Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

1. Pendahuluan 1

Pengenalan Buku 1

Pengenalan Penulis 2

Ringkasan Kandungan Buku 3

2. Skop yang diulas

1.1 Bab 1 4

1.2 Bab 2 6

1.3 Bab 3 9

1.4 Bab 4 11

1.5 Bab 5 11

1.6 Bab 6 12

3. Kesimpulan 14

4. Refleksi 15

5. Lampiran 16

i
ULASAN BUKU
1. Pendahuluan
Setelah menerima tugasan individu bagi subjek CTU551 Tamadun Islam dan
Tamadun Asia daripada Ustazah Sumaiyah bt Bahari, saya telah mengambil masa
selama 2 minggu untuk mencari buku yang bersesuaian dengan subjek CTU551.
Akhirnya saya berjaya jumpa buku yang dicadangkan oleh ustazah iaitu buku bertajuk
Tamadun Islam dan Cabaran Kontemporari yang dipinjamkan dari Perpustakaan Raja
Tun Uda.

2. Pengenalan Buku
Nama Buku : Tamadun Islam dan Cabaran Kontemporari
Ditulis/ Disusun : Mohd Nor Mamat (Assoc. Prof. Dr)
: Kamariah Yusoff (Dr.)
: Siti Fatahiyah Mohamood
Penerbit : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
Dicetak oleh : Univision Press Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2010
No ISBN : 978-967-363-178-0
Harga : RM25.00
Mempunyai : 193 halaman yang bercetak termasuk kulit
Buku yang ditulis adalah berbentuk ilmiah

i
3. Pengenalan Penulis
Mohd Nor Mamat, adalah profesor Madya di Pusat Pemikiran dan Kefahaman
Islam (CITU), universiti Teknologi Mara (UITM) sejak 1997. Berkelulusan
Sarjanamuda Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) dan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (Islam) UITM. Kini, berkelulusan
Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di Fakulti Pendidikan UITM. Beliau telah
menghasilkan beberapa buku antaranya ialah memahami Fitrah (2009), Dimensi
Dunia ICT Islam (2008), Pemikiran dan Tamadun Islam (2007), Sains Informasi
(2005), Kemasyarakatan dan Kenegaraan Islam (2002), Pemikiran Islam dan Dunia
Hari ini (1998) serta sebuah karya terjemaahan Adab Dialog dalam Islam (2008)
karya ulama’ tersohor,Syeikh Muhammad Tantawi.
Kamariah Yusoff adalah pensyarah kanan di CITU, UITM Shah Alam.
Berkelulusan Ph.D dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau pernah dilantik sebagai Koordinator Unit
Pemikiran dan Tamadun di CITU UiTM Shah Alam. Beliau telah menghasilkan
beberapa buku, antaranya Prinsip Asas Islam I dan Prinsip Asas Islam II (1998), serta
dilantik sebagai panel penulis buku Tamadun Islam di bawah Kementerian Pengajian
Tinggi.
Siti Fatahiyah Mahamood, pensyarah CITU, UITM Shah Alam dan dilantik
sebagai felo di Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (ILQAM) UiTM.
Berkelulusan Sarjanamuda Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu dari UIAM dan Sarjana
dalam bidang Sains Pengurusan Maklumat (Islam) dari UITM. Beliau telah
menghasilkan beberapa penulisan buku, artikel jurnal dan kertas kerja di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Antara hasil penulisan beliau ialah Perubatan Menurut
Perspektif Islam (2010), memahami fitrah (2009) dan Sains Informasi (2005).

i
4. Ringkasan kandungan daripada buku ini.
Meskipun banyak tulisan berkaitan tamadun dan tamadun Islam berada dalam
pasaran yang boleh dijadikan bahan bacaan, namun buku kecil ini lebih menjurus
kepada perbincangan aspek ketamadunan dan relevansinya dengan dunia Islam
semasa, khususnya negara Malaysia. Ia amat wajar untuk difahami dan dihayati oleh
semua umat islam memandangkan suasana dunia semasa kian gawat nilai
ketamadunannya. Dengan tumpuan diberikan kepada aspek kefahaman terhadap
tamadun, perkembangan dunia Islam dalam sejarah dan semasa serta isu perpecahan
pemikiran dalam kalangan umat islam sebagai cabaran dunia semasa, reaksi – reaksi
barat dan konspirasinya juga tidak boleh dikesampingkan, terutamanya menerusi
proses pemodenan tajaan mereka. Isu semasa dunia Islam juga tidak sepi daripada
perbincangan tentang masalah perecahan umat Islam dengan kepelbagaian ideologi
dan mazhab pemikiran.

