Anda di halaman 1dari 12

UITM SERI ISKANDAR, CAWANGAN PERAK

FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING


(DEPARTMENT OF BUILDING)
COURSE CODE: BGN 123
PROGRAMME CODE: AP 116
GROUP: 3B
TAJUK: PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

DISEDIAKAN OLEH:
1 MUHAMMAD ZAMEER RIFAIE BIN 990716-08-5077 2017206532
ABDUL RAZAK
2 MUHAMMAD IKMAL SAUFI BIN 990419-11-5217 2017206848
RAMLAN
3 MOHD ATIF BIN SUFKERI 990109-88-5013 2017208782
4 RABIATUL ADAWIAH BINTI MAZNI 990619-10-5654 2017206618
5 NURUL NABILLA BINTI MOHD 990829-07-5086 2017206378
SHUKRI
6 NUR SYASYA BINTI AHMAD FAUZI 990901-02-5674 2017206358

DIPERIKSA OLEH:
MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF @ SALLEH
TARIKH HANTAR:
18 NOVEMBER 2018
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR 2

3.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALAM SEKITAR 3-4

2.1 KEBAIKAN PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

2.2 KEBURUKAN PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

4.0 CABARAN DAN HALANGAN UNTUK MEMELIHARA 5-6


ALAM SEKITAR

4.1 Mengesploitasikan Alam Tabii Secara Berlebihan


4.2 Cabaran Memeliharan Hutan Tropika Secara Berkekalan
4.3 Kurang Kesedaran Umum Kepada Rakyat
4.4 Penguatkuasaan Undang-Undang

5.0 CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN 7-8

5.1 Kesedaran Terhadap Tanggungjawab Sosial


5.2 Pendidikan Alam Sekitar
5.3 Penggunaan Teknologi
5.4 Kitar Semula
5.5 Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
5.6 Kaedah Pelupusan Sampah

6.0 PERANAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP ALAM 9-10


SEKITAR
1.0 PENGENALAN

Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia yang juga
merupakan ajaran yang lengkap, sempurna dan syumul. Hal ini bertujuan untuk membawa
manusia ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat dengan berpandukan al-Quran dan
as-Sunnah. Kandungan al-Quran dan as-Sunnah menerangkan setiap sudut urusan hidup
manusia, termasuklah urusan pembangunan dan alam sekitar. (UPENA, 2007, Ms 1).

Konsep pembangunan dari perspektif Islam adalah bersifat menyeluruh iaitu


merangkumi berbagai aspek dan bukan hanya dari aspek material atau kebendaan (UPENA,
2007, Ms 5). Sekiranya aspek material sahaja yang diberi tumpuan tetapi aspek lain seperti
alam sekitar diabaikan, semestinya akan menimbulkan pelbagai masalah dalam kalangan
masyarakat dan negara. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa matlamat pembangunan,
antaranya adalah perkembangan pengeluaran yang berguna di mana memberi manfaat kepada
rakyat dan negara untuk memenuhi keperluan asas yang merupakan kategori dharuriyat
(UPENA, 2007, Ms 6). Selain itu, pembangunan juga bertujuan untuk perkembangan teknologi
dan penyelidikan yang membawa maksud usaha bersama dalam mewujudkan teknologi
tempatan yang sesuai dengan keadaan alam sekitar, keperluan, aspirasi umat dan negara
(UPENA, 2007, Ms 7)
Disamping itu, bagi merealisasikan hasrat untuk memajukan negara dengan
pembangunan yang moden sudah pasti akan melibatkan penerokaan terhadap alam sekitar.
Justeru, keseimbangan antara pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar mestilah
dititikberatkan agar tidak berlaku kerugian dan kerosakan (UPENA, 2010, Ms 347). Hal ini
kerana alam sekitar turut mempunyai pelbagai maslahah kepada makhluk di muka bumi ini.
Antaranya, Allah telah menganugerahkan alam sekitar ini untuk dinikmati dan dimanfaatkan
seelok-eloknya oleh manusia kerana setiap isi alam tunduk kepada Allah untuk kemudahan
manusia. Sebagai contoh, tumbuhan-tumbuhan hijau serta haiwan-haiwan yang menjadi
sumber makanan manusia dan juga memberi kemudahan kepada hidup manusia. Hal ini telah
diterangkan di dalam al-Quran iaitu: (Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid et al, 2008, Ms 331)
Ertinya: “Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di
atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan
keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki
oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.”
Oleh itu, proses pembangunan ini haruslah diuruskan dengan bijak kerana pembinaan
tanpa batasan dan tidak mengambil kira kepentingan memelihara alam sekitar akan membawa
kesan negatif. Sebagai contohnya, kemajuan yang dibina atas kemusnahan alam sekitar telah
diancam dengan pelbagai masalah seperti tanah runtuh, banjir dan pencemaran. Akhirnya,
pembangunan dan alam sekitar perlu diseimbangkan bagi mengelakkan sesebuah negara itu
daripada membangun secara songsang atau prejudis pada mana-mana aspek (Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia, 2008, Ms 347).
Che Bakar Che Mat, Abd Shukor Md Ali, Norlela Kamaluddin, Sharifah Anom Omar, Salmah
Hussin, Wan Ariffin Wan Yon (2007), Pembangunan dari perspektif Islam, Shah Alam: Pusat
Penerbitan Universiti(UPENA).
Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid et al, (2008), Pendekatan Pembangunan Peradaban, Kompleks
Pusat Islam, Kuala Lumpur.
1
2.0 KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

