Anda di halaman 1dari 8

2.

6 PENAKSIRAN MATEMATIK

2.6.1 DEFINISI

Diagnostik penaksiran Matematik direka bentuk untuk mengenal pasti secara


khusus mengenai kekuatan dan kelemahan di dalam perkembangan kecekapan.
Penaksiran Matematik lebih khusus kerana penyediaan penialaian atau penaksiran di
dalam sesuatu aspek. Jika dibandingkan dengan oenaksiran pembacaan, penaksiran
Matematik jauh lebih mudah dan sanang. Ini disebabkan kejayaan pencapaian di dalam
operasi Matematik banyak bergantung kepada kejyaaan pencapaian ke atas operasi
lain contohnya pendaraban bergantung kepada penambahan. Secara amnya, Salvia
dan Ysseldyke, 1991 menyatakan penaksiran Matematik adalah contoh kepada tingkah
laku yang sama dan pebgai aplikasi ke atas fakta-fakta dan prinsip-prinsip di dalam
pengajian Matematik.

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik


melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yangmembantu kanak-kanak
memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching),
penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Padanan ialah
kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah
kegiatan memilih sifat umum dalam kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan
kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala
susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana
kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada
peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget,
Bruner, Gagne dan Dienes

Teori Piaget ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland,
merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana
kanak-kanak belajar. Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu
peringkat deria motor (0–2 tahun), pra-operasi (2–7 tahun), operasi konkrit (7–11 tahun)
dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap
kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Guru sekolah rendah harus memberi
tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit, iaitu
ketika berumur 7 hingga 11 tahun. Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah,
seharusnya memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat
operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep
matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat
membantu murid-murid memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa
asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga
menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan
kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.

Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang
dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan.
Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan
pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada
satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Menurut kajian
dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun
1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon
Sang, 1996) iaitu pertamanya Teorem Pembinaan. Cara ini adalah yang paling
berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah
membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. Kedua adalah Teorem
Tatatanda Tatatanda matematik yang mana diperkenalkan harus mengikut
perkembangan kognitif murid tersebut. Ketiga adalah Teorem Kontras dan Variasi
Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya
murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. Keempat adalah Teorem
Perhubungan. Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan
dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain. Selain daripada kajian
tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang
menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak
menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu.

Dalam Teori Gagne, Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang
telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan
jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget
dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-
kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Gagne mempunyai
hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran
tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui
pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam
pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan
konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan
masalah yang belum pernah dialami.

Selain itu, Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan
pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah
merancang satu sistem yang berkesan dalam pengajaran matematik untuk menjadikan
matematik lebih mudah dan pelajar berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes
konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas,
permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan
akhirnya formalisasi. Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-
kanak mempelajari matematik iaitu Prinsip Konstruktiviti. Dalam prinsip ini pelajar
haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik.
Seterusnya Prinsip Perubahan Perspeptual. Kanak-kanak didedahkan pelbagai
keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik. Prinsip Dinamik adalah
prinsip yang ketiga di mana kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan
eksperimen untuk membentuk satu konsep.
Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan
Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme.
Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang
menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu,
konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif
berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan
tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping
pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam
proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina
pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri. Dalam pendekatan
konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas
yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk
mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan
matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda
konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan
dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan


pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat
meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna
pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan
berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.
2.6.2 TUJUAN PENAKSIRAN MATEMATIK

Tujan penaksiran Matematik yang pertama adalah keinginan untuk mengetahui


pencapaian seseorang di dalam Matematik iaitu dengan menilai kesediaan seseorang
untuk diberi arahan atau untuk menentukan kesesuaian seseorang itu terhadap sesuatu
kemahiran.

Kedua, semua program-program sekolah kerajaan kecuali sekolah-sekolah khas


mengajar fakta-fakta dan konsep Matematik. Oleh itu, para pendidik perlu mengetahui
jika pelajar tersebut telah menguasai sesuatu fakta dan konsep.

Akhirnya, penaksiran Matematik digunakan untuk membuat keputusan-


keputusan klasifikasi serta memperkukuhkan kesesuaian untuk program–program
pelajar bermasalah pembelajaran Matematik.

