Anda di halaman 1dari 10

[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 0

TUGASAN KUMPULAN
SOALAN: BINCANGKAN SEBAB KEBANGKITAN SEMANGAN NASIONALISME DI
INDOCHINA DAN FILIPINA DAN HURAIKAN SIRI PENENTANGAN YANG
DILAKUKAN

Pengenalan

Indochina merupakan sebuah negara besar terdiri daripada gabungan tiga buah Negara
iaitu Vietnam, Kemboja, dan Laos. Penamaan kawasan terbabit sebagai Indochina didorong oleh
pengaruh peradaban china dan india sehingga membawa kepada nama “Indochina” kepada
kawasan ini. Vietnam lebih dipengaruhi oleh peradaban china manakala kemboja dan laos lebih
dipengaruhi oleh peradaban india. Filipina pula mendapat nama bersempena nama anak
maharaja Charles V, iaitu Philip yang bakal menduduki takhta kerajaan Sepanyol pada ketika itu.
Keghairahan kuasa barat untuk menakluki Asia Tenggara terbukti apabila pertama kali di Filipina
direkodkan pada 16 Mac 1521 oleh Ferdinand Magellan dalam ekspedisinya mengelilingi dunia.
Hal ini telah menjadi titik permulaan minat Sepanyol terhadap Filipina

Walaubagaimanapun kedatangan Perancis dan Sepanyol ke Indochina dan Filipina


bagaikan satu malapetaka kerana segala aspek kehidupan mula berubah. Mari kita renungkan
bagaimana permulaan “malapetaka” itu berlaku. Di Indochina proses kedatangan Perancis
bermula dengan negara Vietnam pada tahun 1876 diikuti dengan negara Kemboja pada tahun
1863 dan negara Laos pada tahun 1895. Geoffrey C. Gunn.(1998). dengan pelbagai cara dan
tipu helah untuk menuntut apa sahaja yang bernilai kepada Perancis Akhirnya pada 25 Ogos
1883 Vietnam jatuh ke tangan kuasa barat. Cambodia menyertai Kesatuan IndoChina pada
tahun 1887. Manakala Laos pula dimasukkan ke dalam Indochinese Association pada tahun
1893. melalui satu perjanjian yang ditandatangani dengan Maharaja Hiep Hoa selepas itu diikuti
dengan Kemboja dan Laos. Manakala Filipina pula secara rasminya jatuh ke tangan Sepanyol
pada tahun 1565. Keadaan ini bagaikan satu tamparan hebat bagi penduduk tempatan dengan
pengenalan “dunia baru’ oleh kuasa barat. Lantaran itu ketidaksanggupan mereka hidup di
bawah “payung mewah” penjajah telah membangkikan semangat Nasionalisme.
[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 1

Dalam kesibukan penjajah untuk mengejar barang yang bernilai mereka terlupa bahawa
ia telah menyemai semangat Nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan. Nasionalisme
secara khususnya membawa pengertian kepada kesedaran yang membangkitkan semangat
yang bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan. Gerakan nasionalisme yang
berlaku di kedua-dua negara berlaku mempunyai sebab tersendiri bak kata pepatah “pokok
takkan bergoyang kalau tak ditiup angin”. Gerakan ini sudah tentu ingin membebaskan agama,
bangsa dan negara daripada cengkaman penjajah. Dalam esei ini kami akan mengupas lebih
lanjut bagaimanakah dasar kuasa barat sehingga tercetusnya banyak siri penentangan di
Indochina dan Filipina.

Sebab-Sebab Berlakunya Gerakan Nasionalisme Di Indochina

Faktor Luaran

Perang Jepun- Russia Tahun 1901

Salah satu sebab berlakunya gerakan nasionalisme di indochina adalah akibat perang di antara
jepun dan russia pada tahun 1901. sebelum peperangan tersebut berlaku, kebanyakan negara
di asia tenggara beranggapan bahawa kuasa barat adalah sebuah kuasa yang sangat
berpengaruh dan amat mustahil untuk dikalahkan. namun kemenangan pihak jepun dalam
peperangan tersebut telah mengubah tanggapan masyarakat asia tenggara bahawa kuasa-
kuasa barat tidaklah sehebat yang disangka. ini kemudian telah Menyedarkan orang-orang
Vietnam mereka mampu mengalahkan kuasa barat seperti yang jepun lakukan. keadaan ini
akhirnya telah menjadi pemangkin kepada rakyat Vietnam bagi menentang Perancis.

