Anda di halaman 1dari 7

TEKS MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 TAHUN 2019

BIL AGENDA TEKS


PENGUMUMAN • Untuk makluman para hadirin, majlis
akan bermula sebentar lagi.

• Para hadirin diminta mengambil


tempat duduk.

• Majlis memohon kerjasama daripada


para hadirin untuk tidak mengaktifkan telefon
bimbit atau telefon bimbit anda dalam nada
silent mode atau getaran sahaja.

• Mohon juga menghadkan sebarang


aktiviti keluar masuk sepanjang majlis
berlangsung untuk mengelakkan sebarang
gangguan.

1. Ketibaan para jemputan dan ibu bapa Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat
Senator Dato’ Razali Bin Idris (Ahli Dewan
Negara) dengan diiringi Pn. Nazilan Binti Mohd
Salleh, (Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan
Daerah Besut) , En. Wan Maaliki Bin Wan Jusoh
(Yang Dipertua PIBG SK Seri Payong), En.
Zuhaidi Bin Othman (Guru Besar SK Seri
Payong), barisan guru penolong kanan dan Ahli
Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Seri
Payong.

2. Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Sidang hadirin yang dihormati,


Terengganu Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagu Negaraku dan Negeri
Terengganu.
……………………………………….
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian
itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3. Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Pengacara Majlis Dipalu oleh Si Anak Muda,
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismillahirahmanirrahim….

Yang Berhormat Senator Dato’ Razali Bin Idris


Ahli Dewan Negara,

Yang Berusaha Pn. Nazilan Binti Mohd Salleh


Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah
Besut
En. Wan Maaliki Bin Wan Jusoh
Yang Dipertua PIBG SK Seri Payong

En. Zuhaidi Bin Othman


Guru besar SK Seri Payong

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Seri Payong

Seterusnya, para hadirin sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh…dan selamat petang.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini,


dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita
berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali
ke 34 tahun 2019 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Seri Payong


turut sama merakamkan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin
dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat
Senator Dato’ Razali Bin Idris kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.

4. Bacaan doa
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama


kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan
untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh adik Mohd Haziq Iqbal Bin Hassan.

…………............................................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik


Mohd Haziq Iqbal Bin Hassan atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak
adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah
keluarga. Lantaran itu, permuafakatan antara
ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin
kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam
melayari bahtera kehidupan yang semakin
mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang


dicurahkan oleh guru dan ibu bapa amat
penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri
yang cemerlang.

5. Ucapan YDP PIBG Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara
Dengan ini majlis ingin menjemput En. Wan
Maaliki Bin Wan Jusoh, Yang Dipertua PIBG SK
Seri Payong untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

…………………………………………………

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada En. Wan Maaliki Bin Wan Jusoh atas
ucapan tadi.

6. Ucapan alu-aluan oleh guru besar


Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat pembuka kalam.

Seterusnya, majlis ingin menjemput En. Zuhaidi


Bin Othman, Guru Besar SK Seri Payong untuk
menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


………………………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada En. Zuhaidi Bin Othman atas ucapan
alu-aluan itu tadi.

7.* Ucapan PPD /wakil PPD Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput
Pn. Nazilan Binti Mohd Salleh, Pegawai SISC+
Pejabat Pendidikan Daerah Besut untuk
menyampaikan sedikit ucapan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Pn. Nazilan Binti Mohd Salleh atas
ucapan sebentar tadi.

7. Persembahan murid Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Mendengar ucapan selesai sudah
Persembahan murid menyusul pula

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan


nasyid yang dipimpin oleh Pn. Norina Binti
Mohd Nor dan Ustaz Abdul Adzim Bin Rani @
Abdul Ghani.

Majlis mempersilakan.

…………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada semua murid


yang telah membuat persembahan sebentar
tadi. Diharap semua warga dewan terhibur
dengan persembahan yang diberikan.

8. Ucapan perasmian YB Senator Cempaka sari warisan sejati,


Menjadi kebanggaan seisi negeri,
Ucapan perasmi memang dinanti,
Berilmu tinggi bijak bestari

Kini tibalah masa untuk kita mendengar


amanat dan ucapan yang akan disampaikan
oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Razali Bin
Idris ahli Dewan Negara dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri
Payong kali ke 34 bagi tahun 2019.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

………………………………………………….
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berhormat Senator Dato’ Razali Bin Idris
atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga
segala amanat dan ucapan Yang Berhormat
tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan
bersama.

