Anda di halaman 1dari 7

CATATAN REFLEKSI

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:


Isu yang ingin difokuskan pada minggu keempat adalah murid tidak memberikan
kerjasama dan sambil lewa dalam menghias artikel jahitan. Murid ini membuat tugasan
secara sambil lewa dan asal siap ketika menghias artikel jahitan. Hal ini menyebabkan
hasil artikel tidak kemas dan kelihatan tidak menarik.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:
Murid sangat berminat untuk menghias artikel jahitan supaya kelihatan menarik.
Murid kelihatan bersungguh-sungguh dan menunjukkan kreativiti tersendiri
untuk menghias artikel jahitan tersebut. Murid juga sering merujuk kepada saya
ketika menghias artikel kerana ridak ingin melakukan kesilapan.

2.2 Kelemahan
Pada sesi pengajaran kali ini saya mendapati terdapat murid yang menghias
artikel jahitan secara sambil lewa. Mereka menganggap artikel jahitan ini tidak
memberikan markah dalam ujian mereka. Hal ini menyebabkan hasil akhir
aktikel tersebut kelihatan tidak kemas dan mencacatkan rupa artikel tersebut.

3. Cadangan penambahbaikan:
Bagi memastikan murid tidak menghasilkan artikel secara sambil lewa, saya perlu
menempatkan mereka berdekatan dengan saya agar saya dapat memantau mereka
dan sentiasa mengingatkan mereka untuk melakukan kerja secara bersungguh-
sungguh
CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:


Pada minggu ketiga internship saya telah menjalankan amali menjahit artikel jahitan.
Pada sesi amali ini saya menghadapi mengawal tingkah laku murid yang nakal di dalam
kelas. Murid ini sering menggangu rakan yang lain dengan sengaja menyebab murid
lain terkejut dan melatah. Perkara ini sangat membimbangkan saya kerana murid
menggunakan jarum yang tajam untuk menjahit. Sekiranya masalah ini tidak diatasi
kemungkinan perkara tidak diingini akan berlaku.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:
Sebahagian besar murid memberikan kerjasama yang baik dari segi
menunjukkan disiplin diri yang baik ketika menjalankan amali di dalam bengkel.
Setiap tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam masa yang telah
ditetapkan dan murid menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari
topik jahitan ini. Murid juga sering bertanya kepada saya jika mengalami
kesulitan dalam menyiapkan tugasan.

2.2 Kelemahan
Masalah disiplin yang ditunjukkan oleh beberapa orang murid yang
mengganggu rakan mereka menyebabkan perjalanan kelas tidak berjalan
dengan lancar. Saya terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada murid
ini berbanding murid lain bagi memastikan mereka tidak mengganggu rakan-
rakan yang lain.
3. Cadangan penambahbaikan:
Bagi memastikan murid tersebut tidak menganggu rakan mereka saya perlu
mengasingkan mereka dan menempatkan mereka berdekatan dengan saya supaya
mudah dikawal. Dengan cara ini tingkah laku mereka akan lebih terkawal dan
perjalanan kelas akan lebih lancar.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:


Pada minggu kedua internship saya telah menjalankan pengajaran kemahiran jahitan
asas. Pada PdPc ini saya telah mengajarkan 3 jahitan asas kepada murid-murid iaitu,
jelujur halus, jelujur kasar dan jahitan kia. Isu yang saya hadapi pada PdPc ini adalah
murid yang terlalu pantas menyiapkan tugasan mereka. Setelah siap murid-murid ini
akan menganggu rakan-rakan mereka dan seterusnya membuatkan keadaan kelas
menjadi bising. Saya terpaksa meninggikan suara saya untuk menenangkan semula
keadaan kelas.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:
kebanyakan murid memberikan kerjasama yang baik dengan mengikuti
pengajaran saya sehingga selesai. Mereka mengikuti langkah menjahit jahitan
asas dengan betul dan berupaya memberikan fungsi setiap jahitan dengan betul
walaupun ditanya secara rawak.

2.2 Kelemahan
Sesi pengajaran agak mudah bagi murid yang pandai dan menyebabkan
mereka mudah berasa bosan dan bagi menghilangkan rasa bosan tersebut
mereka menganggu rakan mereka yang lain.
3. Cadangan penambahbaikan:
Bagi memastikan murid yang cepat menyiapkan tugasan saya perlu menyediakan
tugasan lanjutan kepada mereka. Mereka perlu mengaplikasikan jahitan asas tersebut
ke atas kain perca mahupun seluar yang terkoyak agar mereka dapat melihat
kegunaan jahitan asas tersebut di dalam kehidupan seharian mereka.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:


Perkara utama yang difokuskan bagi minggu pertama Internship adalah mengenalpasti
tahap kemahiran murid dan juga berbincang dengan mentor mengenai projek inovasi
yang ingin dilaksanakan. Bagi mengenalpasti masalah murid, saya telah menjalankan
Ujian pra amali kepada murid-murid tahun 4 bagi subjek Reka Bentuk Dan teknologi.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:
Kekuatan yang dapat kenal pasti adalah semasa melakukan perbincangan
dengan mentor mengenai bahan inovasi. Mentor saya menunjukkan kerjasama
yang baik sepanjang perbincangan dilaksanakan. Beliau banyak berkongsi idea
dan memberikan tunjuk ajar kepada saya bagi membolehkan saya menambah
baik bahan inovasi yang ingin dibina.

2.2 Kelemahan
Saya dapat mengenalpasti beberapa kelemahan semasa Ujian pra amali
dijalankan. Antaranya termasuklah kekangan masa. Oleh sebab jadual untuk
kelas saya adalah sebelum rehat, saya perlu melepaskan murid untuk pergi
rehat walaupun murid agak lambat untuk datang ke bengkel. Perkara ini telah
menyebabkan kelas saya bermula agak lambat dan berakhir dengan cepat dan
murid tidak dapat menyiapkan ujian pra amali dalam masa yang telah
ditetapkan. Ujian tersebut diulang semula pada waktu yang lain.
3. Cadangan penambahbaikan:
Bagi membuat penambahbaikan terhadap kelemahan yang berlaku, saya perlu
membuat perancangan dengan lebih bagi memastikan perjalanan ujian yang
dilaksanakan tidak terganggu. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah
memberikan tugasan amali yang lebih mudah dan hanya memerlukan masa yang
singkat untuk disiapkan.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai