Anda di halaman 1dari 11

SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI DAN JAWI

Nur Lidyawati Jasmin (2017), https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-


rumi-dan-jawi, 30 April 2017

PENGENALAN
Bahasa Melayu telah lama berkembang di kepulauan Melayu. Menurut Nik Safiah (2015), bahasa
Melayu bermula pada abad ke-7 iaitu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno. Zaman ini dibuktikan
dengan penemuan beberapa batu bersurat yang ditemui di Kepulauan Melayu antaranya batu
bersurat Kedukan Bukit di Palembang (683 M). Batu bersurat yang ditemui pada masa itu
membuktikan tentang pengaruh bahasa Sanskrit terutamanya dalam masyarakat Melayu. Oleh itu,
masyarakat Melayu menggunakan tulisan Sanskrit iaitu

tulisan Palava serta tulisan Rencong. Kemudian pada abad ke-13, agama Islam mula berkembang di
Kepulauan Melayu menjadikan pengaruh Sanskrit mula terhakis. Masyarakat Melayu mula percaya
kewujudan satu Tuhan iaitu Allah dan sedikit demi sedikit menjalankan perintah Allah termasuklah
solat dan membaca Al-Quran. Namun, masyarakat Melayu perlu terlebih dahulu mempelajari tulisan-
tulisan Arab sebelum membaca al-Quran. Hal ini sejurus menyebabkan bahasa Melayu Kuno
digantikan dengan bahasa Melayu klasik yang mana tulisan Arab digunakan dalam penulisan. Tulisan
Arab ini dikenalkan oleh pedagang-pedagang Arab yang membawa sekali ajaran agama Islam. Selain
itu, kosa kata bahasa Melayu juga berubah iaitu banyak menggunakan perkataan Arab seperti kalimat
nabi, Allah dan rahmat. Seterusnya, zaman bahasa Melayu Klasik digantikan dengan bahasa Melayu
Moden. Pada zaman ini, tulisan rumi mula diperkenalkan kerana pengaruh British yang mula menapak
pada abad ke-19. Pihak British yang menguasai pentadbiran kepulauan Melayu khususnya Tanah
Melayu pada masa itu, memperkenalkan tulisan rumi kepada masyarakat Melayu. Hal ini untuk
memudahkan mereka berurusan dengan rakyat tempatan kerana mereka tidak dapat menguasai
tulisan jawi. Namun, tulisan ini juga mendapat tentangan daripada beberapa pihak yang ingin
mempertahankan tulisan jawi. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa bahasa Melayu mempunyai
banyak perubahan khususnya dalam bentuk tulisannya kerana menerima pengaruh dari luar. Tulisan
dalam bahasa Sanskrit tidak lagi digunakan kerana ia lebih susah berbanding tulisan jawi dan rumi.
Maka, amatlah penting bagi seseorang rakyat Malaysia mengenali dan mendalami sejarah
perkembangan tulisan untuk bahasa Melayu yang akhirnya digunakan hingga kini.

SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI


Menurut Hashim (2006), tulisan rumi datang ke Kepulauan Melayu dikaitkan dengan kedatangan
orang Eropah ke Kepulauan Melayu. Hashim juga memetik pendapat Tate (1971) iaitu: “Walaupun
orang Eropah yang pertama yang pernah datang ke Kepulauan Melayu ialah Marco Polo (pengembara
dari Itali dari Venice yang telah tinggal di Sumatera selama lima bulan dalam tahun 1292-93 M., ketika
dalam perjalanan balik ke Eropah setelah melawat China, dan beliau diikuti pula oleh paderi-paderi
Franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain), namun orang Portugislah yang mula-mula
bertapak dan berkuasa di kawasan ini.” Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa orang Portugis yang
menawan Melaka pada 1511 membawa pengaruh bukan sahaja dari segi bahasa malah tulisan. Tulisan
rumi merupakan salah satu perkembangan dalam bahasa Melayu selain tulisan Jawi. Berdasarkan
Muhammed Salehudin (2016), sejarah awal penggunaan tulisan Rumi dikaitkan dengan para
pengembara iaitu sama ada pedagang atau penjelajah dari Eropah ke Nusantara (Kepulauan Melayu)
secara perseorangan (Portugis, Sepanyol dan Itali) yang menulis perkataan Melayu yang mereka
dengar semasa di perlabuhan dengan tulisan rumi. Di samping itu, beliau juga berpendapat bahawa:
“Pengembara pertama yang menghasilkan penggunaan ejaan Rumi dalam penulisan ialah warga Itali,
Antonio Pigafetta, pada abad ke-15. Sejak itu pengembara lain dari Eropah, seperti Inggeris dan
Belanda menulis perkataan dan ayat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan huruf Rumi,
berdasarkan sistem tulisan dan ejaan lazim bagi bahasa mereka sendiri” Beliau juga menyatakan
bahawa orang Inggeris telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi pada abad ke-17 hingga abad
ke-19 di Tanah Melayu. Antaranya ialah Ejaan Rumi Bowrey (1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800),
Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swettenham
(1881), dan Ejaan Rumi Maxwell (1882). Sistem pada ketika itu menggunakan kaedah transliterasi
huruf Jawi kepada huruf Rumi. Terdapat beberapa tahap perkembangan tulisan Rumi. Menurut satu
artikel Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu (n.d), sistem ejaan Rumi secara umumnya
menjadi penting pada awal abad ke-20. Hal ini kerana Jawi tidak menggambarkan sepenuhnya sistem
bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya.

