Anda di halaman 1dari 21

Keadaan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sebelum Tahun 1957

Oleh

Dr Hasnah Hussiin
Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Abstrak
Sebelum kedatangan British, masyarakat Tanah Melayu sudah mengamalkan sistem
ekonomi yang berbentuk saradiri, perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan, sudah ada
perdagangan dengan negara luar, dan sudah ada sistem pendidikan tidak formal.
Campurtangan British pada tahun 1874, telah membawa perubahan yang amat besar dari
segi politik, ekonomi dan sosial. Persoalannya, sejauhmanakah masyarakat Melayu
mengadaptasikan diri mereka dengan perubahan tersebut?.Bagaimanakah keadaan
kehidupan sosioekonomi mereka iaitu adakah ada perubahan atau masih di tahap yang
sama. Kajian ini memfokuskan kepada keadaan sosioekonomi masyarakat Melayu sebelum
tahun 1957 bagi merungkaikan persoalan-persoalan di atas.

Keywords: Malay Society, Economy, Social, Education

Pengenalan

Keadaan sosioekonomi Tanah Melayu sememangnya sangat berbeza antara sebelum

penjajahan dan selepas penjajahan. Sebelum penjajahan, masyarakat Tanah Melayu sudah

mengamalkan sistem ekonomi yang berbentuk saradiri, perlombongan bijih timah secara

kecil-kecilan, sudah ada perdagangan dengan negara luar, sistem pendidikan tidak formal,

serta sudah ada struktur sosial yang jelas iaitu ada golongan pemerintah, golongan

bangsawan dan rakyat.

1
Ekonomi

Dari segi ekonomi, sebelum Perang Dunia Kedua, ekonomi orang Melayu adalah

tertumpu kepada ekonomi berbentuk sara diri, menanam padi dalam skala yang kecil dan

pekebun kecil getah. Pertanian sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu kerana

lebih 90% masyarakat Melayu terlibat dalam sektor ini khususnya penanaman padi di mana

ia adalah pekerjaan tradisi masyarakat Melayu.1 Selain daripada itu, mereka juga

menjalankan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan dan ada juga yang menjadi nelayan.

Dalam Annual Report 1931 dilaporkan masyarakat Melayu suka bekerja sendiri, menjadi

petani dan ada juga yang menjadi nelayan. Anrara kandungan Report tersebut menyatakan:

For all practical purposes, only of Chinese, South Indians and Javanese.
Few Malays are wage earners in the generally accepted sense of the term.
They work well enough at their own time and in their own way but dislike
employment to schedule and for the most part they devote themselves to
the cultivations of their own plots of land or on the coast to fishing.2

W.R.Roff, dalam The Origins of Malays Nationalism, menggambarkan mengenai

masyarakat Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1930-an:

The vast majority of the 241,754 working Malays in the F.M.S. in 1931
remained peasant cultivators living in rural village communities of a
traditional kind. No fewer than 204,644 were recorded in that year as
following ”agricultural pursuits,” the majority directly or indirectly
associated with wet rice cultivation. Of the remainder, a large proportion
were engaged in rubber planting on small scale holdings.3

Walaupun Roff merujuk kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu, tetapi ia boleh diguna

pakai untuk seluruh negeri di Tanah Melayu kerana kebanyakan penduduk Melayu adalah

tinggal di luar bandar dan kegiatan utama adalah pertanian.

1
Perkara ini diakui oleh Barbara Watson Andaya dalam bukunya A History of Malaysia, hlm.220.
2
Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Straits Settlement for the Year 1931,
dalam CO.573/577, hlm. 46.
3
W.R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, hlm.121. Sebagaimana yang dipetik oleh W.R. Roff dalam
British Malaya: A Report on the 1931 Census.
2
Dari segi ekonomi, masyarakat Melayu pada waktu itu dilihat sentiasa berpuas hati dan

tidak berusaha gigih bagi meningkatkan taraf hidup. Report Labour Department 1931

melaporkan:

They are as rule, not desirous of earning any more money than is
sufficient to support them and to provide them with needs of the moment.4

Gullick pula beliau melihat masyarakat tani pada waktu ini menghadapi masalah untuk

mendapatkan modal bagi menjalankan sistem pertanian dan mereka terikat dengan hutang

serta dieksploitasi oleh orang tengah. Memetik kata-kata beliau:

The Malay Peasant, left to his own devices, proved feckless both in
marketing his produce and in obtaining credit. His expenditure grew with
his income and the old social mechanisms of accumulating capital and
granting credit were no longer available. He ran into debt with the
retailer/middleman, was exploited and resented it.5

Lim Teck Ghee juga memperlihatkan kedudukan masyarakat petani di bawah

penjajahan British. Daripada kajian ini beliau mendapati tidak banyak kemajuan dicapai

oleh masyarakat petani dalam sektor pertanian. Sehingga tahun 1930-an, masyarakat

Melayu petani masih lagi dihantui oleh masalah hutang, produktiviti yang rendah, masalah

pemasaran dan undang-undang tanah yang masih lagi kabur. Pihak British dilihat tidak

mengambil apa-apa inisiatif bagi membangunkan masyarakat tani dan mereka senang

melihat masyarakat Melayu luar bandar ini kekal dengan sebagaimana kegiatan asal mereka

sebelum ini iaitu sebagai petani yang masih menggunakan kaedah tradisional dengan

pengeluaran yang rendah.6

Secara khususnya dalam tempoh penjajahan, peluang untuk masyarakat Melayu luar

bandar maju dalam bidang sosioekonomi sangat terbatas disebabkan polisi penjajah,

4
Report on the Working of the Labour Department for the Year 1931, F.M.S., dalam CO.576/42-43, hlm. 19-
20.
5
J.M. Gullick, MALAYA, Second Edition, London Ernest Been Limited, 1964 hlm.68.
6
Ibid., hlm. 225.
3
kekurangan infrastruktur, kekurangan kesedaran, serta kurangnya pendedahan terhadap

pendidikan. Apa yang nyata pihak British mempunyai dasar mereka sendiri iaitu

menumpukan kepada pembangunan di kawasan bandar tempat tumpuan ekonomi

perdagangan mereka yang akan memberikan pulangan dan faedah kepada mereka. Sebagai

kesimpulannya pihak British dilihat tidak menjaga dan mengabaikan kebajikan penduduk

luar bandar pada masa ini. Ini diakui oleh Ungku Abdul Aziz yang mengatakan:

One of the most notable features of the colonial administration was its
neglect of the rural areas. Whether by intention or otherwise, the main
effect of this neglect was the fossilisation of the rural people, most of
whom were Malays. They were left in the Malay Reservations. They were
encouraged to cultivate the crop that gave the lowest income: padi. And,
they were given an education that qualified them for no particular
occupation since it was confined solely to primary education in the Malay
language.7

Menurut Khoo Kay Kim beliau melihat bahawa pembangunan yang dilakukan oleh

British pada tempoh ini hanya menguntungkan beberapa buah negeri di sebelah Pantai

Barat yang menjadi tumpuan kegiatan perlombongan bijih timah dan penanaman getah.