Berdasarkan beberapa definisi dan pendapat, perkataan alam sekitar atau dalam Bahasa
Inggeris disebut “environment” dipinjam daripada Bahasa Perancis “environner” yang
membawa maksud keadaan skeliling atau lingkungan. Ini bermakna, segala yang terdapat
disekeliling manusia dianggap alam sekitar (Abdullah Mohammad Said, 1999, Ms 1).

Oleh kerana itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan
“alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun,
secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu
organisma di muka bumi serta mempengaruhi kewujudan dan perkembangan organisma
(Abdullah Mohammad Said, 1999, halaman 1).

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar, namun ia lebih kepada kefahaman
“environmentalisme“. Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya
menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi
kehidupan sesuatu organisma. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat
tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan. Sebagai contoh,
ilmuan Barat menyifatkan bahawa alam sekitar terdiri daripada faktor-faktor fizikal, ekonomi,
teknologi, politik, sosial, dan kebudayaan (Abdullah Mohammad Said, 1999, Ms 1).

Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada
Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan
yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Mesin dicipta untuk
meningkatkan kecekapan, dan membolehkan penghasilan pelbagai jenis barangan.
Perkembangan teknologi telah memesatkan lagi pembangunan. Sumber digunakan pada kadar
yang jauh lebih pantas daripada zaman sebelumnya (Abdullah Mohammad Said,1999, halaman
10).

Abdullah Mohammad Said (1999) Pengurusan Sumber Dan Alam Sekitar, Institut Teknologi
Mara, 404550, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

2
3.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALAM SEKITAR
3.1 KEBAIKAN PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
Pembangunan dan alam sekitar adalah dua perkara yang sangat berkait rapat dan
bergantung sesama sendiri. Kebaikan yang pertama ialah penggunaan hasil hutan iaitu kayu di
dalam industri perumahan. Penggunaan kayu di dalam industri perumahan di Malaysia
bukanlah perkara baru kerana ianya telah lama dipraktikkan di dalam kerja pembinaan rumah-
rumah di kawasan luar bandar. penggunaan kayu di dalam industri perumahan ini dianggap
unik dan antik. Di Malaysia, terdapat banyak bangunan-bangunan lama yang mengagumkan
kerana diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan penyambung besi. Selain itu, pembinaan
landskap dalam aspek industri perumahan perlu dititikberatkan kerana sedikit sebanyak dapat
menyeimbangkan pembangunan fizikal yang pesat dengan ditemani oleh berbagai jenis pokok
(Mohamad Zaki Haji Mohd Isa, 1995, m/s73).