Sistem Ejaan Wilkinson

Menurut Muhammed Salehudin (2016), Ejaan Wilkinson diterbitkan dalam Oktober 1904 dikenali
sebagai Romanised Malay Spelling. Sistem ini digunakan secara rasmi di sekolah- sekolah umum
adalah sama dan seragam dengan apa yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya
Wilkinson. Sistem ini lebih kepada transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai cara perumian
bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu. Wilkinson juga berpendapat bahawa sistem ejaan perumian
terbahagi kepada: a.) Perumian secara harafiah Pengambilan huruf-huruf jawi dan dipadankan dengan
huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Contohnya huruf dipadankan dengan huruf ‘B’ (Rumi), ‫ب‬
digantikan dengan huruf ‘T’ (Rumi) dan sebagainya. b.) Perumian secara fonetik (mengikut ‫ ت‬huruf
bunyi) Perumian fonetik pula mengikut padanan huruf Arab dengan huruf Rumi yang mempunyai
digantikan dengan ‘ja’ dalam Rumi dan ‫’خا‬, digantikan dengan ‘ba ‫ با‬bunyi yang sama. Contohnya
sebagainya. Sistem ini mengurangkan kaedah tersendiri penulis sebelumnya . Kelemahan bagi sistem
ini pula sistem vokal dalam Arab pada masa itu belum cukup untuk disepadankan dengan bunyi- bunyi
. vokal bahasa Melayu

Sistem Ejaan Za’ba

Menurut Hashim (2006), orang Melayu yang pertama di Malaya yang menyusun sistem ejaan Rumi
bahasa Melayu ialah Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba. Sistem ini muncul dan berkembang apabila
tokoh Za’ba membuat perubahan terhadap sistem ejaan Rumi yang sebelumnya iaitu sistem ejaan
Wilkinson. Berdasarkan penyataan Raja Mukhtaruddin (1992), Za’ba telah mengemukakan sistem
ejaan Ruminya ini sebelum Perang Kedua iaitu sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sistem
ini juga dikenali sebagai Ejaan Sekolah kerana digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu.

Za’ba tidak menggunakan teknik dan teori linguistik dalam mencipta sistem ejaan Rumi bagi bahasa
Melayu. Walaupun beliau mengaitkan huruf dengan bunyi dalam bahasa Melayu, namun beliau
berbuat demikian bukan berdasarkan huraian lengkap tentang bunyi atau fon dalam bahasa Melayu.
Dalam erti kata lain, beliau tidak menghuraikan secara saintifik tentang sistem ejaan Ruminya. Beliau
melambangkan bunyi bahasa Melayu dengan huruf Rumi dan mempadankannya dengan semua huruf
jawi yang digunakan dalam sistem ejaan Jawi. Contoh: Jadual 3.2 Perlambangan huruf-huruf Jawi
dalam huruf Rumi Huruf-huruf Jawi Huruf Rumi () ‫ (ت‬dan) ‫ (ط‬S) ‫ (س‬dan) ‫ (ص‬K) ‫ (ق‬dan) ‫ (ك‬H) ‫ (ح‬dan) ‫ه‬
Za’ba juga menghasilkan grafem-grafem (gabungan dua konsonan ) ( , ) ‫ (ء‬dan) ‫ (ق‬Z) ‫ (ز‬dan) ‫ (ظ‬T
mengikut bunyi dalam bahasa Melayu) dalam sistem ejaan Ruminya bagi menggantikan huruf-huruf
Grafem <ny>, ‫>ش‬.< dan ‫ <>غ‬Jawi. Antaranya ialah <ng> dan <sh> masing-masing digantikan dengan
. ch>, <kh>, <th>, <gh>, <dh> dan <dz> juga diwujudkan<
Sistem Ejaan Rumi Selepas Za’ba Sistem ejaan ini merupakan satu sistem penambahbaikan bagi sistem
ejaan Rumi yang diperkenalkan oleh Pendeta Za’ba atau Zainal Abidin bin Ahmad. Sistem ini digunakan
dalam pengajaran Bahasa Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia dan Brunei. Terdapat beberapa
sistem yang diperkenalkan seperti yang berikut:

Ejaan Rumi Fajar Asia

Sistem ejaan Rumi Fajar Asia adalah cara atau kaedah ejaan yang dipakai dalam majalah dwimingguan
Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1943 yang mana Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
sebagai ketua pengarang. Menurut Muhammed Salehudin (2016), sistem ini wujud dan digunakan
dalam masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1945, iaitu selepas berakhirnya
pendudukan Jepun, ejaan ini terhenti penggunaannya dan Ejaan Za’ba digunakan semula di Tanah
Melayu.

Ejaan Kongres

Para peserta Kongres telah bersepakat untuk mewujudkan satu sistem ejaan, yang dikenali sebagai
Ejaan Kongres dalam Kongres Persuratan ketiga yang diadakan di Singapura pada tahun 1956. Namun,
sistem ini tidak pernah dilaksanakan kerana sukar diramal melalui sifat sistem ini terlalu idealistik dari
segi bidang bahasa atau linguistik. Seterusnya, usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan antara
kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia diteruskan. Beberapa kali perundingan dan
pertemuan diadakan. Berikutan dengan itu wujudlah sistem ejaan bersama yang dikenali sebagai
Ejaan Malindo (Ejaan Malaysia dan Indonesia) pada tahun 1959 setelah persetujuan persahabatan
terjalin antara kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, ejaan ini mencadangkan penggunaan
lambang-lambang fonetik yang tidak praktikal sifatnya. Akhirnya ejaan ini tidak terlaksana dan
digantikan sistem ejaan yang baharu. 3.3.3 Ejaan Rumi Baharu (ERB) Perbincangan antara kerajaan
Malaysia dengan Indonesia berhubung dengan ejaan bersama berlaku selepas tamatnya konfrontasi
Indonesia-Malaysia (1963 – 1966). Hasil daripada usaha sama kedua-dua buah negara ini, maka
wujudlah Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, yang kemudiannya dikenal sebagai Ejaan Rumi Baru
Bahasa Melayu, seperti yang termaktub dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia
1972. Di Indonesia pula, sistem ini dikenali sebagai Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan. Ejaan
bersama ini dilancarkan serentak di Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato’
Hussein. Manakala di Jakarta oleh Presiden Soeharto pada 16 Ogos 1972. Ejaan Baru ini merupakan
muafakat Malaysia–Indonesia yang menghapuskan tradisi ejaan lama, menggantikan Ejaan Za’ba di
Malaysia dan Ejaan Soewandi di Indonesia.

SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN JAWI


Berdasarkan pendapat Siti Hajar (2009), nama jawi ( satu kata adjektif berasal daripada ) ‫جاو ي‬
yang mana dikaitkan dengan satu daerah di ) ‫ (جاوه‬perkataan (kata nama) bahasa Arab iaitu Jawah
Asia Tenggara iaitu Javadwipa. Noresah (2014) mentakrifkan tulisan jawi sebagai tulisan yang
menggunakan huruf-huruf jawi atau huruf Arab. Tulisan jawi ini telah lama berkembang di kepulauan
Melayu. Hal ini bermaksud tulisan jawi ialah tulisan yang menggunakan huruf-huruf serta lambang
Arab dalam bahasa Melayu. Dalam erti kata yang lebih mudah, tulisan jawi digunakan sebagai tulisan
Melayu. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan Islam pada abad ke-13 berdasarkan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Siti Hajar (2011) dalam bukunya yang mana pengaruh Islam mula menapak di
kepulauan Melayu pada masa itu. Beliau juga turut menyatakan terdapat perubahan pada struktur,
pola ayat, kosa kata serta tulisan bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi. Bukti pengaruh tulisan Jawi di
Tanah Melayu ialah dengan penemuan Batu Besurat di Terengganu pada tahun 1303 (Siti Hajar, 2009).
Berdasarkan kenyataan dalam wikipedia (2012), tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan
penyebaran dan perkembangan Islam pada masa itu. Masyarakat Melayu menyedari bahawa tulisan
yang mereka gunakan sebelum ini iaitu tulisan Pallava sebagai alat atau wahana penyebaran agama
Islam. Hal ini kerana umat Islam wajib membaca kitab al- Quran atas perintah Allah swt. Kitab suci ini
ditulis dalam bahasa Arab. Maka kesedaran, masyarakat Melayu mempelajari dan mendalami tulisan
ini mula berputik. Oleh itu, mereka mempelajari tulisan Melayu huruf Arab ini yang seterusnya
mengalami perubahan iaitu dari aspek ejaan melalui pelbagai peringkat. Menurut Hashim (2006),
yang memetik rumusan daripada tokoh Kang bahawa perkembangan terbahagi kepada tiga peringkat
atau periodisasi iaitu period A antara 1300- 1600 M, period B antara 1600-1900 M, manakala period
.C pula antara 1900-1986 M

Namun, secara umumnya, terdapat dua perkembangan ejaan jawi ini iaitu perkembangan tahap I dan
perkembangan tahap II berdasarkan kenyataan oleh Siti Hajar (2009). Tulisan Jawi ditulis serta dibaca
dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar
atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, namun terdapat perubahan bentuk bagi beberapa huruf tertentu
apabila disambungkan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan.

PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT I


Perkembangan ejaan Jawi pada peringkat ini terbahagi kepada empat tahap iaitu:

Sistem Ejaan Arab/ Diakritik @ Tanda Baris (I’rab) digunakan sepenuhnya Pada tahap ini, cara
penulisan bahasa Arab digunakan sepenuhnya iaitu dengan menggunakan tanda baris atau diakritik.
Hal ini menunjukkan tulisan kitab Al quran mempengaruhi cara mengeja perkataan-perkataan bahasa
Melayu Asli pada masa itu. Salah satu bukti penemuan sistem ejaan ini ialah pada naskhah bagi Kitab
Aqaid al-Nasafi iaitu kitab yang paling tertua bertarikh pada 998H atau 1590M (Hashim, 2006). Tanda
baris yang digunakan mempunyai beberapa jenis antaranya tanda baris yang kerap digunakan iaitu
baris atas dan baris bawah serta baris depan. Kelebihan bagi sistem ejaan ini ialah, pembaca dapat
membaca seluruh suku kata dalam perkataan tersebut secara betul. Hal ini kerana setiap huruf
konsonan jawi ditambahkan dengan tanda baris yang membuatkannya mudah dibaca. Namun,
penggunaan diakritik atau tanda baris pada perkataan yang ditulis dengan jawi menyebabkan
seseorang penulis mengambil masa yang lama untuk menulis jawi. Selain itu juga, kekurangan tanda
baris juga menyebabkan kekurangan fungsinya pada beberapa perkataan. Hal ini kerana tanda baris
yang digunakan masih tidak lengkap. Oleh itu, sistem ejaan jawi yang baharu diperkenalkan.

