Anda di halaman 1dari 3

MINGGU 3 (04 MAC 2019 – 08 MAC 2019)

JURNAL REFLEKTIF 3

Murid-murid tidak beratur semasa membeli makanan di kantin

Masalah:

Saya mendapati terdapat segelintir murid dalam kalangan murid tahap satu
mahupun murid tahap dua tidak beratur semasa ingin membeli makanan di kantin.
Perkara ini menyebabkan berlakunya sedikit tolak-menolak yang semasa murid ingin
mendapatkan dan membayar harga makanan. Setelah beberapa kali melihat kejadian
tolak-menolak yang sama berlaku, saya yakin murid-murid di sekolah praktikum,
sememangnya kurang mempratikkan budaya beratur sebelum membeli dan
mendapatkan makanan di kantin.

Analisis masalah:

Berdasarkan pemerhatian saya, masalah ini mungkin berpunca daripada masa


rehat yang singkat iaitu selama lebih kurang 20 minit. Murid-murid tahap dua lebih
ketara kurang mengamalkan budaya beratur semasa ingin membeli makanan
berbanding tahap satu. Hal ini demikian kerana murid-murid tersebut beranggapan
bahawa beratur membuang masa mereka dan mereka tidak dapat mengawal
kelaparan mereka. Murid-murid sekolah saya juga tidak makan sarapan pagi sebelum
datang ke sekolah. Hal ini menyebabkan mereka berasa lapar dan setelah loceng
berbunyi mereka tergesa-gesa untuk membeli makanan di kantin.

Cadangan dan idea penyelesaian:

Pada pandangan saya perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah
dengan lebih serius. Guru bertugas juga perlu bersama memantau aktiviti rehat murid
agar tidak berlaku lagi kejadian tolak-menolak di kantin. Perkara ini akan
menyebabkan terdapat makanan yang tumpah dan murid bergaduh. Saya
berpendapat peraturan perlu diketatkan dan guru-guru perlu mengambil tindakan
yang lebih tegas untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, pengawas-pengawas
sekolah juga perlu ditugaskan untuk mencatat nama murid yang tidak beratur semasa
membeli makanan di kantin sekolah.

Tempoh penyelesaian:

08 Mac 2019 - 15 Mac 2019

Tindakan susulan

Saya akan berbincang dengan guru pembimbing dan guru-guru lain untuk
mendapatkan idea dan pengalaman untuk mengatasi masalah ini. Tindakan susulan
yang akan laksanakan termasuklah meminta maklum balas daripada murid-murid
untuk memastikan mereka tidak lagi menolak dan sentiasa berbaris untuk membeli
makanan. Murid-murid yang tidak beratur semasa membeli makanan dikenal pasti dan
diambil tindakan tegas terhadap murid-murid tersebut. Kesimpulannya, masalah ini
dapat diselesaikan dengan mengambil tindakan-tindakan yang telah dinyatakan.
Sebagai seorang guru, kita perlulah bersifat professional. Oleh itu, saya mengambil
tindakan yang wajar untuk menangani masalah ini. Saya berasa berpuas hati dengan
tingkah laku murid-murid yang berubah menjadi positif. Hal ini daoat melahirkan
murid-murid yang berdisiplin.

Rujukan

Korweit. (1989). The Condition Of Education. California: U.S Department of


Education.

Choong Lean Keow. (2009). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Disemak oleh, Disemak oleh,

_______________________ ____________________________

Tandatangan Guru Pembimbing Tandatangan Pensyarah Pembimbing

( NEDUMARAN A/L RAYAPAN ) (DR. TEONG MEE MEE )

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai