayu Patani (BRN-Kongres) dan selanjutnya pada tahun 1968, Tengku Biro

Kota Nila dan Kabir Abdul Rahman mendirikan Patani United Liberation Organization

48
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara.
Hlm.87.
49
Mala Rajo Satthian. 2006. “Melayu Dan Militari Di Pattani: Analisis Krisis Politik Di Selatan Thailand”
dalam Hanizah Haji Idris. Asia Tenggara Kontemporari. Hlm. 62.
50
Ibid.

14
(PULO) dan pada 1989, Wahyudin Muhamad, bekas timbalan pengerusi BIPP

menubuhkan barisan baru Gerakan Mujahidin Patani (GMP).51

Pada tahun 1975, masyarakat Islam Patani mengadakan demostrasi besar-besaran

di pelbagai kota di Patani yang menuntut pemberian peluang yang lebih luas dan

pembangunan yang lebih seimbang bagi Patani. Pelbagai kegiatan tersebut didalangi oleh

gerakan Sabillilah. Di samping itu, sekelompok pelajar, mahasiswa Patani di luar negeri

juga aktif mengadakan kempen untuk menuntut hak autonomi di Patani. 52 Pada 31 Ogos

1989, empat organisasi perjuangn BIPP, BRN-Kongres, GMP dan PULO membentuk

organisasi paying yang menaungi seluruh perjuangan rakyat Patani dengan nama Barisan

Bersatu Kemederkaan Patani (BERSATU) atau United Fronts for Patani Indepence.53

3.3 KESAN

Kerajaan Thai menolak hampir seluruh memoramdum yang diusulkan Haji

Sulong dan pada 16 Januari 1948, Haji Sulong dan seorang anak lelaki serta empat orang

pengikutnya ditangkap pemerintah Thai dan kemungkinan mereka dibunuh. Perjuangan

untuk mendapatkan autonomi dan membebaskan diri dari pemerintahan Thai

kemudiannya selalu muncul walaupun kebanyakannya mengalami kegagalan disebabkan

kurangnya persiapan dan perancangan serta tekanan yang kuat dari pemimpin Thai

Selatan.54

51
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara.
Hlm.88-89.
52
Ibid. Hlm.
89.
53
Ibid.
54
Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Namat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara.
Hlm.88.

15
Pada era puncak Marshal Sarit Thanarat, beliau mendirikan masjid di Patani, Yala

dan Narathiwat dan satu unit untuk mengendali pembinaan infrastuktur ditubuhkan di

tiga kawasan selatan Thailand. Unit ini ditubuhkan untuk mengendali pembangunan jalan,

air dan tenaga manusia. 55 Kerajaan Thai juga membuka Program Kajian Islam di

Universiti Songkla di Patani pada tahun 1982 dan pada tahun 1990 ditingkatkan statusnya

menjadi kolej Kajian Islam yang setaraf dengan Fakulti.56

Menjelang tahun 1980-an, muncul tiga kumpulan pemisah yang beroperasi di

kawasan sempadan di selatan. Mereka terutamanya terdiri daripada pemisah Islam,

komunis berbangsa Cina yang merupakan bekas anggota Malayan Peoples Liberation

Army (MPLA) dan komunis Thai (phu ko kan nai). Tindakan angkatan tentera Thai

untuk membanteras golongan militant berjaya menundukkan hampir semua ahli NLF

menjelang tahun 1982. Kebanyakan pemimpin NLF telah melarikan diri dari Thailand

dan meneruskan kehidupan di negara asing.57 Bermula tahun 1980-an, Bangkok telah

mengambil keputusan untuk ‘mengumpun’ masyarakat Islam di selatan Thailand dengan

program-program pembangunan ekonomi sebagai usaha untuk mencegah sebarang

kemungkinan kerjasama antara golongan pemisah Melayu Islam dan MPLA.58

Era 1990-an merupakan tempoh pengukuhan dan keamanan dalam hubungan di

antara Bangkok dan wilayah Thailand. Polisi-polisi kerajaan Demokrat Thai yang

memegang teraju pemerintahan pada tahap ini lebih bercorak mengintegrasi (inclusion)

berbanding mengecualian (inclusion). Peranan orang Melayu dalam politik antarabangsa

55
Rung Kaewdang, 2007. War and Peace Souther Boarder, Deputy Minister of Education, King
Prajadhiipois Institute.. Hlm.118.
56
Ibid.
57
Mala Rajo Satthian. 2006. “Melayu Dan Militari Di Pattani: Analisis Krisis Politik Di Selatan Thailand”
dalam Hanizah Haji Idris, Asia Tenggara Kontemporari. Hlm. 63.
58
Ibid.