Dalam hal ini, secara keseluruhanya masyarakat Melayu terus menjadi penghuni kawasan

luar bandar yang menjalankan sektor pertanian secara tradisional dan tiada kemudahan asas.

Ini memandangkan masyarakat luar bandar ini tidak memberikan apa-apa sumbangan

kepada perkembangan ekonomi kapitalis British. Pendapat Khoo Kay Kim mengenai

masyarakat Melayu dalam tempoh ini adalah:

....in the early decades of the twentieth century, the greater part of the
country remained little developed. And along the hundreds of rivers in the
Peninsula, Malay villages continued to provide that little bustle of activitiy
which broke the monotonous humdrum of vast stretches of untamed
jungle. No telegraph and electrical wires reached the Malay kampung; no
pipe-lines were extended to them. To build metalled roads to these places
would be uneconomical for the traditional Malay settlements produced no
commodity which could substantially boost the revenue of the
government.8

7
Ungku Abdul Aziz, “Poverty and Rural Development in Malaysia,” Kajian Ekonomi Malaysia, Kuala
Lumpur, Vol.1, No.1, 1964, hlm. 81.
8
Khoo Kay Kim, “Malay Society 1874-1920,” hlm. 183.
4
Selepas Perang Dunia Kedua, ekonomi luar bandar masih lagi tertumpu kepada

pertanian. Dalam hal ini masyarakat Melayu masih lagi mendominasi sektor tersebut dari

tahun 1947 sehingga tahun 1957. Secara amnya bilangan masyarakat Melayu yang terlibat

dalam sektor pertanian sangat ramai jika dibandingkan dengan bangsa asing yang lain

khususnya dalam penanaman padi. Ini dapat dilihat pada jadual 1 dan jadual 2 di bawah:

Jadual 1

Peratus Penglibatan Setiap Bangsa Dalam Sektor Pertanian 1947

Pekerjaan Melayu (%) Cina (%) India/Pakistan (%)


Penanam Getah 20.0 23.4 47.1
Penanam Padi 48.4 6.2 2.7
Lain-lain kerja pertanian 6.7 16.8 8.0
Sumber: Report on the 1947 Census of Population (The Economic Development of Malaya, Report of a
Mission Organised by International Bank for Reconstruction and Development), 1955, hlm.8.

Jadual 2

PERATUS PENGLIBATAN SETIAP BANGSA DALAM SEKTOR PERTANIAN 1957

Jenis Melayu Cina Lain-lain


Pertanian/Bangsa
Penanam Padi 96% 2% 2%
Penanam Buah-buahan 15% 84% 1%
Sumber: Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Official Report, Vol.11, No.11, 10 November 1965,
hlm.2041.

Daripada jadual 1 di atas dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu mendominasi

sektor penanaman padi sebanyak 96% berbanding dengan masyarakat Cina sebanyak 2%

sahaja. Masyarakat Cina pada masa ini lebih banyak terlibat dalam sektor penanaman buah-

buahan iaitu sebanyak 84% berbanding masyarakat Melayu sebanyak 15% sahaja. Selain

dari terlibat dalam sektor penanaman padi, dilihat masyarakat Melayu juga terlibat dalam

sektor penanaman getah secara kecil-kecilan.

5
Masalah kemunduran kehidupan para petani masih lagi diperdebatkan dalam tempoh

1950-an. Akhbar Majlis keluaran 23 September 1952 menggambarkan keadaan kehidupan

petani luar bandar pada waktu ini masih lagi kurang maju kerana pengeluaran yang rendah,

tanah pertanian yang sempit serta masih menggunakan kaedah tradisional. Keadaan ini

menyebabkan pengeluaran padi oleh petani tidak mampu menampung keperluan penduduk

Tanah Melayu pada waktu itu.9 Meskipun telah ditindas oleh British begitu lama,

masyarakat luar bandar pada masa ini juga dilihat masih lagi tidak mempunyai pemikiran

untuk membangunkan ekonomi mereka. Dalam akhbar Sunday Times, Mahathir telah

membangkitkan isu bahawa masyarakat luar bandar pada waktu ini masih lagi tidak

memahami apakah yang dimaksudkan dengan kemiskinan, tanah, wang serta orang tengah

dalam pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Bagi beliau apa yang sangat-sangat

diperlukan oleh masyarakat luar bandar pada waktu ini adalah kemahiran dan modal.10

Isu mengenai kerendahan ekonomi masyarakat Melayu pada waktu itu juga telah

dibangkitkan oleh Datin Putih Kamariah (beliau merupakan Ahli Parti Negara dan ahli

Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan) melalui radio Malaya di mana beliau

mengatakan:

”Bagaimana orang-orang Melayu sangat jauh tertinggal ke belakang


dalam medan ekonomi. Kerana Melayu tidaklah sebenar-benar boleh
dikatakan merdeka bila sampai masa yang dikatakan merdeka itu kalau
pada masa itu keadaan orang Melayu tidak jauh berubah dari masa
sekarang.”11

Sehingga tahun 1955, masalah kemunduran masyarakat Melayu masih lagi tidak

berubah di mana dalam Warta Negara pada 10 Januari 1955 mengatakan:

”Berapa banyakkah tempat kemajuan ini yang didapati atau yang dikecap
oleh orang-orang Melayu, siapakah yang punya motokar-motokar itu,