i
5. Skop yang diulas.
BAB 1
Dalam bab 1 penulis telah membincangkan tentang tamadun dan ketamadunan
Islam. Dalam bab ini penulis membincangkan definisi ketamadunan mengikut
beberapa bahasa iaitu bahasa Arab, Inggeris dan bahasa Malaysia. Terdapat beberapa
definisi tamadun pada setiap bahasa contohnya dalam Bahasa Arab tamadun
didefinisikan sebagai tamaddun, hadharah, thaqafah, umran dan madani. Dalam
Bahasa Inggeris pula tamadun didefinisikan sebagai civilization, urbanization dan
culture. Manakala dalam Bahasa Malaysia pula diertikan sebagai tamadun, peradaban,
kemajuan dan kemakmuran.
Bab 1 juga penulis membincangkan tentang ciri – ciri asas sebuah tamadun.
Sesebuah tamadun dikira apabila memenuhi beberapa kriteria antaranya sesebuah
tamadun mestilah wujudnya penempatan kekal contohnya seperti tamadun Mesir di
Lembah Sungai Nil dan tamadun Sumeria di Lembah Sungai Euphrates. Sesebuah
tamaduan juga perlu wujudnya kualiti kehidupan untuk membentuk sebuah tamadun
dan wujud stratifikasi sosial seperti wujud sistem pengkelasan dalam masyarakat
pekerjaan, kelas dan status seperti golongan petani dan nelayan, golongan pekerja,
majikan dan sebagainya. Beberapa kriteria lagi diambilkira untuk mewujudkan sebuah
tamadun seperti wujud medium interaksi dan komunikasi, wujud struktur politik yang
tersusun, wujudnya inovasi dan rekacipta dan wujudnya kehidupan beragama atau
kepercayaan metafizik.
Dalam Bab 1 juga penulis mengulas konsep Tamadun Islam, asas Tamadun
Islam, matlamat Tamadun Islam dan ciri – ciri Tamadun Islam. Mengikut konsep
Tamadun Islam penulis mengulas bahawa tamadun islam digambarkan sebagai
pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan kehidupan sehingga dapat
membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan
kreatif. Bagi asas Tamadun Islam penulis mengulas bahawa Tamadun Islam
dibangunkan atas tiga asas utama iaitu akidah, syariah dan akhlak. Keunikan
Tamadun Islam ini adalah bersifat keagamaan dan bersumberkan kepada rujukan
Tuhan di samping pengiktirafan kepada rujukan akal manusia. Terdapat beberapa

i
sumber yang dijadikan rujukan seperti sumber primer iaitu terdiri daripada dua
sumber naqli iaitu Al-Quran dan Al-Hadis manakala sumber sekunder adalah ijtihad
iaitu pandangan akal para ilmuan. Mengikut penulis, Tamadun Islam mempunyai ciri
– ciri keistimewaan tersendiri iaitu Tamadun Islam dibangunkan secara unik kerana ia
merupakan satu – satunya tamadun yang dihubungkan dengan nama agama iaitu
Islam berbeza dengan pembinaan tamadun lain yang lebih menjurus kepada asas
kebangsaan dan kenegaraan seperti tamadun India, China, Mesir Purba, Babylon dan
sebagainya.
Dalam bab ini juga penulis mengulas tentang faktor – faktor perkembangan
sebuah tamadun dan faktor kemerosotan sebuah tamadun. Terdapat beberapa faktor
yang mengembangkan sebuah tamadun seperti mempunyai lokasi yang strategik iaitu
lokasi geografik yang mendapat sumner – sumber semula jadi untuk kelangsungan
kehidupan. Ransangan agama dan kerohanian juga menjadi faktor perkembangan
sebuah tamadun. Keutuhan politik, kemantapan ekonomi, kecintaan kepada ilmu
pengetahuan dan toleransi terhadap sumbangan tamaduan lain adalah perkara yang
dibincangkan oleh penulis yang menjadi faktor perkembangan sebuah tamadun.
Beberapa faktor juga mendorong kepada kemerosotan sebuah tamadun yang
dibincangkan dalam bab ini antaranya ketidakstabilan politik, keruntuhan moral dan
nilai dan berlakunya malapetaka yang menjadi faktor kepada keruntuhan sebuah
tamadun.