16
Thai dalam tahun 1990-an agak memberangsangkan, antaranya Surin Pitsuwan pernah

memegang jawatan Timbalan Menteri, Kementerian Luar Thailand (dan kemudiannya

menjadi Menteri Kementerian tersebut), Wan Muhammad Nor Mata menjadi Speaker

Perhimpuan Kebangsaan Thailand, dan Den Tohhmeena, iaitu anak kepada Hji Sulong

pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negara. Usaha

demokrasi yang agresif sejak akhir tahun 1980-an hingga tahun 1990-an berjaya

sekurang-kurangnya untuk mewujudkan kestabilan politik di Thailand. 59 Wilayah-

wilayah selatan Thailand yang merangkumi kawasan bekas Kesultanan Patani tidak asing

kepada kemelut politik dan konflik bersenjata.

4.0 GERAKAN KEMERDEKAAN ACHEH

Muslim di Acheh mempertahankan agama sejak dijajah oleh pihak Belanda.

Indonesia berjaya membebaskan dari Belanda pada tahun 1942. Pada tahun 1953,

Muslim Association of Religious Teachers (PUSA) mengukuhkan kuasa di Acheh yang

berhubung dengan David Beureh. Pada tahun 1953, David Beureh mengistiharkan Acheh

sebagai negari Islam. 60 Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan orang Acheh

menjalankan gerakan pemisah wilayah dari Indonesia.

4.1 FAKTOR

Faktor Agama

Aceh yang semula bergabung dengan Indonesia dengan jaminan Soekarno akan

menerapkan syariat Islam, merasa kecewa kerana syariat Islam tidak dijadikan sebagai

59
Mala Rajo Satthian. 2006. “Melayu Dan Militari Di Pattani: Analisis Krisis Politik Di Selatan Thailand”
dalam Hanizah Haji Idris. Asia Tenggara Kontemporari. Hlm. 64.
60
Geoffey C.Gunn. 2000. New World Hegemony In The Malay World. The Red Press. Hlm. 96.

17
landasan negara. Kebanyakan penduduk di Acheh menganut agama Islam, oleh itu,

penduduk di situ menghadapi masalah perbezaan adat dan agama dengan penduduk

kawasan lain di Indonesia.61

Kebajikan Penduduk Acheh Tidak Dijamin

Pada tahun 1971, gas semula jadi ditemui di utara Acheh. Sumber alam ini

membawa keuntungan sebanyak $2 hingga $3 billion kepada negara Indonesia. Namun,

Acheh tidak mendapat bantuan kewangan dari pemerintah Indonesia tetapi memberi

kawasan lain seperti Jakarta dan Jawa. Tambahan pula, masalah tercetus selepas

menjumpai gas semula jadi seperti pencemaran, imigran secara besar-besaran ke Acheh,

dan tiada pembangunan di utara Acheh. 62 Tambahan pula, petani dan nelayan dipaksa

bekerja dalam kilang. Inflasi turut berlaku di Acheh dan hal ini telah menyebabkan

peningkatan kadar kemiskinan. Aspek sosial di Acheh juga mengalami perubahan. Kes

judian, arak dan dadah berleluasan di Acheh. Hal ini mencetus kemarahan Muslim di

Acheh.63

Ketiadaan keadilan dan keselamatan

Sebanyak 50,000 orang Acheh telah dibunuh, diseksa dan dipenjara oleh pihak

penguasa Indonesia sejak tahun 1976 selepas mengistihar kemerdekaan. Orang Acheh

berasa keselamatan diri terancam. Pihak Indonesia mengawal orang Acheh dengan kuasa

ketenteraan yang semakin kuat. Golongan ini ditangkap tanpa siasatan dan dipenjara.

61
Eva-Lotta E. Hedman (Ed). 2008. Conflict, Violence, and Displacement in Indonesia. SEAP
Publications. Hlm.134.
62
Marianne Heiberg, Brendan O’ Leary, John Tirman. 2007. Terror, Insurgency, and The State: Ending
Protracted Conflicts.University of Pennsylvania. Hlm.85.
63
Ibid.

18
Perjumpaan sosial turut dilarangkan dan pelancongan atau pergerakan ke negara lain

adalah dikawal. Dalam kata lain, tiada kebebasan bersuara, kebebasan menganut agama,

kebebasan komunikasi.64

4.2 PERKEMBANGAN

Pada abad ke-16 dan abad ke-17 Acheh merupakan kawasan yang bebas daripada

penguasaan Sumatera. Acheh juga berjaya mengalahkan pencerobohan yang dilakukan

oleh Portugis dan Belanda. Walau bagaimanapun, Jawa dijajah oleh Belanda pada tahun

1596. Pada tahun 1873, Belanda mengistiharkan perang dengan Acheh.65 Pihak Belanda

telah menjajah Acheh selama 69 tahun sehingga tahun 1942. 66 Selepas Perang Dunia