Sistem Tulisan Tanpa Baris - Baris pada ejaan dihilangkan. Pada tahap ini pula, diakritik atau tanda
baris pada perkataan tulisan jawi dibuang lalu menghasilkan satu lagi sistem ejaan yang lain.
Berdasarkan Siti Hajar (2009) sistem ejaan ini dikenali sebagai tulisan Arab Gundul. Kelebihan bagi
sistem ejaan ini ialah ia lebih mudah dan penulis tidak akan mengambil masa yang lama untuk menulis
satu atau lebih perkataan. Penulis juga lebih mahir menggunakan huruf-huruf Arab ini. Namun, sistem
ejaan ini mengalami kesukaran terhadap pembacanya. Ketiadaan tanda baris atau huruf vokal pada
perkataan yang dieja menyebabkan pembaca sukar untuk membaca perkataan tersebut. Satu
perkataan boleh membawa maksud yang berlainan. Contohnya boleh dibaca sebagai bom atau ‫بم‬
. boleh dibaca sebagai mata atau Mat atau mati ‫ مت‬bumi atau bam. Manakala
Tegasnya sistem ini lebih banyak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna ketika mengeja
dan membunyikan sesuatu perkataan dengan tepat mengikut kontek. Ini seterusnya menimbulkan
masalah Homograf iaitu perkataan yang sama ejaan tetapi berbeza dari segi sebutannya seperti kata
‫ تمبق‬yang boleh disebut sebagai ‘tombak’, ‘tembak’, ‘tambak’, ‘tembuk’ atau ‘tumbuk’. Dalam hal ini
hanya pembaca yang mahir sahaja boleh membaca perkataan tersebut dengan tepat.

Sistem Penggunaan Huruf Saksi/ Vokal Jawi Pada Suku Kata Pertama – Apabila tahap kedua
menghadapi kesukaran, maka pada tahap ketiga ini, huruf vokal diwujudkan untuk memudahkan
masyarakat pada masa itu membaca tulisan jawi. Huruf vokal yang dimaksudkan ialah: a.) Alif - b.) ‫ا‬
dapat ditambah dengan huruf vokal dalam ‫ بم‬Contoh dalam jadual sebelum ini iaitu ‫ – ي‬c.) Ya ‫ و‬- Wau
Walau pun sistem ini memudahkan pembaca membaca dan memahami sesuatu .‫ بوم‬jawi iaitu
perkataan, namun hanya sebahagian masalah Homograf dapat diselesaikan. Dalam hal ini perbezaan
tanggapan dan kekeliruan pemahaman masih berlaku khususnya pada suku kata kedua sesuatu kata
yang boleh disebut sebagai ‘mata’ ‫ مات‬dasar yang tidak diberikan Huruf Saksi/ Vokal Jawi seperti kata
’.yang boleh saja disebut sebagai ‘laki’ atau ‘laku ‫ الک‬atau ‘mati’. Demikian juga kata

Sistem Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua Penambahbaikan pada tahap ini
menyelesaikan kekeliruan sistem ejaan jawi pada tahap terdahulu. Pada tahap ini, penggunaan vokal
masih dikekalkan. Namun cara penggunaannya berubah iaitu huruf vokal digunakan pada suku kata
pertama dan suku kata kedua. Hal ini kerana memandangkan perkataan dalam bahasa Melayu pada
masa itu kebanyakannya terdiri daripada dua suku kata. Namun, sistem ejaan ini juga mempunyai
kelemahan iaitu kekurangan huruf vokal bagi menggantikan huruf vokal dalam bahasa Melayu iaitu a,
e, i,o dan u. Oleh itu, sistem ejaan pada tahap ini masih mempunyai kelemahan.

PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II


Sistem Hejaan P.BM.P.B Diraja

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2016), Pedoman Ejaan Pakatan Bahasa Melayu
Persuratan Buku Di Raja Johor, ialah satu buku pedoman ejaan. Penambahbaikan panduan sistem
ejaan ini telah diperkenalkan oleh Mejar Dato’ Mohd Said Sulaiman; Pegawai Kanan Kerajaan Johor
dan digunakan secara rasmi oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor dan buku
panduannya telah diterbitkan pada 1937. Beberapa penambahbaikan dalam sistem ejaan Jawi telah
diperkenalkan seperti penggunaan tiga huruf Saksi/Vokal Jawi, cara mengeja perkataan berimbuhan,
penggunaan huruf ‫( ء‬hamzah), perbezaan huruf ‫ ق‬dengan ‫ک‬, pola keselarasan Huruf Saksi/ Vokal Alif
(‫ )ا‬dalam kata berimbuhan, penggunaan ‫( ة‬ta simpul), dan ‫( ت‬ta panjang) dan sebaginya. Sistem ini
digunakan secara rasmi oleh Kerajaan Johor khususnya dalam urusan surat menyurat dan penerbitan.
Walaubagaimanapun, sistem ini hanya berkuatkuasa di negeri Johor sahaja dan tidak di negeri-negeri
yang lain.

Sistem Ejaan Jawi Za’ba

Menurut PRPM (2016) juga Pedoman ejaan Jawi Za’ba ialah satu sistem ejaan jawi yang mana
diterbitkan pada 1949 digunakan dalam buku karangan Za’ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-
rumi). Pada bahagian awal buku ini terdapat kaedah tulisan Melayu dengan huruf jawi atau dengan
erti kata lain dikenali sebagai Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu.
Sistem Ejaan Dian

Sistem ini diperkenalkan oleh majalah Dian yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1963,
Akta Bahasa menetapkan masyarakat Melayu perlu menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi
pada masa itu menyebabkan masyarakat pada masa itu tidak dapat membaca tulisan Jawi. Oleh itu,
sistem ini diwujudkan supaya ejaan jawi diselaraskan dan membolehkan masyarakat Melayu pada
masa itu membaca tulisan Jawi.

Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986).