9
Majlis, 23.09.1952.
10
Khoo Kay Kim, Nasionalisme Melayu C. 1919-1941, hlm.
11
“Ekonomi Melayu Dalam Malaya Merdeka,” Warta Negara, 29 April 1955, hlm.2.
6
siapakah yang punya rumah-rumah batu itu, siapakah yang duduk di
bandar-bandar dan di pekan-pekan itu.?”12

”Kita harus berkata kalau dahulu orang-orang Melayu duduk di kampung-


kampung dan dalam rumah atap dan papan. Maka sekarang mereka duduk
di situ jugalah. Kalau dahulu orang Melayu bersawah bendang, maka
sekarang juga mereka bersawah bendang tetapi duduk di bawah
cengkaman pemodal-pemodal dan padi kuncha. Kalau dahulu ada orang
Melayu duduk di pekan-pekan dan dibandar-bandar maka sekarang
mereka telah lari ke kampung-kampung dan ketepi-tepi hutan. Kalau
dahulu tidak ada sekolah, tetapi sekarang telah ada beratus-ratus buah
sekolah. Maka faedahnya kepada orang-orang Melayu hanyalah menjadi
hamba orang dan tiada dapat berdiri di atas kaki sendiri. Inilah
”kemajuan” yang didapati oleh orang-orang Melayu dari masa dahulu
hingga masa sekarang.”13

Di dalam akhbar berbahasa Inggeris juga disiarkan banyak isu mengenai penglibatan

masyarakat Melayu dalam sektor ekonomi moden. Straits Times keluaran 16 Disember

1955 menyiarkan pendapat Timbalan Menteri Besar Perak Encik Osman bin Taib di mana

beliau menyatakan masyarakat Melayu memiliki kualiti yang sangat rendah untuk terlibat

dalam sektor pembangunan ekonomi moden dan bukannya disebabkan oleh kerajaan tidak

memberikan kemudahan kepada mereka. Di antara kualiti yang diperlukan untuk

memperbaiki keadaan ekonomi masyarakat Melayu yang terkebelakang adalah ketekunan,

kegigihan dan latihan. Perkara penting yang perlu diadakan adalah kerjasama antara kaum

bagi membantu masyarakat Melayu maju dalam sektor ekonomi.14

Di dalam Malay Mail keluaran 13 April 1956, Menteri Perdagangan dan Perusahaan

Encik Khir Johari berpendapat jalan yang paling sesuai bagi membantu masyarakat Melayu

terlibat dalam sektor ekonomi adalah dengan memberikan peluang perniagaan sendiri

kepada masyarakat Melayu 51% dan kaum Cina 49%. Dalam hal ini pihak kerajaan

Persekutuan sedang menyediakan pelan bagi menambahkan penyertaan masyarakat Melayu

dalam sektor ekonomi. Menurut beliau lagi masyarakat Melayu mempunyai modal yang

12
“Melayu Masa Kini dan Masa Akan Datang,” Warta Negara, 10 Januari 1955, hlm.1.
13
Ibid.
14
“Malays Lack Bussiness Sense,” Straits Times 16.12.1955.
7
cukup dan masyarakat Cina mempunyai pengetahuan dalam hal perniagaan, jadi gabungan

kedua-dua elemen ini akan membantu memperkembangkan perniagaan sama ada kecil atau

besar. Masalah masyarakat Melayu sebelum ini adalah mereka dengan senang menjual

permit yang diberikan kerajaan kepada masyarakat bukan Melayu. Dalam hal ini beliau

menyeru agar masyarakat Melayu mencontohi cara perniagaan masyarakat Cina. Untuk itu,

beliau menyarankan jika masyarakat Melayu ingin terlibat dalam bidang perniagaan mereka

perlulah mengambil langkah berikut seperti bekerjasama dengan masyarakat bukan Melayu

dan menjalani latihan di syarikat-syarikat besar. Malahan syarikat British pada masa ini

juga telah menawarkan kepada orang Melayu jika mereka berminat mereka boleh

mendapatkan latihan di luar negara, membina lebih banyak syarikat kerjasama bagi

mengelak orang tengah dan akhir sekali memberi kepercayaan kepada pentadbiran

kerajaan.15

Dalam Straits Times keluaran 28 Febuari 1957, Ungku Abdul Aziz melahirkan

pendapatnya di mana beliau mengatakan usaha kerajaan untuk membentuk Malay

Capitalism bukanlah jawapan kepada kemunduran kepada masyarakat Melayu dalam

bidang ekonomi. Suasana di Tanah Melayu pada masa ini menurut beliau terdapat lebih 3

juta masyarakat Melayu atau 49% daripada keseluruhan penduduk Tanah Melayu.

Dinyatakan bahawa 75% daripada mereka bekerja sebagai petani dan nelayan dan ¾

daripada bergantung sepenuhnya kepada sektor tersebut. Selebihnya bergantung kepada

pekerjaan membuat tikar, bakul, dan penenunan kain. Kesimpulannya 4 daripada 5 orang

Melayu adalah tinggal di kampung-kampung. Kebanyakan mereka mempunyai pendapatan

kurang daripada RM100 sebulan. Golongan petani pada masa ini kebanyakannya

mempunyai tanah yang sempit, kadar sewa tanah yang tinggi, hasil kurang, dibebani hutang

dan juga eksploitasi oleh orang tengah. Golongan ini berpendapatan kurang daripada
15
“New Plans to Help Malays,” Malay Mail 13 April 1956.
8
RM50.00 sebulan. Manakala golongan peniaga dan tuan tanah serta peminjam wang adalah

terdiri daripada bukan Melayu. Bagi Ungku Abdul Aziz usaha menjadikan golongan ini

sebagai kapitalist tidak akan menyelesaikan masalah kerana eksploitasi akan tetap berlaku.

Beliau juga mendedahkan orang Melayu yang bekerja sebagai guru, pegawai kerajaan, ahli

perniagaan, penyewa tanah yang mendapat gaji RM200.00 hingga RM1,000 sebulan adalah

kurang 10% daripada jumlah keseluruhan penduduk Melayu yang bekerja. Secara

keseluruhannya kemiskinan masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi disebabkan mereka

menggunakan teknik pertanian yang tradisional dan sekali lagi beliau menekankan

kemiskinan tidak ada kaitan dengan perniagaan dan kapitalisma.16

Beberapa bulan sebelum kemerdekaan, Straits Times keluaran 7 Mac 1957

menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan di mana

majlis ini memberikan lima sebab kepada kegagalan masyarakat Melayu dalam bidang

perniagaan iaitu peniaga Melayu adalah terdiri daripada mereka yang tidak bagus dalam

perniagaan kerana mereka kuat berpegang kepada ajaran agama Islam yang menentang riba

atau bunga dalam perniagaan. Selain daripada itu kegagalan mereka juga dikaitkan dengan

ketiadaan ilmu akauntan dan kesetiausahaan, tidak pandai menyesuaikan diri dalam bidang

perniagaan dan mereka mudah putus asa apabila mengalami kerugian atau kegagalan.17

Pendidikan

Dari segi pendidikan, masyarakat luar bandar tidak diberikan pendidikan Inggeris

melainkan pendidikan asas seperti sekolah pondok dan sekolah Melayu. Walaupun sebelum

ini sudah ada desakan agar British memberikan pendidikan Inggeris kepada masyarakat

16
Ungku Abdul Aziz, “Facts and Fallacies on Malay Economy,” Straits Times 28.02.1957. Perangkaan yang
diberikan Ungku Abdul Aziz dalam tulisan ini adalah berdasarkan kepada perangkaan tahun 1947 dan bagi
beliau sehingga tahun 1957 angka ini masih lagi tidak jauh berubah.
17
“Malay Failures; Five Reasons,” Straits Times 7.03.1957.
9
Melayu tetapi masih lagi tidak mampu mengubah polisi British. Ini kerana mereka sendiri

mengakui yang mereka tidak mengalakkan bahasa Inggeris diajarkan di sekolah Melayu

pada waktu itu. Mereka takut jika diadakan pendidikan Inggeris ia akan menjadi subjek

yang sangat berguna dan ini akan mengubah pemikiran masyarakat Melayu ke arah yang

lebih tinggi. Sedangkan mereka mahu menjadikan orang Melayu kekal sebagai petani yang

lebih baik daripada ibu bapa mereka. Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan berikut:

The Malay vernacular school, English is not taught in these schools. It


may well be believed however that if English were is taught as a subject
(as French or German is taught in a school in England) in the two highest
standards, it would be not only a most popular but a most useful subject.. 18

Dari segi pembangunan pendidikan, tidak dinafikan pihak kerajaan British pada

masa ini telah membangunkan sekolah-sekolah sama ada sekolah Inggeris dan sekolah

Melayu.19 Tetapi sekolah-sekolah Melayu20 yang didirikan oleh kerajaan British terdapat

banyak kekurangan dari pelbagai aspek seperti kekurangan guru-guru yang berkualiti serta

kurikulum yang hanya menekankan kepada kebolehan untuk menulis, membaca dan

mengira. Sekolah Melayu ini juga tidak menyediakan pendidikan yang lebih tinggi seperti

pendidikan vokasional kepada masyarakat kampung kerana polisi British adalah untuk

menyediakan pendidikan yang akan menjadikan pelajar tersebut terlibat dengan kegiatan

ekonomi di kampung-kampung. Sehingga tahun-tahun 1930-an, masalah mengenai

kelemahan dan kerendahan pendidikan masyarakat Melayu masih lagi dibincangkan. Pihak
18
Training College for Malay Vernacular Teachers, dalam CO 273/57, hlm .9. Arkib Negara Malaysia, Kuala
Lumpur. Untuk melihat secara jelas polisi British mengenai pendidikan Inggeris kepada penduduk Tanah
Melayu pada waktu ini boleh merujuk Colonial Office The Policy of the Government of the F.M.S were
summerised in a reply to question at a meeting in the Federal Council Held on 28 July 1924, dalam CO
717/60, hlm.2. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Satu-satunya sekolah Inggeris yang dikhaskan untuk
semua penduduk Tanah Melayu telah didirikan sejak awal lagi iaitu Penang Free School yang terletak di
kawasan bandar. Lulusan pelajar sekolah Inggeris ini akan mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke
beberapa universiti terkemuka pada waktu itu seperti Singapore College of Medicine Hong Kong University,
Universiti di U.K, The Inns of Court dan Raffles College.
19
Untuk melihat perbincangan lanjut mengenai pembangunan pendidikan di Tanah Melayu pada zaman
British boleh merujuk tulisan Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka 1974.
20
Sekolah Melayu pada waktu ini merujuk kepada sekolah-sekolah di luar bandar kerana sekolah Melayu
memang dikhaskan untuk orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di luar bandar.
10
British nampaknya tidak ingin memberikan pendidikan yang tinggi kepada masyarakat

Melayu. Kenyataan di bawah dengan terang memperlihatkan polisi kerajaan British dalam

menyediakan pendidikan kepada masyarakat luar bandar:

Malay vernacular schools were started by the government. The buildings


were and still are, incomparably inferior, the teachers were untrained and
badly paid, and the highest school standard went little beyond the
rudiments of teaching, writing and arithmetic…21

Malay vernacular’s schools do not deliberately supply any purely vocational


training, but the general trend of the training is while affording a sound
grounding in the “three Rs” to attempt to foster an interest in agriculture and
the other bussiness of the kampongs.22

Sekolah Melayu pada waktu ini hanya mampu melahirkan tenaga kerja yang akan

bekerja sebagai petani dan juga lain-lain pekerjaan yang tidak memerlukan taraf pendidikan

yang tinggi. Petikan laporan daripada pejabat jajahan British ini menguatkan lagi hujah

bahawa pendidikan terhadap masyarakat luar bandar cukup setakat pendidikan rendah.