Kedua, Belanda menjajah semula Acheh. Kuasa Barat ini akhirnya memberi

kemerdekaan kepada Indonesia tetapi masih di bawah penguasaan Indonesia. 67 Acheh

mengguna 10 tahun untuk mencapai kemerdekaan dan pihak Indonesia mengistiharkan

Acheh sebagai ‘kawasan istimewa’ pada tahun 1959.68 Pada tahun 1950-an merupakan

tempoh gerakan Darul Islam.69 Pada tahun 1953, Tenguku Daud Bureah mengistiharkan

Acheh menyertai negeri Islam di Indonesia.70

64
C.a. Mullen, J, Atticus Ryan. 1997. Unrepresented Nations and Peoples Organization: Yearbook 1996.
Martinus Nijhoff Publishers. Hlm. 42
65
M.K. Simmons. 1996. Unpresented Nations and People’s Organization: Yearbook 1995. Martinus
Nijhoff Publishers. Hlm. 39.
66
Ibid. Hlm. 42.
67
Ibid.
68
Ibid.
69
Olivier Roy, Antoine Sfeir, John King. 2007. The Columbia world dictionary of Islamism. Columbia
University Press. Hlm. 139.
70
Justin V.Hastings. 2010. No Man’s Island: Globalization, territory, and Clandestine Groups in Southest
Asia. Cornell University Press. Hlm.25.

19
Pengasas GAM (Gerakan Acheh Merdeka) adalah Hasan Di Tiro. 71 Pada tahun 4

Desember 1976, Hasan Di Tiro mengistiharkan kemerdekaan Acheh. GAM merupakan

organisasi yang menggunakan kekerasan untuk menggerakan pemisahan Acheh dari

Indonesia sejak tahun 1963.72 GAM mempunyai hirerki yang merupai hirerki kerajaan

iaitu Jabatan Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Kewangan, Jabatan

Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Pertahanan dan jabatan lain. Anakatan Gerakan

Acheh Merdeka merupakan sayap (AGAM) GAM yang diketuai oleh Tengku Fauzi

Hasbi Geudong. GAM juga mempunyai gabenor di beberapa kawasan Acheh seperti Pase,

Batee, Ulik, Teming dan Linge.73

Gerakan pemisahan wilayah Acheh bermula pada 1970-an. Pada 4 December 1976,

Tengku Hassan selaku pengerusi Acheh-Sumatra Natinal Liberation Front (ASNLF)

mengistiharkan kemerdekaan Acheh.74 Sejak itu, sebanyak 50,000 orang Acheh dibunuh,

diseksa dan dipenjara oleh pihak penguasa Indonesia. 75 Pada tahun 1989, gerakan

pemisahan secara kemuncak. Pihak penguasaaan Indonesia melakukan penentangan

kepada gerakan ini dan menjalankan “counter insurgency operation” iaitu dengan

serangan bersenjata, penyiatan rumah, perogolan, penangkapan tanpa siasatan, penahanan,

seksaaan, Semua tindakan ini dilaksanakan tanpa alasan.76

Langkah-langkah yang diambil oleh pihak penguasa telah membangkitkan penduduk

Acheh mengambil langkah untuk menggerakan pemisah wilayah. Askar Inonesia telah

71
Ibid. Hlm. 25.
72
Paul Collier, Nicholas Sambanis. 2005. Understanding Civil War: Evidence and Analysis-Europe,
Central Asia, and Other Regions. World Bank Publications. Hlm.52.
73
Ibid. Hlm.26.
74
M.K. Simmons. 1997. Unpresented Nations and People’s Organization: Yearbook 1996. Hlm. 42.
75
Ibid. Hlm. 42.
76
Ibid. Hlm. 43.

20
menangkap penyokong gerakan pemisahan dan membunuh mereka. Beribu-ribu orang

Acheh telah ‘hilang’ selepas ditangkap ke kem ketenteraaan.77

4.3 KESAN

Pada tahun 1959, kerajaan pusat Indonesia memberi kuasa kepada Acheh dan

dikenali ‘daerah istimewa’. Acheh mempunyai kuasa autonomi untuk urusan agama,

pendidikan dan adat. Dauh Bureuh telah menghentikan gerakan pemisahan pada tahun

1962 dan beliau diampunkan oleh presiden Indonesia ketika itu, Sukarno. Keadaan damai

hanya bertahan selama beberapa tahun di Acheh. 78 Gerakan pemisahan yang ketara

dilakukan oleh GAM pada tahun 1970-an. Walau bagaimanapun, pemerintahan Indonesia

melakukan pelbagai cara untuk menyekat Acheh mencapai kemerdekaan ketika itu.

