Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN REFLEKTIF

Pada 12-16hb Julai 2018, saya telah mengikut Program Bina Insan Guru (BIG) yang
bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban selama 5 hari dan 4
malam. Program Bina Insan Guru (BIG) 2018 merupakan satu program yang julung kali
diadakan untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2016.
Objektif utama program BIG adalah untuk membentuk watak insan guru yang sebenar, dan
meningkatkan serta memantapkan keupayaan mental, fizikal dan emosi para peserta sebagai
bakal pendidik yang sememangnya akan menghadapi pelbagai cabaran di sekolah tempat
bertugas kelak. Untuk mencapai objektif dan matlamat tersebut, beberapa aktiviti seperti
Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti khidmat masyarakat di sekolah rendah dan aktiviti
luar seperti abseiling Jabatan Pertahanan Awam dan aktiviti air di Port Dickson yang agak
lasak telah lalui sepanjang tempoh program selama lima hari dan empat malam. Seramai 85
orang guru pelatih menyertai program ini dan kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Saya
berada di kumpulan keenam. Program ini telah memberikan saya pengalaman dan
pengetahuan yang amat berharga. Terdapat kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
yang dapat dikesan sepanjang program ini.

ANALISIS SWOT

Analisis SWOT adalah teknik perancangan strategik yang digunakan untuk membantu
seseorang atau organisasi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang
berkaitan dengan perancangan projek. Kekuatan dan kelemahan sering dikaitkan secara
dalaman, manakala peluang dan ancaman biasanya menumpukan kepada penempatan alam
sekitar.

Pertamanya, kekuatan yang ada sepanjang program ini adalah nilai-nilai keguruan
dapat dipupuk melalui program BIG ini. Lebih-lebih lagi, semangat kerjasama antara peserta
dipupuk sepanjang program ini dijalankan. Contohnya, kesemua peserta dapat memupuk
semangat berpasukan dan bekerjasama di samping memupuk perpaduan antara kaum.
Kerjasama amat penting bagi memastikan semua aktiviti berjalan lancar. Sebagai contoh,
semasa pembinaan khemah, saya dan ahli-ahli kumpulan saya sangat kurang pegetahuan
tentang pembinaan khemah, tetapi disebabkan oleh kerjasama semua orang, kami pun telah
berjaya untuk mendirikan khemah. Disamping itu, semasa menjalankan aktiviti bimbingan dan
motivasi sekolah rendah. Saya dan ahli kumpulan saya telah bekerjasama untuk
menyediakan aktivit-aktiviti dalam masa yang singkat itu. Akhirnya, kami pun telah berjaya
untuk menjalankan aktiviti yang disediakan oleh kami dengan lancar, dan murid-murid pun
sangat menikmati dalam permainan yang kami sediakan.
Disamping itu, kekuatan yang ada sepanjang program BIG iaitu pembahagian masa
yang sesuai. Dan adil Sebagai contoh, semasa menjalani aktiviti air, kumpulan 1,2,3 telah
menjalani aktiviti air pada hari Selasa selama 4 jam, manakala kumpulan 4,5,6 yang menjalani
aktiviti air pada hari Rabu hanya selama 4 jam. Kedua-dua kumpulan mempunyai masa yang
sama untuk menjalankan aktivit yang sama, oleh itu tidak akan menimbulkan rasa
ketidaksamaan antara guru pelatih. Selain itu, masa untuk berehat adalah cukup selepas
aktiviti abseling, aktiviti air dan juga aktiviti berkhidmat masyarakat. Ketiga-tiga aktiviti ini
adalah sangat letih, dan guru pelatih memerlukan masa yang panjang untuk mengembalikan
tenaga. Dengan ini, masa yang dibagikan untuk guru pelatih rehat adalah cukup iaitu dari
pukul 2 petang hinggan pukul 6:30 petang. Dalam empat jam tiga puluh minit ini guru pelatih
boleh mandi, rehat dan sebagainya. Oleh itu, pembahagian masa yang baik adalah penting
untuk menjalankan sesuau program dengan lancar dan berjaya.