Pedoman ini merupakan pedoman ejaan jawi bagi menggantikan sistem yang sebelumnya yang
diperkenalkan oleh Za’ba Menurut Anuar (n.d) sistem tulisan dan ejaan yang digunakan sehingga
sekarang ialah sistem yang terkandung dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan
diterbitkan secara rasmi pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurut Afiqekie (2012),
pedoman ini digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan
sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za’ba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar
Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman ini (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan
Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada dua tahun sebelumnya. Hasil Konvensyen tahun 1984
mengumpul maklumat daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana
Menteri (1991) dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan (1993). Semua maklumat tersebut
disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku
ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun daripada dokumen-dokumen
pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi
yang diselaraskan selepas itu diterbitkan: (i) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa
dan Pustaka (ii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

SISTEM EJAAN JAWI

Kelompok huruf Jawi – 37 huruf Jawi dapat dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:-

i. Kelompok Huruf Perangkai atau Mahram atau Mesra iaitu huruf yang boleh dirangkaikan/
‫ب‬
disambung sesamanya dan huruf lain sebelum dan selepasnya. Ia melibatkan 27 huruf Jawi iaitu

‫ت ثجچحخسشصضطظعغڠفڤقكݢلمنهي &ڽ‬
ii. Kelompok Huruf Pemutus atau Ajnabi atau Pentingkan Diri iaitu huruf yang boleh
dirangkaikan dengan huruf lain hanya di hadapannya sahaja. Ia tidak boleh dirangkaikan dengan huruf
lain sesudahnya. Terdapat 9 huruf Jawi yang terlibat iaitu ‫ادذرزوۏةی‬
iii. Kelompok Huruf Berumah atau Huruf Sombong iaitu huruf yang boleh menjadi Huruf
Pemutus atau Huruf Perangkai jika dia berada selepas Huruf Pemutus atau Huruf Perangkai. Hanya
satu sahaja huruf Jawi yang terlibat iaitu ‫( ء‬hamzah).
JENIS-JENIS SISTEM EJAAN JAWI – Sistem Ejaan Jawi dapat dibahagikan kepada tiga jenis yang utama
dan digunakan sebagai kaedah dalam mengeja ejaan Jawi iaitu:-

A) EJAAN TRADISI –

Ejaan klasik atau ejaan lama yang dikekalkan dan dieja tanpa mengikut hukum tertentu.
Pengguna harus menghafal ejaan dan tulisan perkataan-perkataan yang terlibat dengan baik
kerana sesuatu kata terkadang diwakili dengan lambang huruf vokal atau saksi Jawi dan
sebaliknya. Sistem ini kebanyakannya dipengaruhi oleh system ejaan lama seperti Sistem
Baris (I’rab), Sistem Arab Gundul dan Sistem Huruf Saksi pada suku kata pertama sesuatu kata
sahaja.. Ejaan ini juga tidak termasuk dalam Ejaan Lazim dan Ejaan Mengikut Hukum. Contoh
kata – ‫( فد‬pada), ‫( اي‬ia), ‫( اين‬ini).
B) EJAAN LAZIM –

Ejaan yang menggunakan huruf vokal atau huruf saksi Jawi dalam pengejaan dan penulisan
kata. Sistem ini kebanyakannya menggunakan Sistem Ejaan Dian iaitu system yang
menggunakan huruf saksi Jawi sebagai padanan bagi huruf vokal [a], [i], [u], [o], [e Taling] dan
huruf [w]. Bagaimanapun terdapat kekecualian iaitu bunyi huruf [e pepet] di tengah kata
)‫ )تله‬dan bunyi vokal [a] dalam suku kata KVK tidak akan diwakili huruf Alif [‫]ا‬
seperti ‘telah’

. Sebaliknya huruf saksi Alif [‫ ]ا‬akan diberikan pada kata ‘lantik’ ( ‫ ) النتيق‬untuk

membezakannya dengan kata kata ‫( لنتيق‬lentik). Demikian juga jika berlaku Homograf maka

vokal [a] yang diwakili huruf Alif bagi kata ‫( دان‬dan) akan dinyatakan.Contoh Kata -

‫(ماکن‬makan) dan ‫( الفر‬lapar).


C) EJAAN MENGIKUT HUKUM – Sistem ejaan ini terbahagi kepada dua iaitu:-

A) HUKUM KHUSUS –

Beberapa hukum khusus yang mendasari system ejaan Jawi yang sekaligus menjadikannya
eksklusif atau kekecualiaan daripada kaedah biasa mengeja dan menulis Jawi. Antara hokum
yang terlibat ialah:-

i. Hukum Ka Ga – iaitu hukum yang menentukan semua bunyi huruf ‫ك‬

(Ka) dan ‫ݢ‬ (Ga) pada suku kata terbuka di akhir perkataan tidak memerlukan huruf saksi ‫ا‬
(Alif) seperti kata ‘baka’ menjadi ‫( باك‬bukannya ‫ )باكا‬dan ‘juga’ menjadi ‫( جوݢ‬bukannya
‫)جوݢا‬.
ii. Hukum Deranglu (Dal Ra Lam Wau Nga) – iaitu hukum yang menentukan bahawa
jika terdapat salah satu daripada huruf Derlung berikut; ‫[ د ر ل و ڠ‬d, r, l, u, o dan w] pada
suku kata terbuka sama ada di kedua-dua suku kata pra akhir dan akhir sesuatu perkataan
atau suku kata terbuka di akhir perkataan mestilah disertai huruf saksi ‫( ا‬Alif) seperti kata
‘lawa’ (‫ )الوا‬dan ‘kanda’ (‫) کندا‬

