Anda di halaman 1dari 2

Penyata Razak 1956

Oleh Mohd Isa Abd Razak

Penyata Razak 1956 ialah laporan oleh satu jawatankuasa bagi mengkaji semula sistem
pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan
September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, YB
Dato' Abdul Razak Hussein.

Tugas jawatankuasa ini adalah untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan
yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang
bangsa, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjaga
perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1952
dan membuat pindaan yang perlu.

Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh Kerajaan
Persekutuan. Antara cadangan penting termasuklah mewujudkan dua jenis sekolah
rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah
dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan


dan bahasa pengantar di sekolah

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum


dapat dikurangkan

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan


masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan


progresif

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem


pendidikan

Penyata Razak mengemukakan 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat


akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Antara cadangan
itu termasuklah:

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.


2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.

3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
menengah.

4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar.

5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu


sebagai bahasa pengantar utama.

6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah hendaklah berkelayakan.

8. Sistem pendidikan sekolah menengah ialah Sekolah Menengah Rendah (SMR),


Sekolah Menengah Atas (SMA) dan prauniversiti.

9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persekutuan ditubuhkan.

Laporan ini disusuli oleh Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran
1961.

Anda mungkin juga menyukai