Anda di halaman 1dari 1

Panduan / Cara Menjawab Sejarah

Kertas 3 SPM :
Makluman kepada calon-calon SPM :

 Membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk untuk menjawab soalan
daripada buku teks.
 Tulis nombor soalan dan tajuk kecil soalan.
 Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat soalan.
Contoh soalan. Jelaskan maksud nasionalisme.
Contoh jawapan. Maksud nasionalisme ialah………..
 Tulis jawapan dalam ayat yang lengkap. Dicadangkan satu perenggan merangkumi fakta,
huraian dan contoh.
 Gunakan penanda wacana untuk mengaitkan isi dengan isi seterusnya.
 Contohnya selain itu, di samping itu, walau bagaimanapun, justeru, sehubungan dengan itu
dan akhirnya.
 Bagi soalan KBAT, jawapan perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis.
Gunakan teknik ICHUN (Teknik KBAT)
 Teknik ICHUN :
 I = isi ( setiap jawapan KBAT perlu ada isi). C = contoh ( untuk mendapat markah penuh,
jawapan perlu ada contoh) H = huraian (jika tiada contoh boleh kemukakan huraian) U =
untuk (penyambut, jika tiada U tak chun la I) N = NILAI ( Jika jawapan ada Nilai pastikan
ada I. Jangan lupa C jangan lupa H)
 Gunakan ayat berlapis menggunakan perkataan seperti bagi,untuk, agar atau supaya (U)
 Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.
 Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret serta bersastera.
 Baca soalan betul-betul dan fahami kehendak soalan