Anda di halaman 1dari 19

EMPAT ASPEK PENTING DALAM KRITIKAN SENI VISUAL

KAEDAH YANG DAPAT MEMPERKEMBANGKAN PENGALAMAN ESTETIK DALAM SENI VISUAL

1. Pembacaan
2. Kajian
3. Penerokaan

TEKNIK PENGOLAHAN WARNA UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH CATAN

Teknik Catan
a- Teknik impasto – menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada berus atau pisau palet ke atas
kanvas
b- Teknik glazing – mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan berkilau
c- Teknik titik (pointilisme) – menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk membentuk objek
d- Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan ‘masking
tape’ untuk memisahkan warna
e- Teknik Scumbling (melembut) – menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar untuk
menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam

f-Teknik Basah – Iaitu teknik cat air.Permukaan kertas dibasahkan dengan menggunakan warna cair disapu atas
kertas basah.

Empat bidang utama dalam pengkaryaan.


a) catan
b) lukisan
c) arca
d) cetakan
CONTOH KRITIKAN SENI VISUAL
FLORA KERIS MELAYU SAKTI

-DESKRIPSI

Karya bertajuk "Flora Keris Melayu Sakti" oleh Mohd Mustafa Mohd Ghazali
memaparkan imej keris dengan menggunakan media campuran.

-ANALISIS

Karya ini berbentuk arca timbulan dan menggunakan pelbagai media campuran dalam penghasilan karya.
Unsur-unsur seni yang di tonjolkan dalam karya adalah rupa dan jalinan, manakala prinsip rekaan yang
diaplikasikan memaparkan harmoni, kesatuan, kepelbagaian, imbangan, dan penegasan.

-INTERPRETASI

Karya "Flora Keris Melayu Sakti" cuba mengangkat seni tradisi orang-orang Melayu melalui senjata keris.
Dalam seni tradisi, keris mempunyai fungsi yang pelbagai termasuklah alat mempertahankan diri sebagai
senjata peperangan, taraf hidup dan pangkat serta digunakan dalam perubatan tradisional.

Kini, fungsi keris semakin diketepikan. Ia tidak lagi relevan dengan dunia teknologi dan digital. Fungsinya
sangat terhad dan kadang-kadang hanya tersimpan di dalam peti buruk. Hanya mereka yang berilmu akan
menghargainya.
Mohd Mustafa Ghazali melalui karyanya, memaparkan imej keris dalam konteks yang boleh diterima kini. Ia
bukan lagi untuk digunakan sebagai senjata peperangan atau alat mempertahankan diri, sebaliknya karya
"Flora Keris Melayu Sakti" mengupas isu-isu berkaitan jati diri seorang Melayu moden.

Karya ini menonjolkan motif-motif flora keris dalam bentuk berjalinan. Hulu keris yang asalnya berbentuk 3
Dimensi diolah menjadi motif berupa 2 Dimensi serta dihiasi dengan jalinan corak pada hulu keris dan keris
itu sendiri.

Karya mengaplikasikan prinsip imbang tidak simetri, dan jalinan corak yang berulang-ulang mewujudkan
kesan harmoni dan kesatuan. Pengkarya mungkin cuba mengupas isu jati diri dan penyatuan masyarakat
Melayu yang dilihat semakin berpecah belah.

Kepelbagaian media campuran dalam penghasilan karya ini memaparkan nilai estetik yang tinggi melalui
teknik-teknik penghasilan karya.

-PERTIMBANGAN

Karya "Flora Keris Melayu sakti" oleh Mohd Mustafa Ghazali Berjaya mengupas isu-isu berkaitan jati diri
orang-orang Melayu. Beliau juga mentransformasikan seni tradisi Melayu lama menjadi sebuah karya arca
timbulan seni pasca moden yang sarat dengan falsafah kemelayuannya.
NO TA SENI VIS UAL S TPM
Site Map

PENGENALAN SENI VISUAL

A) PENGERTIAN SENI VISUAL


Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel
bentuk badan manakala .

seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan
hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan.
Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan
pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah
melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman
dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.