iii. Hukum Ra Ma – iaitu hukum yang menentukan bahawa semua dua suku kata akhir
kata dasar yang berbunyi Ra-Ma hendaklah memakai huruf saksi Alif ( ‫ا‬. ) seperti ‘irama’
( ‫ايراما‬. ) dan ‘rama-rama’ ( ٢‫) راما‬.
v. Hukum Ha - iaitu hukum bagi perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih
‫ه‬
dan dimulai dengan sukukata terbuka (KV) dengan Huruf ‘Ha Simpul’ [ ]. Pra sukukata terbuka
‘Ha’ akan dieja tanpa huruf saksi/ vokal Alif ( ‫ ) ا‬seperti kata ‘halaman’ ( ‫هالمن‬ ( dan
‫) هليلينتر‬. Perkataan yang mempunyai dua suku kata atau kurang tidak termasuk
‘halilintar’ (
dalam hokum ini seperti kata ‘hala’ ( ‫ )هاال‬dan ‘hari’ (‫) هاري‬.

vi. Hukum A-Ha –. Hukum ini terpakai kepada suku kata terbuka [Ha] dari huruf (‫ )ه‬yang
terletak pada suku kata kedua dalam sesuatu perkataan sahaja sama ada terdiri daripada dua
suku kata atau lebih. Dalam hukum ini vokal A dalam suku kata terbuka pertama tidak akan
menggunakan huruf saksi Alif ( ‫( ا‬. Bagaimanapun vokal A dalam suku kata terbuka kedua
daripada huruf (‫ )ه‬akan diberikan huruf saksi Alif ( ‫ ( ا‬sebagaimana yang terdapat pada
perkataan seperti ‘baharu’ ( ‫ ) بهارو‬dan ‘saࣔhaja’ ( ‫) سهاج‬.

vii. Hukum Anjakan – iaitu hukum yang menentukan bahawa huruf saksi/ vokal Alif ( ‫) ا‬
hendaklah dianjak atau diubah kedudukannya daripada suku kata pertama kepada suku kata
kedua bagi sesuatu perkataan yang menerima Partikel atau Imbuhan seperti ‘kata –> katalah
–katanya – katakana - perkataan’ ( ‫كات – كتاله\ کتاث\ کتاکن\ فرکتأن‬ ) dan ‘malang –
kemalangan’ ( ‫) مالڠ – كمالڠن‬.
viii. Hukum Hamzah (‫ ) ء‬Sisip – iaitu hukum yang terpakai bagi perkataan yang
mempunyai Vokal Bergabung [a+i], [a+u] dan [u+i]. Untuk mengelakkan masalah Homograf,
huruf Hamzah (‫ ) ء‬akan diletakkan antara kedua-dua vocal tersebut seperti kata ‘lain’ ( ‫)الءين‬
, ‘laut’ ( ‫ )الءوت‬dan ‘keruing’ (‫) کروءيغ‬

ix. Hukum Hamzah (‫ ) ء‬Sekedi – iaitu hukum yang melibatkan penggunaan huruf
Hamzah (‫ ) ء‬bagi kata berimbuhan yang melibatkan ‘awalan se-‘, ‘kata depan ke-‘ dan ‘kata
depan di-‘ yang dihubungkan dengan suku kata terbuka (V) di pra kata. Ini juga bertujuan
untuk mengelakkan masalah Homograf seperti kata ‘sealiran’ ( ‫)سأليرن‬dengan ‘saliran’ (

‫)ساليرن‬, ‘ke arah’ ( ‫)کأره‬ dengan ‘karah’ ( ‫ )کاره‬dan ‘dialih’ ( ‫ )دأليه‬dengan ‘dalih’ (‫) داليه‬.
x. Hukum Alif ( ‫ ( ا‬Pembeza – iaitu penambahan huruf saksi Alif ( ‫ ( ا‬dalam suku kata
kedua atau akhir bagi kata yang mempunyai suku kata terbuka pertama yang mempunyai
huruf vokal [i], [e taling], [u], [o] dan huruf [w]. Ini adalah untuk mengelakkan daripada
masalah Homograf seperti kata ‘lewat’ ( ‫ )ليوات‬dengan ‘liut’ ( ‫)ليوت‬, biasa ( ‫ )بياسا‬dengan ‘bias’
( ‫ )بياس‬dan ‘puasa’ ( ‫ )فواسا‬dengan ‘puas’ ( ‫)فواس‬.

II) HUKUM BERASASKAN SUKUKATA

Walaupun dalam Sistem Ejaan Rumi terdapat gabungan 12 pola suku kata terbuka dan suku
kata tertutup untuk menjelaskan aturan bagi kata dasar, namun dalam Sistem Ejaan Jawi
hanya mempunyai empat pola suku kata yang menjadi hukum dalam penjelasan aturan ejaan
bagi kata dasar Dua Suku Kata. Aturan yang sama juga digunakan bagi Kata Dasar Tiga Suku
Kata atau lebih, namun pemakaiannya hanya menjurus kepada dua suku kata terakhir kata
dasar sahaja. Hukum berasaskan suku kata tersebut melibatkan:-

i. Hukum KV + KV (Suku kata terbuka + suku kata terbuka)

ii. Hukum KVK + KV ( Suku kata tertutup + suku kata terbuka)

iii. Hukum KV + KVK (Suku kata terbuka + suku kata tertutup)


iv. Hukum KVK + KVK (Suku kata tertutup + suku kata tertutup)

Secara umumnya, huruf saksi Alif, Ya dan Wau ( ‫ ) ا ي و‬akan digunakan untuk menggantikan
vocal [a], [e taling], [i], [u] dan [o] bagi kata dasar yang mempunyai pasangan suku kata
terbuka dan tertutup, kecuali jika suku kata tertutup mengandungi vokal [a] yang tidak akan
diwakili huruf saksi Alif ( ‫) ا‬. Contoh kata terlibat ‘gosok’ ( ‫ݢوسوق‬ ), ‘cincin’ ( ‫چينچين‬ ),
‘pancing’ ( ‫) ڤنچيڠ‬.