Antara petikan tersebut mengatakan:

To give a general and practical education to those boys and girls who will
not receive an English education and who will find employment in locations
like agriculture in which a knowledge of English is not essential.23

To give a general education to those boys who have no desire to leave their
kampongs and who will find employment in agriculture, or those boys who
will find employment in which a knowledge of the vernacular is all that is
necessary.24
Keadaan sekolah Melayu yang kebanyakannya didirikan di luar bandar mempunyai

infrastruktur yang tidak baik. Ini diakui sendiri oleh pihak pentadbir British iaitu Sir George

Maxwell di mana dalam salah satu ucapannya beliau mengatakan:

To find the Malay school, it is necessary to go down a side street, where


one may find a shabby one-storeyed plank and thatch buildings..25
21
Education Department Annual Report 1931-1938, dalam MF – A. N.M, 1946/72 hlm. 24, Arkib Negara
Malaysia, Kuala Lumpur.
22
Ibid.
23
Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of the Federated Malay States for 1937,
dalam CO 576/71-72, hlm. 73, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
24
Annual Report on Education in the Federal Malay States for the Year 1931 dalam CO 576/42-43, hlm. 20,
Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
25
Sir George Maxwell at the Intercolonial Congress on Education on the Colonies, Held in Connection With
the International Colonial Exhibition at Paris, September 1931 dalam CO 273/577 hlm. 6, Arkib Negara
Malaysia Kuala Lumpur.
11
Gambaran Za’ba mengenai masyarakat Melayu:

Mereka tiada berpengetahuan, tiada berpelajaran. Mereka tiada


mempunyai pengetahuan-pengetahuan yang perlu darihal apa hendak
dibuat. Bagaimana membuatnya dan sebab apa dibuat akan dia dalam
kesibukan pekerjaan manusia yang beribu-ribu jenis ada di sekelilingnya
sekarang ini. Otak mereka pun tidak pula tajam tentang hal perniagaan dan
jalan-jalan perusahaan mencari wang, atau pada mempelajari kepandaian
tukang menukang atau ilmu-ilmu berjual beli dengan tiada diajar dan
dilatihi betul-betul. Mereka tiada pernah biasa dengan kehidupan
mengadakan dagangan atau membuat barang-barang atau berniaga di
zaman dahulu kalanya dan kejahilan darihal “bagaimana” dan “mengapa”
yang bersangkut dengan berbagai-bagai cawangan pekerjaan dan
perusahaan manusia itu telah melekat pada mereka menjadi sebahagian
daripada tabiat perangainya.26

Masyarakat Melayu pada waktu ini dilihat masih tidak mempunyai pendidikan yang

sempurna dan ilmu-ilmu perdagangan serta ekonomi bagi membolehkan mereka

membangun dari segi sosioekonomi.

Dalam hal ini akhbar The Straits Times keluaran 4 Ogos 1896 menjelaskan kerendahan

pemikiran masyarakat Melayu mengenai pendidikan di mana ia mengatakan:

They are not convinced that it is to the advantage of their boys that these
should be educated. They aptly complain that to be able to read and write
does not enable their boys the better to cut attaps, or clear jungle, or work
fishing stakes.

Ini menunjukkan di samping tidak adanya institusi pendidikan moden seperti pendidikan

Inggeris dan vokasional, sikap masyarakat Melayu juga dilihat sebagai faktor yang

menyebabkan mereka sukar untuk maju pada waktu ini. Mereka masih lagi tidak nampak

dan tidak menyedari akan pentingnya pendidikan diberikan kepada anak-anak mereka.

Di dalam akhbar Malaya Tribune pada 24 November 1919 menggambarkan kerendahan dan

ketinggalan masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan. Menurut pengarangnya:

26
Za’ba, Pemandangan Mengenai orang Melayu, dalam SP 18/3B/10, hlm.7, Arkib Negara Malaysia, Kuala
Lumpur.
12
...it has so far been revealed that the chief cause of the lack of progress
among the Malays is the absence of technical, industrial and scientific
training among the Malays, while the standard of education they have
received is very poor.27

Akhbar Malay Mail 23 Disember 1922 juga menggambarkan kerendahan masyarakat

Melayu dalam bidang pendidikan di mana masyarakat Melayu masih lagi hidup dalam

kegelapan, kemunduran walaupun keturunan mereka sebelum ini mendapat pendidikan

walaupun sehingga darjah lima. Ini dapat dilihat pada petikan berikut:

At a glance one will notice that Malays of the present days are not only
backward but are in the dark as well, in fact they are not better than their
ancestors, though, i think, thousands of them have passed the fifth
standard in vernacular education during the half century past.28

Sebagaimana akhbar berbahasa Inggeris, akhbar dan majalah berbahasa Melayu juga

membangkitkan isu yang sama iaitu kelemahan dan kemunduran masyarakat Melayu dalam

bidang pendidikan. Jika dibandingkan dengan bangsa asing seperti Cina dan India, orang

Melayu masih jauh ketinggalan dalam semua bidang terutama dalam bidang ekonomi dan

sosial. Keadaan masyarakat Melayu pada masa ini telah dijelaskan dalam Al-Imam di mana

pengarangnya mengatakan:

Masyarakat Melayu di sekitar tahun 1900 telah jauh tertinggal ke belakang


ditinggalkan oleh kaum-kaum lain di negeri mereka sendiri terutama kaum
Cina. Pentadbiran negeri-negeri Melayu pula telah dipegang oleh British.
Pentingnya pelajaran belum disedari dan tidak dapat dilihat oleh orang-
orang Melayu. Malah agama Islam di negeri itu telah dianuti dan
diamalkan dengan cara pemikiran yang cetek dan konservertif. 29

Sehingga memasuki tahun 1930-an, isu mengenai kerendahan pendidikan orang Melayu

masih lagi dipersoalkan. Majalah Guru keluaran Oktober 1932 mengatakan:

Setengah daripada sebab kerendahan bangsa kita Melayu itu pada


sangkaan bangsa asing ialah kerana kemiskinan bangsa kita pada harta
benda apatah lagi pada pelajaran. Kemiskinan kita pada harta itulah yang
menjadi galangan bangsa kita Melayu tidak mencapai pekerjaan yang

27
Ibid. Sebagaimana yang dipetik oleh Khoo Kay dalam Malaya Tibune, 24 November 1919.
28
Ibid. Sebagaimana yang dipetik oleh Khoo Kay dalam The Malay Mail, 23 Disember 1922.
29
Abdullah bin Jaafar, “Al-Imam,” dalam Lembaran Akhbar Melayu, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala
Lumpur, 1981, hlm. 12
13
tinggi dan kemiskinan bangsa kita pada pelajaran itulah pula
menyebabkan kelemahan fikiran kita dan cuai pada memeliharakan sifat
kebangsaannya.30

Kemunduran kita bukan sahaja di dalam perkara-perkara harta benda atau


kekayaan wang ringgit akan tetapi dalam serba-serbi perkara yang
terjumlah pada syarat-syarat kemajuan yang sebenar iaitu tentang
pelajaran, pekerjaan atau pangkat martabat, perusahaan, pertukangan atau
kerajinan, perniagaan dan perkebunan hingga pun di dalam perkara-
perkara kesempurnaan berpersatuan.31