Kebaikan yang kedua adalah pembangunan dalam industri perabot. Umum mengetahui
bahawa salah satu daripada bahan binaan yang digunakan oleh manusia adalah kayu. Hal ini
kerana, kayu mudah dibentuk menggunakan mesin mahupun dengan tangan dan boleh
divariasikan saiz,bentuk dan rupa dengan menggunakan alatan seperti pahat, paku atau lain-
lain jenis sambungan. Kriteria yang perlu dititikberatkan untuk penghasilan perabot adalah
warna, corak permukaan dan keupayaan daya lekat yang memuaskan. Pokok getah pada
mulanya hanyalah untuk mendapatkan hasil lateksnya semata-mata, kini kayu getah dipercayai
mempunyai ciri dan sifat yang diperlukan dalam industri perabot. Kayu merupakan bahan
semula jadi. Sifat-sifat dan ciri-cirinya berbeza antara jenis kayu. Untuk mengenalpasti
kesesuaian kayu untuk kegunaannya, kita hendaklah membandingkan sifat-sifatnya kepada
ciri-ciri yang diperlukan. Penghasilan perabot ini jelas menunjukkan kesan positif yang kita
manfaatkan daripada hasil alam untuk pembangunan di Malaysia (Mohamad Zaki Haji Mohd
Isa, 1995, m/s49).

Kebaikan yang ketiga ialah pertumbuhan bandar. Antara kegiatan yang boleh
mengubah alam sekitar untuk manfaat bersama ialah pembangunan tanah untuk
membangunkan sesuatu kawasan. Apabila sesuatu kawasan baru ditubuhkan, urbanisasi yang
cepat, pertumbuhan bandar dan pembangunan bandar besar akan berlaku secara berterusan.
Walaubagaimanapun, kita perlulah menitikberatkan soal perancangan dan pengawalan
pembangunan yang sedang membangun pesat ini agar dapat meminimakan kemudaratan yang
bakal berlaku terhadap bumi Allah ini. Di Malaysia, bandar mula tumbuh dan berkembang
pesat sejak penjajah barat menerokai kawasan-kawasan pertanian dan membuka kawasan
perlombongan bijih timah secara besar-besaran. Buktinya, Kuala Lumpur sendiri pada asalnya
merupakan pusat dagangan akibat kemajuan perusahaan melombong bijih timah di kawasan
persekitaran (Sham Sani, 1990, m/s77).

Mohamad Zaki Haji Mohd Isa (1995), Perhutanan dan Alam Sekitar, Kepong, Kuala Lumpur
Sham Sani (1990), Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia, Kuala Lumpur

3
3.2 KEBURUKAN PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

Pembangunan tanpa kawalan secara amnya boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap
alam sekitar. Tidak dinafikan bahawa untuk terus hidup kita memerlukan pembangunan, tetapi
setiap pembangunan tidak seharusnya menafikan hak generasi akan datang untuk sama-sama
menikmati nikmat alam yang telah kita rasai hari ini.

Keburukan yang pertama ialah penipisan lapisan ozon di Malaysia. Penipisan lapisan
ozon merupakan keadaan apabila lapisan ozon berada di bahagian statosfera mengalami
hakisan daripada gas klorofluorokarbon (CFC). Gas CFC dari tin penyembur tidak bertindak
balas dengan bahan kimia lain sebaliknya ia akan naik ke atas melalui atmosfera dan tiba di
stratosfera dan di sinilah cahaya matahari menguraikan molekul CFC. Molekul oksigen terurai
mengakibatkan sinaran ultraungu yang berbahaya akan memancar terus ke bumi. Apabila
lapisan ozon semakin menipis, suhu bumi akan menjadi lebih panas kerana sinaran ultraungu
terperangkap di bawah lapisan ozon. Sinaran UV bukan sahaja memberi kesan negatif terhadap
penipisan lapisan ozon, malahan mampu menyebabkan seseorang menghadapi kanser kulit dan
masalah penglihatan dalam jangka masa panjang (Shamsiah Md. Said, 2012, m/s88).

Keburukan yang kedua ialah peningkatan suhu bumi. Penebangan hutan yang tidak
terkawal menyebabkan permukaan bumi terdedah. Permukaan bumi yang menerima pancaran
terus matahari akan menyebabkan udara lembap berkurangan. Ketiadaan tumbuhan hijau untuk
menjalankan proses tanspirasi menyebabkan gas oksigen dan hidrogen berkurang sekaligus
mengganggu ekosistem yang sedia ada. Ini akan menyebabkan wap air berkurang dan udara
menjadi kering. Kekurangan tumbuhan menyebabkan berkurangnya proses fotosintesis, maka
kandungan gas karbon dioksida dalam udara bertambah dan suhu bumi meningkat. Tambahan
pula, kesan rumah hijau turut berkait rapat dengan isi peningkatan suhu bumi. (Shamsiah Md.
Said, 2012, m/s124).

Keburukan yang ketiga ialah hakisan tanah. Hakisan tanah terjadi apabila pembalakan
di sesuatu kawasan tidak terkawal ataupun secara haram. Apabila hakisan tanah berlaku, hutan
tidak dapat berfungsi sebagai tempat tadahan air malah boleh mengakibatkan hakisan terus
berlaku. Akibatnya, dasar sungai menjadi cetek. Akar pokok sepatutnya berfungsi untuk
mencengkam tanah agar kesan negatif seperti air larian permukaan dapat dielakkan. Masalah
ini boleh diatasi sekiranya kita menjalankan pembalakan mengikut garis panduan yang
ditetapkan di samping aktiviti pemuliharaan yang berterusan dan ditambah pula dengan sistem
pengurusan yang baik (Mohamad Zaki Haji Mohd Isa, 1995, m/s13).

Mohamad Zaki Haji Mohd Isa (1995), Perhutanan dan Alam Sekitar, Kepong, Kuala Lumpur
Shamsiah Md. Said. (2012), Pencemaran Udara: Masalah dan Penyelesaian, Wangsa Maju,
Kuala Lumpur
4
4.0 CABARAN DAN HALANGAN UNTUK MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Alam sekitar hanyalah sekadar pinjaman kepada kita yang diberi oleh Allah S.W.T.
yang amat bernilai. Sistem semula jadi ini unggul dan berada dalam kedaan seimbang. Tetapi,
aktiviti manusia boleh mengakibatkan perubahan mendadak sehingga mengganggu kestabilan
sistem. Oleh itu, kita haruslah memelihara alam sekitar sebaik-baiknya. Pada masa kini, untuk
memelihara alam sekitar semakin hari semakin banyak halangan dan cabaran yang dihadapi.
Untuk menanganinya masalah tersebut memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi
daripada semua pihak. Tetapi dalam hal ini, ramai manusia kini tidak mengendahkan alam
sekitar. Laut dan sungai yang tercemar, atau hutan yang binasa adalah kerana perbuatan insan
durhaka. Derita yang bakal dihadapi dunia disebabkan pencemaran alam adalah balasan Allah
ke atas jenayah pencemaran tersebut. Dunia Islam sepatutnya menjadi perlambangan
kepatuhan kepada amaran Allah dalam Surah al-Rum ayat 41:

(Maksudnya): Telah timbul berbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul
Abidin, 2010)
4.1 Mengekploitasikan Alam Tabii secara berlebihan.

Dalam mengejar kemajuan dan pembanggunan, manusia sering lupa akan


tanggungjawabnya untuk memelihara alam dengan rakus memperlakukannya semata untuk
mengaut keuntungan cepat dalam jangka masa pendek, tanpa memikirkan jangka masa panjang
kepada umat manusia. (676, Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan peradaban). Dalam
proses pembanggunan, manusia mempunyai kencederungan untuk mengeksploitasi alam tabii
secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi, Natijahnya, keseimbangan alam
semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global dan
gempa bumi, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan ekosistem yang dilakukan oleh
aktiviti manusia (Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid et al, 2008, Ms. 34-35)

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid et al, (2008), Pendekatan Pembangunan Peradaban, Kompleks
Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (2010) Fahaman Islam Kita Sempit, Alam sekitar
Tercemar, Shah Alam, Selangor.
5
4.2 Cabaran Memelihara Hutan Tropika Secara Berlebihan.

Dasar Perhutanan Negara adalah bukti bahawa rakyat sedar akan pentingnya
memelihara alam sekitar dan untuk memastikan khazanah warisan ini tetap wujud pada masa
kini bahkan masa akan datang. Pelbagai masalah berkaitan dengan alam sekitar menjadi serius
kerana manusia sedang mengejar pembangunan. Contoh masalah yang dihadapi ialah hakisan
tanah dan kurang hasil hutan. Pembanggunan tanpa kawalan boleh memberi kesan terhadap
ekosistem dan pupus habitat spesies-spesies tertentu. Masalah yang timbul ini membabitkan
seluruh negara didalam dunia. Antara isu-isu penting mengenai perhutanan adalah dalam masa
20 hingga 30 tahun akan datang, suku daripada keperbagaian biologi dunia akan menghadapi
kemusnahan. Selain itu, seluas 11.4 juta hektar hutan tertutup dan terbuka di k awasan terbuka
setiap tahun. Mengikut tinjauan terbaru kadar ini mungkin telah meningkat setiap tahun. Setiap
tahun juga seluas 700000 hektar hingga sejuta hektar hutan dikawasan Mediterranean terbakar.
(Abdullah Mohammad Said,1999, Ms. 19-23)

