Anda di halaman 1dari 294

PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

1.0 SOSIOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 1.1 Pengenalan sosiologi sukan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan main, permainan, dan sukan.

(b) Mentakrifkan sosiologi sukan.

(c) Menyatakan kepentingan sukan dari sudut sosial yang melibatkan penonton, penyertaan
individu dan masyarakat, impak ekonomi, gender, dan integrasi kaum.

(a) Mentakrifkan main, permainan, dan sukan

Main (Play) Permainan (Game) Sukan (Sport)

• sedar dan sukarela • lebih formal • tersusun – ada struktur


• tiada peraturan • ada unsur oranganisasi
tertentu/khusus oranganisasi dan • ada unsur
• tiada jangka masa pertandingan pertandingan
• universal / sejagat • melibatkan • menang / kalah
• bukan kerja kemahiran, strategi • melihat kemahiran
• tiada bentuk hasilan dan nasib perancangan,
• khusus kepada sesuatu kemahiran motor,
budaya sukan strategi dan nasib
• suatu kejadian dalam • melihat keupayaan
sukan fizikal dan mental
yang tinggi
• mempunyai pelbagai
impak – ekonomi,
negara dan status

1  
 
(b) Mentakrifkan sosiologi sukan

Konsep Sosiologi

• Sosiologi – kajian saintifik ttg struktur dan proses sosial dalam masyarakat.

• Saintifik – sesuatuu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil kira isu
berkaitan dgn kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) dalam kaedah kajian
yang digunakan

• Struktur – satu oranganisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro.

(a) Mikro bermaksud seorang individu / seorang pelajar, seorang atlet, dan seorang guru.

(b) Makro pula kump.pelajar,kump.atlet, satu pasukan, dan satu unit beruniform

• Proses – interaksi yang berlaku ant individu & kump dalam masyarakat.

(a) Interaksi dalam btk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik, sosiolisasi,


proses menginstitusikan dan proses lain yang berkaitan.

SOSIOLOGI – Satu kajian saintifik tentang struktur dan proses interaksi dalam masyarakat.

SOSIOLOGI SUKAN – Satu kajian saintifik yang mengaplikasi konsep sosiologi untuk melihat
dan memahami apa yang berlaku dalam sesuatu aktiviti sukan; sehingga wujud satu institusi
sukan.

INSTITUSI SUKAN – Sukan sebagai fenomena sosial yang menyediakan konsep, pendekatan
teori, bentuk kajian dan maklumat berguna untuk menjelaskan dan memahami tingkahlaku
manusia yang terlibat dalam sukan dengan ciri2 sebagai sebuah institusi.

(c) menyatakan kepentingan sukan dari sudut sosial yang melibatkan penonton,
penyertaan individu dan masyarakat, impak ekonomi, gender, dan integrasi kaum.

Ciri-Ciri Institusi Sukan:

• Undang-undang dan Peraturan – mengawal perjalanan sukan


• Sosialisasi – merangsang interaksi semua merentasi warna kulit, kepercayaan dan
sebagainya.
• Integrasi – penyatuan individu menjadi satu pasukan dengan pelbagai latar belakang
sama ada pasukan sekolah, daerah, negeri mahu pun negara.

2  
 
• Mobiliti Sosial – peluang peningkatan status dalam masyarakat; di sekolah, daerah atau
negara.
• Sosioemosi – satu kesan sosial dan psikologi yang dicapai menerusi sukan; Katarsis,
semangat kekitaan dan semangat patriotisme.
• Politik – alat untuk menunjukkan kuasa (hierarki)
• Impak ekonomi

- Perniagaan yang memberi keuntungan

- Penganjuran

• Budaya
- Budaya bersukan
- Masyarakat sihat dan cergas
• Integrasi kaum

- Sukan untuk semua

- Sukan prestasi tinggi dan sukan Massa

3  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

1.0 SOSIOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 1.2 Sukan dan Sosialisasi

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan sosialisasi ke dalam sukan dan sosialisasi menerusi sukan.

(b) Membezakan antara sosialisasi ke dalam sukan dengan sosialisasi menerusi sukan
dengan memberikan contoh yang sesuai bagi setiap satu.

(a) Mentakrifkan sosialisasi ke dalam sukan dan sosialisasi menerusi sukan.

i. Sosialisasi Ke Dalam Sukan


— Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan
serta impak agen-agen sosialisasi sukan.

— Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan
yang diperlukan dalam sukan yang diceburi

Agen – Agen Sosialisasi Ke Dalam Sukan

Agen-Agen Penglibatan
Keluarga - Agen terpenting yang mempengaruhi proses sosialisasi individu
kedalam sukan.

- Anak-anak meniru jejak langkah ibu bapa.

- Ibu bapa menyediakan keperluan kewangan, peralatan, sokongan


moral terhadap penyertaan anak-anak ke dalam sukan.

- Adik beradik juga merupakan agen sosialisasi yang turut berperanan


penting pada peringkat awal penglibatan kanak- kanak ke dalam sukan.

- Kekerapan menonton rancangan sukan, ekspektasi keluarga terhadap


pencapaian anak dalam bidang sukan dan amalan sukan dalam
kehidupan seharian turut mendorong proses sosialisasi ke dalam sukan.

4  
 
Rakan Sebaya - Agen penting yang turut mempengaruhi proses sosialisasi seseorang
individu ke dalam sukan.

- Kepentingan bersama di kalangan remaja turut mempengaruhi proses


sosialisasi ke dalam sukan.

- Pengaruh rakan sebaya dalam sukan yang diceburi membentuk gaya


hidup remaja.

- Kanak-kanak dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya yang merupakan


jiran tetangga berdekatan mereka.

- Golongan remaja dipengaruhi oleh rakan sebaya yang berkongsi


minat yang sama.

Sekolah - Proses sosialisasi ke dalam sukan melalui kelas PJK.

- Program-program yang dirancang oleh pihak sekolah memberi


peluang, pendedahan dan pengalaman kepada pelajar melibatkan diri
dalam sukan.

- Menurut Loy, Mc Phason dan Keyon, Sekolah, keluarga dan rakan


sebaya paling berpengaruh terhadap proses sosialisasi individu ke
dalam sukan.

Komuniti - Peluang yang diwujudkan dalam satu komuniti memberi kesempatan


kepada golongan remaja untuk melibatkan diri ke dalam sukan.

- Pembolehubah yang penting di kalangan penduduk Amerika


Syarikat.

- Contoh: Sukan baseball merupakan sukan tertua dan mempunyai


program tersendiri bagi menarik penglibatan remaja ke dalam sukan
tersebut.

Media Massa - Alat komunikasi dan sumber saluran maklumat yang utama
berperanan penting dalam perkembangan sukan.

- Memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi kedalam sukan.

5  
 
- Berita mengenai sukan didedah dan dipaparkan melalui saluran
televisyen, radio, akhbar, majalah internet dan lain-lain.

- Sumber maklumat kepada orang ramai dan remaja untuk


mendapatkan maklumat tentang pelbagai jenis sukan dan idola-idola
dalam sukan tertentu (role model).

Persekitaran - Kehidupan di persekitaran turut mempengaruhi penglibatan seseorang


individu ke dalam sesuatu jenis atauacara sukan.

- Mendorong dan merangsang minat seseorang untuk proses sosialisasi


ke dalam sukan.

- Contoh: Apabila seseorang yang meminati sukan bola jaring


berpindah ke tempat baru. Beliau akan bertukar minat kepada
permainan atau sukan yang popular ditempat baru kerana
ketiadaan rakan sepermainan dan kemudahan sukan bola jaring di
tempat barunya.

ii. SOSIALISASI MENERUSI SUKAN


• Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi.

• Proses sosialisasi ialah proses penerapan nilai dan elemen sosial kedalam diri individu
yang terlibat dengan sukan.

• Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta


menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap,
nilai dan perlakuan individu tersebut.

6  
 
(b) Membezakan antara sosialisasi ke dalam sukan dengan sosialisasi menerusi sukan
dengan memberikan contoh yang sesuai bagi setiap satu.

Nilai dalam sukan


Menurut Harry Edward, ada 7 nilai dalam sukan:
Nilai dalam sukan i. Pembinaan karektor / watak
ii. Disiplin
iii. Pertandingan
iv. Kecergasan fizikal
v. Kecergasan mental
vi. Keagamaan
vii. nasionalisma

7  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

1.0 SOSIOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 1.3 Sukan Dan Integrasi Kaum

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Membincangkan punca dan kesan polarisasi kaum dalam konteks sosiologi sukan.

(b) Menjelaskan bagaimana sukan membantu proses integrasi kaum.

(c) Membincangkan sebab dan kesan dominasi sesuatu kaum dalam sukan di Malaysia dan
langkah mengatasinya.

(d) Menganalisis dan merumus data yang berkaitan dengan sukan dan integrasi kaum yang
diperoleh daripada media elektronik dan media cetak.

1. INTEGERASI – Penyatuan / perpaduan


2. KAUM – Kumpulan manusia yang mempunyai fahaman idea yang dipercayai bersama
3. ETNIK – Sekumpulan manusia yang hidup berasaskan kepada warisan budaya yang
sama – keturunan yang sama
Kepentingan sukan dr sudut sosial:

Intergrasi kaum

• Proses integrasi kaum dapat dilaksanakan kerana aktiviti sukan merentasi batasan
kaum.
• Ada sesetengah permainan dianggap sebagai permainan untuk satu kaum sahaja.
• Atlet yang berkulit gelap lebih handal / berkuasa / bertenaga

Budaya

Adalah ideologi yang meliputi perspektif umum dan idea, di mana manusia menggunakannya
untuk menilai masyarakat dunia, melihat dan mengenal pasti perkara yang penting / tidak
penting, apa yang menjadi hak / tidak dalam dunia ini.

8  
 
Budaya bermaksud manusia belajar / berkongsi dgn orang lain. Ia terdiri drp kepercayaan
diskriptif / normatif dan nilai2 kreatif umum dalam menghakimi sesuatu tingkahlaku, norma
yang mengandungi peraturan, undang2 dan tidak formal.

Budaya boleh dibhgikan kepada dua :

a. Material culture iaitu objek boleh disentuh seperti arena sukan, stadium, kolam renang,
kayu hoki.

b. Nonmaterial culture iaitu simbol, sikap, kepercayaan, bahasa, nilai dan norma.

A. Konsep Budaya Dan Nilai Budaya sebagai cermin masyarakat (asas dalam tingkahlaku)
Nilai sebagai idea atau pegangan/kepercayaan sesuatu
masyarakat

B. Nilai Sukan Dalam • Kaum


Masyarakat Berdasarkan
• Negara

• Serantau

• Global

9  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

1.0 SOSIOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 1.4 Sukan dan Gender

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Membandingkan penglibatan lelaki dan wanita dalam sukan;
(b) Menjelaskan isu wanita dalam penglibatan sukan, penajaan, dan ganjaran
(c) Menjelaskan langkah meningkatkan penglibatan wanita dalam sukan di semua peringkat;
(d) Memerihalkan sumbangan wanita dalam sukan di Malaysia yang mencakupi penyertaan,
pengurusan, dan pencapaian berdasarkan media elektronik dan media cetak;
(e) Menganalisis dan merumus data yang berkaitan dengan sukan dan gender yang diperoleh
daripada media elektronik dan media cetak

Faktor Kesan
1.Peningkatan Penglibatan Wanita Dalam • Wujud Peluang
Sukan • persamaan hak
• tekanan politik
• undang-undang
2. Undang-undang menuntut persamaan hak • pengaruh luar (agen-agen sosialisasi)
dalam sebarang program
3. Wujudnya Pertubuhan Wanita (WSI) • peluang bersuara
• menuntut hak pembangunan daya
intelektual dan keupayaan fizikal
• pengurangan kuasa dominan lelaki
terhadap wanita.
• pengaruh / kuasa politik
• kesedaran dalam kualiti hidup
4. Kesihatan dan Kecergasan Fizikal • kelihatan cantik dan ceria (Cosmetic
Fitness)
• cergas dan cerdas

10  
 
• idola
5. Pengaruh kuat agen-agen Sukan • liputan media
• iklan penajaan

(a) Membandingkan penglibatan lelaki dan wanita dalam sukan

Kekangan Perkembangan Penglibatan Wanita Dalam Sukan:

1. Kekurangan Budget – private Support


2. Polisi Kerajaan / Undang2
3. Tiada Perwakilan Wanita dalam Kejurulatihan dan Kuasa
4. Cosmetic Fitness – Firm but Shapely, Fit but Sexy and Strong but Thin
5. Perubahan Lakuan Motor – “she a good athlete but she’s not a real woman”
Sejarah Awal • Pada 1919 Sukan Olimpik Wanita pertama di Paris.
• Pada 1926 di Gothenburg, Sweden disertai oleh 10
negara.
• Pada 1930 Kejohanan Olimpik Wanita ketiga diadakan
di Prague
• Pada 1934 Kejohanan Olimpik Wanita keempat dan
terakhir telah diadakan di London, England

Penglibatan Wanita • 1996 - 3626 orang menyertai Sukan Olimpik di


Atlanta.
• 1996 Seorang Egyptian (pemain bola baling) Hanan Eid
mengambil ujian pengesahan jantina
• 1997 Peserta Kayak Caroline Brunet menjadi wanita
pertama memenangi 3 pingat emas dalam Kejohanan
Sedunia.

Acara Sukan Olimpik – • 1928 Acara 800 meter ditarik balik sehingga 1960
Wanita (ramai pengsan)
• 1976 Acara bola keranjang
• 1984 Acara berbasikal, renang dan gimrama
• 1992 Judo
11  
 
• 1993 Bola sepak dan lompat kijang
Sejarah Wanita Dalam • 1948 Fanny Blankers-Koen (Netherlands) is the first
Sukan Olimpik mother to be an Olympic gold medallist.
• 1971 Debbie Brill wanita pertama berjaya melakukan
lompatan setinggi 6 kaki.
• 1984 Joan Benoit ( United States) wanita pertama
memenangi emas dalam marathon

Punca Pelajar Perempuan Kurang Bersukan

1. Ibu bapa - bimbang menjejaskan pelajaran


- Masa depan tidak terjamin

2.Fisiologi Perempuan - Kitaran haid


• Mula 12 atau 13 tahun
• Kitaran normal ialah 28 hari.
• gejala yang tidak selesa
• sakit kepala, pengumpulan cecair,
• ketegangan payu dara,
• mudah meradang, keresahan,
• sakit tulang belakang,
• kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta
tekanan perasaan.

3.Emosi • Tidak suka aktiviti bersifat pentandingan


• Kebimbangan tinggi
• ketidakseimbangan emosi
• kanak-kanak perempuan mempunyai ekspresi takut lebih
daripada lelaki.

4. Mudah berpuashati. Berpuas hati dengan aktiviti pergerakan khususnya dengan satu
kebolehan dalam sukan.
5. Tidak berminat pada Lebih suka kepada aktiviti yang tidak lasak/kasar.

12  
 
aktiviti lasak /kasar
6. Kurang Role Model Kekurangan wanita yang boleh dijadikan model atau ikutan
dari kalangan wanita. sebagai ketua atau peserta dalam sukan.

7.Budaya Tradisi dalam beberapa masyarakat dan bahagian tertentu


masyarakat ke atas proses sosialisasi peranan gender yang tidak
menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan.

13  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

1.0 SOSIOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 1.5 Sukan dan Ekonomi

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mmembincangkan peranan sukan sebagai satu industri dalam meningkatkan ekonomi
negara melalui penganjuran acara sukan, pelancongan sukan, penajaan, perolehan hak
siaran, dan penghasilan produk sukan.

(b) Menganalisis dan merumus data yang berkaitan dengan sukan dan ekonomi yang
diperoleh daripada media elektronik dan media cetak.

1.5 Sukan Dan Ekonomi

Komersialisme Dalam Sukan

• Perniagaan yang berasaskan barangan, kepakaran dan perkhidmatan sukan.

• Berpotensi untuk berkembang dengan pesat bagi menjana ekonomi negara.

• Mengelolakan acara-acara skan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel,


Sukan Sea, F1 dan Hoki Piala Dunia telah membawa masuk berjuta-juta ringgit
wang asing.

• Pengelolaan,pembuatan alatan sukan,pelancongan,pengiklanan dan penyiaran.

14  
 
KESAN KOMERSIALISME DALAM SUKAN

Kesan Positif Kesan Negatif

- Membantu membangunkan program sukan -Mementingkan keuntungan dan mengetepikan


negara memalui tajaan daripada pihak swasta nilai murni yang ingin dibentuk melalui sukan.
dengan menyediakan dana kewangan yang
-melahirkan atlit yang kurang jati
besar.
diri,komitmen,dan semangat patriotisme
- Melahirkan ramai bintang sukan bertaraf
kerana mereka hanya mengejar kebendaan .
dunia melalui tajaan dan sokongan pihak
koprat seperti Mohd Hafiz Hashim dan Nicol -Membebankan penonton dengan mengenakan
David. bayaran atau harga tiket yang tinggi untuk
- Menyediakan peluang pekerjaan menerusi menyaksikan acara sukan
sektor yg berkaitan dengan sukan seperti
pelancongan,perhotelan, penyiaran dan
perkilangan.
- Mempromosikan negara keseluruh dunia
melalui penganjuran sukan bertaraf
antarabangsa

15  
 
PELANCONGAN SUKAN

• Kemudahan sukan golf antara contoh infrastruktur paling popular yang dapat
menggalakkanindustri pelancongan sukan negara

• Ini disebabkan kerana ramai ahlinya adalah pelancong asing.

• Fenomena ini dapat menjana pertukaran mata wang asing negara

Sila Buat rujukan Internet

Bagaimanakah Sukan Berperanan Sebagai Penjana Ekonomi Negara Dan Sumbangannya Secara
Menyeluruh Kepada Ekonomi Atlet Itu Sendiri, Kumpulan Tertentu Dan Seterusnya Ekonomi
Global Melalui:

• Penganjuran Sukan
• Pelancongan Sukan
• Tajaan
• Hak Siaran
• Penghasilan Produks Sukan

16  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

2.0 PENGURUSAN SUKAN

Sub Tajuk: 2.1 Fungsi Pengurusan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:


(a) Mentakrifkan pengurusan sukan.
(b) Memerihalkan fungsi pengurusan: perancangan, pengorganisasian, pengambilan staf,
pengarahan, penyelarasan, pelaporan, pengawalan, dan bajet.
(c) Memerihalkan organisasi sukan sekolah dan bidang tugas personel yang terlibat.

(a) Mentakrifkan pengurusan sukan

Definisi pengurusan sukan

• Merupakan proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti


manusia dengan terdapatnya sumber-sumber lain organisasi untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
• Merupakan pelbagai gabungan kemahiran yang berkaitan dengan perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan
penilaian dalam konteks sebuah organisasi atau jabatan di mana perkhidmatan
adalah berkaitan dengan sukan.
• Merupakan proses menggabungkan penggunaan peralatan dan sumber manusia
untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditentukan.

(b) Memerihalkan fungsi pengurusan: perancangan, pengorganisasian, pengambilan


staf, pengarahan, penyelarasan, pelaporan, pengawalan, dan bajet.

Fungsi pengurusan sukan

• Perancangan iaitu usaha pengurusan untuk mengenal pasti matlamat dan


menentukan tindakan yang akan diambil.
• Perancangan perlu disokong oleh sumber-sumber yang boleh diperolehi.

17  
 
• Persediaan penggunaan sumber-sumber yang digunakan agar dapat mengawal
perbelanjaan, memudahkan penyelarasan kerja, menangani masalah yang akan
ditemui, mengenal pasti peluan yang ada, peka dengan kelemahan dari awal,
boleh mengambil tindakan dan menghadapinya dengan berkesan, dapat
mengekalkan kelancaran pengurusan serta mengelakkan kekeliruan individu
atau kumpulan dan memudahkan kerja.
• Pengurus sukan perlu ada kebolehan untuk menentukan jenis organisasi yang
boleh melaksanakan objektif yang tertentu. Pengurus sukan perlu ada kebolehan
untuk membangunkan organisasi terutama dari segi pengambilan staf iaitu
mengambil, menempat dan melatih personel yang berkelayakan untuk
menjalankan kerja-kerja organisasi. Organisasi memerlukan pengelolaan yang
melibatkan pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur.
• Pengarahan adalah fungsi dalam organisasi dimana ia memerlukan maklumat
perancangan dan bentuk latihan atau pertandingan atau perlawanan. Pengurus
perlu mengarahkan komponen kemahiran yang lain dapat berfungsi dengan baik.
Pemilihan individu untuk suatu jawatan dalam pertubuhan hendaklah lebih
sesuai dengan kemampuan yang ada pada orang tersebut.
• Penyelarasan atau koordinasi adalah fungsi dalam organisasi sukan bertambah
besar, masaalah penyelarasan akan bertambah besar dan semakin rumit. Setiap
individu yang berada dalam jabatan atau organisasi yang kecil, lebih mudah
menguruskan organisasi dan komunikasi yang baik di kalangan mereka.
Penyelarasan amat diperlukan untuk melancarkan segala tugas yang di arahkan
• Penyediaan belanjawan dapat mengambil kira apa yang telah dirancangkan pada
tahun kewangan yang sebelumnya, dapat mengambil kira pencapaian yang
dibuat pada tahun lalu dapat mengambil kira apa yang mungkin dicapai pada
tahun yang akan datang berdasarkan kepada pengalaman yang lalu,
mengambilkira apa yang dilakukan. Ini memerlukan organisasi sukan
menyenaraikan senarai keutamaan akhirnya bagaimana ia dilakukan.

18  
 
(c) Memerihalkan organisasi sukan sekolah dan bidang tugas personel yang terlibat.
Bidang tugas personel yang terlibat dalam kelab sukan dan permainan

Jawatan Bidang Tugas


Pengetua - Arahan menubuhkan pasukan dan permainan
- Mengadakan mesyuarat penyelarasan
- Meneliti cadangan perlantikan kepada guru-guru sukan dan permaianan
- Membuat surat perlantikan kepada guru-guru dan jurulatih yang dipilih.
- Mengarahkan penubuhan pasukan permainan
- Meneliti cadangan perlantikan pengurus dan jurulatih pasukan.
- Membuat surat perlantikan kepada pengurus dan jurulatih yang dipilih.

Penolong - Perlantikan Ahli Jawatankuasa


Kanan - Mesyuarat penyelarasan dan pembentangan anggaran perbelanjaan dan
Kokurikulum peralatan yang diperlukan, termasuk pelan tindakan setiap Ahli
Jawatankuasa Kecil.
- Menetapkan tarikh, masa dan tempat mesyuarat Agong untuk semua kelab
sukan dan permainan pada setiap awal/akhir tahun persekolahan.
- Mengeluarkan notis Mesyuarat Agong dua minggu sebelum tarikh
- Merancang takwim kelab sukan dan permainan setiap akhir tahun untuk
tahun berikutnya.
- Merancang dan membeli peralatan sukan serta menerima permohonan
pinjaman peralatan atau kemudahan sukan di sekolah.
- Menyediakan bidang tugas setiap ahli jawatankuasa.
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa
- Mengadakan taklimat sebelum pelaksanaan aktiviti kelab sukan dan
permainan.
- Mengadakan fail bagi setiap kelab dan persatuan agar dokumentasi kelab
sukan dan permainan lebih bersistematik.

Setiausaha - Mencatat minit mesyuarat


Sukan - Mengedarkan jemputan dan minit mesyuarat
- Mengurus dokumentasi yang berkaitan kelab sukan dan permainan
- Mengemas dan menyelaras fail-fail yang berkaitan
- Menerima arahan dan mengambil tindakan

19  
 
- Menerima dan memeriksa peralatan yang diterima dari pembekal atau
sumbangan dari organisasi luar.

Guru Penasihat - Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
berdasarkan pelan operasi.
- Membuat laporan setiap aktiviti yang telah dilaksanakan.
- Membuat laporan aktiviti sepanjang tahun yang telah dilaksanakan.
- Membuat anggaran setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan.
- Mengurus kebajikan dan keselamatan pelajar sama ada di dalam atau di
luar sekolah semasa perlaksanaan aktiviti.

Contoh Carta Organisasi Sukan Sekolah

20  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

2.0 PENGURUSAN SUKAN

Sub Tajuk: 2.2 Peranan dan Kemahiran

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan kemahiran pengurus, seperti komunikasi (lisan dan bukan-lisan), teknikal
(bajet, program, pertandingan, dan latihan), dan konseptual (idea, visi, dan misi).

(b) Menyatakan peranan utama pengurus dalam organisasi sukan: pengantara antara pasukan
dengan pihak pengurusan, wakil pihak pengurusan dalam mesyuarat pengurus, pengurus
bajet dan penajaan pasukan, penjaga kebajikan pasukan, penyampai maklumat,
penyelesai masalah, pembuat keputusan, pengurus prasarana latihan dan pertandingan, dan
pelapor

(a) Memerihalkan kemahiran pengurus, seperti komunikasi (lisan dan bukan-lisan),


teknikal (bajet, program, pertandingan, dan latihan), dan konseptual (idea, visi,
dan misi).

Kemahiran pengurusan sukan

• Kemahiran Berkomunikasi

i Komunikasi Verbal
ii Komunikasi Bukan Verbal
Mempunyai keupayaan untuk menghantar dan menerima maklumat secara verbal dan bukan
verbal serta bagaimana seseorang pengurus dapat mempengaruhi kakitangan.

• Kemahiran Teknikal

i Menyediakan belanjawan
ii Merancang jadual pertandingan

21  
 
iii Merancang dan menyelia latihan
iv Mengurus pejabat
v Menilai program dan aspek keselamatan
• Kemahiran Konseptual

Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi secara
keseluruhan.

(b) Menyatakan peranan utama pengurus dalam organisasi sukan: pengantara antara
pasukan dengan pihak pengurusan, wakil pihak pengurusan dalam mesyuarat
pengurus, pengurus bajet dan penajaan pasukan, penjaga kebajikan pasukan,
penyampai maklumat, penyelesai masalah, pembuat keputusan, pengurus
prasarana latihan dan pertandingan, dan pelapor

Peranan utama pengurus dalam organisasi

• Pengantara antara pasukan dengan pihak pengurusan

• Wakil pihak pengurusan dalam mesyuarat pengurusan

• Pengurus bajet

• Penajaan pasukan

• Penjaga kebajikan pasukan

• Penyampai maklumat

• Penyelesai masalah

• Pembuat keputusan

• Pengurus prasarana latihan dan pertandingan

• Pelapor

22  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

2.0 PENGURUSAN SUKAN

Sub Tajuk: 2.3 Pengurusan Prasarana dan Alatan Sukan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Menjelaskan penyelenggaraan berkala dan penyelenggaraan tidak berkala prasarana.


(b) Menjelaskan aktiviti penyelenggaraan prasarana di padang, stor, gelanggang, dan tiang
gol.
(c) Menjelaskan kaedah penyelenggaraan peralatan seperti pembersihan, pencegahan, dan
baik pulih.

(a) Menjelaskan penyelenggaraan berkala dan penyelenggaraan tidak berkala


prasarana.

Penyelenggaraan Berkala

• Dikenali penyelenggaraan berjadual


• Penyelenggaraan yang dilakukan dari masa ke semasa mengikut jadual yang
telah ditetapkan
Penyelenggaraan Tidak Berkala

• Mengikut keperluan
• Masa tidak ditetapkan
• Tiada jadual penyelenggaraan yang khus

(b) Menjelaskan aktiviti penyelenggaraan prasarana di padang, stor, gelanggang, dan


tiang gol.

23  
 
Padang

• Rumput dipotong mengikut jadual


• Menanam rumput mengikut keperluan
• Membaja
• Memastikan padang dalam keadaan selamat
Stor

• Kebersihan stor penyimpanan alatan dijaga


• Aspek keselamatan dijaga
• Penyusunan alatan
• Inventori
• Keselamatan alatan
Gelanggang

• Sentiasa bersih
• Selamat
• Jadual penggunaan
• Laporan penggunaan
Tiang Gol

• Pastikan dalam keadaan selamat


• Disapu cat minyak
• Pastikan tidak berkarat
• Teguh dan stabil.

(c) Menjelaskan kaedah penyelenggaraan peralatan seperti pembersihan, pencegahan,


dan baik pulih.

Kaedah Penyelenggaraan peralatan sukan


• Pembersihan

• Pencegahan

• Baik pulih

24  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

2.0 PENGURUSAN SUKAN

Sub Tajuk: 2.4 Inventori

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:


(a) Mentakrifkan inventori.
(b) Memerihalkan kepentingan inventori dalam pengurusan stor sukan.

(a) Mentakrifkan inventori

Inventori
• Inventori adalah jumlah peralatan yang terdapat di dalam bilik pada waktu
tertentu.

• Pemili atau petugas di bilik simpanan mahupun pengurus sukan amat perlu
mengetahui jumlah peralatan yang ada rak-rak atau bahagian simpanan bagi
memudahkan untuk menggantikan peralatan yang baru atau telah hilang.

(b) Memerihalkan kepentingan inventori dalam pengurusan stor sukan.

Kepentingan Inventori
Sebelum segala peralatan diganti atau dibeli, pengurus sukan perlu menghalusi kepentingan
atau keperluan alat-alat perlu diadakan. Inventori peralatan sukan dapat:-
• membantu pengurus sukan melihat keadaan peralatan yang sebenar sebelum
membuat keputusan membeli.

• Inventori adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan pembaziran pembelian


dan pengurus sukan perlu mendapat maklumat terkini berkaitan peralatan dalam
bilik simpanan secara terperinci dan tepat.

25  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

2.0 PENGURUSAN SUKAN

Sub Tajuk: 2.5 Sistem Pertandingan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:


(a) Menjelaskan sistem pertandingan seperti kejohanan, liga satu hingga liga empat
kumpulan, kalah mati sekali dan kalah mati dua kali, dan cabar-mencabar.
(b) Membandingkan sistem liga dengan kalah mati.
(c) Menyediakan satu jadual pertandingan mengikut sistem liga satu hingga liga empat
kumpulan dan kalah mati sekali dan kalah mati dua kali.

(a) Menjelaskan sistem pertandingan seperti kejohanan, liga satu hingga liga empat
kumpulan, kalah mati sekali dan kalah mati dua kali dan cabar-mencabar.
(b) Membandingkan sistem liga dengan kalah mati.

Sistem Pertandingan

Pertandingan berbentuk kejohanan bermakna membolehkan peserta bertanding dalam


beberapa acara yang berlainan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan pertandingan
yang ada. Ia boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari. Aturcara yang lengkap
disediakan lebih awal dengan menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan.

Sistem liga pula memberi peluang kepada penyertaan maksimum atlet atau pasukan dan ia boleh
dibahagikan kepada beberapan kumpulan.

Jenis Sistem Liga Ciri – Ciri


Liga Satu Kumpulan - Ia terdiri daripada beberapa buah pasukan atau peserta
menentang setiap lawannya sekali sahaja, ia dikenali sebagai liga
satu pusingan. Jika pasukan atau peserta menentang lawannya

26  
 
sebanyak dua kali dengan liga dua pusingan. Peserta atau
pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan.
Liga Dua Kumpulan -Pada pusingan pertama pertandingan,diadakan secara
liga.Kebiasaanya terdapat enam hingga lapan pasukan
menyertainya. Pasukan atau peserta akan dibahagikan kepada
dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lebih kurang
empat pasukan yang akan bertanding secara liga. Johan dan naib
johan dalam setiap kumpulan akan bermain pada peringkat
kedua.
Liga Tiga Kumpulan -Kebiasaanya liga ini mengandungi Sembilan hingga sebelas
peserta atau pasukan. Peserta-peserta atau pasukan-pasukan ini
akan dibahagikan kepada tiga kumpulan, dimana setiap kumpulan
mengandungi lebih kurang tiga pasukan atau peserta. Masing-
masing akan bertanding secara liga dalam kumpulan masing-
masing untuk menentukan johan atau naib johan.
Pada pusingan kedua pula, johan dan naib johan setiap kumpulan
akan diundi untuk ditempatkan dalam dua kumpulan. Setiap
kumpulan akan mengandungi tiga peserta atau pasukan yang
akan bertanding secara liga untuk menentukan johan dan naib
johan.
Pada pusingan akhir, johan daripada setiap kumpulan akan
bertanding untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
Pertandingan pada pusingan ini dijalankan secara kalah mati
sekali

Liga Empat Kumpulan -Pada pusingan pertama,ia mengandungi sebanyak 12


pasukan atau peserta atau lebih. Pasukan-pasukan atau peserta ini
akan diletakkan dalam empat kumpulan. Setiap kumpulan
mengandungi empat pasukan yang akan bertanding secara liga
untuk menentukan johan dan naib johan.
-Mudah diurus, format mudah difahami dan jadual pertandingan
boleh diketahui sebelum pertandingan bermula. Setiap pasukan
atau pesertra akan bertanding dalam kumpulannya sahaja. Sistem
ini menggalakkan penyertaan yang banyak

27  
 
Sistem Kalah Mati Sekali -Mudah dan ringkas, pemenang meneruskan pertandingan
manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini amat sesuai yang
melibatkan terlalu banyak penyertaan, kekurangan masa,
kekurangan sumber kewangan, kekurangan tempat, kekurangan
kemudahan dan kekurangan sumber manusia.
-Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat, menjimatkan
masa, tenaga, peralatan dan kemudahan terhad.
-Peserta atau pasukan akan bermain bersungguh-sungguh untuk
menang dan jadual sistem mudah difahami oleh semua orang.

Sistem Klah Mati Dua Kali -Pengubahsuaian dari sistem kalah mati sekali. Peserta atau
pasukan diberi peluang bermain sehingga dua kali kalah baru
boleh disingkirkan, termasuklah ketika perlawanan akhir
sehinggalah peserta atau pasukan disahkan kalah pada kali kedua.
-Sistem ini dianggap sebagai pertandingan yang adil, dapat
menampung bilangan penyertaan yang banyak. Minat peserta
akan bertambah kerana mempunyai peluang untuk bertanding
walaupun telah kalah sekali.

Sistem Labah-labah -Peserta atau pasukan akan berusaha menjadi johan dengan cara
menempatkan diri atau pasukannya di tengah-tengah sarang
labah-labah dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
-Peserta atau pasukan perlu mengalahkan peserta atau pasukan
pada aras yang sama kemudian boleh mencabar peserta atau
pasukan yang berada di hadapan.
-Setiap peserta atau pasukan boleh mencabar lawannya sendiri
mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa
pengelola.
-Tidak mempunyai unsur penyingkiran sehingga tamat
pertandingan walaupun sentiasa mengalami kekalahan.
-Peserta atau pasukan akan mengawasi dan mengadili sendiri
perlawanan mereka.
-Setiap perlawanan yang telah dirancang tidak menyusahkan
kedua-dua pihak. Tidak memerlukan rekod pertandingan.
-Bermotifkan keseronokan, kecergasan dan sosialisasi.

28  
 
Sistem Piramid -Peserta diberi peluang untuk berada menduduki petak teratas
piramid dalam tempoh masa yang ditetapkan.
-Hanya dibenarkan mencabar pemain lain yang berada di kiri,
kanan di atas kiri dan di atas kanannya sahaja.
-Tidak memerlukan pengawasan yang rapi dan maksimum dari
pihak pengelola.
-Pemain sendiri mengadili pertandingan dan boleh mencabar di
dalam kawasannya sendiri. Pemain yang dicabar mesti menyahut
cabaran tersebut dalam tempoh 48 jam.
-Kedua-dua pemain merancang program mengikut ketentuan
masa yang telah ditetapkan.
-Masa pertandingan tidak tetap dan bergantung kepada pencabar.
-Persediaan tidak sempurna disebabkan apabila hendak
bertanding dalam masa yang tergesa-gesa.
Sistem Serombong / Corong -Pemain diberi peluang untuk menduduki tangga teratas
serombong dalam masa yang ditetapkan.
-Sistem ini gabungan sistem tangga alternatif dan sistem
piramid.
-Sebelah atas guna sistem tangga manakala serombong sebelah
bawah sistem piramid.
-Unik kerana menggunakan dua sistem serentak. Pengawasan
yang amat fleksibel kerana pemain sendiri menjadi pengadil.
-Tidak formal kerana jadual akan dibuat apabila pemain membuat
temu janji.
-Tidak ada penyingkiran sehingga tamat pertandingan.
-Bermotifkan interaksi sosial.
Sistem Tangga / Alternatif -Pemain diberi peluang untuk menduduki tangga teratas dalam
masa yang ditetapkan.
-Peserta hanya boleh mencabar satu peserta di tangga atas mereka
sahaja.
-Pemain diberi peluang untuk terus bertanding walaupun sentiasa
mengalami kekalahan dan memilih lawannya sendiri.
-Keputusan pertandingan akan dijadikan rujukan. Pemain yang
merancang untuk mengadakan pertandingan.
-Bermotifkan interaksi sosial.

29  
 
Formula Sistem Liga

Langkah Formula Penerangan


1 Jumlah peserta atau pasukan = N Jika peserta atau pasukan ialah 9,
Maka N=9
2 Jumlah semua perlawanan Jika N=9, maka jumlah semua perlawanan
=N (N-1) = 9 (9-1)
2 2
= 72
2
= 36 perlawanan
3 Jumlah perlawanan setiap peserta Jika N=9, maka jumlah perlawanan bagi
atau pasukan = N-1 setiap pasukan adalah 9-1 = 8 perlawanan

4 Jumlah pusingan Jumlah pusingan perlu bagi melaksanakan


i.Untuk penyertaan angka genap. sistem liga. Pusingan ini dapat memberi
(2,4,6,8,……)=N-1 rehat kepada kumpulan yang tidak
ii.Untuk penyertaan angka ganjil bertanding.
(1,3,5,……...)=N
5 Jumlah perlawanan sesuatu pusingan. Jika N=9, maka jumlah perlawanan sesuatu
i.Untuk penyertaan angka genap pusingan akan menggunakan formula ke (ii):
(2,4,6….) = N = N-1
2 2
ii.Untuk penyertaan angka ganjil = 9-1
(1,3,5…) = N-1 2
2 =8
2
= 4 perlawanan dalam satu pusingan

30  
 
Formula Sistem Kalah Mati

Langkah Formula Penerangan


1 Jumlah peserta atau pasukan = N Jika peserta atau pasukan ialah 9, Maka N=9
2 Braket ( Kuasa Dua ) Jumlah braket ditentukan oleh kuasa dua iaitu
2n .
Jumlah braket yang digunakan mestilah lebih
besar atau sama dengan jumlah peserta atau
pasukan.
Kuasa dua (2n )
= 21 , 22 , 23 ,24 , 25 , 26 , 27 ……
=2, 4, 8, 16, 32, 64, 128 ………
Contoh:
Dua pasukan bertanding
N=2, Kuasa dua = 21 = 2.

3 Bye ( Kuasa Dua – N ) Contoh: Tiga pasukan bertanding.


( Menunggu atau laluan percuma ) N=3. Kuasa Dua=22 = 4
Maka bye = 22 - N
=4–3
= 1 bye

bye

4 Jumlah perlawanan dalam pusingan Contoh :


pertama N=9, maka dalam pusingan pertama
perlawanan adalah
N-Bye N-Bye
2 2
= 9-7

31  
 
2
= 1 perlawanan sahaja
Contoh:

2
6
3
8

1 5
7
4

5 Jumlah semua perlawanan. N-1 Jika N=9, maka N-1 = 9-1 = 8 perlawanan

Formula Sistem Kalah Mati Dua Kali

Langkah Formula Penerangan


1 Jumlah peserta atau pasukan = N Jika peserta atau pasukan ialah 9,
Maka N=9
2 Jumlah braket kuasa dua yang digunakan. ( Contoh : N = 9
Braket kuasa dua mesti lebih besar atau Braket yang digunakan ialah 24 = 16
sama bilangannya dengan bilangan peserta kerana bilangannya lebih kecil
atau pasukan ) daripada 16 dan lebih besar daripada
9
3 Jumlah semua perlawanan Contoh:
i.Jumlah perlawanan minimum 2 (9) – 2 = 16 perlawanan
= 2N – 2 2 (9) – 1 = 17 perlawanan
ii.Jumlah perlawanan maksimum
= 2N – 1
4 Jumlah bye perlawanan ini: Contoh :
= ( kuasa dua ) - N 24 - 9 = 7 bye
5 Jumlah perlawanan pusingan pertama: Contoh:
9–7
N-Bye 2
2 = 1 perlawanan

32  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

2.0 PENGURUSAN SUKAN

Sub Tajuk: 2.6 Pengurusan Pertandingan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:


(a) Memerihalkan prosedur pertandingan sukan.
(b) Menyatakan fungsi setiap ahli jawatankuasa dalam menganjurkan sesuatu pertandingan
sukan.
(c) Menjelaskan faktor seperti kewangan, penyertaan, kalendar pertandingan, jangka masa
pertandingan, prasarana, personel, dan keselamatan dalam menganjurkan sesuatu
pertandingan sukan.
(d) Merancang dan melaksanakan satu pertandingan sukan.

(a) Memerihalkan prosedur pertandingan sukan

Prosedur pertandingan sukan terdiri daripada:-

• Perancangan
• Pengendalian
• Kakitangan
• Pengarahan
• Koordinasi
• Pelaporan
• Belanjawan

(b) Menyatakan fungsi setiap ahli jawatankuasa dalam menganjurkan sesuatu pertandingan
sukan.
Ahli Jawatankuasa Induk
• Pengerusi

• Timbalan pengerusi

• Setiausaha

• Penolong setiausaha
33  
 
• Bendahari

Ahli Jawatankuasa Kecil/Kerja


• AJK Pertandingan

• AJK Teknikal

• AJK Publisiti

• AJK Kselamatan

• AJK Kepegawaian

• AJK Minuman /Makanan

• AJK Protokol/Jemputan

• AJK Hadiah & Cenderamata

(c) Menjelaskan faktor seperti kewangan, penyertaan, kalendar pertandingan, jangka


masa pertandingan, prasarana, personel, dan keselamatan dalam menganjurkan sesuatu
pertandingan sukan.

Faktor-fator yang mempengaruhi penganjuran sesuatu pertandingan:-

• Kewangan
• Penyertaan
• Kalendar pertandingan
• Jangka masa pertandingan
• Prasarana
• Personel
• Keselamatan

(d) Merancang dan melaksanakan satu pertandingan sukan.

• Melaksanakan Amali

34  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

3.0 KESENGGANGAN DAN REKREASI

Sub Tajuk: 3.1 Konsep Kesenggangan dan Rekreasi

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan maksud kesenggangan.


(b) Mentakrifkan maksud rekreasi.
(c) Membandingkan kesenggangan dan rekreasi.

(a) Mentakrifkan maksud kesenggangan.


(b) Mentakrifkan maksud rekreasi.
(c) Membandingkan kesenggangan dan rekreasi

Kesenggangan

Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokan dan

memberi kepuasan kepada individu
Rekreasi

• Merupakan salah satu aktiviti terancang yang dilakukan bagi tujuan memenuhi masa
lapang bukan untuk pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda,
keseronokan dan merehatkan badan.
• Jenis rekreasi terdiri daripada rekreasi fizikal, rekreasi sukan, rekreasi sosial, rekreasi
mental atau linguistik dan rekreasi terapeutik

35  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

3.0 KESENGGANGAN DAN REKREASI

Sub Tajuk: 3.2 Faktor penglibatan individu dalam aktiviti kesenggangan dan
rekreasi

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan faktor intrapersonal (dalaman) seperti kesediaan diri, sifat, sikap, dan
minat yang mempengaruhi dan menghalang penglibatan dalam aktiviti kesenggangan dan
rekreasi.
(b) Memerihalkan faktor interpersonal (luaran) seperti rakan sebaya, keluarga, masyarakat,
dan lain-lain yang mempengaruhi dan menghalang penglibatan dalam aktiviti kesenggangan
dan rekreasi.
(c) Memerihalkan faktor struktur seperti prasarana dan persekitaran, kewangan, dan lain-
lain yang mempengaruhi dan menghalang penglibatan dalam aktiviti kesenggangan dan
rekreasi.

(a) Memerihalkan faktor intrapersonal (dalaman) seperti kesediaan diri, sifat, sikap,
dan minat yang mempengaruhi dan menghalang penglibatan dalam aktiviti
kesenggangan dan rekreasi.
(b) Memerihalkan faktor interpersonal (luaran) seperti rakan sebaya, keluarga,
masyarakat, dan lain-lain yang mempengaruhi dan menghalang penglibatan
dalam aktiviti kesenggangan dan rekreasi.

FAKTOR
INTRAPERSONAL INTERPERSONAL
• Melibatkan interaksi atau
• Melibatkan keadaan psikologi individu hubungan individu seperti
yang bertindak menghalang penglibatan kesulitan mencari pasangan yang

36  
 
aktiviti bersukan seperti tekanan, sesuai untuk bersukan.
kebimbangan, budaya, keagamaan, • Melibatkan diri dalam aktiviti
kemampuan, kemahiran diri dan budaya. kesenggangan dan rekreasi adalah
• Sifat ingin mahu meneroka perkara baru untuk kesihatan dan kecergasan
yang sentiasa wujud dalam aktiviti tubuh serta minda.
kesenggangan dan rekreasi. • Individu berpeluang berinteraksi
• Kesediaan diri individu sendiri yang ingin sosial dengan orang lain.
terlibat dalam aktiviti kesenggangan dan • Penglibatan boleh mengubah
rekreasi. corak kehidupan, menyediakan
• Sikap individu yang mahu menguji matlamat, meningkatan
kemampuan mental dan fizikal. kecergasan fizikal dan minda
• Minat terhadap aktiviti yang ekstrim dalam individu.
kesenggangan dan rekreasi.

(c) Memerihalkan faktor struktur seperti prasarana dan persekitaran, kewangan, dan
lain- lain yang mempengaruhi dan menghalang penglibatan dalam aktiviti
kesenggangan dan rekreasi.