i
BAB 2
Dalam bab 2 penulis membincangkan tentang sejarah perkembangan tamadun
Islam. Terdapat beberapa era pemerintah iaitu era Rasulullah, era Khulafa Ar-
Rasyidin, era Umaiyyah I & II, era Abbasiyah, era Fatimiyyah dan era Uthmaniyyah.
Penulis menerangkan topik perkembangan tamadun Islam sentiasa dikaitkan dengan
era di atas yang merujuk kepada zaman kegemilangannya menguasai tamadun dunia.
Menurut penulis juga, tamadun Islam dikesan masih wujud contohnya aspek
pengurusan politik, ekonomi dan ICT di Malaysia, ketenteraan di Iran dan Iraq, malah
penemuan – penemuan teknologi saintifik yang moden juga berlaku di negara –
negara seperti di Indonesia, Iran, Pakistan dan sebagainya, namun ia seringkali
dinafikan oleh provokasi daripada barat.
Dalam bab ini juga penulis membincangkan tentang kebangkitan semula Islam
kontemporari dimana kebangkitan timbul apabila adanya arus kesedaran untuk
melaksanakan dakwah dan jihad di kalangan masyarakat islam. Menurut penulis
kebangkitan Islam secara umumnya dirumuskan sebagai tumbuhnya kesedaran Islam
yang diperbaharui setelah melalui era kemerosotan, yang semakin melata serta
bersifat global, dan bertambahnya tekad serta kesungguhan umat menghayati ajaran
Islam dalam semua aspek kehidupan. Dua istilah lain yang sering digunakan untuk
tujuan kebangkitan islam ialah Tajdid dan Islah atau dikenali reformasi dan
transformasi.
Selain itu, penulis turut membincangkan tentang sejarah kebangkitan Islam. Para
sejarawan Islam telah mengklasifikasi bentuk kebangkitan kepada tiga kategori
berasaskan kepada tiga era iaitu Era pertama, era kedua dan era ketiga. Era pertama
adalah kebangkitan Islam daripada kegelapan Jahiliyyah. Ia adalah generasi awal
Islam yang bangkit dan membangun bersama Islam. Era kedua pula adalah
kebangkitan Islam daripada penjajah barat.. sejarah mengambarkan usaha kebangkitan
pada era ini dimulakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703 - 1791) di
Arab Saudi. Manakala era ketiga pula adalah kebangkitan Islam daripada penjajahan
ideologi. Tujuannya adalah untuk pembebasan daripada ideologi – ideologi bukan
Islam terutama daripada barat.

i
Dalam bab 2 juga, penulis turut membincangkan faktor kebangkitan Islam dan
kesan kebangkitan Islam. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada
kebangkitan Islam iaitu kesedaran umat Islam, tekanan kuasa – kuasa Barat ke atas
dunia Islam dalam bidang politik, ketenteraan dan ekonomi. Kegagalan barat
membawa perubahan yang tidak dapat berdiri bersama kewujudan islam juga turut
menjadi faktor kebangkitan umat Islam termasuk tuduhan dan tekanan kuasa – kuasa
anti Islam di barat yang menuduh umat Islam sebagai pengganas. Manakala kesan
kebangkitan semula Islam pula penulis membincangkan terdapat beberapa kesan
positif antaranya pertambahan bilangan umat Islam, kesedaran untuk melaksanakan
syariat Islam dalam semua aspek kehidupan dan pengorbanan serta berjihad ke jalan
Allah.
Penulis turut menyatakan, barat mula menunjukkan pelbagai reaksi negatif
apabila berlakunya kebangkitan islam. Antara tindakan yang dilakukan oleh barat
terhadap umat islam ialah melabelkan negara – negara yang enggan tunduk
kepadanya sebagai fundamentalis, militan, teroris dan melabelkan seluruh umat islam
pengganas. Barat turut menyalahgunakan kuasa dan mengenepikan peraturan
antarabangsa dengan menekan dunia islam contohnya di Iraq dan Afghanistan. Barat
turut juga menyekat ekonomi dan gencatan senjata seperti di Libya dan Iran. Antara
lain tindakan Barat terhadap dunia Islam ialah mengamalkan diskriminasi perkauman
terhadap minoriti Islam, mengeksploitasi berita – berita menghina Islam melalui
media massa dan ICT. Menafikan fakta – fakta sejarah Islam dan merancang strategi
rahsia untuk menjayakan misi menghancurkan Islam.
Dengan merujuk kepada cabaran dalam dunia Islam, penulis turut
membincangkan tentang strategi umat Islam untuk menghadapi reaksi negatif barat,
antaranya menerusi perpaduan umat Islam seperti perpaduan yang lebih erat dan
kesatuan suara menerusi pertubuhan OIC. Penulis turut menyatakan strategi menerusi
pembangunan umat yang menyeluru serta menerusi pengamalan Islam yang
menyeluruh dan menerusi peranan gerakan Islam di seluruh dunia.
Saya amat bersetuju dengan kenyataan penulis yang menyatakan umat Islam
seluruh dunia harus diberi kesedaran tentang ancaman daripada reaksi negatif barat

i
dan perlu mengakui hakikat permusuhan barat terhadap dunia Islam dan tidak
terpedaya dengan istilah kemodenan dan pembangunan oleh barat yang berusaha
untuk memadamkan kebangkitan Islam.
Saya turut juga bersetuju dengan kesimpulan oleh penulis yang menyatakan Islam
merupakan suatu cara hidup dan tamadun yang komprehensif dan sesuai untuk
seluruh manusia dan sepanjang zaman.

i
BAB 3
Dalam bab 3 ini penulis membincangkan tentang sumbangan Islam kepada
peradaban dunia. Menurut penulis tamadun Islam adalah tamadun berasaskan ilmu
dan pusat tamadunnya adalah pusat keilmuan dunia. Pencapaian dalam tamadun Islam
banyak menyumbang dan mendorong perkembangan tamadun moden yang dipecayai
bermula lewat iaitu selepas era Revolusi Perancis.
Dalam bab ini penulis turut mengulas pengaliran tamadun Islam ke seluruh
pelusuk dunia. Ini membuktikan sifat tamadun Islam yang universal dan mengubah
perspektif ketamadunan dunia secara keseluruhannya. Contohnya tamadun Eropah
mengambil sumber – sumber peninggalan tamadun Islam sebagai rujukan kajian
mereka dalam pelbagai aspek.
Menurut penulis juga terdapat banyak faktor yang telah mendorong tamadun
Islam mencapai kejayaannya. Antara faktor – faktor tersebut adalah meluasnya
aktiviti penterjemahan. Aktiviti penterjemahan merupakan aktiviti yang sangat
penting dalam usaha menjadi sebuah negara yang maju dan cemerlang. Peranan
institusi ilmu dan intelektual juga menjadi faktor kecemerlangan tamadun Islam.
Contohnya khalifah – khalifah Islam telah membina sekolah, universiti, perpustakaan,
balai cerap dan masjid yang merupakan tempat penyebaran ilmu. Menurut penulis,
para ilmuan dimuliakan dan pemerintah memberikan pendapatkan yang lumayan
kepada para ilmuan dan penterjemah tanpa mengira bangsa dan agama.
Perkembangan ilmu dan sikap keterbukaan pemimpin pada zaman tersebut telah
menaikkan taraf umat Islam. Keadaan ini menyebabkan barat mula sedar dan mula
mahu menjejaki langkah sebagaimana yang telah dilakukan oleh umat Islam. Selain
itu, keharmonian sosio ekonomi dan politik menjadi faktor penting dalam
kecermelangan tamadun Islam. Negara Islam mempunyai penduduk yang terdiri dari
pelbagai bangsa dan agama serta budaya telah menunjukkan kecermelangan dalam
menyatupadukan seluruh masyarakatnya di bawah satu pemerintahan.
Wujudnya hubungan perdagangan juga menjadi faktor kecemerlangan tamadun
Islam. Perdangan merupakan salah satu sumber pendapatan yang penting bagi negara
Islam. Negara Islam telah mengadakan hubungan dengan hubungan negara -negara

