Jurnal Rubaa 3
Jurnal Rubaa 3
JURNAL REFLEKTIF 3
Masalah:
Saya mendapati terdapat segelintir murid dalam kalangan murid tahap satu
mahupun murid tahap dua tidak beratur semasa ingin membeli makanan di kantin.
Perkara ini menyebabkan berlakunya sedikit tolak-menolak yang semasa murid ingin
mendapatkan dan membayar harga makanan. Setelah beberapa kali melihat kejadian
tolak-menolak yang sama berlaku, saya yakin murid-murid di sekolah praktikum,
sememangnya kurang mempratikkan budaya beratur sebelum membeli dan
mendapatkan makanan di kantin.
Analisis masalah:
Pada pandangan saya perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah
dengan lebih serius. Guru bertugas juga perlu bersama memantau aktiviti rehat murid
agar tidak berlaku lagi kejadian tolak-menolak di kantin. Perkara ini akan
menyebabkan terdapat makanan yang tumpah dan murid bergaduh. Saya
berpendapat peraturan perlu diketatkan dan guru-guru perlu mengambil tindakan
yang lebih tegas untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, pengawas-pengawas
sekolah juga perlu ditugaskan untuk mencatat nama murid yang tidak beratur semasa
membeli makanan di kantin sekolah.
Tempoh penyelesaian:
Tindakan susulan
Saya akan berbincang dengan guru pembimbing dan guru-guru lain untuk
mendapatkan idea dan pengalaman untuk mengatasi masalah ini. Tindakan susulan
yang akan laksanakan termasuklah meminta maklum balas daripada murid-murid
untuk memastikan mereka tidak lagi menolak dan sentiasa berbaris untuk membeli
makanan. Murid-murid yang tidak beratur semasa membeli makanan dikenal pasti dan
diambil tindakan tegas terhadap murid-murid tersebut. Kesimpulannya, masalah ini
dapat diselesaikan dengan mengambil tindakan-tindakan yang telah dinyatakan.
Sebagai seorang guru, kita perlulah bersifat professional. Oleh itu, saya mengambil
tindakan yang wajar untuk menangani masalah ini. Saya berasa berpuas hati dengan
tingkah laku murid-murid yang berubah menjadi positif. Hal ini daoat melahirkan
murid-murid yang berdisiplin.
Rujukan
Choong Lean Keow. (2009). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Disemak oleh, Disemak oleh,
_______________________ ____________________________
Tarikh: Tarikh: