Anda di halaman 1dari 1

Sambutan Hari Sukan

Pada 13 Mei 2018, SJKC Keh Seng telah mengadakan sambutan Hari
Sukan. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk mengcungkil bakat
murid dalam bidang sukan.

Sebelum sambutan Hari Sukan, murid-murid sibut membuat


perseidiaan untuk mencantikkan padang. Antaranya termasuklah
menyapu lantai, menghias padang dengan panji-panji yang cantik,
menyusun kerusi dan sebagainya. Beberapa buat khemah juga didirikan
untuk para hadirin. Murid-murid bekerjasama menjalankan tugas bagai
aur dengan tebing. Selepas itu, padang sekolah kelihatan bersih dan
cantic seperti istana.

Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid berkumpul di


padang sekolah. Keadaan di sana penuh sesak seperti ikan di dalam
belat. Sebelum acara sukan bermula, acara perbarisan yang disertai
oleh semua kontinjen unit beruniform dan pasukan daripada semua
rumah sukan diadakan. Selain itu, pertunjukan dari pancaragam
sekolah juga mempersembahkan tiga buah lagu Mula-mula, Guru Besar
dijemput untuk memberikan ucapan. Dalam ucapan Guru Besar, beliau
menasihati murid-murid mementingkan sukan dan jangan menjadi ulat
buku. Selepas itu, beliau merasmikan sukan tahunan.

Terdapat pelbagai acara dipertandingkan seperti lompat tinggi,


lompat jauh, lumba lari dan lain-lain. Setiap peserta bertanding dengan
bersungguh-sungguh. Para penonton bersorak-sorai sambil bertepuk
tangan untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. Suasana
yang meriah telah menyelubungi seluruh padang.

Acara sukan tamat dengan lancar. Rumah kuning menjadi johan


keseluruhan pada tahun ini. “Olahragawati Terbaik” dimenangi oleh
Jessie Tan dari Kelas 6L. Guru besar menyampaikan piala dan pingat
kepada pemenang-pemenang. Beliau juga menasihati para peserta
supaya yang menang jangan sombong, yang kalah jangan berputus asa.

Sukan tahunan sekolah saya tamat pada pukul 2.00 petang, Semua
warga sekolah dan ibu bapa pulang ke rumah degan gembira walaupun
keletihan.