Anda di halaman 1dari 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SULAIMAN

MINIT MESYUARAT UNIT KWAPM KALI KE-2


TAHUN 2017

Tarikh : 17 April 2017

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Parit Sulaiman

Pengerusi : Pn Haslinda Binti Ahmad

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat unit KWAPM bagi tahun 2017.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Nurrizan Binti Ahmad


Disokong untuk pengesahan oleh Puan Hairiah Binti Muhammad Ilyas

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


TIADA

PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA / FOKUS MESYUARAT

4.1 E-KASIH DAN KWAMP

4.1.1 Seramai 31 orang murid telah diluluskan untuk menerima bantuan KWAPM
dan borang telah diedarkan kepada murid Tahun 2 hingga tahun 6 2017 .

Tindakan: Semua guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1.1 Seramai 3 orang murid telah diluluskan untuk menerima bantuan e-KASIH
2017 dan akan mengedarkan lagi borang kepada Tahun 1 2017 kepada
murid yang layak.

Tindakan: Semua guru

4.1.2 Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM) akan membuat permohonan bagi yang
cicir untuk memastikan murid-murid yang berkelayakan mendapat bantuan
yang sewajarnya.
Tindakan: Semua guru

4.1.3 Pengambilan buku akaun bagi bantuan KWAPM akan dilaksanakan pada
12 hingga 15 Jun 2017 bermula jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengah hari.
Borang akuan peneriman KWAMP perlu ditandatangani oleh ibu bapa
sebelum pulang.

Tindakan: Semua guru dan


Penyelaras KWAMP

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Haslinda menyatakan bahawa segala borang permohonan KWAPM


dan surat – menyurat berkaitan KWAPM hendaklah dikumpulkan dan
dilampirkan di dalam fail untuk tujuan penyemakan.

Tindakan: Penyelaras KWAMP

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

6.0 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan


penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Dicatat oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( MUHD AFIQ BIN SULIMAN ) ( PN. HASLINDA BINTI AHMAD )
Setiausaha Unit KWAPM, Guru Penolong Kanan HEM,
SK Parit Sulaiman , SK Parit Sulaiman,
Pontian , Johor. Pontian, Johor.

Tarikh : 19 APRIL 2017 Tarikh : 19 APRIL 2017

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai