Anda di halaman 1dari 12

MASA

PENDAFTARAN PELAJAR
8.25 MALAM PENDAFTARAN

8.30 MALAM PENGUMUMAN Di sini terdapat beberapa pengumuman. Mohon


semua hadirin memberi perhatian terhadap
pengumuman yang akan dimaklumkan.
1. Hadirin diminta mengambil tempat sebelum
majlis bermula.
2. Mohon pastikan telefon bimbit anda berada
dalam mod senyap bagi mengelakkan gangguan
ketika majlis sedang berlangsung.
3. Hadirin juga diminta untuk mengurangkan
pergerakan keluar masuk sewaktu majlis sedang
berlangsung. dan Pergerakan keluar dan masuk
hanyalah melalaui pintu utama sahaja kerana
pintu-pintu di sebelah kiri dan kanan dewan akan
ditutup.
4. Hadirin diminta bersedia kerana majlis akan
bermula sebentar sahaja lagi.
Terima kasih.

8.45 MALAM KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan


Damian Yeo Shen Li, Ahli Dewan Undangan
Negeri Duyong, diiringi Pn Siti Norkiah binti
Idris, Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu, Dr Norshidah
binti Abu Husin, Timbalan Pengarah IPG KPM
beserta pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah diiringi oleh dif-dif jemputan masuk ke
dalam dewan.
Hadirin yang dihormati sekalian, aturcara majlis
dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu
Melaka Maju Jaya dan lagu IPGM

---- NYANYIAN LAGU ----

Terima kasih diucapkan. Semua hadirin


dipersilakan duduk.

8.55 MALAM KATA ALU-ALUAN Bismillahirrahmanirrahim,

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Yang Berhormat Tuan Damian Yeo Shen Li,
Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong,
Yang Berbahagia, Pn Siti Norkiah binti Idris,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu Melaka, Yang Berusaha, Dr
Norshidah binti Abu Husin, Timbalan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu Melaka,
Yang Berusaha En. Abdul Halim bin Abdul
Malek, Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah
Melaka Tengah, Yang Berusaha Dr. Mohd
Azam bin Ahmad, Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah Jasin, Yang berusaha, puan hajah
Halimah Binti Che Mad, Ketua Jabatan Jabatan
kecermelangan Akademik, Yang berusaha Puan
Sarina Binti Baharuddin, Ketua Jabatan Sains
Sosial, Ketua2 jabatan, ketua2 unit, para
pensyarah, staf2 sokongan, tuan2, puan2 dan
seterusnya siswi guru yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Malam Pertandingan
Muzik Malaysia tahun 2019. (RINA, TEAH)

9.00 MALAM
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat
kita bersama-sama berkumpul pada Malam
Pertandingan Muzik Malaysia bagi tahun
2019. (RINA)

Amboi, mengacara sorang2, tak tunggu orang.


Tu dia lah, kan dah takut. (TEAH)

Allah, lupa ada partner. Mai2 sini.

Teah, cuba cerita sikit malam ni tentang apa


sebenarnya. Semua orang nak tahu ni.

Untuk makluman YB dan para hadirin sekalian,


Penganjuran program ini adalah dibawah
kelolaan Unit Muzik Jabatan Sains Sosial IPG
KPM dengan kerjasama unit-unit di bawah
Jabatan Sains Sosial. Bertemakan, Retro dan
Tradisional, penganjuran kali ini cuba
menampilkan kepelbagaian di Malaysia melalui
medium muzik dan kebudayaan dengan
persembahan oleh siswi guru IPG Kampus
Perempuan Melayu. Objektif penganjuran ini
juga adalah untuk mencungkil bakat-bakat siswi
guru dalam bidang kebudayaan selain dapat
memenuhi kluster keenam dan kelapan
Transformasi IPG melalui peningkatan kualiti
guru dan pemantapan pembangunan
profesionalisme keguruan.
Sebelum kita nak mulakan pertandingan, kita
mesti kena tau dulu apadia syarat pertandingan.
SYARAT-SYARAT
Haaaa, jadi meh sini saya nak terangkan syarat
PERTANDINGAN
pertandingan pada malam ni.

SYARAT PERTANDINGAN

Sekarang kita akan berkenalan dengan juri pada


malam ini iaitu:

Encik Hasbulah Bin Salam iaitu Pensyarah


IPGKPM sebagai ketua juri. Seterusnya Encik
Haidir Bin Mohamad Tahir iaitu Penolong
Pengarah Unit Sains Sosial dan yang terakhir
Puan Noriah Binti Ahmad yang merupakan
Koreografer dari Institut Seni Malaysia.

Baiklah, bagi membuka tirai majlis pada malam


ini, marilah sama-sama kita menyaksikan
persembahan Osombel Perkusi dengan lagu
Apek dan Marjinah dan Do Re Mi. Osombel ini
akan dipersembahkan oleh kumpulan pelajar
PISMP Elektif Muzik Jun 2018 atau nama manja
mereka, Dolce e Vivace di bawah pimpinan En
Kamarudin bin Katon. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

***

(tudiaaa hebatnya, terpegun tengok…)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan dari kumpulan Dolce e Vivace
yang cukup menarik sebentar tadi.. ha tu dia
nama kumpulan depa…meletup aihhh
-TARIAN ZAPIN Teah : rina,, rina tau bunga x

9.10 MALAM Rina: bunga apa tu Teah?

Teah: bunga zapin.. (lakonkan) macam ni

Rina: ohhh.. bukan ke Zapin dengan Inang ni


tarian tradisi masyarakat melayu?