Za’ba juga pula berpendapat pembangunan sosio ekonomi masyarakat luar bandar

pada masa ini sangat berkaitan dengan kurangnya dan kerendahan pendidikan oleh

masyarakat Melayu. Dalam hal ini pendidikan menjadi penyebab kepada wujudnya masalah

dalam bidang ekonomi dan sosial. Ini kerana tanpa adanya pendidikan sesuatu masyarakat

itu tidak akan dapat mempertingkatkan kehidupan sosial dan juga kedudukan ekonomi

mereka. Pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat luar bandar pada masa ini bukan

sahaja untuk menjadikan mereka pandai membaca, menulis dan mengira malahan lebih dari

itu. Apa yang dimahukan oleh masyarakat Melayu pada waktu ini adalah pendidikan yang

mempunyai kualiti dan standard yang tinggi seperti dalam bidang perubatan, elektik,

kejuruteraan, sains, undang-undang dan sebagainya. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat

luar bandar mengenai pentingnya pendidikan telah berputik pada masa ini dan salah seorang

intelektual Melayu yang kuat memperjuangkan agar masyarakat Melayu diberi pendidikan

yang lebih tinggi adalah Za’ba.32 Selain daripada menyentuh mengenai pendidikan, Za’ba

pada waktu ini juga sering membangkitkan isu kemiskinan. Kemiskinan luar bandar pada

30
Mohd Arif bin Abdul Rahman, “Sifat-sifat Kebangsaan Melayu,” Majalah Guru, Oktober 1932, hlm.
292.
31
“Bercakap atau Bekerja,” Saudara, 13 Disember 1937, hlm. 1.
32
Rujuk akhbar The Malaya Tribune 30 Oktober 1919, hlm. 4 November 1919, hlm. dan 6 November 1919,
hlm. Za’ba pada tahun-tahun 1920-an sering membangkitkan isu mengenai kemunduran pendidikan
masyarakat Melayu adalah disebabkan oleh mereka tidak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan di
peringkat yang lebih tinggi. Malahan Za’ba pada waktu ini juga mengaitkan kemunduran masyarakat Melayu
pada waktu itu disebabkan oleh sikap masyarakat Melayu itu sendiri yang masih tidak memahami erti
komodenan dan kemajuan. Rujuk Lidah Pengarang The Salvation of the Malays, dalam The Malay Mail 21
dan 22 Disember 1923, hlm.
14
waktu ini merangkumi semua aspek kehidupan seperti kemiskinan dalam bidang

pendidikan, kesihatan, ekonomi, infrastruktur dan sebagainya.

Pada tahun-tahun 1940-an, masyarakat luar bandar masih lagi belum mampu maju

dalam bidang pendidikan. Ini berdasarkan kepada apa yang pernah disiarkan oleh akhbar

tempatan yang menyiarkan isu mengenai kekurangan pendidikan di kalangan penduduk luar

bandar khususnya masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu luar bandar pada waktu ini

masih ramai lagi yang buta huruf.33 Warta Negara dalam salah satu keluarannya pada 26

Januari 1948 telah menyuarakan pendapat agar pihak kerajaan mengadakan sekolah

vokasional kepada penduduk kampung. Ini memandangkan anak-anak Melayu pada waktu

ini hanya dapat bersekolah setakat Darjah IV sahaja. Justeru itu, penubuhan sekolah

vokasional akan dapat membantu mereka mencipta pencarian hidup mereka sendiri. Selain

daripada isu kekurangan infrastruktur, sekolah Melayu di luar bandar juga tidak mempunyai

kualiti yang diharapkan kerana masih lagi menumpukan kepada membaca dan mengira

sahaja.34 Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan berikut:

Tentu mereka akan mendapat kecewa memasuki sekolah Melayu kerana


tamatnya dari sekolah ini, mereka tidak lebih daripada pandai membaca
dan menulis bahasa Melayu sahaja dan kepandaian ini tidak sampai ke
mana.35

...yang mendukacitakan di tanah air kita ini sistem pelajaran yang dipakai
hari ini di sekolah-sekolah Melayu dan di kolej-kolej guru Melayu ialah
sistem 130 tahun yang lalu.36

33
“Buta huruf,” Warta Negara, 17 Januari 1946.
34
Kajian oleh Dr. Paul Means dari Universiti Malaya Singapura dan disiarkan dalam akhbar Melayu Raya
menyatakan bilangan orang di Tanah Melayu yang boleh membaca dan menulis adalah Eropah 90%, India
37%, Cina 36% dan Melayu paling sedikit iaitu 25% sahaja. Beliau memberikan sebab mengapa orang
Melayu masih tertinggal dalam hal ini iaitu disebabkan oleh rasa rendah diri yang masih tebal dalam diri orang
Melayu, masalah kemiskinan yang menghalang orang Melayu melanjutkan pelajaran serta polisi pihak
kerajaan yang hanya mendirikan sekolah –sekolah menengah di kawasan bandar sahaja. Melayu Raya, 8.9.
1950 dalam Mek Siti bt Hussin dan Aminah bt. Mohd Nasir, “Isu-isu Penting (Awal 1950-an) Dari Kaca Mata
Akhbar Majlis dan Melayu Raya,” dalam Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Edisi Baru, Jabatan Penerbitan
Universiti Malaya, 1985.
35
Ibid. Keadaan ini juga digambarkan dalam akhbar Warta Malaya 17 Januari 1946 dan 1 Febuari 1946.
36
“Sistem Pelajaran Merosakkan Orang Melayu,” Majalah Guru, April 1953, hlm.113.
15
Sehingga pertengahan tahun 1950-an masalah mengenai kualiti sekolah Melayu

masih lagi dibangkitkan di akhbar-akhbar. Maksudnya pendidikan tinggi bagi anak-anak di

luar bandar khususnya Melayu masih belum ada. Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan

di dalam akhbar Warta Negara yang berbunyi:

”Sekolah Melayu pada masa ini sangat genting dan mendukacitkan


penduduk-penduduk Melayu di kampung dan di bandar apabila
dibandingkan dengan sekolah bangsa asing di negeri ini sekolah Inggeris,
Cina dan lain-lain lagi. Mengapa darjah dan pelajaran di sekolah Melayu
tidak ditinggikan lagi daripada yang ada di masa ini.? Dibiarkan sehingga
begitu sekali jauh ketinggalannya jika dibandingkan dengan sekolah-
sekolah lain bangsa di Tanah Melayu di masa ini.?”37