B) PENGKELASAN SENI VISUAL

Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan.

I) Pengkaryaan
Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik
konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan,
seni cetak dan arca.

II) Perekaan
Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah
grafik dan multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil dll )
dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.

C) PERANAN SENI VISUAL

Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi.

I) Peranan psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti,
emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan
apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti
rasa cinta atau rasa takut.

kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula
sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang
kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya
kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga
berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih
imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa
dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan
perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan
kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

II) Peranan sosiologi


Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan SV :

Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat
dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan
Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin
negara.

Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan
apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan.
Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk
lanskap dan hiasan dalaman.
Rumah rakit- Kuala Lipis

Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa.
Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.
Poskad kepada dunia (1990)

Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah
Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari
cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan
apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan
hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan
poster.

Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat
berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

D) PENGALAMAN ESTETIK

Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada
Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang
terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya.

Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam
proses penghasilan produk seni.
Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang
terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang
yang berkaitan dengan seni.

PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL

Pendahuluan

Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik
dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini
telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang
tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks
penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan
kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap
indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan
yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser
berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang
menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).

Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-
bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni
reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan
sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan
yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang
digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan
mereka.

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain
daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden
telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual
menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni
yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada
penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan,
arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi
seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni
landskap, multimedia dan animasi.

Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden.
Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri
tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti
seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula
mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep,
tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan,
termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang
Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia
menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

a) Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual

(i) Maksud Sejarah Seni Visual


Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu
mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau
pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu
sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik,
penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu.

Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu
yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya
karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan
karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga
dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat
sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi
Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

Tujuan Sejarah Seni Visual

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi
masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk
memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang
merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang
Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi
sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas
sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan
Kleiner, 1996).

(ii) Kaedah Sejarah Seni Visual

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang penting, sementara apresiasi
atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan
beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati.

Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana
keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?;
bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah
pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang
mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61).
Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan
bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus
menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya.

Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:

”We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a different point of view and with a
fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own
time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later
generation is the result of the whole range of previous interpretations.” (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205).

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah
pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini
pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.
Dalam mengkaji bidang sejarah seni umumnya perlu mengetahui tentang bagaimana sesebuah karya itu diolah dan dihasilkan.
Dalam proses pengolahan inilah 3 kaedah yang digunakan iaitu:
Idealisasi – merujuk kepada unsur kepercayaan / keagamaan. terdapat banyak pada imej-imej keugamaan. Pengolahan dibuat
menggunakan perkiraan dan formula) untuk maksud menyampaikan rasa keunggulan, penataan secara hieratik, melibatkan
exaggeration sama ada dari aspek idea mahu pun form
Representasi-merujuk kepada perlambangan. menyatakan tentang keperihalan sifat dan ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad
seperti berat atau isipadu sesuatu objek tanpa sebenarkan menekankan sifat luaran.Oleh itu ia melibatkan satu perlambangan
aspek mujarad bagi maksud menginterpretasi tentang perkara yang bukan objek. Dalam banyak keadaan, sasaran pengambarannya
lebih mengutamakan aspek yang elemental dan primeval

Stailisasi - merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau perekaan. pertimbangan imej dibuat
dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk.
Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues). Contohnya ialah, gambar dalam motif.

a. Gaya penampilan
Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum. Pada amnya, terdapat tiga
kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan gaya penampilan iaitu:
· Realistik-karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk asal.Contoh
Gadis Melayu, Potret Diri (Mohd.Hoessien Enas),

· Separa abstrak-Mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi masih boleh dikenali unsur-unsur asal.Contoh
Girl Before a miror (Pablo picasso), Hang Tuah Hang Jebat (Ismail Mustam)

· Abstrak- karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami , dikenali sebagai mujarad,niskala,kabur, tetapi
pengkarya lebih mementingkan simbol,bentuk dan warna,Contoh Pago-pago (A.Latiff Mohidin), Gunung Ledang (Syed Ahmad
Jamal)