Perkembangan Parti Komunis Di Eropah

Semasa perang dunia pertama perkembangan fahaman komunis telah menular di eropah
sehingga ke asia tenggara. pada mulanya golongan intelektual menyedari bahawa fahaman
komunis ini tidak sama seperti fahaman yang dibawa oleh kuasa barat. Kesedaran penduduk
terutamanya yang berpendidikan mengembangkan ideologi ini lalu meresap dengan pantas ke
dalam golongan intelektual dan golongan massa. Persamaan kelas dan pembebasan dari kuasa
asing menjadi agenda perjuangan komunis menjadikan ideologi ini mudah diterima. fahaman ini
telah mempengaruhi pemikiran masyarakat indochina . Nguyen Au Quoc atau Ho Chi Minh
[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 2

berperanan menyebarkan pengaruh komunis melalui penulisan di dalam akhbar seperti


L’Humaniti, La Vie Ouvriere dan Le Paria dan penubuhan Parti Pemuda Revolusioner atau Thanh
Nien.

Faktor Dalaman

Perubahan dalam sistem pentadbiran

Sebelum kedatangan Perancis ke Indochina, bentuk pemerintahan adalah mengamalkan sistem


beraja berkuasa mutlak yang telah diamalkan sejak turun temurun di Indochina. Golongan
pemerintah mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Walaubagaimanapun
setelah penguasaan Perancis ke atas Indochina transfomasi politik telah berlaku secara
mendadak ekoran daripada keghairahan pihak kuasa barat untuk menguasai negara Asia
Tenggara bagi kepentingan masing-masing. Pada 25 ogos 1883, Perancis telah menandatangani
satu perjanjian dengan Maharaja Hiep Hoa yang akhirnya Indochina secara rasminya di bawah
penguasaan Perancis.

Pada awal pentadbiran, Perancis telah bertindak dengan memansuhkan pentadbiran


tradisional Vietnam dengan memperkenalkan Penubuhan Union Indochinoise yang mana bentuk
pemerintahanya lebih berorientasikan barat. Menurut Thomas Hodgkin (1981) pentadbiran
berorentasikan barat yang diperkenalkan oleh Perancis telah menyebabkan pentadbiran
tradisional Indochina diabaikan dan lebih banyak sistem baru yang diamalkan. Pada awal
pentadbiran Perancis, pentadbiran wilayah di penguasaan bawah Gabenor Jeneral yang dilantik
di setiap daerah yang bertindak menyusun dan menjalankan pentadbiran. Keadaan ini
menyebabkan raja hanya sebagai boneka dalam pentadbiran kerana hanya berberkuasa dalam
bidang keagamaan dan adat istiadat tempatan. selain itu golongan mandarin atau pembesar
juga turut kehilangan kuasa dalam hierarki pentadbiran. Viravong, M. S. (1964). jika sebelum
ini golongan mandarin menjalankan pentadbiran tradisional di indochina tetapi selepas
kedatangan perancis pentadbiran tradisional telah digantikan dengan pengenalan sistem
[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 3

residen. David Chandle. (1996). golongan Mandarin hanya diberi jawatan yang tidak penting
sahaja dan melaksanakan segala urusan berdasarkan nasihat daripada residen.
Walaubagaimanapun bagi mengelakkan pemberontakan berlaku Perancis tidak menyingkirkan
golongan ini dalam pentadbiran terutamanya di annam dan tonkin yang berasaskan sistem
dualisme yang mana kedudukan raja dan golongan mandarin dikekalkan tetapi gabenor jeneral
yang berpusat dihanoi merupakan kuasa tertinggi di vietnam..