2.6.3 DIAGNOSTIK UJIAN-UJIAN MATEMATIK

Connoly, Nachtman dan Pritchett (2076) telah mengklasifikasikan contoh


berdasarkan ujian-ujian Matematik. Berikut merupakan huraian-huraiannya. Terdapat
tiga topik utama di dalam Matematik iaitu kandungan, operasi-operasi dan aplikasi-
aplikasi. Dalam kandungan terdapat tiga sub topik iaitu sistem penomboran, pecahan,
algebra dan geometri. Untuk sistem penomboran, penialaian dibuat bagi emngenalpasti
kauntiti, ketoadaan nombor-nombor di dalam turutan dan pengiraan. Pecahan pula
bertujuan menilai kebolehan menguasai konsep-konsep asas ke atas pecahan-
pecahan, tanda titik perpuluhan dan peratus. Seterusnya adalah tajuk algebra dalam
unit kandungan ini di mana digunakan untuk menilai pengetahuan dan pemahaman
mengenai pronsip-prinsip yang terlibat di dalam penyelesaian linear dan persamaan
kuadrtaik. Sub topik yang terakhir dalam kandungan adalah geometri. Ianya digunakan
untuk menilai kecekapan di dalam mengenali bentuk-bentuk tertentu dan pemahaman
mengenai theorem.

Topik yang kedua iaitu operasi-operasi. Ujian-ujian sub dan butiran-butiran


direka bentuk untuk menilai kecekapan para pelajar di dalam melaksanakan operasi-
operasi pengiraan secara asas. Ini termasuk pengukuran kiraan, komputasi dan
penaakulan Arithmatik. Melalui pengiraan, pelajar dapat dinilai melalui kecekapan
mengira. Biasanya murid dikhendaki mengira titik atau objek dan untuk memilih atau
menulis nombor untuk menunjukkan jumlah yang telah dikira. Komputasi pula bertujan
untuk menilai kebolehan daripada operasi-operasi Arithmatik secara tradisi seperti
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian kepada operasi yang
memerlukan kepakaran melibatkan keempat-empatnya secara serentak di dalam
sesuatu penyelesaian. Penaakulan Matematik dinilai di mana ujian-ujian sub
memerlukan penyelesaian tanpa fakta-fakta nombor yang mencukupi.

Aplikasi-aplikasi merupakan topik yang ketiga. Diagnostik ujian-ujian Matematik


mentaksir kecekapan-kecekapan pelajar mempergunakan fakta-fakta dan konsep-
konsep Matematik di dalam menyelesaikan permasalahan. Dalam aplikasi ini tebahagi
kepada empat sub topik yang utama iaitu ukuran, penyelesaian masalah, pembacaan
graf dan jadual, masa dan belanjawan dan kewangan. Bagi ukuran, penialain
memerlukan pengenalan dan penggunaan ukuran unit biasa secara praktikal ke atas
ukuran panjang, berat dan suhu. Seterusnya, penyelesaian masalah memerlukan para
pelajar menyelesaikan masalah berpandukan cerita ynag dibacakan kepada mereka
atau yang dibaca oleh mereka. Terdpat empat jenis penyelesaian masalah iaitu
memerlukan satu langkah operasi Matematik, memerlukan dua langkah operasi
Matematik, membezakan informasi yang diperlukan dan yang tidak dan menunjukkan
pemikiran secara logik di mana elemen-elemen yang tidak lengkap diberikan. Di
samping itu, sub topic aplikasi adalah pembacaan graf dan jadual. Penilaian
memerlukan pembacaan graf dan jadual untuk penyelesaian masalah-masalah yang
berkaitan. Masa merupakan sub topic yang terakhir di dalam aplikasi. Penialain
mengenal pasti perbezaan masa, percutian dan musim-musim.

Belanjawan dan kewangan memerlukan murid mengapliksikan kemahiran dan


konsep Matematik dalam penyelesaian masalah kewangan. Murid-murid dapat
membuat penaksiran secara logik. Dengan ini pelajar boleh menaksir apa yang telah
dibelanja mengikut belanjawan yang telah ditetapkan dan boleh menyediakan akaun
serta menyemak semula akaun tersebut.

