Anda di halaman 1dari 2

2.

Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara
normal serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang
biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi
gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan
yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda
yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :

 Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi


keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.

 Daya tahan meningkat.

 Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah

 Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba
mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.

 Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti


menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya
(contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak
dan merangsangkan (contohnya ganja).

b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil
heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar
yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut

c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu,
dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.

d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan,
pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih

Anda mungkin juga menyukai

  • Dadah 45
    Dadah 45
    Dokumen2 halaman
    Dadah 45
    Hanson Ang Ping Ting
    Belum ada peringkat
  • Dadah 36
    Dadah 36
    Dokumen2 halaman
    Dadah 36
    Hanson Ang Ping Ting
    Belum ada peringkat
  • Dadah 35
    Dadah 35
    Dokumen2 halaman
    Dadah 35
    Hanson Ang Ping Ting
    Belum ada peringkat
  • Dadah 34
    Dadah 34
    Dokumen2 halaman
    Dadah 34
    Hanson Ang Ping Ting
    Belum ada peringkat
  • D
    D
    Dokumen2 halaman
    D
    Hanson Ang Ping Ting
    Belum ada peringkat