Di samping itu, Perancis juga masih perlukan golongan mandarin yang bertindak sebagai
penterjemah bahasa tempatan kepada pihak Perancis. Menurut Dennis J.Duncanson (1968) bagi
memudahkan Perancis diterima oleh masyarakat tempatan golongan mandarin dijadikan
penterjemah bahasa dan ada dikalangan orang Perancis dihantarkan untuk mempelajari bahasa
Vietnam. Golongan mandarin juga ditugaskan untuk membantu Gabenor Jeneral dalam
memungut cukai daripada penduduk tempatan. Ini menyebabkan golongan ini hilang punca
pendapatan kerana cukai yang mereka perolehi bukan lagi milik mereka tetapi terpaksa
diserahkan kepada wakil Perancis. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana
telah mengugat kedudukan dan ekonomi mereka sebelum ini. David Chandle. (1996). segala
urusan yang ingin dilakukan oleh golongan mandarin perlu mendapatkan keizinan daripada
residen berbanding sebelum penguasaan perancis sebelum ini golongan mandarin bebas
melaksanakan pentadbiran tanpa perlu mendapat keizinan. Tambahan pula, kedudukan mereka
yang tidak penting dalam pentadbiran menyebabkan tidak di pandang oleh mastyarakat di
vietnam. akibatnya wujud perpecahan di kalangan golongan mandarin iaitu golongan yang
menyokong perancis dan anti-perancis. Maka tidak hairanlah sekiranya golongan mandarin anti-
perancis merupakan golongan yang mempelopori pemberontakan di Indochina.

Pengenalan undang-undang buruh

Menurut Abu Talib Ahmad, (1991) pada tahun 1918 undang-undang buruh seperti yang
diamalkan oleh Perancis telah diperkenalkan di Vietnam walaupun ianya mendapat tentangan
hebat daripada golongan kapitalis. undang-undang ini menyebabkan sistem kerah telah
dihapuskan pada tahun 1923 yang mana setiap akan buruh diberikan upah.
walaubagaimanapun pelaksanaan undang-undang buruh lebih banyak meebawa kesengsaraan
dan kepada rakyat akibat terutamanya bagi buruh-buruh yang berkerja di ladang-ladang milik
pemodal perancis dan cina. golongan buruh ini kebanyakanya terdiri daripada mereka yang
[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 4

menerima hukuman dan kerana kemiskinan yang teruk. bagi mereka yang menjadi buruh
mereka hidup dalam kesengsaraan dan penindasan terutamanya mereka yang berkerja di
ladang-ladang dan perlombongan milik pemodal perancis dan cina. buruh-buruh tersebut akan
diberikan tugasan yang berat tanpa diberikan rehat, tempat tinggal, makanan dan rawatan
kesihatan yang sempurna. Selain itu, para petani yang bekerja di bawah Perancis dikera untuk
bekerja melebihi 12 jam dan ada yang kepenatan dan ada juga yang mati 14. Ada juga perkara
hukum menghukum yang mana petani atau pekerja yang tidak mencukupi kuota pengeluaran
pada hari tersebut akan dihukum dan ada juga terpaksa lari kerana tidak sanggup untuk bekerja
dengan keadaan yang sedemikian. Abu Talib Ahmad, (1991). malah yang lebih teruk apabila
pegawai-pegawai perancis bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan menangkap
buruh-buruh yang cuba melarikan diri kemudian dikenakan hukuman sebatan sehingga mati.
menurut Abdillah Khairol.(2014) dasar ini telah menjadi pemangkin kepada gerakan
nasiolanisme di indochina. kelas pekerja walaupun kecil bilanganya mempuntai kesedaran politik
dan menerima akibat secara langsung dari xplotasi perancis. mereka mempunyai nasib yang
sama dengan golongan petani iaitu kemiskinan dan penindasan yang membolehkan mereka
bersatu untuk menentang perancia Ruhanas Harun, (2004)