2.6.3 DIAGNOSTIK UJIAN-UJIAN MATEMATIK SECARA KHUSUS

Terdapat empat Diagnostik Ujian-ujian Matematik secara khusus. Diagnostik


Ujian secara khusus yang pertama adalah “KeyMath Diagnostic Arithmetic Test”
(Connolly, Natchman & Pritchett, 1976). Penaksiran berdasarkan individu ini direka
bentuk untuk menaksir analisis perkembangan kecekapan Matematik. Ianya merupakan
alat yang terbaik untuk mengukur criteria rujukan. Ketepatannya agak rendah untuk
membuat keputusan pembelajaran. Bukti kesahihannya terbatas sedikit dan gambaran
menyeluruh ke atas contoh cirri-cirinya pula tidak mencukupi. Dalam KeyMath terdapat
tiga bidang yang dinilai iaitu kandungan, operasi dan aplikasi. (lihat lampiran)

Seterusnya, Diagnostik Ujian secara khusus yang kedua adalah “Stanford


Diagnostic Mathematics Test” (Beatty, Gardner, Maden & Karisen 1985). Penaksiran
pencapaian berkumpulan bertujuan digunakan oelh para pendidik untuk ujian Penilaian
dan untuk Program Pengukuran atau Penilain oleh Pentadbi Sekolah. Ciri-cirinya tidak
diberikan dengan secukupnya dan ujian-ujian subnya kuranq tepat untuk digunakan
sebagai alat penilai. Kesahihannya pula bergantung kepada program khusus yang
dinilai. Kandungannya disusun dalam tiga cabang ujian iaitu system nombor dan
penomboran, komputasi dan aplikasi.
Selain itu “Test of Mathematical Abilities” (brown & McEntire, 1984). Penaksiran
berdasarkan kumpulan dan indivdiu ini telah meniali beberapa aspek kebolehan dalam
Matematik. Kualiti cirri-cirnya agak susah untuk diniali. Ia member maklumat berkaitan
kemahiran komputasi dan penyelesaian masalah juga sikap terhadap Matematik,
perbendaharaan kata dan “general cultural application of information”. Ianya dapat
menunjukkan kelebeihan dan kelamahan murid-murid bagi fail prestasi sebaga bahan
rujukan. Ada empat cabang ujian mungkin dikumpulkan dalam kumpulan utama ujian
TOMA ini. Ia terbahagi kepada kepada lima subujian lagi iaitu sikap terhadap
Matematik, perbendaharaan kata, komputasi, maklumat umum dan penyelesaian
masalah.

Selanjutnya, “Diagnostic Mathematics Inventory/ Mathematics Systems” (Gessel,


1983) salah satu Diagnostik Ujian-Ujian Matematik Secara Khusus. Penaksiran ini
merupakan yang paling lengkap pernah direka bentuk. Ia boleh digunakan untuk
mentaksir pemhaman pelajar ke atas dua puluh Sembilan kategori berbentuk
arahan.Objektif-objektifnya meliputi bahan-bahan mengikut buku-buku teks dan bahan-
bahn tambahan. “DMI/DMS” amat berguna kepada semua para pendidik di dalam
merancang program-program khusus berbentuk individu di dalam pembelajran
MAtematik. Ia menaksir pencapaian kemahiran utama dalam Matematik seperti semua
nombor, pecaha, perpuluhan, ukuran, geometrid an penyelesaian masalh yang
melibatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam perkataan., asas static dan
kebarangkalaian pra-algebra.

Tuntasnya, segala pengetahuna mengenai keboleh para pelajar menguasai


sesuatu aspek kecekapa Matematik beserta dengan pengetahaun secara am mengenai
turutan oerkembangan kecekapan Matematik dapat membantu para pendidik mereka
bentuk kandungan kurikulum berbentuk individu. Selain daripada itu, penaksiran dalam
Matematik dapat member contoh tingkah laku dari diagnostic yang dijalankan bagi
menunjukkan kemahiran yang telah dikuasai atau yang belum dapat difahami.

Anda mungkin juga menyukai