TULISAN KHAT JAWI

Noresah (2014) menakrifkan khat sebagai tulisan tangan yang cantik yang dihasilkan dengan
menggunakan berus atau pen khas atau dikenali sebagai kaligrafi. Tulisan ini bertujuan untuk
mencantikkan atau memperindah huruf Arab.

Tulisan Khat Khaoufi atau Kufi

Menurut Robians (2014), gaya penulisan atau jenis tulisan khat kufi merupakan pengembangan
daripada satu naskhah kuno pada waktu sebelumnya iaitu bentuk Nabatean. Rajah 4.1.0 Tulisan
Khoufi kuno (Nabatean) Khat ini mula berkembang secara meluas pada abad ke-7 Masihi yang mana
banyak digunakan dalam tulisan al-Quran. Ciri-ciri bagi jenis khat Kufi ialah mempunyai bentuk garisan
yang lurus, siku-siku dan mempunyai kesan tulisan yang formal. Ia juga digunakan sebagai hiasan di
rumah.

Tulisan Khat Riq’ah

Menurut satu artikel Jenis-jenis kaligrafi Arab (2013), Riq’ah adalah salah satu gaya khat ciptaan
masyarakat Turki Usmani. Tulisan ini mempunyai ciri-ciri yang pendek dan kebiasaannya ditulis
dengan lebih cepat. Hal ini kerana, struktur tulisannya yang lebih mudah untuk ditulis. Gambar 4.2:
Tulisan khat Riq’ah

Tulisan Khat Naskhi atau Nasakh

Khat ini adalah salah satu jenis Khat yang paling mudah dibaca sejurus menjadikan ia sebagai tulisan
yang kerap digunakan dalam mushaf al-Quran serta teks-teks ilmiah. Selain itu, khat ini juga mudah
ditulis. nggunakan khat Naskhi atau Nasakh.

Tulisan Khat Diwani

Menurut Wikipedia (2013), khat Diwani ialah satu daripada pelbagai gaya skrip seni khat Islam. Ia
mempunyai ciri melengkung yang dikembangkan semasa zaman awal pemerintahan Uthmaniyah
(abad ke-16 hingga awal abad ke-17). Khat ini digelar Diwani kerana hanya digunakan oleh pihak Diwan
(pangkat dalam sesuatu pemerintahan) dan merupakan satu rahsia istana sultan pada masa itu. Hal
ini kerana orang ramai tidak mengetahui cara penulisan khat Diwani ini yang mana digunakan untuk
menulis semua perintah, pemberian dana dan penyelesaian masalah kerajaan sultan. Khat ini
terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah Diwani Jali (gaya jelas) yang mana tulisannya
dibezakan dengan kehadiran huruf berkait dan garis lurus. Khat jenis ini juga mempunyai banyak tanda
baca sebagai hiasan dan menyebabkan ia sukar dibaca dan ditulis. Tulisan ini juga mempunyai banyak
titik sebagai hiasan untuk mewujudkan suatu bentuk contohnya perahu, daun, buah dan sebagainya.
Pada kebiasaannya, khat ini dijadikan perhiasan di rumah yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran
dan memuji kebesaran Allah serta memuji Rasulullah saw.

Tulisan Khat Nasta’liq

Menurut Siti Hajar (2009), khat Nasta’liq juga dikenali sebagai khat Taliq yang dicipta oleh Mir’ Ali dari
Tabriz. Khat ini merupakan gaya kaligrafi Persia yang terkenal antara abad ke-15 dan ke-16.
Sebagaimana namanya, khat Nasta’liq ini merupakan gabungan daripada dua jenis khat yang lain iaitu
Nasakh dan Ta’liq.

Selain itu terdapat juga beberapa jenis khat di serata dunia. Perbezaan yang ketara dalam pelbagai
jenis khat ialah melalui ciri-ciri tulisannya. Khat Koufi mempunyai ciri garisan yang lurus dan
menggunakan pembaris, manakala khat Riq’ah pula mempunyai gaya tulisan yang pendek-pendek.
Tulisan Nasakh pula lebih mudah dibaca dan ditulis berbanding khat Diwani dan khat Nasta’liq.
Kaligrafi ini juga merupakan salah satu warisan dari nenek moyang kita yang berkembang sebelum
zaman penjajahan lagi. Oleh itu, kita wajiblah mempertahankan seni khat ini agar tak lapuk dek hujan
dan tak lekang dek panas.

PERANAN SEKOLAH MEMARTABATKAN KEMAHIRAN ASAS JAWI

Latihan Pembangunan Staf/ Latihan Dalaman Tulisan Jawi - Pihak pengurusan sekolah seharusnya
memantapkan nilai tambah pengetahuan dan kemahiran asas tulisan Jawi melalui pelbagai kursus
atau bengkel intensif kemahiran Jawi daripada pakar-pakar tulisan Jawi di institusi awam lain atau
Pertubuhan Bukan Kerajaan. Dengan kemahiran Jawi lanjutan yang dimiliki oleh para guru tersebut,
pemartabatannya dalam kalangan murid dapat disinambungkan melalui kelas/ kursus tambahan ejaan
dan tulisan Jawi kepada para pelajar. Pengukuhan kemahiran asas dan lanjutan dalam kalangan guru
dan pelajar ini bukan sahaja akan memantapkan kefahaman warga sekolah tetapi juga menyemai
semangat cintakan warisan budaya bangsa. Kelas Tambahan untuk pelajar membaca, menulis Jawi
dan Khat juga boleh diadakan agar pemantapan kemahiran asas Jawi mereka dapat diserlahkan.