Agihan Ekonomi Yang Tidak Adil

Dalam bidang ekonomi pula, pada mulanya dasar yang diperkenalkan oleh perancis adalah
bertujuan untuk membantu ekonomi penduduk peibumi. namun dasar ini telah berubah apabila
perancis telah mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan besar melalui pemilikan
tanah pemodal perancis dan cina. Menurut Abdillah Hairol. (2014) Lebih dai 90 peratus ladang
getah dimiliki oleh Perancis manakala 80 peratus sawah padi di Cochinchina dimiliki oleh 25
peratus Tuan Tanah. menurut Bastin J. & Benda H. J. (1977) akibatnya Perancis mula telah
monopoli dalam semua aspek yang menyebabkan hanya pemodal asing perancis dan cina serta
orang kaya vietnam yang menyokong pentadbiran perancis yang dapat meraih keuntungan
melalui dasar ini. menurut Abu Talib Ahmad (1991) dasar ekonomi perancis bersifat memeras
dan hanyak menguntungkan golongan pentadbir. Perancis telah mengeksploitasi sumber
ekonomi yang terdiri daripada beras, sumber galian dan kayu kayan yang berharga seperti biji
timah,arang dan kayu jati. Menurut Thomas Hodgkin (1981) pelbagai cara yang dilakukan oleh
perancis bagi mengaut keuntungan di indochina bagi kepentinganya. Oleh kerana Indochina
[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 5

mempunyai tanah yang subur, Perancis telah menjadikan pertanian sebagai sumber utama
untuk dieksplotasi. Terdapat dua kawasan pengeluaran beras yang utama di Vietnam, iaitu Delta
song Koi dan Delta Mekong.

Selain itu, Perancis telah menggalakan kemasukan orang cina ke Vietnam kerana
golongan ini dianggap penting kepada pertumbuhan ekonomi kapitalis terutamanya di bahagian
selatan. Oleh sebab itu orang cina juga turut monopoli dalam bidang ekonomi kerana mereka
dikatakan berkerjasama dengan pelabur-pelabur Perancis yang merupakan tuan tanah manakala
masyarakat tempatan bertindak sebagai penyewa tanah dan hanya diberikan tempat yang
terhad sahaja. Menurut Rhoads Murphey (1996) migran daripada cina telah mendominasi
kegiatan eksport terutamanya eksport beras. Pada tahun 1884 Vietnam telah muncul sebagai
pengeksport beras yang utama apabila beras menjadi bahan dagangan utama dunia. keadaan
ini sangat menguntungkan kerajaan Perancis kerana banyak hasil negara diperolehi untuk
dibawah ke Perancis.

Kehidupan petani pada selepas kedatangan perancis sangat menderita berbanding


sebelum kedatangan Perancis. Hal ini kerana walaupun mereka hanya hidup sebagai petani
tetapi kehidupan mereka tidaklah seteruk yang dialami semasa pentadbiran Perancis kerana
mereka mempunyai tanah pertanian yang luas dan harga barang yang berpatutan. Abdillah
Hairol. (2014) para petani bebas mengusahakan tanah milik persendirian. walaubagaimanapun
selepas penguasaan perancis kehidupan mereka semakin terbeban apabila perancis bertindak
membolot hasil tanaman padi tanpa memberi keperluan secukupnya kepada petani-petani
miskin. itu tidak hairanlah sekiranya golongan petani melakukan penentangan terhadap dasar
Perancis kerana wujudnya rasa tidak puas hati terhadap kolonial perancis. Kehidupan mereka
sangat menderita akibat tindakan Perancis menaikan harga barang serta memperkenalkan
undang-undang berkenaan pengawalan harga barang. undang-undang apa Bastin J. & Benda H.
J. (1977). Cukai yang tinggi dan bunga pinjaman yang tersangat tinggi menyebabkan beban
kepada petani ini semaikn bertambah kerana ketidakupayaan dalam menanggung cukai tersebut
kerana kehidupan yang miskin dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Tambahan pula, menurut Abdillah Hairol. (2014) bagi membiayai pentadbiran, perancis
telah mengenakan pelbagai jenis cukai ke atas masyarakat tempatan seperti cukai kepala, cukai
terhadap garam, cukai kastam, sewa tanah, ubat-ubatan, cukai alkohol dan candu serta cukai
[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 6

