Anda di halaman 1dari 13

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN PROGRAM
I-031-3:VOCATIONAL TRAINING OFFICER (VTO)/
I-031-4:VOCATIONAL TRAINING EXECUTIVE (VTE)/
I-031-5: VOCATIONAL TRAINING MANAGER (VTM)
SECARA FAST TRACK DAN SINGLE-TIER
MELALUI KAEDAH
PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA.

http://www.dsd.gov.my
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

ISI KANDUNGAN M/S

1. Pendahuluan 4

2. Objektif 4

3. Tarikh Kuatkuasa 4

4. Tafsiran 4

5. Kriteria Pemohonan
5.1 Program VTO 7
5.2 Program VTE 7
5.3 Program VTM 8

6. Mekanisma Pelaksanaan Program


6.1 Pra-Permohonan (Penilaian Kendiri) 9
6.2 Permohonan 10
6.3 Sesi Penilaian 11

7. Persijilan 13

2
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

SENARAI KEPENDEKAN

DKM Diploma Kemahiran Malaysia


DLKM Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
NOSS National Occupational Skills Standard
PB Pusat Bertauliah
PC Penyata Pencapaian
PP Pegawai Penilai
PPL-PPT Pegawai Pengesah Luaran - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
PP-PLV Pegawai Penilai-Pegawai Latihan Vokasional
PP-PPT Pegawai Penilai - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
PPT Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
VTE Program Eksekutif Latihan Vokasional (I-031-4);
VTM Program Pengurus Latihan Vokasional (I-031-5);
VTO Program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3);
Malaysia Occupational Skill Qualification
MOSQ
(Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia)

SENARAI LAMPIRAN
1. JPK/PPT/1001(VTOEM – Fast Track) P1 : Borang Permohonan PPT Bagi Program
VTO/VTE/VTM Secara Fast Track
2. Lampiran 1 : Carta Alir proses permohonan program VTO, VTE dan VTM secara
Fast Track
3. JPK/PPT/1002A VTOEM : Senarai Bukti-bukti Keterampilan VTO, VTE dan VTM
4. JPK/PPT/1002B VTO : Jadual Perbandingan NOSS dengan Bukti Keterampilan VTO.
5. JPK/PPT/1002B VTE : Jadual Perbandingan NOSS dengan Bukti Keterampilan VTE.
6. JPK/PPT/1002B VTM : Jadual Perbandingan NOSS dengan Bukti Keterampilan
VTM.
7. JPK/PPT/1003 : Borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
8. JPK/PPT/1001/VTOEM PK : Borang Penilaian Kendiri

3
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

1.0 PENDAHULUAN
Panduan ini bertujuan menetapkan keperluan syarat dan prosedur bagi
permohonan pelaksanaan Program Vocational Training Officer (VTO), Vocational
Training Executive (VTE), Vocational Training Manager (VTM) secara fast track
dan single-tier melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Panduan ini digunapakai bagi membolehkan personel pentauliahan Perakuan
Kelayakan Mengajar. Oleh itu, panduan ini boleh digunapakai sehingga 30
September 2016.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


Mempersijilkan individu yang berkelayakan dalam metodologi latihan dengan
VTO/VTE/VTM secara fast track dan single-tier.

3.0 TARIKH KUATKUASA


Panduan ini berkuat kuasa pada 01 Oktober 2014.

4.0 TAFSIRAN
“Analisa Jurang Kompetensi” ertinya proses yang dilaksanakan bagi
mengenal pasti jurang kompetensi yang terdapat di antara bukti yang dimiliki
oleh calon dengan NOSS;

“Calon” ertinya mana-mana individu yang berdaftar dengan Ketua Pengarah


JPK untuk mendapatkan Sijil;

“Diploma” ertinya kelayakan peringkat diploma yang diiktiraf oleh kerajaan


meliputi diploma akademik dan kemahiran;

4
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

“Jabatan” ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber


Manusia;

“NOSS” ertinya dokumen National Occupational Skills Standard atau Standard


Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang menggariskan keterampilan
yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi
sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan
tersebut;

“Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)” ertinya


pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan
dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk menilai
pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon;

“Pegawai Pengesah Luaran-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-


PPT)” ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan,
ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk
melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT;

“Panel Penilai” ertinya panel yang dianggotai oleh PP-PPT, PPL-PPT dan wakil
JPK yang dilantik oleh Jabatan bagi melaksanakan proses analisa jurang
kompetensi, temuduga dan kursus terhadap calon;

“Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)” ertinya satu kaedah untuk


memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan
keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu
yang dimiliki;

5
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

“Portfolio” ertinya adalah dokumen yang mengandungi segala jenis bukti


kompetensi secara tersusun dan sistematik, mengikut keperluan setiap profil
tugasan NOSS;

“Program latihan kemahiran” ertinya program latihan yang berasaskan kerja


dan berorientasikan industri yang bertujuan untuk mengadakan pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau
kerja dengan berkesan dan cekap, dan termasuklah latihan ulang kaji, lanjutan,
pengemaskinian dan khusus yang berkaitan dengan kerja;