Teah: haah betul tu… tarian ini ditarikan pada


majlis keramaian seperti majlis perkahwinan

Rina: ohh kalau macam tuh jom kita tengok.

Teah: Hadirin sekalian, tanpa membuang masa,


majlis diteruskan lagi dengan slot pertandingan
pada hari ini dengan persembahan tarian zapin
daripada kumpulan Bayu Inderaloka. Majlis
mempersilakan

Demikianlah tadi persembahan daripada


kumpulan Bayu Inderaloka iaitu daripada unit
PISMP SEJ dan PISMP PAKK ambilan JUN
2018.

-TARIAN (wau, nampaknya malam semakin hangat. Tak


SUMAZAU begitu Arina?)

(Ya, betul tu Teah..)

rina : Zapin dh tengok, apa kata kita pergi sabah


pulak gi tengok orang duk joget (lakonkan) gini

teah : Ohhh tu tarian sumazau

rina: haah.. jom kita tengok tarian sumazau


pula
Seterusnya, kita mempersilakan kumpulan yang
kedua iaitu tarian Sumazau dari kumpulan
Sumandak Olumis. Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada peserta


kumpulan kedua. Satu persembahan yang
mengkagumkan. Untuk pengetahuan warga
dewan, tarian sumazau merupakan tarian tradisi
masyarakat sabah yang telah dipersembahkan
oleh unit PPISMP PAI 1 DAN PPISMP PAI 2.

9.30 MALAM - LAGU STANDING Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan lagi
IN THE EYES dengan persembahan kombo daripada
kumpulan AJAK’S dengan lagunya yang bertajuk
STANDING IN THE EYES OF THE WORLD.
Majlis mempersilakan.

Huhhhh ! Bergegar dewan dengar suara.


Persembahan tadi terdiri daripada pelajar elektif
muzik ambilan jun 2016 iaitu sem 6 .

-ACTION SONG Seterusnya, bagi memeriahkan lagi majlis kita


HARIMAU pada malam ini, mari sama-sama kita saksikan
MALAYA LEGACY persembahan yang akan menaikan semangat
kenegaraan dan perpaduan kita pada malam ini
iaitu Action Song Harimau Malaya Legacy oleh
PISMP elektif Didik Hibur Muzik sem 8. Majlis
dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


persembahan yang cukup memukau sebentar
tadi.
9.40 MALAM KUMPULAN DIKIR Teah : Arina,,, rina pernah gi kelate dok.
BARAT Teah pernah dengar satu persembahan yang
orang duduk tepuk tangan, pusing kiri kanan…
ada barat barat tuhhh

Rina: Ohhh, dikir barat

Teah :Haaahh dikir barat.. hang pa tau dok dikir


barat tu apa.. dok angguk2 geleng2 ni mesti xtau
ni. Rina cer habaq sikit

Rina: takpa2 biaq rina habaq

Rina : Untuk makluman semua, dikir barat


merupakan persembahan secara berkumpulan
yang mempunyai tok karut dan awak-awak

Teah: awak-awak tu apa rina

Rina: awak-awak tuh orang yang dduk ikut tok


karut sambil buat pergerakan.. ala teah kita
tengok je lah persembahan daripada kumpulan
pertandingan kita iaitu the PK’s. Tanpa
membuang masa, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan dikir


barat kita tadi.
Hangat depa punya persembahan nohh. Teruih
nampak dah awak-awak tuhh apa.. untuk
makluman semua, persembahan ini daripada
Unit Pendikan Khas 1 & 2 Ambilan Jun 2018.

9.50 MALAM - PELANGI Teah : Ni apa pulak ni dduk pegang-pegang


PETANG gitar? Beratur dekat kibod pulak ni.. nk nyanyi
lagu apa habaq sikit cheq nk dengar… (bagi mic
dekat sapa2)

Teah: Ohh pelangi petang.. cheq tau lagu ni..


hampa main cheq try nyanyi, x sedap maaf lh
nah

Rina: aduhhhh sedap suara teahh..

Rina: Untuk pengetahuan tuan2 dan puan2, lagu


pelangi petang dan juga lagu matahari yang
akan dipersembahkan selepas ini merupakan
satu persembahan onsombel pop orchestra
-MATAHARIKU daripada dolce e vivace.

Seterusnya, mempersembahkan matahariku

Teah: Haaaa tudia tudia tudiaaa…Dia punya


suara menggegar.. Kan Arina kan ?

Arina : Sedap sungguh, macam penyanyi


sebenar.

