Anda di halaman 1dari 2

Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa


hadapan. Sikap ini memberi banyak faedah kepada kita. Sikap suka
menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah” Melentur
buluh biarlah dari rebungnya”.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap
berjimat-cermat . Sikap ini boleh menyebabkan seseorang sentiasa
berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan dan juga
mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu
sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja.
Apabila kita manabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang
simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan
juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri
seperti alat tulis, buku rujukan dan sebagainya. Ibu bapa pasti akan
berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan
berdikari.
“Malang tidak berbau”. Amalan menabung membolehkan kita
menggunakan wang yang kita simpan ketika waktu kecemasan seperti
berlakunya kemalangan yang tidak dapat diduga dan ahli keluarga
dijangkiti penyakit secara tiba-tiba. Dengan adanya wang simpanan, kita
tidak perlu meminjam wang daripada orang lain untuk membayar kos
rawatan.
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita
menyimpan wang di dalam wang. Kita akan mendapat sebahagian
keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk
menambung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan
selesa dan tidak menyusahkan orang lain.
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak
manfaatnya. Bak kata pepatah “Ingat sebelum kena, jimat sementara
belum habis. Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-
sedikit, lama-lama jadi bukit.