Selain daripada tidak adanya sekolah peringkat tinggi, sekolah Melayu luar bandar

pada waktu ini juga menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar atau guru dan juga

kekurangan buku-buku rujukan.38 Tetapi pada masa ini memperlihatkan sudah terdapat

perubahan pemikiran di mana orang Melayu luar bandar telah mula menghantar anak

perempuan mereka ke sekolah.39 Tetapi apa yang nyata, pihak pemerintah masih lagi tidak

memberikan kenyataan yang tegas yang sekolah Melayu di luar bandar akan diperluaskan

ke peringkat menengah. Memasuki tahun-tahun 1950-an, isu mengenai kurangnya sekolah

menengah di luar bandar telah dibangkitkan di dalam Majalah Guru.40 Kurangnya sekolah

menengah di luar bandar pada waktu ini menyebabkan ramai pelajar luar bandar khususnya

37
Warta Negara, “Sekolah Melayu Mendukacitakan,” 1 Januari 1955, hlm.2.
38
Permasalahan ini boleh dilihat dalam Annual Report on Education 1948 Arkib Negara Malaysia Kuala
Lumpur dan juga di Perpustakaan Universiti Malaya.
39
Abdul Aziz Mat Ton, “Persekolahan Melayu 1945-1948: Satu Manifestasi Semangat Perjuangan Melayu,”
dalam Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Universiti Malaya, 1985, hlm. 234. Menurut
Abdul Aziz, perubahan ini berlaku disebabkan oleh dasar pemerintah (pemerintah Malayan Union),
kemudahan-kemudahan persekolahan, serta ilmu pengetahuan yang disediakan yang telah memudahkan
kehidupan masyarakat pada waktu itu. Data-data adalah diambil dari Annual Report on the Federation of
Malaya 1948.
40
“Guru dan Cita-cita Bangsa Melayu,” Majalah Guru, June 1953, hlm.195.
16
masyarakat Melayu yang telah tamat sekolah rendah tidak dapat menyambung pengajian

mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 41

Masyarakat Melayu pada waktu ini sememangnya sudah sedar akan ketinggalan

mereka disebabkan mereka tidak mempunyai pendidikan Inggeris. Walaupun telah diwar-

warkan dalam surtakhabar mengenai perkara ini, pihak British didapati tidak memandang

serius keperluan ini. Justeru itu, dapat dilihat pada masa ini di kawasan luar bandar masih

lagi tidak didirikan sekolah Inggeris, di mana pada masa ini hanya ada satu sahaja sekolah

Inggeris didirikan.42 Petikan kenyataan daripada akhbar Warta Negara mengatakan sebagai

berikut:

”Sesungguhnya orang Melayu belumlah lagi boleh dikatakan telah


menerima pelajaran Inggeris sebagaimana yang patut dipelajari oleh
mereka di dalam negeri ini pada masa sekarang. Lebih daripada separuh
penduduk-penduduk negeri ini orang Melayu tetapi cuma satu sekolah
sahaja dikhaskan untuk orang Melayu.”43

Selain daripada masalah pendidikan, perkhidmatan perubatan, pos dan jalanraya

tidak banyak disediakan. Banyak petikan dalam akhbar boleh dijadikan bukti mengenai

kekurangan kemudahan di kampung-kampung pada masa ini. Sebagai contohnya gambaran

mengenai tiadanya kemudahan jalan raya dan perkhidmatan perubatan boleh dilihat pada

kenyataan yang disiarkan di dalam akhbar Warta Negara 24 Febuari 1955 menyatakan:

Keadaan jalan-jalan dalam kampung tak payahlah disebut melainkan


penduduk kampung sendiri dan orang-orang yang telah biasa pergi ke
41
“Ke mana Sampainya Sekolah Melayu,” Majalah Guru, Mac 1953, hlm.75.
42
Pendidikan Inggeris ini maksudnya adalah pendidikan di sekolah Inggeris yang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dan mengajarkan pelbagai subjek. Selain daripada itu, di sekolah Inggeris
ini pelajar-pelajar akan diberikan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti
Senior Cambridge.
43
“Orang Melayu Belum Boleh Dikatakan Telah Menerima Pelajaran Inggeris Sebagaimana Yang Patut
Mereka Pelajari,” Warta Negara, 9 Febuari 1955, hlm. 1. Menurut penulis Warta Negara, sebab utama yang
menyebabkan budak-budak Melayu tidak ramai yang belajar di sekolah Inggeris ini adalah kerana kebanyakan
sekolah-sekolah Inggeris itu didirikan di bandar-bandar besar manakala kebanyakan orang Melayu adalah
tinggal di kampung. Ini menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah
Inggeris di pekan-pekan. Barangkali penulis ini merujuk kepada sekolah Penang Free School yang mana ia
didirikan di Pulau Pinang iaitu di kawasan bandar.
17
kampung-kampung tentu tahu betapa buruknya. Kalau hendak diharap
orang-orang kampung sahaja memperbaiki jalan-jalan itu dengan tidak
dibantu oleh kerajaan maka selama-lamanyalah jalan-jalan itu akan terbiar
buruk sebab daya upaya dan tenaga orang kampung tidak sampai boleh
buat begitu.

Dan jika diperhatikan kepada perkhidmatan perubatan yang diberi kepada


orang kampung sangatlah menyedihkan hingga bolehlah dikatakan terbiar
sahaja seperti keadaan zaman dahulu. Sebab itu kalau orang-orang
kampung itu kuat berpegang kepada cara-cara mereka yang lama dalam
soal-soal ini dan masih mempercayai perkara-perkara yang karut tidaklah
boleh disalahkan mereka dengan hal yang demikian kerana mereka telah
dibiarkan begitu beberapa lama.44

T.N. Harper, melihat penjajahan British sebelum ini telah meninggalkan satu kesan

yang mendalam ke atas penduduk Tanah Melayu khususnya dari segi sosioekonomi.