Contohnya, pihak pemetintahan mengubalkan dasar penghijrahan bagi menggalakkan

penduduk perpindahan secara besar-besaran dari Jawa dan Bali ke Acheh. 79 Pihak ini

membuat demikian untuk mengubah struktur populasi di Acheh agar dapat menyekat

aktiviti gerakan pemisah wilayah.80 Sehingga Julai 2001, rundingan antara dua pihak ini

dijalankan dan Acheh tidak lagi menegaskan pendiriannya untuk memisah dari Indonesia

kerana pemerintah Indonesia memberi hak autonomi kepada Acheh.

77
Ibid. Hlm. 43.
78
Ooi Keat Gin. 2004. Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to Timor. R-Z. volume
three. ABC-CLIO. Hlm.402.
79
Eva-Lotta E. Hedman (Ed). 2008. Conflict, Violence, and Displacement in Indonesia. Hlm.134.
80
Ibid.

21
KESIMPULAN

Salah satu cabaran kepada keutuhan negara-negara Asia Tenggara ialah

kemunculan gerakan pemisah wilayah. Hal ini kerana lazimnya di kawasan yang

membangkit gerakan pemisah wilayah akan berlaku pertempuran antara pemerintah

dengan golongan yang ingin mencapai kemerdekaan. Lataran itu, kerugian yang tinggi

dan ramai penduduk terkorban dalam pertempuran. Di samping itu, perpaduan dalam

kalangan rakyat tidak tercapai. Gerakan pemisah wilayah yang menggunakan kekerasan

dianggap bukanlah jalan penyelesaian yang sebenar.

Walau bagaimanapun, penentangan mereka terhadap pemerintah mendapat

perhatian dari pihak tersebut tetapi masih tidak berjaya mewujudkan sebuah negara ke

arah pemerintahan sendiri. Contohnya, pemerintah Thailand sanggup mengadakan

rundingan dengan pihak penentang dan menubuh badan tertentu untuk menyelesaikan

masalah umat Islam. Filipina, Thailand dan Acheh melancarkan gerakan pemisah ini

lebih cenderung kepada cara kekerasan. Perjuangan walaupun dianggap suci tetapi

seandainya membawa banyak korban serta kemusnahan harta benda ianya bukan

perjuangan yang baik.

22
BIBLIOGRAFI

Andrew F. H. Tan. 2007. A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southern Asia.


Edward Elgar Publishing Limited.

C.a. Mullen, J, Atticus Ryan. 1997. Unrepresented Nations and Peoples Organization:
Yearbook 1996. Martinus Nijhoff Publishers.

Eva-Lotta E. Hedman (Ed). 2008. Conflict, Violence, and Displacement in Indonesia.


SEAP Publications.

Geoffey C.Gunn. 2000. New World Hegemony in the Malay World. The Red Press.

Ibrahim Syukri. 2007. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: UKM.

Mala Rajo Satthian. 2006. “Melayu Dan Militari Di Pattani: Analisis Krisis Politik Di
Selatan Thailand” dalam Hanizah Haji Idris, Asia Tenggara Kontemporari, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Marianne Heiberg, Brendan O’ Leary, John Tirman. 2007. Terror, Insurgency, and the
State: Ending Protracted Conflicts, University of Pennsylvania.

M.K. Simmons. 1996. Unpresented Nations and People’s Organization: Yearbook 1995.
Martinus Nijhoff Publishers.

Nik Anuar Nik Mahmud, Mohd. Zamberi A. Malek. 2007. Tamadun Sosial dan Politik
Melayu Patani. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Olivier Roy, Antoine Sfeir, John King. 2007. The Columbia world dictionary of Islamism.
Columbia University Press.

Justin V.Hastings. 2010. No Man’s Island: Globalization, territory, and Clandestine


Groups in Southest Asia. Cornell University Press.

Kumar. Ramakrima, See Sang Tan. 2003. “The Moro Rebellion: Antecedentd and
MNLF’s Emergence” dlm After Bali: The Threat of Terrorism In Southeast Asia.
Singapore: Institute of Defence and Strategic Studies.

Ooi Keat Gin. 2004. Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to
Timor. R-Z. volume three. ABC-CLIO.

Paul Collier, Nicholas Sambanis. 2005. Understanding Civil War: Evidence and Analysis
Europe, Central Asia, and Other Regions. World Bank Publications.

23
Rung Kaewdang. 2007. War and Peace Southern Boarder. Deputy Minister of Education.
King Prajadhiipois Institute.

Saifullah Mohd Sawi. 2009. Samsu Abadi Namat, Sejarah dan Tamadun Islam di Asia
Tenggara. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Thomas M McKenna. 1998. Muslim Rulers and Rebels: Everyday Politics and Armed
Separatism in the Southern Philippines. Berkeley: University of California.

24