Faktor Struktur

Prasarana Persekitaran
• Penyediaan tempat untuk • Suasana yang menarik,
berkhemah, berkelah, bersih dengan keindahan
kemudahan bilik air, surau dan alam semulajadi akan
tempat membuang sampah yang menambahkan lagi daya
teratur serta kemudahan jalan tarikan masyarakat untuk
raya sedia ada dapat menarik aktif dalam aktiviti
lebih ramai masyarakat terlibat kesenggangan dan rekreasi.
dalam aktiviti kesenggangan dan
rekreasi.

37  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

3.0 KESENGGANGAN DAN REKREASI

Sub Tajuk: 3.3 Perkhidmatan Aktiviti kesenggangan dan rekreasi

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mengenal pasti agensi utama dan tempat yang menawarkan perkhidmatan aktiviti
kesenggangan dan rekreasi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah/Majlis
Perbandaran), Jabatan Perhutanan dan Perhilitan, pihak Non Goverment Organisation
(NGO), hotel, institut pengajian tinggi, dan lain-lain.
(b) Mengenal pasti perkhidmatan yang disediakan oleh agensi utama aktiviti kesenggangan
dan rekreasi seperti trek joging, tapak perkhemahan, aktiviti berasaskan air (kayak,
renang, dan kenu), dan aktiviti berasaskan darat (mendaki, menjelajah, ekspedisi, menjejak, dan
lain-lain).

(a) Mengenal pasti agensi utama dan tempat yang menawarkan perkhidmatan aktiviti
kesenggangan dan rekreasi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis
Daerah/Majlis Perbandaran), Jabatan Perhutanan dan Perhilitan, pihak Non Goverment
Organisation (NGO), hotel, institut pengajian tinggi, dan lain-lain.

• Kementerian Pendidikan Malaysia


• Kementerian Pelancongan
• Jabatan Saliran dnn Galian
• Jabatan Alam Sekitar
• Jabatan Perhutanan dan Perhilitan
• Pihak Berkuasa Tempatan
• Majlis Daerah
• Majlis Perbandaran
• Majlis Bandaraya
• NGO

38  
 
(b) Mengenal pasti perkhidmatan yang disediakan oleh agensi utama aktiviti
kesenggangan dan rekreasi seperti trek joging, tapak perkhemahan, aktiviti berasaskan
air (kayak, renang, dan kenu), dan aktiviti berasaskan darat (mendaki, menjelajah,
ekspedisi, menjejak, dan lain-lain).

Perkhidmatan aktiviti kesenggangan dan rekreasi.

• Perkhidmatan yang boleh diberikan oleh agensi-agensi adalah seperti kemudahan asas
bersesuaian dengan jenis kesenggangan dan rekreasi seperti gimnasium, padang
permainan, kolam renang, trek jalan kaki, hotel dan tapak perkhemahan.

39  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

3.0 KESENGGANGAN DAN REKREASI

Sub Tajuk: 3.4 Faedah penglibatan dalam aktiviti kesenggangan dan rekreasi

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan faedah kegiatan kesenggangan dan rekreasi kepada individu dari segi
sosial, fizikal, mental, rohani, dan emosi.
(b) Memerihalkan faedah kegiatan kesenggangan dan rekreasi kepada masyarakat.
(c) Memerihalkan faedah kegiatan kesenggangan dan rekreasi kepada negara.

INDIVIDU
• Meningkatkan kesihatan badan
• Mengekalkan keadaan emosi, rohani, intelek,
dan sosial yang sihat.
• Melahirkan modal insan minda kelas
pertama.
• Kepimpinan

MASYARAKAT
• Mewujudkan perpaduan pelbagai kaum.
• Mengembangkan kemahiran sosialisasi.
• Memupuk sikap bekerjasama dan muhibah
sesama rakan yang terdiri pelbagai kaum.
• Dinamika kumpulan.

NEGARA
• Meningkat ekonomi Negara melalui pelbagai
aktviviti dan program yang dianjurkan.
• Meningkatkan kestabilan ekonomi Negara.

40  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

3.0 KESENGGANGAN DAN REKREASI

Sub Tajuk: 3.5 Pengurusan risiko

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan pengurusan risiko.


(b) Memerihalkan kaedah pengurusan risiko seperti pengelakan, pengurangan, pemindahan,
dan pengekalan.
(c) Memerihalkan prosedur pengurusan risiko yang meliputi mengenal pasti punca risiko
dan bahaya, membuat penilaian risiko dari segi tahap bahaya dan kekerapan, memilih kaedah
yang sesuai untuk mengurus risiko, dan mengambil tindakan untuk mengurangkan
risiko.

(a) Mentakrifkan pengurusan risiko.


(b) Memerihalkan kaedah pengurusan risiko seperti pengelakan, pengurangan,
pemindahan, dan pengekalan.

Apa itu risiko?

• Kebarangkalian sesuatu kecemasan yang boleh menimbulkan bahaya seperti kemalangan


dan kecederaan.
• Kecemasan / Hazad adalah sebarang perkara yang membahayakan, merosakkan atau
menimbulkan penyakit.
• Menurut Kamus Dewan, risiko didefinisikan sebagai kemumgkinan atau bahaya
kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian.

41  
 
Pengurusan risiko adalah satu kaedah yang logik lagi
sistematik dalam mengenal, menganalisa, menilai,
penyelesaian, pemantauan dan risiko yang dengan mana -
mana aktiviti.
 
TAKRIFAN
PENGURUSAN
RISIKO
Pengurusan risiko merupakan tulang belakang pentadbiran
bagi sesebuah organisasi sukan. Setiap individu dalam
organisasi mempunyai tanggungjawab dalam menyusun atur
bagi membangunkan sesuatu sistem pengurusan risiko sebuah

Pengurusan risiko merupakan salah satu disiplin dalam bidang


pengurusan kesenggangan dan rekreasi, tetapi ia tidak diberi
kefahaman yang meluas tentang bagaimana, bila, di mana dan
siapa yang perlu dipertanggungjawabkan.

42  
 
Jenis Risiko

JENIS
RISIKO

Malapetaka Risiko berkaitan teknologi


• Contoh : hujan lebat, salji dan cuaca • Kegagalan dalam sesuatu teknologi
panas yang melampau. sering berkait dengan acara-acara
berprofil tinggi khususnya bagi
yang bergantung penuh kepada
sistem teknologi semata-mata.

Risiko keselamatan ( safety & security ) Risiko perundangan


• Berlakunya ketidakpuasan hati
• Contoh : kemalangan, kecederaan dan
dalam kontrak perjanjian antara
perbuatan khianat. pihak penganjur dan kontraktor.

Risiko dalam acara sukan


• Cabaran pihak penganjur adalah mencari jalan
bagi mengurangkan risiko yang boleh timbul
dalam sebarang aktiviti sukan.
• Aspek keselamatan terdiri daripada
keselamatan am, diri sendiri, kemudahan dan
alatan.

43  
 
(c) Memerihalkan prosedur pengurusan risiko yang meliputi mengenal pasti punca
risiko dan bahaya, membuat penilaian risiko dari segi tahap bahaya dan kekerapan,
memilih kaedah yang sesuai untuk mengurus risiko, dan mengambil tindakan
untuk mengurangkan risiko.
Proses pengurusan risiko

Kenalpasti risiko dan Menilai risiko dan kecemasan / Mengawal atau mengurus risiko dan
Kecemasan / hazad hazad kecemasan / hazad
• Langkah pertama • Kemungkinan • Langkah akhir, tentukan kaedah yang
adalah mengenali berlakunya kemalangan digunakan bagi mengatasi masalah
risiko atau hazad dan atau kecederaan perlu risiko atau bahaya.
bagaimana masalah itu dinilai.
boleh berlaku. • Kaedah kawalan tersebut termasuklah
• Apakah kemungkinan aspek :
• Langkah seterusnya yang akan terjadi?, i. Pengasingan terus risiko.
mengenal pasti Siapakah yang terdedah ii. Penggantian
kebarangkalian dengan risiko itu?, iii. Isolasi
sesuatu masalah itu Apakah kesan iv. Kawalan kejuruteraan
boleh timbul hingga seterusnya? v. Kawalan pentadbiran
membawa kepada vi. Pelan kecemasan.
pelbagai impak.
Proses Pengurusan Risiko

• Panduan mewujudkan pelan risiko:


• Contoh : terjatuh dari i. Langkah 1: jadikan satu
bangunan, bahan tanggungjawab.
bahaya atau toksik, ii. Langkah 2: kenalpasti kawasan
kecederaan akibat berisiko secara umum.
pukulan bola, api dan iii. Langkah 3: kenalpasti risiko
kecederaan bergerak. spesifik.
iv. Langkah 4: nilaikan risiko.
v. Langkah 5: membuat keutamaan
pada risiko.
vi. Langkah 6: kawal dan selesaikan
risiko.
vii. Langkah 7: membentuk satu polisi
pengurusan risiko.

44  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

3.0 KESENGGANGAN DAN REKREASI

Sub Tajuk: 3.6 Perkhemahan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:


(a) Memerihalkan perancangan perkhemahan selama tiga hari dua malam, dan menyediakan
senarai semak sebelum perkhemahan seperti membentuk jawatankuasa, merancang
aktiviti perkhemahan, memilih tempat, membuat kertas kerja, memohon kebenaran, dan
menyediakan peralatan;
(b) Melaksanakan aktiviti berpandukan kepada perancangan yang telah disediakan;
(c) Memerihalkan dan melaksanakan tanggungjawab selepas berkhemah meliputi
penyelenggaraan peralatan, post-mortem, dan penyediaan laporan

(a) Memerihalkan perancangan perkhemahan selama tiga hari dua malam, dan
menyediakan senarai semak sebelum perkhemahan seperti membentuk
jawatankuasa, merancang aktiviti perkhemahan, memilih tempat, membuat kertas
kerja, memohon kebenaran, dan menyediakan peralatan

Definisi :
-­‐ Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah
merupakan kegiatan yang sangat menyeronokkan dalam pengakap.

-­‐ Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit,
gunung dan sebagainya.

-­‐ Berkhemah merupakan aktiviti mendirikan khemah untuk tempat


kediaman sementara.

-­‐ Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan
dengan tiang besi, kayu dan tali.

45  
 
Pembentukan sahsiah

Peningkatan kecekapan dan kemahiran berfikir

Memupuk semangat keberanian, kerjasama dan kreaviti dikalangan


UJUAN PERKHEMAHAN

peserta

Pendidikan sepanjang hayat

Menghayati pengertian batasan kehidupan

Peningkatan semangat kekitaan, kesepaduan dan berdisiplin

Peningkatan tahap kesihatan fizikal dan mental

Penerapan nilai-nilai murni

46  
 
(b) Melaksanakan aktiviti berpandukan kepada perancangan yang telah disediakan;
(c) Memerihalkan dan melaksanakan tanggungjawab selepas berkhemah meliputi
penyelenggaraan peralatan, post-mortem, dan penyediaan laporan

Prosedur Tetap Perkhemahan

Sebelum Semasa Selepas

• Penyediaan kertas kerja atau • Pastikan kesihatan dan • Pastikan peralatan perkhemaha
cadangan pelaksanaan perkhemahan. kebajikan para peserta. berada dalam keadaan
mencukupi, bersih dan baik.
• Pembentukan ahli jawatan kuasa. • Kemudahan asas, sistem
komunikasi dan prosedur • Post-mortem
• Mesyuarat jawatan kuasa
keselamatan dipatuhi
pengelolaan perkhemahan. • Membuat laporan:
[ SPI. Bil. 12/2000 ]
• Perkhemahan di luar kawasan i. Kewangan.
sekolah perlu mendapatkan kelulusan • Jadual aktiviti perkehmahan
ii. Aktiviti
daripada Pengarah Pendidikan dilaksanakan mengikut
Negeri. perancangan yang telah
ditetapkan.
• Pihak penganjur mesti melantik
secara bertulis seorang jurulatih yang • Peka kepada keadaan cuaca,
bertauliah dan berkemahiran. persekitaran dan bencana
alam.
• Pemberitahuan pelaksanaan
perkhemahan perlu dikemukakan
kepada pejabat pendidikan daerah,
balai polis, bomba, pusat kesihatan,
surat kebenaran ibu bapa atau
penjaga, taklimat mengenai
peraturan, aktiviti-aktiviti dan
langkah-langkah keselamatan serta
kebenaran bertulis penggunaan tapak
lokasi perkhemahan.

47  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

4.0 PEMAKANAN SUKAN

Sub Tajuk: 4.1 Sistem Pencernaan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mengenal pasti komponen utama sistem pencernaan;


(b) Memerihalkan fungsi sistem pencernaan;
(c) Memerihalkan pencernaan dan penyerapan makanan di gaster, usus kecil, dan usus
besar;
(d) Memerihalkan jangka masa pencernaan karbohidrat, protein, dan lemak.

(a) Megenalpasti komponen utama sistem pencernaan


Komponen Utama sistem pencernaan
• Kelenjar air liur
• Farinks
• Esophagus
• Perut
• Usus kecil
• Usus besar
• Organ pencernaan lain (aksessori) hati,pundi hempedu, pancreas

48  
 
(b) Memerihalkan fungsi sistem pencernaan
• Mengambil makanan
• Memecahkan makanan
• Menyerap molekul yang dihadam
• Menyediakan nutrient
• Menyingkirkan bahan-bahan perkumuhan.

(c) Memerihalkan pencernaan dan penyerapan makanan di gaster, usus kecil, dan
usus besar.

Gaster (Perut)
• Merupakan organ (gedung) pengumpulan makanan yang dihantar melalui esofegus.
• Makanan yang dikumpulkan bercampur dengan enzim-enzim pencernaan untuk
dihuraikan kepada zat-zat.
• Sel-sel di dinding perut merembeskan acid untuk pemecahan makanan kepada zat-
zat yang berguna.
• Setelah makanan dalam perut diproses dengan sempurna maka akan dihantar ke usus
kecil.
Usus Kecil

• Terbahagi kepada tiga bahagian.


• Duodenum
• Jejunum
• Ileum
• Panjang usus kecil adalah lebih kurang 22 kaki
• Pemecahan dan penyerapan zat makanan berlaku dalam usus kecil dengan bantuan
enzim –enzim yang dirembeskan dari pancreas dan hati.
• Makanan yang dipecahkan digerakan dalam usus kecil melalui proses peristalsis.
• Duodenum bertanggungjawab dalam pemecahan makanan secara berterusan
manakala,
• Jejunum dan Ilium adalah bertindak untuk menyerap nutrient ke dalam darah.
Usus besar

• Panjang usus besar adalah lebih kurang 6 kaki

49  
 
• Usus besar menyambung usus kecil pada rectum
• Organ khas dalam pemerosesan bahan buangan.
• Bahan buangan digerakan dalam usus besar melalui proses peristalsis.
• Bahan buangan ini pada mulanya bergerak dalam usus besar dalam bentuk cecair
dan kemudian penyerapan air berlaku.
• Bahan buangan yang separa pejal akan dihantar ke rectum untuk dikumuhkan.

(d) Pencernaan karbohidrat, protein dan lemak.

• Masa pencernaan makanan adalah bergantung pada beberapa perkara.


• Latara belakang keupayaan metabolism individu
• Amaun makanan yang diambil
• Jenis makanan yang diambil
• Paras indeks glisemik makanan
• Aktiviti fizikal.
Karbohidrat

• Mengikut teori masa penghadaman karbohidrat adalah 1 jam


• Karbohidrat dihadam lebih cepat berbanding dengan protein dan lemak dalam perut.
• Karbohidrat ringkas lebih cepat dihadam dan ditukar kepada glukosa berbanding
dengan karbohidrat kompleks.
Protein

• Mengikut teori masa penghadaman protein adalah 2 jam


• Protein memerlukan masa yang lebih lama untuk proses pencernaan dalam perut
berbanding karbohidrat.
Lemak

• Mengikut teori masa penghadaman lemak adalah 3 – 5 jam.


• Lemak mengambil masa pencernaan yang lebih lama berbanding karbohidrat dan
protein.

50  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

4.0 PEMAKANAN SUKAN

Sub Tajuk: 4.2 Pengelasan Nutrien

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan fungsi makronutrien (karbohidrat, protein, dan lemak), mikronutrien


(vitamin dan mineral), serat, dan air;
(b) Menyatakan sumber karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, serat, dan air;
(c) Mentakrifkan indeks glisemik;
(d) Membezakan sumber karbohidrat yang berindeks glisemik rendah, sederhana, dan tinggi.

(a) Memerihalkan fungsi makronutrien (karbohidrat, protein, dan lemak),


mikronutrien (vitamin dan mineral), serat, dan air;
(b) Menyatakan sumber karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, serat, dan air;

Jenis Nutrien

MAKRONUTRIEN MIKRONUTRIEN
Ø Karbohidrat Ø Vitamin
Ø Protein Ø Mineral
Ø Lemak Ø Serat
Ø Air

Nutrien Fungsi Nutrien Sumber


Karbohidrat - Sumber tenaga utama - nasi
- perlu diambil dalam amaun yang banyak - roti
- untuk kesihatan yang optimum 45% -65% - bijirin
kalori adalah datangnya daripada karbohidrat. - kentang
- penting untuk fungsi otak, buah pinggang - susu
dan sistem saraf pusat. - yogurt

Protein - Pembentukan tisu-tisu baru untuk proses - daging


tumbesaran. - ikan
- membentuk tisu-tisu baru untuk menggantikan - telur
tisu yang rosak. - cheese
- acid amino yang terdapat dalam protein - soya
51  
 
penting untuk sintesis tisu-tisu,enzim-enzim - kekacang
dan hormone.
- 10%-35% kalori untuk badan adalah datang
daripada protein.
- membekalkan tenaga untuk badan selepas
karbohidrat.
- imunisasai badan
Lemak - membekalkan tenaga - minyak sayuran
- membantu penyerapan vitamin larut lemak ( olive,canola,bunga
A,D,E,K matahari,soya dan
- 25%-40% kalori untuk badan adalah daripada jagung)
lemak. - kekacang
- sangat penting untuk survival - bijirin
- membekalkan bahan penting untuk vitamin D - ikan
dan hormone-hormon, - Avocado
- Keju
- Coklat hitam
- biji chia
- Kelapa/minyak
kelapa
Vitamin

• Sangat penting dalam tindakbalas metabolisma badan.


• Bahan oraganik yang esentialVitamine Table

52  
 
Mineral

• Sangat penting dalam kelangsungan tubuh.


Minerals Table

53  
 
Serat (FIber) - Penting dalam membantu pencernaan - buah berry
makanan - tomato
- pengurusan berat badan - cauliflower
- regulasi gula dalam darah - timun
- menyelenggara kolestrol
- mengurangkan risiko kanser
- membantu mengawal tahap glukosa dalam
darah
- merendahkan tahap kolestrol dalam darah
- mengelak sembelit
- melicinkan pergerakan najis

Air - sangat penting untuk hidup - buah-buahan


- badan memerlukan 50%-75% - makanan separuh
- kehilangan 2% akan menurunkan kapasiti pejal
aerobik - air masak
- Kehilangan air yang banyak akan
menyebabkan maut
- membantu metabolism
- membantu pencernaan dan penyerapan zat
makanan.
- mengawal kepekatan dan keasidan darah
darah
- menstabilkan suhu badan.

(c) Mentakrifkan indeks glisemik

• Merujuk kesan makanan karbohidrat terhadap paras glukosa dalam darah.


Makanan berIndeks Glisemik Tinggi

Meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat



Membantu dalam pemulihan tenaga fizikal selepas latihan / aktiviti

fizikal yang berat
• Mengelakkan hipoglisemia
• Atlet jarah jauh memerlukan makanan karbohidrat berindeks glisemik
tinggi
• Tidak sesuai untuk pengidap diabetik
Makanan berindeks glisemik Rendah

• Paras glukosa dalam darah meningkat dengan lambat


• Membantu mengelakkan peningkatan paras glukosa dalam darah dengan
mendadak
• Sesuai untuk membantu penurunan berat badan

54  
 
Glycemic Indeks Table

55  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

4.0 PEMAKANAN SUKAN

Sub Tajuk: 4.3 Piramid Makanan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Menjelaskan konsep keseimbangan, kepelbagaian, dan kesederhanaan pemakanan;


(b) Memerihalkan piramid makanan;
(c) Membandingkan piramid makanan lama dengan piramid makanan berkaitan dengan
aktiviti fizikal.

(a) Menjelaskan konsep keseimbangan, kepelbagaian, dan kesederhanaan pemakanan


.

Keseimbangan Pemakanan

• Membekalkan nutrien yang diperlukan pada tubuh badan berfungsi dengan


betul.
• Mendapatkan bekalan nutrien yang sesuai daripada:-
- buah-buahan segar
- sayur-sayuran segar
- makanan bijirin
- legumes/beans
- kekacang
- lean protein
Kepelbagaian Pemakanan

• Pengambilan makanan harian daripada lima kumpulan makanan utama :-


- sayur-sayuran dan beans
- buah-buahan
- daging,ikan,telu, tauhu,kekacang dan biji-bijian
- bijirin(cereal) & fiber
- susu, yoghurt & keju
Kesederhanaan Pemakanan

56  
 
• Pemakanan yang merujuk kepada ‘kunci untuk kesihatan’
• Sesuatu nutrien tidak diambil melebihi keperluan badan, jenis aktiviti fizikal dan
sukan.
(b) Memerihalkan piramid makanan

• Dibentuk sebagai rujukan kepada kepelbagaian makanan.


• Sebagai rujukan kepada pemakanan yang seimbang
• Jumlah kalori yang terdapat dalam setiap kumpulan makanan
• Enam kumpulan makanan dalam piramid makanan

(c) Membandingkan piramid makanan lama dengan piramid makanan berkaitan


dengan aktiviti fizikal.

Piramid Makanan Normal / Biasa

57  
 
Piramid makanan mengikut aktiviti fizikal.

58  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

4.0 PEMAKANAN SUKAN

Sub Tajuk: 4.4 Kepentingan Pemakanan Sukan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan pemakanan sukan.


(b) Menjelaskan kepentingan pemakanan untuk prestasi sukan dan kesihatan.

( **https://en.wikipedia.org/wiki/Carbohydrate)

(a) Mentakrifkan pemakanan sukan.

• Merupakan satu kajian yang berkaitan nutrisi dan diet yang berhubungkait
dengan prestasi seseorang atlet.
• Memberi penekanan pada pengambilan kuntiti elektrolit dan makanan oleh atlet.

(b) Menjelaskan kepentingan pemakanan untuk prestasi sukan dan kesihatan.

Kepentingan Pemakanan Sukan


Memastikan kesihatan yang baik

Tenaga dan nutrien yang mencukupi bagi menampung:-

• keperluan asas harian


• Keperluan semasa latihan / pertandingan
• Keperluantertentu (eg. tumbesaran, pemulihan kecederaan)
• Mencegah masalah pemakanan (cth: defisiensi, ‘eating disorder’)
• Berkait rapat dengan aspek sains sukan yang lain.

Matlamat Pemakanan Sukan

• Membantu atlit menyediakan diri SEPENUHNYA untuk latihan & juga


pertandingan
• Menyediakan simpanan tenaga SEBELUM sesi latihan (& pertandingan).

• Membekalkan tenaga mencukupi SEMASA latihan yang lama @ berterusan.

• Untuk penyimpanan semula glikogen terutamanya SELEPAS latihan (recovery).

59  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

4.0 PEMAKANAN SUKAN

Sub Tajuk: 4.5 Pengambilan Makanan Dalam Sukan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Menyatakan makanan yang sesuai untuk bersukan.


(b) Menjelaskan amaun, bentuk, dan pemasaan (timing) pengambilan makanan sebelum,
semasa, dan selepas sukan berbentuk aerobik. .

(a) Menyatakan makanan yang sesuai untuk bersukan.

(b) Menjelaskan amaun, bentuk, dan masa (timing) pengambilan makanan sebelum,
semasa, dan selepas sukan berbentuk aerobik.

Sebelum Pertandingan
• Pembekalan tenaga untuk kegunaan semasa pertandingan.
• Diambil 4 jam sebelum pertandingan kerana pencernaan makanan berlaku dalam
tempoh tersebut.
• Makanan hendaklah diambil secara seimbang:
CHO: 55-60%

Protein: 15-20%

Lemak: 20-25%

• Banyakkan air untuk memastikan keperluan yg mencukupi & mengelakkan


dehidrasi.
• Kurangkan pengambilan kafein & alkohol.
• 5-6 hari sebelum pertandingan
• Tingkatkan pengambilan CHO untuk simpanan tenaga maksimum.
• Elakkan pengambilan makanan & minuman baru untuk mengelakkan
gangguan pada sistem penghadaman & kesihatan.

60  
 
Semasa Pertandingan
• Guna sumber tenaga dari sistem tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis,
intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut.
• Sumber tenaga dibekalkan oleh glukosa dalam darah dan glikogen otot.
• Ambil cecair yang tinggi kandungan karbohidrat dan rendah kandungan lemak
untuk elak ketidak selesaan perut.
• Atlet yang amal pemakanan optima boleh melakukan aktiviti fizikal
menggunakan sumber tenaga yang disimpan dalam tubuh.
Penting bagi atlet untuk memastikan gaya pemakanan bersesuaian dengan aktiviti dan cukup
kandungan kalori.
• Makan makanan tinggi CHO ringkas untuk tenaga berterusan. Cth: Roti, biskut
& buah.
• Kurangkan pengambilan lemak kerana ia melambatkan penghadaman &
penyerapan makanan.
Selepas Pertandingan
• Perlu untuk penggantian tenaga yang telah digunakan.
• Mengelakkan kelesuan.
• Memulihkan keletihan.
• Selewat-lewatnya 20 minit selepas pertandingan
• Makan makanan yg tinggi karbohidrat (kompleks) untuk menggantikan semula
tenaga yg telah digunakan.
• Minum air secukupnya untuk hidrasi
• Rehat secukupnya untuk membenarkan otot berehat & menyimpan glikogen
(simpanan CHO).

61  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

4.0 PEMAKANAN SUKAN

Sub Tajuk: 4.6 Keperluan Air

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Menyatakan peratusan air dalam badan dan fungsi air dalam badan.
(b) Menjelaskan konsep keseimbangan air berkaitan dengan normohidrasi, hiperhidrasi, dan
hipohidrasi.
(c) Menjelaskan jumlah dan pemasaan (timing) pengambilan air sebelum, semasa, dan
selepas bersukan.
(d) Menjelaskan kesan dehidrasi ke atas fisiologi dan prestasi sukan.
.

(a) Menyatakan peratusan air dalam badan dan fungsi air dalam badan.

Peratusan air dalam badan

Air merupakan unsur yang sangat penting bagi kehidupan. Kandungan air dalam otak
74%, otot 75%, darah 83%, tulang 22%, hati 69% dan buah pinggang 82%. Manusia
boleh hidup berminggu minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air, akan menyebabkan
dehidrasi dan akan mati dalam beberapa hari sahaja.

Fungsi air

• Menstabilkan suhu badan


• Melembabkan udara dalam paru paru
• Meningkatkan kadar metabolism
• Mengerakkan fungsi tubuh
• Menjalankan proses detoksifikasi
• Menghalang dehidrasi dan penyakit
• Mekanisma pengangkutan utama dalam tubuh untuk mengangkut oksigen,
nutrient,hormon dan sebatian lain bagi setiap sel.

62  
 
(b) Menjelaskan konsep keseimbangan air berkaitan dengan normohidrasi,
hiperhidrasi, dan hipohidrasi.

Konsep keseimbangan air ( Normohidrasi, Hiperhidrasi dan Hipohidrasi)

• Normohidrasi adalah tahap normal air yang ada dalam tubuh melalui ginjal
yang berfungsi mengekalkan tahap normal air dalam tubuh.
• Hiperhidrasi adalah keadaan tubuh dapat menyimpan air yang berlebihan.
• Hipohidrasi bermaksud tahap air yang rendah dalam tubuh.

(c) Menjelaskan jumlah dan pemasaan (timing) pengambilan air sebelum, semasa, dan
selepas bersukan.

Pengambilan air sebelum, semasa dan selepas bersukan/latihan

Sebelum pertandingan

• 450ml hingga 600ml air dalam masa 2 jam sebelum pertandingan


• 300ml hingga 500ml air sejuk dalam masa 15 minit hingga 30 minit sebelum
bertanding
• Isipadu air juga bergantung kepada cuaca semasa pertandingan
• Jika pertandingan memakan masa yang lama, karbohidrat perlu ditambah
• Gabungan bersama air sukan membantu untuk mengekalkan prestasi dalam
jangkamasa yang lebih panjang

Semasa pertandingan

• 180 ml hingga 240 ml air sejuk dalam masa rehat antara 10 minit hingga 15
minit.
• Jika berada dalam cuaca yang sangat panas, boleh ditambah sukatan sebanyak
300 ml hingga 360 ml
• Cecair yang mengandungi elektrolit (potassium dan sodium) amat digalakkan.
• Air sejuk mudah dan cepat diserap ke dalam tubuh untuk menggantikan air
yang hilang menerusi peluh.
Selepas pertandingan

• Atlet perlu mengambil air secukupnya diantara 350ml hingga 700ml air sejuk.
63  
 
• Atlet harus minum air yang lebih banyak daripada jumlah yang hilang melalui
peluh untuk mengembalikan sepenuhnya bendalir dalam tubuh.
• Jus buah buahan dan minuman sukan sangat baik dan amat digalakkan.
• Gabungan minuman yang mengandungi protein dan karbohidrat boleh
memaksimakan pembentukan semula kadar glikogen otot.
• Ambil sodium secukupnya dan elakkan pengambilan kopi kerana boleh
menyebabkan kehilangan elektrolit semasa pemulihan.

(d) Menjelaskan kesan dehidrasi ke atas fisiologi dan prestasi sukan

Kesan dehidrasi kepada fisiologi

• Dehidrasi
• Penurunan tekanan darah
• Peningkatan kadar nadi
• Kehilangan berat badan
• Hipertemia/peningkatan suhu badan
Kesan dehidrasi kepada prestasi sukan

• Penurunan kapasiti kerja


• Penurunan kuasa aerobik
• Penurunan prestasi atlet

64  
 
PENGGAL 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN

4.0 PEMAKANAN SUKAN

Sub Tajuk: 4.7 Penokok diet (dietary supplement) dan prestasi sukan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan penokok diet.


(b) Menyenaraikan bentuk penokok diet (cecair, gel, dan pepejal (bar));
(c) Menjelaskan kesan tokokan karbohidrat, protein, dan minuman sukan terhadap prestasi
sukan. .

(a) Mentakrifkan penokok diet

Adalah tambahan diet, juga dikenali sebagai makanan tambahan atau suplemen
makanan bertujuan meningkatkan prestasi.

Sesetengah negara mentakrifkan tambahan diet sebagai makanan, manakala


dikawasan lain sebagai ubat-ubatan atau produk kesihatan semulajadi. Penokok diet
tidak mempunyai kesan sampingan berbeza dengan penokok sintetik.

(b) Menyenaraikan bentuk penokok diet (cecair, gel, dan pepejal (bar))

(c) Menjelaskan kesan tokokan karbohidrat, protein, dan minuman sukan terhadap
prestasi sukan

Bentuk penokok diet

Penokok diet boleh diambil dalam bentuk tablet, serbuk, gel, cecair dan pepejal (bar).

Kaedah Tokokan karbohidrat

• Pengambilan karbohidrat berlebihan yang dijalankan selama seminggu


sebelum hari pertandingan

65  
 
• Pengurangan isipadu dan intensiti latihan sekurang kurangnya 48 jam sebelum
hari pertandingan.
• Terdapat 3 fasa iaitu :
Ø Fasa 1 (hari 1-2) : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat
normal
Ø Fasa 2 (hari 3-5) : Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan
karbohidrat (70%)
Ø Fasa 3 (hari ke 6) : Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan
kembali seperti biasa.
Kesan tokokan karbohidrat terhadap prestasi sukan

• Meningkatkan simpanan karbohidrat dalam glikogen otot dan hati


• Melambatkan kelesuan/menangguhkan keletihan
• Meningkatkan prestasi atlet yang bertanding dalam acara berbentuk daya
tahan seperti marathon dan lumba basikal lebuhraya.
Kesan tokokan protein terhadap prestasi sukan

• Meningkatkan pengekalan nitrogen


• Meningkatkan jisim otot
• Meningkatkan keupayaan aerobic daya tahan
• Meningkatkan metabolism tubuh dalam pembinaan tisu dan pembaikpulih sel
Minuman sukan

Adalah minuman yang mengandungi karbohidrat dan makanan tambahan yang lain
untuk membantu mengisi semula cecair dan nutrien yang digunakan semasa senaman
dan acara sukan.

Minuman sukan boleh didapati dalam pelbagai perisa, isipadu, warna dan juga
berkarbonat bagi menarik minat bukan sahaja kepada atlet, malah individu biasa untuk
meminumnya.

Jenis jenis minuman sukan

Bendalir Isotonik

• Menggantikan cecair yang hilang akibat perpeluhan dan bekalan rangsangan


karbohidrat.
• Pilihan bagi atlet jarak pertengahan , jarak jauh atau sukan berpasukan.

66  
 
• Glukosa adalah sumber pilihan tubuh badan dengan kepekatan 6% hingga 8%
Bendalir Hipotonik

• Merupakan elektrolit dan tahap rendah karbohidrat yang menggantikan cecair


yang hilang dengan cepat
• Sesuai untuk atlet yang memerlukan cecair tanpa rangsangan karbohidrat
seperti penunggang dan gimnastik.
Bendalir Hipertonik

• Isipadu yang berada pada tahap tinggi karbohidrat


• Digunakan untuk menambah pengambilan karbohidrat harian selepas senaman
ke atas glikogen otot
• Sesuai untuk acara-acara jarak ultra yang memerlukan tahap tenaga yang tinggi.

Kesan / kelebihan tokokan minuman sukan terhadap prestasi sukan

• Penyerapan cecair ke dalam aliran darah yang lebih cepat kerana minuman
sukan mengandungi mineral dan bertindak dalam proses osmolaliti iaitu
kepekatan zarah dibubarkan dalam bendalir.
• Mengawal keseimbangan cecair dalam badan
• Mengekalkan cecair yang optimum dalam badan
• Meningkatkan hasil kerja yang ke arah yang lebih baik
• Merangsang dahaga supaya atlet minum lebih banyak air
• Meningkatkan tenaga dan daya otot
• Mengurangkan kecederaan atau kerosakan otot
• Menggalakkan pemulihan dengan lebih cepat
• Memberi impak terbaik semasa pertandingan

67  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.1 Konsep Kecergasan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Menjelaskan konsep kecergasan fizikal;


(b) Memerihalkan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan seperti daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan;
(c) Memerihalkan komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor seperti
kepantasan, ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, dan masa reaksi;
(d) Menjelaskan prosedur menjalani pemanasan badan dan gerak kendur;
(e) Membincangkan faedah latihan fizikal

(a) Menjelaskan konsep kecergasan fizikal

Pengenalan

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan
emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam
aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih
baik dan kesejahteraan keseluruhannya.

Konsep Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk
menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan
lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan
(Corbin,2004). Kecergasan fizikal melibatkan fungsi pergerakan anggota badan dan
organ tubuh badan dan juga dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan
lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik
dan menghadapi kecemasan.

68  
 
Komponen kecergasan fizikal secara umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu
kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor. Rajah 1.1 di bawah, menunjukkan
komponen- komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor.

(b) Memerihalkan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan seperti daya


tahan

KESIHATAN KEMAHIRAN MOTOR


• Komposisi Badan • Ketangkasan
• Fleksibiliti • Kuasa
• Daya Tahan Kardiovaskular • Imbangan
• Kekuatan Otot • Masa Reaksi
• Daya Tahan Otot • Kelajuan
• Koordinasi
Rajah 1.1 : Komponen Kecergasan Fizikal

Komponen Kecergasan Berasaskan Kesihatan.


Komponen kecergasan berasaskan kesihatan berkait rapat dengan kesihatan dan
mengurangkan risiko penyakit hipokinetik. Falls (1980), Kecergasan untuk
kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan
psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman
penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,
kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Ianya sangat diperlukan bagi
melakukan aktiviti fizikal dan keperluan kehidupan seharian. Komponen ini terdiri
daripada:

• Komposisi Badan/ Kandungan Lemak.


• Daya Tahan Kardiovaskular.
• Kekuatan Otot.
• Fleksibiliti.
• Daya Tahan Otot.

69  
 
(c) Memerihalkan komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor seperti
kepantasan, ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, dan masa reaksi.

Komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Lakuan Motor.


Komponen kecergasan berasaskan lakuan motor merujuk kepada keperluan individu yang
ingin terlibat di dalam prestasi sukan. Ini membolehkan individu tersebut dapat menguasai
kemahiran dan keperluan sukan spesifik dengan mudah. Setiap komponen ini tidak berdiri
sendiri, ianya bersifat multi-dimensi dengan menggabungkan setiap komponen terlibat bagi
meningkatkan prestasi dalam sukan. Komponen kecergasan terdiri daripada:

• Kelajuan.
• Ketangkasan.
• Kuasa.
• Imbangan.
• Koordinasi.
• Masa reaksi.

(d) Menjelaskan prosedur menjalani pemanasan badan dan gerak kendur.

Pemanasan badan dan gerak kendur;


Menurut Knudson (2013) aktiviti memanaskan badan biasanya dikategorikan mengikut
memanaskan badan secara aktif (active warm up) dan memanaskan badan secara pasif
(passive warm up). Memanaskan badan secara aktif melibatkan lakuan senaman pada
kadar lakuan yang rendah (intensiti rendah) untuk meningkatkan suhu badan dan tisu
badan serta fungsi fisiologi badan sebagai persediaan melakukan aktiviti fizikal.
Memanaskan badan secara pasif juga dilakukan sebagai persediaan melakukan aktiviti
fizikal tetapi dilaksanakan tanpa senaman. Pemanasan tisu badan dicapai dengan
menggunakan sumber haba luar seperti sauna, warm water immersion, heat pad atau
ultrasound.

70  
 
Kepentingan Aktiviti Memanaskan Badan Secara Aktif

(i) Menyediakan badan bagi aktiviti yang lebih mencabar

(ii) Meningkatkan suhu badan beransur-ansur

• supaya otot-otot menjadi lebih panas dan anjal, lebih mudah diregangkan.
• mengurangkan risiko kecederaan (kekoyakan otot dan lainlain)
• meningkatkan julat pergerakan pada sendi-sendi
(iii) Meningkatkan kadar denyutan jantung secara beransur-ansur

• jantung pam darah dengan lebih efektif


• elak daripada terkejut apabila terpaksa bekerja kuat dengan tiba-tiba
(iv) Aspek psikologi

• menyediakan aspek mental untuk melakukan sesuatu aktiviti yang


mencabar

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi semasa melakukan aktiviti memanaskan


badan

a. Senaman joging dan kalistenik boleh digunakan untuk meningkatkan


suhu otot. Otot yang sejuk lebih senang tercedera.

b. Selang-selikan aktiviti larian/lompatan dengan 2 hingga 3 senaman regangan


dinamik (dynamic stretching exercises).

c. Lakukan setiap senaman mengikut kadar pernafasan yang normal.

d. Senaman yang melibatkan pergerakan bounce dan rotasi perlu dilakukan: -


dari sudut pergerakan kecil ke sudut pergerakan besar - tidak melepasi
julat maksimum sendi (unforced range of motion)

e. Lakukan senaman untuk bahagian kanan dan kiri badan.

f. Pada akhir sesi memanaskan badan, denyutan jantung harus berada dalam
lingkungan 110 – 120 denyutan seminit.

Prosedur Memanaskan Badan

Prosedur yang digunakan untuk memanaskan badan bergantung kepada aktiviti yang
akan dilakukan selepas sesi memanaskan badan. Sebagai contoh, jika anda akan
melakukan larian 5 km, aktiviti memanaskan badan mungkin hanya perlu senaman
71  
 
regangan untuk bahagian betis dan peha. Prosedur memanaskan badan bagi aktiviti
permainan/sukan mungkin melibatkan lebih banyak senaman dan larian untuk
memanaskan badan.

Mengapa Menyejukkan Badan (Cool Down)

Kepentingan menyejukkan badan:-

a. Menggalakkan kembalinya darah daripada tangan dan kaki ke organ-


organ yang memerlukannya seperti otak.

b. Mengurangkan pengumpulan asid laktik di otot-otot.

c. Memulih badan balik kepada keadaan sebelum latihan.

Prosedur Menyejukkan Badan

Cara melakukan aktiviti menyejukkan badan:-

a. Lakukan joging dan jalan selama 5 - 10 minit. Aktiviti mula dari jogging
perlahan dan beransur-ansur perlahan sehingga pemain berjalan.

b. Lakukan senaman regangan seperti memanaskan badan.

c. Cuba dapatkan gambar senaman regangan (internet, buku) bagi bahagian


badan yang tertentu:

Kebaikan Memanaskan Badan

Mengelakkan Kecederaan
Rata-rata dari kita tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan
kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah
kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum ia dapat
bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita. Jika
kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan
kecederaan yang teruk.

72  
 
Meningkatkan Prestasi

Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan
didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang
tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti
memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan
pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku
dengan lebih pantas.

Mengelakkan Kekejangan Otot

Seperti yang saya terangkan diatas aktiviti memanaskan badan membuatkan darah
mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa nutrien malah
oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen
dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk
mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan
mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung Anda

Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan
melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat
menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan
tekanan yang datang secara tiba-tiba.

Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan

Kadangkala apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan


kapisiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya
apabila kita bangun dari tidur keesokkan harinya. Ia merupakan kesan daripada aktiviti
berat yang kita lakukan. Dengan memanaskan badan terlebih dahulu anda dapat
mengurangkan kesakitan selepas bersukan.

73  
 
Membantu Anda Tahan lebih Lama

Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik.
Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita
berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan dapat mengelakkan
pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat bertahan lebih
lama ketika bersukan atau bersenam.

Membantu Anda Relaks Dan Fokus

Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Kita
dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti
menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus
sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan anda akan menjadi lebih
relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat membantu anda memberi
tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.

Kebaikan menyejukkan badan

• Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.


• Menjajar semula otot-otot.
• Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
• Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
• Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
• Mententeram atau merelakskan anda.
• Menguraikan asid laktik

(e) Membincangkan faedah latihan fizikal

Kepentingan Latihan Fizikal.

Menurut Sharkey (2007) dan Corbin (2004), faedah daripada latihan fizikal
yang boleh diperolehi adalah:

• Menurun dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.


• Mengurangkan tahap kolesterol tinggi dalam badan.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
• Menurunkan berat badan.
74  
 
• Membina dan mengekalkan otot dan densiti tulang yang sihat.
• Membina ketahahan dalam mengendalikan emosi stres.
• Meningkatkan jumlah darah dan keupayaan mengangkut oksigen.
• Penampilan personaliti yang baik.
• Meningkatkan kualiti hidup.
• Meningkatkan kekuatan otot.
• Mengekalkan tahap fleksibiliti sendi.

75  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.2 Piramid Aktiviti Fizikal

 
Pelajar seharusnya dapat :
(a) Menjelaskan aras aktiviti di dalam piramid aktiviti fizikal;
(b) Menjelaskan pemboleh ubah dalam aktiviti fizikal (FITT − frequency, intensity, time,
type).

(a) Menjelaskan aras aktiviti di dalam piramid aktiviti fizikal.

Aktiviti fizikal bermakna pergerakan badan yang menggunakan tenaga. Berjalan,


berkebun, pantas menolak kereta dorong bayi, memanjat tangga, bermain bola sepak,
atau menari sepanjang malam adalah contoh-contoh yang baik yang aktif. Kesihatan
akan bertambah apabila seseorang itu menggunakan tahap intensiti yang tinggi. Aktiviti
fizikal yang kerap boleh menghasilkan manfaat kesihatan jangka panjang.

76  
 
Orang daripada semua peringkat umur, bentuk, saiz, dan kebolehan boleh mendapat
manfaat daripada menyertai aktif secara fizikal.

Berdasarkan piramid aktiviti fizikal ini, kita boleh jelaskan seperti berikut:

i) Setiap hari – lakukan sebanyak mungkin dan lebih aktif seperti aktiviti naik
tangga, berjalan ke pejabat, menyapu sampah,melakukan kerja-kerja rumah,
berkebun dan lain-lain lagi.

ii) Lakukan aktiviti aerobik dan bersukan tiga hingga lima kali seminggu antara
20 hingga 30 minit setiap sesi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah
seperti berjalan pantas, berbasikal, berenang, berjogging, bermain badminton
dan sebagainya.

iii) Libatkan diri dalam kegiatan berfaedah seperti senaman untuk fleksibiliti
kekuatan daya tahan otot untuk jangka masa dua hingga tiga kali seminggu
seperti tekan tubi, angkat berat, regangan dan angkat tubi.

iv) Kurangkan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton televisyen, bermain
komputer dan berehat sepanjang masa atau aktiviti yang tidak mengeluarkan
peluh. Aktiviti ini akan menjadikan anda terasa lesu dan ada kalanya seseorang
itu akan cepat menjadi stress.

(b) Menjelaskan pemboleh ubah dalam aktiviti fizikal (FITT − frequency,


intensity, time, type).

Pemboleh ubah dalam aktiviti fizikal (FITT − frequency, intensity, time, type).

I. F – Frequency : Kekerapan menjalankan aktiviti latihan dalam seminggu.


Sekurang-kurang 3 kali seminggu bergantung kepada keperluan. Contoh 1 hari boleh
buat beberapa sesi latihan.

II. I – Intensity : Tahap kelasakan aktiviti.


Latihan menggunakan sistem tenaga aerobik; intensiti rendah
Sistem tenaga anaerobik : intensiti tinggi

III T – Time: Tempoh masa latihan


77  
 
Sistem tenaga : aerobik – sesi latihan lama
Anaerobik – sesi latihan singkat

IV T – Type : Jenis latihan


Aerobik : LSD, Fartlek, Jeda Jarak Jauh
Anaerobik : Bebanan, plyometric, litar, keda jarak dekat.

78  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.3 Daya tahan kardiovaskular

 Pelajar seharusnya dapat :

(a) Menyatakan kepentingan daya tahan kardiovaskular.

(b) Menjelaskan konsep senaman daya tahan kardiovaskular seperti mod, intensiti
berdasarkan peratusan kadar nadi maksimum atau berdasarkan carta perkadaran
pengamatan usaha (rating of perceived exertion − RPE), tempoh, dan kekerapan;

(c) Mengenal pasti mod senaman untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular seperti
FITT − intensiti rendah dan jangka masa panjang (contoh: berenang, berbasikal,
berjalan pantas, dan joging);

(d) Menentukan intensiti senaman kadar nadi latihan (THR) (Amali: menghitung kadar nadi
pada arteri radial dan karotid);
(e) Mengenal pasti ujian untuk daya tahan kardiovaskular seperti larian 2.4 km, larian 12
minit Cooper, dan Bleep Test.

(a) Menyatakan kepentingan daya tahan kardiovaskular

Kepentingan

Merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Individu yang
mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi akan mampu berlatih dalam tempoh
masa yang panjang sebelum sampai ke tahap kelesuan. Sebagai contoh,semasa
melakukan latih tubi kemahiran hantaran sisi dalam permainan ragbi, pemain perlu
sentiasa bergerak dan melakukan kemahiran tersebut dalam tempoh masa yang panjang.
Otot-otot yang bekerja memerlukan banyak oksigen sejajar dengan kadar kerja yang
perlu dilakukan.Jantung akan beradaptasi memenuhi keperluan otot-otot tersebut dengan
mengedarkan lebih banyak darah beroksigen.

Apabila anda tidak aktif secara fizikal, anda lebih cenderung kepada:

• mendapatkan penyakit jantung,


• mendapatkan penyakit diabetes ,

79  
 
• mempunyai tekanan darah tinggi,
• mempunyai kolesterol tinggi,
• mendapat strok

(b) Menjelaskan konsep senaman daya tahan kardiovaskular seperti mod, intensiti
berdasarkan peratusan kadar nadi maksimum atau berdasarkan carta perkadaran
pengamatan usaha (rating of perceived exertion − RPE), tempoh, dan kekerapan.

Konsep Senaman Kardiovaskular

• Mod – Jenis senaman seperti berlari, berjalan, berbasikal, berenang dan


sebagainya.
• Intensiti – Beban kerja/Kualiti kerja/Kadar usaha yang dikenakan ke
atas senaman ( sederhana / ringan )
• (RPE) Carta Perkadaran Pengamatan Usaha – Skala yang digunakan
untuk mengukur intensiti kerja sesuatu senaman yang dilakukan. ( guru
sila buat rujukan )
• Tempo – Jangkamasa senaman yang dilakukan ( panjang/lama )
• Kekerapan – Bilangan/berapa kali senaman dilakukan dalam seminggu
Contoh Program Senaman

Matlamat Kekerapan Tempo Intensiti Mod

Daya Tahan 3 – 5 hari 15 – 60 minit 70% - 80% Berjogging,


kardiovaskular seminggu Berjalan,
KNM
Berbasikal dan
Sederhana --rendah
sebagainya

Format : Memanaskan badan selama 5 minit, Regangan, aktiviti dan menyejukkan badan.

80  
 
(c) Mengenal pasti mod senaman untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular
seperti FITT − intensiti rendah dan jangka masa panjang (contoh: berenang,
berbasikal, berjalan pantas, dan joging);

Konsep FITT

• Frekuansi (F) - Kekerapan Bilangan/berapa kali senaman dilakukan


dalam seminggu
• Intensiti (I) - Beban kerja/Kualiti kerja/Kadar usaha yang dikenakan
ke atas senaman ( sederhana / ringan )
• Time (T) - Jangkamasa senaman yang dilakukan ( panjang/lama )
• Type (T) - Jenis senaman seperti berlari, berjalan, berbasikal,
berenang dan sebagainya.

(d) Menentukan intensiti senaman kadar nadi latihan (THR) (Amali: menghitung
kadar nadi pada arteri radial dan karotid)

• Praktikal dilaksanakan semasa aktivi Amali

(e) Mengenal pasti ujian untuk daya tahan kardiovaskular seperti larian 2.4 km,
larian 12 minit Cooper, dan Bleep Test.

Bateri Ujian
Komponen daya tahan kardiovaskular individu dapat diuji dengan menggunakan
beberapa bateri ujian yang standard seperti:-
• Larian 2.4 Km
• Larian 12 minit Cooper
• Bleep test

81  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.4 Daya Tahan Otot

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Menyatakan kepentingan daya tahan otot;
(b) Menjelaskan konsep senaman daya tahan otot seperti kekerapan, intensiti (RM), ulangan,
dan set;
(c) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan daya tahan otot seperti FITT intensiti
rendah, ulangan tinggi (contoh: bicep curl, tekan tubi, dan bangkit tubi) 60% – 80%
1RM, 3 set, 8 – 10 ulangan, dan 3 sesi seminggu;
(d) Menentukan satu ulangan maksimum dan melakukan senaman berdasarkan intensiti
seperti 60% – 80% 1RM, dan 10 ulangan 3 set;
(e) Melakukan ujian untuk menilai kecergasan daya tahan otot seperti tekan tubi selama 1
minit dan bangkit tubi selama 1 minit.

(a) Menyatakan kepentingan daya tahan otot;


Definisi

Keupayaan otot atau kumpulan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-
ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang
ringan atau sederhana tanpa cepat berasa lesu.

Kepentingan

Dapat membolehkan individu melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dalam jangka
masa yang lama dengan efesien. Sebagai contoh dalam permainan badminton, pemain
sentiasa bergerak dan melakukan pukulan berulang kali sepanjang tempoh permainan
tanpa cepat berasa lesu.

82  
 
(b) Menjelaskan konsep senaman daya tahan otot seperti kekerapan, intensiti (RM),
ulangan, dan set;

Konsep Senamam

i. Kekerapan : 3 kali seminggu

ii. Intensiti : Intensiti latihan rendah iaitu dalam lingkungan 30% -


60% RM ( 1 bebanan )
iii Ulangan : Ulangan tinggi iaitu 15 – 50 ulangan

iv. Set : 2 – 4 set

Contoh latihan : 40% x 25 ulangan x 2 set

(c) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan daya tahan otot seperti FITT
intensiti rendah, ulangan tinggi (contoh: bicep curl, tekan tubi, dan bangkit tubi) 60% –
80% 1RM, 3 set, 8 – 10 ulangan, dan 3 sesi seminggu;

Senaman untuk meningkatkan daya tahan otot :

Tekan tubi, bangkit tubi. Biceps curl, leg fleksi, half squat

(d) Menentukan satu ulangan maksimum dan melakukan senaman berdasarkan


intensiti seperti 60% – 80% 1RM, dan 10 ulangan 3 set

Menentukan 1 RM :

Aspek yang perlu diberi perhatian dalam latihan daya tahan dan kekuatan otot ialah
berat bebanan. Hal ini adalah untuk memastikan berat bebanan yang digunakan
bersesuaian dengan keupayaan individu. Untuk menentkan berat bebanan, kita boleh
merujuk kepada peratusan beban latihan dengan menggunakan 1RM. Penentuan berat
bebanan juga berdasarkan prinsip latihan yang akan dilakukan.

Contoh atlet A : 1 RM biceps curl = 30 kg

40% intensiti latihan = 12 kg

40% (12 kg) x 25 ulangan x 3 set

83  
 
(e) Melakukan ujian untuk menilai kecergasan daya tahan otot seperti tekan tubi
selama 1 minit dan bangkit tubi selama 1 minit.

Ujian bagi daya tahan otot :

Bangkit tubi 1 minit,

Tekan tubi 1 minit

84  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.5 Kekuatan Otot

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Menyatakan kepentingan kekuatan otot.


(b) Menjelaskan konsep senaman kekuatan otot seperti kekerapan, intensiti (RM), ulangan,
dan set.
(c) Menentukan senaman intensiti tinggi dan ulangan rendah (contoh: bicep curl dan leg
extension) seperti 80% – 90% 1RM, 3 set, dan 3 – 5 ulangan;
(d) Mengenal pasti ujian untuk kekuatan otot seperti grip tangan, bangkit tubi pelbagai
tahap, dan leg press.

(a) Menyatakan kepentingan kekuatan otot

Keupayaan otot atau sekumpulan otot untuk mengatasi rintangan atau bebanan bagi
menghasilkan daya (kerja).

Kepentingan

Kekuatan otot memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan. Keadaan ini
berlaku kerana kebanyakan kerja atau aktiviti yang dilakukan melibatkan pergerakan
yang berulang-ulang atau berterusan. Pergerakan ini adalah hasil daripada kontraksi otot.
Kekuatan otot akan meningkatkan lagi kontraksi otot. Dengan itu, tugas dan aktiviti
harian dapat dilakukan dengan lebih efisien dan otot tidak mudah mengalami
kecederaan.

85  
 
(b) Menjelaskan konsep senaman kekuatan otot seperti kekerapan, intensiti (RM),
ulangan, dan set.
(c) Menentukan senaman intensiti tinggi dan ulangan rendah (contoh: bicep curl dan
leg extension) seperti 80% – 90% 1RM, 3 set, dan 3 – 5 ulangan;
(d) Mengenal pasti ujian untuk kekuatan otot seperti grip tangan, bangkit tubi
pelbagai tahap, dan leg press.

Konsep Senamam

Ujian Kekuatan Otot

Ujian Bangkit Tubi Pelbagai Tahap

Ujian ini merangkumi tujuh tahap.

Peralatan dan kemudahan :

Pembaris, beban (5lbs. dan 10lbs.), tilam latihan.

Prosedur :

Peserta bermula dalam kedudukan berbaring di atas tilam latihan dengan lutut
dibengkokkan pada 90o. Kaki peserta tidak disokong atau dipegang oleh penyokong.

Tahap 1

Mula : tangan lurus, tapak tangan rehat atas paha

Tamat : tangan lurus, hujung jari sentuh patella

Tahap 2

Mula : tangan lurus, tapak tangan rehat atas paha

Tamat : tangan lurus, siku sentuh patella

Tahap 3

Mula : tangan dakap abdomen, tangan genggam siku bertentangan

Tamat : lengan sentuh paha

Tahap 4

Mula : tangan silang pada dada, tangan genggam bahu bertentangan

Tamat : lengan sentuh paha

Tahap 5

86  
 
Mula : tangan bengkok belakang kepala, genggam bahu bertentangan

Tamat : dada sentuh paha

Tahap 6

Mula : tangan bengkok dan pegang plat beban 5lbs. di belakang kepala

Tamat : dada sentuh paha

Tahap 7

Mula : tangan bengkok, pegang plat beban 10lbs. di belakang kepala

Tamat : dada sentuh paha

Catatkan tahap yang mampu dilakukan oleh peserta.

87  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.6 Fleksibiliti

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Menyatakan kepentingan fleksibiliti;


(b) Mengenal pasti senaman untuk meningkatkan fleksibiliti seperti regangan statik,
regangan balistik, dan PNF;
(c) Melakukan regangan statik, regangan balistik, dan PNF;
(d) Melakukan satu ujian fleksibiliti seperti jangkauan melunjur, ujian kilas, ujian Zipper,
hamstring and hip flexor flexibility, dan trunk rotation

(a) Menyatakan kepentingan fleksibiliti


Definisi
Julat pergerakan (range of motion, ROM) pada sesuatu sendi atau satu siri sendi.

i. Fleksibiliti pada satu sendi adalah khusus/spesifik untuk sendi itu

• Individu yang fleksibel pada sendi pinggul (hip) tidak semestinya fleksibel pada
sendi bahu, dll
ii. Fleksibiliti dipengaruhi

• Struktur tulang
• Jumlah tisu disekeliling sendi
• Kulit
• Keanjalan (elasticity) otot, tendon dan ligamen pada sendi
iii. Fleksibiliti dipengaruhi

• Jantina
• Umur
• Penglibatan dalam aktiviti fizikal (latihan kecergasan)
iv. Fleksibiliti penting untuk

• Postur baik

88  
 
• Keberkesanan lakuan aktiviti harian
• Elak kesakitan/kecederaan (bahagian belakang badan)
• Mengurangkan kesan umur pada sendi (joint deterioration)
v. Fleksibiliti semakin menurun sebaik sahaja anda capai umur lebih kurang 25 tahun.
Walau bagaimanapun, fleksibiliti boleh dikekalkan pada satu tahap yang memuaskan
dengan melakukan senaman untuk fleksibiliti (regangan) dengan kerap.

(b) Mengenal pasti senaman untuk meningkatkan fleksibiliti seperti regangan statik,
regangan balistik, dan PNF;
(c) Melakukan regangan statik, regangan balistik, dan PNF;

Senaman untuk meningkatkan fleksibiliti

Masih banyak debat yang mempersoalkan peranan fleksibiliti dalam pencegahan


kecederaan. Terdapat juga debat yang mengatakan bahawa aktiviti regangan sebelum
latihan atau perlawanan boleh mengundang kecederaan. Walaupun begitu, terdapat
kajian menunjukkan seseorang itu dapat meningkatkan pemulihan dan prestasi melalui
latihan fleksibiliti. Latihan fleksibiliti meningkatkan jarak pergerakan atau Range of
Motion (ROM). Regangan boleh dilakukan sebagai satu aktiviti sendiri dan bukannya
wajib dilakukan sebelum atau selepas latihan.

Terdapat beberapa jenis teknik regangan. Antaranya adalah seperti berikut :

• Regangan Dinamik
• Regangan Balistik
• Regangan Statik
• Regangan Isometrik
• Regangan Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF)

Regangan Dinamik

Regangan dinamik menggunakan momentum yang sederhana dan jarak pergerakan


hampir penuh. Regangan dinamik telah terbukti mengurangkan keketatan otot (muscle
tightness) yang merupakan salah salah faktor peningkatan kecederaan musculotendinous.
Banyak kajian menyokong rengangan dinamik sebelum latihan jika dibandingkan

89  
 
regangan statik. Kajian juga menunjukkan penurunan 30% dalam kekuatan dan kuasa
setelah melakukan regangan statik sbelum latihan. Regangan dinamik;

• mengurangkan keketatan otot


• mengurangkan rasa sakit otot
• sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum latihan
• persediaan untuk pertandingan
Regangan dinamik tidak boleh digunakan untuk meningkatkan jarak pergerakan otot
(range of motion). Untuk meningkatkan jarak pergerakan otot perlu memilih regangan
statik atau lebih baik menggunakan propriopseptif neuromuscular facilitation (PNF).

Regangan Balistik

Regangan balistik memaksa meningkatkan jarak pergerakan otot dengan menggunakan


momentum. Regangan balistik mempunyai tiga tahap utama;

1. Fasa awal – aksi konsentris


2. Fasa meluncur – bergantung pada momentum yang dihasilkan pada fasa awal
3. Fasa pengurangan – tindakan eksentrik bila otot melewati jarak pergerakan otot

Untuk menggunakan regangan balistik, anda akan menggunakan kontraksi otot paksa
dari otot antagonis dengan cara mendorong atau ayunan anggota badan untuk melampau
jarak pergerakan otot. Jenis gerakan ini tidak membolehkan regangan otot berehat dan
menyesuai. Regangan balistik tidak sesuai digunakan kecuali untuk atlet elit yang dijaga
oleh seorang jurulatih berkelayakan. Antara sukan yang memerlukan regangan balistik
seperti gymnastik, tarian ballet, sukan mempertahankan diri. Contoh regangan balistik
adalah seperti membongkokkan badan dan mencecah tangan ke kaki dengan cara
bouncing.

90  
 
Regangan Statik

Terdapat dua jenis regangan statik ialah regangan statik pasif dan regangan statik aktif.
Regangan statik pasif tidak memerlukan bantuan sementara regangan statikaktif
memerlukan kontraksi otot untuk menahan regangan.

Regangan statik pasif adalah meregangkan hamstring di mana anda meletakkan kaki
anda di kerusi. Tidak ada usaha lain yang diperlukan untuk menahan regangan tersebut.

Regangan statik aktif adalah di mana seseorang berada dalam keadaan lunge di mana
otot agonis dan asas akan digunakan untuk menjaga badan supaya tegak dalam
kedudukan yang dikehendaki..

Regangan Isometrik

Regangan isometrik hampir sama seperti regangan PNF. Satu kontraksi isometrik terjadi
ketika regangan otot dibuat dalam kelompok otot tanpa perubahan panjang otot.
Regangan ini dilakukan dengan permukaan tidak bergerak atau objek. Regangan
isometrik tidak digalakkan untuk mereka yang tulangnya masih membesar iaitu kanak-
kanak dan remaja. Regangan isometrik juga tidak boleh digunakan untuk otot yang
cedera kecuali dengan pengawasan pakar. Regangan isometrik juga tidak sesuai ketika
otot masih sejuk dan digalakkan selepas latihan. Contoh mudah regangan isometrik ini
adalah melakukan gerakan split.

Regangan Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF)

PNF merupakan regangan yang paling baik untuk meningkatkan jarak pergerakan otot.
Regangan isometrik tidak menggunakan bantuan manakala PNF menggunakan bantuan

91  
 
seorang lagi. Kebiasaanya PNF digunakan dalam terapi fizikal, rehabilitasi yang mana
julat pergerakan menjadi limit disebabkan kecederaan. PNF juga mampu meningkatkan
masa pemulihan selepas latihan bebanan.

1. Tahan-Rehat
2. Kontrak-Rehat
3. Kontrak-Rehat dengan Kontrak Antagonis
4. Dinamik/Balistik Tahan-Rehat

Contoh mudah regangan PNF adalah seperti dalam gambar di bawah dengan seorang
pasangan menolak kaki ke hadapan dengan menggunakan teknik tahan-rehat dan
tambahan kontrak-rehat iaitu berlawanan dengan arah pasangan menolak.

(d) Melakukan satu ujian fleksibiliti seperti jangkauan melunjur, ujian kilas, ujian
Zipper, hamstring and hip flexor flexibility, dan trunk rotation

Bateri Ujian Fleksibiliti

• Jangkauan melunjur

• Ujian kilas

• Ujian Zipper

• Hamstring and hip flexor flexibility,

• Trunk rotation

92  
 
i. Ujian Duduk dan Jangkau
Ujian ini menilai fleksibiliti bahagian belakang pinggang dan belakang paha bawah
tulang (hamstring).

• Peralatan : Kotak pengukur.

• Kelebihan : Ujian yang biasa digunakan untuk menguji fleksibiliti dan mudah
serta dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

• Kekurangan :Membawa kepada analisis yang kurang bertepatan antara individu


kerana ukuran panjang tangan, kaki dan tulang belakang yang berbeza.

ii. Ujian Trunk Rotation


• Ujian ini menilai fleksibiliti tulang belakang dan bahu.

• Peralatan : Dinding, pen penanda, pita pengukur atau alat ujian trunk
rotation.

• Kelebihan : Ujian yang mudah dan dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

• Kekurangan : Membawa kepada analisis yang kurang bertepatan antara


individu kerana ukuran panjang tangan yang berbeza.

93  
 
iii. Ujian Zipper

iv. Hamstring and hip flexor flexibility,

94  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.7 Komposisi Badan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:


(a) Mentakrifkan komposisi badan, dan memerihalkan kepentingannya;
(b) Menilai komposisi badan seperti Indeks Jisim Tubuh (BMI), ukur lilit perut, nisbah
pinggang-pinggul, dan ukuran lipatan kulit.

(a) Mentakrifkan komposisi badan, dan memerihalkan kepentingannya

Definisi
Komposisi badan adalah kadar peratusan relatif lemak berbanding dengan otot, tulang
dan tisu- tisu lain yang membentuk tubuh. Komposisi badan dari aspek kecergasan
kesihatan, merujuk kepada peratus berat badan yang terdiri daripada lemak
berbanding dengan lemak bebas atau daging yang tidak berlemak.

Kepentingan

Individu yang cergas mempunyai kadar peratusan kandungan lemak yang rendah,
berkadar dengan berat badan dan ketinggian. Kaedah pengukuran komposisi badan
adalah dengan mengukur ketebalan lipatan kulit menggunakan angkup kaliper.

95  
 
Cara lain bagi mengukur komposisi badan yang lebih mudah atau tanpa alatan
spesifik adalah dengan menggunakan kaedah pengiraan Indeks Jisim Badan (Body
Mass Index @ BMI). BMI adalah satu teknik pengukuran menggunakan nisbah
berat dan tinggi untuk mengukur komposisi badan.

(b) Menilai komposisi badan seperti Indeks Jisim Tubuh (BMI), ukur lilit perut,
nisbah pinggang-pinggul, dan ukuran lipatan kulit

Indeks Jisim Badan (body mass index)

• Ujian ini membandingkan berat badan dengan tinggi individu.

• Peralatan :

Mesin penimbang dan pita ukur.

• Kelebihan :

Ujian ini mudah dijalankan serta tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan dapat
dijalankan ke atas kumpulan peserta yang ramai.

• Kekurangan :

Kandungan lemak seseorang tidak dapat diukur dengan tepat.

• Prosedur :
Berat  badan  (kg)  
BMI   =   [Tinggi  (m)]2  

Jadual Body Mass Index (BMI)

Klasifikasi Skor BMI


Underweight < 18.5
Normal 18.5 – 24.9
Overweight 25.0 – 29.9
Obese Kelas I 30.0 – 34.9
Obese Kelas II 35.0 – 39.9
Obesiti Lampau > 40.0

96  
 
Ukur Lilit Pinggang Pinggul

Lilitan badan turut digunakan untuk mengukur distribusi lemak. Nisbah pinggang-pinggul atau
Waist Hip Ratio (WHR) ialah pengukuran hasil gabungan lilitan badan. WHR menggunakan
nisbah pengukuran lilitan pinggang dan pinggul. Kedua-dua ukuran ini diukur dalam unit
sentimeter (cm).

Prosedur

Terdapat dua prosedur pengukuran lilitan pinggang-pinggul iaitu :

1. Lilitan pinggang diukur secara melintang di pinggang pada paras pusat

2, Lilitan pinggul diukur pada lilitan melintang bahagian terbesar di sekeliling pinggul.

Contoh pengiraan pengukuran (WHR) :

Andaikan ukuran lilitan pinggang dan pinggul ialah


90 cm dan 100 cm
WHR = 90
100
+ 0.9
WHR ialah + 0.9

Kedua-dua pengukuran WHR dan BMI adalah pengukuran yang boleh digunakan untuk
mentarifkan risiko kesihatan seseorang. Jadual menunjukkan anggaran darjah risikokesihatan
merujuk kepada WHR dan BMI. Sebagai contoh, jika WHR seorang murid ialah 0,9 dan BMI
ialah 27.7, dengan merujuk kepada Jadual didapati darjah risiko kesihatan murid tersebut berada
pada tahap yang rendah.

97  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.8 Kepantasan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:


(a) Mentakrifkan kepantasan, dan memerihalkan kepentingannya;
(b) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan kepantasan;
(c) Melakukan ujian kepantasan seperti lari pecut 20 meter dan 40 meter.

(a) Mentakrifkan kepantasan, dan memerihalkan kepentingannya

Keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat dan merujuk kepada
jarak pergerakan yang dicapai dalam satu masa yang diberikan.

• Kelajuan adalah kemampuan menggerakkan seluruh badan dengan cepat dari


satu tempat ke satu tempat dalam satu arah tertentu.
(b) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan kepantasan

Sebagai contoh, kelajuan larian memecut sejauh 30 meter, 50 meter, 100 meter dan
800 meter.

(c) Melakukan ujian kepantasan seperti lari pecut 20 meter dan 40 meter

Bateri Ujian

• Lari Pecut 20 meter


• Lari Pecut 40 meter

Ujian kelajuan biasa dibuat melalui larian 100 meter.

98  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.9 Ketangkasan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan ketangkasan, dan memerihalkan kepentingannya;
(b) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan ketangkasan;
(c) Melakukan ujian ketangkasan seperti lari ulang-alik 4 × 10 meter, lompat kuadran, dan
ujian ketangkasan Illinois.
(a) Mentakrifkan ketangkasan, dan memerihalkan kepentingannya;

• Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan


pantas dan tepat.
• Ia juga boleh ditafsirkan sebagai kebolehan seseorang melakukan pergerakan-
pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan sepantas
yang boleh. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan
mudah.

(b) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan ketangkasan

Contoh:

Pergerakan tangkas mengundur ke belakang dan maju ke depan mengejar bulu tangkis
dalam permainan badminton.

Pergerakan tangan menumbuk / mengelak dalam silat, judo dan taekwando.

(c) Melakukan ujian ketangkasan seperti lari ulang-alik 4 × 10 meter, lompat kuadran,
dan ujian ketangkasan Illinois.

Bateri Ujian

• Lari Ulang-Alik 4 X 10 meter


• Lompat Kuadran
• Ujian Ketangkasan Illinois

99  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.10 Kordinasi

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan koordinasi, dan memerihalkan kepentingannya;
(b) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan koordinasi;
(c) Melakukan ujian koordinasi seperti menggelecek bola keranjang, lompat heksagon, dan
mengelecek bola sepak .
(a) Mentakrifkan koordinasi, dan memerihalkan kepentingannya

• Kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota-anggota


badan untuk menghasilkan satu tindakan / respon tertentu.
• Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh
badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan
kesemua anggota badan.
• Merupakan paduan di antara berbagai-bagai kebolehan yang disatukan bagi
menghasilkan suatu pergerakan yang licin.
• Kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan
mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana
yang dikehendaki .
• Paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja / lakuan itu lancar /
licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperoleh suatu
lakuan yang licin, kemas dan tepat.

(b) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan koordinasi

• Juggling • Crisscross Jumping Jacks


• Carioca • Line dancing
• Ali Shuffle
• Jumping rope

100  
 
(c) Melakukan ujian koordinasi seperti menggelecek bola keranjang, lompat heksagon,
dan mengelecek bola sepak .

• menggelecek bola keranjang


• lompat heksagon
• mengelecek bola sepak .

101  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.11 Kuasa

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:


(a) Mentakrifkan kuasa, dan memerihalkan kepentingannya;
(b) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan kuasa (senaman pliometrik);
(c) Melakukan ujian kuasa seperti lompat menegak, lompat jauh berdiri, dan lontaran bola
segar.
(a) Mentakrifkan kuasa, dan memerihalkan kepentingannya

• Keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif dan


merujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.
o Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah
kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (letusan / explosive)
yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi.
o Ia adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dan
merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.

(b) Mengenal pasti jenis senaman untuk meningkatkan kuasa (senaman pliometrik);

Contoh:

• Tendangan kuat sehingga bola membolosi penjaga gol dalam permainan bola
sepak.
• Keupayaan memecut ke garisan penamat bagi sukan lumba basikal.
• Bola tampar – rejaman dilakukan dengan pergerakan pantas sehingga bola
menuju ke gelanggang lawan dengan laju dan tajam.
(c) Melakukan ujian kuasa seperti lompat menegak, lompat jauh berdiri, dan lontaran
bola segar.

• lompat menegak
• lompat jauh berdiri
• lontaran bola segar.

102  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.12 Imbangan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar seharusnya dapat:


(a) Mentakrifkan imbangan, dan memerihalkan kepentingannya.
(b) Melakukan ujian imbangan seperti ujian imbangan statik dan ujian imbangan dinamik.

(a) Mentakrifkan imbangan, dan memerihalkan kepentingannya

• Keupayaan mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa


pegun (statik) atau pun semasa melakukan pergerakan (dinamik).
• Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang
dan dasar (tapak) menyokong diubah.
i. Imbangan Statik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya
berada setempat.

ii. Imbangan Dinamik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti
diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa
melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

Contoh: Perlakuan melombol dan menghambur dalam gimnastik artistik, aksi


rejaman permainan bola tampar, badminton dan sepak takraw.

(b) Melakukan ujian imbangan seperti ujian imbangan statik dan ujian imbangan
dinamik

Bateri ujian

• Ujian imbangan statik


• jian imbangan dinamik

103  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.13 Masa Reaksi

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan masa reaksi, dan memerihalkan kepentingannya.
(b) Melakukan ujian masa reaksi seperti ujian masa respons Nelson untuk tangan dan ujian
masa respons Nelson untuk kaki.

(a) Mentakrifkan masa reaksi, dan memerihalkan kepentingannya

• Masa yang diambil oleh seseorang untuk memberi respon (bertindak) setelah
menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
• Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam suatu
gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang menguntungkan.
• Rangsangan dalam sukan kompetitif biasanya wujud daripada pihak lawan
seperti menumbuk dan sukan tempur, bola yang direjam laju oleh pihak
lawan dan pergerakan clay-pigeon bagi acara menembak.
• Semua rangsangan memerlukan masa tindak balas yang pantas untuk
mendapatkan ketepatan tindakan.

(b) Melakukan ujian masa reaksi seperti ujian masa respons Nelson untuk tangan dan
ujian masa respons Nelson untuk kaki.

Bateri ujian

• Ujian masa respons Nelson untuk tangan


• Ujian masa respons Nelson untuk kaki.

104  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.14 Penyesuaian Fisiologi Terhadap Senaman

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Memerihalkan penyesuaian fisiologi terhadap komponen kardiovaskular seperti
penurunan kadar denyutan nadi rehat, penurunan kadar nadi kerja pada tahap kerja yang
sama, peningkatan kapasiti kerja, dan pengurangan masa pemulihan.
(b) Memerihalkan penyesuaian fisiologi terhadap otot seperti peningkatan saiz/jisim otot,
peningkatan kekuatan dan daya tahan otot, peningkatan kapasiti kerja, dan pengurangan
masa pemulihan.
(a) Memerihalkan penyesuaian fisiologi terhadap komponen kardiovaskular seperti
penurunan kadar denyutan nadi rehat, penurunan kadar nadi kerja pada tahap kerja
yang sama, peningkatan kapasiti kerja, dan pengurangan masa pemulihan.

Senaman fizikal yang berterusan akan memberi pelbagai faedah terhadap fisiologi. Salah
satunya adalah penyesuaian fisiologi terhadap komponen kardiovaskular. Penyesuaian
fisologi terhadap komponen kardivaskular adalah seperti berikut:-
• penurunan kadar denyutan nadi rehat

• penurunan kadar nadi kerja pada tahap kerja yang sama

• peningkatan kapasiti kerja

• pengurangan masa pemulihan.

(b) Memerihalkan penyesuaian fisiologi terhadap otot seperti peningkatan saiz/jisim


otot, peningkatan kekuatan dan daya tahan otot, peningkatan kapasiti kerja, dan
pengurangan masa pemulihan.

Senaman fizikal yang berterusan akan memberi pelbagai faedah terhadap fisiologi.
Salah satunya adalah penyesuaian fisiologi terhadap komponen otot. Penyesuaian
fisologi terhadap otot adalah seperti berikut:-

• peningkatan saiz/jisim otot


• peningkatan kekuatan dan daya tahan otot
• peningkatan kapasiti kerja
105  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

5.0 KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN

Sub Tajuk: 5.15 Kesejahteraan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan kesejahteraan.
(b) Memerihalkan dimensi kesejahteraan fizikal, sosial, intelek, rohani, dan emosi.
(c) Memerihalkan amalan gaya hidup sihat.
(d) Membincangkan implikasi tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti penyakit
hipokinetik, darah tinggi, dan kencing manis.
(e) Menyatakan kepentingan kecergasan, gaya hidup sihat dan kesejahteraan: sukan massa
dan sukan prestasi tinggi .

(a) Mentakrifkan kesejahteraan

• mensyaratkan kesihatan mental dan fizikal yang baik


• bebas daripada sebarang penyakit
• merasai kepuasan hidup
• dapat dicapai melalui amalan pemakanan yang sihat dan senaman fizikal yang
berterusan

(b) Memerihalkan dimensi kesejahteraan fizikal, sosial, intelek, rohani, dan emosi.

Kesejahteraan dapat dicapai melalui lima dimensi. Antaranya adalah:-

• Kesejahteraan Fizikal
- Kesihatan
- Kecergasan
- Pencapaian prestasi
- Latihan

• Kesejahteraan social
- Komunikasi
- Kerjasama
- Mengurangkan kadar jenayah
- Integrasi kaum
- Toleransi

• Kesejahteraan intelek
- Pemikiran kritis dan kreatif

106  
 
- Melahirkan idea yang bernas
- Mengambil keputusan dengan pantas

• Kesejahteraan rohani
- Kepercayaan kepada tuhan
- Cintakan alam semulajadi
- Cintakan keharmonian
• Kesejahteraan emosi
- Mengawal perasaan
- Menangani stress
- Tidak mengikut perasaan

(c) Memerihalkan amalan gaya hidup sihat.

•Adalah membantu individu untuk sihat dan menikmati kualiti hidup yang baik
•Amalan gaya hidup sihat adalah termasuk
• Pemakanan yang sihat
• Aktiviti fizikal
• mengurus berat badan
• mengurus stress
(d) Membincangkan implikasi tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti penyakit
hipokinetik, darah tinggi, dan kencing manis.
Imlikasi akibat tidak mengamalkan gaya hidup sihat
• Penyakit hipokinetik

• Penyakit darah tinggi

• Diabetik

• Penyakit kardiovaskular

(e) Menyatakan kepentingan kecergasan, gaya hidup sihat dan kesejahteraan: sukan
massa dan sukan prestasi tinggi .

Aspek kecergasan, gaya hidup sihat dan kesejahteraanmemainkan peranan yang


penting dalam menjayakan dasar sukan Negara iaitu:-

• Sukan massa (Sukan untuk Samua )


• Sukan prestasi tinggi

107  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.1 Unit Berstruktur

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mengenal pasti aras organisasi organisma hidup.
(b) Memerihalkan bahagian serta kedudukan tubuh menerusi penggunaan istilah anatomi;
(c) Menjelaskan kepentingan homeostasis dan pengawalaturan homeostasis.

Anatomi
Kajian tentang struktur tubuh dan hubungan di antara bahagian-bahagiannya. Perkataan
“anatomi” berasal daripada perkataan Greek “anatom” yang bermakna “memotong”, maka
anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong .

(a) Mengenal pasti aras organisasi organisma hidup


Fisiologi
Fisiologi pula boleh didefinisikan sebagai kajian tubuh manusia dalam keadaan
normal. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang
terangkum dalam kajian biologi. Bidang ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan
fizikal dan pergerakan yang berlaku dalam badan.

Aras organisasi organisma hidup

108  
 
(b) Memerihalkan bahagian serta kedudukan tubuh menerusi penggunaan istilah
anatomi;
Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau
daerah.
Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain anggota yang terdiri daripada
struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua bahagian tubuh badan.

Anatomi fungsi pula adalah kajian tentang kedudukan dan hubungan antara
satu bahagian tubuh dengan yang lain. Ia juga menerangkan tentang kegunaan setiap
struktur dan sistem tisunya.

Anatomi makroskopik adalah pengliatan struktur-struktur tertentu dengan hanya


menggunakan mata kasar.

(c) Menjelaskan kepentingan homeostasis dan pengawalaturan homeostasis.

Homeostasis
• Adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk mengekalkan
kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan,
peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium, sodium dan klorida) di
dalam sel badan.

• Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenali sebagai pengawalan


tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan,
maklumat ini akan dihantar kepada pengatur fisiologikal yang akan
menyebabkan perubahan kepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi
keadaan tidak stabil tersebut.

• Apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagian otot
tertentu mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud dan
mengakibatkan tindak balas negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan
kadar pernafasan akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan
oksigen dihantar ke bahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnya
menghapuskan ketegangan yang wujud.

109  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.2 Sel, Tisu dan Membran

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mengenal pasti struktur sel.
(b) Memerihalkan fungsi asas sel seperti menyambung bahagian badan, menggerakkan
organ dan bahagian badan, menyimpan nutrien, melawan penyakit, mengumpul dan
menghantar maklumat, dan pembiakan.
(c) Memerihalkan jenis, fungsi, dan lokasi tisu seperti tisu epitelial, tisu penghubung, tisu
saraf, dan tisu otot.
(d) Memerihalkan fungsi asas membran

(a) Mengenal pasti struktur sel.


Sel adalah unit asas kehidupan dan terdiri daripada membran plasma yang menyelaputi
protoplasma (nukleus dan sitoplasma). Sitoplasma mengandungi banyak organel.
Organel adalah struktur khas yang diselaputi membran dan menjalankan fungsi
tertentu. Rajah di bawah menunjukkan struktur satu sel haiwan dan satu sel tumbuhan
yang dilihat melalui mikroskop elektron.

Struktur sel haiwan dan sel tumbuhan


110  
 
(b) Memerihalkan fungsi asas sel seperti menyambung bahagian badan,
menggerakkan organ dan bahagian badan, menyimpan nutrien, melawan penyakit,
mengumpul dan menghantar maklumat, dan pembiakan.
Komponen Sel Komponen Sel Struktur Fungsi

Membran plasma Membrane separa Mengawal pergerakan


telap yang nipis bahan-bahan masuk dan
BUKAN keluar daripada sel
ORGANEL Dinding sel Lapisan selulosa yang • Mengekalkan
tebal, telap bentuk sel
sepenuhnya
• Memberikan
sokongan

Sitoplasma Bahan seperti jeli *Medium bagi tindak


balas kimia
yang mengandungi
* Membekalkan bahan
organel yang diperlukan oleh
organel

Lisosom Organel berbentuk Memecahkan molekul


sfera dengan enzim organik kompleks,
pencernaan komponen sel yang rosak
dan partikel asing

Organel yang Menjalankan fotosintesis


berbentuk cakera dan
diselaputi dua lapisan
membran

Terdiri daripada grana


(mengandungi
klorofil) dan stroma

Vakuol Kantung berisi sap sel * Mengandungi air, gula


dan dikelilingi oleh dan mineral terlarut
membran separa telap
yang dikenali sebagai * Mengekalkan
tonoplas kesegahan sel tumbuhan

Sentriol Terdiri daripada dua Membentuk gentian


struktur berbentuk gelendong semasa
silinder yang pembahagian sel pada sel
bertentangan antara haiwan
satu sama lain

111  
 
Perbandingan antara Sel Haiwan dengan Sel Tumbuhan

PERSAMAAN

Kedua-duanya mempunyai membran plasma, sitoplasma, nukleus,


mitokondrion, jasad Golgi dan jalinan endoplasma
 

PERBEZAAN

SEL HAIWAN SEL TUMBUHAN

1. Tidak mempunyai bentuk tetap 1. mempunyai bentuk tetap


2. Tidak mempunyai dinding sel 2. Mempunyai dinding sel
3. Tidak mempunyai kloroplas 3. Mempunyai kloroplas yang
4. Tiada vakuol.Jika hadir, vakuol adalah mengandungi klorofil
kecil dan sedikit 4. Mempunyai vakuol yang besar di
  dalam sel yang matang
5.  Karbohidrat  disimpan  dalam  bentuk   5.  Karbohidrat  disimpan  dalam  bentuk  
glikogen     kanji    
6.  Mempunyai  sentriol     6.  Tidak  mempunyai  sentriol    
   
   

(c) Memerihalkan jenis, fungsi, dan lokasi tisu seperti tisu epitelial, tisu penghubung,
tisu saraf, dan tisu otot

Tisu

Tisu adalah sekumpulan sel yang serupa yang bekerjasama untuk menjalankan fungsi
tertentu.

112  
 
Tisu epitelium

Pada permukaan kulit atau melapisi rongga badan. Berfungsi melindungi sel di
bawahnya, menghasilkan rembesan dan menyerap nutrient.

Tisu saraf

Ditemui di dalam saraf tunjang dan otak. Berfungsi menghantar dan menerima impuls
saraf untuk mengkoordinasi aktiviti badan.

Tisu otot

Paling banyak dalam badan. Terdiri daripada sel sel yang dipanggil gentian otot. Terdapat 3 jenis
tisu otot iaitu otot rangka, otot licin dan otot kardium .

TISU OTOT FUNGSI


Otot licin terdapat di sepanjang dinding salur • Tindakan luar kawal seperti tindakan
alimentari,salur darah,salur pembiakan dan peristatalsis di sepanjang alur
salur kencing.
alimentari

• Pengecutan arteri.

Otot rangka berpaut pada tulang rangka • Terlibat dalampergerakan terkawal.


badan.
• Mengecut dan mengendur untuk
menghasilkan pergerakan tulang dan
anggota badan.

Otot kardium membina dinding jantung • Mengecut untuk mengepam darah ke


seluruh badan.

• Pengecutan di luar kawalan

113  
 
Tisu Penghubung

Terdiri daripada pelbagai jenis sel dan gentian seperti tulang, rawan, tendon ligament,
darah merah, sel darah putih dan platlet dalam plasma darah.

Darah

Mengangkut nutrient dan gas respirasi (oksigen & karbon dioksida), mencegah penyakit
dan membantu dalam pembekuan darah

Tulang

Memberikan sokongan dan perlindungan

Rawan

Memberikan sokongan kepada hidung, telinga dan lain-lain

Tisu adipos

Menyimpan tenaga dalam lemak dan menebat badan

(d) Memerihalkan fungsi asas membran

Membran Sel

Terdiri daripada dwilapisan fosfolipid. Ia berfungsi membentuk sempadan sel luar


dengan memisahkan sitoplasma daripada sel luar. Selain itu juga, menyediakan sistem
pengangkutan supaya bahan bahan lain dapat masuk ke sitoplasma.

114  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.3 Kulit

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mengenal pasti struktur kulit seperti epidermis dan dermis.
(b) Memerihalkan fungsi kulit.
(c) Memerihalkan fungsi asas serta lokasi kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin.

(a) Mengenal pasti struktur kulit seperti epidermis dan dermis.

Merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar
yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara
persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi
otot dan organ manusia.

115  
 
Lapisan Epidermis

Tidak mempunyai saluran darah, bergantung kepada bekalan darah daripada dermis

Lapisan Dermis

Lapisan dermis merupakan lapisan yang mempunyai bekalan darah atau kapilari darah.
Lapisan ini juga menempatkan reseptor-reseptor tertentu. Terdapat juga otot-otot dan
kelenjar tertentu berfungsi untuk kawalaturan homeostasis. Pada dermis juga, terdapat
akar rambut.

(b) Memerihalkan fungsi kulit

Fungsi kulit

• Perlindungan

Lapisan epidermis merupakan lapisan perlindungan daripada kemasukan bakteria, ini merupakan
perlindungan tahap pertama. Sel kulit yang sering mati dilapisan ini menyebabkan bakteria sukar
membiak dan bertapak tetap pada kulit.

• Mencegah dehidrasi

Lapisan epidermis mencegah kehilangan air ke persekitaran. Lapisan ini amat berkesan untuk
mencegah kehilangan air.

• Rangsangan luar

Lapisan kulit atau lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor, membolehkan kulit peka
terhadap perubahan persekitaran. Reseptor-reseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsang
seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.

• Menyimpan lemak

Lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. Lapisan ini merupakan lapisan
yang kaya dengan lemak. Lapisan lemak ini juga merupakan penebat haba.

• Sintesis vitamin D

Apabila lapisan kulit ini terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap
oleh kulit dan menukarkannya kepada vitamin D.

116  
 
• Menghasilkan bau dan penyamaran

Bau berguna untuk tujuan pertahanan terutama bagi haiwan yang diburu oleh pemangsa. Bau
juga bertujuan untuk membeza antara haiwan-haiwan lain. Pigmen dalam kulit sesetengah
haiwan, mampu meniru atau mengikut perubahan warna persekitaran.

• Kawalaturan suhu

Ini adalah proses homeostasis.

(c) Memerihalkan fungsi asas serta lokasi kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin

Kelenjar peluh Ekrin

• Kelenjar ini ialah kelenjar tubul bergelung ringkas yang terletak di subkutaneus
dan duktus ekskretorinya membuka ke ruang epidermis. Kelenjar ini terdapat di
seluruh badan, terutama di muka, tangan dan kaki.

• Kelenjar peluh ekrin berfungsi sepanjang hidup untuk menyejukkan badan


disebabkan bersukan dan suhu panas dengan menghasilkan rembesan yang
lebih berair berbanding dengan rembesan kelenjar apokrin.

Kelenjar peluh Apokrin

• Kelenjar peluh apokrin ialah kelenjar tubul bercabang ringkas. Kelenjar ini
terdapat di bahagian kulit iaitu pada aksila (ketiak), bahagian pubik dan di
kawasan berpigmen buah dada (areola).

• Bahagian rembesan kelenjar peluh apokrin terletak di dalam dermis atau


lapisan subkutaneus (hipodermis) dan duktus ekskretorinya membuka ke
folikel rambut. Kelenjar ini mula berfungsi semasa baligh dan menghasilkan
rembesan yang tidak berbau. Jika rembesan ini terurai oleh mikrob di
permukaan kulit, ia akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

117  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.4 Sistem Rangka

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mengenal pasti komponen sistem rangka.
(b) Memerihalkan fungsi sistem rangka.
(c) Mengklasifikasikan tulang mengikut bentuk.
(d) Menyatakan keperluan asas untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang.
(e) Menjalankan aktiviti menentukan lokasi tulang.
(f) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi berdasarkan fungsi dan struktur.
(g) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi sinovial berdasarkan pergerakannya.

(a) Mengenal pasti komponen sistem rangka.


Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Terdapat 206 ketul tulang pada rangka
manusia. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti
ligamen, tendon, kartilej dan sendi.

118  
 
Komponen-komponen Sistem Rangka

Komponen Huraian Contoh

Mempunyai lapisan luar yang kuat, keras,


Tulang tebal dan bahagian tengah berongga yang
mengandungi sum-sum.

Tisu berfiber yang menyambung kan dua


atau lebih tulang atau rawan yang boleh
bergerak.  
liga
men  
Ligamen Ligamen berfungsi untuk mengekal dan
menetapkan tulang pada kedudukannya
serta membolehkan pergerakan pada
sendi.

Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada


saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-
hujung tulang yang membentuk sendi. bone  
Kartilej
Berfungsi untuk melindungi tulang
karti
daripada haus apabila bergeseran antara lej  
sendi dan sebagai penyerap apabila
bone  
berlaku hentakan pada tulang.

Tisu berfiber tidak kenyal yang sangat


Tendon kuat. Berfungsi untuk melekatkan otot
dengan tulang.

119  
 
Tempat pertemuan dua tulang yang
bersebelahan.Terdapat tiga jenis sendi
pada manusia iaitu sendi tanpa gerak
Sendi (synarthroses) sendi yang mempunyai
gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi
yang boleh bergerak bebas (diathroses).

(b) Memerihalkan fungsi sistem rangka.

Fungsi Sistem Rangka

Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu:

Fungsi Huraian Contoh


Sokongan Tulang membentuk rangka tubuh bagi Perlekatan otot-otot pada
menyokong tisu-tisu lembut dan organ tubuh. tulang-tulang rangka
Perlindungan Rangka melindungi organ dalaman yang penting Tulang rusuk melindungi paru-
seperti saraf tunjang, jantung dan mata. paru dan jantung..
Pergerakan Tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi Sendi lutut melibatkan tibula,
menghasilkan pergerakan apabila otot yang fibula dan femur.
melekat pada tulang berkontraksi.
Pembentukan sel- Sum-sum dalam tulang menghasilkan sel darah Sternum, femur, pelvis dan
merah, sel darah putih dan platlet. humerus.
sel darah

Penstoran Tempat penstoran mineral seperti kalsium dan Lemak distorkan dalam kaviti
fosforus. Mineral ini akan dikeluarkan untuk tulang. Jika diperlukan, lemak
mineral
kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila akan diserap ke dalam darah
diperlukan. dan digunakan oleh tisu lain
sebagai sumber tenaga.

120  
 
(c) Mengklasifikasikan tulang mengikut bentuk

Jenis-jenis Sistem Rangka

Sistem Rangka terdiri daripada dua iaitu :

• axial (paksi). Contoh tengkorak, sternum, tulang rusuk, dan tulang vertebra.
• appendicular (hujung/keluar dari badan). Contoh klavikel, skapula, radius, ulna .

Klasifikasi Tulang

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang
memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan
berdasarkan kepada empat bentuknya.

Klasifikasi Tulang

121  
 
• Tulang panjang
Ukuran panjang mesti melebihi ukuran lebar tulang. Berfungsi sebagai tuas untuk memudahkan
pergerakan. Kebanyakkan terdiri daripada tulang mampat.

Contoh:- humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges

• Tulang pendek
Ukuran panjang dan lebar tidak banyak perbezaan. Berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang
yang tertutup serta sedikit berongga. Berfungsi untuk memindahkan daya. Contoh:- karpal dan
tarsal.

• Tulang leper/pipih
Berbentuk pipih, nipis dan melengkung. berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan
melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh:- kranium, rusuk dan sternum.

• Tulang tak sama bentuk


Tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam tulang panjang, pendek atau leper. Berfungsi
sebagai tempat perlekatan otot. Contoh:- vertebra, lumbar, sakrum dan koksiks.

Struktur Tulang

Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang teguh bagi membolehkan pergerakan dalam
aktiviti fizikal. Pertumbuhan tulang berlaku secara diameter dan secara memanjang. Terdiri
daripada empat lapisan iaitu periosteum, tulang mampat, tulang berongga dan sum-sum tulang.

• Periosteum
Lapisan pertama pada tulang dan mempunyai selaput luar yang nipis. Terdiri daripada osteoblas
(sel pembentukan jaringan tulang). Ia menyediakan saluran darah dan saraf ke tulang. Berfungsi
menghasilkan sel-sel untuk membesar secara diameter dan melindungi diafisis.

• Tulang mampat (diafisis)


Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai bahagian batang yang halus dan keras serta disaluti
periosteum. Lapisan ini melingkari kaviti medulari yang mengandungi lemak.

• Tulang berongga (epifisis)


Lapisan ketiga dan terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. Terdiri daripada lapisan
nipis tulang mampat.

122  
 
• Sum-sum tulang
Lapisan paling dalam pada struktur tulang. Berperanan menghasilkan sum-sum asal dalam
tulang.

Struktur Tulang Panjang

123  
 
(d) Menyatakan keperluan asas untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang.

Perkembangan dan Pembentukan Tulang

• Sel-sel tulang
Tulang terdiri daripada sel tulang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral
padat. Terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks
organik fiber- fiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas yang matang
dikenali sebagai osteosit.

Osteoklas ialah sel-sel yang melarutkan mineral dalam tulang. Osteoblas dan
osteoklas akan bertindak untuk mengubah ketumpatan dan bentuk tulang.
Osteoblas aktif ketika usia muda atau kanak-kanak manakala osteoklas aktif
kepada orang dewasa.

• Osifikasi tulang
Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang lembut) terbina daripada kartilej
hialin. Tulang lembut ini membentuk tulang keras yang dihasilkan melalui
proses osifikasi tulang. Proses ini berlaku ketika usia embrio enam minggu dan
berterusan sehingga dewasa.

Proses Osifikasi Tulang

124  
 
Peringkat semasa proses osifikasi tulang:

i. Osteoblas menyaluti kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral.


ii. Osteoblas memendapkan bahan matriks bermineral dalam kartilej ke bahagian dalam
tulang.Osteoblas beransur-ansur bertukar menjadi osteosit untuk membentuk tulang baru.
iii. Kartilej yang terdapat pada bahagian dalam tulang akan menjadi keras.
iv. Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang dilarutkan oleh osteoklas untuk
membentuk kaviti medulari.

• Tumbesaran tulang
Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Semasa proses tumbesaran, sel-
sel pada plat epifisial tulang panjang akan membahagi secara mitosis untuk
memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada
kedua-dua hujung epifisis.

Pada akil baligh, hormon estrogen dan testosteron akan merencatkan


pembahagian sel-sel pada plat epifisial. Plat efipisial akan mengecil. Pada usia
18 tahun, tumbesaran tulang secara memanjang terhenti dan sel-sel pada plat
epifisial juga akan berhenti. Tetapi, osifikasi tulang akan terus berlaku sehingga
lapan tahun berikutnya.

Tumbesaran Tulang

125  
 
Keperluan mineral, vitamin dan hormon

Garam mineral
• Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang.
• Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan
saiz dan berat tulang.

Vitamin

• Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang.


• Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam
tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat.
• Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang
yang rosak.

Hormon

• Hormon-hormon tiroid, estrogen dan testosteron diperlukan untuk merangsang


proses tumbesaran tulang.

(f) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi berdasarkan fungsi dan struktur.
(g) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi sinovial berdasarkan pergerakannya

Sendi

Sendi ialah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau kartilej dengan tulang. Struktur sendi
sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi pula ditentukan oleh kelenturan tisu
perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot, dan tendon. Terbahagi
kepada dua jenis iaitu sendi berdasarkan struktur dan sendi berdasarkan fungsi.

126  
 
Sendi berdasarkan fungsi

• Sinartosis
Merupakan sendi tanpa gerak iaitu tiada pergerakan yang berlaku. Sebagai
contoh, sutur antara tulang-tulang tengkorak.

• Amfiartrosis
Membenarkan sendi melakukan pergerakan terhad. Sebagai contoh, sendi antara
tibia dan fibula.

• Diartrosis
Sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas. Sebagai contoh, sendi
engsel (sendi siku dan lutut) melakukan pergerakan fleksi, ekstensi aduksi,
abduksi dan hiperekstensi.

Sendi berdasarkan struktur

Fibrous   Cartilagenous  

Sinovi
al  

Jenis-jenis sendi berdasarkan struktur

127  
 
• Fibrous
Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak
membenarkan sebarang pergerakan. Contoh, sutur antara tulang kranium.

• Sendi cartilagenous
Pada sendi ini, tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh
ligamen.jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad. Contoh,
sendi antara vertebra.

• Sendi sinovial
Sendi ini diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial
bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara kartilej dan
mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi membenarkan
pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang. Terdapat beberapa jenis
sendi sinovial iaitu:

i. Sendi lesung (antara humerus dan scapula)


ii. Sendi engsel (humerus dan patella)
iii. Sendi gelungsur (karpal dan tarsal)
iv. Sendi paksi (antara radius dan ulna)
v. Sendi kondil (antara metacarpal dan falang)
vi. Sendi pelana (antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal)

128  
 
paksi kondil gelungsur

engsel pelana lesung

Jenis-jenis sendi sinovial

129  
 
Sendi lesung

Sendi engsel

Sendi paksi

Sendi gelungsur

Sendi lesung Sendi kondil

Jenis-jenis sendi sinovial

130  
 
Pergerakan

Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan
anatomi.

• Kedudukan biasa
berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi badan.

• Kedudukan anatomi
Berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan.Kaki kanan dan kiri
pula terbuka menghala ke luar.

Jenis-jenis pergerakan

Pegerakan tubuh terdiri daripada empat jenis iaitu:

• Linear
Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran menegak, mendatar atau
melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Contoh, meluncur dan menggelungsur.

• Putaran
Mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contoh, supinasi dan pronasi.

131  
 
• Bersudut
Pergerakan yang lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagian
bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Contoh, fleksi, ekstensi, aduksi, abduksi,
sirkumduksi.

Flek Eksten
si si

• Khusus
Pergerakan yang tiada had seperti fleksi-dorsi, plantar-fleksi, eversi, inverse, elevasi dan depresi.

132  
 
Elev
asi

Kesimpulan

Sistem rangka penting dalam menentukan bentuk postur badan yang baik. Postur badan yang
baik ialah apabila berat badan menusia tersokong pada kedudukan yang betul semasa
melakukan aktiviti. Di samping itu, postur yang baik juga mengelakkan kelesuan dan sakit
belakang, memperbaiki keyakinan diri serta kesihatan.

Kegagalan fungsi sistem rangka boleh mendatangkan kesan ke atas pergerakan yang
sepatutnya boleh dilakukan dan dicapai pada tahap tertentu. Hal ini disebabkan
kegagalan fungsi sistem rangka yang mengurangkan kecekapan gerak badan akibat dari
kesakitan dan ketidakselesaan semasa melakukan pergerakan.

133  
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.5 Sistem Otot Rangka

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mengenal pasti struktur atau lapisan otot, seperti endomisium, perimisium, dan
epimisium;
(b) Memerihalkan fungsi tendon dan ligamen;
(c) Memerihalkan fungsi sistem otot;
(d) Memerihalkan teori penggelongsoran filamen dalam penguncupan otot;
(e) Menjalankan aktiviti mengenal pasti otot utama dan tendon.

(a) Mengenal pasti struktur atau lapisan otot, seperti endomisium, perimisium, dan
epimisium

Struktur/ Komponen/ Lapisan otot

134  
 
Fiber otot
Fiber otot adalah sel-sel otot. Sel-sel otot ini panjang, berbentuk silinder dan mempunyai banyak
nucleus Fiber otot rangka berjalur dan bersaiz besar. Diameternya di antara 10 cm hingga 100 cm
dan panjangnya boleh mencapai sehingga 40 cm.

Epim isium
Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar
yang dikenali sebagai epimisium. Epimisium meliputi keseluruhan bahagian luar bahagian luar
otot. Tendon yang terdapat pada kedua-dua hujung otot rangka terbina daripada unjuran
perimisium.

Perim is ium
Adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk ferkas-ferkas
fiber otot yang dikenali sebagai fasikel. Otot terdiri daripada fasikel-fasikel. Tiap-tiap fasikel
dilitupi tisu penghubung yang dipanggil perimisium.

Endom is ium

Dalam setiap fasikel terdapat fiber-fiber otot. Setiap fiber otot ini diliputi oleh selaput tisu
penghubung yang halus yang dipanggil endomisium.

(b) Memerihalkan fungsi tendon dan ligamen

Tendon

Pada kedua-dua hujung otot terdapat tisu yang melekatkan otot kepada tulang (secara langsung)
atau kepada tisu-tisu penghubung yang lain (secara tidak langsung). Tendon terdiri daripada serat
kolagen. Ia tidak terlalu kenyal tetapi sangat kuat dan boleh meregang dengan baik. Tendon
berfungsi sebagai penyambung dan melekatkan otot dengan tulang.

Ligamen

Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang
boleh bergerak. Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya
serta membolehkan pergerakan dengan memberi sokongan dan kekuatan pada sendi.

135  
 
(c) Memerihalkan fungsi sistem otot

Fungsi Sistem Otot

Menghasilkan Pergerakan
Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.

Mengekalkan postur
Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.

Menstabilkan sendi
Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga
membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

Menghasilkan haba
Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi
mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada
badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

Ciri-ciri otot rangka

• Kebolehujaan (Irritability / excitability)

• Kebolehkuncupan (Contractibility)

• Kebolehpanjangan (Extensibility)

• Kebolehanjalan (Elasticity)

Kebolehujaan
Ialah kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang
diterima. Keupayaan ini akan membolehkan otot untuk menguncup.

Kebolehkuncupan
Ialah keupayaan otot untuk menguncupatau memendek apabila menerima rangsangan.
Daya dihasilkan apabila otot menguncup. Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu
yang lain.

136  
 
Kebolehpanjangan
Ialah keupayaan otot untuk meregang atau memanjang. Fiber otot akan memendek
apabila menguncup tetapi boleh memanjang melebihi panjang asal apabila otot relaks.

Kebolehanjalan
Ialah keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal selepas meregang atau
menguncup.

137  
 
(d) Memerihalkan teori penggelongsoran filamen dalam penguncupan oto

Teori penggelongsoran filament dalam penguncupan otot

Pada dasarnya setiap fiber otot tersusun atas fiber halus yang disebut miofibril. miofibril ini
mengandung struktur yang lebih kecil lagi aitu filament aktin dan miosin. Filamen-filament ini saling
bergeser yang menghasilkan penguncupan dan relaksasi otot sehingga disebut dengan teori
pengeseran filament.

Diagram di atas menunjukkan bagian dari miofibril yang disebut sarkomer. Sarkomer adalah unit
terkecil kontraksi otot Sarkomer tersusun berulang-ulang sepanjang miofibril.

Beberapa istilah dalam penguncupan dan relaksasi otot.

• Miofibril: sebuah bentukan silinder yang memanjang sepanjang otot yang


mengandung filamen aktin dan miosin.

• Sarkomer: Struktur terkecil kontraksi otot. ditemui pada miofibril. dibagi menjadi
pita H, A dan I.

• Aktin: filament yang tipis yang mengandung sisi “aktif” dan “ikatan”.

• Miosin: protein filamen yang lebih tebal dengan penonjolan yang dikenal dengan
kepala miosin.

• Tropomiosin: sebuah protein aktin pengikat yang mengatur kontraksi otot.

• Troponin: protein kompleks yang melekat pada Tropomiosin.

138  
 
 
Proses penguncupan otot yang dibahagikan kepada 5 bahagian:

1. Impulse saraf tiba di neuromuscular, yang mengakibatkan pembebasan asetilkolin.


yang kemudian menyebabkan pembebasan ion kalsium keluar dari retikulum
sarkoplasmik.

2. Dengan meningkatnya ion kalsium, akan menyebabkan ia terikat pada troponin dan
mampu mengubah strukturnya. Kini kepala miosin akan mampu berikatan dengan
filamen aktin membentuk aktomiosin.

3. Permecahan ATP akan membebaskan tenaga yang dapat menyebabkan miosin


mampu menarik aktin ke dalam dan juga pemendekan otot. hal ini terjadi di
sepanjang miofibril pada sel otot.

4. Miosin akan terlepas dari aktin dan jambatan aktomiosin akan putus ketika molekul
ATP terikat pada kepala miosin. Semasa ATP dipecahkan, kepala miosin dapat
bertemu lagi dengan aktin pada tropomiosin.

5. Proses kontraksi otot dapat terjadi selagi ada ATP dan ion Kalsium. Semasa impuls
berhenti, maka ion Ca akan kembali ke retikulum sarkoplasmik dan troponin akan
kembali ke keadaan asal dan menutupi kawasan tropomiosin sehingga menyebabkan
otot relak.

139  
 
 
OTOT YANG DIREGANGKAN

PENGUNCUPAN SEBAHAGIAN OTOT

PENGUNCUPAN PENUH OTOT

140  
 
 
(e) Menjalankan aktiviti mengenal pasti otot utama dan tendon.

OTOT-OTOT RANGKA UTAMA

141  
 
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.6 Sistem Kardiovaskular

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mengenal pasti komponen utama sistem kardiovaskular;
(b) Memerihalkan komponen darah dan fungsinya;
(c) Memerihalkan kumpulan darah dan keserasiannya semasa transfusi darah;
(d) Memerihalkan ciri dan fungsi arteri, kapilari, dan vena;
(e) Memerihalkan struktur dan fungsi atrium, ventrikel, dan injap jantung;
(f) Menghuraikan fungsi sistem kardiovaskular;
(g) Mentakrifkan isi padu strok, kadar denyutan jantung, dan keluaran jantung;
(h) Memerihalkan fasa kitaran kardiak dan kaitan dengan denyutan jantung/kadar nadi;
(i) Menjelaskan pengaruh denyutan jantung dan isi padu strok terhadap keluaran jantung;
(j) Menjalankan aktiviti mengenal pasti lokasi, dan mengesan denyutan nadi;
(k) Menjalankan aktiviti mengukur tekanan darah.

(a) Mengenal Pasti Komponen Utama Sistem Kardiovaskular.

Sistem kardiovaskular atau kardiorespiratori ialah system peredaran darah yang


mengangkut oksigen, nutrien dan keperluan lain kepada sel-sel ke seluruh tubuh. Selain itu
membawa sisa sel ke bahagian tubuh lain seperti karbon dioksida, sisa-sisa metabolisme
,bahan cecair ditapis di ginjal serta produk-produk sel ke bahagian lain tubuh.

Komponen Kardiovaskular

Komponen Utama Fungsi

Jantung • Jantung mengepam darah


Darah • Darah merupakan pengangkutan utama badan dengan membawa
hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta bahan kumuh
seperti karbon dioksida ke sistem respiratori
• Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan
Salur darah

142  
 
 
Ruang Jantung

Empat Ruang Jantung


Atrium Kanan

• menerima darah yg kurang beroksigen drpd tisu-tisu tubuh

Atrium Kiri

• menerima darah yg kaya dgn oksigen dr paru-paru

Ventrikel Kanan

• mengepam darah ke paru-paru

Ventrikel Kiri

• mengepam darah ke seluruh tubuh

Jenis salur darah

i. Arteri
ii. Kapilari
iii. Vena

Dinding salur darah arteri dan vena terbentuk oleh tiga lapisan:

i. Tunica extema(lapisan luar)


ii. Tunica media (lapisan tengah)

iii. Tunica intima (lapisan dalam)

• Salur arteri membawa darah beroksigen daripada jantung ke tisu-tisu.

• Darah mengalir daripada salur arteri ke arteriol seterusnya ke kapilari.

• Kapilari merupakan salur darah yang nipis dan kecil serta bercabang-cabang.

Ini membolehkan peresapan nutrien, perkumuhan dan pertukaran gas oksigen dan karbon
dioksida. Kapilari dan salur darah meninggalkan dan masuki vena kecil dipanggil venul.
Venul-venul bercantum membentuk vena yang membawa darah mengalir semula ke jantung.

143  
 
 
(b) Memerihalkan komponen darah dan fungsinya;

Darah

i. Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk eritrosit, leukosit dan
platlet yang terkandung di dalam plasma.

ii. Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit.

iii. Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal. Seorang
dewasa yang berat tubuhnya 70kg, mempunyai kira-kira 5-6 liter darah.

Sel darah manusia terbahagi kepada Eritrosit (sel darah merah), Leukosit (sel darah putih),
dan platlet .

1. Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu.

2. Membawa bahan buangan ke organ pembuangan.

3. Melawan Jangkitan.

4. Membawa enzim dan hormon ke organ-organ sasarannya.

5. Mengawal suhu badan.

6. Menghentikan perdarahan.

144  
 
 
KOMPONEN DARAH DAN FUNGSINYA

PLASMA

i. Komponen utamanya ialah PLASMA

ii. 90% daripada plasma adalah air. Bahan utamanya adalah campuran kompleks protein
yang meliputi 7% daripada berat plasma itu sendiri.

iii. Bahan–bahan lemak juga terdapat dalam cecair ini dan lain-lain komponen plasma
termasuklah garam, glukosa, asid amino, vitamin, hormon dan bahan buangan.

iv. Protein plasma dibentuk dalam sel khas di dalam hati.

v. Terdapat 3 jenis protein iaitu albumin, globulin dan fibrinogen.

vi. Lain-lain protein yang membantu pembekuan darah dan mengangkut bahan spesifik
ialah lemak, zat, besi, ion kuprum dan vitamin B12.

ERITROSIT

• Sel darah merah yang mengangkut gas oksigen ke sel dan gas karbon dioksida dari
sel ke paru-paru.

• Sel darah merah yang matang tidak mengandungi nukleus maka lebih banyak
haemoglobin boleh terkandung di dalamnya.

• Sel darah merah ini berbentuk dwicekung untuk menambah nisbah luas permukaan
per isipadu yang besar dan memudahkan pengangkutan dan penukaran gas.

• Hameoglobin adalah pigmen respiratori yang mengandungi zat besi dan didapati di
dalam sel darah merah.

• Empat molukel bukan protein yang merah yang dipanggil heme dan 4 rangkaian
polipeptida membentuk globin molekul hemoglobin.

145  
 
 
• Setiap molekul boleh bercantum dengan 8 atom oksigen secara berbalik.

LEUKOSIT

• Sel darah putih yang tidak berwarna, ia mempunyai nukleus dan hemoglobin. Saiznya
adalah lebih besar daripada sel darah merah.

• Sel darah putih merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi dan bertugas untuk
memusnahkan agen jangkitan.

• Leukosit terbahagi kepada dua iaitu granulosit-sitoplasma bergranul dan mempunyai


nukleus bercuping.

• Granulosit adalah pagositik iaitu pemakan sel. Ia membentuk barisan makanisme


penghalang bakteria yang menyebabkan penyakit. Granulosit boleh keluar daripada
saluran darah.

• Agranulosit tidak dihasilkan di dalam sum-sum tulang tetapi di dalam sistem limfatik
dan dikenali juga sebagai limfosit.

PLATLET / THROMBOCYTES

• Hanya 0.6% - 1.0% terkandung dalam darah. Platlet terdiri daripada sum-sum tulang
dan terbentuk daripada serpihan-serpihan kecil sitoplasma sel besar (megakariosit),
tidak mempunyai nukleus.

• Terdapat lebih kurang 2.5 juta jumlah platlet untuk setiap milimeter padu darah
(mm₃). Fungsinya ialah pembekuan darah. Sel ini hidup selama 10 hari.

146  
 
 
(c) Memerihalkan kumpulan darah dan keserasiannya semasa transfusi darah;

Kumpulan darah ditentukan berdasarkan kandungan AGGLUTININ.

Agglutinin adalah salah satu bahan dalam plasma darah menentukan kumpulan darah dan
kesesuaiannya. Terdapat 4 kumpulan utama darah iaitu AB, A, B dan O

Penderma Darah

BIL KUMPULAN PENERIMA

PENDERMA

1. AB AB sahaja

2. A AB dan A sahaja

3. B AB dan B sahaja

4. O Semua kumpulan darah

Penerima Darah

BIL KUMPULAN PENDERMA

PENERIMA

1. AB Semua jenis

2. A A dan O sahaja

3. B B dan O sahaja

4. O O sahaja

147  
 
 
KUMPULAN DARAH DAN TRANSFUSI DARAH

(d) Memerihalkan ciri dan fungsi arteri, kapilari, dan vena

SALUR DARAH

Dalam proses peredaran darah, terdapat banyak pembuluh darah yang terlibat. Pembuluh
darah merupakan medium untuk mengepam darah jantung keluar ke tisu dan mengalirkan
kembali darah ke jantung. .Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi
peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.Terdiri daripada tiga komponen
utama iaitu arteri, vena dan kapilari.

Arteri
Arteri Darah yang bertekanan tinggi akan dialirkan oleh arteri, selalunya darah bertekanan
tinggi ini adalah dari ventrikal. Sehubungan dengan itu, arteri harus mempunyai dinding yang
tebal untuk menampung tekanan darah yang tinggi itu. Arteri mempunyai tiga lapisan iaitu
seperti yang telah diringkaskan dalam Jadual berikut.

Arteri elestik • Dinding arteri terbesar, seperti aorta dan trunkus pulmonari.
(kenyal) • Banyak tisu perantara kenyal.
• Tisu perantara kenyal akan mengembang apabila menerima isi
padu darah yang tiba-tiba tertolak dengan setiap denyutan jantung.
Arteri Berotot • Terdiri daripada otot licin.
• Bercabang ke kawasan tertentu pada tubuh badan.

148  
 
 
Arteriol • Merupakan arteri yang terkecil.
• Mempunyai garis pusat 0.5mm atau kurang.
• Otot licin dalam arteriol membolehkan keadaan pengecutan
(vasokontriksi) dan peregangan (vesodilatasi) pilihan berlaku.
• Pengecutan dan perengangan terjadi untuk membolehkan darah
dihantar ke satu organ dan dibawa dari satu organ yang lain.

.Arteri ini tidak mempunyai injap kecuali pangkal aorta dan pangkal arteri
pulmonari.Mempunyai saiz lumen yang kecil, tinggi serta mengalirkan darah.

Vena
VenaVena adalah gabungan daripada vena-vena kecil. Gabungan vena ini akan membentuk
satu tiub yang semakin membesar dan dikenali sebagai vena kecil, vena sedang dan vena
besar. Vena-vena ini bertugas untuk membawa darah vena dari tisu ke atrium jantung.
Semakin besar saiz vena maka akan bertambah juga ketebalan dindingnya. Namun begitu
dinding vena tidak setebal dinding arteri kerana vena mempunyai kurang tisu kenyal dan otot
licin.

Vena • Terletak di dalam otot atau di antara otot, dan kebiasaannya


Profondus mengiringi arteri.
• Berfungsi untuk menolak darah di dalamnya ke jantung. Darah akan
tertolak ke jantung, apabila berlaku kontraksi otot yang menekan
vena profundus.
• Dikenali sebagai vena komitans di bahagian distal anggota kerana di
sini kedudukan vena adalah berpasangan.
Vena • Terdapat di bawah kulit.
Superfisial • Berfungsi untuk mengalirkan darah dari kulit dan tisu subkutaneus.
• Mempunyai tapak laluan dan cork yang berbeza, oleh itu nama vena
superfisial hanya diberi pada vena utama dan yang tetap.
Vena • Menghubungkan vena profundus dengan vena superfisial.
Penghubung • Injap pada vena penghubung mengarahkan aliran darah dari vena
superfisial ke vena profundus.
• Banyak terdapat dibahagian distal anggota bawah.

149  
 
 
Mempunyai tiga lapisan yang sama seperti arteri bagaimanapun bahagian tunika internanya
lebih besar dan mempunyai dinding yang kecil serta hanya memiliki tisu penghubung yang
sedikit.

Mempunyai lumen yang besar.Mempunyai injap yang akan terbuka apabila darah mengalir ke
jantung dan tutup apabila bertentangan.Mengangkut darah yang bertekanan rendah dan
mengalirkanya dengan perlahan.

Kapilari
Kapilari merupakan pembuluh-pembuluh darah kecil yang tidak terkira. Ianya adalah cabang
daripada arteriol. Kapilari dikenali sebagai pembuluh darah yang paling kecil. Oleh sebab itu,
lapisan dinding kapilari adalah yang paling nipis. Di sinilah bahan-bahan antara darah dan
cecair tubuh ditukar. Ketebalan dinding kapilari adalah berdasarkan kepada saiz garis
pusatnya. Semakin kecil saiz garis pusat, semakin nipis dinding kapilari.Ada dua hujung pada
kapilari. Satu hujung adalah hujung arteri yang bertemu dengan arteriol. Manakala satu
hujung lagi adalah hujung vena yang bertemu dengan venul.

150  
 
 
Venul
Cabang-cabang kapilari akan bercantum di penghujung tisu dan membentuk vena kecil yang
dikenali sebagai venul. Saiz venul adalah lebih besar daripada kapilari. Venul mempunyai
satu lapis tisu perantara dan beberapa sel otot licin. Otot licin ini berkedudukan mengelilingi
endotelium.

(e) Memerihalkan struktur dan fungsi atrium, ventrikel, dan injap jantung

Jantung terdiri daripada atrium dan ventrikal

Atrium kanan- menerima darah yang kembali dari tubuh yang kurang oksigen banyak karbon
dioksida.

Atrium kiri – menerima darah dari paru-paru setelah dibersih dan kaya dengan oksigen dan
kurang karbon dioksida.

Ventrikal Kanan –Menerima darah dari atrium kanan dan dipam ke paru-paru untuk proses
pembersihan. Oksigen diambil dan karbon dioksida dikeluarkan

Ventrikal kiri – Darah ‘bersih’ yang kaya dengan oksigen memasuki ventrikal kiri dan
seterusnya dipam ke seluruh badan untuk membekalkan oksigen ke tisu-tisu melalui aorta.

151  
 
 
Jantung menerima darah beroksigen melalui arteri koroneri iaitu aorta.

Jantung mempunyai beberapa injap yang memastikan darah yang memasuki jantung
mengalir dalam satu arah sahaja.

1 Injap Sabit @ Injap Semilunar

Terletak di pangkal arteri pulmonari dan pangkal aorta untuk memastikan darah yang telah
mengalir keluar dari jantung tidak mengalir balik semula.

2 Injap Trikuspid

Terletak di antara atrium kanan dengan ventrikel kanan untuk memastikan darah yang
mengalir ke dalam ventrikel kanan tidak mengalir balik atrium kanan. Injap ini terdiri
daripada tiga cuping.

3 Injap Bikuspid

Terletak di atrium kiri dengan ventrikel kiri untuk memastikan darah yang mengalir ke dalam
ventrikel kiri tidak mengalir balik ke atrium kiri. Injap ini terdiri daripada dua cuping.Dinding
otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium miokardium dan endokardium.

• Pengepaman jantung oleh otot-otot jantung (myocardium) menghasilkan tekanan


darah sistolik dan distolik.

• Tekanan sistolik –waktu jantung mengepam.

• Tekanan distolik – waktu jantung rehat.

152  
 
 
Injap Kedudukan Fungsi

Triskuspid Di antara atrium Menghalang darah di ventrikal kanan daripada mengalir ke


kanan dan dalam atrium kanan ketika pengecutan ventrikal
vebtrikal kiri

Semilunanr Depan batang Menghalang pengaliran semula darah daripada batang


pulmonari pulmonari pulmonari ke dalam ventrikal kanan ketika ventrikal rehat

Biskupid Di antara atrium Menghalang pengaliran semula darah daripada ventrikal kiri
kiri dan ventrikal ke dalam atrium kiri ketika pengecutan ventrikal
kiri

Semilunar Depan dinding Menghalang pengaliran semula darah daripada aorta ke


aortik aorta dalam ventrikal kiri ketika ventrikal rehat

(f) Menghuraikan fungsi sistem kardiovaskular

Sistem kardiovaskular membantu membekalkan oksigen dan mengkumuhkan karbon dioksida


dari darah. Sistem peredaran mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel tisu badan dan
mengeluarkan karbon dioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru.Mengedarkan hormon-hormon
dan agen-agen lain yang mengawal atur fungsi sel dan menghantar antibodi untuk pertahanan
badan. Mengawal atur suhu badan.

Fungsi Jantung

1. Menghasilkan tekanan darah

2. Menghantar darah ke peredaran systemic & pulmonari

3. Mengepam darah - satu hala

4. Mengantar darah ke seluruh tisu

153  
 
 
Mengepam darah kaya O2 ke seluruh bahagian badan dan menerima darah kurang O2 dari seluruh
bahagian badan.Mengepam darah kurang O2 ke jantung dan menerima darah kaya O2 dari
jantung.

(g) Mentakrifkan isi padu strok, kadar denyutan jantung, dan keluaran jantung

Keluaran jantung boleh diukur dengan menggunakan rumus berikut :Q = KDJ x ISKeluaran
jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit x Isipadu StrokKadar denyutan jantung
adalah kekerapan penguncupan jantung seminit. Keadaan ini dikawal oleh tindakan sistem
saraf autonomik.

Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat sebanyak 72 denyutan
seminit dan isipadu strok sebanyak 70 ml ialah 5L / min.

Q = KDJ x IS
= 72 x 0.07
= 5.04
= 5L / min

Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah besar atau mengalami
hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan latihan
fizikal secara konsisten dan berterusan. Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih
besar berbanding saiz jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku,
ketumpatan kapilari juga meningkat.Hipertrofi jantung adalah kesan daripada :

Penambahan saiz kaviti ventrikel –ventrikel. Bertambah ketebalan dinding ventrikelAtlit -atlit
berdaya tahan tinggi seperti perenang dan pelari jarak jauh mempunyai kaviti ventrikel yang
besar. Oleh itu, isipadu darah dalam ventrikel adalah banyak semasa distol. Isipadu strok atlit-
atlit ini adalah lebih tinggi berbanding dengan individu –individu sedentari dan juga atlit -atlit
yang terlibat dalam acara eksplosif.Jika individu tidak aktif atau sedentari, otot jantung akan
mengalami pengurangan saiz dan berat. Keadaan ini dikenali sebagai atrofi. Atrofi boleh
berlaku kepada seseorang yang mengalami masalah jantung. Jantung boleh kehilangan
kekuatannya serta keluaran jantung akan berkurangan.

154  
 
 
(h) Memerihalkan fasa kitaran kardiak dan kaitan dengan denyutan jantung/kadar nadi

Kitaran Kardiak

Kitaran kardiak merujuk kepada satu degupan jantung yang lengkap. Darah mengalir masuk
ke dalam jantung dan dipam keluar dengan satu turutan koordinasi pengecutan otot-otot
jantung.

Distolik Atria dan Ventrikular.Atrium dan ventrikel rehat (distol).Darah mengalir daripada
atrium ke dalam ventrikal

i. Injap AV terbuka
155  
 
 
ii. Injap semilunar tertutup

Sistolik Artrial

Kitaran Sistemik dan Pulmonari

156  
 
 
Peredaran Sistemik

i. Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru.

ii. Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta

iii. Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar.

Peredaran Pulmonari

iv. Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan.

v. Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari

vi. Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

(i) Menjelaskan pengaruh denyutan jantung dan isi padu strok terhadap keluaran jantung

Hipertrofi dan Atrofi Jantung

Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah besaratau mengalami
hipertrofijika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan latihan
fizikal secara konsisten dan berterusan. Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih
besar berbanding saiz jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku,
ketumpatan kapilari juga meningkat.Hipertrofi jantung adalah kesan daripada :

Penambahan saiz kaviti ventrikel –ventrikel


Bertambah ketebalan dinding ventrikelAtlit -atlit berdaya tahan tinggi seperti perenang dan
pelari jarak jauh mempunyai kaviti ventrikel yang besar. Oleh itu, isipadu darah dalam
ventrikel adalah banyak semasa distol. Isipadu strok atlit-atlit ini adalah lebih tinggi
berbanding dengan individu –individu sedentari dan juga atlit -atlit yang terlibat dalam acara
eksplosif.Jika individu tidak aktif atau sedentari, otot jantung akan mengalami pengurangan
saiz dan berat. Keadaan ini dikenali sebagai atrofi. Atrofi boleh berlaku kepada seseorang
yang mengalami masalah jantung. Jantung boleh kehilangan kekuatannya serta keluaran
jantung akan berkurangan.

157  
 
 
(k) Menjalankan aktiviti mengukur tekanan darah.

Tekanan Darah dan Kepentingannya

Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran. Darah mengalir
dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah. Contohnya, apabila ventrikel
menguncup, ia menghasilkan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan di aorta.

Darah dari ventrikel kiri ditolak keluar ke aorta dan lain -lain saluran darah sistemik dan ke
bahagian kanan jantung.Tekanan darah manusia boleh diukur dengan menggunakan
sfigmomanometer.

Tekanan darah berbeza menurut jantina, umur, gerak kerja dan lain-lain. Atrium -atrium
menguncup serentak pada jantung yang normal. Apabila atrium mengendur, ventrikel -
ventrikel pula menguncup.

Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik dan pengenduran jantung dikenali sebagai
diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa
penguncupan ventrikel.

Tekanan darah diastolik merupakan tekanan darah minimum pada akhir pengenduran
ventrikel. Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (millimeter merkuri). Tekanan darah
normal ialah 120 / 80 mm Hg.

158  
 
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.7 Sistem Respiratori

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Menyatakan komponen utama sistem respiratori termasuk diafragma;
(b) Memerihalkan fungsi sistem respiratori;
(c) Memerihalkan proses inspirasi dan ekspirasi;
(d) Memerihalkan proses pertukaran gas respirasi di peparu dan tisu;
(e) Memerihalkan fungsi hemoglobin dalam pengangkutan gas;
(f) Menjalankan aktiviti menentukan ukuran lilit dada semasa inspirasi, istirehat, dan
maksimum;
(g) Menjalankan aktiviti menentukan kapasiti peparu dan kadar hembusan tertinggi (peak flow
rate).

(a) Menyatakan komponen utama sistem respiratori termasuk diafragma

Bernafas (breathing) artinya menghirup dan menghembuskan nafas. Oleh karena itu, bernafas
diartikan sebagai proses memasukkan udara dari lingkungan luar ke dalam tubuh dan mengeluarkan
udara sisa dari dalam tubuh ke lingkungan. Sementara, respirasi ( respiration ) berarti suatu proses
pembakaran (oksidasi) senyawa organik (bahan makanan) di dalam sel sehingga diperoleh energi.
Energi yang dihasilkan dari respirasi sangat menunjang sekali untuk melakukan beberapa aktifitas.
Misalnya saja, mengatur suhu tubuh, pergerakan, pertumbuhan dan reproduksi. Oleh karena itu,
kegiatan pernafasan dan respirasi sebenarnya saling berhubungan.

159  
 
 
Dalam fisiologi, pernafasan memiliki makna :

1. Respirasi Internal :Proses metabolisme intrasel di dalam mitokondria.

2. Respirasi Ekternal :Keseluruhan rangkaian kejadian yang terlibat dalam pertukaran O2 dan
CO2 antara lingkungan eksternal dan sel tubuh.

Komponan Utama Sistem Respiratori

Saluran Pernafasan Paru-paru


• Boleh mengalirkan udara ke • Paru adalah lembut & berongga.
paru-paru dan keluar dari
tubuh. • Berat lebih kurang 1 Kg.

• Terdiri daripada nasal, • Bhagian kiri 2 lobus & kanan 3 lobus.


farinks, trakea, bronkus dan
• Terdapat banyak alveolus dalam paru-
bronkiul.
paru membolehkan pertukaran gas
pernafasan.

Terdapat 2 bahagian:
Atas Bawah
• Hidung • Larynx

• Nasal cavity • Trachea

• Paranasal sinuses • Bronchial tee

• Pharynx • Lungs

160  
 
 
1. Hidung

Hidung merupakan bagian yang paling menonjol di wajah, yang berfungsi menghirup udara
pernafasan, menyaring udara,menghangatkan udara pernafasan, juga berperan dalam
resonansi suara. Hidung juga merupakan alat indera manusia yang menanggapi rangsang
berupa bau atau zat kimia yang berupa gas.di dalam rongga hidung terdapat serabut saraf
pembau yang dilengkapi dengan sel-sel pembau.setiap sel pembau mempunyai rambut -
rambut halus(silia olfaktori)di ujungnya dan diliputi oleh selaput lendir yang berfungsi
sebagai pelembab rongga hidung.

2. Nasofaring

Faring yang sering disebut-sebut adalah bagian dari sistem pencernaan dan juga bagian dari
sistem pernafasan. Hal ini merupakan jalan dari udara dan makanan. Udara masuk ke
dalam rongga mulut atau hidung melalui faring dan masuk ke dalam jaring. Nasofaring
terletak di bagian posterior rongga hidung yang menghubungkannya melalui nares
posterior. Udara masuk ke bagian faring ini turun melewati dasar dari faring dan
selanjutnya memasuki laring. Kontrol membukanya faring, dengan pengecualian dari
esofagus dan membukanya tuba auditiva, semua fase pembuka masuk ke dalam
faring dapat ditutup secara volunter. Kontrol ini sangat penting dalam pernafasan dan
waktu makan, selama membukanya saluran nafas maka jalannya pencernaan harus
ditutup sewaktu makan dan menelan atau makanan akan masuk ke dalam laring dan
rongga hidung posterior.

3. Laring

Organ ini terletak di antara akar lidah dan trakhea. Laring terdiri dari Sembilan kartilago
melingkari bersama dengan ligamentum dan sejumlah otot yang mengontrol
pergerakannya. Kartilago yang kaku pada dinding laring membentuk suatu lubang
berongga yang dapat menjaga agar tidak mengalami kolaps. Dalam kaitan ini, maka
laring membentuk trakea dan berbeda dari bangunan berlubang lainnya. Laring masih
terbuka kecuali bila pada saat tertentu seperti adduksi pita suara saat berbicara atau
menelan. Pita suara terletak di dalam laring, oleh karena itu ia sebagai organ pengeluaran
suara yang merupakan jalannya udara antara faring dan laring.

161  
 
 
4. Trakhea

Trakea terletak memanjang di bahagian leher dan rongga dada atau (toraks).
Tenggorokan berupa pipa yang panjangnya ± 10 cm, terletak sebagian di leher dan
sebagian di rongga dada. Dinding tenggorokan tipis dan kaku, dikelilingi oleh cincin
tulang rawan, dan pada bagian dalam rongga bersilia. Berupa pipa yang dindingnya
terdiri atas 3 lapisan, yaitu lapisan luar terdiri atas jaringan ikat, lapisan tengah terdiri atas
otot polos dan cincin tulang rawan, dan lapisan dalam terdiri atas jaringan epitelium
besilia. Terletak di leher bagian depan kerongkongan. Trakea tersusun atas enam belas
sampai dua puluh cincin-cincin tulang rawan yang berbentuk C. Cincin- cincin tulang rawan
ini di bagian belakangnya tidak tersambung yaitu di tempat trakea menempel pada
esofagus. Hal ini berguna untuk mempertahankan agar trakea tetap terbuka.

5. Bronkhus

Merupakan percabangan trakea yang menuju paru-paru kanan dan kiri. Struktur bronkhus
sama dengan trakea, hanya dindingnya lebih halus. Kedudukan bronkhus kiri lebih mendatar
dibandingkan bronkhus kanan, sehingga bronkhus kanan lebih mudah terserang penyakit.
Bronkus tersusun atas percabangan, yaitu bronkus kanan dan kiri. Letak bronkus kanan dan
kiri agak berbeda. Bronkus kanan lebih vertikal daripada kiri. Karena strukturnya ini,
sehingga bronkus kanan akan mudah kemasukan benda asing. Itulah sebabnya paru-paru
kanan.

6. Bronkhiolus

Bronkheolus adalah percabangan dari bronkhus, saluran ini lebih halus dan dindingnya
lebih tipis. Bronkheolus kiri berjumlah 2, sedangkan kanan berjumlah 3, percabangan ini
akan membentuk cabang yang lebih halus seperti pembuluh.

7. Alveolus

Alveolus merupakan saluran akhir dari alat bernafas yang berupa gelembung-gelembung
udara. Gelembung tersebut diselimuti pembuluh kapiler darah . Alveolus adalah kantung
berdinding tipis, lembap didalam paru2 yang mengandung udara dan berlekat erat dengan
kapiler-kapiler darah, melalui seluruh dinding inilah terjadi pertukaran gas. Alveolus terdiri
atas satu lapis sel epitelium pipih dan di sinilah darah hampir langsung bersentuhan dengan
udara. Epitel pipih yang melapisi alveoli memudahkan darah di dalam kapiler-kapiler darah

162  
 
 
mengikat oksigen dari udara dalam rongga alveolus. Adanya alveolus memungkinkan
terjadinya perluasan permukaan yang berperan penting dalam pertukaran gas O2 dari udara
bebas ke sel-sel darah dan CO2 dari sel-sel darah ke udara.

(b) Memerihalkan fungsi sistem respiratori

• Memainkan peranan penting terutama di dalam proses pembekalan oksigen untuk


penjanaan tenaga ke seluruh anggota badan (sistem tenaga aerobik)
• Mengangkut CO2 sebagai bahan kumuh metabolisme badan.

• Diafragma seterusnya menjadi leper dan tulang rusuk yg terangkat menambah isi padu
rongga toraks.

• Penambahan isi padu akan mengurangkan tekanan udara di dalam paru-paru dan
udara menyerbu masuk ke dalamnya dari atmosfera melalui saluran-saluran udara.

• Melibatkan pertukaran karbon dioksida dan oksigen di antara sel dan limfa,termasuk
proses tenaga oksidatif dalam sel.

• Terdapat dua kumpulan otot terlibat iaitu:-

1) Otot interkostal luaran

2) Otot Interkostal dalaman

163  
 
 
* Tekanan persekitaran lebih tinggi juga menyebabkan udara masuk dan disebut
sebagai inspirasi.

(c) Memerihalkan proses inspirasi dan ekspirasi;

STRUKTUR SISTEM RESPIRASI

Mekanisme Pertukaran Gas Oksigen (02)dan Karbondioksida (CO2)

Udara lingkungan dapat dihirup masuk ke dalam tubuh makhluk hidup melalui dua cara,
yakni bernafas secara langsung dan pernafasan tak langsung. Pengambilan udara secara
langsung dapat dilakukan oleh permukaan tubuh lewat proses difusi. Sementara udara yang
dimasukan ke dalam tubuh melalui saluran bernafas dinamakan pernafasan tidak langsung.

Saat kita bernafas, udara diambil dan dikeluarkan melalui paru-paru. Dengan lain kata, kita
melakukan bernafas secara tidak langsung lewat paru-paru. Walaupun begitu, proses difusi
pada bernafas langsung tetap terjadi pada paru-paru. Bagian paru-paru yang meng alami
proses difusi dengan udara yaitu gelembung halus kecil atau alveolus. Oleh karena itu,
berdasarkan proses terjadinya bernafas, manusia mempunyai dua tahap mekanisme
pertukaran gas. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida yang dimaksud yakni mekanisme
bernafas eksternal dan internal.

1. Pernafasan Eksternal

Ketika kita menghirup udara dari lingkungan luar, udara tersebut akan masuk ke dalam paru-
paru. Udara masuk yang mengandung oksigen tersebut akan diikat darah lewat difusi. Pada
saat yang sama, darah yang mengandung karbondioksida akan dilepaskan. Proses pertukaran
oksigen (O2) dan karbondioksida (CO2) antara udara dan darah dalam paru-paru dinamakan
bernafas eksternal.

Saat sel darah merah (eritrosit) masuk ke dalam kapiler paru-paru, sebagian besar CO2 yang
diangkut berbentuk ion bikarbonat (HCO- 3). Dengan bantuan enzim karbonat anhidrase,
karbondioksida (CO2) air (H2O) yang tinggal sedikit dalam darah akan segera berdifusi
keluar.

Seketika itu juga, hemoglobin tereduksi (yang disimbolkan Hb) melepaskan ion-ion hidrogen
(H+) sehingga hemoglobin (Hb)-nya juga ikut terlepas. Kemudian, hemoglobin akan
berikatan dengan oksigen (O2) menjadi oksihemoglobin (disingkat HbO2).
164  
 
 
Proses difusi dapat terjadi pada paru-paru (alveolus), karena ada perbedaan tekanan parsial
antara udara dan darah dalam alveolus. Tekanan parsial membuat konsentrasi oksigen dan
karbondioksida pada darah dan udara berbeda.

Tekanan parsial oksigen yang kita hirup akan lebih besar dibandingkan tekanan parsial
oksigen pada alveolus paru-paru. Dengan kata lain, konsentrasi oksigen pada udara lebih
tinggi daripada konsentrasi oksigen pada darah. Oleh karena itu, oksigen dari udara akan
berdifusi menuju darah pada alveolus paru-paru.

Sementara itu, tekanan parsial karbondioksida dalam darah lebih besar dibandingkan tekanan
parsial karbondioksida pada udara. Sehingga, konsentrasi karbondioksida pada darah akan
lebih kecil di bandingkan konsentrasi karbondioksida pada udara. Akibatnya, karbondioksida
pada darah berdifusi menuju udara dan akan dibawa keluar tubuh lewat hidung.

2. Pernafasan Internal

Berbeda dengan bernafas eksternal, proses terjadinya pertukaran gas pada bernafas internal
berlangsung di dalam jaringan tubuh. Proses pertukaran oksigen dalam darah dan
karbondioksida tersebut berlangsung dalam respirasi seluler. Setelah oksihemoglobin (HbO2)
dalam paru-paru terbentuk, oksigen akan lepas, dan selanjutnya menuju cairan jaringan tubuh.
Oksigen tersebut akan digunakan dalam proses metabolisme sel.

Proses masuknya oksigen ke dalam cairan jaringan tubuh juga melalui proses difusi. Proses
difusi ini terjadi karena adanya perbedaan tekanan parsial oksigen dan karbondioksida antara
darah dan cairan jaringan. Tekanan parsial oksigen dalam cairan jaringan, lebih rendah
dibandingkan oksigen yang berada dalam darah. Artinya konsentrasi oksigen dalam cairan
jaringan lebih rendah. Oleh karena itu, oksigen dalam darah mengalir menuju cairan jaringan.

Sementara itu, tekanan karbondioksida pada darah lebih rendah daripada cairan jaringan.
Akibatnya, karbondioksida yang terkandung dalam sel-sel tubuh berdifusi ke dalam darah.
Karbondioksida yang diangkut oleh darah, sebagian kecilnya akan berikatan bersama
hemoglobin membentuk karboksi hemoglobin (HbCO2).

Namun, sebagian besar karbondioksida tersebut masuk ke dalam plasma darah dan bergabung
dengan air menjadi asam karbonat (H2CO3). Oleh enzim anhidrase, asam karbonat akan
segera terurai menjadi dua ion, yakni ion hidrogen (H+) dan ion bikarbonat (HCO- ). CO2
yang diangkut darah ini tidak semuanya dibebaskan ke luar tubuh oleh paru-paru, akan tetapi
hanya 10%-nya saja. Sisanya yang berupa ion-ion bikarbonat yang tetap berada dalam darah.

165  
 
 
Ion-ion bikarbonat di dalam darah berfungsi sebagai bufer atau larutan penyangga. Lebih
tepatnya, ion tersebut berperan penting dalam menjaga stabilitas pH (derajat keasaman) darah.

(e) Memerihalkan fungsi hemoglobin dalam pengangkutan gas

Mekanisme Pertukaran Oksigen (O2) dan Karbon Dioksida (CO2) Dari Alveolus ke
Kapiler Darah dan Sebaliknya

1. Pertukaran O2 dan CO2 Dari Alveolus ke Kapiler Darah

Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida terjadi di alveolus. Oksigen dari Alveolus dibawa
ke Kapiler darah dan berdifusi dalam darah. Di dalam sel-sel darah merah, oksigen berikatan
dengan Hemoglobin (Hb) membentuk oksihemoglobin (HbO2) yang selanjutnya akan beredar
darah menuju seluruh tubuh. Begitu mencapai sel-sel tubuh, oksigen dilepaskan sehingga
HbO2 kembali menjadi Hb.

Dari sekitar 300 liter oksigen yang masuk ke dalam tubuh selama sehari semalam, hanya
sekitar 2%-3% yang dapat larut dalam plasma darah. Sebagian besar oksigen akan diangkut
oleh Hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan zat warna merah darah atau
zat pigmen respirasi yang tersusun atas senyaw hemin atau hematin (mengandung unsur Fe)
dan globin (suatu protein).

2. Pertukaran O2 dan CO2 Dari Kapiler Darah ke Alveolus

Pada waktu darah mengalir ke paru-paru, hemoglobin mengikat ooksigen sampai jenuh.
Oksihemoglobin akan melepaskan oksigen lebih banyak pada lingkungan asam. Apabila lebih
banyak oksigen yang digunakan, lebih banyak pula karbon dioksida yang terbetuk dan
diambil oleh darah. Karbon dioksida yang diambil akan bereaksi dengan air membentuk asam
karbonat (H2CO2) yang berakibat darah bersifat asam.

Dalam kondisi normal tubuh menghasilkan sekitar 200 cc karbon dioksida dan setiap liter
darah hanya dapat melarutkan 4,3 cc karbon dioksida. Hal tersebut menyebabkan
terbentuknya asam karbonat dan pH darah menjadi asam (4,5). Dengan adanya ion Na+ dan
K+, keasaman darah dapat dinetralkan.

Mekanisme Pertukaran Karbon Dioksida Dan Oksigen

Pertukaran gas antara oksigen dan karbon dioksida terjadi melalui proses difusi. Proses
tersebut terjadi di alveolus dan di sel jaringan tubuh. Proses difusi berlangsung sederhana,
166  
 
 
yaitu hanya dengan gerakan molekul-mAolekul secara bebas melalui membran sel dari
konsentrasi tinggi atau tekanan tinggi ke konsentrasi rendah atau tekanan rendah.

Proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida.

Oksigen masuk ke dalam tubuh melalui inspirasi dari rongga hidung sampai alveolus. Di
alveolus oksigen mengalami difusi ke kapiler arteri pori-pori. Masuknya oksigen dari luar
(lingkungan) menyebabkan tekanan parsial oksigen (P02) di alveolus Iebih tinggi
dibandingkan dengan P02 di kapiler arteri paru-paru. Karena proses difusi selalu terjadi dari
daerah yang bertekanan parsial tinggi ke daerah yang bertekanan parsial rendah, oksigen akan
bergerak dari alveolus menuju kapiler arteri paru-paru.

Oksigen di kapiler arteri diikat oleh eritrosit yang mengandung hemoglobin sampai menjadi
jenuh. Makin tinggi tekanan parsial oksigen di alveolus, semakin banyak oksigen yang terikat
oleh hemoglobin dalam darah. Hemoglobin terdiri dari empat sub unit, setiap sub unit terdiri
dari bagian yang disebut heme. Di setiap pusat heme terdapat unsur besi yang dapat berikatan
dengan oksigen, sehingga setiap molekul hemoglobin dapat membawa empat molekul
oksigen berbentuk oksihemoglobin. Reaksi antara hemoglobin dan oksigen berlangsung
secara reversibel (bolak-balik) yang dipengaruhi oleh beberapa faktor, yaitu suhu, pH,
konsentrasi oksigen dan karbon dioksida, serta tekanan parsial.

Hemoglobin akan mengangkut oksigen ke jaringan tubuh yang kemudian akan berdifusi
masuk ke sel-sel tubuh untuk digunakan dalam proses respirasi. Proses difusi ini terjadi
karena tekanan parsial oksigen pada kapiler tidak sama dengan tekanan parsial oksigen di sel-
sel tubuh.

Di dalam sel-sel tubuh atau jaringan tubuh, oksigen digunakan untuk proses respirasi di dalam
mitokondria sel. Semakin banyak oksigen yang digunakan oleh sel-sel tubuh, semakin banyak
karbon dioksida yang terbentuk dari proses respirasi. Hal tersebut menyebabkan tekanan
parsial karbon dioksida atau (PCO2) dalam sel-sel tubuh lebih tinggi dibandingkan PCO2
dalam kapiler vena sel-sel tubuh. Oleh karenanya karbon dioksida dapat berdifusi dari sel-sel
tubuh ke dalam kapiler vena sel-sel tubuh yang kemudian akan dibawa oleh eritrosit menuju
ke paru-paru. Di paru-paru terjadi difusi CO2 dari kapiler vena menuju alveolus. Proses
tersebut terjadi karena tekanan parsial CO2 pada kapiler vena lebih tinggi daripada tekanan
parsial CO2 dalam alveolus.

Karbon dioksida dalam eritrosit akan bereaksi dengan air membentuk asam karbonat. Akibat
terbentuknya asam karbonat, pH darah menjadi asam, yaitu sekitar 4,5. Darah yang bersifat
167  
 
 
asam dapat melepaskan banyak oksigen ke dalam sel-sel tubuh atau jaringan tubuh yang
memerlukannya.

Pengangkutan karbon dioksida dari jaringan dengan pengubahan dari karbon dioksida
menjadi asam karbonat atau sebaliknya dipercepat oleh enzim karbonat anhidrase.

Apabila ion H+ tetap tinggal di dalam darah akan berakibat darah bersifat asam. Oleh karena
itu, ion H+ dinetralkan dengan ion K+. Setelah itu aliran darah kembali ke paru-paru dan
melepaskan karbon dioksida. Hal itu dapat mengurai konsentrasi karbon dioksida dan asam
karbonat. Kemudian asam karbonat diuraikan menjadi air dan karbon dioksida. Darah
melepaskan sekitar 10% karbon dioksida saat darah mengalir ke paru-paru dan sisanya yaitu
sekitar 90% tetap tertahan dalam bentuk bikarbonat (HCO3-) yang bertindak sebagai buffer
(penyangga) darah yang penting untuk menjaga agar Ph darah tetap.

Karbon dioksida yang dibentuk melalui respirasi sel diangkut menuju paru-paru. Setelah
sampai di alveolus, karbon dioksida berdifusi dari kapiler ke alveolus. Dapi alveolus, karbon
dioksida dikeluarkan melalui saluran pernafasan saat menghembuskan nafas, dan akan keluar
melalui hidung.

Mekanisme Pernafasan Manusia

Bernafas adalah suatu proses yang terjadi secara otomatis walau dalam keadaan tertidur
sekalipun, karena sistem bernafas dipengaruhi oleh susunan saraf otonom. Menurut tempat
terjadinya pertukaran gas maka bernafas dapat dibedakan atas 2 jenis, yaitu bernafas luar dan
bernafas dalam.

Bernafas luar adalah pertukaran udara yang terjadi antara udara dalam alveolus dengan darah
dalam kapiler. Bernafas dalam adalah bernafas yang terjadi antara darah dalam kapiler dengan
sel-sel tubuh. Masuk keluarnya udara dalam paru-paru dipengaruhi oleh perbedaan tekanan
udara dalam rongga dada dengan tekanan udara di luar tubuh. Jika tekanan di luar rongga
dada lebih besar, maka udara akan masuk. Sebaliknya, apabila tekanan dalam rongga dada
lebih besar maka udara akan keluar.

Sehubungan dengan organ yang terlibat dalam pemasukkan udara ( inspirasi) dan pengeluaran
udara ( ekspirasi) maka mekanisme bernafas dibedakan atas dua macam, yaitu bernafas dada
dan bernafas perut. Bernafas dada dan perut terjadi secara bersamaan.

168  
 
 
1. Pernafasan Dada

Apabila kita menghirup dan menghempaskan udara menggunakan bernafas dada, otot yang
digunakan yaitu otot antartulang rusuk. Otot ini terbagi dalam dua bentuk, yakni otot
antara tulang rusuk luar dan otot antartulang rusuk dalam.

Saat terjadi inspirasi, otot antartulang rusuk luar berkontraksi, sehingga tulang rusuk menjadi
terangkat. Akibatnya, volume rongga dada membesar. Membesarnya volume rongga dada
menjadikan tekanan udara dalam rongga dada menjadi kecil/berkurang, padahal tekanan
udara bebas tetap. Dengan demikian, udara bebas akan mengalir menuju paru-paru melewati
saluran bernafas.

Sementara saat terjadi ekspirasi, otot antartulang rusuk dalam berkontraksi


(mengkerut/mengendur), sehingga tulang rusuk dan tulang dada ke posisi semula. Akibatnya,
rongga dada mengecil. Oleh karena rongga dada mengecil, tekanan dalam rongga dada
menjadi meningkat, sedangkan tekanan udara di luar tetap. Dengan demikian, udara yang
berada dalam rongga paru-paru menjadi terdorong keluar.

2. Pernafasan Perut

Pada proses bernafas ini, fase inspirasi terjadi apabila otot diafragma (sekat rongga dada)
mendatar dan volume rongga dada membesar, sehingga tekanan udara di dalam rongga dada
lebih kecil daripada udara di luar, akibatnya udara masuk. Adapun fase ekspirasi terjadi
apabila otot-otot diafragma mengkerut (berkontraksi) dan volume rongga dada mengecil,
sehingga tekanan udara di dalam rongga dada lebih besar daripada udara di luar. Akibatnya
udara dari dalam terdorong ke luar.

169  
 
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.8 Sistem Urinari

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Menyatakan komponen utama sistem urinari dan fungsinya;
(b) Menghuraikan fungsi sistem urinari;
(c) Menghubung kait warna air kencing atau urin dengan status hidrasi.

(a) Menyatakan komponen utama sistem urinari dan fungsinya


SISTEM URINARI
Maksud sistem urin adalah sistem organ yang memproduksi, menyimpan, dan mengalirkan
urin. Pada manusia, System ini terdiri dari dua ginjal, dua ureter, kandung kemih, dua otot
sphincter, dan uretra.

• Sistem perkumuhan ialah suatu sistem pembuangan atau pengeluaran


bahan hampas ungkai bina dari darah dalam bentuk sisa buangan yang
dikenali sebagai air kencing dan integumentari dari peluh melalui
peluh.

• Sebahagian besar bahan buangan bersama bahan toksid dan bahan asas
yang berlebihan dikeluarkan dari badan bercampur dengan air
melalui sistem urinari

• Bahan buangan ini dikeluarkan bersama-sama air dan karbon dioksida


sebagai bahan hasil akhir.

• Fungsi utama sistem urinari adalah untuk membuang bahan buangan


dan menolong badan mengekalkan homeostasis dengan mengawal
kandungan dan isipadu.

Organ Sistem Urinari


Ginjal
• Merupakan organ berpasangan yang terdapat di setiap sisi kolum
vertebra.

170  
 
 
• Bentuknya seperti biji kacang hijau dan berwarna kemerahan.

• Ginjal terletak di bahagian atas dinding abdomen posterior.

• Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan berbentuk


seperti biji kacang hijau.

• Berukuran 10-12 cm panjang, 5-7 cm lebar dan 2.5 cm tebal dan seberat kira-
kira 140 gm bagi orang dewasa.

• Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan di


tengahnya yang disebut sebagai hilum.

• Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh –pembuluh ginjal.

• Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri.

• Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu.Pertama, lapisan dalam adalah kapsul
renal atau kapsul sebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis;

• lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu terdiri daripada tisu
perantara padat.

• lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan lapisan luar yang
dikenali sebagai lemak perirenal.

171  
 
 
URETER
Juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub yang keluar dari setiap
ginjal.Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing.Terdiri daripada tiub berotot dan
mempunyai panjang kira-kira 25 cm panjang.Dua bahagian ureter:Pertama, corong atau pelvis
ginjal. Bahagian atas yang kembang berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks.
Kedua, salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih kurang 25.4cm. Ia bermula dari
hadapan otot belakang abdomen terus ke ruang pelvis benar dan berakhir di permukaan
belakang pundi kencing.
Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah:Tisu berserat lapisan bahagian luar;Tisu otot bebas
lapisan tengah, gerakan peraltasis bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundi
kencing; dan Tisu epitelium peralihan lapisan dalam ureter berfungsi untuk melindunginya
daripada asid urik.

PUNDI KENCING
Adalah organ yang berotot dan berongga. Berfungsi untuk menakung air kencing.Ianya
berbentuk bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila kosong. Pundi
kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga dinding. Ruang dalam pundi kencing berbentuk
segi tiga dan disebut sebagai trigon. Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian
puncaknya menghala ke bawah.Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan sangat peka
terhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing
Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari.Lapisan dalamnya
adalah kalis air di mana terbina daripada membran mukus jenis epitelium peralihan.Urin akan
disimpan untuk sementara waktu sahaja sehingga ia dikeluarkan melalui uretra.Sebanyak satu
liter urin boleh ditakung oleh pundi kencing. Namun, dalam keadaan luar biasa ia boleh
menakung sebanyak tiga liter urin. Pada keadaan normal, apabila pundi kencing menakung 6
–10 liter urin, perasaan hendak kencing akan timbul.

172  
 
 
Nefron
• Nefron terdiri daripada 2 bahagian :

l Tubul renal

l Kapsul renal

• Kapsul renal mengandungi jambak kapilari dan mengelilingi jambak ini adalah
kapsul bowmen.

• Darah mengalir dari arteriol aferen dan ditapis diglomerulus.

• Bahan yang telah ditapis memasuki tubul renal.

(b) Menghuraikan fungsi sistem urinari


Fungsi Sistem Urinari
Rembesan
• Proses ini ialah suatu proses perembesan atau pengeluaran air kencing.

• Dalam proses penyerapan,bahan bahan yang diperlukan oleh tubuh diserapkan masuk
ke dalam rerambut darah melalui salur halus kencing.

• Dalam proses perembesan, bahan yang tidak diperlukan seperti urea,racun,pigmen


dan dadah dibiarkan keluar dalam air kencing

Pengekalan keseimbangan asid bes (alkali)


• Bagi sesuatu diet vegatarian, proses metabolisme mungkin menyebabkan terjadinya lebihan
alkali dalam tubuh dan bukannya lebihan asid.

• Bagi keadaan demikian, ion hidroksil, bukannya ion hidrogen akan dirembeskan oleh tubuh
ginjal ke dalam hasil turasan dan menyebabkan air kencing beralkali.

• Natrium dihidrogen fosfat akan ditukarkan kepada dinatrium hidrogen fosfat.

• Lebihan alkali ini akan dikumuhkan dalam bentuk ini dan juga sebagai natrium bikarbonat.

Pembuangan Urin

• Air kencing mengalir dari ginjal ke pundi kencing.


173  
 
 
• Gerakan peristaltis dari salur ginjal membantu dalam alirannya.

• Ia terkandung di dalam pundi kencing.

Air kencing

Jernih Menunjukkan terlebih air.


Biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat.
Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi
mengelak pengesanan dadah dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.
Kuning/Kuning bata cair Mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran
darah.
Kencing berdarah Dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing
Air kencing gelap/perang. Mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau
sindrom Gilbert.
Air kencing hitam Dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma
Air kencing Mungkin disebabkan oleh porphyria
kemerahan/kelabu
Kuning flores/ kehijauan Mungkin disebabkan oleh pemakanan vitamin tambahan, terutama
Fluorescent Yellow vitamin B
Air kencing kuning gelap Biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan

Kepadatan atau graviti khusus

• Kepadan air kencing normal atau nilai graviti khusus antara 1.003-1.035
(g.cm₃).

• Warna dan jumlah kencing boleh menjadi petunjuk berguna bagi tahap
rehidrasi (rehydration). Air kencing yang banyak dan jernih biasanya tanda
rehidrasi yang mencukupi, Air kencing gelap merupakan tanda dehidrasi
(dehydration). Air kencing keruh mungkin merupakan simptom jangkitan
bakteria, tetapi juga diakibatkan oleh pembentukan kristal garam seperti
kalsium fosfat.

174  
 
 
(c) Menghubung kait warna air kencing atau urin dengan status hidrasi.

175  
 
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.9 Sistem Endokrina

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mengenal pasti kelenjar pituitari, tiroid, adrenal, dan pankreas;
(b) Menyenaraikan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari, tiroid, adrenal, dan
pankreas;
(c) Memerihalkan fungsi asas hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari, tiroid, adrenal,
dan pankreas.

(a) Mengenal pasti kelenjar pituitari, tiroid, adrenal, dan pankreas


Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon.
Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh
tubuh.Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan
berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh
hormon.
i. Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi
padunya di dalam tubuh badan.
ii. Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma,
stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau.
iii. Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh.
iv. Memainkan peranan dalam pembiakanseperti dalam pembentukan gamet,
persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan
kepada anak yang baru lahir.

176  
 
 
(b) Menyenaraikan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari, tiroid, adrenal, dan
pankreas

Kalenjar Pituitari

i. Digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyak hormone dan
mengawal aktiviti tubuh.
ii. Bergaris pusat hanya 1.3 cm sahaja dan berbentuk bulat.
iii. Dibahagikan kepada dua lobus: lobus anterior dan lobus posterior.

177  
 
 
iv. Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari.
v. Kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormone di dalam tubuh.

Kalenjar Tiroid

• Terletak dibahagian bawah kerongkong dan di hadapan halkum.

• Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroksin, triiodotaironin dan kalsitonin.

• Hormon tiroid adalah hormon yang utama bagi metabolisme.

• Penting untuk tumbesaran khususnya sistem pembiakan dan sistem saraf.


Hormon kalsitonin pula merangsang penyimpanan kalsium pada tulang-tulang.

• Kekurangan iodin mengganggu pembentukan hormon tiroksin dan ini


menyebabkan berlakunya beguk.

• Kekurangan tiroksin pada kanakkanak menyebabkan “kretisme”

• Bagi orang dewasa pula, kekurangan tiroksin menyebabkan kelembapan pergerakan


dan mental, bengkak pada muka, kelesuan, suhu badan yang rendah dan kegemukan.

Kalenjar Adrenal

178  
 
 
Berpasangan yang terletak pada bahagian atas (superior) ginjal. Mempunyai bentuk
piramid yang rata.Saiz pada dewasa : 3-5 cm tinggi, 2-3 cm lebar. Mempunyai 2 bahagian
utama :
Adrenal Korteks : bahagian luar
Adrenal Medula : bahagian dalam (tengah)
• Terletak di atas ginjal.

• Terbahagi kepada adrenal korteks dan adrenal medulla.

• Adrenal korteks merembaskan hormon glukokortikoid, mineralokortikoid dan


Androgen.

• Adrenal medula pula merembeskan hormon epinefrin dan norepinefrin.

• Kekurangan glukokortikoid dan mineralokortikoid boleh menyebabkan penyakit


Addison.

• Lebihan glukokortikoid menyebabkan penyakit cushing

• Lebihan androgen daripada adrenal korteks menyebabkan sindromadrenogenital

Pankreas

• Pankreas terletak berhampiran dengan perut.

• terdapat kelenjar endokrina yang dikenali sebagai kumpulan pankreatik (pancreatic


islets).

179  
 
 
• Lebihan insulin akan menyebabkan hipoglisemia, sementara kekurangan atau
ketiadaan insulin pula boleh menyebabkan diabetis mellitus.

• Lebihan atau kekurangan glukagon pula tidak menyebabkan gangguan atau masalah
kesihatan yang serius.

(c) Memerihalkan fungsi asas hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari, tiroid,
adrenal, dan pankreas

FUNGSI HORMON

— Hormon adalah zat yang dilepaskan k dalam darah dari sesuatu kelenjar atau organ
yang mempengaruhi kegiatan di dalam sel-sel.

— Sebahagian besar hormon merupakan protien yang terdiri daripada rantai asid amino
dangan panjang yang berbeza-beza.

— Sisanya merupakan streoid iaitu zat lemak yang merupakan dirivat daripada kolestrol.

— Hormon terikat kepada reseptor di permukaan sel atau di dalam sel.

— Ikatan antara hormon dan reseptor akan mempercepatkan, melambatkan atau


mengubah fungsi sel.

— Pada akhirnya hormon mengendalikan fungsi di seluruh organ kerana sedikit hormon
mampu mempengaruhi organ-organ dalam tubuh kita.

Hormon Kelenjar yang Fungsi


menghasilkan
Hormon antiduretik Kelenjar pituitari ☺menyebabkan ginjal menahan air.
(vasopresin) (kelenjar hipofiseal) ☺bersama dengan aldosteronmembantu
mengendalika tekanan darah.
Kortikotropin Kelenjar hipofiseal ☺mengendalikan pembentukan danperlepasan
hormon oleh korteks adrenal.
Hormon pertumbuhan Kelenjar hipofiseal ☺meningkatkan pembentukanprotien.
Lh( luteinizing hormone) Kelenjar hipofiseal ☺mengendalikan fungsi reproduktif (pembentukan
sperma dan kematangan testis)
Fsh(follicle stimulating ☺mengendalikan ciri-ciri seksual lelaki dan
hormone) perempuan seperti pembentukan otot, kelebatan
rerambut, ketebalan kulit, perubahan suara dan sifat
keperibadian.

180  
 
 
Hormon Kelenjar yang Fungsi
menghasilkan
Epineferin dan Kelenjar adrenal ☺meningkatkan kadar denyutan jantung.
norrepineferin (lapisan medulla) ☺meningkatkan output tulang.
☺merangsangkan pernafasan.
☺meningkatkan tekanan darahdengan kesan
vesokonstriksi (penyempitan salur darah) dan
mempercepatkan glikogenolisis.
Kortikoid Kelenjar adrenal ☺mengimbangi bendalir dan galiandalam tubuh.
(lapisan korteks) ☺pengangkutan natrium dalam ginjal.
Glukokorikoid (kortisol dan Lapisan korteks ☺metabolisme karbohidrat & protein
kortison) ☺meningkatkan sintesis glukosa daripada amino.
☺meningkatkan penghasilan glikogen dalam hati.
☺merangsangkan penghasilan atp.
Aldosteron Kelenjar adrenal Membantu mengatur keseimbangan garam dan air
dengan cara menahan garam dan air serta membuang
kalsium
Glukogen Kelenjar pankreas Mempercepatkan penukaran glikogen kepada
glukosa
Mempercepatkan peningkatan paras gula dalam
darah (hiperglicemia)
Perangsang melanosit Kelenjar pankreas Tidak signifikan terhadap manusia
(msh)
Insulin Kelenjar penkreas Menurunkan kadar gula dalam darah
Mempengaruhi metabolisme glukosa, protien dan
lemak di seluruh tubuh
Antidiuretik (adh) Kelenjar penkreas Merembeskan bedasarkan tekanan osmotik darah
hipotalamik
• Menggalakkan penyerapan semula air oleh
ginjal

Hormon Kelenjar yang Fungsi


menghasilkan
Hormon tumbasaran gh Kelenjar tiroid • Mengawal penghasilan rawan di hujung
(somatotrofin) tulang panjang.
• Menggalakkan metabolisme lemak dan
kurangkan penggunaan kerbohidrat
Hormon perangsang tiroid Kelenjar tiroid • Mengawal semua fasa aktiviti kelenjar tiroid
tsh (tirotrofin) termasuk pembahagian sel, sintesis dan
rembesan hormon taitoid
Adrenokortikotrofin (acth) Kelenjar tiroid • Mengawal tumbasaran adrenal korteks
– kortikotrofin • Memberi rintangan terhadap tekanan akibat
stroid yang dirembeskan oleh adrenal
kortikal
Hormon perangsang folikle Kelenjar tiiroid • Merangsang kematangan folikle ovari dan
fsh (ganodotrofik) sperma dalam testis
Hormon luteinizing lh Kelenjar tiroid • Penghasilan korpus dan icsh rembesan sel
(luteotrofin/ganodotrofik) intersitikular
Hormon prolaktin Kelenjar tiroid • Membantu pengawalan luteum korpus
(laktogenik) semasa kehamilan
• Mengawal dan menggalakkan rembesan
susu bagi ibu yang menyusukan anak
Estrogen Ovari • Mengawal ciri-ciri seks wanita.
181  
 
 
• Mempersiapkan rahim supaya dapat
menerima telur yang disenyawakan.
• Merangsang rahim untuk melindungi dan
menyediakan makanan bagi bayi yang
sedang memmbesar.
Progesteron Ovari • Membentuk kelenjar mamari bagi
menghasilkan susu dan menebal lapisan
uterus.
• Mengurangkan penguncupan uterus.
Testosteron Testis • Mengawal ciri-ciri seks lelaki (suara, kulit
kasar dan panambahan rerambut)

182  
 
 
PENGGAL 2 : KECERGASAN

6.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sub Tajuk: 6.10 Sistem Reproduktif

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mengenal pasti struktur dan fungsi sistem reproduktif lelaki dan wanita;
(b) Memerihalkan fasa yang terlibat dalam kitaran haid.

(a) Mengenal pasti struktur dan fungsi sistem reproduktif lelaki dan wanita

Pengenalan

Sistem pembiakan manusia terdiri daripada organ2 yang bertugas untuk memanjangkan zuriat
manusia didunia ini.Beberapa daripada organ ini menghasilkan hormon untuk membolehkan
tugas pembiakan ini berlaku dengan cekap. Secara amnya sistem pembiakan ini terdiri
daripada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan bahagian luar.

Sistem Pembiakan Lelaki

Organ pembiakan lelaki terdiri daripada :

Organ Luar

• Zakar atau pelir (penis)

• Keradut buah zakar (skrotum)

Organ Dalam

• Buah zakar

• Salur sperma besar atau salur mani (vas deferens)

• Pundi sperma

• Kilang prostat

• Kilang Cowper

183  
 
 
KERATAN ORGAN LELAKI

Sistem Pembiakan Perempuan

Organ pembiakan perempuan terdiri daripada struktur berikut :

Organ Luar

• Tundun (mons veniris atau mons pubis)

184  
 
 
• Bibir kemaluan besar (labia majora)

• Bibir kemaluan kecil (labia minora)

• Kelentit (clitoris)

• Selaput dara (hymen)

* Kesemua struktur ini membentuk kemaluan luar perempuan yang dikenali sebagai faraj

Organ Dalam

• Rahim (uterus)

• Buah rahim (ovari)

• Salur Fallop

• Faraj

Organ pembiakan ketiga

• Kilang memari (memari glands) atau kilang susu (payu dara)

Keratan Organ Perempuan

185  
 
 
Fungsi Sistem Reproduktif Lelaki

Zakar

• Zakar adalah organ kemaluan luar lelaki. Ia terdiri daripada mempunyai tisu istimewa
yang mempunyai daya boleh tegak.
• Tisu ini tersusun secara silinder dan tiap2 bahagian ini tertutup dengan tisu fiber.
Keradut Buah Zakar (skrotum)

• Keradut buah zakar ialah karung kulit yang mengandungi dua biji buah zakar.
Dinding sekat memisahkan kedua-duanya.

• Kulit tubuh ini berkedut dan di dalamnya terdapat fiber otot yang dinamakan otot
dartos. Keradut ini adalah perlu untuk menentukan suhu yang tidak berbeza dengan
berlebih-lebihan di dalam ruangannya supaya penghasilan sel sperma dari dalamnya
tidak terganggu.
Buah Zakar (testis)

• Testis walaupun dikelaskan sebagai organ pembiakan dalaman sebenarnya terletak di


luar tubuh iaitu di dalam karung kulit yang menbentuk skrotum.

• Tiap-tiap testis terdiri daripada lobula kecil mengandungi binaan yang menghasilkan
sel sperma. Kapsul yang mengelilingi testis terbina daripada tisu2 fiber putih yang
dinamakan Tunika Albuginea.

• Kapsul ini membina dinding sekat untuk membentuk beberapa copeng dalam testis.

Korda Sperma

• Apabila testis turun dari ruang abdomen ke skrotum ia membawa bersama2 salur
darah,saraf,salur limfatika yang membekalkannya.

• Di salur inguina salur mani dan struktur yang disebut diatas semuanya terlintup
didalam suatu salur yang memelihara salur ini yang dinamakan korda sperma

Tugas Testis

Hormon kejantinaan lelaki iaitu hormon testosteron akan berfungsi dan menjalankan tugas-
tugas berikut :

• Mengembangkan sifat kejantinaan pada peringkat baligh seperti perubahan


suara,janggut,misai dan bulu tubuh serta perkembangan organ jantina lelaki.
186  
 
 
• Membantu ungkaibina protein dan membina otot2 jalur.

• Mengalakkan penyerapan natrium ke dalam salur halus kencing buah pinggang.

• Menentang penghasilan hormon gonadotrofin iaitu hormon perangsang folikula dan


hormon perangsang sel celah.

• Ini kerana jika hormon ini terangsang, darah dalam testis akan menghasilkan hormon
testosteron.

Salur Sperma (vas deferens)

• Berukuran lebih kurang 18 inci panjang.

• Bermula di ekor lingkar sperma, naik ke atas menerusi salur inguina dan sampai ke
ruang pelvis.

• Dalam ruang pelvis, salur sperma melalui permukaan atas pundi kencing sebagai
ampulanya.

• Salur dari bahagian ampula sperma bersatu dengan salur dari pundi sperma.

• Kedua2 salur ini membuka ke dalam salur pemancut dan salur pemancut ini membuka
ke dalam salur kencing bahagian prostat.

• Salur sperma membawa sperma dari testis ke dalam salur kencing.

Pundi Sperma

• Terletak di hadapan usus hujung.

• Ruang dalam pundi sperma menunjukkan beberapa kantung kecil.

• Pundi sperma menghasilkan satu bendalir pekat yang bercampur dalam air mani.

• Bendalir ini mengandungi zat makanan yang membantu ungkai bina sel sperma.

• Salurnya bersatu dengan salur sperma untuk membentuk salur pemancut yang
membuka ke dalam salur uretra.

187  
 
 
Kilang Prostat

• Terletak di dasar bawah pundi kencing iaitu disekelilingi salur kencing bahagian
prostat.

• Bendalir prostat memelihara sel sperma dari tindak balas di dalam salur kencing lelaki
dan juga apabila sel2 sperma itu berada di dalam faraj, bendalir prostat melindungi sel
sperma dari tindak balas asid di dalam faraj perempuan.

• Tindakbalas asid yang kuat boleh memusnahkan sel sperma di dalam liang faraj.

Sperma

• Sel kejantinaan lelaki ialah sperma.

• Sel ini mempunyai bahagian kepala, badan dan ekor.

• Ekornya membantu dalam pergerakannya.

• Pada tiap2 pemancutan bilangan sperma bagi setiap sentimeter padu(cm2) ialah lebih
kurang 100 juta sel.

• Sperma yang terpancut dalam liang faraj pada masa persetubuhan bergerak dengan
kuasanya sendiri masuk ke dalam ruangan rahim dan sampai ke dalam salur fallop.

• Di sini berlaku persenyawaan, Air mani mengandungi sejenis enzim hialuronidse


yang boleh mencairkan sel yang membina karung ovum dan ia membantu sel sperma
menembusi sel ovum itu.

• Sel sperma yang terpancut ke dalam liang faraj boleh hidup lebih kurang 24 jam.

Fungsi Sistem Reproduktif Perempuan.

Vulva (bibir faraj)

• Struktur yang membentuk organ kemaluan luar perempuan di kenali sebagai vulva.

• Struktur ini ialah pubis, labia majora, labia minora, kelentit, pintu salur kencing, pintu
liang faraj serta selaput dara yang menutupinya dan kilang Bartholin.

188  
 
 
Mons Veniris (tundun)

• Terletak di bahagian hadapan sendi ari ari dan terdiri daripada tisu lemak dan kulit
tubuh. Pada peringkat baligh bulu ari ari menyelubunginya.

Labia Majora

• Tisu ini terbina dan terdiri daripada lemak dan kulit.

• Tiap2 lipatan bermula daripada bahagian mons veneris, melengkung di sekelilingi


bahagian kemaluan dan bertemu di bahagian salapaha.

• Permukaan sisi luarnya terdiri daripada kulit tubuh yang berpigmen dan mengandungi
bulu, tetapi permukaan sisinya dalamnya licin dan bebas daripada bulu.

Labia Minora

• Bibir ini terdapat di sisi dalam bibir kemaluan besar.

• Lapangan yang terkandung di antara labia minora dinamakan fisura labia minora atau
vestibula.

• Salur kencing membuka di bahagian atas fisura dan pintu liang faraj di bahagian
bawahnya.

• Bibir2 labia minora bertemu di bahagian bawah lalu membentuk satu lipatan kecil
yang dikenali sebagai fourcheet. Di bahagian atas bibir2 ini bertemu lalu membentuk
kelentit (clitoris).

Kelentit (clitoris)

• Kelentit adalah satu binaan kecil yang terdapat di bahagian atas pertemuan labia
minora.

• Bibir2 kemaluan ini menyelubungi kelentit lalu membentuk kulit atau sarungnya yang
dinamakan kulup kelentit.

• Binaanya seakan akan binaan zakar, dan tisu menegak yang mendirikanya dibekalkan
dengan salur darah dan urat saraf.

189  
 
 
• Apabila ia terangsang, tisu tegak itu akan dipenuhi dengan darah dan kelentit akan
tegak.

Selaput Dara (hymen)

• Suatu selaput makosa yang dinamakan selaput dara mengelilingi pinggir pintu liang
faraj.

• Selaput dara menutupi separuh bahagian sahaja di pintu liang faraj.

• Ini perlu untuk membenarkan pengeluaran darah haid.

• Kadang2 selaput dara itu, menyekat keluarnya darah haid. Keadaan ini dipanggil
‘selaput dara tidak berlubang’

Kilang Bartholin

• Kilang ini terdiri daripada dua kilang berbentuk kacang hijau dan tiap2 kilang terletak
di sisi pintu liang faraj.

• Salur dari kilang ini membuka lapangan di antara selaput dara dengan libia minora.

• Kilang ini menghasilkan bendalir untuk melicinkan liang faraj.

• Sekumpulan kilang mukosa kecil yang dinamakan kilang skene membuka melalui dua
salur kecil ke dalam ruang fisura dekat dengan salur kencing.

Pintu Salur Kencing dan Liang Faraj

• Kedua dua pintu ini membuka di lapangan fisura salur kencing di bahagian atas dan
pintu faraj di bawah :

190  
 
 
Organ perempuan

Selapaha (perineum)

• Selapaha ialah bahagian di antara bibir faraj dengan dubur (anus).

• Kulit tubuh di sini adalah longgar dan elastik untuk menyenangkan lahirnya bayi.

• Walaupun dalam keadaan longgar dan elastik kadang2 bahagian selapaha terkoyak
pada masa anak dilahirkan.

• Kekoyakan pada bahagian selapaha membahayakan ibu keran kekoyakan yang dalam
boleh berlanjut ke dubur dan menganggu tindakan otot pencerut dubur.

• Ini akan mengakibatkan najis yang keluar dari dubur mencemarkan luka yang
terkoyak itu.

• Untuk mengelakkan daripada bahaya ini suatu pembedahan di selapaha adalah perlu
terutamanya bagi kelahiran yang pertama.

Faraj

• Faraj ialah satu salur lebih kurang 3 hingga 4 inci panjangnya dan terletak di antara 2
hujung usus dengan dubur dibelakangnnya dan pundi kencing di hadapannya.

• Dari pintu di fisura bibir faraj salur ini berlanjut ke arah atas dan belakang hingga
bahagian lehir(serviks)

191  
 
 
• Dinding faraj terbina daripada otot bebas bebas dan permukaan dalamnya berlapik
dengan tisu epitelium berlapisan.

• Dinding faraj mengandungi banyak glikogen dan ruangnya dibasahi dengan bendalir
yang dihasilkan oleh kilang mukosa.

Tugas Faraj

• Faraj ialah organ persetubuhan perempuan, ia menerima sperma lelaki.

• Ia membenarkan perjalanan darah haid

• Faraj ialah sebahagian daripada salur kelahiran anak.

Rahim (uterus)

• Rahim atau uterus ialah organ yang berongga dan bagi dara, saiznya lebih kurang 3
inci panjang, 2 inci lebar dan 1 inci tebal.

• Ia terletak di ruang pelvis di antara usus panjang dibelakangnya dengan pundi kencing
dihadapannya.

Bahagian :

• Pangkal (fundus)

• Badan

• Lehir (serviks)

Dinding Rahim

Dinding rahim terdiri daripada 3 lapisan :

• Pelapik rahim (endomentrium)

• Otot bebas (miometrium)

• Selaput selom (peritoneum)

192  
 
 
Pelapik Rahim (endomentrium)

• Endomentrium terbina dari 3 lapisan tisu.

• Di bawah tisu epitelium turus, terdapat selapis tisu pengikat longgar dan di antara
lapisan ini dan otot terdapat lapisan yang ketiga iaitu lapisan tisu pengikat ketat yang
mengikat pelapik rahim kepada dinding ototnya.

Otot Bebas (miometrium)

• Miometrium ialah otot bebas membentuk bahagian utama dinding rahim.

• Fiber daripada otot ini terjulur ke seluruh dinding rahim sebagai fiber bujur, lintang
dan serong.

• Dinding otot di pangkal rahim lebih tebal jika dibandingkan dengan bahagian2 rahim
yang lain.

• Susunan ini membantu bagi memudahkan kelahiran anak.

Selaput Selom (peritoneum)

Ia terbina daripada tisu serosa meliputi dinding rahim.

Tugas Uterus

• Haid – perjalanan darah haid ialah keseluruhan pelapik rahim yang disusuli oleh
pendarahan dari salur darah yang terkoyak.

• Kehamilan – sewaktu hamil, mudigah menanam dirinya ke dalam pelapik rahim dan
membesar kemudian menjadi janin.

• Kelahiran bayi – otot bebas di dinding rahim menguncup dengan kuat untuk
mengeluarkan bayi sewaktu bersalin.

Salur Fallop

• Salur fallop ialah saluran yang menghubungi rahim kepada ovari dan ia bertindak
sebagai salur perjalanan ovum.

• Kedua-dua salur fallop terikat pada sudut atas rahim dan liangnya membuka ke dalam
ruang rahim.

• Salur2 ini terletak di antara lapisan2 ligamen lebar.


193  
 
 
• Tiap2 salur fallop lebih kurang 4 inci panjangnya.

• Bahagian pertemuan ini di antara salur fallop dan rahim adalah sempit.

• Bahagian ini dinamakan genting salur fallop (isthmus).

• Disini ia menjulur keluar lalu membentuk ampulanya.

Tugas-tugas Salur Fallop

• Salur fallop bertindak sebagai perjalanan ovum dari ovari ke arah rahim.

• Persenyawaan biasanya berlaku di dalam salur fallop.

• Persenyawaan ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan proses penyatuan sel
pembiakan lelaki (sperma) dengan sel pembiakan perempuan (ovum)

Ovari (Buah Rahim)

• Tiap-tiap perempuan mempunyai 2 buah ovari yang terletak didalam ruang pelvis di
antara lapisan-lapisan ligamen lebar disisi rahim.

• Bagi perempuan dewasa besarnya sesuatu ovari lebih kurang satu setengah inci dan ¾
lebar.

• Ligamen ovari mengikatnya pada dinding rahim.

• Terdapat juga kemungkinan kehamilan berlaku di dalam ruang pelvis (bukan dalam
dinding rahim) jika ovum dipersenyawakan oleh sperma jatuh dalam ruang pelvis.

Tugas Ovari

• Menghasilkan ovum.

• Sel pundi ovum yang cukup umur memecahkan dan menyingkirkan ovum ke dalam
salur fallop.

• Proses ini dinamakan pengeluaran ovum (ovulasi).

• Ovari menghasilkan hormon estrogen dan progesteron.

194  
 
 
(b) Memerihalkan fasa yang terlibat dalam kitaran haid.

Kitaran/Edaran Haid
• Untuk menyediakan pelapik rahim supaya lapisan ini sembuh bagi menerima ovum
yang telah disenyawa.

• Beberapa perubahan berlaku di pelapik rahim dan di ovari menghasilkan hormon


yang menyembuhkan pelapik rahim.

• Hormon dari copeng depan kilang pituitari mempengaruhi tisu di dalam ovari supaya
menghasilkan hormon perempuan.

Perubahan Semasa Edaran Haid


Jika edaran haid itu mengikuti masa yang lazim iaitu 28 hari, peringkat-peringkat yang
berlaku di pelapik rahim boleh dibahagikan kepada :
• Peringkat lebih kurang lima hari. Haid atau pelapik rahim luruh dan pengeluaran
darah berlaku daripada salur darah yang terkoyak.

• Peringkat 7 hingga 8 hari. Sel-sel baru pemulihan terbina lalu membentuk pelapik
baru. Kadar hormon estrogen dalam darah meninggi dan hormon ini mempengaruhi
pembiakan sel-sel baru di pelapik rahim
195  
 
 
• Sel-sel ini membiak dan menebal pelapik rahim (2 hingga 3mm tebal).Kilang baru
dan salur-salur baru terbina disitu.

Peringkat Rehat
• Pengeluaran ovum berlaku di dalam ovari dan korpus luteum menghasilkan hormon
progesteron.

• Progesteron melanjutkan tugas yang telah dijalankan oleh estrogen.

• Pelapik rahim menjadi lebih tebal (4 – 6mm) dan kilang-kilang membesar salurnadi
melingkar dengan lebihan.

• Peringkat mengambil masa sepanjang 2 minggu dan masa yang menyusulnya dikenali
sebagai peringkat hampir kedatangan haid atau peringkat prahaid mengambil 6 hari
dari jumlah 14 hari

Kitaran haid wanita biasanya mengambil masa 28 –35 hari.


4 fasa penting dalam satu kitaran.Tempoh Haid
• Tempoh Kering

• Tempoh Subur

• Tempoh pemendapan darah ( tempoh tidak subur)

196  
 
 
197  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

7.0 KEJURULATIHAN SUKAN

Sub Tajuk: 7.1 Konsep dan Atribut Jurulatih

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan kejurulatihan dalam sukan;


(b) Memerihalkan ciri jurulatih yang berjaya seperti berpengetahuan, beretika, bermatlamat,
berkomitmen, bermotivasi, berorientasikan kejayaan, membangun personaliti atlet dan
jurulatih, berfalsafah kejayaan dan berupaya mewujudkan keseronokan dalam latihan, dan
proaktif.

(a) Mentakrifkan kejurulatihan dalam sukan

APA ITU KEJURULATIHAN

Proses yang terancang untuk membantu seorang individu atau kumpulan atlet mempelajari
sesuatu kemahiran dan mencapai matlamatnya.
Jurulatih mewujudkan keadaan yang sesuai untuk meransang pembelajran dan motivasi atlet.

Kejurulatihan sukan melibatkan 4 aspek iaitu:

• fizikal
• teknik ,
• taktik,
• psikologi

Kejurulatihan memerlukan pelbagai kemahiran ;


• Merancang,
• Mengurus,
• Melatih,
• Menilai,
• Berkomunikasi

198  
 
 
• Membuat keputsan dan sebagainya.
• Jurulatih merupakan orang yang banyak kebolehan dan kemahiran.
• Jurulatih juga seorang yang bijak dan mempunyai banyak pengetahuan, perspektif(
mudah melihat atau memahami), dan mempunyai iltizam emosi terhadap sukan, diri
sendiri dan orang lain.
• Walaupun jurulatih terdiri daripada satu kumpulan manusia yang majmuk, namun
mereka mempunyai falsafah yang sama untuk kecermelangan pasukan masing-masing.
• Menurut Earl Zeigler ( 1975) Tanpa falsafah, jurulatih merupakan peluru berpandu
yang tidak berpandu. Ini kerana falsafah kejurulatihan memberi panduan asas kepada
jurulatih untuk membuat keputusan, menentukan halatuju pasukan dan menentukan
objektif latihan.

KONSEP JURULATIH.

• Dia dipanggil ‘ Jurulatih’.Ia merupakan satu tugas yang sukar.Tidak ada jalan mudah
untuk mencapai kejayaan.Seorang jurulatih tidak boleh meniru menjadi jurulatih yang
disengani

.
• Hanya mungkin mendapat ilmu kejurulatihan yang boleh diperolehi dari pakar yang
diiktiraf.Meniru untuk berjaya, pengelolaan biomeknik, usaha yang tidak mengenal
penat mungkin salah satu penyebab kejayaan seseorang itu

• Mereka yang telah berjaya dan terpaksa menempuh kegagalan sebenarnya mewakili
yang muda atau tua,berpengalaman dan tidak berpengalaman, gigih dan kurang
komitment , penyabar dan pemarah, menjaga status dan merendah diri, berkaliber dan
tidak , yang berpelajaran dan hanya cuba-cuba

• Jurulatih tidak ada tempat untuk menyembunyaikan diri.

199  
 
 
(b) Memerihalkan ciri jurulatih yang berjaya seperti berpengetahuan, beretika,
bermatlamat, berkomitmen, bermotivasi, berorientasikan kejayaan, membangun personaliti
atlet dan jurulatih, berfalsafah kejayaan dan berupaya mewujudkan keseronokan dalam
latihan, dan proaktif.

Penetapan matlamat
• Antara falsafah kejurulatihan ialah penetapan matlamat.
• Penetapan matlamat merupakan sesuatu yang lazim dalam kehidupan seorang atlet
atau jurulatih. Martens ( 1987 ), menyedari kepentingan penetapan matlamat.
• Hal ini kerana penetapan matlamat dapat membantu atlet untuk meningkatkan
prestasi sukan, meningkatkan kualiti latihan, membuat jangkaan yang lebih
realistic, menghapuskan kebosanan dengan meningkatkan cabaran latihan,
meningkatkan motivasi dalaman serta meningkatkan keyakinan diri.
• Sebagai contong, sekiranya sesuatu pasukan itu hendak menjadi johan dalam
pertandingan tertentu usaha yang keras atau latihan yang secukupnya harus
dilakukan serta motivasi diri yang tinggi.
• Manakala sekiranya sesuatu pasukan itu menyertai pertandingan hanya sekadar
penyertaan, ia tidak memerlukan latihan yang sistematik atau motivasi yang
tinggi.

Keseronokan
• Falsafah kejurulatihan yang kedua ialah keseronokan dan kepuasan. Jurulatih yang
mempunyai objektif ini tidak mementingkan kemenangan.
• Sebaliknya, jurulatih akan memastikan atlet menggunakan latihan sebagai saluran
untuk mengurangkan ketegangan dan berseronok dengan ahli pasukan yang lain.

Pembangunan personaliti
• Falsafah kejurulatihan seterusnya adalah pembangunan personality.
• Kejayaan dalam bidang kejurulatihan bergantung pada peranan yang dimainkan oleh
jurulatih.
• Interaksi antara jurulatih dengan para atletnya adalah amat penting.
• Jurulatih seharusnya menunjukan sifat sayang dan prihatin terhadap atletnya.

200  
 
 
• Selain itu, jurulatih juga perlu mempunyai sifat suka berjenaka, mempunyai
semangat yang tinggi dan bersikap adil terhadap semua atletyang berada dibawah
jagaanya.

Berusaha
• Seseorang jurulatih juga harus mempunyai falsafah seperti berusaha.
• Hal ini kerana kejayaan sesebuah pasukan bergantung kepada usaha jurulatih.
• Antara usaha jurulatih yang perlu dilakukan seperti mengadakan program latihan
kepada atletnya.
• Jurulatih akan menilai semula program latihan yang telah dibentuk pada peringkat
pramusim untuk mengenalpasti sebarang kekurangan atau kelemahan yang mungkin
wujud.Dalam keadaan tertentu, perubahan mungkin perlu dibuat terhadap kandungan
program latihan jika factor yang mempengaruhi latihan telah berubah dan
penyesuaian harus dibuat untuk memastikan kelancaran proses latihan tidak terjejas.

Kecerdasan sukan/ Sport intelligence


• Ciri jurulatih ini ialah, bersifat ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka. Selain itu,
jurulatih juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat.
• Jurulatih yang pandai telah melalui pelbagai pengalaman yang akan
digunakan sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet dan sukan.
Dorongan / drive
• Ciri-ciri jurulatih ini ialah, berorientasikan matlamat pencapaian. Cara jurulatih ini
ialah, tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi akan membuatkan ia berkesan.
• Jurulatih juga tidak mudah berputus asa untuk meneruskan usaha walaupun
pelbagai rintangan dihadapi.
Berpengetahuan dan berkebolehan

• Teknik dan taktik permainan


• Binaan program latihan
• Kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai
• Struktur dan organ badan (anatomi)
• Kesan tubuh terhadap latihan dan penandingan
• Sistem tenaga manusia yang utama
• Kesan pemakanan terhadap atlit
201  
 
 
• Pencegahan dan rawatan kecederaan
• Proses dan reaksi pembelajaran motor
• Psikologi kemanusiaan dan sosial

Penyabar
• Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet
sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan.
• Peningkatan prestasi atlet dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten.
• Jurulatih perlu menetapkan standard pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa
apabila tidak mencapai sesuatu matlamat.
Komitmen emosional
• Jurulatih perlu mempunyai komitmen sosial dengan atlet agar sebarang masalah timbul,
dapat diatasi dengan pembincangan bersama
• Hal ini akan menggalakkan respon positif daripada atlet.
Yakin diri

• Seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan dihormati oleh atlet. Hal
ini memudahkan jurulatih untuk member arahan .

202  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

7.0 KEJURULATIHAN SUKAN

Sub Tajuk: 7.2 Peranan dan Tanggungjawab Jurulatih

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Membincangkan peranan jurulatih seperti pendidik, pendisiplin, pegawai perhubungan


awam, pekerja sosial, saintis, pelajar, rakan, dan pembimbing cara;
(b) Memerihalkan tanggungjawab menyediakan program latihan, pemilihan pemain, melatih,
merangka strategi, mencari bakat baru, menguji, dan merangka program pembangunan
sukan.

(a) Membincangkan peranan jurulatih seperti pendidik, pendisiplin, pegawai perhubungan


awam, pekerja sosial, saintis, pelajar, rakan, dan pembimbing cara;

Apabila bercakap mengenai jurulatih dan tanggungjawabnya, pandangan ramai kebiasaannya


akan tertumpu pada sesi-sesi latihan yang dikendalikan oleh jurulatih berkenaan.
Bagaimanapun, kajian dan pemerhatian lebih mendalam akan memberikan gambaran yang
lebih besar dan menyeluruh tentang perkara ini. Terdapat perbezaan antara peranan dan
tanggungjawab. Peranan jurulatih bermakna tugasnya secara umum sama ada dalam konteks
sesebuah organisasi atau secara bersendirian. Manakala tanggungjawab pula memperkatakan
tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh seseorang jurulatih.

Pendidik - mengarah untuk melakukan sesuatu aktiviti .


Jurulatih berperanan sebagai pendidik untuk memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet.
Selain itu jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk melakukan sesuatu selain
membantu menyelesaikan masalah yang melanda atlit.Jurulatih juga sebagai pelatih.Jurulatih
berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul dan berperanan meningkatkan kecergasan
atlet.

203  
 
 
Pendisiplin – mewujudkan ganjaran dan dendaan.
Jurulatih perlu memantau,memberi teguran dan amaran terhadap atlet-atlet agar tingkahlaku
atletdari segi disiplin tidak menjejaskan prestasi atlet. Jurulatih juga mestilah memberi
atau mewujudkan ganjaran kepada atlet yang cemerlang dan mengenakan dendaan
kepada atlet yang tidak berdisplin. Sebagai contoh,tindakan seperti dendaan kepada atlet
yang tidak hadir latihan dengan meningkatkan intensiti latihan atau direhatkan dalam
perlawanan yang akan dihadap dapat memberi pengajaran kepada atlet. Bagi mewujudkan
ganjaran seperti wang, pujian atau hadiah dapat meningkatkan motivasi atlet.

Pegawai perhubungan awam - berhubung dengan media dan orang awam.


Jurulatih merupakan orang yang bertanggungjawab berhubung dengan media-media dan juga
orang awam. Hubungan ini mestilah memberi manfaat kepada semua pihak. Sebagai contoh
hubungan yang baik dengan pihak pengurusan,wartawan dan penyokong dalam
membincangkan dan berkongsi mengenai pasukan atau atlet.

Pekerja Sosial –membimbing, menasihat dan membantu.


Jurulatih haruslah membimbing ,memberi nasihat dan membantu atlet secara sukarela dan
percuma. Jurulatih juga perlu menjadi sumber semangat kepada atlet supaya atlet
menghasilkan prestasi terbaik. Antara contoh bantuan secara sukarela dan percuma ialah
sentiasa membimbing dan memberi nasihat sama ada di dalam latihan atau luar. Selain itu
jurulatih juga menggunakan peralatan tambahan sendiri bagi meningkatkan prestasi atlet.

Saintis – menganalisis, menilai dan membuat keputusan.


Peranan yang dimainkan oleh jurulatih sebagai saintis atau seorang pakar teknologi. Ia tidak
bermaksud mempunyai kepakaran mengendalikan semua jenis peralatan teknologi canggih
masa kini. Sebaliknya seseorang jurulatih harus tahu menilai kaedah penyampaian
berasaskan teknologi yang sesuai untuk sesuatu situasi. Dalam masa yang sama, ia seharusnya
mampu menilai kemampuan teknologi sesebuah organisasi, sama ada dari sudut kemampuan
individu atau peralatan yang dimiliki. Peranan ini memudahkan seseorang jurulatih untuk
membantu organisasi dengan lebih berkesan. Selain daripada peranan global ini, terdapat
beberapa peranan yang bersifat spesifik, berdasarkan tanggungjawab yang biasa dijalankan
oleh seseorang jurulatih berkaitan sesuatu latihan yang diadakan. Jurulatih mestilah mahir
menganalisa,menilai dan membuat keputusan agar pasukannya memperoleh kemenangan
dalam setiap perlawanan. Sebagai contoh jurulatih mampu menganalisis kemampuan
pasukan pihak lawan,menilai tahap keupayaan pasukan dan merangka strategi yang terbaik
bagi memperoleh keputusan yang positif.

204  
 
 
Pelajar – mendengar, mempelajari dan berfikir untuk kebaikan.
Jurulatih memerlukan ilmu kejurulatihan yang luas dan sentiasa mengikuti perkembangan
semasa sukan. Mereka perlu banyak membaca, mengulangkaji, membuat kajian dan juga
menghadiri kursus-kursus untuk mendalami ilmu sukan bagi meningkatkan prestasi.

Rakan – memberi ruang dan masa untuk mengeratkan perhubungan


Memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan perasaan dan masalah dan masa untuk
mengeratkan hubungan antara jurulatuh dan atlit.Hubungan yang akrab di antara jurulatih
dan atlet dapat menyelesaikan banyak masalah disamping meningkatkan motivasi atlet.

Pembimbing cara – sebagai penunjuk cara.


Jurulatih juga boleh berperanan sebagai pembimbing. Bagi menjadi seorang pembimbing
yang baik, jurulatih tersebut perlu mempunyai kriteria yang berkualiti. Antara cara terbaik
untuk membangunkan sumber manusia ialah melalui cara bimbingan di tempat kerja.
Seseorang jurulatih bertindak sebagai pembimbing yang membantu individu-individu dalam
organisasi untuk mengenal pasti sasaran dan objektif yang perlu mereka capai, membantu
mereka mencari jalan membaiki kemahiran teknik, memberikan sokongan dan galakan
berterusan. Melalui pemerhatian jurulatih akan melihat pergerakan atau lakuan atlet dan
perlu mengenalpasti masalah atau kesilapan yang ketara,menerangkan kesilapan dan
membuat pembetulan dengan menunjukkan cara yang betul.

(b) Memerihalkan tanggungjawab menyediakan program latihan, pemilihan pemain,


melatih, merangka strategi, mencari bakat baru, menguji, dan merangka program
pembangunan sukan.

Menyediakan program latihan


Reka bentuk latihan semestinya menepati kesesuaian sesebuah organisasi dan keperluan
yang bersifat relatif. Di sinilah letaknya peranan jurulatih untuk membuat analisis dan
menyediakan reka bentuk latihan yang dapat membantu secara langsung memajukan prestasi
organisasi. Kebijaksanaan dan kepakaran yang ada pada jurulatih akan menghasilkan satu
program latihan yang amat sesuai untuk meningkatkan prestasi atlet.
Pemilihan pemain
Seorang jurulatih memikul beban yang berat semasa memilih pemain kerana terdapat
perbezaan yang ketara antara pemain yang baik dan pemain yang tidak baik. Pemilihan
pemain yang kurang sesuai akan mengakibatkan pembentukan satu pasukan yang lemah,

205  
 
 
malah menghapuskan peluang pemain yang benar-benar berpotensi untuk terus bergiat dan
maju dalam aktiviti sukan yang diceburi.

Proses pemilihan pemain berdasarkan aspek berikut :

a) Pemilihan objektif
Untuk memilih pemain yang sesuai, beberapa elemen pengukuran perlu diberi perhatian. Pemain
perlu dinilai dari segi tahap kemahiran, tahap kecergasan dan factor lain seperti berat
badan,ketinggian,umur,pengalaman dan kesediaan untuk berlatih.

b) Pemilihan subjektif
Pemilihan ini bergantung pada penilaian peribadi penilai atau jurulath terhadap seorang atlet. Seorang
jurulatih perlu membuat pemerhatian terhadap sifat atau keperibadian atletnya seperti sanggup
berkorban untuk mencapai kejayaan,berdispilin, dapat dilatih, berdedikasi, bersemangat,gigih dan
mudah menyesuaikan diri.

Melatih
Melatih merangkumi mengajar, memberi arahan, memberi penerangan, mendemonstrasi,
membetulkan kesalahan dan memotivasi. Latihan boleh dilaksanakan berdasarkan beberapa kaedah
seperti latihan berkaitan, latihan teknik permainan, latihan fungsian, latihan permainan diubahsuai
dan latihan sepenuhnya.

Merangka strategi
Jurulatih mesti mengkaji latar belakang atlet (siapa), apa rancangan permainan dan strategi
melaksanakan perancangan, dimana dan bila taktik yang bersesuaian untuk diaplikasikan serta
bagaimana teknik kemahiran yang sesuai. Faktor-faktor ini akan menentukan latih tubi dan sesi
latihan yang akan dijalankan. Jurulatih kecergasan perlu memiliki banyak kemahiran dan perlu
pandai menganalisa dan sabar dalam melayan kerenah atlet.

Mencari bakat baru


Bakat seorang atlet dapat dilihat dari segi bakat satu dimensi, bakat pelbagai dimensi, bakat
satu sukan dan bakat pelbagai sukan.Contoh bakat satu dimensi ialah bakat seorang pelari pecut
untuk berlari dengan pantas dimana matlamatnya dapat berlari dengan pantas. Bagi atlet pelbagai
dimensi pula dikehendaki melakukan beberapa perkara seperti menunjukkan perlakuan kemahiran,
berlari, membuat keputusan, dan berkomunikasi dengan atlet lain atau penonton. Ujian yang
digunakan merangkumi:

• Tinggi dan berat badan (BMI).


• Speed – 30m dengan standing start.
206  
 
 
• Daya tahan – larian 12 atau 15 minit.
• Keupayaan latihan – Harvard step tests.
• Power – standing long jump.
• Ujian sukan spesifik – teknik semasa berlari, melompat, lontar dan lain-lain
Menguji dan merangka program pembangunan sukan
• Memberi penekanan pada beberapa aspek penting seperti:

• Teknik permainan (kemahiran sukan)

• Taktik permainan

• Pelaziman dari segi fizikal

• Fisiologi dan psikologi

• Pengetahuan permainan (termasuk undang-undang permainan)

Bentuk Program Latihan

Terdapat dua bentuk program latihan iaitu:

a) Program latihan jangka pendek


(kurang daripada dua tahun)

b) Program latihan jangka panjang


(dua hingga empat tahun)

207  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

7.0 KEJURULATIHAN SUKAN

Sub Tajuk: 7.3 Etika Kejurulatihan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan etika kejurulatihan seperti berkelayakan, berkelakuan baik, berdisiplin,


bekerjasama, bersikap positif, mengikuti perkembangan sukan, berusaha memajukan diri,
dan berminat dalam sukan yang diceburi;
(b) Memperihalkan etika kendiri seperti bertanggungjawab terhadap tindakan, menggalakkan
keharmonian, mengeratkan perpaduan, mempunyai tabiat kerja yang baik, dan mengurus
masa dengan berkesan.

(a) Memerihalkan etika kejurulatihan seperti berkelayakan, berkelakuan baik, berdisiplin,


bekerjasama, bersikap positif, mengikuti perkembangan sukan, berusaha memajukan diri, dan
berminat dalam sukan yang diceburi

Definisi

Satu rangkaian prinsip-prinsip moral atau nilai kemanusiaan yang diterima sebagai perlakuan biasa
untuk sesebuah masyarakat – kelakuan yang lazim.

Profesion

i. Kelulusan / Kelayakan
• KPM 1999 telah menetapkan bagi jurulatih iaitu Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan

• Tahap II Sijil Kejurulatihan

• Tahap II Sijil Sains Sukan yang diiktiraf

• Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai jurulatih sukan.

• Sebagai contoh, jurulatih yang lulus Tahap I Sukan Spesifik Persatuan-


persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Tahap I Sains Sukan MSN serta
telah menjalani latihan amali (praktikum) sukan spesifik akan diberi
pengiktirafan Sijil Penuh SPKK Tahap I. Oleh kerana Skim Pensijilan
Kejurulatihan Kebangsaan ( SPKK) melangkah secara progresif, maka
208  
 
 
para jurulatih dikehendaki lulus Tahap I sebelum dibenarkan mengambil
kursus Tahap II dan seterusnya.

• Dengan mempunyai Sijil Penuh bagi setiap tahap SPKK, seseorang jurulatih
akan meningkatkan diri sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih bertauliah

Kepentingan mempunyai kelayakan kepada seorang jurulatih


• Mampu memberi tunjuk ajar dan kemahiran dengan cara yang lebih betul dan
tepat berdasarkan jenis sukan yang diajar
• Seseorang jurulatih yang mempunyai sijil kejurulatihan tidak akan
ketinggalan dalam perkembangan dalam sukan teras seperti sukan badminton,
memanah dan berbasikal
• Perkembangan sukan dunia moden sekarang menitikberatkan aspek sains
sukan untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam sesuatu kejohanan sukan
dalam dan luar negara.
ii. Berkelakuan Baik
• Mengamalkan etika sebagai jurulatih dari aspek tingkah laku, seperti
percakapan sikap, perangai dan lain-lain.
• Berpersonaliti, berperwatakan, kestabilan emosi.
• Kawalan diri – berkelakuan yang boleh diterima umum, seperti tidak
bertindak secara liar atau terlalu ghairah.
• Jurulatih perlu menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk ketika
menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar sentiasa menjadi ikutan atlet.
• Menjaga imej sebagai seseorang yang dihormati pada mata masyarakat.
• Jurulatih yang baik tidak akan melakukan penderaan fizikal dan psikologikal
kepada atlet dan tidak menggunakan tutur kata yang kesat kepada pemain
Kepentingan berkelakuan baik kepada seseorang jurulatih adalah:
• Menjadi role model kepada atlet yang dipimpin khususnya dan semua lapisan
masyarakat yang mengenali beliau.
• Akan dihormati dan disegani walaupun setelah bersar
iii. Berdisiplin

§ Menepati masa

§ Tingkahlaku yang baik

§ Mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan

209  
 
 
§ Bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih

§ Tidak berkelakuan negative yang akan memberi kesan terhadap

tanggapan masyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya

§ Displin yang tinggi penting dalam membantu seseorang atlet berada di


puncak kecemerlangan
Kepentingan berdisplin kepada seorang jurulatih adalah:
• Jurulatih yang berdisplin akan tahu peranan dan tanggungjawabnya, sebagai
contoh mengatur jadual latihan yang lebih bersistematik kepada pemainya
iv. Bekerjasama

• Jurulatih mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-sama atlet.


• Jurulatih perlu menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yang mulia
• Mampu menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya
• Jurulatih mampu membina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkan
kepada kepercayaan dan saling hormat dan menghormati.
• Tidak meletakkan ganjaran dan hak keistimewaan sebagai objektif utama
dalam perhubungan di antara jurulatih dan pemain serta pihak pengurusan
v. Bersikap positif

• Jurulatih perlu ada semangat kesukanan yang tinggi


• Perlu menghadapi kekalahan dengan tenang dan bersikap merendah diri
sekiranya menguasai kemenangan
• Perlu bersikap lebih ikhlas ketika melatih atletnya.
• Tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam latihan dan mengaku kesilapan
sekiranya pasukan mengalami kekalahan
• Jurulatih yang bersikap positif akan melihat kekalahan yang dialami dalam
permainan sebagai satu kemenangan pada masa akan datang

Kepentingan bersikap positif


• akan lebih berusaha meningkatkan ilmu bagi menambahkan pengetahuan
berkaitan prinsip-prisip kejurulatihan dan mempelajari teknik dan strategi
terkini dalam sukan yang diceburi
• tidak mudah putus asa
• sentiasa membimbing atlet dalam menerima tanggungjawab atas perlakuan
dan prestasi atlet
210  
 
 
vi. Mengikuti perkembangan sukan

• Jurulatih perlu berusaha untuk meningkatkan ilmu bagi menambahkan


pengetahuan berkaitan prinsip-prinsip sukan
• Mempelajari teknik serta strategi terkini dalam sukan yang diceburi
• Perlu sentiasa mengikuti perkembangan tentang sukan yang digemari dan
berusaha meningkatkan kebolehan diri sendiri
Kepentingan mengikuti perkembangan sukan
• Boleh mengetahui isu-isu terkini yang berlaku dalam sukan tanah air dan luar
negara
• Mempelajari teknik-teknik terbaru dalam permainan sukan
• Mempunyai daya saing yang tinggi untuk menempa kejayaan dalam sukan
yang diceburi
• Jurulatih akan lebih berpengetahuan dan lebih berfikiran terbuka sekiranya
berjumpa dengan pihak-pihak luar terutama luar negara
vii. Berusaha memajukan diri

• Bertanggungjawab membantu dalam mengembangkan potensi diri dengan


meningkatkan prestasinya
• Sebagai contoh, jurulatih harus mengenalpasti keperluan setiap individu,
meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuat
penilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan
• Jurulatih juga perlu mewujudkan persekitaran yang lebih selasa bagi
mengekalkan tahap motivasi untuk mengekalkan kerjayanya dan
meningkatkan prestasinya

Kepentingan berusaha memajukan diri


• Jurulatih haruslah berusaha memajukan diri sendiri sebagai persiapan kepada
cabaran dalam melatih pemain, teknologi sains sukan yang sentiasa terkini,
harapan masyarakat kepada sukan itu untuk menang
• Lebih berkeyakinan untuk melatih pasukan yang lebih hebat
• Tidak ketinggalan dalam pencapaian maklumat yang terkini dan pantas
• Agar sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia sekiranya berlaku
pertukaran jurulatih atau dipindahkan ke tempat yang lain

211  
 
 
viii. Berminat dalam sukan yang diceburi

• Jurulatih yang beretika merupakan jurulatih yang sentiasa ingin berubah atau
bersikap dinamik
• Mereka perlu banyak membaca dan mengulangkaji buku-buku berkaitan
dengan sukan
• Jurulatih perlu menghadiri ceramah atau kursus yang berkaitan dengan sukan
untuk mengetahui dan menambah pengetahuan dalam bidang sukan
• Seorang jurulatih mesti mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan
yang diceburi
• Dengan itu, mereka dapat mengaplikasikan pengetahuannya terhadap sukan
yang dilatih.
• Pengetahuan dan pengalaman amat penting untuk memastikan latihan yang
diberi olehnya sangat-sangat bermanfaat untuk atletnya

(b) Memperihalkan etika kendiri seperti bertanggungjawab terhadap tindakan,


menggalakkan keharmonian, mengeratkan perpaduan, mempunyai tabiat kerja yang baik, dan
mengurus masa dengan berkesan.

Etika Kendiri Dalam Kejurulatihan

i. Bertanggungjawab terhadap tindakan

• Jurulatih perlu bersedia menerima kritikan daripada penonton, daripada pihak


media dan persatuan-persatuan sukan sekiranya pasukan mengalami kekalahan
• Jurulatih tidak harus melenting dan menyalahkan orang lain untuk menutup
kelemahan diri sendiri
• Jurulatih perlu mempunyai jati diri dan integrity dan tidak berlindung atas segala
tindakannya
• Jurulatih perlu berani dalam menegakkan keadilan untuk diri
• Seorang jurulatih perlu bersifat amanah dalam semua perkara yang dilakukan
dan mendidik atlet betapa pentingnya integrity, kejujuran, keyakinan dan
kesetiaan dalam bersukan
ii. Menggalakkan keharmonian

• Jurulatih perlu mempunyai sikap tiada unsur pilih kasih atau diskriminasi dalam
pemilihan atlet

212  
 
 
• Jurulatih perlu menggalakkan rasa keharmonian kaum dalam pasukannya.
• Sebagai contoh, melibatkan atlet pelbagai kaum dalam setiap aktiviti sukan yang
dirancang dan memberi tunjuk ajar dengan kaedah dan teknik yang sama bagi
semua pemain tanpa mengira warna kulit
• Ini dapat mewujudkan suasana komunikasi, interaksi dan toleransi antara atlet
yang berbilang kaum.
• Untuk itu, jurulatih perlu melakukan pemerhatian dan penilaian terhadap
penguasaan kemahiran insaniah atlet
• Penilaian ini melibatkan dari aspek kerjasama, kepimpinan serta interaksi aktif
dan komunikasi yang berkesan dalam kalangan atlet.
• Hasil daripada itu, dapat melahirkan sebuah pasukan yang mempunyai nilai
murni dan semangat perpaduaan yang tinggi.
iii. Perpaduan

• Jurulatih perlu menjaga keharmonian pasukannya dengan tidak menimbulkan


isu-isu sensitive dalam pengajaran
• Sebagai contoh, tidak mencampur adukkan hal perkauman, keagamaan dan
politik semasa latihan pratikal di padang atau latihan teori di dalam kelas
• Jurulatih perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
dan menggalakkan sikap kerjasama, kesopanan, berbudi bahasa dalam kalangan
atletnya
• Seorang jurulatih haruslah membina perhubungan yang baik dengan atlet
berdasarkan kepada kepercayaan dan saling hormat menghormati.
iv. Mempunyai tabiat kerja yang baik

• Jurulatih perlu mengamalkan dan menggalakkan interaksi dan komunikasi yang


berkesan
• Selain itu, jurulatih juga perlu menanamkan sikap nilai-nilai murni, kesopanan
dan budi bahasa yang baik di kalangan jurulatih dengan jurulatih yang lain,
jurulatih dengan atlet dan jurulatih dengan persekitaran
• Jurulatih juga perlu menghormati semua pegawai atasan sukan pada setiap masa.
Akur dengan sensitiviti agama, adat resam dan budaya masyarakat majmuk
negara ini.
• Jurulatih yang baik akan sentiasa bekerjasama dengan pakar-pakar lain
(contohnya jurulatih, pegawai, saintis, doctor, pelatih, ahli fisioterapi) demi
kebaikan atlet.

213  
 
 
v. Mengurus masa dengan berkesan

• Jurulatih haruslah pandai dalam menguruskan masa dengan berkenan.


• Mereka haruslah memulakan pengajarannya pada masa yang tepat mengikut
jadual yang ditetapkan
• Memastikan kehadiran jurulatih lebih awal dari masa kuliah yang ditetapkan.
• Jurulatih juga perlu berusaha menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan
• Masa yang diperuntukkan haruslah digunakan dengan sebaik mungkin dan
dipraktikkan dengan tahap yang maksimum.

214  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

7.0 KEJURULATIHAN SUKAN

Sub Tajuk: 7.4 Kemahiran Asas Kejurulatihan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan kemahiran komunikasi, seperti kemahiran lisan dan bukan lisan (jelas,
tepat,ringkas, maklumat lengkap, konstruktif, dan sopan), menyampaikan maklum
balas positif, tumpuan yang sama rata, dan pendengar yang baik;
(b) Menyatakan kemahiran teknikal, seperti fizikal, teknikal, taktikal, dan psikologikal
jurulatih.

(a) Memerihalkan kemahiran komunikasi, seperti kemahiran lisan dan bukan lisan (jelas,
tepat,ringkas, maklumat lengkap, konstruktif, dan sopan), menyampaikan maklum balas
positif, tumpuan yang sama rata, dan pendengar yang baik;

• Merupakan proses pemindahan maklumat daripada seseorang kepada seseorang yang lain.
• Tujuan komunikasi utk menyampaikan maklumat, berkongsi dan bertukar maklumat dengan
menggunakan pelbagai alat penghantaran.
• Terdapat dua bentuk komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.

i) Komunikasi lisan
• komunikasi lisan bermaksud bahasa yg digunakan, perkataan yang dipilih,
nada dan kelajuan suara.
• Individu yang berkomunikasi perlu memahami bahasa dan perkataan yang
jurulatih gunakan.
• suara perlu jelas, mempunyai nada yg tepat supaya boleh didengar.

ii) Komunikasi bukan lisan


• komunikasi bukan lisan adalah lebih penting daripada komunikasi lisan.
• komunikasi bukan lisan bermaksud pandangan mata, ekspresi muka, gerak
geri, cara berpakaian, penampilan dan orientasi badan.

215  
 
 
• Komunikasi berkesan adalah menyampaikan maklumat dengan jelas supaya atletnya
memahami mesej tersebut, serta menerima mesej drp jurulatihnya.
• Jurulatih perlu menyampaikan dengan jelas supaya atletnya memahami mesej tersebut serta
menerima dengan baik.
• Kemahiran komunikasi yang lemah membuatkan jurulatih sukar hendak menyampaikan
pemikiran dan perasaanya kepada orang lain.
• Ia akan menimbulkan banyak masalah seperti salah faham yg membawa kepada kekeliruan
serta konflik dan seterusnya menyebabkan tekanan dan kemarahan oleh semua pihak.
• Komunikasi berkesan adalah untuk berkomunikasi dengan idea, pemikiran, keperluan atau
arahan dengan cara yang tepat.
• Jurulatih perlu bersikap positif dan terbuka dengan menerima pendapat, kritikan serta respon
orang lain.
• Jurulatih boleh bergaul dengan orang yang mempunyai komunikasi berkesan serta belajar
daripadanya memperbaiki cara berkomunikasi.
• Pemilihan komunikasi yang tepat.seseorang jurulatih perlu menentukan cara yang terbaik
untuk meyampaikan mesej samada melalui surat, email.
• Jurulatih haruslah menunjukkan kepada orang yang sedang ia berkomunikasi bahawa ia amat
mengambil berat dengan member fokus terhadap mesejnya.
• Pandangan mata yang baik membuatkan orang yang sedang berkomunikasi dengan jurulatih
itu focus terhadap apa yang disampaikan.
• Jurulatih perlu bercakap mengikut tahap pendengar, kata-kata yang tepat, nada suara yang
jelas dan bersopan.
• Jurulatih perlu menjadi pendengar yang baik seperti mengekalkan pandangan mata,
menganggukkan kepala, respon serta merta dan memberikan galakan untuk teruskan
bercakap.
• Jurulatih perlu mengelak dari mencela atau memotong cakap atlet.

(b) Menyatakan kemahiran teknikal, seperti fizikal, teknikal, taktikal, dan psikologikal
jurulatih.

• Merupakan aspek pembelajaran teknik berkenaan dgn struktur suatu kemahiran.


• Kemahiran teknikal merangkumi semua struktur dan elemen teknikal yg digabungkan dalam
suatu pergerakan yg efisien dan tepat oleh atlet atau pemain ketika melaksanakan gerak laku.
• Teknik selalu dikaitkan dgn pergerakan fizikal tetapi ia bermula dengan kandunganya.

216  
 
 
• Kemahiran taktikal merujuk kpd pengurusan, perancangan dan strategi suatu permainan yg
telah diatur dan harus dilaksanakan.
Kemahiran fizikal

• Tujuan utama adalah untuk meningkatkan potensi fisiologikal atlet dan membangunkan
keupayaan motor ke tahap pencapaian yang tinggi.
• Oleh itu kemahiran fizikal terbahagi kepada persediaan am fizikal, fasa spesifik fizikal dan
tahap keupayaan motor tertinggi.
• Dua fasa pertama dibangunkan semasa fasa pra persediaan. Manakala pada fasa ketiga lebih
kepada musim pertandingan.
Kemahiran psikologikal

Ø Latihan yang dapat menguatkan keazaman atlet untuk berjuang atau bertanding dan menolong
mereka mencapai tahap penumpuan atau fokus semasa pertandingan.

Komunikasi  lisan.  

 
 

Kemahiran  
Kemahiran   teknikal  
komunikasi  

Komunikasi  bukan  lisan  

Kemahiran  asas  
kejurulatihan  

Kemahiran   Kemahiran  
psikologikal   fizikal  

217  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

7.0 KEJURULATIHAN SUKAN

Sub Tajuk: 7.5 Gaya Kejurulatihan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Membincangkan gaya kejurulatihan, seperti autokratik, demokratik, laissez-faire, dan


behavioristik;
(b) Mengenal pasti gaya kepemimpinan berdasarkan kematangan atlet, keperluan organisasi
sukan, situasi semasa, dan aspek budaya individu terlibat

(a) Membincangkan gaya kejurulatihan, seperti autokratik, demokratik, laissez-faire, dan


behavioristik

i. Autokratik

• Pentadbir ialah ketua dan bukan pemimpin


• Kuasa untuk bertindak dan membuat keputusan
• Guna kuasa dan autoriti
• kawalan atlet ketat
• keputusan tidak berasaskan consensus
• “ikut kata saya”
• tidak hiraukan perasaan orang lain
Kelebihan

• sesuai jika berada dalam keadaan terdesak atau darurat


• sesuai jika perlu kepada penyelesaian yang cepat dan tepat
• gaya ini mempunyai pengikut dan penyokong yang berpendidikan rendah
• tidak mementingkan penglibatan pengikut dalam pelaksanaan atau
keputusan
• hanya pemimpin dan jurulatih sahaja yang mempunyai pengetahuan dan
maklumat
• gaya ini dapat menjimatkan masa dan tenaga

218  
 
 
Kelemahan

• mewujudkan suasana kerja yang negative


• menimbulkan ketidakpuasan kerja atau latihan oleh atlet.
• menggalakkan pemberhentian pemain dan ponteng latihan
• akan mewujudkan hubungan satu hala dan jurulatih mempunyai kuasa veto

ii. Demokratik

• Bersifat terbuka
• Bebas membuat keputusan dan memberi pendapat
• Mengambil kira faktor kemanusiaan
• Lebih bertimbang rasa
• Berbincang dan berkongsi idea untuk mendapatkan keputusan
• Membuat keputusan untuk kebaikan bersama
• Guna kuasa formal dan tidak formal
• “buat apa yang patut”

Kelebihan

• mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk membuat keputusan.


• wujud suasana perbincangan
• jurulatih tidak perlu memiliki pengalaman atau pengetahuan yang luas
tentang sesuatu perkara untuk membuat keputusan
• lebih sesuai untuk atlet professional tidak kepada amatur
Kelemahan

• Tidak sesuai dilaksanakan apabila tiada masa atau masa terhad bagi
mendapatkan input semua orang
• Jurulatih akan berasa terancam jika melibatkan keselamatan atlet dan mengambil
masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan.

iii. Laissez-faire

• Profil yang rendah dan membenarkan organisasi berjalan dengan sendiri.


• Organisasi membuat keputusan.

219  
 
 
• Bersikap tidak apa
• Guna sedikit kuasa formal
• Tidak menonjolkan kepimpinan
• “dibuat apa yang disukai”
• Bersifat rendah diri yang membenarkan sesebuah organisasi atau aktiviti berjalan
dengan sendiri
• Jurulatih lebih suka lepas tangan dan meletakkan beban pada bahu orang lain.
Kebaikan

• Lebih sesuai dipraktikan kepada atlet yang mempunyai kemahiran tinggi,


berpengalaman dan berpendidikan tinggi
• Atlet akan lebih berasa bangga dan yakin dengan kerja mereka dan
berusaha untuk menjayakannya
• Kepakaran luar kurang diperlukan kerana atlet percaya kepada kebolehan
diri sendiri
Kelemahan

• atlet akan berasa kurang selamat kerana ketiadaan pengurus atau


jurulatih
• pengurus dan jurulatih tidak mampu memberi maklum balas kepada atlet
secara berkala tentang prestasi mereka.
• pengurus dan jurulatih tiada kuasa dan kemampuan untuk menghargai
atlet atas prestasi mereka.
• pengurus dan jurulatih tidak memahami peranan atlet dan berharap atlet
menanganinya sendiri
iv Behaviouristik

• Menjalankan tugas tanpa undang-undang


• Percaya kepada kerja-kerja sukarela
• Lebih banyak mengharapkan tindakan daripada pihak lain.
• Banyak tugas tidak terlaksana.
• Kurang jelas dalam memberi panduan dan arahan keatas atlet
• Lebih mengharapkan bantuan daripada pihak luar
• Pengetahuan yang dimiliki mengenai kejurulatihan tidak tepat dan banyak kesalahan
yang dilakukannya

220  
 
 
Kebaikan

• walaupun lebih mengharapkan bantuan orang lain, jurulatih yang


mengamalkan gaya kepimpinan ini tetap memerlukan pertolongan orang
lain untuk menyelesaikan kerja-kerja yang perlu disiapkan.
Kelemahan

• Tidak yakin pada kemampuan diri sendiri


• Tidak akan dihormati oleh pasukan sendiri dan lapisan masyarakat
• Mempunyai rekod yang tidak baik sepanjang menjadi seorang jurulatih
• Akan dipandang rendah oleh ahli masyarakat sukan yang lain.

Autokratik Laissez-fare Demokratik
Buat keputusan Jurulatih Sendiri @ kumpulan Perbincangan bersama

Komunikasi Sehala Bila perlu Dua hala


Fokus Berpusat kepada tugasan Tanpa fokus Berpusat kepada atlet

Orientasi Tugasan Tiada Proses


Tekanan Tinggi Tiada Rendah / terkawal

221  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

7.0 KEJURULATIHAN SUKAN

Sub Tajuk: 7.6 Prinsip dan Pertimbangan Latihan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Menjelaskan prinsip latihan, seperti perbezaan individu (kesediaan pemain, respons
individu, dan penerimaan pemain), adaptasi, lebihan bebanan, ansur maju, pengkhususan,
kepelbagaian latihan, dan kebolehbalikan;
(b) Menjelaskan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan latihan seperti
tahap kecergasan, kesihatan, masa latihan, peralatan, tempat latihan, memanaskan badan,
dan gerak kendur.

(a) Menjelaskan prinsip latihan, seperti perbezaan individu (kesediaan pemain, respons
individu, dan penerimaan pemain), adaptasi, lebihan bebanan, ansur maju, pengkhususan,
kepelbagaian latihan, dan kebolehbalikan

1 Prinsip Lebihan Bebanan

Meningkat apabila berlaku penambahan dalam beban kerja dari aspek:

Intensiti latihan

• Intensiti bermaksud darjah keamatan atau kesukaran sesuatu senaman


dan dinyatakan sebagai 60% hingga 90% daripada kadar Nadi

Simpanan. Sekiranya intensity senaman adalah rendah, senaman

tersebut tidak akan meningkatkan tahap kecergasan.

• Sebaliknya , jika intensity senaman terlalu tinggi, senaman tersebut


mungkin menjejaskan proses pembangunan tahap kecergasan. Malah

2 Perbezaan individu

• Matlamat, keupayaan dan tahap kecergasan fizikal berbeza

222  
 
 
• Tidak semua individu mengalami kadar peningkatan prestasi yang sama bagi swatu
latihan fizikal yang dikenakan. Program latihan seharusnya dirancang khusus untuk
individu kerana terdapat perbezaan antara individu seperti matlamat, keupayaan fizikal
dan tahap kecergasan fizikal.
3 Prinsip kekhususan

• Khusus pada sesuatu jenis permainan atau tahap keupayaan individu


• Komponen-komponen fizikal atau sitem tenaga adalah berbeza antara satu sukan dengan
sukan yang lain. Latihan fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada kehendak
individu atau kehendak sesuatu sukan yang diceburi. Sekiranya individu lemah dalam
daya tahan kardiovaskular, maka kaedah latihan yang dapat meningkatkan komponen ini
perlulah diberikan.
• Mungkin mengakibatkan kecederaan.
4 Ansur maju

• Beban dari segi intensiti, kekerapan dan tempoh masa ditingkatkan secara perlahan-lahan
• Latihan hendaklah bersifat ansurmaju
• Matlamat latihan akan tercapai dan berkesan
Apabila mengamal prinsip FITT:

F = Frequency / kekerapan beraktiviti


I = Intensiti aktiviti
T = Time / masa beraktiviti
T = Type / jenis aktiviti
Jika tidak akan mengakibatkan :-
i) kecederaan
ii) sindrom lebih latihan
5 Kebolehbalikan

• Penurunan prestasi berlaku sekiranya latihan tidak berterusan.


• Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan
secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. Pada umumnya penurunan
dalam daya tahan mengambil masa yang lebih singkat daripada masa yang diambil untuk
meningkatkannya. Prestasi fizikal akan menurun dengan ketara jika latihan tidak
dilakukanlebih daripada 12 jam.

223  
 
 
6 Kepelbagaian latihan/ variasi

• Untuk mengelakkan jemu dan bosan ketika latihan. Aktiviti perlu dipelbagaikan.
• Latihan perlu dipelbagai dan fleksibel dengan rutin harian
“ Variety is the spice of life ”

(b) Menjelaskan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan latihan seperti tahap
kecergasan, kesihatan, masa latihan, peralatan, tempat latihan, memanaskan badan, dan gerak
kendur

1 Frekuensi latihan

Merujuk kepada bilangan kali dalam seminggu atlet melakukan senaman. Secara umumnya,
kekerapan bersenam yang lazim adalah antara tiga hingga lima kali dalam seminggu. Blanksby
( 1987 ) menegaskan bahawa kesan positif bersenam dapat dinikmati jika kekerapan tersebut
diamalkan secara konsistan.

2 Jangkamasa latihan.

• Secara umum, tempoh latihan yang sesuai adalah antara 15 hingga 60


minit dan melibatkan aktiviti aerobic yang berterusan.

• Sebenarnya tempoh senaman bergantung kepada intensity, iaitu


senaman yang berintensiti rendah memerlukan tempoh senaman yang

lebih panjang, manakala senaman berintensiti tinggi memerlukan tempoh

senaman yang lebih pendek.

• senaman berintensiti rendah yang dilakukan dalam tempoh yang


panjang biasanya memberi kesan yang baik, tetapi senaman berintensiti

tinggi yang dilakukan dalam tempoh yang panjang adalah merbahayakan.

• Oleh itu, atlet digalakkan untuk melakukan senaman yang sederhana.


