Anda di halaman 1dari 2

1.

Bidang Tugas Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua


dan Guru Penolong Kanan. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan
kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa,
perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah. Membantu
Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas. Membantu Pengetua
dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 2. Senarai Tugas 2.1
Pembangunan Diri Murid 2.1.1 Disiplin Menentukan penrapan amalan-amalan dan
nilai-nilai murni. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Menjadi
ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. Mengambil tindakan yang sesuai
terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid. 2.1.2 Bimbingan
dan Kaunseling Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling
bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling. Menyelaras dan
menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang
diperlukan. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar. Merancang dan
melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru. 2.1.3 Program
Pelindungan Murid Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan
dadah dan program lain di peringkat sekolah. Memastikan langkah-langkah
keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan. 2.1.4 Kesihatan
Mengurus kemudahan rawatan murid. Memastikan program-program kesihatan
murid dijalankan dengan sempurna. Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas
dan lain-lain. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah. Menyelaras aktiviti kesihatan
murid. 2.1.5 Skim Pinjaman Buku Teks Menyelaras pengeluaran, pengambilan,
pengagihan dan hapuskira buku teks. Menguruskan kutipan data, mengawal buku
stok dan bilik SPBT. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim
pinjaman buku teks. 2.1.6 Biasiswa dan Bantuan Menyelenggarakan perakuan-
perakauan biasiswa dan bantuan. Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid. 2.1.7 Kebersihan, Keceriaan
dan Keindahan Sekolah Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi
kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah. 3. Pengurusan Mengurus dan
mengemaskini buku rekod dan pendaftaran murid. Menguruskan kemasukan dan
penempatan murid. Menguruskan pertukaran murid. Menyemak buku kedatangan
harian murid. Menguruskan surat akuan,sijil-sijil, pengesahan dan pengedaran sijil
berhenti sekolah. Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas. Menyediakan
anggaran belanjawan sekolah. Membantu merancang Takwim Sekolah. 4.
Pembangunan Organisasi Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa
/ masyarakat. Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan. 5.
Pembangunan Kendiri Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan
pengurusan sekolah (R&D). Menghasilkan artikal-artikal bidang ikhtisas dan
pengurusan. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya. Melibatkan didi secara aktif dalam persatuan yang berkaitan
dengan profesion keguruan. 6. Tugas-tugas lain Menganggotai Jawatankuasa-
jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Pengetua
dari semasa ke semasa. (Sumber:Panduan Pengurusan Untuk Guru dan Staf
Sokongan Sekolah Menengah Oleh Pn. Hajah Khuzaimah Bt Hj Sulaiman ) Anda
mungkin juga meminati: 18. Pengurusan Disiplin Murid SMKTI 7.Aktiviti/Program
yang dirancang di bawah Unit HEM 2010 8.Senarai Semak Dokumen Disiplin (
Tindakan GPK HEM) 17. Polisi Keselamatan Semasa Menjalankan Aktiviti
Kokurikulum SMKTI 13. Keselamatan Murid Pergi dan Balik Sekolah

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Anda mungkin juga menyukai