Anda di halaman 1dari 3

1

Menghayati Tujuan dan Maksud Kehidupan

Sidang Jumat yang dirahmati Allah,


Marilah sama-sama kita meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah dengan
melaksanakan semua perintahNya dan menjauhi semua laranganNya. Mudah-
mudahan Allah s.w.t. mengkarurniakan kepada kita kasihNya pada bulan yang mulia
ini.
Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah,
Kini kita sudah hampir memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Pada
saat dan detik ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan membuat perhitungan
diri. Bagaimanakah sambutan Ramadan kita kali ini? Adakah kita berhasil
memanfaatkan peluang pahala yang melimpah di bulan Ramadan? Adakah kita telah
berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita? Ataukah
masih lagi terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki?
Jangan kita menjadi seperti sebagian individu yang mana Nabi s.a.w.
menyifatkan mereka sebagai orang yang rugi karena Ramadan datang kemudian
berlalu pergi, sedangkan dirinya tidak mendapat pengampunan Tuhan. [Hadith riwayat
Imam At- Tirmidzi]. Semoga kita dijauhkan daripada tergolong di antara mereka yang
rugi insya-Allah. Amin Ya rabbal Alamin.

Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah,


Pada kesempatan kali ini, marilah kita sama-sama menghayati sepotong ayat
suci al-Quran, yang di dalamnya Allah s.w.t. menjelaskan tujuan diciptakan kehidupan
dan kematian. Allah s.w.t. berfirman:

Yang artinya: “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu), untuk
menguji dan memperlihatkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik
amalnya; dan Dia Maha Kuasa (untuk membalas amalmu), lagi Maha Pengampun,
(bagi orang-orang yang bertaubat).” [Surah al- Mulk: 2].
Pada ayat yang baru kami bacakan, Allah s.w.t. menetapkan bahwa di antara
tujuan utama kehidupan ini merupakan peluang bagi manusia untuk menambah
amalan baiknya. Amalan yang paling baik merupakan amalan yang penuh dengan
keikhlasan, keihsanan dan kesungguhan, dan bukannya amalan yang walaupun
banyak, tetapi dipenuhi sifat-sifat buruk seperti riya’ takabbur, yang sekaligus bakal
merusak amalan.
Seorang mukmin sentiasa berusaha untuk menjaga amalan yang dia
laksanakan, karena setiap amalan yang dia laksanakan merupakan peluang untuk dia
mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Maka dia bukan saja menjaga hubungannya
2

dengan Allah s.w.t. melalui amalan soleh yang dia laksanakan, akan tetapi ia juga
turut memperhatikan peluang untuk menyumbang kepada kebaikan. Yang mana
melaluinya akan memberi manfaat kepada kehidupan orang lain.
Sumbangan ikhlas kita, sebagai contoh, ia bukan hanya suatu bentuk ibadah
semata-mata, tetapi ia mampu memberi kesan, manfaat dan sinar harapan kepada
golongan-golongan yang memerlukan. Hayatilah akan sabda Rasulullah s.a.w.:

Yang artinya: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling
memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah
adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain,
membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku mengikuti
saudaraku bagi menunaikan keperluan[nya] lebih aku cintai daripada beriktikaf di
masjid ini (masjid Nabawi) selama sebulan penuh.” [Hadith riwayat At- Tabrani].
Lihatlah saudaraku, bagaimana dengan membahagiakan manusia lain dan
melepaskan kesulitan seseorang itu disifatkan Nabi s.a.w. sebagai sebaik-baik
amalan. Bahkan lebih afdal daripada pahala beriktikaf di masjid Baginda s.a.w. selama
sebulan lamanya.

Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah,


Sejajar dengan sambutan bulan Ramadan yang mulia ini. Manfaatkanlah
peluang di bulan yang mulia ini untuk kita ulurkan kelebihan harta yang kita nikmati ini
melalui sumbangan derma, zakat, wakaf dan infaq. Karena seorang mukmin itu peka
akan hal keadaan disekelilingnya. Ia peka akan keperluan insan lain dan berusaha
untuk memenuhi keperluan tersebut serta mengulurkan bantuan. Perhatikan sabda
Nabi s.a.w. yang maknanya: “Tidak termasuk seorang mukmin jika dia yang kenyang
sementara tetangganya dekatnya ada dalam kelaparan.” [Hadis riwayat At-Tabrani].
Ingatlah saudaraku bahawa disebalik usaha dan pengorbanan kita lakukan
untuk membantu individu yang lain, ia juga akan memberi makna kepada kehidupan
kita. Dengan itu, manfaatkanlah peluang untuk melakukan kerja-kerja sukarela seperti
mendaftarkan diri sebagai pendamping (befrienders) di masjid-masjid, yang
mendampingi para penerima zakat atau melibatkan diri dalam aktivitas-aktivitas
kemasyarakatan di rumah-rumah kebajikan, panti asuhan, panti wreda dan lain
sebagainya. Selagi mana sumbangan seperti ini diiringi dengan niat yang ikhlas, ia
akan menjadi sebahagian daripada catatan amal kebaikan kita sekembalinya kita di
akhirat kelak.

Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah,


Beberapa jam lagi, kita akan memasuki sepuluh malam yang terakhir di bulan
Ramadan, yang mana salah satu malam dari malam tersebut dijanjikan malam Lailatul
Qadar. Saya pasti ramai di antara kita menanti-nantikan ketibaan malam Lailatul
Qadar. Namun begitu, apakah persiapan kita dalam menyambut ketibaan malam
tersebut?
Bayangkan saudaraku, sekiranya amal kebajikan yang kita lakukan sepanjang
sepuluh malam terakhir ini ditakdirkan kita melaksanakannya bertepatan dengan
‫‪3‬‬

‫‪malam Lailatul Qadar. Bayangkan pahalanya. Bayangkan hebatnya pahala dari‬‬


‫‪Tuhan. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Qadr ayat ketiga:‬‬

‫”‪Yang artinya: “Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan‬‬
‫‪Kelebihan malam tersebut, lebih baik dari 1000 bulan, ataupun sekitar 83 tahun.‬‬
‫‪Subhanallah! Bayangkan, sekiranya anda mengeluarkan sedekah. Walaupun ia‬‬
‫‪merupakan sedekah yang kecil. Akan tetapi ditakdirkan ia bersamaan dengan malam‬‬
‫‪Lailatul Qadar, pahala kurniaan Allah s.w.t. berlipat kali ganda. Lebih baik daripada 83‬‬
‫‪tahun.‬‬
‫‪Mudah-mudahan segala amal ibadah yang kita laksanakan pada bulan‬‬
‫‪Ramadan kali ini dihiasi dengan kesungguhan dan keikhlasan. Semoga Allah s.w.t.‬‬
‫‪menerima segala amalan kita dan menggolongkan kita dikalangan mereka yang‬‬
‫‪dikurniakan kelebihan malam Lailatul Qadar dan diampuni segala dosa kita. Amin ya‬‬
‫‪Rabbal ‘Alamin.‬‬