tanaman yang membebankan petani miskin. Mereka terpaksa menyimpan hasil tangkapan ikan
yang berlebihan untuk dikeringkan dan disimpan untuk makanan seharian. Walaubagaimanapun
pihak Perancis mengetahui keadaan ini telah bertindak menaikan kadar cukai garam dipasaran.
Keadaan ini menyebabkan rakyat Indochina terpaksa mengamalkan dasar penjimatan untuk
menampung perbelanjaan harian. Hal ini dapat dilihat dengan perbelanjaan tahunan keluarga,
makanan, kesihatan dan pengangguran yang berterusan. Lantaran itu sikap anti asing telah
berakar umbi di dalam diri masyarakat tempatan telah menjadi pemangkin kepada
perkembangan nasionalisme di Indochina yang mana pada mulanya hanya dipelopori oleh
golongan bangsawan kemudian telah menjadi ikutan masyarakat tempatan.

Penyerapan Budaya Perancis

Salah satu faktor yang menyebabkan penduduk tempatan bangkit menentang adalah
penyebaran budaya Perancis yang bercanggah dengan budaya asal penduduk tempatan.
Menurut Viravong, M. S. (1964). sebelum kedatangan perancis, indochina mengamalkan
aggama buddha yang dinaungi oleh raja. bagi masyarakat tempatan indochina, agama buddha
meletakan maharaja sebagai suci dan sangat dihormati oleh rakyat. walaubagaimanapun
selepas kedatangan perancis ke indochina tanggapan itu mula hilang pelahan-lahan akibat
penyebaran agama kristian yang lebih berfokuskan kepada unsur ketuhanan.Menurut Dennis
J.Duncanson (1968) kedatangan perancis ke vietnam sememangnya didorong oleh faktor agama
iaitu misi untuk mentamadunkan manusia ( mission civilisatrice). Hal ini turut dibuktikan kerana
menurut Rhoads Murphey (1996) pula, mubaligh kristian katolik berbangsa perancis
sememangnya telah aktif berdakwah di vietnam sejak abad ke-17 lagi tetapi seringkali
mengalami masalah kerana golongan ini tidak mendapat layanan istimewa daripada pemimpin
indochina.

Lantaran itu, Perancis menggunakan alasan untuk menguasai Indochina kononnya


Perancis bersimpati dengan mubaligh kristian yang ditindas ekoran maharaja Vietnam
menentang penyebaran agama kristian pada masa itu kerana ia menyebabkan rakyat hilang
ketaatan kepada pemerintah. Hal ini dapat dibuktikan semasa pemerintahan maharaja Tu Duc
(1849-1884) kegiatan gerakan anti-kristian giat dijalankan dengan pembunuhan beramai-ramai
terhadap paderi Perancis. Namun setelah Perancis mengambil ahli tampuk pemerintahan,
Perancis telah memberikan kebebasan kepada masyarakat tempatan untuk menganuti mana-
[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 7

mana agama terutamanya agama kristian. Mubaligh kristian juga digalakkan masuk ke
Indochina. Keadaan ini menyebabkan masyarakat tempatan bimbang kerana banyak
percanggahan ajaran agama buddha dan agama kristian katolik. hal ini kerana semenjak
masyarakat indochina menerima pengaruh agama kristian katolik taat setia kepada maharaja
semakin berkurangan.

Dalam bidang pendidikan pula, Menurut Rhoads Murphey (1996) Perancis cuba
menerapkan kebudayaan Perancis dengan mudah melalui pendidikan. Sebelum kedatangan
Perancis masyarakat Indo-China hanya belajar menggunakan sistem pendidikan yang
berteraskan ajaran agama mereka sahaja iaitu yang berkait rapat dengan ajaran Confucius.
Justeru ilmu-ilmu alam yang lain kurang diberi penekanan. Walaubagaimanapun selepas
kedatangan Perancis, sistem pendidikan telah berubah. Banyak sekolah-sekolah dibuka untuk
menerapkan budaya Perancis di Indochina untuk memupuk semangat cintakan Perancis. D. G.
Hall, (1981). Tetapi sekolah yang dibuka oleh Perancis hanya berasaskan kepada kualiti bukanya
kuantiti. Bahasa Perancis adalah bahasa penghantar di sekolah dan bahasa yang wajib dipelajari
keadaan ini menyebabkan ramai penduduk tempatan tidak mendapat pendidikan dan kadar
buta huruf telah meningkat di Indochina. Golongan yang mempunyai peluang hanyalah
golongan bangsawan, orang Eropah dan sebilangan masyarakat indochina.