“Program secara Fast Track” ertinya program yang dilaksanakan secara pakej
dengan mengambilkira kelayakan dan pengalaman sedia ada bagi
penganugerahan suatu Sijil;

“Sijil” ertinya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia


(DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Penyata Pencapaian
(PC) yang dianugerahkan kepada mereka yang layak di dalam Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia oleh Ketua Pengarah;

“Single-Tier” ertinya adalah kaedah persijilan yang melibatkan pendaftaran


kombinasi program VTO, VTE atau VTM secara serentak;

“Temuduga” ertinya aktiviti penilaian yang dibuat oleh panel penilai ke atas
calon secara bersemuka;

6
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

5.0 KRITERIA PEMOHONAN


Pemohon hendaklah memenuhi kriteria mengikut program yang dipohon seperti
berikut:

5.1 Program VTO


5.1.1 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dengan
pengalaman mengajar program latihan kemahiran sekurang-
kurangnya dua (2) tahun; atau

5.1.2 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SKM 2 dengan pengalaman


mengajar program latihan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3)
tahun; atau

5.1.3 Terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran program


latihan kemahiran dengan pengalaman sekurang-kurangnya tujuh
(7) tahun tahun.

5.2 Program VTE


5.2.1 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau
Diploma Lanjutan dengan pengalaman mengajar dan menyelia
program latihan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
atau

5.2.2 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dengan


pengalaman mengajar dan menyelia program latihan kemahiran
sekurang-kurangnya empat (4) tahun; atau

5.2.3 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SKM tahap 3 atau VTO


dengan pengalaman mengajar dan menyelia program latihan
kemahiran sekurang-kurangnya empat (4) tahun; atau

7
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

5.2.4 Terlibat dalam aktiviti-aktiviti berikut:


i. Pengajaran dan Pembelajaran Latihan Kemahiran dengan
pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun; dan
ii. Memegang jawatan sekurang-kurangnya di peringkat
penyeliaan.

5.3 Program VTM

5.3.1 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya di peringkat Ijazah Sarjana


Muda atau Diploma Lanjutan dengan pengalaman mengurus aktiviti
pengajaran dan pembelajaran program latihan kemahiran
sekurang-kurangnya empat (4) tahun; atau

5.3.2 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya di peringkat Diploma


dengan pengalaman mengurus aktiviti pengajaran dan
pembelajaran program latihan kemahiran sekurang-kurangnya
lima (5) tahun; atau

5.3.3 Memiliki VTE dengan pengalaman mengurus aktiviti pengajaran dan


pembelajaran program latihan kemahiran sekurang-kurangnya dua
(2) tahun; atau

5.3.4 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SKM tahap 3 dengan


pengalaman mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran
program latihan kemahiran sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
atau

8
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

5.3.5 Terlibat dalam aktiviti-aktiviti berikut:


i. Pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
program latihan kemahiran dengan pengalaman
sekurang-kurangnya 12 tahun; dan
ii. Memegang jawatan sekurang-kurangnya di peringkat
pengurusan.

6.0 MEKANISME PELAKSANAAN PROGRAM

Mekanisme pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

6.1 PRA-PERMOHONAN (PENILAIAN KENDIRI)


Individu hendaklah membuat penilaian kendiri menggunakan Borang
Penilaian Kendiri JPK/PPT/1001 PK sebelum membuat permohonan
kepada JPK bagi menilai kompetensi yang dimiliki dan mengetahui status
kelayakan untuk memohon berdasarkan syarat-syarat berikut;

a) Memenuhi semua (100%) keperluan Duty/CU dalam NOSS tersebut


(tiada jurang kompetensi) - Layak mengemukakan permohonan;

b) Memenuhi 70% - 99% keperluan Duty/CU dalam NOSS tersebut


(jurang kompetensi kurang dari 30%) - Individu perlu memastikan
jurang kompetensi dipenuhi dengan mengikuti kursus atau
mendapatkan pengalaman kerja dalam kompetensi berkenaan;

c) Tidak memenuhi sekurang-kurangnya 70% keperluan Duty/CU


dalam NOSS tersebut (jurang kompetensi lebih daripada 30%) –
Tidak layak mengemukakan permohonan.

Individu perlu memastikan bukti keterampilan dapat disedia


mengikut keperluan NOSS.

9
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

6.2 PERMOHONAN
Individu yang berminat dan memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan
bolehlah memohon dengan merujuk Carta Alir proses permohonan
program VTO, VTE dan VTM secara Fast Track seperti di Lampiran
1.