‫غا ًما ِل َم ْن‬ ‫ش َه ُد ا َ ْن ََل اِ َل َه ا اَِل هللا َوحْ َدهُ ََل ش َِر ْيكَ َلهُ ا ِْر َ‬ ‫ْل َح ْم ُد هلل َح ْمدًا َك ِث ْي ًرا َك َما ا َ َم َر‪ .‬ا َ ْ‬
‫اْل ْن ِس َو ا ْلبَش َِر‪ .‬اَللا ُه ام‬ ‫سيِ ُد ْ ِ‬ ‫س ْولُهُ َو َحبِ ْيبُهُ َو َخ ِل ْيلُهُ َ‬ ‫ع ْب ُدهُ َو َر ُ‬ ‫ش َه ُد ا َ ان ُم َح امدًا َ‬ ‫َج َح َد َو َكفَ َر‪َ .‬و ا َ ْ‬
‫سلا َم ت َ ْ‬
‫س ِل ْي ًما َك ِث ْي ًرا‪.‬‬ ‫ص َحا ِب ِه َو َ‬ ‫علَى ا َ ِل ِه َو ا َ ْ‬ ‫علَى ُم َح ام ٍد َو َ‬ ‫س ِل ْم َو َب ِار ْك َ‬ ‫ص ِل َو َ‬ ‫َ‬
‫سف َها‬‫َ‬ ‫َ‬
‫سفا ِ‬ ‫ُ‬
‫ب َمك َِار َم ْاْل ُم ْو ِر َو يَك َْرهُ َ‬ ‫َ‬
‫ا َ اما بَ ْعدُ‪ ،‬فيَا ِعبَا َد هللا اِتاقُ ْوا هللا َو ا ْعل ُم ْوا ا َ ان هللا يُ ِح ُّ‬ ‫َ‬
‫س ِق ْي َن‪ .‬اَللا ُه ام‬ ‫س ََل ِم ِه َو اِ ْي َمانِ ِه َو اِناهُ ََل يَ ْهدِى ا ْلقَ ْو َم ا ْلفَا ِ‬ ‫ب ِم ْن ِعبَا ِد ِه ا َ ْن ياك ُْونُ ْوا فِى تَك ِْم ْي ِل اِ ْ‬ ‫يُ ِح ُّ‬
‫علَى اِ ْب َرا ِه ْي َم َو‬ ‫ار ْكتَ َ‬ ‫سلا ْمتَ َو بَ َ‬ ‫صلايْتَ َو َ‬ ‫علَى ا َ ِل ُم َح ام ٍد َك َما َ‬ ‫علَى ُم َح ام ٍد َو َ‬ ‫س ِل ْم َو بَ ِار ْك َ‬ ‫ص ِل َو َ‬ ‫َ‬
‫س ِل ِم ْي َن َو‬ ‫ت َو ا ْل ُم ْ‬ ‫علَى ا َ ِل اِ ْب َرا ِه ْي َم فِى ا ْلعَا َل ِم ْي َن اِناكَ َح ِم ْي ٌد َم ِج ْيدٌ‪ .‬اَللا ُه ام ا ْغ ِف ْر ِل ْل ُم ْؤ ِمنِ ْي َن َو ا ْل ُم ْؤ ِمنَا ِ‬ ‫َ‬
‫اض َي ا ْل َحا َجاتِ‪ .‬اَللا ُه ام‬ ‫ت َو قَ ِ‬ ‫ب ال ادع َْوا ِ‬ ‫ب ُم ِج ْي ُ‬ ‫س ِم ْي ٌع قَ ِر ْي ٌ‬‫ت ِاناكَ َ‬ ‫اء ِم ْن ُه ْم َو ْاْل َ ْم َوا ِ‬ ‫ت ا َ ْْلَحْ َي ِ‬ ‫ا ْل ُم ْ‬
‫س ِل َما ِ‬
‫اب‪َ .‬ربانَا ََل تَجْ عَ ْل فِى‬ ‫َربانَا ََل ت ُ ِز ْغ قُلُ ْوبَنَا َب ْع َد ِا ْذ َه َد ْيتَنَا َو َه ْبلَنَا ِم ْن لَ ُد ْنكَ َرحْ َمةً اِناكَ ا َ ْنتَ ا ْل َو اه ُ‬
‫اجنَا َو ذُ ِرياتِنَا قُ ارةَ ا َ ْعيُ ٍن َو‬ ‫ف ار ِح ْي ٌم‪َ .‬ربانَا َه ْبلَ َنا ِم ْن ا َ ْز َو ِ‬ ‫قُلُ ْوبَنَا ِغ اَل ِللا ِذ ْي َن ا َ َمنُ ْوا َربانَا اِناكَ َرؤ ُْو ٌ‬
‫اب النا ِار‪.‬‬‫عذ َ َ‬ ‫سنَةً َو قِنَا َ‬ ‫س َنةً َو فِى ْاْل ِخ َر ِة َح َ‬ ‫اجْ عَ ْلنَا ِل ْل ُمت ا ِق ْي َن اِ َما ًما‪َ .‬ربا َنا اَتِنَا فِى ال ُّد ْنيَا َح َ‬
‫َاء َو‬ ‫اء ذِى ا ْلقُ ْربَى َو يَ ْن َهى ع َِن ا ْلفَحْ ش ِ‬ ‫ان َو اِ ْيت َ ِ‬ ‫س ِ‬ ‫اْلحْ َ‬ ‫ِعبَا َد هللا! ا اِن هللا َيأ ْ ُم ُر بِا ْلعَ ْد ِل َو ْ ِ‬
‫علَى ِن َع ِم ِه َي ِز ْد ُك ْم َو‬ ‫شك ُُر ْوهُ َ‬ ‫ظ ُك ْم لَ َعلا ُك ْم تَذاك ُار ْو َن فَا ْذك ُُر ْوا هللا ا ْل َع ِظ ْي َم َي ْذك ُْر ُك ْم َو ا ْ‬ ‫ا ْل ُم ْنك َِر َو ا ْل َب ْغ ِى َي ِع ُ‬
‫صنَعُ ْو َن‪.‬‬ ‫لَ ِذك ُْر هللاِ ا َ ْكبَ ُر َو هللاُ يَ ْعلَ ُم َمات َ ْ‬

Anda mungkin juga menyukai