4.3 Kurang Kesedaran Umum Kepada Rakyat

Pengetahuan tentang pentingnya menjaga alam sekitar telah meningkat, tetapi terdapat
segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab yang terus melakukan kegiatan
mencemarkan alam sekitar. Majoriti rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kesedaran yang
menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya
melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi
sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang
berkesan diambil untuk menyelesaikannya. Namun, rakyat perlu sedar bahawa setiap individu
bertanggungjawab untuk menjaga alam bersama-sama agar alam sekitar terpelihara.

4.4 Penguatkuasaan undang-undang Yang Lemah

Kerajaan dalam waktu terdekat perlu meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi
meningkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan dan untuk memperkukuhkan lagi
penguatkuasaan. Masalah alam sekitar akan dapat dibendung, bukan sahaja hanya bergantung
kepada kerajaan semata-mata. Setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda,
berpendidikan tinggi atau tidak, perlu berganding bahu dan bersatu tenaga untuk memulihara
dan melindungi alam sekitar. Hal ini kerana, kita hidup dalam lingkungan alam sekitar yang
sama, menghirup udara yang sama, berkongsi menggunakan sumber asli yang sama. (Dato Sri
Douglas Uggah Embas, 2011, Ms 1)

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid et al, (2008), Pendekatan Pembangunan Peradaban, Kompleks
Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Abdullah Mohammad Said (1999) Pengurusan Sumber Dan Alam Sekitar, Institut Teknologi
Mara, 404550, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

6
5.0 CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN

Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Pembangunan
yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar juga turut terjejas. Masalah pencemaran alam
yang kian meruncing kebelakangan iniumumnya terjadi akibat tindakan manusia itu sendiri.
Kegiatan-kegiatan sepertiperindustrian, pembangunan dan pertanian telah menyumbang
kepadapeningkatan masalah ini. Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk orangawam, badan-
badan koperat, badan bukan kerajaan dan pihak kerajaan seharusnya bersatu bagi membendung
masalah ini. Langkah-langkah berkesan yang perlu diambil untuk melindungi kualiti alam
sekitar termasuklah;

5.1 Kesedaran Terhadap Tanggungjawab Sosial

Sebagai pengusaha terutama sekali pengusaha kilang, mereka seharusnya memikirkan


kesan jangka masa panjang aktiviti yang dijalankan oleh mereka. Jangka masa panjang masa
100 tahun ataupun 200 tahun. Kebanyakan pengusaha cuma mengambil kira kesan dalam
jangka masa 30 hingga 50 tahun. Hal ini. tidak mencukupi kerana banyangkan jika beratus-
ratus kilang sebegitu didirikan. Tentu kadar pencemarannya adalah jauh lebih tinggi. Para
pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam
Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna juga boleh memainkan
peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna
yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang tidak mendatangkan. Tanpa
permintaan terhadap barangan yangmendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan
mula menggunakanbahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita
sebagai pengguna sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak
mengandungi CFC. (Bakar, 2010, Ms. 8)

5.2 Pendidikan Alam Sekitar

Antara sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk
sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia
akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yangtinggi dikekalkan. Ini kerana
mereka sudah tahu apa masalah yang mungkinakan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula
diperkenalkan secara formal padaperingkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Seterusnya adalah pada peringkat
menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata
pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah di pengajian tinggi. Salah
satu contohnya ialah melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan
alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Peranan
mediamassa dapat membantu. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting
ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan
swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. (Bakar, 2010, Ms. 9)
Jamaluddin Abu Bakar (2010), Pencemaran Alam Sekitar, Ampang, Selangor.