Kolaboratif Khazanah/ Aktiviti Tulisan Jawi – Dalam hal ini pihak sekolah sebaiknya menjalinkan
hubungan kolaboratif dengan pihak luar seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negeri,
Jabatan Agama Islam Negeri, Sekolah-sekolah Tahfiz/ Swasta dan institusi luar yang berkepentingan
untuk meningkatkan bekalan bahan tulisan Jawi di perpustakaan sekolah khususnya bahan penulisan
kreatif, kritis, interaktif, video dan sebagainya. Peningkatan bahan ini akan membuka ruang dan
peluang seluasnya kepada pelajar untuk membaca dan terdedah dengan sistem ejaan dan tulisan Jawi
di samping menerapkan semangat Lautan Biru Kebangsaan dalam kalangan institusi awam dan swasta
negara. Penganjuran aktiviti-aktiviti kemahiran Jawi dan Khat secara bersama juga bukan saja dapat
memperkukuhkan jalinan kerjasama yang sedia ada tetapi juga menyemarakkan lagi khidmat sosial
sector awam dan swasta dalam pemertabatan tulisan Jawi.

Kempen Kemahiran Jawi dan Khat – Pihak sekolah dapat menggalakkan penyertaan menyeluruh
pelajar dan masyarakat setempat dalam pemartabatan kemahiran asas Jawi dan Khat melalui Kempen
Kemahiran Jawi dan Khat yang berterusan dan bersepadu. Pelbagai aktiviti pengisian kempen seperti
Pelancaran Minggu/ Bulan Kemahiran Jawi, Pameran Jawi dan Khat, Pertandingan Menulis dan
melukis Poster, Puisi, Cerpen, dan Esei Jawi dan Khat, Eksplorasi Jawi, Penubuhan Kelab Tulisan
Jawi/Khat Sekolah, Pertandingan Nilam Jawi, Aktiviti Larian Jawi, aktiviti Ceramah Jawi/Khat dan
sebagainya bukan sahaja akan memberi impak kepada penglibatan menyeluruh warga sekolah malah,
akan menarik sokongan dan dokongan masyarakat setempat untuk terlibat sama dalam
pengembangan dan pemantapan kemahiran asas Jawi dan Khat.
Lawatan Penanda-arasan Tulisan Jawi dan Khat - Pihak sekolah melalui Persatuan Bahasa Melayu
atau Persatuan Agama Islam boleh melakukan lawatan penanda-arasan Tulisan Jawi dan Khat ke
tempat-tempat yang sememangnya menjadi pusat penataran Jawi/ Khat seperti Majlis Agama Islam,
Muzium Peradaban Islam, dan Universiti-universiti Tempatan/ Luar Negara yang menjadi pusat
rujukan dalam Tulisan Jawi dan Khat. Pertukaran pengetahuan dan kemahiran tentang kemahiran Jawi
dan Khat serta perkongsian amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahirannya bukan
sahaja akan menjadikan penyuburan kemahiran Jawi/ Khat bertambah lestari tetapi juga boleh
meluaskan skop kemahiran Tulisan Jawi dan Khat yang terkini dan bernilai tambah.
 Pengwujudan Stesen Pembelajaran Kemahiran Jawi dan Khat.
 Penerbitan dan Penghargaan Karya Tulisan Jawi dan Khat Warga Sekolah

RUJUKAN
Afiqekie. (2012). Topik 6: Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Diakses pada 20 Februari 2016 dari
https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-6- iankaka.pdf
Anandastoon. (2013). Jenis-jenis kaligrafi Arab. Diakses pada 20 Februari 2016 dari anandastoon.com/pojok-akidah/seni-
islam/jenis-jenis-kaligrafi-arab/
Anuar. (n.d). Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Diakses pada 20 Februari 2016 dari
Anuar2u.com/download/JAWI/PEDOMAN%20JAWI.pdf
Hashim Musa. (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Edisi Kedua. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa. (2006). Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu (Edisi kedua). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Isha Awang. (2008, 16 Julai). Sayembara Deklamasi Puisi BBSN 2008. Berita Harian, 11.
Muhammed Salehudin Aman. (2016). Sinopsis Ejaan Bahasa Melayu. Diakses pada 24 Februari 2016 dari
klikweb.dbp.my/wordpress/?p=6003
Nik Safiah Karim et. al. (2015). Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noresah Baharom. (2014). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Persiangig. (n.d).
Nastaliq. Diakses pada 25 Februari 2016 dari nastaliq.persiangig.com
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). (2016). Pedoman Sistem Ejaan Rumi. Diakses pada 24 Februari 2016 dari
prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pedoman&d=8
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain. (1992). Pembinaan Bahasa Melayu (Perancangan Bahasa di Malaysia). Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Robians. (2014). Khat Kufi, Kaligrafi tertua sepanjang sejarah perkembangan kaligrafi Islam. Diakses pada 27 Februari 2016
dari www.robians.com/2014/07/khat-kufi-kaligrafi- tertua-sepanjang.html?m=1#.Vt0xHETmjq
A Roziati Abd Alrani. (2008). Diari Siswa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wikipedia. (2012). Tulisan Jawi. Diakses pada 25 Februari 2016 dari https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi Wikipedia.
(2013). Khat Diwani. Diakses pada 25 Februari 2016 dari https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Diwani(seni_khat)

Anda mungkin juga menyukai