Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH SUKU KATA

Pengenalan

Kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ‘ka’ + ‘yu’ =
kayu. Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula
dengan dua suku kata (KV+KV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KV+KVK) dan
seterusnya menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV), penggunaan diftong (V) dan konsonan
berganding (K).

Langkah-Langkah Pengajaran

1. Perkenal bentuk dan bunyi huruf vokal mudah a i u, dan satu konsonan, eg. b

2. Bina dan sebut suku kata terbuka ba bi bu; bu bi ba

3. Bina perkataan dan baca perkataan

4. Buat frasa dan ayat, dan bacanya.

5. Tulis atau salin apa yang dibaca

6. Buat latihan pengayaan: permainan, secara berpasangan atau kumpulan kecil

Contoh Pengajaran

1. Mulakan dengan membunyikan huruf vokal mudah a i u

2 Pilih satu konsonant mudah seperti b,

3 Bunyikan huruf ‘b’ (bh) beberapa kali.

4 Bina suku kata ‘ba bi bu’. Ulang

5 Bina dan baca perkataan ‘ba ba’ ‘bi bi’ ‘bu bu’ dan ‘u bi i bu a bu’

6 Baca ayat ‘ibu abu’ ‘bubu baba’ ‘ubi ibu’

7 Murid menulis huruf, suku kata dan huruf .

8 Setelah mahir, murid boleh mula membaca ‘cerita’


Contoh Membina dan membaca ‘cerita’

itu buku

itu buku abu

abu buka buku

abu baca buku

abu suka baca buku

Mengajar suku kata tertutup (kvk)

• b ba bi bu

bat bit but ubat sabut

• k ka ki ku

kan kin kun makan ikan

• s sa si su

sak sik suk masak masuk

Mengajar huruf vokal ‘o’ dan ‘e’

• O ko po lo ro om lom

otak, pokok koko, roda lori

• e e mak e nam em pat

• e e kor e lok be lon

Emak Ella bela enam ekor kera.

Bapa letak kereta di tepi rumah.

Suku kata istimewa: nga ngi ngu; nya nyi nyu

• Bunga nyonya ungu.

• Singa nganga mulutnya


• Salim menyanyi lagu sunyi

• Suaranya nyaring.

• Penyu bertelur di pantai.

Murid diajar mengikut kadar kebolehannya

• Murid boleh diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil (2-4 orang)

• Buat latih tubi bagi murid yang lemah.

• Contohnya: ulang (guna kad imbasan)

b ba ba bi bi bu bu;

k ka ka ki ki ku ku;

s sa sa si si su su;

TIPS MENGAJAR KVK

Kali ini saya ingin berkongsi cara mengajar murid agar dapat menguasai kemahiran ‘KVK’ dalam
tempoh satu minggu.

Sedikit info, setelah mengajar murid menguasai suku kata ‘KV’, guru perlu mengajarkan kemahiran
‘KVK’ pula. ini adalah kesinambungan daripada pengajaran sebelum ini supaya murid akan lebih
mudah menguasai kemahiran seterusnya.

Sebelum itu, pastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ‘KV’ dari aspek SEBUTAN dan
BACAAN teks ‘KV+KV’.

Untuk mengajar kemahiran ‘KVK’, guru mesti ada sekurang-kurangnya bahan bantu mengajar yang
berikut :

kad perkataan ‘KVK’

lembaran kerja 1 – memadan gambar dengan perkataan

lembaran kerja 2 – mencari perkataan tersembunyi


barang permainan berunsur pendidikan.

TIPS MENGAJAR :

Pastikan murid telah bersedia

Tunjukkan kad perkataan ‘KVK’ – Bas, Pen, Jam, Gam, Vas, Pam dan lain-lain.

Guru eja dan sebut, kemudian minta murid ikut.

Tunjukkan gambar bagi setiap perkataan yang dieja dan sebut.

Ulang aktiviti sehingga murid faham konsep mengeja dan mengingati apa yang dieja.

Beri murid masa untuk buat aktiviti menguasai kemahiran ini secara kumpulan dan individu.

Soal murid secara rawak. – Tunjuk gambar dan minta murid eja tanpa merujuk pada kad perkataan.

Edarkan lembaran kerja 1 – semak jawapan melalui perbincangan.

Minta murid eja semula perkataan yang dipadankan

Betulkan kesalahan murid jika ada.

Edarkan lembaran kerja 2 – semak jawapan melalui perbincangan.

Minta murid eja semula perkataan yang telah dijumpai dan digarisi.

Betulkan kesalahan murid jika ada.

Berikan murid bermain selama 15 minit dengan permainan yang telah disediakan.

Soal jawab di akhir pengajaran – kukuhkan pemahaman murid dengan meminta murid memberikan
contoh lain bagi perkataan ‘KVK’ atau suku kata ‘KVK’.

Anda mungkin juga menyukai