i
luar dan menjalankan aktiviti perdagangan dengan mereka. Islam turut
memperkenalkan sistem perladangan yang berteknologi, sistem saliran serta teknik
yang inovatif kepada dunia barat yang menjadi ikutan. Contohnya ciptaan kincir air,
empangan serta industri perkapalan adalah antara inovasi orang Islam yang
mempengaruhi pencapaian tamadun barat.
Dalam bab ini juga, penulis mengulas tentang pencapaian cemerlang tamadun
Islam dalam aspek astronomi, matematik, perubatan, kimia, biologi dan fizik.
Terdapat ramai tokoh – tokoh Islam memberi sumbangan dalam bidang astronomi .
antaranya Al-Battani, Al-Zarqali, Al-Khawarizmi dan lain – lain lagi. Sumbangan
tokoh – tokoh ini telah banyak mempengaruhi perkembangan ilmu astronomi di Barat.
Pengaruh ilmu astronomi muslim terhadap Barat boleh di lihat dalam penggunaan
perkataan seperti almanac daripada al-munakahah, nadir daripada nazir dan alidade
daripada al-idaaah. Menurut penulis apa yang dikesali ialah nama ahli – ahli
astronomi muslim ini tidak diketengah dalam pembelajaran ilmu astronomi di barat
masa kini, malah mereka mendakwa kononnya penemuan itu adalah daripada
kalangan mereka. Pandangan penulis ini amatlah saya setujui kerana dalam buku –
buku teks jarang nama tokoh – tokoh Islam disebut. Sebaliknya hanyalah tokoh –
tokoh barat. Dalam ilmu matematik tokoh Islam Al-Kindi telah memberi sumbangan
dalam bidang aritmetik dan geometri. Selain itu, terdapat lagi ramai tokoh – tokoh
islam memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu matematik. Ilmu matematik
ini telah berkembang ke Eropah dan menyinari dunia barat sehingga mereka boleh
mencetus revolusi perindustrian.

i
BAB 4
Bab 4 pula adalah penulis menerangkan tentang perkembangan islam
kontemporari dimana penulis mengulas tentang senario umat Islam semasa,realiti
semasa dunia Islam, kemelut ekonomi dan politik dunia Islam dan mengulas tentang
realiti dan solusi kemelut dunia Islam.

BAB 5
Dalam bab 5 adalah ulasan tentang perkembangan Islam kontemporari. Dalam
bab ini penulis telah mengulas teori kedatangan Islam ke alam melayu, faktor
perkembangan Islam, pengaruh Islam di tanah melayu, sejarah kebangkitan Islam di
Malaysia serta pengaruh Islam dalam tamadun Malaysia masa kini.

i
BAB 6
Manakala bab terakhir iaitu bab 6 pula adalah ulasan tentang ancaman Islam
kontemporari global dan lokal. Menurut penulis dunia Islam hari ini terdiri daripada
hampir 60 buah negara mengalami era ketidaksatuan samada dalam aspek politik,
ekonomi dan sosialnya. Golam W. Choudhary telah mengklafikasikan negara –
negara Blok Islam hari ini kepada tiga jenis tanpa merujuk mana – mana negara
tersebut sebagai negara Islam secara mutlak antaranya negara – negara yang
membangunkan negaranya dengan acuan kenegaraan Islam sendiri seperti
Afghanistan, Iran, Pakistan, Saudi Arabia dan Sudan. Seterusnya negara – negara
yang majoriti penduduknya muslim dan memberi perhatian terhadap aspek keislaman
tetapi secara majoritinya negara – negara tersebut tidak mengisytiharkan mereka
sebagai negara Islam. Mereka menggunakan Islam sebagai agama rasmi negara
sahaja. Contohnya Malaysia. Kategori kedua ini merupakan kebanyakan negara dalam
blok dunia Islam hari ini. Manakala kategori ketiga adalah dimana negara – negara
yang lebih memilih untuk mengisyatiharkan sebagai negara sekular seperti Turki.
Negara – negara ini hanya mengambil Islam sebagai agama ritual semata – mata tanpa
melibatkan aspek – aspek kehidupan yang lain. Menurut penulis terdapat satu lagi
ketegori dimana negara umat Islam yang berada di bawah cengkaman dan kekuasaan
bukan Islam iaitu Kashmir, Kazakhstan, Jagkistan dan Palestin. Menurut penulis juga
kewujudan negara – negara Islam hari ini tidak bersatu dan terpisah antara satu sama
lain dan juga berada dalam keadaan ditindas dan dipandang serong.
Penulis menyatakan perpaduan umat Islam adalah solusi paling tepat untuk
menghadapi cabaran dan tentangan pembangunan tamadun Islam. Menurut penulis
juga perpaduaan lokal dan global umat islam akan memastikan prospek masa depan
tamdun Islam akan lebih kukuh serta mampu mengembalikan zaman kegemilangan
tamadun Islam.
Dalam bab terakhir ini juga penulis turut mengulas tentang cabaran – cabaran
dalaman umat Islam seperti kegersangan kefahaman umat Islam, penularan sikap
prejudis terhadap sektor kerajaan, kelemahan pemikiran kreatif dan inovatif,
ketinggalan dalam penguasaan ilmu, ketinggalan dalam penguasaan ekonomi dan lain

