Anda di halaman 1dari 3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar belakang

Pembangunan modal insan merupakan pemacu terpenting bagi meningkatkan pertumbuhan


ekonomi negara dengan menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing di
peringkat global (Economic Development Unit, 2015). Ini juga pengetahuan, berdaya saing dan
berdaya tahan (Zulkefli & Hassan, 2007) menambah

Pembangunan modal insan ini menjadi tumpuan utama dalam pentadbiran semua negara kerana
ianya telah dikenal pasti sebagai tunjang utama kejayaan ekonomi dan pembangunan negara
tersebut (Mohd Fauzi Hamat, 2012). Oleh demikian, pentadbiran negara yang bijak menyusun atur
pembangunan modal insan adalah penyokong utama ke arah kejayaan ekonomi negara (Baharom
& Mohamad Johdi, 2009).

Menurut Economic Development Unit (2015), modal insan ini perlu berkualiti selaras dengan
permintaan pasaran kerja kerana dapat menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih jitu dan
memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat.

Pada pendapat saya, dalam membangunkan modal insan bertaraf dunia Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KSSM) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh
dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Mulai
tahun 2017, KSSM dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tingkatan 1. Peringkat ini
dipilih kerana penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta
pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan
perubahan umur.

KSSM ini mengandungi bilangan subjek lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan teknik
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan
penggunaan dua bahasa (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris) serta meningkatkan penguasaan
kedua-dua bahasa tersebut bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar
dengan matlamat kerajaan.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengarahkan semua sekolah
rendah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSM
yang disediakan oleh KPM. Dokumen tersebut membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul
iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul ini menggantikan buku
teks yang digunakan ketika pelaksanaan KBSR. Penggunaan modul ini adalah mengikut tahap iaitu
Tahap Menengah Rendah dan Tahap Menengah Atas. Tahap menengah rendah (Tingkatan 1 hingga
3) tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran
asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sikap dan nilai. Manakala Tahap Menengah atas (Tingkatan 4 hingga 5) tertumpu kepada
pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
sikap dan nilai. Setiap tahap ini mengandungi elemen-elemen yang dinilai tambah dari KBSM.

Elemen KBSM adalah pendekatan bersepadu, pendekatan individu secara menyeluruh, peluang
dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Sebagai
lanjutan daripada itu, elemen yang dinilai tambah oleh KSSM adalah kreativiti dan inovasi,
keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi. Kesemua elemen ini merangkumi
standard-standard yang ditetapkan dalam KSSM iaitu Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.

1.2 Tujuan
1.3 Objektif
1.4 Peranan pembangunan modal insan
1.5 Langkah pelaksanaan pembangunan modal insan

Pembangunan modal insan adalah merupakan salah satu aspek penting bagi membangunkan
ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan, berdaya saing dan berdaya tahan. Kepentingan
pembangunan modal insan untuk pembangunan ekonomi negara jelas dapat dilihat, di mana teras
kedua yang digariskan dalam Misi Nasional yang menjadi asas kepada pelaksanaan Rancangan
Malaysia Kesembilan ke arah merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020, adalah berkait secara langsung dengan pembangunan modal insan. Bagi
sektor pengajian tinggi, pembangunan modal insan, terutamanya golongan akademik dan pelajar,
adalah sangat penting kerana golongan ini menjadi antara penyumbang utama ke arah matlamat
menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan,
pembangunan modal insan sektor ini masih menghadapi tiga (3) isu utama. Untuk menangani isu
tersebut, berbagai strategi telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi bagi memastikan pembangunan modal insan sektor ini mencapai matlamat yang ditetapkan
1.6 Falsafah pendidikan yang berkaitan dengan pembangunan modal insan
1.7 Dasar-dasar pendidikan yang berkaitan dengan pembangunan modal insan
1.8 Cabaran pembangunan modal insan
1.9 Isu-isu pembangunan modal insan
1.10 Cadangan
2 Nnn
3 Mmm

Anda mungkin juga menyukai