Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

CERGAS HIDUP SIHAT


2019
PANITIA PJ& PK
ANJURAN PANITIA PJPK DENGAN KERJASAMA JUARA GYM, KLINIK
KESIHATAN, PEJABAT KESIHATAN PENAMPANG/PUTATAN, KEVIN
ZAHRI PENGASAS JOM KURUS DAN DR MICHELLE PAKAR NUTRISI
DARI UNIVERSITI PERUBATAN NEW YORK.
1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan
yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan
yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin
kepada amlan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya
kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk
sejak di bangku sekolah lagi.

definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor
fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh
sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan. aspek kesihatan merupakan salah
satu fokus utama. oleh itu, program ini memerlukan sokongan padu daripada setiap
warga sekolah selaras dengan misi dan visi yang terdapat pelan pembangunan
pendidikan malaysia.

1.1 KEMPEN CERGAS HIDUP SIHAT

Cergas Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.
Amalan Cergas Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang
seimbang, senaman yang konsisten ,mengelakkan stress dan konflik serta
menjauhi penyalahgunaan dadah dan rokok.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Panitia Pendidikan


Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan
Progresif melalui amalan Cergas Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi
pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta
masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah
wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari
seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting
bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Cergas Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk
semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para
pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan
kesihatan. Melalui program ceramah nutrisi, senamrobik, program bmi sihat dan
pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan
kesihatan.

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari
segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di
sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi


meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada
murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani
sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial
seperti merokok dan peyalahgunaan dadah.

• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan


masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan


menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.

• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar


walau di mana mereka berada.

• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
sekolah,
• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-
anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

2.0 Cadangan Carta Organisasi

2.1 AJK INDUK PROGRAM CERGAS HIDUP SIHAT

PENGERUSI : Pn. Hajah Siti Salmiah Binti Hj. Samaie @ Hj. Tahir Pengetua Cemerlang

NAIB PENGERUSI(I) : Pn. Nur Syuhada Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran


Pn. Zaraiton Yusof Penolong Kanan HEM
Cik. Aminah Bt Batin Penolong Kanan Petang
Pn. Suzanah Binti Johari Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Pend. Khas

NAIB PENGERUSI (II) : Pn. Rozita Yong (Ketua Bidang Kemanusiaan)

SETIAUSAHA : En. S. Alvin Raj (Ketua Panitia)

BENDAHARI : Pn Marlina Ismail

AJK : Semua Guru PJPK


2.2 AJK PELAKSANA PROGRAM CERGAS HIDUP SIHAT

PENGERUSI : Pn. Hajah Siti Salmiah Binti Hj. Samaie @ Hj. Tahir Pengetua Cemerlang

NAIB PENGERUSI(I) : Pn. Nur Syuhada Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran


Pn. Zaraiton Yusof Penolong Kanan HEM
Cik. Aminah Bt Batin Penolong Kanan Petang
Pn. Suzanah Binti Johari Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Pend. Khas

NAIB PENGERUSI (II) : Pn. Rozita Yong (Ketua Bidang Kemanusiaan)

SETIAUSAHA : En. S. Alvin Raj (Ketua Panitia)

BENDAHARI : Pn Marlina Ismail

AHLI JAWATANKUASA :
URUSETIA :
Lee San Jeng / Sharon

DOKUMENTASI :
Amy Henry / Norilah
SIARAYA / PUBLISITI :
Ng Tze Bing / Pius

PERALATAN :
Paincho / Jhonny

HADIAH & SIJIL :


Wan zaidah / Juliana / Elizabeth Linus/
Sharon
3.0 Cadangan Program

Program ini akan dijalankan selama 1 bulan bermula pada 18 hb Mac hingga 30 hb April
2019. Upacara perasmian akan dijalankan pada 18 hb Mac 2011 oleh Pengetua SMK Tansau

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program Cergas Hidup Sihat:

Bil Aktiviti yang Dirancang Agensi /JK Pelaksana


1 Pameran kesihatan dan Anti Rokok Unit promosi Pejabat
Ceramah dan Sidang Video Anti Rokok Kesihatan
Penampang@Putatan
2 Kuiz Kesihatan Panitia PJK dan Unit
Kesihatan
3 Ceramah Kesihatan dari Kevin Zahri / Dr. Panitia PJPK
Michelle (video streaming)
4 Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk Guru- Klinik Kesihatan
guru & Staf
5 Pertandingan Orienteering Panitia PJPK dan Kokun
6. Treadmill Challenge 2.4km Panitia PJPK & Juara Gym
7. Keep Fit Challenge (Fat loss) Panitia PJPK
8. Bleep Test Challenge Panitia PJPK / Pelajar Sains
Sukan
9. Plank Challenge Panitia PJPK / Pelajar Sains
Sukan
10. Skipping Challenge Panitia PJPK / Pelajar Sains
Sukan

3.1 Tentatif Program

Hari Masa Acara Sasaran Lokasi


Isnin 7.30-8.10 Pelancaran Program Semua Murid Tkt 1- Tapak
18.3.19 Cergas Hidup Sihat / 5 Perhimpunan
SEGAK
Rabu 9.30-10.00 Pameran Kesihatan dan Semua Murid Ting 1 Tapak
20.3.19 Anti Rokok.Ceramah & 2 Murid yang Perhimpunan
dan Sidang Video Anti merokok tegar.
Rokok.

Rabu 7.20-7.30 Kuiz Kesihatan Murid Tkt 1 & 2 Tapak


4.4.19 10.30-2.00 Perhimpunan
Selasa 10.00- Kempen Menderma Guru-guru dan Staf Tapak
9.4.19 12.00 Darah dan pemeriksaan Serta murid-murid Perhimpunan
kesihatan
Rabu 9.00 -10.00 Pertandingan Murid Tkt 1 & 2 Tapak
10.4.19 pagi Orienteering Perhimpunan
Selasa 8.00 pagi Treadmill Challenge Murid Tkt 1 & 2 Juara Gym
16.4.19 2.4km
1 bulan Keep Fit Challenge Semua pelajar
(Fat Loss)

4.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang

 Mesyuarat Jawatankuasa
 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
 Majlis pelancaran
 Aktiviti Minggu

Bil Aktiviti Tarikh Guru Penyelaras Sasaran

1. Mesyuarat Jawatankuasa 11 Mac 19 Alvin Semua AJK

2. - Penyediaan brosur / 23 Mac 19


pamplet / baner / Ng Tze Bing
bahan penerbitan
3. Majlis Pelancaran 18 Mac 19 Paincho Semua murid
& SEGAK semasa
perhimpunan

4. Aktiviti sepanjang
program:
i) Pameran Kesihatan 20.3.19 Pius Semua murid
dan Anti Rokok.

ii) Ceramah dan 20.3.19 Pius Semua murid


Sidang video

iii) Kuiz Kesihatan 4.4.19 Amy Henry Tkt 1,2,3, 4 dan


Ray 5

iv) Derma Darah 9.4.19 Ben & Abu Bakar Guru-guru , staf
Dan murid-
murid

v) Pemeriksaan 9.4.19 Lee San Jeng & Guru-guru &


kesihatan Percuma Norilah Staf

vi) Pertandingan 10.4.19 Alvin Murid Tkt 1 dan


Orienteering 2

vii) Treadmill 16.4.19 Glen & Murid Tkt 1 dan


Challenge 2.4km FaizalNoor 2

viii) Keep Fit Challenge Alvin Semua pelajar


(Fat Loss)
ix) Bleep Test Jhonny Murid Tkt 1 dan
Challenge 2

x) Plank Challenge Glen Murid Tkt 1 dan


2

xi) Skipping Ray Murid Tkt 1 dan


Challenge 2

5. Penyampaian Hadiah 4 April 11 Wan zaidah Masa


Juliana Perhimpunan
Elizabeth Linus
Sharon

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

5.1 Percetakan

- Banner Minggu Cergas Hidup Sihat RM 150.00


- Dokumentasi RM 50.00
JUMLAH RM 200.00

5.2 Hadiah & Sijil


- Pertandingan Kuiz Kesihatan Tkt 1 dan 2 (RM 2.00 x 10) RM 20.00
- Pertandingan Kuiz kesihatan Tkt 3, 4 & 5 (RM 2.00 x 10) RM 20.00
- Pertandingan Orienteering (RM 5.00 x 10) RM 50.00
- Treadmill Challenge 2.4km (RM 5.00 x 5) RM 25.00
- Keep Fit Challenge(Fat Loss) (RM 5.00 x 5) RM 25.00
- Plank Challenge (RM 5.00 x 5) RM 25.00
- Bleep Test Challenge (RM 5.00 x 5) RM 25.00
- Skipping Challenge (RM 5.00 x 5) RM 25.00
JUMLAH RM 365.00
5.3 Jamuan & Cenderahati
- Jamuan untuk tetamu RM 100.00
- Cenderahati RM 80.00

JUMLAH RM 180.00
JUMLAH RM 745.00
KESELURUHAN

5.4 Jumlah Perbelanjaan

Bil PERBELANJAAN JUMLAH


1. Percetakan & Dokumentasi RM 50.00
2. Hadiah RM 365.00
3. Jamuan & Cenderahati RM 180.00
4. Banner RM 150.00
JUMLAH BESAR RM 745.00

6.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1. PIBG RM 180.00

2 PANITIA PJPK RM 565.00

JUMLAH RM 745.00

7.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti kempen Cergas Hidup Sihat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran
untuk mencegah dan mengelakan penyakit. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.
Disediakan oleh,
Tarikh: 21 Februari 2019
……………………………..........…
(S. Alvin Raj )
Ketua Panitia PJPK

Disemak oleh,

…………………………………........
(Pn. Rozita Puasa)
Ketua Bidang Kemanusiaan

Diluluskan Oleh,

..........................................................
(Pn. Nur Syuhada Abdullah)
Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

………………………………………...
(Pn. Hajah Siti Salmiah Binti Hj. Samaie
@ Hj. Tahir)
Pengetua Cemerlang SMK Tansau

Anda mungkin juga menyukai