3 Respon Individu – Tindak balas atlet terhadap latihan

4 Latihan Jangka Panjang - Kesan latihan yang baik dilihat dalam jangkamasa lama

224  
 
 
5 Memanaskan badan dan gerak kendur

• Sebagai persediaan tubuh melakukan aktiviti dan menggelakan kecederaan


• Memanaskan badan yang dimaksudkan ialah pada persediaan otot-otot, jantung, paru-
paru dan minda untuk latihan yang akan dilakukan. Jumlah tempoh masa yang
digunakan untuk memanaskan badan adalah diantara 20 hingga 30 minit. Usaha
dalam memanaskan badan harus bertambah secara beransur-ansur dan progresif.
Aktiviti-aktiviti memanaskan badan melibatkan aktiviti aerobik dan aenarobik
sekurang-kurangnya 5 minit dan diikuti dengan latihan regangan yang bertujuan
untuk mengurangkan kecederaan semasa latihan selain kekuatan dan ketahanan.
• Sesi gerak kendur dijalankan untuk menurunkan kadar nadi latihan secara perlahan-
lahan. Sesi pemulihan ini juga bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya
kesakitan otot. Jika aktiviti senaman dihentikan secara tiba-tiba atau mengejut, badan
akan merasa kejutan dan otot akan mengecut dan menyebabkan darah berkumpul di
saluran darah.
6 Kesediaan Pemain – Dari segi mental dan fizikal

7 Adaptasi - Sistem badan bersesuaian dengan intensiti dan beban fisiologi.

• Masa diperlukan oleh badan dan sistem fisiologi untuk mengadaptasi beban aktiviti
atau latihan
• Pengulangan aktiviti dan beban latihan, membantu badan melaksanakannya dengan
lebih mudah dan lancar

225  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

7.0 KEJURULATIHAN SUKAN

Sub Tajuk: 7.7 Kaedah Latihan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan kaedah latihan termasuk jeda, fartlek, bebanan, latihan rintangan,
pliometrik, dan litar;
(b) Menjalankan aktiviti latihan jeda, fartlek, bebanan, latihan rintangan, pliometrik, dan
litar.

(a) Memerihalkan kaedah latihan termasuk jeda, fartlek, bebanan, latihan rintangan,
pliometrik, dan litar

i Latihan Jeda

• Latihan yg libatkan beberapa aktiviti tertentu yg dilakukan serta


diselang seli dgn waktu pulih atau waktu rehat.
• Kaedah latihan yg mengandungi larian ulangan pada satu jarak yg
ditetapkan dgn masa pulihan di antara larian dlm bentuk berjalan
atau joging.
• Kadar denyutan nadi diguna utk ukur intensiti latihan jeda.
K.N 75% - Intensiti Tinggi
K.N 60% - Intensiti Rendah
Prinsip-Prisip Latihan Jeda

• Jeda kerja - intensiti tinggi dlm jarak/masa yg ditentukan.

• Jeda rehat - masa yg diperuntukkan di antara jeda kerja dan di antara set.

• Set - ulangan jeda kerja dan jeda rehat : contoh 400m diulang sebanyak 4
kali.

• Masa latihan - masa yg ditentukan dlm jeda kerja.

• Jarak latihan -jarak yg ditentukan dlm jeda kerja.

226  
 
 
• Frekuensi – kekerapan/bilangan latihan dlm seminggu.

Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat

• Berbeza dengan latihan jeda jarak jauh, latihan ini memberi penekanan
kepada keupayaan tubuh untuk bekerja secara anaerobik.

• Jeda rehat antara ulangan dan antara set memberi peluang kepada otot
untuk menghasilkan semula ATP dan melambatkan fasa kelesuan.

• Tubuh dapat bekerja dalam satu jangka masa yang lebih lama dan
kecekapan otot untuk penghasilan semula ATP meningkat.

• Latihan ini amat sesuai diaplikasikan kepada hampir semua jenis permainan
seperti bola sepak, hoki, ragbi, badminton dan sepak takraw.

• Dicadangkan supaya latihan ini diperkenalkan pada pertengahan musim


persediaan khusus sehinggalah ke penghujung musim

• Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : 2 bagi jarak sederhana
hingga 1 : 3, 1: 4 dan 1 : 5 bagi jarak yang lebih dekat.

Contoh preskripsi latihan jeda jarak sederhana :

4 x 400 meter x 3 set @ 70 saat ( 1 : 2 )

Contoh latihan jeda jarak dekat

6 x 80 meter x 4 set @ 10 saat ( 1 : 4 )

ii Latihan Fartlek

• Aktiviti alternatif utk melatih kecergasan fizikal

• Kawasan latihan yg berubah-ubah (pantai, bukit, trek atau padang)


boleh menghilangkan rasa jemu atlet dlm latihan.
• Latihan larian yg diselang-selikan dgn larian pantas atau perlahan serta
lain2 gaya mengikut tahap kemampuan individu.

• Tumpuan kpd pembinaan kepantasan atlet.

227  
 
 
Jenis-Jenis Latihan Farthlek

i. Fartlek Terkawal

Grid latihan, jarak, laluan, tahap, kelajuan larian dan kesukaran telah
ditetapkan.
ii. Fartlek Bebas
Tiada grid latihan yang khusus. Jarak dan laluan boleh ditetapkan tetapi
tahap kesukaran dan kelajuan larian tidak ditetapkan.

Preskripsi Latihan Farthlek


• Berjalan pantas selama 5 minit
• Berlari anak selama 10 minit
• Pecut dgn 70 % kelajuan mak. selama 30saat
• Berjalan perlahan selama 3 minit
• Berlari dgn langkah panjang (striding) selama 2 minit
• Berlari anak selama 8 minit
• Pecutan dgn 80 % kelajuan maksima selama 20 saat
• Berlari dgn 60 % kelajuan maksima selama dua minit.

iii. Latihan Rintangan

• Latihan rintangan ialah sejenis latihan yang mempunyai rintangan


samada di kaki mahupun di tangan.

• latihan rintangan merupakan situasi di mana peserta bergerak sambil


mengatasi rintangan seperti berlari dengan membawa beban, berlari naik
bukit, berlari di atas pasir dan lain-lain

• Latihan rintangan adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan


kapasiti anaerobic (keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan
tanpa penggunaan oksigen).

• Latihan rintangan meningkatkan kekuatan, kelajuan berjalan, kuasa,


keseimbangan dan komposisi badan dan penurunan berat badan dan
lemak

• Kelemahan latihan ini adalah ia memerlukan rehat yang banyak, asid


laktik juga mudah terkumpul selepas melakukan aktiviti latihan dan
228  
 
 
intensiti latihan yang digunakan dalam masa 10 saat hingga ke 1
minit.

• Kelebihan latihan ini pula adalah ia dapat membantu meningkatkan


kekuatan otot, membantu meningkatkan kuasa eksplosif dan
membantu menguat dan menebalkan tulang.

Contoh:

Lari Halang Rintang

Terdapat dua jenis larian halang rintang iaitu rintangan gawang dan
rintangan air dengan gawang di depannya (water jump).

iii Latihan Pliometrik

• Pliometrik merujuk kepada latihan yang menggunakan pergerakan otot-otot


untuk bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau kekuatan
eksplosif.
• Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit mencapai tahap kekuatan
optimum atau mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada
tendon dan ligamen. Latihan dilakukan pada penghujung fasa persediaan
khusus sehinggalah ke fasa pra pertandingan.

• Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan
eksplosif dan boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau
alatan seperti kotak pelbagai ketinggian dan bola segar.

• Contoh latihan pliometrik dengan menggunakan berat badan sendiri :

i. Larian lutut tinggi

ii. larian ‘tendang pinggul’ (butt-kick)

iii. ‘skip’

iv. lompat sebelah kaki

• Contoh latihan pliometrik menggunakan kotak pelbagai ketinggian :

229  
 
 
1. susun kotak pelbagai ketinggian dalam satu litar

2. jarak antara kotak ke kotak yang lain lebih kurang 10 meter

3. pelaku berlari dalam litar dengan menaiki dan melompat turun


dari kotak sepantas mungkin.

4. Jumlah ulangan bergantung kepada preskripsi yang diberi

Selain daripada alatan yang di atas, latihan juga boleh dibuat dengan menggunakan pagar dan bangku
panjang

iv Latihan Litar

• Latihan yg melibatkan satu bil. Perlakuan fizikal yg disusun dalam


satu urutan tertentu.
• Dilakukan secara konsekutif mengikut aturan yang bernombor. Atlet
perlu melakukan kegiatan gerak kerja tersebut satu demi satu
mengikut litaran yang telah disusun.
Corak Latihan Litar

i. Penggunaan latihan rintangan yg progresif.

ii. Penggunaan latihan pelaziman serta latihan yg melibatkan alat


latihan bebanan.

iii. Aktiviti2 disusun dlm corak litaran supaya kemaraan gerak kerja
adalah dari satu stesen ke stesen yg lain.

iv. Faktor masa latihan yg dihadkan di mana satu litaran penuh


mesti dilengkapi.

Prinsip-Prinsip Latihan Litar

i. Latihan khusus untuk tahap kecergasan individu.

ii. Aktiviti yang dirangka sesuai dengan objektif dan matlamat


latihan.

iii. Harus melibatkan semua bah. badan dan disusun supaya aktiviti
pada bahagian yang sama tidak dilakukan secara berturutan.

230  
 
 
iv. Kaedah dan teknik yg betul dalam melaksanakan setiap aktiviti
harus diselaraskan.

v Latihan Bebanan

• Melibatkan latihan rintangan yg progresif dgn berulang2 utk


meninggikan kederasan pergerakan, kuasa eksplosif, daya tahan otot,
kelembutan dan kekuatan. Tiga pemboleh ubah dlm latihan beban ialah:
i. Intensiti

% bebanan yang dilakukan sewaktu latihan.

ii. Tempoh Masa

Berdasarkan kepada fasa periodisasi, jenis sukan dan otot.

iii. Ulangan

Jumlah ulangan yang dilakukan untuk meningkatkan kekuatan atau daya tahan otot.

Jenis-Jenis Latihan Bebanan

i. Latihan Isotonik

Beban yg digunakan adalah tetap di sepanjang perlakuan pergerakan, otot yang terlibat dipendekkan
semasa senaman dilakukan.

ii. Latihan Isometrik

Isometrik membawa maksud tanpa penukaran kepanjangan otot.

iii. Latihan Isokinetik

Beban ataupun rintangan diubahsuai secara automatik kepada daya yang dikenakan oleh otot-otot.
(Guna Mesin)

231  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

7.0 KEJURULATIHAN SUKAN

Sub Tajuk: 7.8 Program Latihan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Memerihalkan fasa periodisasi;
(b) Menjelaskan komponen yang mempengaruhi prestasi seperti fizikal, teknikal, taktikal,
dan psikologikal;
(c) Memerihalkan pemboleh ubah periodisasi seperti isi padu, intensiti, dan prestasi;
(d) Memerihalkan pencapaian kemuncak;
(e) Merancang dan menjalankan satu sesi latihan.

(a) Memerihalkan fasa periodisasi

(b) Menjelaskan komponen yang mempengaruhi prestasi seperti fizikal, teknikal, taktikal,
dan psikologikal.
(c) Memerihalkan pemboleh ubah periodisasi seperti isi padu, intensiti, dan prestasi.

Tiga aspek utama dalam Program Latihan

• Periodisasi

• Kitaran Mikro dan Makro

• Pencapaian kemuncak

Periodisasi

• Proses pembahagian perancangan pelan/ program latihan kepada beberapa bahagian


kecil yang dapat diuruskan lebih sistematik dan efektif
Bahagian Kecil Dalam Periodisasi

i. Fasa-Fasa Latihan

ii. Meso (1-3 bulan)

iii. Makro (2-8 minggu)

iv. Mikro (7 hari)

232  
 
 
v. Sesi (1-3 unit)

Fasa-Fasa Latihan

i. Fasa Persediaan

ii. Fasa Pertandingan

iii. Fasa Transisi

Fasa Persediaan

i) Persediaan Umum

Paling penting kerana sekiranya tumpuan kurang diberikan akan menjejaskan persediaan fasa-fasa
berikutnya. Tumpuan yang diberikan ialah:

• Pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh (daya tahan


• kardiovaskulkar, daya tahan otot, kekuatan asas)
• Isipadu Latihan ditingkatkan (85% - 100%)

• Intensiti Latihan rendah (40% - 70%)

• Jangka Masa (6 – 14 minggu)

• Kaedah Latihan (LSD, Fartlek, Jeda Jarak Jauh, Bebanan)

• Ujian Pra-Kecergasan

ii) Persediaan Khusus

• Tumpuan utama ialah penekanan kepada komponen fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu
sukan/acara.

• Bagi acara Daya Tahan (sistem aerobik), Isipadu & Intensiti Latihan ditingkatkan (85% -
100%)

• Acara Berasaskan Kelajuan & Kekuatan(sistem anaerobik), Isipadu Latihan diturunkan (65%
- 80%) dan Intensiti Latihan ditingkatkan (sehingga 95%)

• Jangka Masa (6-10 minggu)


233  
 
 
• Kaedah Latihan

a) Daya Tahan (LSD, Fartlek, Jeda Jarak Sederhana & Jauh, Bebanan)

b) Kelajuan & Kekuatan (Jeda Jarak Dekat & Sederhana, pecutan berulang, Litar & Bebanan)

iii) Fasa Pertandingan

PRA-PERTANDINGAN

TUMPUAN

i) Penekanan komponen khusus sesuatu sukan; tingkatkan/kekal tahap kecergasan melalui


simulasi, permainan kecil/sebenar, ujian masa

ii) Isipadu Latihan ditingkatkan (60% - 70%)

iii) Intensiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan (80%-100%)

iv) Jangka Masa (6-8 minggu)

v) Kaedah Latihan

a. Daya Tahan (Bebanan, Jeda bercampur)

b. Kelajuan & kekuatan (Pecutan berulang, jeda jarak dekat, tekanan, pliometrik)

vi) Ujian Pasca Kecergasan

PERTANDINGAN

TUMPUAN

• Pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh sukan berkaitan

• `Tapering’ (ubahsuaian isipadu & intensiti)

• Penilaian melalui permainan sebenar/ujian masa

• Isipadu diturunkan (± 60%)

• Intensiti ditingkatkan (± 100%)

• Jangka Masa (masa & format pertandingan : 3-4 minggu)

234  
 
 
• Kaedah Latihan (Kaedah yang telah diamalkan dalam fasa-fasa sebelum ini boleh
diamalkan tetapi kekerapan dikurangkan.

iv) Fasa Transisi

Fasa peralihan antara waktu pertandingan

TUMPUAN

• Pemulihan fisiologi, psikologi, rawatan Kecederaan & atasi kebosanan

• Menilai prestasi atlet & keberkesanan program latihan (merancang program latihan
musim yang akan datang)

• Tahap kecergasan (perlu dikekalkan : 40-60% kemampuan maksimum atlet)

• Jangka Masa (bergantung kepada musim & format pertandingan)

(d) Memerihalkan pencapaian kemuncak

Pencapaian Kemuncak

a) Pencapaian kemuncak boleh dijelaskan menerusi kemajuan dalam satu program latihan.

b) Kadar latihan (degree of training) pada fasa persediaan menjadi asas atlet mencapai tahap
tinggi.

c) Semakin tinggi kadar latihan semakin berkesan berbanding kadar latihan rendah kerana
mempengaruhi athletic shape dan secara tidak langsung melibatkan pencapaian kemuncak.

d) Pencapaian kemuncak adalah prestasi terbaik atlet bagi sesuatu tahun.

e) Ia boleh dianggap sebagai kadar sementara sesuatu latihan apabila faktor fizikal dan
psikologikal berada pada tahap maksimum serta berkesan. Persediaan taktikal dan teknikal
pada tahap optima.

f) Faktor-faktor fizikal, teknikal, taktikal dan neuro-psikologikal perlu berada pada kualiti
terbaik bagi membantu pencapaian kemuncak:

i) Potensi kerja maksimum dan kadar pemulihan yang cepat.

235  
 
 
ii) Koordinasi otot saraf yang sempurna.

iii) Pengurangan beban yang betul menjelang pertandingan.

iv) Takwim pertandingan

v) Overcompesation – pengurangan beban yang betul membantu mencapai


overcompensation.

vi) Motivasi, kebangkitan dan relaksasi.

vii) Keupayaan sel saraf bekerja

g) Aspek-aspek yang mempengaruhi pencapaian kemuncak.

i)Organisasi pertandingan misalnya, pertandingan berlansung pada hari hujan, berangin


dan salji.

ii) Atlet – tidak cukup tidur, ambil alkohol, merokok dan diet tidak seimbang.

iii) Latihan dan jurulatih – Program latihan tidak disusun dengan sempurna misalnya
terlalu tinggi intensiti dan peningkatan intensiti secara mendadak. Terlalu
banyak pertandingan menyebabkan tekanan dan kelesuan serta boleh
mengundang kecederaan.

(e) Merancang dan menjalankan satu sesi latihan.

MERANCANG SESI LATIHAN

i) Jangka masa bergantung kepada objektif dan tahap latihan

ii) Perancangan sesi latihan hendaklah merangkumi:

• Pengenalan (3-5 minit)

• Memanaskan Badan (10-30 minit)

• Tumpuan Utama (30 minit – 2 jam)

• Gerak kendur (10-30 minit)

236  
 
 
• Perbincangan (3-5 minit)

iii) Faktor-faktor yang mempengaruhi latihan

• Tempoh keseluruhan program

• Tahap mula kecergasan atlet

• Jenis aktiviti latihan

• Kekerapan latihan

• Intensiti perlakuan

• Tempoh masa latihan

237  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN SUKAN

8.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 8.1 Pengenalan psikologi sukan

Pelajar seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan psikologi sukan;


(b) memerihalkan hubungan antara prestasi sukan dengan psikologi individu;
(c) memerihalkan peranan dan tanggungjawab ahli psikologi sebagai pendidik, penyelidik, dan
pengamal klinikal.

(a) Mentakrifkan psikologi sukan

Psikologi sukan merupakan kajian saintifik mengenai asas psikologi, proses dan kesan
terhadap sukan. Sukan termasuk apa-apa aktiviti fizikal bagi tujuan pertandingan, rekreasi, pendidikan
atau kesihatan. Ahli psikologi sukan Amerika, memberikan perbezaan yang jelas antara psikologi
sukan akademik dan psikologi sukan gunaan. Psikologi sukan gunaan ialah, psikologi yang memberi
tumpuan semata-mata untuk meningkatkan prestasi sukan.

Psikologi sukan juga membawa maksud sains antara disiplin yang menarik pengetahuan dari
pelbagai bidang yang berkaitan termasuk biomekanik, fisiologi, kinesiologi dan psikologi. Ia
melibatkan kajian bagaimana faktor-faktor psikologi menjejaskan prestasi dan bagaimana
mempengaruhi faktor-faktor psikologi dan fizikal.

Menurut Profesor Shaharudin (2001), psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang
kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif,
serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut.

(b) Hubungan antara prestasi sukan dengan psikologi individu

Berita sukan sering mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Peminat sukan mula
memberikan komen terhadap prestasi atlet. Namun, komen peminat tentang prestasi atlet hanya
tertumpu kepada faktor psikologi sukan sahaja seperti kurang motivasi, hilang tumpuan, darah
gemuruh dan kurang keyakinan. Faktor faktor psikologi sukan merupakan salah satu komponen
penting dalam memastikan kejayaan atau kegagalan seseorang dalam sukan.

238  
 
 
(c) Peranan dan tanggungjawab ahli psikologi sukan

Pendidik psikologi sukan

• Termasuk dalam kategori ahli psikologi sukan gunaan.


• Berperanan untuk mengajar asas teori psikologi sukan yang betul dan mengajar kemahiran
psikologi untuk meningkatkan prestasi atlet serta memberikan ceramah dan kursus psikologi
kepada jurulatih dan pemain.
• Kelayakan peringkat sarjana dalam bidang psikologi sukan sangat diutamakan bagi seorang
pendidik psikologi
• Berperanan sebagai konsultan dalam bidang sukan.
• Peranan mereka hampir sama dengan kaunselor atau pakar kaunseling.
Penyelidik psikologi sukan

• Mengendalikan penyelidikan dan kajian berkaitan psikologi sukan.


• Hasil kajian mereka sangat diperlukan kepada mereka yang terlibat dalam bidang sukan
terutamanya ahli psikologi sukan gunaan.
• Antara kaedah dan pendekatan yang digunakan ialah pendekatan seperti soal selidik,
eksperimental dan pemerhatian.
• Juga berperanan mengembangkan cabang ilmu dalam bidang psikologi
Pengamal klinikal

• Terdiri daripada pakar psikologi sukan.


• Perkhidmatan yang diberikan adalah dalam bentuk kaunseling, psikoterapi dan juga penilaian
psikologi atlet.
• Mereka mengendalikan masalah emosi dan personaliti atlet
• Ahli psikologi sukan klinikal mempunyai lesen untuk menguruskan masalah psikologi yang
dialami oleh atlet.
• Mereka perlu bertanggungajawab terhadap perlakuan dan nasihat yang diberikan kepada atlet-
atlet.
• Untuk menggelakkan berlaku sebarang akibat negatif, ahli psikologi sukan klinikal perlu
menyampaikan maklumat dan teknik-teknik yang betul semasa berurusan dengan atlet.

239  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN SUKAN

8.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 8.2 Personaliti

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan personaliti;

(b) Menjelaskan tiga struktur asas personaliti seperti teras psikologikal, respons yang biasa,
dan peranan yang dimainkan;

(c) Menjelaskan tiga ciri yang berkaitan dengan personaliti seperti ciri peribadi, pengaruh
situasi, dan interaksi ciri peribadi dengan situasi;
(d) Memerihalkan pengaruh personaliti dalam pemilihan aktiviti sukan
(e) Menjelaskan maksud ekstrovet dan introvet;

(f) Membandingkan individu yang bersifat ekstrovet dan introvet dalam sukan.

(a) Mentakrifkan personaliti

Personaliti berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘Persona’ yang bermaksud topeng muka.
Setiap individu mempunyai ciri-ciri keperibadian dan perwatakan yang berbeza. Personaliti
merupakan aset yang penting dalam diri seseorang. Ia menentukan had kejayaan, kegembiraan dan
kepuasan dalam diri individu. Ia juga membantu dalam membentuk kehidupan semasa dan berterusan
pada masa akan datang. Personaliti mempengaruhi semua yang ingin kita capai dalam kehidupan,
pekerjaan dan kesihatan. Personaliti juga merupakan sesuatu yang unik, merujuk kepada aspek
dalaman dan luaran yang bertahan agak lama, serta watak seseorang yang mempengaruhi tingkah laku
dalam situasi yang berbeza.

Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang
unik untuk seseorang. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang yang ingin
menzahirkan ciri-ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri
keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia
dengan manusia yang lain.

(b) Asas-asas ciri personaliti

• Konsistensi
• Psikologikal dan fisiologikal
• Impak terhadap tingkahlaku dan tindakbalas
240  
 
 
• Ungkapan pelbagai
Personaliti boleh dibahagikan kepada tiga struktur yang berbeza. Namun, setiap struktur ini saling
berkaitan antara satu sama lain. Personaliti boleh dibahagikan kepada teras psikologikal, respons yang
biasa dan peranan yang dimainkan (Shaharudin, 2001).

Teras Psikologikal

• Merupakan ciri personaliti diri yang paling asas.


• Menjelaskan tentang nilai dalaman seseorang individu seperti falsafah dan prinsip, keinginan
dan kemahuan, kepercayaan dan keyakinan diri.
• Menjelaskan semua perkara yang berkaitan dengan diri kita seperti sikap dan perlakuan.
• Merupakan ciri dalaman yang stabil dan sukar diubah. Contohnya, nilai menghormati orang
yang lebih tua yang menjadi teras psikologikal bagi seseorang individu akan kekal dalam
dirinya dan tidak mudah berubah mengikut masa dan tempat.
Respons yang biasa

• Menjelaskan mengenai tingkah laku dan reaksi seseorang dalam keadaan biasa.
• Ianya agak tepat diukur untuk menerangkan personaliti sebenar seseorang. Contohnya, anda
seorang yang suka membantu dan disenangi ramai
Peranan yang kita mainkan

• Merujuk kepada aspek personaliti yang sentiasa berubah mengikut situasi semasa. Contohnya,
sekarang anda merupakan seorang pelajar tingkatan enam. Pada masa yang sama, anda juga
merupakan seorang anak, seorang kakak atau abang, seorang rakan, seorang atlet dan
pelbagai peranan yang lain.
• Setiap peranan yang dinyatakan memerlukan personaliti yang berbeza misalnya, peranan
sebagai seorang abang berbeza dengan peranan sebagai seorang atlet.
• Peranan yang dimainkan ini tidak sesuai diukur untuk mengetahui personaliti seseorang,
kerana ianya sentiasa berubah mengikut situasi.
• Untuk mengetahui personaliti seseorang yang sebenar, adalah lebik baik sekiranya struktur
teras psikologikal dan struktur respon yang biasa diberi perhatian.
(c) Ciri – ciri yang berkaitan dengan personaliti

Ciri peribadi

• Corak tindakan seseorang individu adalah dipengaruhi oleh personalitinya sendiri


• Tindakan seseorang tidak dipengaruhi oleh persekitaran (luaran) atau mempunyai pengaruh
yang minimum sahaja (Shaharudin, 2001

241  
 
 
• Terdapat pandangan yang berbeza mengenai perspektif ini. Misalnya, seorang atlet
mempunyai ciri-ciri peribadi seperti pendiam. Tetapi, atlet ini bergaul mesra dengan ahli
pasukannya semasa sesi latihan.
• Maklumat mengenai ciri-ciri peribadi seseorang tidak mampu membantu dalam meramal
tindakan individu tersebut dalam semua situasi.
Pengaruh situasi

• Perlakuan seseorang individu dipengaruhi oleh faktor luaran seperti persekitaran dan situasi
yang terlibat.
• Sebagai contoh, seorang atlet bermain secara tenang semasa perlawanan persahabatan dengan
pasukan lain. Namun, semasa perlawanan sebenar, atlet tersebut berasa bimbang dan kurang
yakin walaupun berlawan dengan pasukan yang sama.
• Ciri-ciri peribadi atlet di atas tidak memainkan peranan, sebaliknya situasi dan persekitaran
yang menentukan perlakuannya.
• Perlakuan atlet masih lagi boleh dipengaruhi dengan cara memanipulasikan situasi. Misalnya,
mengadakan jenis latihan yang pelbagai, mengadakan sesi latihan di tempat yang berbeza dan
perlawanan persahabatan dengan pasukan.
Interaksi ciri peribadi dengan situasi

• Perlakuan dan tindakan seseorang atlet dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi dan faktor
persekitaran atau situasi yang dihadapi oleh atlet tersebut.
• Contohnya, dalam situasi persaingan sengit antara dua atlet larian 800 meter, seorang atlet
yang mempunyai ciri-ciri peribadi tidak mudah mengalah mengalami kecederaan.
• Dalam situasi ini, kita boleh meramal atau memahami bahawa atlet tersebut akan berhenti
dari meneruskan lariannya walaupun dia seorang yang tidak mudah mengalah.
• Berbanding dengan perspektif personaliti berasaskan ciri-ciri peribadi dan personaliti
berasaskan pengaruh situasi, perspektif interaksi antara ciri-ciri peribadi dan situasi lebih
diterima oleh pengkaji psikologi sukan.
• Kedua-dua faktor ini perlu diambil kira untuk memahani perlakuan dan tindakan atlet dalam
sukan.
(d) Pengaruh personaliti dalam pemilihan aktiviti sukan

Menurut kajian awal yang dijalankan oleh pengkaji psikologi, terdapat perbezaan personaliti
antara atlet dan bukan atlet. Atlet biasanya dikatakan mempunyai personaliti seperti tidak mudah
putus asa, bersikap kompetitif, berkeyakinan tinggi, dan konsep kendiri (self-esteem) yang tinggi
berbanding dengan bukan atlet. Namun, masih lagi belum wujud satu profil atau senarai ciri-ciri
khusus yang membezakan atlet dan bukan atlet.

242  
 
 
(e) Ekstrovert

• Atlet yang bersifat ekstrovert, biasanya lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia dalam.
• Suka bergaul mesra, bersifat kompetitif, suka bersosial, dan dipengaruhi oleh dunia objektif
yang nyata.
• Mudah menyesuaikan tahap psikologikal mereka dengan faktor persekitaran, bersikap
autoritarian dan tidak mudah mengalah.
• Biasanya mempunyai ramai sahabat, melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu
• Cepat menjadi agresif dan mudah hilang kemarahannya.
• Suka mengambil risiko dan tidak selalu dapat dipercayai kata-katanya.
Introvert

• Keperibadian yang dipengaruhi oleh dunia subjektif yang tidak jelas.


• Biasanya bersifat pemalu, pendiam, tidak suka bergaul, merancang lebih awal sebelum
bertindak
• Mempunyai gaya hidup yang lebih teratur.
• Tidak mudah agresif tetapi menyimpan perasaan kemarahannya untuk jangka masa lama.
• Mudah dipercayai
• Kebiasaannya tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang mengambil inisiatif.

243  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN SUKAN

8.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 8.3 Kebangkitan dan Kebimbangan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan kebangkitan;
(b) Mentakrifkan kebimbangan tret dan seketika;
(c) Membandingkan kebangkitan dan kebimbangan;
(d) Mentakrifkan stres, eustres, distres, hiperstres, dan hipostres;
(e) Membandingkan stres, eustres, distres, hiperstres, dan hipostres;
(f) Menjelaskan gejala psikologi akibat daripada kebangkitan dan kebimbangan;
(g) Menjelaskan kesan aras kebangkitan dan kebimbangan yang berbeza terhadap prestasi
atlet;
(h) Menjelaskan konsep pengurusan stres seperti kawalan pernafasan, relaksasi otot progresif
(PMR), latihan autogenik, imageri, dan meditasi.

(a) Kebangkitan

Definisi Kebangkitan (arousal)

• Cox (1998), mendefinisikan sebagai tahap kesediaan fisiologi yang berada dalam satu
kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada keseronokan yang terlampau.

• Cratty (1989), pula mendefinisikan kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara
fizikal, intelektual, atau perseptual.

• Wann (1997), mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap kesediaan fisiologi untuk beraksi
secara fizikal, intelektual atau perseptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi.

Kesimpulannya

• semuanya merujuk kepada tahap kesediaan seseorang untuk menghadapi stimulus yg terdapat
di persekitaran.

• Oleh itu kebangkitan boleh didefinisikan sebagai tahap kesediaan fisiologi individu untuk
bertindak terhadap sesuatu stimulus secara fizikal mahu pun mental

244  
 
 
Proses Kebangkitan

• Kebangkitan berpunca dari tindakan sistem saraf autonomik (SSA). Ia mengawal tindakan
automatik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, pernafasan dan tekanan
darah.

• Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpatetik dan parasimpatetik.

• Sistem simpatetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan badan
untuk tindakan flight atau fight sementara parasimpatetik berfungsi sebagai penenang.

• Setiap individu mempunyai tahap kebangkitan yang berbeza dengan individu yang lain.

• Sekiranya aktiviti simpatetik meningkat, maka tahap kebangkitan individu juga akan
meningkat melebihi tahap optima, oleh itu parasimpatetik bertanggungjawab untuk
menurunkan tahap kebangkitan agar kembali kepada tahap asal (homeostasis).

Tahap Optimum Kebangkitan

• Kebangkitan boleh diletakkan dalam satu kontinum yang terdiri dari tidur yang lena
sehinggalah kepada keseronokan yang terlampau (Cox,1998).

• Dari kajian, organisme hidup sebenarnya mencari satu tahap kebangkitan yang sesuai dan
selamat ketika melakukan sesuatu tugasan.

• Tahap ini dikenali sebagai tahap kebangkitan yang optimum.

• Keinginan mendapatkan tahap kebangkitan yang optimum ini dikenali sebagi sensoristasis.

Indikator Kebangkitan

• Antara kaedah yang biasa digunakan bagi mengesan tahap kebangkitan individu ialah alat
elektrofisiologikal.

• Bagaimanapun, tiada satu cara yang dapat mengukur dengan tepat untuk mengukur
kebangkitan.

• Cara yang biasa digunakan untuk mengesan tahap kebangkitan adalah peningkatan kadar
nadi,ketegangan otot, pengeluaran peluh, peningkatan pernafasan, perlakuan yang tidak
teratur, percakapan laju serta hilang rentak perlakuan biasa.

245  
 
 
(b) Kebimbangan Tret dan Seketika

• Shaharudin, 2001: kesan kognitif atau emosi yang terhasil daripada persepsi terhadap situasi
yang dihadapi dalam bentuk ancaman yang diterima oleh individu seperti
kekalahan, ugutan fizikal dan rasa malu.

• Weinberg dan Could (1999): keadaan emosi yang negatif iaitu keresahan dan kerisauan
kesan daripada keaktifan individu.Boleh mengganggu konsentrasi atlet malah mampu
menjejaskan prestasi atlet.

• Wann (1997),mendefinisikan kebimbangan sebagai interprestasi yang dibuat terhadap bentuk


tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah, sedang dan yang
akan dihadapi oleh individu.

• Iso Ahola dan Hatfield (1986), menjelaskan kebimbangan merupakan gabungan antara kesan
fisiologikal dan psikologikal yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh individu terhadap
satu situasi.

• Landers dan Boutcher (1993), kebimbangan sebagai kesan reaksi emosi –ve oleh CNS
Autonomik

• Gould dan Krane (1992), kebimbangan dijelaskan sebagai dimensi emosi atau kognitif
kebangkitan.

• Anshell (1997), kebimbangan dijelaskan sebagai ancaman yg dijangka.

KESIMPULAN: Kesan tafsiran (persepsi) kognitif atau emosi yang –ve terhadap
persekitaran/situasi sebelum, sedang mahu pun selepas dihadapi.

246  
 
 
(c) Membandingkan Kebangkitan dan Kebimbangan

Terdapat DUA Jenis Kebimbangan

Kebimbangan tret: Kebimbangan seketika

Merujuk kepada ciri personaliti individu yang Terhasil dari tafsiran individu terhadap
cenderung melihat pelbagai situasi yang berbeza rangsangan persekitaran pada waktu itu
sebagai mengancam dan mengugat. Bersifat sementara. Pengaruh sorakan, cuaca,
Dalaman diri individu sendiri dan semulajadi spt tempat, pengalaman lalu dan sebagainya..
darah gemuruh.

• Rangsangan yang mempengaruhi atlet seperti sorakan penonton, tempat pertandingan,


keadaan cuaca, pengetahuan tentang pihak lawan, meragui kebolehan diri sendiri,
kecederaan, pengalaman kegagalan dll

• Rangsangan negatif akan menyebabkan atlet akan rasa tertekan

• Rangsangan positif akan membantu persembahan atlet untuk mencapai kejayaan

(d) Mentakrifkan stres, eustres, distres, hiperstres, dan hipostres


(e) Membandingkan stres, eustres, distres, hiperstres, dan hipostres
(f) Kesan Kebangkitan dan Kebimbangan terhadap Individu

• Stres

• Eustres

• Distres

• Hiperstres

• Hypostres

Stres

• Menurut Hans Selye (1982), stres adalah respons tubuh tanpa emosi ternadap bebenan atau
tekanan persekitaran.

247  
 
 
• Merupakan tindak balas fisiologikal yang semulajadi terhadap tekanan atau bebanan yang
terdapat di persekitaran.

• Nilai stres sama ada positif atau negatif, bergantung kepada tafsiran yang dibuat oleh individu
yang menghadapinya.

• Oleh itu,stres dan kebangkitan mempunyai persamaan yang ketara iaitu kedua duanya bersifat
semulajadi serta tidak mempunyai pengaruh emosi.

Eustres

• Eustres merupakan stres yang bersifat positif.

• Contohnya perasaan atau debaran atlet yang menanti nama diumumkan sebagai pemenang.

• Dalam konteks ini, eustres dianggap sebagai bentuk debaran yang positif oleh atlet itu.

Distres

• Stres yang diklasifikasikan sebagai stres yang negatif.

• Dalam konteks ini, individu merasakan tidak mampu menhadapi tekanan atau bebanan yan
dihadapi dalam persekitaran.

• Persepsi ini, boleh menjejaskan prestasi atlet dan menimbulkan kesan negatif.

Hyperstres

• Merujuk kepada keadaan tahap serta jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan untuk
menangani keadaan tersebut.

• Contohnya, dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, seseorang akan menjadi kaku, dan tidak
memberi sebarang reaksi.

Hypostres

• Keadaan hypostres pula adalah berlawanan dengan hyperstres.

• Keadaan hypostres adalah tidak ada jumlah atau bentuk stres yang mempengaruhi langsung
keadaan seseorang individu.

• Keadaan ini akan menimbulkan kebosanan.

248  
 
 
(h) Pengurusan Stress

Jenis Teknik Tujuan


Terapi Pernafasan: teknik yang Menarik satu nafas yang - membantu mengekalkan
berorientasikan fizikal dan panjang dan hembuskan ketenangan
mengawal tindakbalas fisioloi perlahan-lahan. Dilakukan - mengurangkan ketegangan
berulang kali sehingga berasa otot rangka
tenang dan relaks - menenangkan psikoemosi
ketika dalam kebimbangan

Pemusatan: Latihan memberi Menarik nafas panjang dan - untuk relaks


tumpuan kepada satu pusat menumpukan perhatian kepada - mengurangkan kebimbangan
pemikiran, penafasan, bunyi titik di tengah badan. Dilakukan - membantu mengurangkan
atau objek dengan tapak kaki bertemu stres
dalam pangkuan atau pada - memberi tumpuan kepada apa
kedudukan posisi yang selesa yang perlu dilakukan

Relaksasi: latihan yang Menegang dan mengendurkan - mengurangkan rasa tekanan


memusatkan perhatian kepada otot rangka secara progresif. - memberi tumpuan dan
otot yang tegang Boleh dilakukan secara duduk konsentrasi
atau berbaring - menghindarkan perasaan
takut, kurang yakin dan
pemikiran negatif terhadap
aktivti yang akan dan sedang
disertai

Visualisasi: latihan Menenangkan individu apabila menenangkan individu apabila


penggambaran sesuatu aktiviti berada dalam keadaan tertekan berada dalam keadaan tertekan
secara sistematik dan simbolik atau bimbang atau bimbang
dalam minda

249  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN SUKAN

8.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 8.4 Motivasi

Hasil Pembelajaran

Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan motivasi

(b) Membandingkan motivasi intrinsik dengan ekstrinsik

(c) Memerihalkan kepentingan motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam konteks sukan.

(a) Mentakrifkan motivasi

Apa itu Motivasi?

• Maksud motivasi diambil dari perkataan latin ‘movere’ yang bermaksud ‘to move’.
kecenderungan ke arah melakukan sesuatu

• Menurut Alderman (1974), motivasi ialah kecenderungan tingkah laku dan pilihan
yang dikawal oleh hubungan akibat dan kecenderungan tingkah laku yang berterusan
sehingga matlamat dicapai.
• Cox (1994), mendefinisikan motivasi sebagai sumber atau alat yang mengalakan
seseorang untuk mencapai matlamat dan seterusnya berusaha mencapai matlamat
tersebut sehingga berjaya.
• Sage (1977), Arah dan intensiti usaha seseorang individu. Ianya bersifat neutral.
a. arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu.

b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati atau mengelakkan diri dari
situasi tersebut.

250  
 
 
Definisi:

• Wann (1997); proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta
mengekalkan perlakuan yang diingini.
• Berkaitan rapat dengan arah dan usaha.
• Penting untuk mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlet untuk berjaya dalam bidang
sukan

Sumber Motivasi

Motivasi dianggap sebagai pencetus pergerakan atau keinginan individu untuk mencapai
sesuatu matlamat.

Bagi seseorang jurulatih, motivasi bererti usaha untuk melakukan sesuatu tugasan dengan
baik dan sempurna.

(b) Membandingkan motivasi intrinsik dengan ekstrinsik

Terbahagi kepada dua iaitu:

Motivasi intrinsic Motivasi ekstrinsik


Melibatkan usaha dalaman untuk mencapai Dibantu oleh faktor-faktor luaran seperti ganjaran yang
kejayaan tanpa dibantu oleh ganjaran atau berbentuk hadiah, pujian, penghormatan, anugerah dll
pengaruh luar

Motivasi intrinsik dikaitkan dengan Motivasi ektrinsik ialah rangsangan oleh elemen
keseronokan dan pengalaman kecekapan elemen luar seperti hadiah atau ganjaran.
dan minat yang diperoleh daripada
melakukan aktiviti tersebut. Bentuk ganjaran luaran ialah pemberian hadiah atau
ganjaran diperoleh dari guru, jurulatih,ibu bapa dan
Menurut Singer (1988), motivasi dalaman majikan.
ialah motivasi yang timbul atau wujud
dalam diri seseorang itu sendiri. Motivasi ini kekal seketika kerana mengharapkan
ganjaran.

Bentuk ganjaran ugutan atau dendaan, berbentuk


digunakan oleh jurulatih sebagai dorongan untuk
mencapai kejayaan.

251  
 
 
Jika keterlaluan akan menjejaskan dan mendatangkan
kesan negatif untuk jangka masa panjang.

Kaitan antara Motivasi dengan Prestasi

• Terdapat alat pengukuran motivasi dihasilkan untuk mengukur serta menilai motivasi atlet
yang terlibat dalam sukan.

• Skala Persepsi Kecekapan untuk Kanak Kanak yang dihasilkan oleh Harter(1982), ia
digunakan untuk menilai kanak kanak dalam 3 aspek iaitu :

• Fizikal (kemahiran dalam sukan)

• Sosial (kecekapan berkaitan dengan rakan sebaya)

• Kognitif (kecekapan berasaskan sekolah)

• Weiss dan Horn(1990), menggunakan alat ini dalam kajian mereka dan mendapati kanak
kanak lelaki dan perempuan yang menjangkakan bahawa tahap kecekapan mereka rendah
biasanya akan tercicir dalam sukan.

(c) Memerihalkan kepentingan motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam konteks sukan

Motivasi dan Ganjaran

Ganjaran yang diterima boleh meningkat atau menurunkan motivasi individu.

i. Meningkatkan Motivasi

Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan
yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit, dapat meningkatkan motivasi intrinsik
atlit tersebut.

Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau senyuman jurulatih yang
ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlit
tersebut.

252  
 
 
ii Menurunkan Motivasi
Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan
yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta
keseronokan atlit berkenaan.

Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti kata-kata semangat atau perangsang yang
ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan
atlit berkenaan.

Kemahiran Memotivasikan Diri

Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah

A. penetapan matlamat
B. Kata-kata rangsangan diri.

A Penetapan matlamat

Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat
sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut. Matlamat
tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk memotivasikan individu tersebut
disamping menjadi panduan (kayu ukur) untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati
matlamat.

Tahap-Tahap

i Matlamat Jangka Panjang

Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan dalam mencapai sasaran yang
ditetapkan.

ii Matlamat Jangka Sederhana

Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit
atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir.

c. Matlamat Jangka Pendek

253  
 
 
Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut
berada dilandasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang.

B Kata-Kata Rangsangan Diri

Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi, keyakinan
diri serta intensiti usaha seseorang individu atau pasukan.

Boleh berbentuk slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan yang
menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat seperti harimau"), kata- kata hikmat ("andalah yang terbaik"),

(you're the best) serta doa.

254  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN SUKAN

8.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk : 8.5 Keagresifan dalam sukan

Hasil Pembelajaran
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Menjelaskan pengertian keagresifan dalam sukan;
(b) Membandingkan keagresifan ketara (hostile), keagresifan instrumental, dan keagresifan
asertif;
(c) Memberikan contoh yang sesuai bagi setiap jenis keagresifan;
(d) Menjelaskan faktor penyebab keagresifan dalam sukan;
(e) Memerihalkan kesan keagresifan dalam sukan dari sudut individu, masyarakat, dan global.

(a) Pengertian keagresifan dalam sukan

• Keagresifan adalah perlakuan melampau yang boleh mendatangkan kesakitan atau


kecederaan kepada seseorang yang dikasari. Menurut Widmeyer (et al. 2010)
keagresifan ditakrifkan sebagai satu respon yang sengaja dilakukan untuk
menyebabkan kesakitan atau kecederaan kepada individu.
• Satu tindakan yang bermatlamat utk mengakibatkan kecederaaan secara fizikal,
verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri
dari dicederakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada harta
benda yang berpunca dari kemarahan (Wann, 1997)

(b) Membandingkan keagresifan ketara (hostile), keagresifan instrumental, dan keagresifan


asertif

(c) Memberikan contoh yang sesuai bagi setiap jenis keagresifan

Keagresifan ketara (hostile) Keagresifan instrumental Keagresifan asertif


• Bertujuan mencederakan • Bertujuan mencederakan • Penggunaan fizikal @
individu/objek untuk individu lain dengan niat verbal dengan cara yang
melihat individu menderita untuk mendapatkan dibenarkan (bermain
kesakitan ganjaran tertentu seperti mengikut peraturan)
• Didorong oleh rasa memenangi perlawanan. • Tidak berniat mencederakan
marah/kecewa pelaku • Menumbuk pihak lawan orang lain

255  
 
 
• Sengaja tackle pihak lawan dalam perlawanan tinju • Menjatuhkan pihak lawan
semasa mengejar bola untuk mendapatkan mata permainan ragbi untuk
dalam permainan bola kemenangan. mendapatkan bola.

(d) Menjelaskan faktor penyebab keagresifan dalam sukan

1 Psiko-Fisiologikal

• Berkait rapat dgn tafsiran seseorang

2 Faktor semasa

• Suhu

• Perbezaan mata/jaringan

• Pengaruh penonton

• Tempoh masa permainan

• Lokasi pertandingan

• Penggunaan steroid
3 Penggunaan jersi yang gelap

4 Kepentingan pertandingan

(e) Memerihalkan kesan keagresifan dalam sukan dari sudut individu, masyarakat, dan
global

Individu Masyarakat Global


• Gantung permainan • Pergaduhan • Pemboikotan pasukan
• Stress • Perlawanan ditunda • Perhubungan
• Prestasi terganggu • Hilang semangat diplomatik terjejas
• Hilang kerjaya kesukanan • Sukan tidak
berkembang
** kesan-kesan lain yang releven boleh diterima

256  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN SUKAN

8.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk : 8.6 Kesepaduan Pasukan

Hasil Pembelajaran
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan kesepaduan pasukan;
(b) Memerihalkan fasa pembentukan pasukan seperti pembentukan, pertelagahan atau
perbalahan, pembentukan norma, dan prestasi atau persembahan;
(c) Memerihalkan faktor yang mempengaruhi kesepaduan pasukan.

(a) Kesepaduan pasukan

Proses dinamik yang dijelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan untuk bersatu
dan bersama dalam mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut (Carron, 1982)

Dwidimensi:

Kesepaduan tugasan – bersama menyelesaikan tugasan

Kesepaduan sosial – hubungan interpersonal – ikatan dalam pasukan

(b) Memerihalkan fasa pembentukan pasukan seperti pembentukan, pertelagahan atau


perbalahan, pembentukan norma, dan prestasi atau persembahan;

Fasa-Fasa Pembentukan Penerangan


Pasukan
Pembentukan ( Forming) • usaha untuk mengenali ahli pasukan yang lain
• perbandingan sosial – kemampuan, kebolehan
• menilai kekuatan & kelemahan masing-masing
• menilai kemampuan aksi
Jurulatih:
• sesi ice breaking yang positif
• peka dengan budaya & klik dalam pasukan
• adil dalam tindakan

257  
 
 
Pertelagaan/Perbalahan • pertelagahan dan persaingan – polarisasi, konflik serta tentangan
( Storming ) pemain, jurulatih & pengurusan
• pertembungan fizikal & pergaduhan esp pramusim
Jurulatih:
• perlu bertegas dalam menangani isu
• penjelasan tentang kekuatan / kelemahan pemain
• matlamat jurulatih / pasukan / pengurusan
• adil dalam tindakan

Pembentukan Norma • pertelagahan semakin berkurangan


( Norming ) • jalinan hubungan yang positif
• sikap kerjasama
• kesepaduan dan identiti pasukan mula terbentuk
• sikap mementingkan pasukan
Jurulatih:
• menanam semangat berpasukan
• bincang tentang matlamat pasukan bersama pemain
• menjelaskan sumbangan setiap ahli pasukan

Persembahan • pemain bersedia sebagai satu pasukan


( Performing ) • kematangan hubungan
• pemantapan dan peningkatan hubungan antara pemain, jurulatih
dan pengurusan
Jurulatih:
• wujudkan suasana kerjasama
• elak persaingan negatif
• pupuk kesepaduan yang berterusan
• puji team dahulu, baru individu
(c) Faktor yang mempengaruhi kesepaduan pasukan

• Saiz kumpulan
• Interaksi di antara ahli kumpulan
• Kejelasan matlamat kumpulan
• Penerimaan matlamat kumpulan
• Iklim pasukan yang kondusif
• Kejelasan peranan ahli

258  
 
 
• Apresiasi ketua terhadap prestasi ahli
Faktor Penggugat Kesepaduan Pasukan

• Percanggahan tentang matlamat pasukan


• Kekerapan pertukaran ahli kumpulan
• Perebutan kuasa dalam kumpulan
• Masalah komunikasi dalam kumpulan
• Kurang jelas tentang peranan yang dimainkan
• Kritik yang berterusan
• Pertembungan personaliti
Bagaimana meningkatkan kesepaduan pasukan

• Membiasakan pemain dengan peranan rakan yang lain


• Kenali pemain anda
• Gunakan strategi komunikasi yang berkesan
• Berikan komen yang positif selepas setiap perlawanan
• Memberikan maklum balas kepada pemain
• Wujudkan sistem sokongan dalam pasukan
• Awasi kumpulan kecil/klik dalam pasukan
• Konsisten ketika mendisiplinkan pemain
• Atasi masalah keciciran pemain

259  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN SUKAN

8.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk : 8.7 Tumpuan

Hasil Pembelajaran
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan tumpuan;
(b) Memerihalkan dimensi tumpuan;
(c) Membandingkan gaya tumpuan seperti luas luaran, luas dalaman, sempit luaran, dan sempit
dalaman berserta contoh yang bersesuaian.
(a) Takrifan tumpuan

Menurut Cox (1998), tumpuan bermaksud kemampuan seseorang individu mengalihkan


tumpuan dari satu sumber maklumat kepada satu sumber maklumat yang lain dan
jumlah maklumat yang difokuskan dalam tempoh masa tertentu.

(b) Memerihalkan dimensi tumpuan

DIMENSI TUMPUAN

KELUASAN TUMPUAN ARAH TUMPUAN

SEMPIT LUAS DALAM LUAR

Dimensi Tumpuan

Menurut Nideffer (1993), terdapat dua dimensi tumpuan:

• Keluasan Tumpuan
• Sempit
• Luas
• Arah Tumpuan
• Dalam
• Luar

260  
 
 
KELUASAN TUMPUAN
Dimensi yang pertama adalah keluasan tumpuan - berkait rapat dengan bilangan stimulus yang
diberikan tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa. Ianya berkisar dari
sempit kepada luas

SEMPIT LUAS
Fokus tumpuan yang sempit merujuk kepada Fokus tumpuan yang luas merujuk kepada
proses penumpuan yang menjurus kepada satu penumpuan yang bersifat menyeluruh atau
atau dua stimulus pada satu masa. memberikan perhatian kepada semua stimulus
pada satu masa.

ARAH TUMPUAN
Merujuk kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya, sama ada ke dalam atau keluar.

DALAM LUAR
Arah tumpuan dalaman berlaku apabila atlit Arah tumpuan luaran merujuk kepada tindakan
mengarahkan tumpuannya kepada perasaan serta atlit memberikan tumpuannya kepada stimulus
pemikirannya . yang terdapat di persekitarannya atau di luar
dirinya.

261  
 
 
(c) Membandingkan gaya tumpuan seperti luas luaran, luas dalaman, sempit luaran, dan
sempit dalaman berserta contoh yang bersesuaian.

DIMENSI TUMPUAN

KELUASAN TUMPUAN ARAH TUMPUAN

Sempit Luas Dalam Luar

GAYA TUMPUAN / STAIL TUMPUAN

Luas Sempit Luas Sempit


Dalaman Dalaman Luaran Luaran

Gaya Tumpuan / Stail Tumpuan

• Gabungan kedua-dua dimensi fokus tumpuan ini, iaitu keluasan (sempit-luas) dan
arah tumpuan (dalaman-luaran) mewujudkan empat stail tumpuan utama, iaitu
luas-dalaman, sempit-dalaman, luas-luaran dan sempit-luaran (Nideffer, 1993a,
1993b).

(i) Luas Dalaman


• Individu yang menggunakan fokus tumpuan yang bercorak luas-dalaman
biasanya menganalisis sesuatu situasi seperti memikirkan strategi serta taktik
yang berkesan untuk mengatasi pihak lawan. Ini biasanya dilakukan oleh
jurulatih semasa menyaksikan pasukannya beraksi dalam sesuatu perlawanan.

(ii) Sempit Dalaman


• Individu yang menggunakan fokus tumpuan yang bercorak sempit-dalaman
biasanya memberikan tumpuan kepada satu atau dua perkara sahaja

262  
 
 
• Contohnya, seorang ahli gimnastik yang sedang membayangkan pergerakan
yang akan dilakukannya dalam acara senaman lantai. Beliau memusatkan
pemikirannya hanya kepada pergerakan tersebut sahaja.

(iii) Luas Luaran


• Individu yang menggunakan fokus tumpuan bersifat luas-luaran
Biasanya bertindak seperti penjaga gol, yang menilai pergerakan rakan dan
lawan semasa diserang oleh pasukan lawan. Beliau membuka tumpuannya
seluas mungkin untuk melihat posisi serta pergerakan pemain yang terlibat di
dalam padang.

(iv) Sempit Luaran


• individu yang menggunakan fokus sempit-luaran biasanya memberikan
tumpuan kepada satu perkara sahaja.
• Contohnya, seorang pemanah atau penembak yang yang bersedia untuk
melepaskan anak panah atau menembak tepat kearah sasaran.

Punca-Punca hilang Tumpuan

• Terlalu memikirkan atau memberikan tumpuan kepada apa yang telah berlaku
• Memikirkan tentang apa yang akan berlaku
• Memberikan tumpuan kepada terlalu banyak petunjuk di persekitaran
• Terlalu memberikan perhatian kepada mekanik atau proses pergerakan sesuatu
kemahiran yang telah dikuasai dengan baik
• Kepentingan pertandingan tersebut
• Saat kritikal dalam perlawanan
• Penilaian ke atas individu
• Keletihan
Cara-Cara mengatasi hilang Tumpuan

• Bicara kendiri yang positif


• Menggunakan perkataan atau kiu tertentu untuk meningkatkan fokus
• Berlatih dengan gangguan (simulasi)
• Mewujud atau mengekalkan rutin tertentu
• Fokus kepada sekarang (here and now)

263  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

9.0 LAKUAN MOTOR

Sub Tajuk: 9.1 Konsep Lakuan Motor

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Menyatakan kategori lakuan motor seperti pembelajaran motor, kawalan motor, dan
perkembangan motor;
(b) Mentakrifkan pembelajaran motor, kawalan motor, dan perkembangan motor;
(c) Menjelaskan pembelajaran motor, kawalan motor, dan perkembangan motor.

(a) Menyatakan kategori lakuan motor seperti pembelajaran motor, kawalan motor, dan
perkembangan motor;
(b) Mentakrifkan pembelajaran motor, kawalan motor, dan perkembangan motor;
(c) Menjelaskan pembelajaran motor, kawalan motor, dan perkembangan motor.

Lakuan  Motor/  
Tingkahlaku  Motor  

Pembelajaran   Perkembangan   Kawalan      


Motor   Motor   Motor  
Perubahan tingkahlaku Penguasaan Perubahan tingkahlaku
hasil latihan dan kemahiran hasil latihan dan
pengalaman. sepanjang hayat pengalaman.
   

264  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

9.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 9.2 Kawalan Motor

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:
(a) Memerihalkan ciri pergerakan dalam kawalan motor seperti fleksibiliti, keunikan,
konsistensi, dan kebolehan mengubah suai pergerakan.
(b) Memerihalkan kawalan motor yang melibatkan latihan (practice), pengekalan (retention),
dan pemindahan (transfer).
(c) Memerihalkan teori refleks dan teori berhierarki dalam kawalan motor.
(d) Melakukan aktiviti fizikal yang menggunakan teori refleks dan teori berhierarki.

(a) Memerihalkan ciri pergerakan dalam kawalanmotor seperti fleksibiliti, keunikan,


konsistensi dan kebolehan mengubahsuai pergerakan.

Definisi Kawalan Motor

- Merupakan satu proses oleh manusia dengan menggunakan sistem saraf pusat otak /
kognitif untuk aktifkan dan mengkordinasi otot-otot dan anggota badan yang terlibat
dalam menghasikan perlakuan sesuatu kemahiran motor.
- Bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal
kedua-duanya.
- Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi semua proses yang terlibat
dalam mekanisme mengawal pergerakan.
Ciri-Ciri Pergerakan Kawalan Motor

Terdapat beberapa ciri pergerakan dalam kawalan motor. Antaranya adalah:-

i. Fleksibiliti
- Kemampuan sendi-sendi terlibat bergerak mudah, licin dengan rintangan yang
minimum. Fleksibiliti juga murujuk kepada pergerakan sendi pada julat
pergerakan yang maksimum ( ROM - Range of movement )
- Tindak balas sistem saraf banyak mempengaruhi aspek fleksibiliti dalam kawalan
motor.

265  
 
 
- Keupayaan menyelesaikan tugasan dengan sempurna dengan menggunakan
pelbagai sumber sistem saraf otot.

ii. Keunikan
- Kemampuan system saraf menghasilkan dan mengawal perlakuan- perlakuan
yang unik dalam sukan-sukan yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang unik.
- Bila pergerakan yang berkaitan wujud, banyak pembolehubah wujud dengan
melakukan pelbagai pergerakan yang hampir serupa

iii. Konsistensi
- Sistem saraf membantu dalam mengawal anggota badan untuk menghasilkan
perlakuan yang konsisten.
- Pergerakan seperti "di mana" dan "bila" yang menyerupai dari satu pergerakan
dengan pergerakan lain.

iv. Kebolehan mengubahsuai Pergerakan


- Individu dapat mengubah suai pergerakan semasa beraksi dalam sukan ataupun
melakukan aktiviti.
- Sistem saraf membantu mengawal anggota badan yang terlibat untuk
mengubahsuai dengan cepat perlakuan semasa beraksi.
- Kemampuan untuk mengubahsuai pergerakan semasa permainan dan keupayaan
atlet membuat perubahan kemahiran dengan pantas ketika bermain.

*** GURU PERLU MEMBUAT RUJUKAN TAMBAHAN.

(b) Memerihalkan Kawalan motor yang melibatkan pembolehubah-pembolehubah


latihan (practice), pengekalan (retention), dan pemindahan (transfer)

Latihan (Practice)

- Aktiviti yang dilakukan khusus untuk meningkatkan prestasi kemahiran.


- Perlu ulangan & latihtubi.
- Perlu ambil kira konteks matlamat & persekitaran kemahiran
- Tanpa praktis penguasaan sesuatu kemahiran tidak akan berlaku.
Praktis melibatkan tiga aspek iaitu jenis praktis, kaedah praktis dan taburan praktis.

266  
 
 
ASPEK-ASPEK DALAM PRAKTIS

PRAKTIS

Jenis Praktis Kaedah Praktis Taburan Praktis

Praktis Spesifik Praktis Fizikal Praktis Massa


- Praktis yang khusus kepada - Latihan yang dilakukan - Melibatkan masa latihan yang
sesuatu lakuan. adalah yang dapat dilihat / panjang / lama dengan kadar rehat
nyata yang sedikit / pendek.

Praktis Variasi Praktis Mental Praktis Agihan


- Pelbagai lakuan yang - Tidak melibatkan perlakuan - Masa latihan adalah diselang-
melibatkan dalam satu sessi fizikal. Perlakuan adalah selikan dengan beberapa rehat yang
praktis. dalam bentuk imageri. kerapkali

Pengekalan (Retention)

- Kadar pemerolehan / pengekalan sesuatu kemahiran adalah dipengaruhi oleh


bilangan praktis yang dilakukan dalam menguasai sesuatu kemahiran.

Pemindahan (Transfer)

- Kemahiran yang dilatih dengan bilangan praktis yang banyak adalah mudah
dikuasai dalam fasa pengekalan (retention).
- Kemahiran yang diperolehi dalam fasa pengekalan dapat diaplikasi pada fasa
pemindahan semasa pertandingan ataupun ujian kemahiran.
(c) Memerihalkan teori reflex dan teori berhierarki dalam kawalan motor

Teori Refleks

- Teori refleks merupakan satu paradigma yang menjelaskan tingkahlaku yang


menggunakan respons streotaip, respons involuntari (luar kawal) dan respons
pantas sebagai rangsangan. .
- Pergerakan anggota tubuh adalah dikawal oleh tindakan refleks. Refleks pada
aras saraf tunjang dirangsang oleh penerima rangsangan (sensory receptor).
- Ia mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan daripada persekitaran
maka otot-otot rangka akan bertindak balas terhadap rangsangan. Tindakan
refleks dapat menghasilkan prestasi yang boleh diperhatikan.

267  
 
 
Teori Berhierarki
- Teori berhierarki adalah satu konsep lakuan motor yang berasaskan kepada
hierarki daripada otak dan neokorteks.
- Arahan dari atas ke bawah bermula dari bahagian otak dan neokorteks.
- Bahagian otak akan mengarahkan semua bahagian yang melibatkan membuat
keputusan dan prestasi atau lakuan motor.
- Ia beroperasi dalam bentuk berhierarki bermula dari sistem saraf pusat untuk
menghasilkan pergerakan lakuan motor. Maklumat yang akan disalurkan
secara satu hala sahaja.

268  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

9.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 9.3 Pembelajaran Motor

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan model Fitts dan Posner dan model Gentile.


(b) Melakukan aktiviti yang melibatkan kepantasan dan ketepatan (speed and accuracy) dan
arahan lisan (verbal instruction).

(a) Memerihalkan Model Fitts dan Posner dan Model Gentile.

Model Fitts dan Posner

- Terdapat tiga tahap pencapaian kemahiran motor


• Tahap kognitif lisan
• Tahap asosiatif
• Tahap autonomi
Tahap Kognitif Lisan

- Peringkat rendah dalam proses pembelajaran kemahiran motor


- Keperluan arahan yang jelas untuk melakukan kemahiran daripada jurulatih
melalui lisan dan tunjukajar.
- Mentafsir arahan yang diberi dari aspek kognitif
- Masih dalam mempelajari kemahiran-kemahiran asas permainan.
- Banyak melakukan kesilapan.
Tahap Asosiatif

- Peringkat pertengahan dalam dalam proses pembelajaran kemahiran motor.


- Semua kemahiran asas permainan telah dikuasai.
- Penentuan strategi untuk pelaksanaan kemahiran tersebut.
- Kesilapan semakin berkurangan.
- Masih memerlukan bimbingan jurulatih.
- Mampu membetulkan kesilapan.

269  
 
 
Tahap Autonomi

- Peringkat tertinggi dalam pemerolehan kemahiran motor.


- Individu mampu menunjukkan prestasi yang baik / atlet profesional
- Kesilapan hampir tiada.
- Kesilapan dapat dibetulkan sendiri.
- Jurulatih bertindak sebagai pembimbing dalam merancang strategi dalam
permainan.
Model Gentile

- Dikenali sebagai model dua tahap (2 stage Model) dalam pembelajaran


kemahiran motor.
• Peringkat Pertama / Mendapatkan Idea Pergerakan

• Peringkat Ke dua / Penetapan / Pelbagaian

Peringkat Pertama / Mendapatkan Idea Pergerakan


- Dikenalpasti untuk mendapatkan idea pada peringkat pergerakan motor.
- merangkumi konsep umum pergerakan motor yang mejurus kepada matlamat
kemahiran.
- Pelaku mampu menentukan kesesuaian maklumat yang boleh mengawal atau
mempengaruhi pergerakan motor semasa dalam permainan.
Peringkat Ke dua / Penetapan / Pelbagaian
- Peringkat ini dikenali peringkat penetapan dan peringkat kepelbagaian.
- mencadangkan dua cara kemahiran pembelajaran boleh dikuasai mengikut jenis
tugasan.
• Kawalan tertutup (closed-loop) memerlukan penetapan (fixation)
• Kawalan terbuka (open-loop) memerlukan kepelbagaian tindakan
(Diversification)

270  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

9.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 9.4 Perkembangan Motor

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan fasa perkembangan motor seperti fasa refleks, fasa rudimentari, fasa
fundamental, fasa spesifik, dan fasa regresi.
(b) Menyatakan fasa perkembangan motor berdasarkan peringkat umur termasuk bayi (lahir –
2 tahun), awal kanak-kanak (> 2 – 7 tahun), peringkat akhir kanak-kanak (> 7 – 13 tahun),
peringkat remaja (> 13 – 19 tahun), peringkat dewasa (> 19 – 30 tahun), dan peringkat
lewat dewasa (> 30 – 70 tahun);
(c) Memerihalkan perkembangan perlakuan dalam setiap fasa perkembangan motor

PERKEMBANGAN MOTOR

• Perkembangan motor adalah satu cabang disiplin Perlakuan Motor yang mengkaji kesan umur
ke atas pembelajaran dan kawalan kemahiran motor.
(a) Memerihalkan fasa perkembangan motor seperti fasa reflex, fasa rudimentari, fasa
fundamental, fasa spesifik dan fasa regresi.

Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan
pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan-perubahan yang berlaku
adalah hasil proses semula jadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan,
tumbesaran, kematangan dan penuaan.
Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek:
(i) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa)
(ii) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua)

Perkembangan motor manusia berlaku melalui fasa-fasa seperti:-

- Fasa reflex (4 sehingga 1 tahun)


- Fasa rudimentari (1 sehingga 2 tahun)
- Fasa fundamental (2 sehingga 7 tahun)

271  
 
 
- Fasa spesifik (7 sehingga peringkat dewasa)
- Fasa regresif (dewasa hingga tua)

Peringkat reflex (4 sehingga 1 tahun)

- Peringkat paling rendah.


- Peringkat umur bayi sehingga 1 tahun.
- perkembangan dari kepala ke bawah contohnya dari keupayaan fleksi tengkok
sehingga duduk tanpa sokongan
- Pergerakan involuntari
Peringkat Rudimentari (1 sehingga 2 tahun)

- perkembangan daripada aksis tubuh ke arah luar, contohnya daripada keupayaan


menghulur tangan ke keupayaan mencapai sasaran.
- Pencapaian motor dalam aspek kawalan postur adalah seperti berikut (mengikut
urutan). Kawalan kepala, Duduk tanpa sokongan, Diri tanpa sokongan.
Fasa fundamental (2 sehingga 7 tahun)

- Pergerakan asas telah dikuasai


- Perkembangan nyata adalah dari segi pembinaan kemahiran motor yang spesifik
daripada kemahiran asas yang telah diperolehi.
- Berjalan tanpa sokongan, berlari, melompat dan sebagainya.
- Zaman kanak-kanak yang melibatkan pergerakan yang aktif.
- Koordinasi motor telah dikuasai pada peringkat ini.

Fasa spesifik (7 sehingga peringkat dewasa)

- Kemuncak keupayaan prestasi motor dicapai dalam peringkat ini.


- Mampu mempelajari pelbagai kemahiran motor yang baru.
- Keupayaan untuk manipulasi daya-daya fizikal luaran.
- Keupayaan untuk menganggarkan daya yang perlu dihasilkan yang sesuai dengan
keperluan pergerakan.
Fasa regresif (dewasa hingga tua)

- Peringkat kehilangan fungsi kawalan dari segi kualiti dan kuantiti pergerakan.

272  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

9.0 PSIKOLOGI SUKAN

Sub Tajuk: 9.5 Klasifikasi Kemahiran Motor

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan klasifikasi kemahiran motor kasar dan motor halus.


(b) Memerihalkan klasifikasi kemahiran diskret, bersiri, dan berterusan.
(c) Memerihalkan klasifikasi kemahiran terbuka dan tertutup.
(d) Melakukan aktiviti amali untuk menerangkan perbezaan kemahiran motor.

(a) Memerihalkan klasifikasi kemahiran motor kasar dan motor halus.


(b) Memerihalkan klasifikasi kemahiran diskret, bersiri, dan berterusan.
(c) Memerihalkan klasifikasi kemahiran terbuka dan tertutup.
(d) Melakukan aktiviti amali untuk menerangkan perbezaan kemahiran motor.

KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR

Klasifikasi Kemahiran motor asas adalah dibahagikan berdasarkan kepada beberapa kriteria.

• Kriteria ketepatan lakuan


Ø Kemahiran motor kasar
Ø Kemahiran motor halus
• Kriteria ciri pergerakan
Ø Kemahiran diskret
Ø Kemahiran berterusan
Ø Kemahiran bersiri
• Kriteria stabiliti persekitaran
Ø Kemahiran terbuka
Ø Kemahiran tertutup
Kriteria Ketetapan Kemahiran motor kasar - Merupakan jenis perlakuan kemahiran
Lakuan yang menggunakan otot-otot besar sebagai
otot utama untuk menghasilkan
pergerakan.

- Penghasilan daya yang tinggi /


273  
 
 
maksimum
Kemahiran motor halus - Merupakan jenis perlakuan kemahiran
yang menggunakan otot-otot kecil sebagai
otot utama untuk menghasilkan
pergerakan.

- Penghasilan daya yang kecil


Kriteria Ciri Kemahiran diskret - kemahiran yang permulaan dan akhiran
Pergerakan adalah ditentukan oleh kemahiran tersebut

- Permulaan dan pengakhiran adalah nyata


Kemahiran berterusan - permulaan dan akhiran lakuan adalah
ditentukan oleh pelaku

- kemahiran yang berulang-ulang

- permulaan dan akhir lakuan adalah tidak


nyata
Kemahiran bersiri - gabungan beberapa kemahiran diskret
Kriteria Stabiliti Kemahiran terbuka - kemahiran yang dilakukan dalam situasi
Persekitaran yang berubah-ubah

- persekitaran / faktor luaran yang


berubah-ubah mempengaruhi kemahiran
Kemahiran tertutup - kemahiran yang dilakukan dalam
persekitaran yang kekal.

- perlakuan kemahiran tidak dipengaruhi


ataupun diganggu oleh persekitaran.

- suasana yang stabil dipengaruhi oleh


faktor dalaman individu.

274  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

10.0 PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Sub Tajuk: 10.1 Bantu Mula

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan bantu mula


(b) Menyatakan tujuan bantu mula;
(c) Memerihalkan tugas personel yang terlibat dalam memberi bantu mula;
(d) Memerihalkan isi kandungan asas peti pertolongan cemas.

(a) Mentakrifkan bantu mula


Bantu mula

Bantu mula merupakan satu bantuan awal yang diberikan kepada seseorang yang tercedera
atau sakit secara tiba-tiba.

(b) Menyatakan tujuan bantu mula

1. Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung,
terbakar dan melecur dan lain lain lagi.

2. Mengelakkan dari bertambah buruk


Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan

kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan
kepada pesakit.
275  
 
 
(c) Memerihalkan tugas personel yang terlibat dalam memberi bantu mula

Tugas personel bantu mula

1. Kenalpasti dan siasat punca kemalangan atau kecederaan serta dapatkan bantuan dengan
cepat.
2. Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu banyak
bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.
3. Memberi rawatan awal,iaitu merawat dahulu anggota mangsa yang paling serius pada
mangsa..
4. Mengatur penghantaran mangsa ke hospital dan menyerahkan kepada doktor atau
keluarganya, jika perlu..
5. Jika bantuan perubatan diperlukan, temani mangsa sehingga rawatan susulan diperolehi..
6. Laporkan pemerhatian anda kepada orang yang bertanggung jawab ke atas mangsa dan
beri rawatan sewajarnya jika perlu.
7. Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.

276  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

10.0 PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Sub Tajuk: 10.2 Faktor Kecederaan Sukan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan faktor intrinsik yang menyebabkan kecederaan (contoh: tahap kecergasan
individu dan komposisi tubuh).
(b) Memerihalkan faktor ekstrinsik yang menyebabkan kecederaan.
(c) Memerihalkan langkah pencegahan kecederaan sukan.

(a) Memerihalkan faktor intrinsik yang menyebabkan kecederaan (contoh: tahap


kecergasan individu dan komposisi tubuh).

Faktor instrinsik dalam kecederaan sukan

1. Tahap kecergasan yang tidak optimum .


2. Faktor kesihatan – persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum melakukan
sebarang aktiviti.
3. Pemakanan

(b) Memerihalkan faktor ekstrinsik yang menyebabkan kecederaan.

Faktor ektstrinsik dalam kecederaan sukan

1. Pakaian yang tidak sesuai, ketat, tidak menyerap peluh.


2. Peralatan tidak bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan individu.
3. Pemakaian peralatan keselamatan kurang dititik beratkan.
4. Persekitaran yang boleh mendatangkan kecederaan.
(c) Memerihalkan langkah pencegahan kecederaan sukan

Langkah pencegahan kecederaan

1. Memanaskan badan

277  
 
 
• Dapat meningkatkkan intensiti pergerakan.
• Otot dapat menerima darah yang mencukupi
• Memberi keyakinan kepada individu.

2. Gerak kendur
• Mengurangkan kelesuan otot dan menguraikan asid laktik.

278  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

10.0 PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Sub Tajuk: 10.3 Penilaian Kecederaan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan tanda dan gejala kecederaan atlet (contoh: pengsan, pitam, dan tercedera
mana-mana anggota badan).
(b) Memerihalkan kaedah tinjauan awal penilaian kecederaan pada atlet (penilaian primer)
menggunakan Danger, Response, Airway, Breathing, dan Circulation (DR ABC).
(c) Memerihalkan kaedah tinjauan tahap kedua pada atlet yang cedera (penilaian sekunder)
menggunakan Talk, Observe, Touch, Active movement, dan Passive movement (TOTAP).
(d) Menyatakan punca atlet tidak sedar diri semasa bersukan disebabkan kecederaan kepala,
renjatan, strok haba, hipoglisemia, lemas, dan keracunan.
(e) Menjalankan aktiviti untuk menilai kes kecederaan sukan dengan menggunakan model
anatomi, gambar, video, dan lakonan.
(f) Menjalankan aktiviti berkumpulan dengan membuat lawatan ke klinik, pusat kesihatan,
hospital, Institut Sukan Negara atau pusat satelitnya untuk mendapatkan pendedahan yang
berkaitan dengan kecederaan sukan.

(a) Memerihalkan tanda dan gejala kecederaan atlet (contoh: pengsan, pitam, dan
tercedera mana-mana anggota badan).

Membincangkan tanda-tanda dan gejala kecederaan yang berikut:-

• Pengsan
• Pitam
• Kecederaan pendarahan pada anggota badan ( luka-luka, patah tulang )
• Kecederaan yang berlaku pada anggota badang yang tidak menyebabkan
berlakunya pendarahan luar. ( Terseliuh.patah tulang,ketegangan,hentakan dan
sebagainya )

279  
 
 
(b) Memerihalkan kaedah tinjauan awal penilaian kecederaan pada atlet (penilaian primer)
menggunakan Danger, Response, Airway, Breathing, dan Circulation (DR ABC).

DRABC

Danger – Pastikan mangsa bebas dari bahaya dipersekitarannya.

Response – Cuba gerakkan atau perhatikan tindak balas mangsa untuk mengetahui
keadaan sebenar.

Airway - Pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut
mangsa agar tiada bendasing menghalang salur pernafasan.

Brreathing - Periksa sama ada mangsa masih bernafas melalui hidung atau mulut.
Jika tiada berikan bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.

Circulation - Maksud peredaran darah. Periksa kadar denyutan nadi yang rendah
menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah seperti
luka balut dan tutup luka tersebut.

(c) Memerihalkan kaedah tinjauan tahap kedua pada atlet yang cedera (penilaian
sekunder) menggunakan Talk, Observe, Touch, Active movement, dan Passive movement
(TOTAP).

TOTAP

Talk - Bolehkah mangsa bercakap, bertanya. kepadanya peringkat kesakitan.

Oberserve - Perhatikan dan periksa tahap kesakitan mangsa.

Touch - Sentuh tempat kecederaan dan periksa tahap kesakitan mangsa.

Active - Movement – arahkan mangsa mengerakkan anggota badan yang cedera. Jika
kecederaan yang agak teruk rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

280  
 
 
Passive – Movement - gerakan yang perlahan bahagian yang cedera untuk periksa
bahagian kecederaan.
(d) Menyatakan punca atlet tidak sedar diri semasa bersukan disebabkan kecederaan
kepala, renjatan, strok haba, hipoglisemia, lemas, dan keracunan.

Punca- Punca yang menyebabkan seorang atlet tidar sedarkan diri apabila terlibat
dengan kecederaan dalam sukan adalah seperti berikut:-

• kecederaan kepala

• renjatan

• strok haba

• hipoglisemia

• lemas

• keracunan.

(e) Menjalankan aktiviti untuk menilai kes kecederaan sukan dengan menggunakan model
anatomi, gambar, video, dan lakonan.

(f) Menjalankan aktiviti berkumpulan dengan membuat lawatan ke klinik, pusat


kesihatan, hospital, Institut Sukan Negara atau pusat satelitnya untuk mendapatkan
pendedahan yang berkaitan dengan kecederaan sukan

• Menjalani aktiviti amali

281  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

10.0 PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Sub Tajuk: 10.4 Resusitasi Kardiopulmonari

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan resusitasi kardiopulmonari (CPR).


(b) Menyatakan objektif resusitasi kardiopulmonari.
(c) Menyatakan urutan pengendalian resusitasi kardiopulmonari.
(d) Melakukan simulasi teknik CPR.

(a) Mentakrifkan resusitasi kardiopulmonari (CPR)


• Resusitasi kardiopulmonari adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam
usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya
dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan
pada seseorang yang jantung berhenti berdegup.
• Ini ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas
atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan
di dalam atau di luar hospital.

(b) Menyatakan objektif resusitasi kardiopulmonari

• Teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa


tidak bernafas dan nadi mangsa tidak berdenyut

• Mengembalikan pernafasan

• Memulihkan peredaran darah

• Memulihkan ritma jantung

282  
 
 
(c) Menyatakan urutan pengendalian resusitasi kardiopulmonari

Periksa Gerakbalas mangsa

Buka Salur Udara

Beri Bantuan Pernafasan kepada mangsa

Memeriksa Peredaran Darah

Melakukan CPR

(d) Melakukan simulasi teknik CPR.

CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar
sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan
dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh
membekalkan pernafasan dengan sama ada menghembus ke dalam mulut mangsa atau
menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses memberikan
pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan
pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan
membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih.

283  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

10.0 PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Sub Tajuk: 10.5 Kecederaan Tisu Lembut

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan kecederaan akut dan kronik pada tisu lembut.


(b) Mengenal pasti jenis kecederaan tisu lembut seperti terseliuh, kejang otot, kelesuan otot,
koyak otot, dan tendinitis.
(c) Memerihalkan kaedah rawatan bagi kecederaan tisu lembut seperti RICE (rest, ice,
compression and elevation), regangan, masaj sukan, balutan, dan fisioterapi.
(d) Memerihalkan amalan yang tidak harus dilakukan semasa kecederaan akut seperti aplikasi
haba, menggunakan alkohol, menggerakkan anggota yang cedera, dan mengurut.
(e) Melaksanakan amali dengan menggunakan ais untuk rawatan tisu lembut.

(a) Memerihalkan kecederaan akut dan kronik pada tisu lembut

i Kecederaan kronik dan akut


Terdapat dua jenis kecederaan dalam sukan iaitu kecederaan kronik dan kecederaan
akut.
• Kecederaan kronik akibat daripada penggunaan anggota yang berulangan
dan kesakitan semasa latihan memanaskan badan. Kesakitan juga secara
berterusan selepas rehat dan membengkak.
• Kecederaan akut pula ialah berlaku secara tiba-tiba, lemah pada anggota yang
bengkak, tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal dan boleh berlaku
kepatahan.

ii. Kecederaan tisu lembut

Kecederaan tisu lembut merangkumi kecederaan kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen,
kelenjar dan lapisan yang mengandungi organ-organ tubuh.

284  
 
 
(b) Mengenal pasti jenis kecederaan tisu lembut seperti terseliuh, kejang otot, kelesuan
otot, koyak otot, dan tendinitis

Terseliuh (sprain)

Berlaku akibat daripada keregangan atau koyakan pada ligamen dan pergerakan sendi yang melebihi
had.

Tanda-tanda ialah sakit pada bahagian yang tercedera tetapi masih dapat menggerakkan lagi bahagian
anggota yang lain, bengkak dan lebam.

Kejang otot (strain)

Kontraksi secara tiba-tiba disebabkan oleh penguncupan otot . Tanda-tandanya ialah hilang upaya,
otot menjadi tegang dan keras. Rasa sakit apabila bergerak.

Kelesuan otot

Kelesuan otot,. merujuk kepada kemerosotan kapasiti otot meregang dengan stimulasi yang berulang.
Keadaan ini menyebabkan prestasi individu menurun. Terdapat beberapa factor kelesuan otot iaitu:

Pengumpulan asid laktik

Asid laktik menyebabkan kelesuan kerana berlaku pemecahan karborhidrat yang tidak sempurna.
Tindak balas ini berlaku dalam fiber otot. Simpanan glikogen ditukarkan menjadi glukosa dan
kemudiannya ditukarkan kepada asid laktik bagi menghasilkan ATP.

Tindak balas ini dinamakan glikolisis anaerobik Jika asid laktik berkumpul dengan banyak
mengakibatkan kelesuan dan ketegangan otot.

Kekurangan simpanan glikogen untuk otot

Aras ATP otot dikekalkan melalui pemecahan glikogen otot oleh system aerobic dan anaerobik.
Simpanan glikogen adalah terhad dan berkurangan jika digunakan pada acara jangka panjang.
Kelesuan dalam aktiviti yang berintensiti tinggi disebabkan oleh kekurangan simpanan glikogen otot.

285  
 
 
Kekurangan simpanan ATP-PC

Fosfokreatin digunakan dalam system anaerobik untuk membina ATP dan kemudiannya mengekalkan
simpanan ATP dalam badan. Penguncupan otot yang berulang-ulang secara optimum akan
menunjukkan kelesuan akan berlaku bersama dengan pengurangan fosfokreatin.

(c) Memerihalkan kaedah rawatan bagi kecederaan tisu lembut seperti RICE (rest, ice,
compression and elevation), regangan, masaj sukan, balutan, dan fisioterapi

Kaedah rawatan – RICE

Rest - Mangsa harus direhatkan, sebatang pergerakan yang diteruskan ditempatkan cedera akan
mengakibatkan kecederaan yang bertambah.

Ice - Demahkan ais yang dibalut dengan kain atau plastic di tempat yang cedera.

Compression - Balutkan bahagian yang cedera untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.

Elevation -Tinggikan bahagian yang cedera bagi memudahkan dan mempercepatkan pengembalian
darah masuk ke jantung.

Kaedah rawatan yang lain seperti teknik regangan, urutan sukan, balutan dan fisioterapi.

(d) Memerihalkan amalan yang tidak harus dilakukan semasa kecederaan akut seperti
aplikasi haba, menggunakan alkohol, menggerakkan anggota yang cedera, dan mengurut.

Beberapa amalan yang tidak harus dilakukan semasa kecederaan akut adalah seperti berikut:-

• Aplikasi haba
• Menggunakan alkohol
• Menggerakkan anggota
• mengurut

286  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

10.0 PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Sub Tajuk: 10.6 Pendarahan dan Luka Terbuka

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan luka terbuka.


(b) Memerihalkan jenis luka terbuka.
(c) Memerihalkan kaedah rawatan luka terbuka.
(d) Melakukan rawatan mencuci luka terbuka.

(a) Mentakrifkan luka terbuka.


Luka merupakan kecederaan yang tidak normal yang berlaku pengaliran darah
dibahagian permukaan lapisan kulit atau dalam badan oleh benda tajam atau tumpul.

(b) Memerihalkan jenis luka terbuka.

Jenis luka terbuka

Luka terhiris
Disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca. Luka senang dirawat dan bercantum
semula. Mungkin berlaku pendarahan yang banyak disebabkan terpotong salur darah.

Luka terkoyak
Disebabkan terkena dawai kawat atau alat jentera. Mengakibatkan kerosakan tisu
yang teruk.

Luka tembakan (Shot wound)


Disebabkan terkena peluru tembakan. Mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk. Luka
kecil dibahagian tembusan tetapi luas diruang keluar.

Luka tikaman (punctured)


Disebabkan tercucuk paku, jarum atau serpihan kayu. Mempunyai liang yang kecil
tetapi dalam. Luka dalam menyebabkan kekotoran atau kuman mudah meresap dan
risiko jangkitan adalah sangat tinggi.

287  
 
 
(c) Memerihalkan kaedah rawatan luka terbuka.
(d) Melakukan rawatan mencuci luka terbuka.

Kaedah rawatan pendarahan luaran secara umum

1. Dedahkan luka supaya bahaya lain mudah kelihatan


2. Tekapkan tangan atau jari pada luka.
3. Balut luka dengan balutan steril. Baringkan mangsa untuk mengurangkan
pengaliran darah ke bahagian cedera.
Angkat dan sokong anggota yang cedera atas aras jantung.

288  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

10.0 PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Sub Tajuk: 10.7 Patah dan Terkehel

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan patah dan terkehel.


(b) Memerihalkan tanda dan gejala patah dan terkehel;
(c) Memerihalkan rawatan kecemasan untuk kes patah seperti patah pada tulang radius, ulna,
tibia, fibula, falanges, dan klavikel;
(d) Melakukan latihan amali kes patah tulang klavikel dengan menggunakan kain anduh,
pembalut, kain kasa, cervical collar, dan pita (tape).

(a) Mentakrifkan patah dan terkehel.

Patah adalah kecederaan atau keretakan yang diakibatkan oleh daya hentaman secara
tepat atau tidak tepat dan mengakibatkan terputusnya kesinambungan tulang.

(b) Memerihalkan tanda dan gejala patah dan terkehel

Tanda-tanda dan gejala


i. Sakit
ii. Bengkak
iii. Hilang keupayaan untuk bergerak
iv. Berlaku renjatan
v. Berubah rupa bentuk
vi. Tulang kelihatan bagi patah terbuka

Terkehel pula ialah tulang beralih arah dari kedudukan asal disebabkan oleh pergerakan sendi yang
melebihi had. Ini akan menjejaskan stuktur ligamen.

289  
 
 
Tanda dan gejala

i. Sakit dan tidak berupaya melakukan pergerakan


ii. Bengkak
iii. Sendi berubah rupa

(c) Memerihalkan rawatan kecemasan untuk kes patah seperti patah pada tulang radius,
ulna, tibia, fibula, falanges, dan klavikel;

Rawatan am patah

a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat
kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.

b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.

c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi
dan pernafasan terhenti. Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan
pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.

e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan
tempat yang patah.

g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

290  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

10.0 PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Sub Tajuk: 10.8 Stres Haba

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Memerihalkan stres haba;


(b) Mengenal pasti tanda dan gejala stres haba seperti kelesuan haba (heat exhaustion), kejang
haba (heat cramp), dan strok haba (heat stroke);
(c) Menjelaskan cara rawatan awal stres haba dan cara mencegahnya.

(a) Memerihalkan stres haba;


Stress haba berlaku akibat daripada suhu melampau di atmosfera menjadi tidak seimbang dengan suhu
badan. Badan tidak mampu untuk menghilangkan haba menerusi radiasi. Peluh tidak dapat meluap
dengan sempurna.

(b) Mengenal pasti tanda dan gejala stres haba seperti kelesuan haba (heat exhaustion),
kejang haba (heat cramp), dan strok haba (heat stroke).

Tanda dan gejala stress haba.

Gejala: Cirit birit dan muntah. Tanda: - Pening kepala, pitam dan kebingungan. Hilang selera makan
dan loya. Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat. Kekejangan pada kaki dan tangan atau perut.
Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah.

• Heat exhaustion (kehilangan air berlebihan)

• Heat Stroke (Strok Haba) Gejala: Menyerang secra tiba-tiba dan menyebabkan
mangsa tidak sedarkan diri dalam beberapa minit. Tanda: Pening kepala, pitam dan
tidak selesa. Lesu dan kebingungan. Kulit kering, merah dan panas. Darjah gerak
balas menurun dengan pantas. Denyutan nadi yang meningkat. Suhu badan lebih 40
darjah Celcius.

291  
 
 
• Heat Cramp (Kejang Haba) Gejala: Ketidakseimbangan air dan elektrolit iaitu
Natrium dan Klorida dalam badan. Sering berlaku di Gastrocnemius dan abdomen.
Berlaku akibat kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan. Tanda: Otot menjadi
keras. Pergerakan tidak normal.

(c) Menjelaskan cara rawatan awal stres haba dan cara mencegahnya

Rawatan untuk stress haba

• Menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca dan suhu yang panas sekurang-kurangnya
seminggu sebelum hari pertandingan. Minum air sebelum, semasa dan selepas
sesuatu sesi latihan atau pertandingan.
• Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca yang
panas. Pemakaian topi digalakkan bagi mengelakkan kehilangan 40% haba
dibahagikan kepala. Elakkan daripada berlatih dalam cuaca panas.
Rujukan
http://www.medicinenet.com/heat_stroke/article.htm CDC - Heat Stress - NIOSH Workplace Safety
and Health Topic
http://www.wikihow.com/Recognize-Symptoms-of-Heat-Stress Heat stress and sport - reducing the
risks | Better Health Channel Heat stress and strain in exercise and sport - Journal of Science and
Medicine in Sport
http://www.slideshare.net/KhairulTaib/bab-6-kecederaan-haba-panas

M.A.Hutson.1996.Sports Injuries, Recognition and Management.Oxfprd University Press


St. John Ambulance. 1992. LFirst Aid Manual. Cetakan Ke lima 2009

292  
 
 
PENGGAL 3 : KEJURULATIHAN

10.0 PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Sub Tajuk: 10.9 Pemulihan Kecederaan Sukan

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan pemulihan kecederaan sukan;


(b) Menyenaraikan objektif pemulihan kecederaan sukan;
(c) Mengenal pasti kriteria kembali ke latihan seperti julat pergerakan sendi, kekuatan, daya
tahan, dan kelajuan.

(a) Mentakrifkan pemulihan kecederaan sukan

• Proses mengmbalikan bahagian yang cedera kepada keadaan yang asal


• Mengurangkan kesan kecederaan
• Proses untuk kembalikan atlet beraksi semula dan sukan yang diceburi.

(b) Menyenaraikan objektif pemulihan kecederaan sukan

• Rawatan yang diberikan mestilah bertujuan untuk memulihkan dan mengembalikan


fungsi badan kepada tahap asal pada jangka masa yang singkat dan secepat mungkin.

(c) Mengenal pasti kriteria kembali ke latihan seperti julat pergerakan sendi, kekuatan,
daya tahan, dan kelajuan.

Kriteria yang perlu ada pada seorang atlet kembali ke latihan adalah :-

• Julat pergerakan sendi yang maksimum


• Kekuatan otot yang kembali kepada normal
• Daya tahan otot yang optimum
• Daya tahan kardiovaskular yang optimum
• Kelajuan yang tinggi

293  
 
 
Senarai Rujukan

Anspaugh, D.J., Hamrick, M.H. and Rosato, F.D., 2009. Wellness: Concepts and Applications. 7th
edition. Boston: McGraw Hill.

Bucher, C.A. and Krotee, M.L., 2007. Management of Physical Education and Sports. 13th
edition. Boston: McGraw Hill.

Coakley, J.J., 2004. Sport in Society Issues and Controversies. 8th edition. Boston: McGraw Hill.

Flegel, M.J., 2004. Sport First Aid. 3rd edition. Champaign, IL: Human Kinetics.

Gladmell, N., Rossman, R., Shank, C. and Suren, A. (ed.), 2006. Introduction to Recreation and
Leisure. Champaign, IL: Human Kinetics.

Magill, R.A., 2006. Motor Learning and Control: Concepts and Applications. 8th edition. Boston:
McGraw Hill.

Marieb, E.N. and Katja, H. 2009. Human Anatomy and Physiology. 8th edition. San Francisco:
Benjamin Cummings.

Martens, R., 2004. Successful Coaching. 3rd edition. Champaign, II: Leisure Press.

Shaharudin Abd. Aziz, 2001. Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan. Kuala Lumpur:Utusan
Publications.

William, M.H., 2009. Nutrition for Health, Fitness and Sports. 9th edition. McGraw Hill.

294