9. Penyampaian sijil penghargaan kepada Kuning emas masaknya padi


AJK PIBG sesi 2017/2019 Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG
sesi 2017/2019.
Dengan ini, majlis menjemput Yang Berhormat
Senator Dato’ Razali Bin Idris (Ahli Dewan
Negara) dengan diiringi oleh guru besar SK Seri
Payong, En. Zuhaidi Bin Othman untuk
menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG sesi 2017/2019.

Dengan segala hormatnya, majlis


mempersilakan.

Dipersilakan …..

En. Wan Maaliki Bin Wan Jusoh selaku Yang Di


Pertua PIBG SK Seri Payong untuk naik ke atas
pentas menerima sijil penghargaan.

Seterusnya dijemput….
En. Rosman Bin Awang – Naib Yang Di Pertua
PIBG SK Seri Payong.

En. Mohamad Haniff Bin Hj. Abdul Murad –


Setiausaha agung PIBG SK Seri Payong

En. Mohd Zaki Bin Shafii – Bendahari agung


PIBG SK Seri Payong

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Seri Payong

En. Ahmad Roslee Bin Mohamad


En. Zaidi Bin Haron
En. Kamarulzaman Bin Salim
En. Mohd Baliya Bin Nor
En. Amaran Bin Mustafa
En. Syukri Bin Bidin
En. Abdul Razak Bin Mohamed
Tuan Soh Bin Tuan Daud
Tuan Hj. Bustaman Bin Mat Seman
Pn. Rahmah Binti Mat Lazim
Pn. Rohama Binti Mohamad
Pn. Wan Maziah Binti Husin
Pn. Zuliana Binti Abu
Pn. Maimunah Binti Hussain
Pn. Kasiah Binti Seman.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Yang Berhormat Senator Dato Razali
Bin Idris, atas penyampaian sijil penghargaan
itu tadi.
10. Penyampaian cenderahati kepada YB Tanam selasih ditepi halaman
Senator Dato’Razali Bin Idris dan Pegawai Selasih berbunga buat hiasan
Pendidikan Daerah Besut Terima kasih kami abadikan
Lewat sebuah cenderamata tanda kenangan

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-


kenangan, dipersilakan Yang Di Pertua PIBG SK
Seri Payong, En. Wan Maaliki Bin Wan Jusoh
dengan diiringi oleh guru besar, SK Seri Payong,
En. Zuhaidi Bin Othman untuk menyampaikan
sedikit cenderahati kepada Yang Berhormat
Senator Dato’ Razali Bin Idris (ahli Dewan
Negara) dan Pn. Nazilan Binti Mohd Salleh,
(Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah
Besut).

Majlis mempersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada Yang Di Pertua


PIBG dan tuan Guru Besar atas penyampaian
cenderahati itu tadi.

11. Majlis penutup Ada tengah, ada tepinya


Ada pangkal, ada hujungnya
Ada hulu, ada muaranya
Ada laut, ada pantainya
Ada mula, ada akhirnya
Ada awal, ada penyudahnya
Dan kini
Tamatlah majlis kita pada kali ini

Dengan berakhirnya penyampaian sijil


penghargaan dan cenderahati itu tadi, maka
selesai lah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung SK Seri Payong kali ke 34 bagi tahun
2019.
Dari mana asalnya, usah diusul,
Molek budinya menambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan di bawa ke dalam hati.

Saya mewakili Ahli Jawatankuasa PIBG SK Seri


Payong merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua
hadirin kerana sudi meluangkan masa
menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke 34 Bagi Tahun 2019 ini.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Semua tetamu kehormat dijemput untuk


menjamu selera di Biik Santapan Aminah.

Seterusnya, saya serahkan majlis kepada


pengerusi sementara, En. Wan Maaliki Bin Wan
Jusoh untuk meneruskan agenda mesyuarat
Agung PIBG SK Seri Payong kali ke 34 bagi
tahun 2019.

Anda mungkin juga menyukai