10.00 MALAM -TARIAN KIPAS Teah: panas lah malam ni,, kipas x dak ke ?
Rina: kipas x dak tapi tarian kipas ada lah
Teah: kalau macam tuhh lekaih suruh depa buat
persembahan baru sejuk sikit

Rina: Pertandingan malam muzik Malaysia ini


diteruskan dengan tarian kipas daripada Fans
kicking steppers. Majlis mempersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada kumpulan Fans


kicking steppers yang dianggotai oleh PPISMP
PK1 dan PK2 ambilan jun 2018...
- Untuk pengetahuan hadirin, Tarian
pertama bagi kumpulan ini merupakan
satu bentuk ritual pemujaan dan
berkembang kepada hiburan dalam
bentuk sekelompok wanita. Manakala
tarian kedua tarian wusyu yang
dipengaruhi pergerakan pertempuran.

-TARIAN
BHARATANATYAM ‘Pasang audio india selama 3 saat’

Teah: tu dia, tu dia india mari dh rina.. sabar sat


naa.. cepat2 rinaa
Rina : okay okay … dengan ini majlis
mempersilakan kumpulan pertandingan kita
yang seterusya iaitu BOLEY GIRL yang
dianggotai PPISMP PAKK JUN 2018 dengan
tarian bharatanatyam

Selepas tarian :
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang
begitu memukau. Untuk makluman Tarian
Bharatanatyam ini merupakan tarian tradisi
masyarakat india. Tarian ini merupakan tarian
klasik india yang tertua. Tarian ini juga
mempunyai tiga komponen iaitu gerakan, mimic
dan muzik. Kumpulan ini juga merupakan
kumpulan yang terakhir bagi pertandingan.
Disini ada satu pengumuman, perhatian kepada
10.20 MALAM warga dewan. Bagi undian secara online
pertandingan pada malam ini telah dibuka
-PERSEMBAHAN sekarang. Para penonton boleh dapatkan link
TARIAN JOGET tersebut melalui sebaran di group-group aras.
(MAGNIFICIENT Bagi yang tidak dapat mengakses link tersebut,
GIRL’S) anda boleh Scan QR code yang telah ditampal
di tiang-tiang dewan.

Rina : Dah habis semua tradisi masyarakat di


Malaysia kita tengok. Mai kita tengok hat lain
pulak.

Teah: Baru malaysia x sampai ke Sarawak


brunei lagi. Hang jangan duk buat main. joget
pon boleh sampai brunei

Rina: wauuuuuuuuuu x sabar pulak cheq nk


tengokk

Teah: kalau macam itu, majlis


-ENSEMBEL mempersembahkan Magnificient Girl’s dengan
PERKUSI Tarian Joget
-----SELEPAS---

Rina: dh siap menari dah siap berjoget maii lh


pulak kita tengok acara kemuncak pada malam
ini. Acara kemuncak pada malam ini akan
dipersembahkan oleh dolce e vivace dengan
lagu yang bertajuk Srikandi cintaku.

---------SELEPAS HABIS PERSEMBAHAN-------


Perhatian kepada warga dewan, undian secara
online telah ditutup.
Teah : Dengaq cerita kita ada persembahan
istimewa. Rina tau dak sapadia ?
Rina : Sapadia ? Ada lagi Ka ??
Teah : Adaaaa.

Sama2 : Terimalah Persembahan Daripada Para


Pensyarah Ipgkpm.

**
PENGIRAAN MARKAH

Hadirin sekalian, kini tibalah masa yang dinanti-


10.35 MALAM PENYAMPAIAN nantikan iaitu sesi penyampaian hadiah. Oleh
HADIAH itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang berusaha Dr Norshidah
Binti Abu Husin, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Perempuan Melayu Melaka. Pegawai
Pendidikan Daerah Melaka Tengah, En. Abdul
Halim bin Abdul Malek, diiringi oleh Yang
Berbahagia, Pn Siti Norkiah binti Idris, untuk
naik ke atas pentas bagi acara penyampaian
hadiah.

Bagi sijil penyertaan, dijemput ketua kumpulan :


 Bayu inderaloka
 Sumandak Olumis
 The PK’s
 Fan Kicking Steppers
 Boley Girl

Bagi kategori kostum terbaik, dimenangi oleh :

Bagi kategori Koreografi terbaik, pemenangnya


adalah ….
Seterusnya persembahan yang menjadi pilihan
juri adalah kumpulan ..

Bagi persembahan keseluruhan terbaik


disandang oleh:

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Berbahagia En. Abdul Halim bin Abdul
Malek, atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi. Tahniah juga diucapkan ke
pada para pemenang.

*penyampaian cenderahati kepada vip

Seterusnya Majlis mempersilakan Yang


Berbahagia, Pn Siti Norkiah binti Idris, diringi
oleh Dr Norshidah Binti Abu Husin untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia En. Abdul Halim bin Abdul Malek,

Hadirin dewan sekalian,


10.50 MALAM BERSURAI Dengan berakhirnya sesi penyampaian
cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada hari ini.

Andai kata tersilap bicara,


Kemaafan jua kami pohonkan.
Kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan surah
al-asr dan tasbih kafarah.

***
Diminta dif-dif kehormat untuk tampil kehadapan
bagi sesi fotografi . terima kasih

11.00 MALAM MAJLIS TAMAT

Anda mungkin juga menyukai