Anda di halaman 1dari 3

Sinopsis Projek Hikayat Pelanduk Jenaka

Projek multimedia ini dihasilkan dengan menggunakan perisian Filmora berdasarkan

cerita “Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan Dengan Raksasa)” seperti yang

termuat dalam teks Permata Sastera Melayu, diselenggarakan oleh Majlis Peperiksaan

Malaysia dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 72 hingga

halaman 88. Dalam hal ini, projek tersebut diterapkan elemen multimedia, iaitu teks, animasi,

grafik, dan audio-visual. Tujuan penerapan elemen asas multimedia dalam persembahan ini

adalah bertujuan untuk memahami jalan cerita dan menimbulkan kesan penghayatan dengan

mengekalkan nilai estetik yang terdapat dalam cerita tersebut. Cerita “Hikayat Pelanduk

Jenaka (Syeikh Alam Berlawan Dengan Raksasa) seperti yang termuat di dalam teks Permata

Sastera Melayu ini telah dijadikan sebagai bahan kajian.

Tema cerita Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan Dengan Raksasa) ialah

tema kemasyarakatan iaitu kisah kehidupan masyarakat binatang di dalam hutan. Terdapat

beberapa persoalan yang telah dipaparkan dan dikenal pasti iaitu mengenai kepentingan

kerjasama atau muafakat di dalam kehidupan, cabaran dan ancaman yang dihadapi,

kepentingan kasih sayang dan kepentingan seseorang pemimpin menjalankan tanggungjawab

dan amanah yang diberikan.

Cerita Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan Dengan Raksasa) bermula

dengan kisah Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada sesuatu bahaya akan

menimpa masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Kemudian masyarakat binatang

berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Sungai

Tinam dikatakan sungai yang sangat cantik, namun di kawasan sungai tersebut terdapat

seorang raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang
Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga dan membawa pulang ikan yang banyak

kerana ancaman dari raksasa dan ikan-ikan tersebut telah dimakan oleh raksasa disebabkan

ketakutan mereka. Badak pula telah menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya

cedera kerana berlawan dengan raksasa demi mendapatkan perhatian. Sebenarnya luka di

badan Sang Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri

daripada raksasa akibat terlalu takut.

Kemudian masyarakat binatang berbincang untuk mengalahkan rakssa itu. Mereka

kemudiannya bersetuju untuk meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Tuan Syeikh

Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh selama tujuh hari barulah beliau

berangkat untuk berlawan dengan raksasa. Setelah genap tempoh tujuh hari, Pelanduk Jenaka

pun berangkat ke tempat raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap

ikan sebanyak yang boleh demi menarik perhatian raksasa. Pelanduk Jenaka pula membuat

simpai yang diperbuat daripad rotan simpai ini digunakan untuk mengalahkan raksasa

tersebut. Pelanduk Jenaka telah mengarahkan rakan-rakan binatang supaya menyembunyikan

diri sementara Pelanduk Jenaka menunggu ikan yang sedang dimasak di tepi sungai. Apabila

raksasa datang, Pelanduk Jenaka pun membuat helah dan menipu raksasa menggunakan

simpai tersebut dengan mengatakan bahawa simpai boleh mengubat masalah sakit-sakit di

badan.

Akhirnya raksasa pun terpedaya dengan helah Pelanduk Jenaka dan terperangkap

dengan simpai yang dipasang dibadannya. Raksasa pun terguling ke tanah. Oleh itu, pelanduk

mengambil kesempatan dengan mencakar mata raksasa sehingga buta. Raksasa telah menjerit

kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut kerana

jeritannya sangat kuat. Akhirnya raksasa pun telah dapat dikalahkan oleh Pelanduk Jenaka

disebabkan kebijaksanaan beliau. Maka seluruh masyarakat rimba telah hidup dengan aman

dan dapat bermain-main di sungai Tinam tanpa gangguan daripada raksasa.


Dalam menghasilkan projek multimedia ini, aspek penting yang perlu diberikan

perhatian ialah penghayatan intrinsik dan penghayatan ekstrinsik terhadap cerita tersebut.

Penghayatan instrinsik dan penghayatan ekstrinsik boleh digabungkan mengikut keadaan dan

keperluan. Kajian terhadap cerita tersebut boleh dilakukan berasingan atau berkelompok

mengikut aspek-aspek tertentu. Berdasarkan penelitian yang melibatkan penghayatan terhadap

karya tersebut, maka perlu dikenal pasti elemen yang boleh diterjemahkan dalam bentuk

multimedia sama ada dalam bentuk grafik, teks, animasi mahupun audio-visual untuk

mengambarkan keseluruhan cerita tersebut. Setelah penelitian dibuat dengan mengambil kira

perkara yang dinyatakan, maka perlu disediakan satu papan cerita (storyboard) yang

digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan projek ini.