Masyarakat luar bandar pada masa ini tetap tinggal dalam keadaan yang terpisah dengan

dunia luar yang serba moden, berpenyakit, dan kekurangan zat makanan. Pada tahun-tahun

1950-an, keadaan di atas masih lagi membayangi kehidupan masyarakat luar bandar

ditambah pula dengan berlakunya gangguan ekologi seperti bencana alam iaitu banjir serta

pertambahan penduduk yang sukar dikawal. Masalah paling besar dihadapi oleh masyarakat

petani luar bandar adalah tanaman mereka sering dirosakkan oleh binatang seperti tikus,

babi, gajah dan binatang buas. Di samping itu, mereka juga sering mengalami masalah

bencana alam seperti banjir semasa musim tengkujuh. Kebanyakan negeri yang mengalami

masalah ini adalah negeri-negeri di sebelah Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan

Pahang.45 Kawasan luar bandar di negeri-negeri berkenaan juga sukar untuk dihubungi

kerana masalah jalan perhubungan yang sangat buruk dan berhabuk. Jalan-jalan yang sedia

ada kebanyakannya adalah dibina atas usaha penduduk tempatan. Di negeri Kelantan

misalnya, penduduk tempatan telah membina sebanyak 105 buah jambatan pada tahun

1949.46 Keadaan sistem perhubungan yang tidak baik menyebabkan masyarakat petani luar

44
“Layanan Bagi Orang Kampung,” Warta Negara, 24 Febuari 1955, hlm.2.
45
T.N. Harper, The End of Empire and The Making of Malaya, hlm.229-230.
46
Ibid. Sebagaimana yang dipetik oleh T.N. Harper dalam Malay Mail, 24.1.1950.
18
bandar di Kelantan pada waktu ini mengalami kesukaran untuk membawa hasil pertanian ke

luar untuk di pasarkan. Pada era ini juga memperlihatkan tersebarnya beberapa penyakit

berbahaya seperti Malaria di kawasan luar bandar di beberapa buah negeri seperti Kelantan,

Negeri Sembilan dan kawasan pantai Selangor, Pahang dan Terengganu. Di negeri Pahang

misalnya kebanyakan masyarakat luar bandar di sini khususnya kanak-kanak mengalami

masalah kekurangan zat makanan, penyakit cacing, puru serta masalah kekurangan doktor

dan bidan. Manakala di Terengganu kebanyakan penduduk luar bandarnya mengidap

penyakit tibi.47 Masalah ini telah menyumbang kepada tingginya kadar kematian di

kalangan penduduk luar bandar. Sebagai contohnya kadar kematian masyarakat Melayu

pada tahun 1947 adalah 129 orang bagi setiap 1,000 penduduk dan paling ramai adalah di

negeri Pahang iaitu seramai 176 orang bagi setiap 1,000 penduduk.48 Dari segi pendidikan

pula, pembinaan bagi sekolah Melayu di luar bandar pada tempoh ini masih kabur kerana

tidak ada perangkaan mengenai pembinaan sekolah-sekolah Melayu luar bandar.

Walaupun dapat dilihat masyarakat Melayu agak ketinggalan dalam bidang

sosioekonomi, terdapat juga aspek positif dalam diri masyarakat Melayu. Khoo Kay Kim

melihat antara aspek positif dalam pembangunan masyarakat Melayu pada waktu itu ialah

timbulnya kesedaran sosial di kalangan masyarakat Melayu. Dalam hal ini beliau

mengatakan:

...beginning from the twentieth century, and especially by the 1920’s, there
had emerged in Malay society an educated class which, increasingly was
able to give free expression to its thought on the welfare of the masses.
Although many among this class belonged to families which had long
enjoyed a high status in the Malay society, many more orginated from the
peasantry class which, in earlier times, was passive, submissive and
accustomed to serving the needs of the ruling class. It was education which
brought about this transformation.49

47
Ibid., hlm.230.
48
Ibid., hlm.233.
49
Ibid., hlm.198.
19
Kenyataan ini ada kebenarannya kerana pada awal tahun 1920-an hinggalah ke

tahun 1940-an, golongan intelektual Melayu telah lahir dalam masyarakat Melayu yang

pada waktu itu masih lagi tidak ramai yang berpendidikan Melayu atau Inggeris. Antara

mereka adalah terdiri dari golongan yang mendapat pendidikan Melayu, Inggeris dan

agama. Mereka telah bersama-sama membangkitkan isu mengenai masyarakat Melayu di

akhbar dan majalah yang terkenal seperti Al-Imam, Panduan Guru, Majalah Guru,

Saudara, Warta Malaya, Utusan Melayu, Malay Mail, Malaya Tribune, Cenderamata,

Neracha serta Majlis. Pendapat ini juga disokong oleh John Gullick di mana beliau

mengatakan:

In retrospect one can see that in the period between the wars the Malay
community made a transition from comparative isolation to active
involvement. To preserve their traditional culture and way of life they had
been encouraged to go their own way. They had been confined within the
limits of areas of Malay agricultural settlement, and within the
occupational bounds of peasant farming and the government service. 50

Kesimpulan

Apa yang nyata dalam periodisasi antara Perang Dunia Pertama dan Selepas Perang

Dunia Kedua isu yang paling dominan mendominasi masyarakat luar bandar adalah

mengenai isu kemiskinan dan kerendahan pendidikan yang mana ia telah diabaikan oleh

pihak pemerintah iaitu pihak British. Dalam hal ini, pencapaian yang rendah dalam bidang

pendidikan menyebabkan masyarakat luar bandar menjadi lemah dalam bidang

sosioekonomi. Menjelang kemerdekaan pada tahun 1957, masyarakat Melayu masih lagi

ramai yang tinggal di luar bandar dan menjalankan kegiatan penanaman padi. Walaupun

dari segi sosioekonomi orang Melayu dilihat ketinggalan, namun dari segi politik mereka

tidak mundur. Orang Melayu dilihat mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi untuk

memajukan bangsa mereka tetapi disebabkan adanya halangan seperti kerendahan


50
John Gullick and Bruce Gale, Malaysia: Its Political and Economic Development, Pelanduk Publications,
1986.
20
pendidikan, kurang kesedaran dan tidak kuat dari segi ekonomi menyebabkan orang Melayu

lebih menguasai bidang politik manakala bidang ekonomi dikuasai oleh bangsa asing.

Footnotes

21

Anda mungkin juga menyukai