Selain itu, saya juga mengetahui kepentingan disiplin diri dan ketepatan masa melalui
BIG ini. Sepanjang program BIG dijalankan, ketepatan masa dan disiplin diri adalah penting
untuk memastikan diri saya sentiasa menepati masa. Hal ini demikian untuk memastikan
program yang dirancangkan dapat bermula dan tamat pada masa yang ditetapkan. Saya
sebagai AJK Keselamatan, saya hendak tiba lebih awal daripada guru pelatih lain kerana
tugasan kami adalah menjaga dan mengenalpasti kehadiran semua guru pelatih. Dengan
mengenalpasti kehadiran gur pelatih, kami dapat mengetahui tentang keselamatan guru
pelatih. Ini bermaksud jika semua guru pelatih hadir bermakna guru pelatih adalah selamat
iaitu mereka sihat dalam kesihatan. Oleh itu, saya hendaklah bangun lebih awal supaya saya
dapat hadir diri dalam masa yang ditetapkan. Jika saya telah lewat, kemungkinan besar aktivit
yan gseterusnya akan dijejaskan.

Bertitik tolak daripada hal ini, Program BIG juga dapat membentuk keyakinan dalam
diri peserta. Sebagai contoh, ini adalah pertama kali saya menjalankan aktiviti abseling. Pada
mulanya saya amat tekanan disebabkan oleh ketinggian bangunan itu, saya amat takut jika
saya tidak boleh lakukan aktiviti itu. Setelah saya berjaya menjalankan aktiviti abseling, saya
telah yakin dalam megatasi ketakutan diri sendiri. Begitu juga dengan, komitmen yang
ditunjukkan oleh kesemua peserta melancarkan perjalanan program ini. Seperti yang boleh
kita lihat, para peserta dapat belajar menjalankan satu program dengan mengikut protokol
yang disediakan dan kerjasama antara satu sama lain. Kemajuan sebagai guru pelatih dapat
dilihat dengan perbezaan pada hari pertama. Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa
sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam melakukan setiap aktiviti boleh
melahirkan guru yang berwibawa. Dan turut diambil kira peruntukan dan kemudahan yang
disediakan lengkap untuk kegunaan para peserta.
Walau bagaimana sekalipun, dalam nada yang berbeza, kelemahan yang ada
sepanjang program BIG ini dapat dikesan pada pengurusan dan penyediaan makanan.
Makanan sering disediakan dikatakan terlalu pedas untuk sesetengah guru pelatih, dan ini
menyebabkan guru pelatih selalu tidak dapat menghabiskan makanan atau sangat sangsara
semasa makan. Ini disebabkan bukan semua guru pelatih biasa dalam makan makanan yang
pedas. Sebagai contoh, saya tidak mahir makan makanan yang pedas, saya tidak boleh
makan makanan pedas awal pagi, kerana ini akan menyebabkan saya cirit-birit. sepanjang
program ini, saya cirit-birit satu kali selepas makan sarapan pagi yang disediakan. Namun
begitu, masalah-masalah yang timbul ini bukan salah AJK makanan tetapi pihak pembekal
makanan yang harus memikul tanggungjawab ini. Mereka harus sentiasa bertimbang rasa
dengan orang lain, dan menyediakan makanan yang sesuai untuk semua orang.