7
5.3 Penggunaan Teknologi

Tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak
di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama,
kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan
pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan
buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya.
Sebagai contoh, sampah sarapboleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana.
Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah diciptadan dipasang pada
ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa
plumbum juga merupakan satu hasildaripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat
mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.
(Bakar, 2010, p. 10)

5.4 Kitar Semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semulabahan buangan seperti


kertas bekas kaca atau plastik, tin aluminium, kertasdan cebisan kayu. Kitar semula juga
bermaksud proses yang sangat selamatkepada alam sekitar kerana ia dapat mengurangkan
tahap pencemaran. Selainitu, kitar semula juga dapat mengurangkan pembakaran sampah sarap
secaraterbuka. Kempen kitar semula dapat kita saksikan di televisyen. Seharusnya,semua
rakyat Malaysia harus faham tentang warna yang digunakan untukpengasingan iaitu coklat,
jingga dan biru. “Coklat untuk kaca, biru kertas punyatin untuk jingga dan plastik juga.”
(Bakar, 2010, p. 12)

5.5 Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum

Penggunaan petrol berplumbum telah menyumbang peratusanpencemaran udara yang


tinggi. Petrol berplumbum berupaya menghasilkankarbon monoksida yang membahayakan
kualiti udara kerana mengandungikadar plumbum yang tinggi. Untuk mengatasi masalah ini
penggunaan petroltanpa plumbum diperkenalkan pada 1990. Petrol tanpa plumbum
dapatmengurangkan plumbum di dalam petrol daripada 0.4 gram per liter kepada0.15 gram per
liter. (Bakar, 2010, p. 15)

5.6 Kaedah Pelupusan Sampah

Kaedah pelupusan sampah oleh pihak-pihak tertentu hendaklah dikajisemula supaya tidak
berlaku pembakaran secara terbuka. Sesetengah pihakberkuasa telah menggunakan sistem
menimbus sisa bandaran sepertimenimbus kawasan bekas lombong. Cara ini digunakan bagi
mengelakkanpembakaran secara terbuka. (Bakar, 2010, p. 15)

Jamaluddin Abu Bakar (2010), Pencemaran Alam Sekitar, Ampang, Selangor.

8
6.0 PERANAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat telah sedar tentang kemerosotan alam sekitar di
Malaysia. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai tahap kritikal
dan boleh diistilahkan sebagai bencana. Media massa sering membawa berita tentang aspek
kemerosotan alam sekitar dan tidak kurang juga individu yang menyuarakan tentang keadaan
alam sekitar. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-
bandar besar, kesesakan lalu lintas di bandar, banjir kilat, tanah runtuh, banjir dan kekurangan
air bersih.

Peranan pihak persatuan yang berminat tentang alam sekitar amat penting untuk terus
memelihara alam sekitar daripada terus merosot. Antara persatuan yang sedang bergiat
menjalankan pengawasan alam sekitar termasuklah Sahabat Alam Malaysia, Persatuan
Pengguna Pulau Pinang dan Selangor, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia dan
Persatuan Pencinta Alam Malaysia. (Abdul Samad Hadi, 1990, Ms 406). Pergerakan ini
mempunyai pengaruhnya tersendiri dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara untuk
generasi akan datang.

Salah satu contoh di mana persatuan dapat mempengaruhi dasar awam terhadap
penggunaan alam sekitar dapat diberikan melalui usaha tentangan yang dikendalikan oleh
beberapa persatuan alam sekitar terhadap pembinaan empangan di Ulu Tembeling. Menerusi
pungutan tandatangan, bantahan disuarakan mengenai akibat pembinaan empangan itu
terhadap Taman Negara. Dengan adanya suara-suara dari rakyat yang membantah, maka projek
pembinaan empangan itu telah dibatalkan. Dengan adanya kesedaran yang sedemikian rupa,
alam sekitar akan dapat dijaga dengan lebih mudah. (Abdul Samad Hadi, 1990, Ms 422)

Rakyat Malaysia sudah mula menunjukkan kesedaran tentang alam sekitar yang
semakin lama semakin terhakis dek kerana kerakusan tangan manusia sendiri. Individu yang
terdiri dari golongan profesional telah membuka mulut mereka untuk memberi pandangan
tentang kemusnahan dan kemerosotan alam sekitar. Orang awam juga turut sama memberi
pandangan yang sama. Abdul Samad Hadi (1990:422) menyatakan bahawa ahli profesional
menyalurkan pandangan mereka menerusi majalah akademik dan juga di dada akhbar. Oleh
kerana sebahagian besar daripada pandangan mereka disalurkan menerusi majalah profesional,
pandangan mereka mungkin tidak dikenali umum. Tetspi, media massa memainkan peran
untukmeyebarkan pandangan mereka itu tersebar luas. Dengan itu, orang awam yang melihat
pandangan tersebut secara tidak langsung juga memupuk hati mereka untuk bersatu dalam
memelihara alam sekitar.