Menurut D. G. Hall, (1981) Perancis pada keseluruhannya bukan cenderung untuk


mewujudkan pelajaran kebangsaan, mereka lebih bertujuan untuk menyuntikkan atau
menerapkan perasan dan semangat yang mendalam agar cintakan Perancis. menurut Abu Talib
Ahmad, (1991). tujuan pendidikan yang diperkenalkan adalah untuk melatih masyarakat untuk
menjadi profesional dalam bidang ekonomi. perancis menjanjikan kepada pelajar sekolah katolik
akan diberi peluang untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran. walaubagaimanapun selepas
mereka tamat pengajian peluang yang sama tidak diberikan walaupun mereka mahir dalam
bahasa perancis. akibatnya timbul penentangan kerana tidak puasa hati dengan jaminan
perancis yang hanya “janji kosong” sahaja. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya golongan
intelektual merupakan golongan yang pertama mendapat kesedaran semangat nasionanlisme..

Dari sudut kesihatan pula, Rakyat telah diabaikan. Menurut Abu Talib Ahmad, (1991).
para petani yang bekerja di bawah Perancis dikera untuk bekerja melebihi 12 jam dan ada yang
kepenatan dan ada juga yang mati. mereka tidak diberi rehat secukupnya walaupun dalam
[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 8

keadaan sakit. kesengsaraan dan penindasan yang dilakukan oleh golongan kapitalis (pemodal
perancis) telah menyebabkan kemerosotan taraf kesihatan masyarakat di indochina akibat
pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kesengsaraan. Perkhidmatan kesihatan pula
hanya terdapat di bandar-bandar utama yang hanya mementingkan orang Eropah, pegawai-
pegawai dan bagi mereka yang berkemampuan. Kos yang tinggi dalam perubatan
menyebabkan rakyat kurang mendapat rawatan malah ada yang tidak mampu untuk membeli
ubat-ubatan. kesanya rakyat terpaksa bergantung kepada perubatan tradisional. Ketidakadilan
sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Perancis di Indochina telah menyebabkan banyak
pertubuhan parti-parti politik yang masing-masing ingin membela bangsa mereka sendiri.

RUJUKAN

Abu Talib Ahmad.(1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Terengganu: Gong Badak.

Bastin J. & Benda H. J. (1977). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

David Chandle. (1996). A Hisrory Of Combodia, United State Of Amerika: Westview Press,
Inc.

Dennis J. Duncanson.(1968). Goverment And Revolution In Vietnam, London: Oxford


University Press.

D.G.E Hall.(1987). Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Geoffrey C. Gunn.(1998). The Theravadins, Colonialists And Commissars In Laos, Thailand:


White Lotus Co. Ltd

Rhoads Murphey. (1996). A History Of Asia, United State Of Amerika: Harpercollins


Publishers Inc.

Ruhanas Harun. (1980). Nasionalisme Vietnam, 1900-1945. Malaysian Journal of History, Politics
and Strategic Studies, 215-225. ISSN 2180-0251.

Thomas Hodkin. (1981). Vietnam: The Revolitionary, Hong Kong: The Macmillan Press Ltd.

Viravong, M. S. (1964). History Of Laos. New York: Paragon.


[SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA IMPERIALISME DAN KOLONIAL] 9

http://www.academia.edu/4496182/Emperialism_Colonialisme_in_Vietnam_by_France_Malay_V
ersion_di akses pada 23/11/2014

Anda mungkin juga menyukai