Disamping itu, kelemahan yang dapat kita lihat daripada program BIG ini adalah
peraturan yang tidak dikuatkuasakan kerana terdapat peserta yang tidak menepati masa
terutamanya slot moral yang dijalankan dan juga ada sesetengah peserta yang tidak
menyertai diri dalam aktiviti yang mereka tidak rela seperti aktiviti khidmat masyarakat yang
dijalankan di Jelebu. Sesetengah peserta selalu lewat datang ke slot moral mungkin
disebabkan tiada pensyarah datang untuk memberi slot atau mereka terlewat bangun. Selain
itu, sesetengah peserta tidak melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat tetapi berbual-
bual dengan kawannya dan menyebabkan kita menggunakan masa yang lebih panjang untuk
menyiapkan kerja yang patut kita buat. Aktiviti khidmat masyarakat yang kita jalankan adalah
membersihkan kolam dan juga mencangkul rumput di tepi kolam tersebut. Kemungkinan
besar mereka tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat disebabkan
mereka takut ia akan mengotorkan diri mereka dan juga mereka tidak biasa dengan kerja
tersebut dan juga disebabkan pensyarah tidak akan memerhatikan dan mendendakan peserta
yang tidak melakukan tugas yang ditetapkan. Oleh itu mereka selalu lewat ke slot moral
ataupun tidak mahu menjalankan aktiviti yang disediakan oleh pensyarah berkenaan. Untuk
menyelesaikan masalah ini, pihak berkuasa seperti pensyarah yang bertugas perlulah
sentiasa memantau penglibatan peserta sepanjang aktiviti dijalankan dan menguatkuasakan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Bagi kelemahan pada diri sendiri, saya telah menghadapi masalah untuk bercakap di
hadapan ramai. Hal ini demikian kerana kemahiran bercakap dalam Bahasa Melayu saya
kurang baik dan saya berasa cemas apabila menghadapi orang ramai. Semasa menjalankan
aktiviti LDK, saya sebagai ketua kumpulan saya hendak sentiasa bersuara di hadapan ahli
kumpulan saya. Ketua kumpulan memainkan peranan penting dalam membimbing ahli
kumpulan dalam semua aktiviti, percakapan di hadapan adalah penting. Tetapi disebabkan
kelemahan saya yang tidak mahir bercakap di hadapan ramai, ini meneyebabkan saya kurang
dalam memberi pandangan kepada ahli kumpulan saya dan juga tidak dapat membimbing
ahli kumpulan saya dengan baik. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya perlu berlatih untuk
bercakap dalam Bahasa Melayu di hadapan orang ramai supaya saya menjadi lebih mahir
dalam bercakap Bahasa Melayu dan yakin pada diri sendiri. Hal ini adalah penting dan
bermanfaat kepada saya pada masa depan apabila saya mengajar di sekolah kerana saya
perlu berhadapan dengan bilangan murid yang ramai.

Namun demikian, jika dibandingkan dengan peluang yang ada sepanjang program ini,
program BIG ini merupakan satu peluang kepada kesemua peserta untuk menyayangi tempat
belajar, iaitu IPG Kampus Raja Melewar kerana program diadakan di tempat sendiri. Turut
menjadi peluang adalah pengurusan IPG Kampus Raja Melewar dan kesemua waris
memberikan sokongan sepenuhnya sepanjang program BIG ini dikendalikan. Menyedari
hakikat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa para waris yang mementingkan disiplin anak-
anak mereka. Di samping itu, program BIG telah memberi peluang kepada semua guru pelatih
untuk mengenal kawan baharu. Saya ialah guru pelatih opsyen Bahasa Cina, dan
kebanyakkan kawan saya adalah dari opsyen yang sama dan juga banga Cina. Melalui
program BIG, saya diberi peluang untuk mengenali kawan baharu yang terdiri daripada tiga
kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Dalam 3 tahun yang saya berada dalam kampus ini,
boleh dikatakan saya hanya mempunyai dua atau tiga kawan yang kaum India. Tetapi melalui
program ini, saya telah mengenali kawan kaum India yang lebih banyak. Bukan kawan yang
berkaum India, tetapi juga mengenali kawan yang berbangsa Melayu dan Cina. Program ini
memberi saya peluang yang amat baik untuk mengeratkan hubungan dengan kawan
terutamanya semasa aktiviti berkumpulan seperti persembahan sketsa.