Sham Abdul Hadi & Abdul Samad Hadi (1990) Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia,
Isu dan Pengurusannya, Ampang, Selangor.

9
Malaysia kini bersaing seiring dengan negara maju yang lain dalam pembangunan.
Daripada bangunan biasa sehinggalah berdiri megahnya KLCC, Malaysia gah di persada dunia.
Bukan sahaja ia menentukan falsafah, arah, dasar dan strategi bagi mencapai matlamat
pembangunan itu, ia juga mengendalikan secara langsung sebahagian daripada langkah-
langkah untuk mencapai matlamat pembangunan.
Penglibatan kerajaan dalam kegiatan pembangunan sudah pasti akan memberi kesan
terhadap alam sekitar negara ini. Alam sekitar fizis akan diubahsuai oleh teknologi yang dicipta
oleh manusia. Bagi memenuhi keperluan hariannya, manusia akan mengendalikan pelbagai
projek pada peringkat ‘sophistication’, alam sekitar dipelihara, dipulihara dan diguna. Dalam
konteks ini apa sahaja dilakukan oleh manusia akan meninggalkan kesan terhadap alam
sekitarnya.
Satu daripada strategi pembangunan kerajaan ialah menubuhkan berbagai-bagai badan
kerajaan bagi melaksanakan pelbagai kegiatan untuk memperbaiki kedudukan golongan
bumiputera. Penubuhan badan-badan tersebut digiatkan lagi pada tahun-tahun 1970-an
menurut Dasar Ekonomi Baru kerajaan. Badan-badan berkanun ditubuhkan di peringkat negara
dan negeri bagi menjalankan aktiviti ekonomi. Melalui penubuhan badan-badan tersebut, ianya
bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia, malah juga kepada alam sekitar.
Salah satu agensi kerajaan iaitu UDA telah ditubuhkan pada tahun 1971. Salah satu
faktor agensi ini diwujudkan ialah untuk memulihara alam sekitar, kemudahan dan
perkhidmatan awam dan perjalanan trafik. Agensi ini mempunyai kesan yang positif dalam
memelihara alam sekitar di Malaysia telah terlibat dalam pelbagai projek pembangunan
kawasan Melayu di Kuala Lumpur, perumahan dan penyediaan ruang niaga. Pada tahun 1979
UDA terlibat menerusi usahasama dengan pihak swasta dalam 37 projek perumahan yang
melibatkan seluas 1518 hektar tanah dalam kawasan perbandaran untuk pembinaan 35189 unit
rumah. (Abdul Samad Hadi, 1990, 147)
Kegiatan agensi Kerajaan Negeri tidak kurang juga memainkan peranan dalam
merubah alam sekitar. Perbadanan Kemajuan Negeri adalah satu badan kerajaan negeri yang
giat menjalankan berbagai-bagai projek pembangunan. Setiap negeri di Malaysia telah
menubuhkan agensi ini, dan antaranya yang lebih berjaya dalam kegiatannya ialah Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). (Abdul Samad Hadi ,1990, Ms 150). Mengambil PKNS
sebagai satu contoh agensi kerajaan negeri yang menyumbang banyak perkara kepada rakyat.
Antara kegiatan perbadanan ini ialah membina perumahan dan bandar baru, menyediakan dan
memajukan tapak perumahan dan penempatan semula setinggan.
Peranan yang dimainkan tidak kiralah dari orang awam mahupun dari agensi atau pihak
politik, mereka perlu bekerjasama dalam memelihara alam sekitar. Generasi akan datang perlu
dipupuk untuk memelihara sama biodiversiti kita. Bumi akan hancur dan rosak oleh tangan
manusia sendiri, maka tangan manusia jugalah yang dapat membaikinya.

Mohamad Zaki Haji Mohd Isa (1995), Perhutanan dan Alam Sekitar, Kepong, Kuala Lumpur.
Sham Abdul Hadi & Abdul Samad Hadi (1990) Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia,
Isu dan Pengurusannya, Ampang, Selangor.

10

Anda mungkin juga menyukai