Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan adalah gedung ilmu 大学;高等学府. Di perpustakaan


terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel,
majalah dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di
mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca. Membaca
jambatan ilmu, ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid
semakin bertambah.
Antara faedah mengunjung perpustakaan ialah kita dapat
menambah ilmu pengetahuan dan perbendaharaan kata. . Apabila kita
membaca di situ, kita akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di
dalam dan di luar negara sama ada yang berkaitan dengan bidang
ekonami , politik dan sebagainya. Ini akan meluaskan pengetahuan kita.
Selain itu, pembacaan dapat menambah perbendaharaan kata kita.
Apabila kita membaca buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-
perkataan baharu. Ini akan membantu kita menulis karangan dengan
lebih baik. Bah kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.
Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi
seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh,
menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi.Justeru itu,
murid-murid dapat berlatih mendisiplinkan diri di perpustakaan dan ini
diharap akan menjadi amalan dalam kehidupanmereka
Di samping itu, kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-
murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah
buku boleh dipinjam di perpustakaan.Oleh itu, wang tersebut bolehlah
disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain.
Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang
dengan aktiviti yang berfaedah kerana masa itu emas. Kita boleh
membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan. Dengan itu, masa kita
tidak dibazirkan dengan sia-sia. Situasi ini juga boleh mencegah kita
daripada terlibat dengan aktiviti yang tidah sihat seperti merokok,
melepak dan sebagainya.
Banyak kebaikan perpustakaan perlu dimanfaatkan oleh masyarakat
khususnya remaja. Semua pihak hendaklah mengambil peluang untuk
memantapkan pengetahuan dengan mengujungi perpustakaan.