Sepanjang BIG ini, saya telah mendapat peluang untuk melakukan perkara yang saya
tidak pernah lakukan seperti berkayak dan merakit di laut, abseiling, dan khidmat masyarakat.
Walaupun saya tidak berkemahiran untuk berenang namun saya tetap mengambil peluang ini
untuk melakukan sesuatu yang saya tidak pernah buat dan juga belajar sesuatu yang baharu.
Selain itu, saya juga berpeluang untuk menyertai aktiviti abseling yang saya sentiasa mahu
menyertai tetapi tidak dapat sertai keranan ketakutan. Dalam aktiviti yang saya seratai, saya
menyerdari sebenarnya mempelajari sesuatu baharu dan mengatasi ketakuatan adalah
perkara yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana saya berasa ini merupakan peluang
yang sangat baik untuk mencabarkan diri sendiri bagi mencuba sesuatu yang tidak pernah
dilakukan dan tidak berani melakukannya.

Seterusnya, terdapat juga ancaman yang mengganggu pelaksanaan aktiviti-aktiviti


dalam program ini. Salah satunya ialah cuaca. Cuaca yang buruk kadang-kadang akan
membahayakan peserta-peserta yang menjalani aktivti-aktiviti di luar. Sebagai contoh,
semasa kami menjalani aktiviti khidmat masyarakat di Jelebu. Guru pelatih lelaki hendak pergi
ke dalam kolam dan guru pelatih guru hany pergi ke tepi kolan untuk membersihkan
kawasannya. Tiba-tiba cuaca menjadi buruk dan mulai hujan. peserta lelaki hendak naik ke
darat secepat mungkin supaya hujan tidak membahayakan peserta lelaki yang dalam. Kami
terpaksa untuk menghentikan tugasan kami yang kami belum habiskan disebabkan cuaca
yang semakin buruk. Ini sebebakan, jika kami ingin meneruskan aktiviti lagi, ia akan
membahayakan keselamatan kami. Nasib baik, hujan berhenti untuk turun selepas beberapa
minit dan kami dapat meneruskan aktiviti kami. Selain itu, cuaca yang panas juga merupakan
ancaman bagi melaksanakan aktiviti luar. Hal ini demikian kerana saya telah menghadapi
kecederaaan kulit (‘sunburnt’) akibat menjalankan aktiviti di bawah matahari yang kuat dan
panas. Selain itu, ombak yang kuat semasa melakukan aktiviti air adalah salah satu cabaran
semasa program BIG. Ombak yang amat kuat telah menyusahkan kami untuk melakukan
aktiviti air seperti rakit, ini disebabkan ombak telah menyusahkan kami peserta yang kurang
kemahiran dalam merakit untuk mengawal rakit tersebut. Akibatnya kebanyakkan kawan saya
telah jatuh ke dalam air dari rakit itu. Oleh itu, saya berpendapat bahawa ancaman ini perlu
dititik beratkan.

PENUTUP

Kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekangan khususnya


masa persediaan sebelum program bermula, dan tenaga pensyarah yang agak terbatas,
program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2016 ini telah berjalan dengan jayanya dan
telah mencapai objektif yang disasarkan. Adalah diharapkan program seperti ini akan dapat
diteruskan pada masa akan datang agar bakal guru yang dilahirkan nanti dapat menepati
watak insan guru sebenar selaras dengan aspirasi negara kita. Program Bina Insan Guru
merupakan satu program yang memberi banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang
berguna kepada semua peserta. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah
ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi kepada murid sebagai
model bina insan yang bermakna.

Akhirnya sekali, program BIG ini merupakan satu program yang meninggalkan
kenangan yang bermakna dan satu pengalaman baharu kepada semua peserta. Saya amat
gembira kerana diber peluang untuk menjalankan aktiviti yang saya tidak pernah jalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah IPG Kampus Raja Melewar,
juga kepada Timbalan Pengarah, atas sokongan moral dan seterusnya kepada Kem
Komandan BIG, semua jaurulatih, fasilitator serta semua jawatankuasa yang terlibat bagi
menjayakan program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2016, Semester 5 tahun 2018.

Anda mungkin juga menyukai