i
– lain lagi. Menurut penulis ramai umat Islam hari ini mengikut cara pemikiran barat
dan menolak kepentinngan Al – Qur’an dan menyebabkan kemajuaan dan
pembangunan berlaku tanpa nilai – nilai kemanusiaan.

i
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setelah membaca buku dan meneliti buku ini terdapat beberapa
kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada buku ini. Kekuatan buku ini adalah
penulis berjaya menarik minat pembaca dengan menerangkan fakta – fakta yang jelas
serta contoh – contoh yang menarik dan bukan sekadar fakta sejarah sahaja. Susunan
tajuk dan isi kandungan dalam buku ini juga lebih tersusun dan menarik dan tidak
berasa bosan untuk dibaca. Terdapat juga beberapa kesalahan tatabahasa kecil yang
saya kenalpasti tetapi itu tidak menjejaskan isi kandungan yang ingin disampaikan
oleh penulis.
Penulis telah memilih tajuk buku yang sesuai dengan isi kandungan yang ingin
disampaikannya dan pemilihan grafik dan warna pada tulisannya adalah menarik yang
mana ia telah menarik perhatian saya untuk mengulas buku ini. Saya yakin pembaca
lain juga akan tertarik dengan tajuk serta persembahan buku ini.
Sumbangan buku ini wajar dibaca oleh semua umat Islam hari ini supaya kita
sebagai umat Islam perlu kagum terhadap ketamdunan Islam terdahulu dan
mengambil pengajaran serta tauladan dari kisah sebelum ini untuk menghadapi
cabaran dunia masa kini yang menghadapi tekanan dan tindasan dari dunia anti-Islam.
Buku ini wajar dibaca oleh semua umat Islam untuk memberi kesedaran kepada kita
untuk mengikut ajaran Islam sebenar.
Melalui buku ini penulis telah berjaya menyedarkan pembaca terutamanya saya
realiti cabaran dunia Islam hari ini. Ia telah menyedarkan saya bahawa dunia anti-
Islam berusaha untuk menjatuhkan dunia Islam dan menindas umat Islam. Perpaduan
umat Islam seluruh dunia amat penting untuk kebangkitan Islam semula dan
melawani musuh Islam.

i
REFLEKSI
Syukur alhamdulliah, saya berjaya melaksanakan tugasan individu iaitu ulasan
buku untuk subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (CTU551) mengikut
perancangan. Melalui tugasan ini banyak perkara yang telah saya pelajari disepanjang
saya menyiapkan tugasan ini. Saya telah mendapat banyak ilmu yang berguna serta
pengetahuan berkenaan tajuk tugasan yang telah diberi. Secara tidak langsung telah
menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat – maklumat yang berguna kepada
saya. Ia juga turut menjadikan saya seorang yang rajin untuk membaca.
Melalui tugasan yang telah saya laksanakan, ia menjadikan saya seorang yang
menghargai masa kerana saya perlu menyiapkan tugasan mengikut waktu yang
ditetapkan disamping dengan komitmen kerjaya dan rumah tangga. Banyak kekangan
yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini sebagai seorang yang bekerja shif,
isteri, ibu dan juga sebagai seorang pelajar. Oleh demikian, saya perlu bijak mengurus
masa supaya semua urusan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (CTU551) iaitu Ustazah Sumaiyah bt Bahari yang
telah banyak membimbing dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan
ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan sekelas
program Banchelor of Nursing Hons HS240 yang telah banyak membantu dan
memberi pandangan serta idea bagi memudahkan tugasan ini dijalankan.
Dengan siapnya tugasan ini, ia telah memberikan saya banyak pengalaman
dan info – info berguna mengenaiTamadun Islam dan Tamadun Asia.

i
LAMPIRAN

i
i