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan PPT Bagi


Program VTO/VTE/VTM Secara Fast Track :
JPK/PPT/1001(VTOEM – Fast Track) P1 yang boleh dimuat turun
dari laman sesawang www.dsd.gov.my atau www.ciast.gov.my dan
dikemukakan kepada Unit PPT, Bahagian MOSQ beserta dokumen berikut:

6.2.1 Bayaran permohonan sebanyak RM300.00 dalam bentuk Kiriman


Wang, Deraf Bank atau Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama
`KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’ yang
memiliki tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari
tarikh permohonan diterima;
6.2.2 Satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon;
6.2.3 Surat pengesahan majikan yang menyatakan tempoh pengalaman
bekerja bagi program yang dipohon ;
6.2.4 Satu (1) salinan kelulusan akademik/kemahiran dalam bidang
berkaitan ; dan
6.2.5 Melengkapkan Senarai Semak Borang Penilaian Kendiri
(JPK/PPT/1001 PK).

Pemohon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan ditawarkan untuk


menghadiri Penilaian Analisis Jurang Kompetensi yang dilaksanakan
bagi mengenal pasti jurang kompetensi di antara bukti yang dimiliki oleh
calon dengan keperluan NOSS. Pemohon hendaklah membawa bersama

10
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

bukti-bukti yang berkaitan dalam bentuk portfolio semasa bengkel


dilaksanakan.

6.3 SESI PENILAIAN


6.3.1 Penilaian Analisa Jurang Kompetensi

a) Sebelum menghadiri Sesi Penilaian Analisa Jurang


Kompetensi, calon dikehendaki menyediakan bukti-bukti
keterampilan yang disahkan dan memenuhi NOSS serta
melengkapkan Borang JPK/PPT/1002A VTOEM, Borang
JPK/PPT/1002B VTO, Borang JPK/PPT/1002B VTE dan
Borang JPK/PPT/1002B VTM mengikut setiap program
yang dipohon.

b) Semasa Sesi Penilaian Analisa Jurang Kompetensi


dijalankan, Panel Penilai akan melaksanakan proses
kaunseling dan penilaian bagi Program Fast Track yang
merangkumi keseluruhan NOSS. Kaedah penilaian adalah
merujuk kepada keputusan Penilaian Analisa Jurang
Kompetensi seperti berikut:

i. Tiada jurang kompetensi – calon akan melalui


proses menentusahkan penilaian yang
dilaksanakan semasa Penilaian Analisa Jurang
Kompetensi dengan kaedah Penilaian Secara
Temuduga.

ii. Jurang kompetensi kurang daripada 30% - calon


dikehendaki melengkapkan Duty/CU dan akan
melalui proses menentusahkan penilaian yang

11
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

dilaksanakan semasa Penilaian Analisa Jurang


Kompetensi dengan kaedah Penilaian Secara
Temuduga.

iii. Jurang kompetensi lebih daripada 30% - bagi


program VTO calon akan dianugerahkan PC
mengikut Duty/CU yang layak tanpa perlu
menghadiri Sesi Penilaian Secara Temuduga.

c) Selepas pelaksanaan Sesi Penilaian Analisa Jurang


Kompetensi, Panel Penilai akan mengesahkan keputusan
penilaian.

Calon yang tidak hadir Penilaian Analisa Jurang Kompetensi


sebanyak dua (2) kali tanpa alasan yang munasabah akan
dianggap GAGAL.

6.3.2 Penilaian Secara Temuduga

a) Bagi Penilaian Secara Temuduga, calon dikehendaki


melengkapkan dan menambahbaik bukti-bukti keterampilan
seperti yang disyorkan oleh Panel Penilai semasa Sesi
Penilaian Analisa Jurang Kompetensi.

b) Sesi Penilaian Secara Temuduga akan merangkumi


keseluruhan NOSS.

12
PPT/VTOEM FAST TRACK (P2)

c) Sesi Penilaian Secara Temuduga bertujuan untuk


menentusahkan penilaian yang dilaksanakan semasa Sesi
Penilaian Analisa Jurang Kompetensi.

6.3.3 Proses penilaian program ini akan dilaksanakan secara single


tier, walaubagaimanapun penilaian akan dilaksanakan mengikut
setiap program. Penilaian tidak akan dilaksanakan kepada
program yang lebih tinggi sekiranya bukti-bukti keterampilan
yang dikemukakan tidak memenuhi dan menepati keperluan
standard bagi program yang lebih rendah dalam bidang kursus
yang sama.

6.3.4 Bagi mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau tidak


memenuhi syarat yang ditetapkan, permohonan dianggap gagal
dan bayaran tidak akan dikembalikan.

6.3.5 Bagi calon yang gagal, calon boleh memohon semula dengan
mengemukakan permohonan beserta dengan bayaran yang
baharu.

7.0 PERSIJILAN

7.1 Sijil hanya akan dianugerahkan kepada calon pada tahap tertinggi yang
layak sahaja.

7.2 Penyata Pencapaian (PC) akan dianugerahkan kepada calon yang terampil
sebahagian kompetensi yang digariskan di dalam NOSS hanya bagi
Program VTO sahaja.

13

Anda mungkin juga menyukai