Anda di halaman 1dari 6

KHIDMAT

MASYARAKAT
- PENDIDIKAN SIVIK -

NAMA : ZAINOL A’MZAR ZAINOL


WALID
KELAS : 402
NO MAKTAB : AH150049
GURU : PUAN NOOR AZNIDAH BT
YOSNI
MRSM PENGKALAN HULU
KHIDMAT MASYARAKAT DI TAMAN KEMPAS
Pada 20 Mac yang lalu, Taman
Kempas mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan perumahan supaya
kelihatan bersih dan sihat untuk dipandang.
Setiap lorong kawasan perumahan riuh
rendah membersihkan rumah-rumah kosong,
longkang, padang dan lain-lain.

Saya mengambil inisiatif dengan


membersihkan rumah kosong yang kelihatan
buruk akibat menjadi kawasan lepak
beberapa orang. Rumah itu sangat teruk
dengan pintu yang tertanggal dan lalang-
lalang tumbuh di halaman serta tingkap-
tingkaap yang pecah dibiarkan begitu sahaja.

Saya juga sempat membersihkan longkang


di hadapan rumah itu yang berkemungkinan
akan menyebabkan longkang tersumbat. Hal
ini kerana, pelbagai jenis sampah dan rumput-
rumput berkumpul serta mampu
menyumbatkan longkang tersebut.
Beberapa keping gambar telah diambil
untuk menunjukkan bukti berlakunya khidmat
masyarakat di Taman Kempas :

Pintu yang
tertanggal dari
tempat yang
sepatutnya
dialihkan ke
tempat
pengumpulan
supaya diangkut
oleh lori ke
tempat
pengumpulan
sampah
Sampah yang
berada sekitar
rumah itu dikutip
untuk dibuang

Daun-daun kering dan


sampah yang ada di
dalam longkang
dibersihkan supaya
tidak menyumbatkan
saluran longkang
Daun-daun kering yang
berguguran yang ada di luar
rumah dikumpulkan untuk
dibakar dan ditanam

Debu dan sampah kecil


disapu supaya lantai
dalam dan luar rumah
kelihatan bersih
Sebagai penutup, semangat kerjasama dapat
dipupuk jika dilakukan bersama serta kerja
yang dilakukan menjadi lebih mudah. Oleh
yang demikian, ‘bersatu kita teguh,bercerai
kita roboh’ merupakan peribahasa yang
menunjukkan semangat kerjasama
memudahkan sesuatu kerja.

Saya berharap agar khidmat masyarakat ini


dapat dilakukan lagi bagi memupuk semangat
kerjasama dan dapat menyenangkan banyak
pihak. Kerja yang tertangguh sekian lama
akhirnya berjaya dilakukan.

DISEDIAKAN OLEH 22 MAC 2018

..........................
(ZAINOL A’MZAR) SAKSI

Anda mungkin juga menyukai